• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PdP Reka Bentuk dan Teknologi Thn 5 Bhg 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Modul PdP Reka Bentuk dan Teknologi Thn 5 Bhg 1"

Copied!
66
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(2)
(3)

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

(4)

Cetakan Pertama 2014

© Kementerian Pendidikan Malaysia

(5)

KANDUNGAN

MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL

1

1. 2.0 Asas Teknologi

2.2 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi Secara

Elektromekanikal Berpandukan Manual.

2.2.1 Membaca dan memahami manual 3

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model

seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan

tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, bateri, pemegang

bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 5

2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.

2.2.6 Menguji kefungsian kit model.

2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

2. 4.0 Penghasilan Projek

4.2 Menghasilkan Projek Menggunakan Bahan Logam Dan Bukan

Logam Dengan Litar Elektronik.

4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual. 15

4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink

dan bahan bukan logam.

4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,

gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata,

kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis,

penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan. 26

4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

digunakan untuk membuat projek.

4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan 44

pencantum.

(6)

4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen 64

elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),

perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.

4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan

manual.

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek. 72

4.2.11 Menguji kefungsian projek.

4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

4.2.13 Pengiraan kos bahan. 89

MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN

93

3. 5.0 Teknologi Pertanian

5.1 Menanam Benih Dalam Bekas.

5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti 95

cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak

diserang perosak.

5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, 101

serampang tangan dan penyiram.

5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan

dan penyiram.

5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran,

peat most dan cocoa peat.

5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.

5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut

prosedur.

5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan 109

kaedah yang betul.

5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput

dan mengawal makhluk perosak.

5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai. 116

5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut

prosedur.

5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,

(7)

MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA

127

4. 6.0 Sains Rumah Tangga

6.2 Menyediakan Sajian

6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan 129

betul.

6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,

senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat

penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat

pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur

dan oven elektrik.

6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang. 141

6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.

6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian. 164

6.2.6 Membersih alatan dan ruang memasak.

6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

6.3 Meghias dan Membungkus Makanan

6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, 177

jem dan kelapa parut kering.

6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas

plastik dan kertas pembungkus.

6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus

makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan,

tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, 188

donut dan biskut.

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL

193

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN

195

(8)
(9)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih

erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara

yang akan dapat dinikmati bersama secara adil

dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas

prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(10)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,

(11)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KEMAHIRAN TEKNIKAL

(12)
(13)

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.1 Membaca dan memahami manual.

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual.

2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model

dengan betul.

RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.

2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan :

EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.

Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

(14)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan. 2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model.

Langkah 2

1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul.

2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3

1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh

kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

(15)

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model. 2.2.6 Menguji kefungsian kit model.

2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul.

2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model.

3. menguji kefungsian kit model.

4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model.

RINGKASAN Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.

2. Menggunakan alatan tangan dengan betul.

3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan

Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan kualiti tugasan.

Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

(16)

AKTIVITI PENGAJARAN

1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan.

2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid

melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual dalam kumpulan.

Langkah 2

1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model.

2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi.

1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut kumpulan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada pembelajaran yang lalu

(17)

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Alatan Tangan

Alatan Tangan Nama Fungsi

Pemutar skru Philip Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala

Untuk mengetuk bahagian kit model secara perlahan.

Sepana hujung terbuka

(18)

2. Sistem Pergerakan Kit Model

Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.

Motor

Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja.

Gear

(19)

Takal dan Tali Sawat

Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain.

Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk

menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

Gegancu dan rantai

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

Tali sawat

Takal

Rantai

(20)

3. Pemasangan kit model.

Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model.

Contoh pemasangan kit model.

a. Keluarkan komponen kit model robot b. Pasangkan suis dan pemegang bateri. daripada kotak dan fahami manual

pemasangan.

c. Sambungkan wayar antara suis dengan d. Pasangkan bahagian motor arus terus motor arus terus. dan gear pada bahagian hadapan

(21)

e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada f. Pasangkan bahagian tangan dan kaki bahagian belakang badan model robot. model robot dengan menggunakan skru.

g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki h. Kit model robot yang telah siap boleh kit model robot pada badannya. diuji dengan memasangkan bateri dan

menghidupkan suis.

Perhatikan pergerakan robot tersebut.

4. Pengujian kit model.

(22)

5. Membuka dan menyimpan kit model.

Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang disediakan.

Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3. Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

(23)

Lembaran Kerja.

A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

tali sawat gear Motor pemacu kuasa

1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian

pada kit model robot.

2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang

gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________.

4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada

tenaga kinetik.

(24)

B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

(25)

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.

4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink dan bahan bukan logam.

4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. memahami cara membuat projek berpandukan manual. 2. mengenal pasti pelbagai bahan logam yang akan

digunakan untuk membuat projek

3. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.

RINGKASAN Guru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudian murid dapat menentukan bahan dan alatan tangan yang akan digunakan untuk membina projek.

KEMAHIRAN 1. Memahami manual.

2. Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam 3. Menama dan menyatakan fungsi alatan tangan.

ELEMEN

Kreativiti - boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian terhadap idea.

(26)

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Manual

2. Aluminium, zink, keluli

3. Gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

1. Guru mempamerkan contoh projek “Papan tanda

elektronik” yang sudah siap.

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

a. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan?

b. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran

pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan manual projek” Papan tanda

elektronik”. (seperti lampiran)

2. Murid membaca dan memahami manual yang diedarkan dengan bimbingan guru.

Langkah 2

1. Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahan logam yang boleh digunakan untuk membuat projek. 2. Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan. 3. Guru menunjukkan cara mengguna alatan tangan pada bahan dengan betul. (lampiran)

Langkah 3

1. Murid diminta mengenal pasti bahan logam dan bukan logam. (lembaran kerja 1)

2. Murid diminta menyesuaikan fungsi alatan tangan dengan betul. (lembaran kerja 2)

(27)

PENGETAHUAN SEDIA

(28)

Penerangan Projek

Projek Papan Tanda Elektronik menggabungkan bahan logam dan bahan bukan logam. Projek ini juga menggunakan litar elektronik dan boleh digunakan sebagai pemberi isyarat.

Lukisan berdimensi

Manual Projek Papan Tanda Elektronik

(29)

Lukisan terlerai

Bahagian projek

 1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

 2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

 2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

 1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

(30)

Langkah Kerja

1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku. 2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.

3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.

4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu. 5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda elektronik.

Bahan Logam Bahan Bukan Logam

Aluminium

Papan lapis

Logam

Kayu beroti

Zink

Medium Density Fibre Board (MDF)

(31)

Murid-murid telah mempelajari nama dan fungsi alatan tangan di tahun 4. Berikut adalah alatan tangan yang perlu dipelajari semasa di tahun 5.

Bil Nama Alat Fungsi

Memotong kepingan logam

3

Gandin kayu

Mengetuk permukaan kerja kayu

4

Gandin Getah

Digunakan untuk membentuk, melipat, mengetuk dan meratakan kepingan logam pada sudut tepat, serta membentuk keluli lembut.

5

Kikir Rata

Digunakan untuk meratakan permukaan logam.

(32)

6

Kikir Parut

Digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu.

7

Playar Gabung

Digunakan untuk memotong, membengkok, membentuk,

memegang dan mencengkam bahan logam.

8

Pisau boleh laras

Memotong bahan bukan logam

9

Pengikis

Mengikis permukaan bahan kerja

10

Penggarit

Digunakan untuk menanda garisan pada permukaan kepingan logam

11

Ragum kakak tua

(33)

12

Ragum Meja Kerja Logam

Memegang benda kerja logam

13

Ragum Meja Kerja Kayu

(34)

Lembaran Kerja 1

Tuliskan “Logam” atau “ Bukan Logam” pada ruang yang disediakan untuk bahan di bawah.

(35)

Lembaran Kerja 2

Suaikan gambar rajah alatan di bawah dengan fungsinya.

(36)

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan.

4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual. 2. mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bukan logam dengan kaedah yang betul dan ukuran yang tepat.

RINGKASAN Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bahan bukan logam dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN 1. Mengenal pasti bahan dan alatan tangan.

Nilai murni - berdisplin

(37)

AKTIVITI PENGAJARAN

Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menilai bahan yang telah dipotong.

PENGETAHUAN

(38)

Penyediaan Bahan dan Alatan

Sebelum mula membuat projek papan tanda elektronik, bahan dan alatan perlu disediakan terlebih dahulu. Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil Bahan Keterangan

1

 1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

2

 2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

3

 2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

4

(39)

Bil Bahan Keterangan

5

 1 keping mounting board berukuran 100m X 90mm X 2mm (Bahagian E)

6

 2 batang aluminium berbentuk “U”

berukuran 100mm x 12mm x 12mm. (Bahagian F1 dan F2)

7  1 batang kayu beroti berukuran 40mm x 20mm x 10mm (Bahagian G)

8

(40)

Bil Bahan Keterangan

9  Syelek

10  Kertas las

11

 Bateri saiz “AA”

(41)

Bil Bahan Keterangan

13  Diod pemancar cahaya ( LED )

14  Pemegang bateri

15  Suis togel

(42)

Bil Bahan Keterangan

17  Wayar lembar tunggal

18  Bongkah penyambung

(43)

Maklumat Tambahan Guru.

Projek papan tanda berlampu ini menggunakan bahan logam. Berikut adalah contoh bahan logam yang boleh didapati di pasaran. Guru boleh memilih salah satu daripada contoh bahan logam dibawah untuk membuat projek.

Bil Bahan Gambar

1 Aluminium

2 Logam

(44)

Berikut pula adalah senarai alatan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil Nama Alatan Gambar

1 Playar gabung

2 Tukul kuku kambing

3 Tukul warrington

4 Sesiku L

(45)

Bil Nama Alatan Gambar

6 Gandin kayu

7 Gergaji logam

8 Pisau boleh laras

9 Gergaji puting

(46)

Bil Nama Alatan Gambar

11 Kikir rata

12 Penebuk pusat

13 Pembaris keluli

14 Ragum kakak tua

(47)

Bil Nama Alatan Gambar

16 Gunting besi

17 Gerimit

18 Pelucut wayar

19 Pena ujian

(48)

Bil Nama Alatan Gambar

21 Playar muncung tirus

(49)

Lembaran kerja

Nyatakan fungsi bagi alatan tangan di bawah.

(50)

Mengukur, Menanda dan Memotong

Setelah bahan dan alatan disediakan, langkah pertama untuk memulakan projek ini adalah dengan membuat kerja mengukur, menanda dan memotong.

Berikut adalah langkah bagi kerja mengukur dan menanda.

1. Ukur dan tanda papan lapis yang mempunyai ketebalan 3mm. Saiz papan lapis 300mm x 300mm.

2. Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuran yang tepat. Ukuran kayu beroti adalah seperti berikut :

a. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 300mm dan dilabel dengan label B1 dan B2.

b. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 200mm dan dilabel dengan C1 dan C2.

Cara membuat ukuran menggunakan

pembaris keluli. Cara membuat penandaan

(51)

Cara membuat penandaan sudut menggunakan sesiku L

3. Ukur dan tanda kepingan zink dan aluminium berbentuk U dengan menggunakan pembaris, sesiku L dan penggarit. Saiz kepingan besi adalah 200m X 100mm manakala saiz

aluminium berbentuk “U” adalah 100mm x 12mm x 12mm.

(52)

Langkah kerja memotong bahan projek

1. Potong papan lapis menggunakan gergaji tangan.

2. Potong kayu beroti dengan menggunakan “mitre saw”.

3. Potong kepingan zink dengan menggunakan gunting logam.

Cara memotong kepingan zink

Kayu beroti dipotong mengikut sudut yang telah dilaras.

(53)

Cara membuat potongan pada aluminium berbentuk U

4. Kemaskan bahagian yang sudah dipotong menggunakan kikir rata.

Cara menggunakan kikir rata bagi melicinkan permukaan logam yang dipotong

(54)

TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

4.2. Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. memasang komponen projek yang telah dipotong.

2. mengguna pengikat dan pencantum pada bahan dengan betul.

RINGKASAN Kerja memasang bahan yang telah dipotong dengan menggunakan pengikat dan pencantum yang betul.

KEMAHIRAN 1. Menggunakan pengikat dan pencantum dengan betul. 2. Memasang bahan logam dengan kemas.

ELEMEN MERENTAS Nilai murni - Mengamalkan budaya bersih.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

(55)

AKTIVITI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set induksi

Guru menunjukkan contoh projek yang cantik dan kemas buatannya sambil bersoaljawab berpandukan projek tersebut

Langkah 1

Guru menunjukkan jenis-jenis bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan dalam projek “PAPAN TANDA ELEKTRONIK”.

Langkah 2

Guru menunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum pada bahan projek dengan cara yang betul.

a. Menyapu glu sentuh b. Memaku

Langkah 3

Murid memasang bahan projek berpandukan manual.

Langkah 4

Penyelenggaraan bengkel:

Murid membersih bengkel, membersih alatan dan menyimpan bahan projek.

Penutup

Guru membimbing pelajar merumus isi-isi penting berkaitan 1. jenis-jenis pengikat dan pencantum.

2. Langkah-langkah mengikat dan mencantum

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah belajar memasang projek eksperimental pada pembelajaran dan pengajaran Tahun 4

(56)

Lukisan Terlerai

Bahagian projek

 1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

 2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

 2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

 1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

 1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)

1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku. 2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.

3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.

4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu. 5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda

(57)

Langkah Pemasangan projek

1. Susun kayu beroti yang telah dipotong pada papan lapis.

2. Sapukan glu pada kayu beroti dan papan lapis. Biarkan kering.

(58)

Cara menguji kekeringan glu:

 Uji dengan menggunakan kertas bagi memastikan glu sudah kering ( rujuk gambar )

 Elakkan terhidu glu kerana boleh menjejaskan kesihatan

3. Lekatkan kayu beroti pada papan lapis. Kemaskan dengan menggunakan gandin getah. Kemudian kukuhkan dengan paku panel menggunakan tukul warrington atau tukul kuku kambing bersaiz kecil.

a b

(59)

4. Gosok bahagian yang telah di pasang dengan menggunakan kertas las bagi mendapatkan permukaan yang licin.

5. Sapu glu sentuh pada papan lapis, logam aluminium ( bentuk U) dan mounting board kemudian lekatkan pada papan yang sudah siap ditanda.

a b

(60)

6. Masukkan mounting board yang siap diglu ke alur aluminium. Pastikan glu tidak bersentuhan. Lakukan dengan cermat.

7. Lipat tepi tetingkap iaitu logam zink menggunakan ragum meja dan gandin.

8. Pasangkan tetingkap pada gelongsor aluminium.

(61)

9. Pasangkan tangkai pemegang ke bahagian atas tetingkap gelongsor.

(62)

LEMBARAN KERJA

NAMA MURID :_____________________________________________________________

TAHUN : 5 .

NAMA PROJEK :__________________________________

JAWAB SOALAN BERIKUT.

Padankan gambarajah di bawah mengikut kegunaan yang betul.

(63)

TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK MASA 60 minit ( 2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat licau atau syelek.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau syelek dengan cara yang betul

RINGKASAN Murid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau

atau syelek.

KEMAHIRAN 1. Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat. 2. Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.

(64)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap.

 Projek yang siap dibuat kemasan.

 Projek yang belum di buat kemasan.

2. Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran hari ini.

Langkah 1

1. Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las dan cara penggunaannya.

2. Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk melicinkan permukaan kayu.

3. Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan kotoran.

Langkah 2

1. Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara menggunakannya dengan betul.

2. Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau syelek pada permukaan projek.

3. Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan di permukaan projek kering sepenuhnya.

Penutup

1. Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan memberi penghargaan kepada hasil kerja murid. Penyelengaraan bengkel –

 murid membersihkan bengkel, menyimpan dan menyenggara alatan serta bahan projek.

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid (lihat lampiran B)

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan

(65)

Langkah kerja menyapu syelek

1. Sediakan syelek, berus syelek dan bekas yang sesuai

2. Proses syelek dimulakan dengan melakukan sapuan nipis di permukaan kayu. Berus syelek digerakkan mengikut ira kayu.

(66)

3. Sapuan syelek keseluruhan ruang luar dan dalam.

Gambar

Gambar
Bil Nama Alatan Gambar 6 Gandin kayu
Gambar
Bil Nama Alatan Gambar 16 Gunting besi
+2

Referensi

Dokumen terkait

2.  Mengenali menu  dan area kerja,  serta membuat,  membuka,  menyimpan file  video digital  §  Objek video  digital,  menu, dan  fitur yang  disediakan