PANDUAN & PERATURAN
PILIHANRAYA JAWATANKUASA
PERWAKILAN
KOLEJ
Kandungan
Pengumuman Pembubaran
A) Pembubaran JPK Sesi 2020/2021 ………. 2
B) Kelayakan Sebagai Calon ………. 2
C) Borang Penamaan ………. 2
D) Masa Untuk Menyerahkan Borang Penamaan ………. 2
E) Cara Penyerahan / Penyampaian ………. 3
F) Wang Deposit ………. 3
G) Taraf Pencadang dan Penyokong (Agen) ………. 3
H) Surat Akuan ………. 3
I) Nama Calon ………. 4
J) Penarikan Diri Oleh Calon ………. 4
K) Pemeriksaan Terhadap Borang-Borang Penamaan ………. 4
L) Masa Bantahan dan Cara Membantah ………. 4
M) Keputusan Terhadap Bantahan-Bantahan ………. 5
N) Segala Keputusan Majlis Pilihanraya adalah muktamad
………. 5
Pengisytiharan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Kolej Bagi Lantikan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sarawak Tahun 2012/2013
1. Bilangan Kerusi Dipertandingkan 2. Tarikh-tarikh Pencalonan dan Pengundian 3. Syarat-syarat Am
……….
……….
……….
6 6 7 Borang-borang Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar
Borang SPP / JPK 1(Borang Penamaan Calon) ………. 9
Borang SPP / JPK 2 (Pencalonan Kerusi Kolej) ………. 10
Borang SPP / JPK 3 (Pengakuan Calon) ………. 12
Borang SPP / JPK 4 (Akuan Penerimaan Wang Deposit) ………. 13
Borang SPP / JPK 5 (Penerimaan Kertas Undi) ………. 14
Borang SPP / JPK 6 (Pengesahan Pengiraan Kertas Undi) .……… 15
PENGUMUMAN PEMBUBARAN
A) Pembubaran JPK Sesi 2020/2021
1. Dengan keluarnya pengumuman pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Kolej ini, dengan sendirinya terbubar Jawatankuasa Perwakilan Kolej bagi sesi 2020/2021
2. Dengan pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Kolej ini tidak bermakna semua Exco atau pemegang jawatan Exco dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej terbubar juga. Pemegang jawatan Exco dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej akan terus memegang jawatan masing-masing sehingga semua keputusan Pilihanraya diumumkan.
B) Kelayakan Sebagai Calon
Semua pelajar prasiswazah yang berdaftar dan mempunyai ciri-ciri berikut adalah layak untuk bertanding;
1. Pelajar prasiswazah yang menetap di kolej kediaman di mana beliau bercadang untuk bertanding.
2. Pelajar prasiswazah yang tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau yang sedang menunggu keputusan tatatertib.
3. Pelajar prasiswazah yang mempunyai CGPA: 2.50 atau lebih bagi semester yang baru lalu.
4. Presiden Kelab/ Persatuan/ Unit Berunifom yang mencalonkan diri sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej adalah dikehendaki terlebih dahulu meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden Kelab.
C) Borang Penamaan
1. Istilah ‘Borang Penamaan’ di dalam Peraturan dan Panduan ini adalah bermaksud Borang Penamaan Calon SPP/JPK1 dan hendaklah dihantar BERSAMA borang Borang SPP /JPK 2 bagi Kerusi Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan juga borang Pengakuan Calon SPP/JPK3.
2. Borang ini boleh didapati di Microsoft form atau di pejabat Kolej Kediaman UNIMAS pada hari yang sama sejurus pembubaran dibuat. Setiap set Panduan
& Peraturan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2021/2022 mengandungi Borang Penamaan dan peraturan-peraturan Pemilihan JPK.
Pelajar boleh mendapatkan dokumen tersebut di kaunter pejabat Kolej Kediaman masing-masing.
D) Masa Untuk Menyerahkan Borang Penamaan
1. Borang SPP /JPK 2 (bagi Kerusi Jawatankuasa Perwakilan Kolej) hendaklah
diserahkan bersama Borang SPP / JPK 1 antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Hari Penamaan. Tempoh masa ini akan dipatuhi dengan tegas dan Suruhanjaya tidak mempunyai kuasa untuk menerima Borang Penamaan sebelum atau selepas masa yang ditetapkan tadi.
2. Semasa mengemukakan Borang Penamaan, ianya hendaklah disertakan dengan wang deposit sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja) bagi setiap Kerusi Jawatankuasa Perwakilan Kolej. (Sila isi borang SPP / JPK 4 sebagai pengesahan bayaran wang deposit). Wang deposit akan dikembalikan sekiranya Peraturan Pilihanraya JPK telah dipatuhi sepenuhnya.
E) Cara Penyerahan / Penyampaian
1. Borang Penamaan mestilah diserahkan sendiri kepada J/K Pilihanraya oleh calon dengan agennya (pencadangnya dan penyokongnya).
2. SEMUA Borang Penamaan diserahkan kepada Penyelaras Pilihanraya JPK Kolej masing-masing sebelum 4.30 petang pada hari penamaan calon.
3. Sila pastikan setiap calon telah membuat satu salinan sebagai rujukan peribadi sebelum Borang Penamaan Calon diserahkan.
F) Wang Deposit
Wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika seseorang calon:
1. Menarik diri dari pencalonan selepas tempoh penamaan tamat.
2. Didapati bersalah oleh J/K Pilihanraya kerana menyalahi peraturan dan syarat Pilihanraya JPK.
G) Taraf Pencadang dan Penyokong (agen)
1. Nama-nama Pencadang dan Penyokong mestilah terdapat dalam daftar pemilih semasa (pelajar aktif dan berdaftar di kolej kediaman bagi kerusi yang dipertandingkan) bagi bahagian pilihanraya di mana calon itu ingin bertanding.
2. SEMUA CALON ADALAH DIPERINGATKAN BAHAWA KETIKA MENGISI BORANG PENAMAAN, NAMA, NOMBOR KAD PELAJAR DAN TAHUN PENGAJIAN PENCADANG/PENYOKONG DITULIS DALAM BORANG PENAMAAN ADALAH DIISI DENGAN BETUL.
3. Semua pelajar prasiswazah yang aktif berdaftar dan seorang penghuni berdaftar adalah LAYAK untuk menjadi Calon, Pencadang dan Penyokong.
4. Agen tidak boleh menjadi Pencadang atau Penyokong kepada calon yang lain.
H) Surat Akuan
1. Satu lagi dokumen yang mesti diserahkan bersama dengan Borang Penamaan ialah akuan bersabit dengan kelayakan calon dan dibuat olehnya sebagaimana menerusi Borang SPP / JPK 3. Harap ambil perhatian bahawa sekiranya akuan tidak diperolehi, Borang Penamaan dianggap batal dan borang pencalonan tidak akan diterima oleh J/K Pilihanraya.
2. Akuan ini hendaklah dibuat di hadapan Pengetua yang diberi kuasa olehnya DAN hendaklah juga ditandatangani oleh Pengurus Asrama Kolej masing- masing. Dengan yang demikian, seseorang calon hendaklah berusaha untuk menyediakan pengakuan ini sebelum Hari Penamaan.
I) Nama Calon
Nama calon hendaklah diisi dengan betul. Calon dinasihatkan supaya menggunakan nama sebagaimana yang terdapat dalam kad pengenalan, nama gelaran adalah TIDAK DIBENARKAN.
J) Penarikan Diri Oleh Calon
1. Calon boleh menarik balik pencalonan bila-bila masa SEBELUM jam 4.30 petang pada Hari Penamaan. Calon boleh berbuat demikian dengan mengemukakan surat permohonan penarikan diri dari menjadi calon kepada Penyelaras Pilihanraya Kolej kediaman masing-masing.
2. Menarik diri daripada pencalonan SELEPAS jam 4.31 petang pada Hari Penamaan calon adalah TIDAK DIBENARKAN.
K) Pemeriksaan Terhadap Borang-Borang Penamaan
Pemeriksaan terhadap Borang-Borang Penamaan dijalankan pada Hari Penamaan itu juga mengikut peraturan undang-undang yang berkuatkuasa. Bantahan terhadap Borang Penamaan boleh dilakukan di atas asas-asas berikut:
1. Bahawa butir-butir calon itu tidak mencukupi untuk mengekalkan calon itu.
2. Bahawa Borang Penamaan itu tidak mematuhi kehendak atau telah tidak diserahkan mengikut peraturan.
3. Bahawa ternyata daripada kandungan Borang Penamaan calon tersebut adalah tidak layak untuk dipilih menjadi Ahli JPK.
4. Bahawa calon itu telah hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli di bawah peruntukan-peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009).
L) Masa Bantahan Penamaan Calon dan Cara Membantah
1. Masa bantahan adalah dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang, pada Hari Penamaan Calon di Bilik Gerakan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Kolej masing-masing.
2. Suruhanjaya Pilihanraya selepas jam 7.00 malam akan mempamerkan satu salinan Borang Penamaan di luar Bilik Gerakan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK).
3. Bantahan boleh dibuat oleh mana-mana calon terhadap Borang Penamaan calon yang lain atau oleh J/K Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) atau oleh sesiapa sahaja yang berkenaan, berdasarkan sebab-sebab ataupun salah satu sebab yang diberikan di atas.
4. Calon hendaklah ingat bahawa bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pembantah, serta memberi asas-asas bantahannya. Walau bagaimanapun J/K Pemilihan sendiri boleh mengemukakan bantahan berdasarkan mana-mana asas yang dinyatakan di atas.
M) Keputusan Terhadap Bantahan-Bantahan Penamaan Calon
1. Pengerusi Penyelaras Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) akan memutuskan samada sah atau tidaknya setiap bantahan yang diterima sejurus selepas jam 7.00 petang (Hari Penamaan) atau sejurus selepas mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK).
N) SEGALA KEPUTUSAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ (JPK) PUSAT ADALAH MUKTAMAD.
MEMORANDUM PENGISYTIHARAN PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN BAGI LANTIKAN AHLI-AHLI
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2021/2022
Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) 1, satu proses pemilihan akan diadakan untuk memilih seramai 6 orang Ahli- Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS sesi 2021/2022.
1. Bilangan Kerusi Yang Dipertandingkan
Bilangan Kerusi yang dipertandingkan ialah ENAM (6) Kerusi BAGI SETIAP KOLEJ KEDIAMAN iaitu:
A. Presiden
B. Timbalan Presiden 1 C. Timbalan Presiden II D. Setiausaha I
E. Setiausaha II F. Bendahari
2. Tarikh – Tarikh Pencalonan dan Pengundian
Bil. Perkara/Tindakan Tarikh/Hari Masa Platform Catatan/Tindakan
2.1
Notis pembubaran kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej semasa Sesi 2020/2021
01/11 Isnin
9.00 am
Microsoft Form Media Sosial
Penyelaras dan urusetia
2.2
Notis Pengisytiharan Pilihanraya JPK sesi 2021/2022
12.00 pm
Microsoft Form Media Sosial
Penyelaras dan urusetia
2.3 Proses penamaan calon
02/11 - 04/11 Selasa - Khamis
2/11 buka 8.00 am - 4/11 tutup 4.30 pm
Microsoft Form
Penyelaras dan Urusetia
* Borang Penamaan Calon
2.4 Proses Bantahan
4/11 Khamis
4.30 pm - 7.30 pm
Microsoft Form
* Borang bantahan
2.5 Mesyuarat Pengesahan Calon 7.30 pm Penyelaras dan
urusetia
2.6 Pengumuman penamaan calon 9.30 pm Penyelaras dan
urusetia
2.7 Tempoh berkempen (online)
5/11 - 6/11 Jumaat -
Sabtu
5/11 buka 8.00 am – 6/11 tutup
12.00 pm
Microsoft Form Media Sosial
Penyelaras dan urusetia
2.8 Proses pengundian 6/11
Sabtu 12.00 pm
Penyelaras dan urusetia
2.9 Pembuangan undi
7/11 Ahad
12.00 pm
Penyelaras dan urusetia
2.10
Pengumuman Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2021/2022
2.00 pm
Penyelaras dan urusetia
3. Syarat-Syarat Am
3.1 Kelayakan Bertanding
Pelajar yang layak menjadi calon ialah pelajar yang berdaftar.
3.1.1 Semua pelajar aktif berdaftar adalah terbuka kepada semua pelajar yang ingin bertanding.
3.1.2 Calon-calon hendaklah mempunyai purata nilai gred PNGK yang memuaskan.
PNGK di bawah 2.50TIDAK LAYAK bertanding.
Pelajar yang tergolong dalam kategori di bawah adalah DILARANG menjadi calon.
3.1.3 Pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaan yang pertama di Universiti bagi kursus pengajiannya.
3.1.4 Pelajar yang gagal dalam peperiksaan yang telah diadakan di Universiti ini bagi kursus pengajiannya.
3.2 Peraturan Berkempen
3.2.1 Kos adalah ditanggung oleh calon dengan bantuan tertentu daripada pihak Universiti sahaja (setiap calon akan dibekalkan dengan 50 keping poster sahaja oleh J/K Pilihanraya).
3.2.2 Tidak dibenarkan mengeluarkan perkataan-perkataan yang menegur atau mencerca dasar-dasar dan perjalanan kerajaan, sebarang parti politik, pegawai kerajaan dan badan-badan berkanun atau menyinggung peribadi calon-calon.
3.2.3 Elakkan dari menurun bahan-bahan kempen calon lain.
3.2.4 Calon-calon dikehendaki menghantar manifesto ke Pejabat Kolej Kediaman dalam dua salinan sebelum berkempen.
3.2.5 Calon boleh berkempen di mana difikirkan sesuai tetapi perlu mendapat kelulusan dari pihak J/K Pemilihan terlebih dahulu.
3.2.6 Penglibatan orang luar (bukan pelajar dan Ahli J/K Pemilihan) dalam kempen adalah tidak dibenarkan.
3.2.7 Seseorang agen tidak dibenarkan menjadi calon dan sebaliknya seseorang calon tidak dibenarkan menjadi agen calon. Calon dibenarkan mempunyai dua orang agen (seorang penyokong dan seorang pencadang) bagi membantu kempen calon berkenaan.
3.3 Hak Mengundi
Semua pelajar yang berdaftar di kolej kediaman mempunyai hak untuk mengundi kecuali pelajar pasca siswazah.
3.4 Peraturan Mengundi
3.4.1 Pelajar dikehendaki membawa kad pelajar masing-masing semasa mengundi.
3.4.2 Calon dan agen mereka tidak dibenarkan menjalankan kempen pada hari pengundian. Mereka juga tidak dibenarkan:
1. Memancing undi.
2. Mengedar senarai calon.
3. Membuat bising di sekitar pusat mengundi.
3.5 Proses Pengiraan Undi dan Bantahan Kiraan Undi
3.5.1 Penyelaras Pengiraan Undi di pusat-pusat pengundian hendaklah memantau seluruh proses pengiraan undi.
3.5.2 Agen / penyokong / calon bolehlah membuat bantahan terhadap proses pengiraan undi (SEKIRANYA PERLU) di pusat pengundian. Keputusan yang TELAH DISERAHKAN ke Urusetia J/K Pemilihan adalah muktamad.
4.0 SEGALA KEPUTUSAN SURUHANJAYA PEMILIHAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ (JPK) PUSAT ADALAH MUKTAMAD.
PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UNIMAS SESI 2021/2022
PERINGATAN
1. Borang ini hendaklah diserahkan sendiri oleh calon kepada J/K Pemilihan dengan diiringi sama oleh agen (Pencadang dan Penyokong).
Walau bagaimanapun, calon yang tidak dapat menyerahkan Borang ini di atas urusan rasmi Universiti, boleh mewakilkan kepada Pencadang DAN Penyokong dengan disertakan bukti bertulis yang telah mendapat kelulusan Pengetua Kolej.
2. Borang Pencalonan hendaklah diserahkan di kaunter Pejabat Kolej Kediaman.
3. Dua keping gambar berukuran pasport hendaklah disertakan bersama borang pencalonan ini dan sekeping gambar darinya hendaklah dilekatkan dalam petak yang disediakan di borang SPP/JPK2. Tuliskan nama, tahun pengajian dan nombor kad pengenalan di belakang setiap gambar.
4. Satu salinan keputusan peperiksaan semester terbaru (perlu disahkan benar) hendaklah disertakan bersama borang pencalonan ini.
Saya ………...
No Kad Pengenalan : ……….……… Tahun Pengajian : ……….….
adalah seorang pelajar berdaftar Fakulti
……….. di Universiti Malaysia Sarawak dengan ini memohon untuk bertanding sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) Kolej ……….
bagi Pemilihan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Kolej- Kolej Kediaman UNIMAS sesi 2021/2022 dengan mengemukakan butir-butir diri saya beserta butir-butir Pencadang dan Penyokong seperti di Borang SPP / JPK 2 ( bagi Kerusi Kolej )
……….. Tarikh : ………..
Tanda Tangan Calon
Lekatkan Gambar Pasport
Terbaru
SPP / JPK 1
BORANG PENAMAAN CALON
PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UNIMAS SESI 2021/2022
Nama Penuh :
HURUF BESAR
No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir :
No. Tel : Jantina : L / P Umur
Fakulti : No. Pelajar : Tahun Pengajian/Semester Purata Nilai Gred (PNG) : Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) :
Kami yang bertandatangan di bawah ini menamakan penama di atas sebagai seorang calon yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Kolej
……….. mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) 1971.
Pencadang Penyokong
Nama Penuh : Fakulti : Tahun Pengajian : No. Pelajar : No. Tel : Alamat
Kediaman/Kolej :
………. ……….
Tandatangan Pencadang Tandatangan Penyokong Ditandatangani oleh calon di hadapan saksi
………. ……….
Tarikh Tandatangan Calon
Nama Saksi :
Alamat :
No Tel :
No. Kad Pengenalan : ……….
No Pelajar / Staf : Tandatangan Saksi
SPP / JPK 2
Pencalonan Ahli Majlis Tertinggi JPK
Lekatkan Gambar Pasport
Terbaru
PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UNIMAS SESI 2021/2021
Pengakuan orang yang dinamakan sebagai calon pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) 2021/2022, Kolej ………..
Saya No K/P
dengan sesungguhnya mengaku bahawa,
1. Saya berkelayakan untuk menjadi wakil untuk dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Kolej seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) 1971.
2. Saya tidak hilang kelayakan menurut mana-mana peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) 1971 atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa.
3. PNGK saya yang terkini ialah
Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut didalamnya adalah benar.
Diperbuat dan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas pada ____hb____tahun 2021.
………
Tandatangan Calon di hadapan saya Pengesahan Pengurus Asrama
Kolej Kediaman Pelajar
………..
Tandatangan / Cop Rasmi PENGETUA
………
Tandatangan / Cop Rasmi
SPP / JPK 3
PENGAKUAN CALON
PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UNIMAS SESI 2021/2022
Adalah saya ………
(Ketua Urusetia Kolej)
dari Pejabat Kolej ……….
telah menerima wang cagaran / deposit daripada calon bernama
……….……… sebanyak
(nama calon)
RM10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja ) sebagai wang cagaran / deposit Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Unimas 2021/2022.
Tandatangan
Ketua Urusetia Pemilihan JPK
Tandatangan Calon
………... ………...
Nama : ………...
Tarikh : ……… Tarikh : ………
Nota :
a). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dibuat satu (1) salinan oleh pihak urusetia (Kolej Kediaman)
b). Satu salinan hendaklah diserahkan kepada calon untuk simpanan.
SPP / JPK 4
AKUAN PENERIMAAN WANG DEPOSIT
PILIHANRAYA
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UNIMAS SESI 2021/2022
Ketua Pusat Mengundi
KOLEJ: ………
Tuan,
Bersama-sama ini disertakan:
1. Kertas undi Kolej sebanyak …… keping. Dari No. _____ hingga No. _____.
Sila pastikan:
a) Undian dibuat secara maya melalui applikasi Uvotz UNIMAS bermula pada jam 12.00 tengahari (6 November 2021)
b) Undian ditutup pada jam 12.00 tengahari (7 November 2021)
Sekian, harap maklum.
Pengesahan oleh
………... ………...
Penyelaras Pemilihan JPK Kolej Pengerusi Penyelaras Pilihanraya JPK 2021/2022
SPP / JPK 5
PENERIMAAN KERTAS UNDI
PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ UNIMAS SESI 2021/2022
Pegawai Penyelaras Pengiraan Undi
KOLEJ: ………
Tuan,
Saya ……… No. Matrik ………, 1. calon / agen* calon pemilihan Kerusi Jawatankuasa Perwakilan Kolej
……… dengan ini mengesahkan bersetuju dengan proses pengiraan undi yang dijalankan oleh pihak suruhanjaya.
2. Saya mengesahkan bahawa kiraan undi yang diterima sebanyak
………...undi adalah betul.
3. Saya dengan ini tidak akan membuat sebarang bantahan terhadap proses pengiraan berkenaan.
Sekian untuk makluman tuan. Terima kasih.
Yang benar
……….
Nama:
Pengesahan
Penyelaras Pilihanraya JPK Kolej
………..
Nama:
Sila potong yang mana tidak berkenaan.
SPP / JPK 6
PENGESAHAN PENGIRAAN KERTAS UNDI
AHMAD BIN DAUD
“BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”
NO. CALON
MT 01
GAMBAR CALON