• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN KESAN islami DASAR EKONOMI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN KESAN islami DASAR EKONOMI"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN KESAN DASAR EKONOMI. Perbandaran

 Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.

 Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah.

 Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan: o Mengalami pertambahan penduduk

o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong

o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.

 Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.

 Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan bijih timah manakala Miri, muncul hasil perlombongan petroleum.

 Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan institusi kewangan.

 Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan perkampungan dan India di ladang getah.

 Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar bandar.

 Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya.

 Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama.

 Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan

 Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840 an.

 Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja.

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.

 Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat ramai imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.

(2)

sumber tenaga turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan imigran ke Tanah Melayu.

 Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan dibezakan mengikut kaum.

 Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar, India sebagai penoreh getah, tinggal di estet dan orang Cina, berniaga dan perlombongan serta tinggal di bandar.

 Bahasa pertuturan yang digunakan juga berbeza antara satu sama lain.

Sistem Pendidikan Vernakular.

 Masyarakat berbilang bangsa telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.  Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

 Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.

 Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran,

mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira.

 British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris tidak dilaksanakan sepenuhnya.

 Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )

 Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada 1885

 Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.

 Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.  Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.  Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu.

Pendidikan Tamil

 Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar

 Pihak pengurusan ladang akan membiayai pengurusan sekolah Tamil di ladang.  Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda, 1912 di Seremban

berorientasikan sistem pendidikan di negara India.

 Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

(3)

 Sekolah China dibiayai oleh saudagar dari China seperti Sekolah Chung Hwa ( 1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai ( 1926) di Kuala Pilah.

 Menggunakan dialek masing masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran dibawa dari China.

 1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina.

 Semua aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British

Pendidikan Inggeris.

 Di peringkat awal, ia adalah usaha para mubaligh Kristian dan badan sukarela.  Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana:

o Terletak di bandar

o Pelajarnya adalah dari kalangan orang atasan

 Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.  Universiti Malaya di Singapura adalah universiti awal yang ditubuhkan oleh British di Tanah Melayu.

Sektor Perkilangan.

 Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.

 Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.

 Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.

 Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.  1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.

 Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.

 Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.

 Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.

 Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.

(4)

 Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.

 Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.

 Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918 dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.

 1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.

 Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.

 Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas terdapatnya jalan keretapi.

 Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat membawa muatan yang banyak.

 Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah.

 Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah.

 Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara.

 Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.

Perkhidmatan Kesihatan.

 Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.

 Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik.

 Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.  Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat

kesihatan.

 Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.  Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.

 1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.  Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.

(5)

 Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit.

 Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.

 Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.

 1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:

Referensi

Dokumen terkait

1. Rangkaian Kombinasional , adalah suatu rangkaian logika yang keadaan keluarannya hanya dipengaruhi oleh keadaan masukannya saja. Rangkaian Sekuensial , adalah rangkaian logika

Penelitian ini menghasilkan perbandingan dari penggunaan sistem kanban tradisional dengan E-Kanban (Houti, El Abbadi, & Abouabdellah, 2017). Perbandingan penelitian ini

Hasil dari layanan ini, pelanggan tanpa harus melihat ke website langsung ke tempat travel, cukup hanya mengirimkan SMS ke layanan informasi ini dengan format SMS yang telah

Kemudian, secara teknis pemberian legalisasi atas tanda tangan pejabat dilaksanakan oleh Seksi Legalisasi pada Sub Direktorat Hukum Perdata Umum, Direktorat Perdata,

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa motivasi membolos yang dilakukan oleh siswa di SMK Negeri 1 Sarirejo Lamongan berdasarkan latarbelakang (because motive) adalah karena

Factor  lingkungan sosial juga dapat berperan dalam pengaruh emosional seseorang yang diantaranya pengaruh teman pergaulan, dan apabila teman pergaulannya dan

Kompas.com membingkai isu hukuman mati Freddy Budiman sebagai gembong narkoba kelas wahid. Dimana Kompas.com membingkai isu ini dengan sudut pandang dari satu sisi

Abstrak: Demokrasi dikenal dengan makna pemerintah dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat dan bersama rakyat, hal ini diwujudkan diantaranya dengan praktek pemilihan umum, namun