• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPO"

Copied!
79
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPOLITIK:

SATU ANALISIS DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AHMAD

SHAH PAHANG (KUIPSAS)

ZULKIFLI BIN MOHAMED

2015

ABSTRAK

(2)

2 Bab 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Catatan sejarah menukilkan bahawa penglibatan wanita dalam politik bermula sejak zaman pemerintahan sistem beraja dan kebanyakkannya terdiri daripada keluarga diraja ataupun bangsawan. Penglibatan campur tangan wanita bermula apabila wujudnya sesuatu krisis atau konflik dan mereka kebiasaannya menjadi pendamai politik dalam konflik tersebut. (Ruzy Suliza Hashim, 1996). Di antaranya sejarah kerajaaan Islam Acheh iaitu Puteri Safiah, isteri Sultan Iskandar Thani dilantik menjadi pemerintah kerana Sultan tidak meninggalkan waris. Beliau memakai gelaran Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah (1645-1675), kemudian dua orang pemerintah selepasnya juga wanita iaitu Sultanah Nurul Alam Naqiatuddin Syah dan Sultanah Inayah Zakiatuddin Syah.

(3)

3

Justeru itu, sebagai usaha untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap wanita yang mengambil bahagian dalam politik maka sudah tentulah kajian sebegini perlu dilaksanakan.

1.2 Definisi dan pengertian politik

Dalam membincangkan skop wanita berpolitik, tidak boleh tidak perlu difahami maksud atau definisi politik itu sendiri agar isu kajian yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Menurut kamus dewan terbitan keempat (2005) mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara pemerintahan. Dalam bahasa Arab, politik disebut sebagai al-siasah yang bermaksud menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Dari sudut Etimologis perkataan "politik" ini berkaitan dengan perkataan seperti "polisi" dan "kebijaksanaan" saling berhubungan erat dengan perilaku-perilakunya. Oleh kerana itu secara umumnya definisi politik adalah sebuah perilaku atau kegiatan-kegiatan yang dilakukan untuk mewujudkan kebijaksanan dalam urusan kenegaraan untuk membangun dan membentuk masyarakat di dalam sebuah negara.

Terdapat banyak versi pengertian politik yang telah dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dan diantaranya adalah :

i) Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara konstitusional maupun nonkonstitusional.

(4)

4

iii) Politik adalah perjuangan untuk memperolehi kekuasaan melalui teknik melaksanakan kekuasaan dan kawalan.

iv) Politik adalah pelembagaan daripada hubungan antara manusia yang dilembagakan dalam bermacam-macam badan politik baik.

v) Politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (Aristoteles).

vi) Politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara.

vii) Politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat.

viii) Politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan awam.

Berdasarkan kepada beberapa pengertian politik tersebut, maka secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa politik adalah cara atau kemahiran ilmu kenegaraan, ilmu siasah yang berkaitan dengan pelbagai prinsip dan disiplin tertentu. Politik juga adalah sebagai kemahiran yang tidak terhad semata-mata kepada pelaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan kekuasaan atau kekuatan.

(5)

5

penglibatan wanita secara aktif dalam politik secara tidak langsung akan memantapkan lagi sesebuah kerajaan.

1.2 Latar belakang kajian

Penglibatan Wanita dan politik adalah merupakan satu topik menarik untuk dikaji kerana ianya mempunyai kaitan dengan peningkatan taraf hidup dan pencapaian kemajuan serta kepentingan wanita dalam politik. Penguasaan golongan wanita dalam jawatan di sektor awam bukan lagi merupakan suatu fantasi malahan sudah menjadi realiti. Lantaran itu terdapat beberapa jawatan utama di sektor awam dan sektor swasta digalas oleh golongan wanita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan dan Pengurus Besar merupakan suatu perkembangan positif.

Namun begitu, fungsi wanita sebagai “role play” dalam berpolitik selalu disalahertikan. Mengimbau di zaman Nabi Muhammad SAW, golongan wanita dipaparkan sangat cekal, menjadi pendorong kepada suami untuk berjuang menegakkan syiar Islam. Perjuangan Rasulullah SAW akan menjadi lebih sukar tanpa nama-nama besar wanita, seperti Siti Aminah, Khadijah, Aishah, Halimatussa’diah, Ummu Salamah, Ummu Aiman dan banyak lagi. Peranan yang dimainkan oleh mereka sangatlah besar dan memberi kesan yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW.

(6)

6

terlibat dalam bidang politik sering menghadapi pelbagai persoalan seperti sejauh manakah Islam membenarkan kaum muslimah bergerak cergas dalam arena politik.

Justeru itu, kajian ini akan menjelaskan tanggapan mahasiswa terhadap kebarangkalian wanita berpolitik dianggap positif atau pun negatif.

1.3 Penyataan Masalah

Perjuangan golongan wanita di Malaysia untuk mencapai matlamat penglibatan 30 peratus dalam kumpulan membuat keputusan merupakan salah satu faktor utama yang mendorong wanita terlibat berpolitik (Siti Hasmah 1995). Penyertaan wanita profesional dan berkerjaya dalam politik telah mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan dan sumbangan mereka terhadap politik negara termasuklah mahasiswa. Jawatan seperti doktor, ahli ekonomi, peguam dan aktivis sosial bukanlah penghalang kepada penglibatan wanita secara meluas dalam kenegaraan.

Namun begitu, dalam waktu yang sama juga wujudnya tanggapan segelintir masyarakat yang terpengaruh dengan budaya setempat menghadkan penglibatan wanita hanyalah dalam urusan rumah tangga sahaja. Sedangkan di dalam Islam golongan wanita diberi hak untuk berperanan di dalam masyarakat.

(7)

7

beberapa nas yang dihuraikan secara berbeza oleh ulama mengikut kefahaman mereka menyebabkan tanggapan masyarakat berkenaan dengan penglibatan wanita dalam politik menjadi kabur. Oleh yang demikian, kajian ini amatlah diperlukan bagi tujuan memurnikan tanggapan sebenar terhadap keharusan wanita berpolitik dari sudut agama dan kemasyarakatan terutamanya bagi golongan mahasiswa kerana mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan negara. Selain daripada itu adalah diharapkan agar kajian ini akan menjawap beberapa persoalan yang berlaku seperti kewujudan beberapa andaian yang menyatakan bahawa penglibatan wanita dalam politik tidak mempengaruhi senario landskap politik di Malaysia disamping menjernihkan persepsi yang menyatakan fungsi wanita hanya sekadar mengisi ruang kosong serta mendatangkan liabiliti kepada parti politik.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mencapai beberapa objektif yang telah dikenalpasti bagi mengetahui tanggapan sebenar kumpulan sasar kajian iaitu mahasiswa KUIPSAS daripada aspek persepsi mereka terhadap golongan wanita yang berpolitik berdasarkan kepada objektif seperti berikut:

1.4.1 Mengetahui tanggapan mahasiswa terhadap kepentingan wanita berpolitik. 1.4.2 Mengetahui tanggapan mahasiswa berkenaan hukum wanita berpolitik

dalam Islam.

(8)

8

1.4.4 Membina kesedaraan mahasiswa tentang kepentingan memahami konsep keharusan sebenar wanita berpolitik dalam Islam.

Akhirnya, kajian ini akan merumuskan tanggapan sebenar mahasiswa berkenaan dengan persepsi mereka terhadap wanita yang berpolitik.

1.5 Hipotesis Kajian

Secara umumnya penyelidik mengandaikan bahawa berkemungkinan besar persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah negatif kerana segelintir mahasiswa terutamanya golongan lelaki mempunyai tanggapan bahawa wanita mendatangkan liabiliti apabila terlibat dalam politik disebabkan faktor norma dan nilai adat resam budaya masyarakat. Pengerakan mereka juga amat terbatas berbanding lelaki. Dengan adanya tanggapan sedemikian, kesedaran berpolitik di kalangan wanita kurang mendapat sambutan.

(9)

9

Oleh yang demikian skala yang digunakan adalah skala likert kerana kajian ini bertujuan untuk mengukur sikap mahasiswa berdasarkan maklumbalas soal selidik terhadap 100 mahasiswa Kolej Universiti Islam Pahang (KUIPSAS).

Rajah 1 (Skala Likert)

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Neutral Setuju Sangat setuju

Hubungan antara pemboleh ubah iaitu Hipotesis Hºøº (Null hypothesis) dan Hº iaitu tiada perbezaan signifikan antara markah skor mahasiswa lelaki dan wanita terhadap tanggapan pentingan wanita berpolitik.

1.6 Persoalan Kajian

Bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian ini, soalan kajian berbentuk kuantitatif telah dikenalpasti berdasarkan kepada tinjauan kajian lampau dan juga maklumbalas kajian rintis adalah seperti berikut:

1.6.1 Adakah anda setuju wanita berpolitik ?

1.6.2 Adakah wanita lebih berpengaruh daripada lelaki?

1.6.3 Adakah wanita mampu memberi kemenangan kepada Parti ? 1.6.4 Adakah anda yakin dengan kepimpinan wanita?

(10)

10

1.6.6 Adakah anda percaya semakin ramai wanita berpolitik ianya semakin baik kepada masyarakat?

1.6.7 Adakah pemimpin wanita lebih berkaliber?

1.6.8 Adakah wanita lebih tegas daripada lelaki apabila menjadi pemimpin?

1.7 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini adalah bergantung kepada hasil dapatan penyelidikan. Sekiranya natijah kajian menunjukkan impak positif maka penglibatan mereka dalam politik perlu digalakkan khususnya bagi wanita yang mempunyai bakat kepimpinan daripada keluarga yang matang berpolitik.

Di samping itu, jika kajian ini mendapati persepsi wanita mampu memberi kemenangan melebihi 1/3 responden maka parti-parti politik perlu mencalonkan golongan wanita sebagai calon parti masing-masing demi kejayaan mereka.

Oleh yang demikian, dapatan kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia agar menaik taraf subjek berkaitan yang sedia ada atau pun menawarkan jurusan pengurusan politik berkesan sebagai usaha untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa di masa hadapan.

1.8 Batasan kajian

(11)

11

Universiti Islam Pahang (KUIPSAS) Pahang dipilih kerana terdapat dua aliran mahasiswa iaitu mereka yang mengambil jurusan pendidikan Islam dan juga pengurusan.

Dari sudut praktikalnya, bilangan mahasiswa wanita dan lelaki di KUIPSAS tidak terlalu jauh nisbah perbezaan jantinanya iaitu di antara 45 hingga 55 peratus sahaja. Penglibatan mahasiswa KUIPSAS juga dilihat mampu membantu kajian ini mencapai objektif yang dikehendaki kerana salah satu persepsi yang dikaji adalah pengetahuan berkenaan hukum wanita berpolitik dari sudut Islam.

Selain daripada itu, dengan purata umur mahasiswa di antara 18 hingga 22 tahun, adalah merupakan umur yang layak bagi mereka untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Responden juga dipilih secara rawak tanpa mengambilkira sama ada mereka bergiat dalam politik kampus ataupun tidak.

1.8 Methodologi kajian

Bagi menyempurnakan kajian ini, penulis telah memilih untuk melaksanakannya dalam bentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu “mixed method” serta merangkumi aspek berikut:

1.8.1 Pengumpulan Data

(12)

12

responden bagi kajian rintis di Universiti Malaysia Pahang dan 100 orang mahasiswa untuk kajian sebenar daripada Kolej Universiti Islam Pahang (KUIPSAS).

1.8.2 Analisis data

Data-data yang diperolehi akan dianalisa dengan menggunakan beberapa metod induktif iaitu penyelidik akan membuat kesimpulan hasil dapatan daripada bukti-bukti maklumbalas responden. Penyelidik juga menggunakan metod komparatif iaitu perbandingan terhadap data-data yang diperoleh melalui kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan bagi tujuan menilai sejauh mana kewajaran tanggapan mahasiswa terhadap golongan wanita yang berpolitik berdasarkan pemahaman dan latarbelakang pendidikan mereka.

1.8.3 Analisa melalui program Statistikal Package For The Social Sciences

Penyelidik akan menganalisis data responden dengan menggunakan perisian SPSS version 20.0 bagi tujuan melaporkan hasil dapatan kajian soal selidik yang dilakukan terhadap mahasiswa termasuklah data demografi dan soalan-soalan kajian persepsi terhadap wanita berpolitik.

1.9 Definisi istilah

(13)

13

Dalam kajian ini terdapat lima istilah yang perlu diperjelaskan maksudnya secara spesifik iaitu istilah persepsi, mahasiswa, wanita, politik dan berpolitik

1.9.1 Pengertian persepsi

Menurut Kamus Persuratan Dewan Bahasa dan Pustaka (2008-2016), perkataan “persepsi” ini membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati dan fikiran seseorang tentang sesuatu. Ia juga bermaksud pandangan, tanggapan masyarakat terhadap sesuatu isu melalui pancaindera, kekuatan imaginasi, kepekaan kepada objek-objek yang diterima secara visual.

Dari sudut yang dalam bahasa arab, istilah persepsi ini membawa maksud “tasawwur” iaitu gambaran secara secara subjektif dan relatif. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan perkataan ini berasal daripada bahasa Indonesia yang membawa maksud “reaksi” atau “komentar” seseorang terhadap apa yang dilihat, di dengar dan dibaca.

(14)

14 1.9.2 Istilah Mahasiswa

Pengertian mahasiswa secara harfiahnya adalah seseorang pelajar yang sedang menuntut dalam bidang pengajian tinggi secara spesifik di universiti, institut atau kolej. Perkataan “mahasiswa” bermaksud puncak pendidikan dan mereka juga adalah golongan pelajar yang mengambil jurusan tertentu secara khusus bagi mengembangkan bakatnya. Mahasiswa yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah golongan lelakiu dan perempuan yang berpendidikan dan mempunyai kemahiran tertentu serta berwibawa untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat suatu masa nanti.

1.9.3 Istilah wanita

Kamus dewan edisi keempat menjelaskan bahawa wanita adalah salah satu daripada dua jantina bagi manusia. Wanita adalah perempuan yang secara umumnya adalah makhluk yang lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang. Pengertian wanita secara etimologis menurut Zaitunah Subhan (2004) berasal dari kata “empu” yang bermaksud dihargai. Kata wanita juga dianggap daripada bahasa sanskerit dengan dasar kata “wan” yang bermaksud “nafsu”. Wanita yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perempuan yang melibatkan diri atau mengambil bahagian dalam urusan politik.

1.9.4 Istilah politik

(15)

15

Pengertian Politik jika dianalisa tentang kepentingan penggunaannya secara umum bermaksud kebijaksanaan. Politik juga merupakan satu tingkatan kelompok atau individu yang membicarakan berkenaan hal ehwal yang terjadi di dalam masyarakat atau negara. Menurut definisi Joice Mitchel yang mengatakan bahawa politik adalah pengambilan keputusan kolektif atau pembuatan kebijaksanaan umum masyarakat seluruhnya.

Manakala menurut definisi Prof. Meriam Budhiarjo, pengertian politik adalah pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan penentuan dan pelaksanaan sesuatu tujuan. Sementara itu, Johan Kaspar Blunchli berpendapat politik adalah ilmu yang memerhatikan masalah kenegaraan dengan memperjuangkan pemahaman tentang negara dan keadaannya serta sifat-sifat dasarnya melalui perbagai bentuk atau manifestasi pembangunannya

Dari sudut ilmuan Islam seperti Ibnu Qayyim (691-751H), politik bermaksud cara untuk mencapai keadilan di dalam sesebuah masyarakat. Manakala Abdul Rahman Taj dalam kitabnya al-Siyasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami mendefinisikan politik sebagai hukum-hukum yang mengatur perjalanan pentadbiran dan rakyat untuk mencapai objektif kemaslahatan masyarakat.

1.9.5 Istilah berpolitik

(16)

16

berkaitan bagi merealisasikan cita-cita, perjuangan, pendirian dan kebijaksanaan memperaktikkan tingkah laku individu dalam sesebuah parti.

1.10 Kesimpulannya

Kajian persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik ini adalah sebagai satu usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita yang berpendidikan tinggi agar mengambil peluang untuk terlibat dalam urusan pentadbiran negara. Ini adalah kerana kesedaran umum terhadap hak berpolitik di Malaysia dikatakan tidak tinggi. Dalam waktu yang sama juga, penyelidik berharap agar pandangan serong masyarakat yang memperkecilkan peranan wanita dalam politik dapat diperbetulkan.

Merujuk kepada surah at-Taubah, ayat 71:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian

mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan salat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi

(17)

17

Menurut Prof Dr Istibsyaroh S.H., M.Ag (2008) dalam perbahasan hak politik perempuan perseptif Islam melalui kajian tafsir mawdu’i, menjelaskan bahawa kaum wanita berhak berpolitik kerana tiada nas secara sarih (tegas) melarangnya. Sayyid Qutud, hak wanita dalam bidang politik merupakan hak syar’i, jika beberapa masa yang lalu mereka tidak menggunakan hak ini, bukan bererti perempuan tidak boleh atau tidak mampu tetapi kerana tiada keperluan yang mendesak untuk dipraktiskan.

Sejarah juga membuktikan bahawa Saidatina Aisyah r.a juga pernah menjadi pimpinan pasukan perang Jamal (36H) yang didalamnya terdapat ramai para sahabat Nabi SAW, namun tiada seorang pun yang keberatan di atas kepimpinannya. Selain itu, terdapat juga bukti lain yang menunjukkan wanita mampu memikul masalah besar seperti Siti Hajar, Ibu Nabi Ismail a.s, Kisah Maryam yang merupakan ibu kepada nabi Isa a.s, Ratu Balqis dan sebagainya.

(18)

18 BAB 2

TINJAUAN SUSASTERA

2.1 Pengenalan

Kajian Dr. Shayuthy Abdul Manas (2008), Universiti Islam Antarabangsa dalam bukunya: “Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik” telah mengupas persepsi tersebut daripada sudut kontemporari berdasarkan hujah al-Quran, sunnah dan teori-teori sarjana Islam yang diiktiraf. Beliau mendedahkan bagaimana wanita mengalami proses kebangkitan semula daripada golongan yang ditindas kepada golongan yang mampu mengubah politik dunia. Persepsi sesetengah golongan yang mahukan wanita hanya berkhidmat di rumah dengan alasan agama dan adat kini tidak relevan lagi.

Kajian Zaherawati Zakaria (2008), juga mendapati persoalan penglibatan wanita di Malaysia khususnya apabila mereka melibatkan diri di dalam bidang politik untuk bekerjasama membangunkan negara maka akan terdengar pelbagai pandangan tentang penglibatan mereka. Maka timbulah pelbagai persoalan seperti sejauh manakah Islam membenarkan wanita bergerak cergas dalam arena politik?, bolehkah seseorang wanita bertanding untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen? adakah Islam merestui wanita dilantik menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang berlaku di setengah-setengah negara Islam seperti Pakistan atau Bangladesh?

2.2 Wanita dan politik

(19)

19

50.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Walau bagaimana pun kesimbangan wanita yang terdapat dalam daftar pemilih tersebut tidak menggambarkan jumlah perwakilan wanita yang dilantik di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Hanya 10.4 peratus Ahli Parlimen yang terdiri daripada wanita. Manakala di peringkat negeri, wakil wanita hanya 8.2 peratus sahaja.

Penyertaan wanita dalam politik penting kerana dengan penglibatan mereka perhatian terhadap isu-isu keganasan rumahtangga, serangan dan gangguan seksual akan mendapat pembelaan. Di samping itu, penyertaan wanita sebagai tenaga kerja tidak pernah melebihi 48 peratus sejak tahun 2000 sehingga 2011 dan implikasinya adalah wanita terhalang daripada mencapai potensi ekonomi mereka. Di kalangan wanita yang bekerja, hanya 3.6% berada di peringkat pengurusan.

Sehingga kini, wanita yang berpendidikan adalah 47.1 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia. Maka sasaran untuk mencapai matlamat 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan mungkin menjadi realiti sekiranya kesedaran untuk berpolitik ditingkatkan oleh masyarakat.

2.3 Mahasiswa dan politik

(20)

20

Di peringkat universiti, struktur politik dibentuk melalui penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih secara demokrasi iaitu melalui pilihanraya kampus. Mereka mempunyai tugasan utama untuk melaksanakan hak-hak mengundi di kalangan mahasiswa tanpa mengira parti atau kumpulan mana yang menang. Sebagai mahasiswa, mereka perlu meletakkan keutamaan untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan nilai keadilan, kesaksamaan dan amanah. MPP umpama sebuah kerajaan memerintah yang dipimpin oleh perwakilan yang memenuhi aspirasi mahasiswa berdasarkan nilai dan piawaian yang disepakati bersama. Tidaklah memadai sekiranya mahasiswa hanya memperjuangkan isu-isu dalaman kampus sahaja sehingga digelar jaguh kampung tetapi lebih dari itu sebagai alternatif latihan dan persiapan

membangunkan masyarakat dan juga sebagai bakal pemimpin masa depan negara.

Penglibatan mahasiswa dalam kegiatan politik juga sering menjadi perhatian dan

kritikan pelbagai pihak. Walau bagaimana pun penyertaan mereka secara aktif di dalam

kegiatan politik bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini adalah kerana Pusat Pengajian

Tinggi itu sendiri adalah alam politik yang terdiri daripada para pentadbir, pensyarah dan

mahasiswa.

Mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi adalah merujuk kepada segolongan individu

pelajar yang sedang mengikuti satu proses pendidikan yang tersusun dan terancang

seperti di universiti, institut, kolej, akademi ataupun politeknik. Manakala istilah politik

pula adalah menyentuh urusan yang berkaitan pemerintahan negara yang mencakupi

aspek seperti kekuasaan, ekonomi dan sosial. Maksud politik ini juga boleh diperluaskan

lagi iaitu meliputi pekara pekara seperti nilai kebangsaan, sifat patriotisme, pengetahuan

kognitif (mengamati sesuatu) dan perasaan cinta terhadap negara yang ada pada diri

(21)

21

Menurut Saifuddin Abdullah (2008), takrifan kegiatan politik pelajar yang

diutarakan dalam bukunya telah menggariskan beberapa aktiviti pelajar yang boleh

digolongkan dalam kegiatan-kegiatan pelajar yang bercorak politik antaranya:

a) Kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pertubuhan pelajar seperti bermesyuarat

dan membentangkan resolusi-resolusi bercorak politik untuk tatapan umum atau

perhatian kerajaan.

b) Menerbitkan "newsletter" ataupun kenyataan-kenyataan akhbar untuk menzahirkan cita-cita politik mereka.

c) Demonstrasi atau tunjuk perasaan di mana para pelajar cuba menyampaikan pandangan dan falsafah perjuangan mereka.

Kajian Embi (2006), penglibatan mahasiswa di dalam kegiatan politik bukan sesuatu yang menghairankan kerana pusat pengajian tinggi itu sendiri adalah merupakan alam politik. Ini dapat dilihat dalam takrifan kegiatan politik pelajar oleh Muhammad Abu Bakar (1984) dalam bukunya “Mahasiswa Menggugat”.

(22)

22

syarat-syarat yang telah diwujudkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 1975. Akta tersebut tidak membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam parti-parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau politik.

Kajian yang dilakukan oleh Junaidi Awang Besar et.all (2013), mendapati mahasiswa amat mudah dipengaruhi oleh maklumat-maklumat dari sumber lisan, bercetak mahupun sumber atas talian. Mereka memiliki pemikiran yang sangat kritis terhadap perkembangan isu semasa. Akan tetapi mereka merupakan kumpulan intelek yang masih menyokong pentadbiran universiti dan kerajaan dalam memajukan masyarakat dan Negara.

2.4 Kelebihan wanita dalam politik

2.4.1 Sebagai pendamai atau pemerintah yang disegani

(23)

23

Alam Naqiatuddin Syah dan Sultanah Inayah Zakiatuddin. (Institut Tadbiran Awam Negara, Wanita Melayu dan Politik Malaysia)

Kenyataan ini disokong pula oleh hikayat seri Kelantan yang menceritakan perihal Puteri Sa’dong dan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemerintah Kelantan. Begitulah juga dengan kisah anak-anak pembesar melayu yang terkenal dengan gelaran Seri Kandi iaitu gelaran yang diberikan kepada golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang setanding dengan lelaki atau lebih tinggi daripada mereka serta terlibat secara aktif dalam politik dengan kebijaksanaan dan keberanian menangani krisis-krisis di istana.

2.4.2 Taklif yang sama dengan lelaki

(24)

24

Sebagai contoh, satu hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Rafi’ r.a bahawa beliau telah berkata:

ﺖﻧﺎﻛ

Maksudnya: “Adalah Ummu Salamah berkata, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda di atas minbar semasa beliau sedang menyikat rambut: “Wahai Manusia” Maka berkata Ummu Salamah kepada seorang hamba perempuan: “Jauhkan sedikit dirimu daripadaku” beliau berkata : “Sesungguhnya Nabi menyeru kaum lelaki bukannya wanita” Lalu berkata hamba tersebut:“ Sesungguhnya aku juga daripada kalangan manusia.” (Riwayat Muslim dalam sahihnya: 1795/4)

Islam tidak pernah membezakan di antara lelaki dan wanita dalam kewajipan-kewajipan dan tuntutan syariat sekaligus tidak pula membezakan hak antara kedua-duanya. Di antara hak-hak tersebut termasuklah hak untuk berpolitik yang diberikan kepada wanita. Ini selaras dengan hak untuk memilih pemerintah dan memberikan kepercayaan kepadanya seperti yang digambarkan dalam fiqh tradisional (turath) sebagai Bai’ah.

(25)

25

Maksudnya: “Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka

barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan

menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah

akan memberinya pahala yang besar”

Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Fath ayat 18:

Maksudnya: Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tidak akan mempersekutukan

sesuatupun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh

anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan

kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah

janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka.

(26)

26

Melalui dua ayat ini, Allah SWT telah menetapkan hak kepada wanita untuk melakukan baiah kepada pemerintah sebagaimana golongan lelaki tanpa membezakan antara kedua-duanya. Rasulullah SAW sendiri meminta nasihat daripada isteri baginda Ummu Salamah r.a dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah sebagaimana yang riwayatkan oleh Umar al-Khattab iaitu ketika mana Rasulullah SAW selesai daripada urusan menulis perjanjian tersebut, maka Rasulullah SAW berkata kepada para sahabat baginda: “Bangunlah, sembelihlah dan bercukurlah!” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali tetapi tidak seorang pun daripada sahabatnya mengikut arahan baginda. Kemudian baginda SAW menemui Ummu Salamah dengan menceritakan apa yang berlaku kepada sahabat baginda. Maka Ummu salamah berkata kepada baginda: “Wahai Nabi Allah, adakah kamu menyukai perkara itu? Keluarlah dan jangan kamu berbicara

dengan seorang pun dikalangan mereka lalu sembelihlah untamu serta panggillah

tukang cukurmu dan bercukurlah”. Lalu baginda SAW keluar tanpa berbicara dengan

seorang pun dan menyembelih unta baginda dan memanggil tukang cukur baginda serta terus bercukur. Apabila para sahabat r.a melihat perbuatan baginda, maka mereka semua bangun dan menyembelih unta serta saling bercukur antara satu sama lain.” (Riwayat Imam Al-Bukhari dalam sahihnya: 978/2)

(27)

27

bentuknya menepati ciri-ciri yang telah disebut oleh Allah S.W.T selain beriltizam dengan hukum Allah dan syariat-Nya seperti yang perintahkan Allah dan syariat Islam”

Oleh yang demikian jelaslah bahawa, Islam tidak menghalang wanita daripada menceburi politik. Maka dalam suasana politik di Malayia masa kni, sudah tentulah kajian ini akan bermanfaat terhadap semua pihak yang terlibat.

2.5 Tinjauan Kajian literatur

Perbincangan isu penglibatan wanita dalam politik bermula apabila kemunculan tokoh-tokoh politik wanita sama ada dalam parti kerajaan atau parti pembangkang. Golongan wanita muda berminat dengan politik kerana persepsi masyarakat terhadap peranan dan sumbangan mereka telah berubah (Zahir Zainuddin, 2008). Pada tahun 2011, terdapat satu terbitan kertas kerja tentang tahap penyertaan wanita dalam politik (Azmi Anuar, 2013). Ini adalah rentetan daripada pilihan raya tahun 2008 yang merekodkan bahawa terdapat 43 orang wanita bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 23 orang wanita iaitu 53.4 peratus telah memenanginya. Oleh yang demikian beberapa kajian telah dibuat bagi menilai penglibatan wanita dalam politik.

(28)

28

melayu dan politik malaysia, politik gender: perbandingan peranan wanita dan proses politik di Malaysia-jepun, halangan dan propek, (Khairunnisa Ahmad Hamidi, 2013), Gender dan kepimpinan dalam kalangan pelajar wanita di universiti awam (Zahariah Hassan dan Abd Daud Silong, 2008), Kepimpinan wanita dalam politik dari perspektif siyasah syar’iyyah (Sharifah Hayati Syed Ismail, 2002), Penglibatan politik wanita Melayu-Melanau di Sarawak (Ahmad Nizar Yaakob, 2006), Kepimpinan wanita dalam politik dan impak ke atas halatuju polisi awam Malaysia: kajian kes pilihanraya umum (PRU) ke 12 ( Noorun Nashirah Ramli, 2008) dan Pemerkasaan wanita dalam politik Malaysia ( Rashila Ramli, 2008).

Justeru, berdasarkan kepada tinjauan terhadap semua kajian tersebut, salah satu keperluan kajian persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah kerana golongan wanita adalah merupakan majoriti penuntut di institusi pengajian tinggi sekaligus berkemungkinan besar terlibat aktif dalam kepimpinan masyarakat sebagai agen perubahan (Sity Daud, 2015).

(29)

29

pada tahun 2011-2004 (3 tahun,89 hari), Khaleda Zia, Perdana Menteri Bangladesh pada tahun 2001–2006 (5 tahun,19 hari), Christina Fernandez de Kirchner, Presiden Argentina pada tahun 2007-2016 (9 tahun) dan Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand pada tahun 2011 – 2014 (5 tahun,91 hari)

Kesimpulannya, kajian persepsi ini sedikit sebanyak mampu memberi gambaran terhadap potensi dan masa depan golongan wanita dalam bidang politik di Malaysia kerana 10 peratus ahli parlimen Malaysia adalah golongan wanita (Azmi Anuar, 2013).

2.5.1 Kriteria kejayaan kajian

Faktor terpenting kejayaan kajian persepsi ini adalah hasil dapatannya akan mempengaruhi masyarakat dan negara tentang penglibatan wanita dalam pengurusan pentadbiran serta pembangunan negara. Ini kerana sejarah dunia telah membuktikan bahawa terdapat lebih daripada 13 wanita pernah menyandang jawatan penting di Asia iaitu sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden (Ilhamblog Indonesia, 2013).

Dari aspek psikologi dan ekonomi, golongan wanita yang penuh dengan watak keibuan seperti Megawati Sukarnoputri (Indonesia) dan Indra Gandhi (India) dilihat mampu menegakkan kestabilan perundangan dan perkembangan ekonomi dengan memupuk produktiviti pertanian.

(30)

30

langkah kesimbangan dan kestabilan sesebuah negara. Keberadaan wanita dalam politik adalah merupakan sunnatullah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang

mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”.

2.5.2 Kepentingan terhadap organisasi

Tinjauan dari sudut media mendapati bahawa lebih 50 peratus calon wanita beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil di Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa wanita adalah sebagai pelengkap kemenangan parti. Dalam PRU 13 yang lalu, seramai 56 calon wanita telah bertanding di peringkat Parlimen berbanding dengan jumlah keseluruhan 523 orang calon. Manakala di peringkat ADUN pula terdapat 112 calon wanita berbanding 1,210 calon keseluruhannya. Walaupun penglibatan calon wanita sebanyak 10.7 peratus di peringkat Parlimen dan 9.3 peratus di peringkat ADUN, ini membuktikan bahawa peranan wanita juga adalah penting untuk menarik minat pengundi menyokong sesebuah parti tersebut.

(31)

31

keadaan kawasan-kawasan perdagangan dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Beliau menggunakan cemeti untuk melarang rakyat melakukan kemungkaran.

Riwayat tentang Samra’ ini dinyatakan oleh Abu Balj Yahya Bin Sulaim di mana beliau berkata:“Aku melihat Samra’ binti Nuhaik , beliau merupakan orang yang sempat bersama Rasulullah saw, memakai baju besi dan jilbab yang kasar dan memegang cemeti menyeru manusia melakukan makruf dan mencegah mungkar.” (Riwayat Imam At-Tobrani dalam Mu’jam Al-Kabir: 24/311).

Adapun dalam konteks terkini politik di Malaysia, penyertaan wanita dan lelaki negara-negara umat Islam dalam pelbagai jawatan-jawatan awam, pegawai kerajaan, keilmuan, perniagaan semakin mendapat perhatian kerana kewibawaan mereka. Wanita kini menjadi duta, menteri, pensyarah universiti dan juga usahawan yang berjaya.

Antara kepentingan wanita dalam organisasi, berdasarkan kepada surah Ali- Imran ayat 104,

(32)

32

Lafaz “ummatan” pada 104 bersifat umum iaitu membawa maksud “man” (barangsiapa). Kedua lafaz tersebut tidak membezakan antara lelaki dan wanita, atau hukumnya berstatus wajib bagi lelaki mahupun wanita. Perintah Allah SWT dan Rasul-Nya ditujukan kepada kaum muslimin seluruhnya baik lelaki mahupun wanita kerana Allah SWT tidak membebani hamba-Nya di luar kemampuannya, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 286;

Maksudnya: “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia akan mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannnya.”

Hakikatnya, terdapat satu hal yang patut direnungkan oleh seluruh wanita muslim iaitu di saat ini jumlah wanita adalah melebihi golongan lelaki. Apabila kaum wanita mampu berperanan secara optimal, sudah tentu akan memberi sumbangan yang sangat besar demi mencapai “umat terbaik”. Suara wanita berpotensi besar memberikan tekanan atau “pressure” yang kuat kepada pihak pemerintah untuk menjalankan aktiviti pengurusan umat dengan baik. Sehubungan dengan itu, apabila wanita menjalankan fungsinya sebagai pemangkin generasi berkualiti, maka peranan mereka dalam politik akan menjadi sesuatu yang signifikan demi kebangkitan umat.

(33)

33

Tinjauan hasil-hasil kajian literatur yang lalu mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara mahasiswa, wanita dan politik. Berdasarkan kepada pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian yang terdapat dalam soal selidik adalah dijangkakan faktor ilmu, adat dan budaya masyarakat mempengaruhi mahasiswa untuk membuat pilihan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan. Merujuk kepada teori Taylor dan Todd (1995) dan juga penelitian kajian sebelum, aspek sosial dan psikologi amat berkaitan dengan kajian persepsi kerana Teori Tindakan Beralasan (TTB) yang mempunyai hubung kait di antara sikap (gelagat), niat dan sosial.

Kajian yang melibatkan mahasiswa KUIPSAS ini melalui 2 peringkat iaitu kajian rintis dan kajian sebenar. Hasil kajian yang dijalankan di Univerisiti Malaysia Pahang (UMP) pada 14 April 2016 di kalangan 30 orang mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang secara rawak mendapat bahawa peratus mahasiswa bersetuju dan tidak bersetuju wanita berpolitik berada di tahap sederhana rendah iaitu 26.6%

bersetuju dan 43.3% tidak bersetuju. Oleh kerana hasilnya berada ditahap sederhana, maka penyelidik terus mencuba untuk mendapatkan maklumbalas daripada mahasiswa dalam bidang pengajian Islam dan pengurusan agar kajian ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada pihak yang berkepentingan.

Justeru itu, dengan kaedah gabungan metod ini, adalah diharapkan hasil dapatan kajian persepsi terhadap 100 orang mahasiswa KUIPSAS ini dapat diteruskan diperingkat seterusnya.

(34)

34

Merujuk kepada analisis kebolehpercayaan yang dilakukan, ujian Cronbach Alpha kajian ini adalah Alpha 0.70 atau dikira baik (Hair et all, 1998). Ujian kesesuaian indentiti matriks data dengan pengukuran Kaiser Meyer-Olkin (KMO) bagi menentukan kecukupan persampelan dan Bartlett test of Sphericity (BTOS) bagi menguji sama ada matriks korelasi beridentiti atau sebaliknya adalah signifikan iaitu Sig = 0.000

Model regresi 1

Y = PMₒ + PM₁ + PM₂ + PM₃ + PM₄ + PM₅+PM₆+PM₇+PM₈

dimana,

Y = persepsi mahasiswa

PM₁ = Adakah anda setuju wanita berpolitik?

PM₂ = Adakah wanita lebih berpengaruh daripada lelaki? PM₃ = Adakah wanita mampu memberi kemenangan parti? PM₄ = Adakah anda yakin dengan kepimpinan wanita? PM₅ = Adakah anda mengetahui hukum wanita berpolitik?

PM₆ = Adakah anda percaya semakin ramai wanita berpolitik semakin

baik kepada masyarakat?

PM₇ = Adakah pemimpin wanita lebih berkaliber?

PM₈ = Adakah wanita lebih tegas daripada lelaki?

(35)

35

explanation (penerangan) kerana hubungan antara kenyataan yang digunakan dalam item soal selidik saling berkaitan seperti rajah 2.4.1.

Rajah 2.4.1 Jenis penyelidikan

Disamping itu, penyelidik juga mengandaikan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya parti-parti politik di Malaysia.

Rajah 2.4.2

2.6 Kesimpulan

Penyertaan wanita dalam politik semasa adalah bersifat maslahah sebagaimana yang pernah berlaku semasa pemerintah Khalifah Umar bin Khattab r.a. Ketika mana beliau mengumpulkan para wanita untuk membahas persoalan mahar yang dinilainya terlalu tinggi. Maka beliau menetapkan kadar maksima mahar adalah sebanyak 400 dinar

Jenis penyelidikan

Deskriptif

Explanation

Kajian

Applied Research Basic

(36)

36

sebagai kemashlahatan masyarakat. Namun sebahagian wanita yang diwakili oleh Khaulah binti Malik bin Tsa’labah menolak peraturan tersebut sambil menyampaikan hujah, melalui Surat An-Nisaa, ayat 20 yang bermaksud: “Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain sedang kamu telah memberikan kepada

seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali

sedikit pun darinya. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan

yang dusta (zalim) dan dengan (menanggung) dosa yang nyata. Apabila Khalifah Umar mendengar hujah Khaulah, maka beliau mengakui kekhilafannya dan membatalkan keputusannya seraya berkata: “Benarlah wanita itu dan salahlah Umar.”

(37)

37 Bab 3 Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan

Dalam bab ketiga ini, penyelidik akan membentangkan metod yang diguna pakai bagi melaporkan hasil kajian seperti reka bentuk kajian, kaedah penyelidikan, instrumen kajian, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan pengumpulan data serta kriteria persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik.

Metodologi bererti “ilmu tentang cara mengadakan penelitian atau kajian” (Imam Barnadid,1982). Perkataan ini berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘method’ yang membawa maksud ‘cara’ dan ‘logos’ yang bererti ‘ilmu’ (Koentjaraningrat 1977). Menurut Adam dan Schvaneveldt (1985) metodologi adalah merupakan suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat serta suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains.

(38)

38

Kajian terhadap 100 mahasiswa Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah Pahang (KUIPSAS) akan menggunakan beberapa metod yang sesuai agar hasil dapatannya bermanfaat kepada penyelidik dan juga pihak yang berkepentingan.

3.2 Reka bentuk kajian

Menurut Kerlinger (1973) reka bentuk kajian bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal pembolehubah agar maklumat yang diperoleh dapat digunakan serta dianalisa mengikut keperluan persoalan kajian. Manakala Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang digunakan dalam sesebuah kajian bagi tujuan mengutip dan menganalisis data. Sementara itu Creswell (2009) berpendapat, reka bentuk kajian adalah cadangan atau perancangan penyelidik untuk menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan metod kajian.

Sehubungan dengan itu, reka bentuk yang sesuai dengan kajian ini adalah berbentuk tinjauan kerana tujuan penyelidik adalah untuk mendapatkan maklumat daripada responden (Marican, 2006). Maka satu set borang soal selidik berstruktur telah digunakan sebagai instrumen utama kajian. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang mahasiswa daripada 300 orang mahasiswa pengajian Islam dan pengurusan KUIPSAS di Kuantan, Pahang.

Metod penelitian penyelidikan berdasarkan teori kuantitatif secara (grounded research) iaitu penelitian yang menitikberatkan data yang diperolehi daripada responden

(39)

39

(Jadual metod penyelidikan 3.2.1) Reka Bentuk

Kajian

Kaedah Pengumpulan Data

Responden Data

Kuantitatif Soal selidik Mahasiswa KUIPSAS

skala Likert

Seterusnya, data numerikal ini akan dianalisis bagi tujuan mengetahui hubungan (korelasi) di antara pembolehubah-pembolehubah yang dijangkakan mempengaruhi persepsi mahasiswa tersebut.

3.3 Populasi dan sampel

Dalam memperihalkan populasi dan sampel kajian yang bersifat kuantitaif ini, subjek kajian mestilah mempunyai kualiti dan karekteristik tertentu (Sugiyono, 2000). Oleh kerana hasil dapatan kajian rintis (mahasiswa UMP) tidak memihak kepada objektif dan hipotesis kajian, maka penyelidik memilih sebuah institusi pengajian tinggi yang lain di daerah Kuantan Pahang iaitu Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

(40)

40

tidak sesuai kerana pengajian mereka lebih bersifat teknikal sebaliknya mahasiswa KUIPSAS adalah sebaliknya.

KUIPSAS adalah sebuah kolej Universiti Islam yang ditubuhkan hasil daripada resolusi Seminar Ulama Negeri Pahang pada 1985 yang bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar lepasan agama Negeri Pahang melanjutkan pelajaran. Maka pada Jun 1994, KUIPSAS ditubuh dengan nama Kolej Islam Pahang di bawah naungan Kerajaan Negeri Pahang. Seramai 68 orang sulung dan tiga diploma pengajian Islam ditawarkan iaitu Pengkhususan Syariah Perbandingan, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Selepas itu doperkenalkan pula Diploma Pembangunan Perisian, Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengurusan Perniagaan.

Oleh kerana persepsi terhadap wanita berpolitik daripada pandangan mahasiswa belum pernah dikaji dan penglibatan golongan ini dalam politik turut dipengaruhi oleh faktor keilmuan, keagamaan, budaya serta nilai setempat, maka penyelidik beranggapan mahasisiwa KUIPSAS relevan dengan kajian ini.

3.4 Kajian rintis

(41)

41 3.4.1 Tujuan Kajian Rintis

Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menguji kebolehpercayaan dan meneliti ketekalan alat pengukuran yang digunakan, menentukan jangka masa yang diperlukan oleh responden untuk menjawab soal selidik dan mengikuti sesi aktiviti lisan yang dijalankan, menentukan kesesuaian format soal selidik dan aktiviti lisan dengan tujuan kajian dan memastikan perkataan yang digunakan di dalam soal selidik mudah difahami dan mempunyai maksud yang jelas bersesuaian dengan laras bahasa pelajar.

3.4.2 Pendekatan Dan Kaedah Kajian

Kajian rintis ini dibuat secara kuantitatif melalui 16 item soalan dan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahagian A (demografi) dan bahagian B (persepsi) dengan penglibatan 4 orang mahasiswa tahun 3 dan 26 orang mahasiswa tahun 4 daripada Fakulti Kejuruteraan UMP.

Data yang diperoleh dianalisa mengikut skala likert di mana responden perlu memilih nilai 1, 2, 3, 4 dan 5 pada setiap pernyataan pada ruang yang disediakan mengikut kenyatan persepsi yang difikirkan sesuai.

(42)

42

maklum balas yang diterima dalam kajian rintis dapat diteruskan bagi tujuan kajian sebenar nanti.

Latar belakang responden mengandungi lapan item mengenai maklumat diri responden. Item-item yang berkaitan adalah seperti jantina bangsa, agama, lokasi pengajian, fakulti pengajian, kelayakan kemasukkan ke universiti, tahun dan tahap pengajian di univerisiti.

Jadual 3.4.3 (a) Latar belakang responden

Manakala persepsi responden juga mengandungi lapan item bagi mengenalpasti tahap persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik seperti berikut:

Jadual 3.4.3 (b) Soalan Persepsi

Bil Soalan No Item

1 Adakah anda setuju wanita berpolitik B1

2 Adakah wanita lebih berpengaruh daripada lelaki? B2 3 Adakah wanita mampu memberi kemenangan kepada Parti ? B3

Bil Soalan No Item

1 Jantina A1

2 Bangsa A2

3 Agama A3

4 Nama Universiti A4

5 Fakulti A5

6 Kelayakan akademik A6

(43)

43

4 Adakah anda yakin dengan kepimpinan wanita? B4 5 Adakah anda mengetahui hukum wanita berpolitik dalam Islam? B5 6 Adakah anda percaya semakin ramai wanita berpolitik semakin

baik kepada masyarakat?

B6

7 Adakah pemimpin wanita lebih berkaliber? B7 8 Adakah wanita lebih tegas daripada lelaki apabila menjadi

pemimpin?

B8

Analisa kajian rintis ini menggunakan peratusan dan kekerapan sebagai pengukuran bagi membolehkan data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel Profesional Plus 2010. Dan skala yang diberi untuk pernyataan pilihan jawapan

responden adalah seperti berikut:

Skala Pilihan Responden

Skala Likert ini memberi lima nilai taburan peratus yang perlu dijawab oleh responden iaitu nilai 1, 2, 3, 4 dan 5. Responden perlu memilih satu nilai bagi setiap pernyataan pada ruang yang disediakan mengikut maklum balas yang difikirkan sesuai.

Sangat setuju 5

Setuju 4

Neutral 3

(44)

44

Nilai peratusan yang tinggi adalah 4 dan 5. Manakala nilai peratusan yang rendah adalah 1 dan 2.

3.4.3 Hasil Kajian Rintis

Kajian rintis yang dilakukan mendapati bahawa peratus dan kekerapan mahasiswa bersetuju dan tidak bersetuju wanita berpolitik berada di tahap sederhana rendah iaitu 26.6 peratus dengan kekerapan 8 orang bersetuju. Sebaliknya 43.3 peratus dengan kekerapan 13 orang tidak bersetuju wanita berpolitik.

Persepsi terhadap pengaruh wanita melebihi lelaki adalah 53.3 peratus yang mewakili 16 orang tidak menyokong kenyataan tersebut berbanding 23.3 peratus dengan kekerapan 7 orang sahaja yang menyokong. Dari sudut pengetahuan berkenaan hukum wanita berpolitik terdapat 13.3 peratus dengan kekerapan 4 orang sahaja yang mengetahuinya tetapi sebaliknya 26.6 peratus yang mewakili 8 orang sahaja tidak mengetahuinya manakala 60 peratus dengan kekerapan 18 orang berkecuali.

(45)

45

Kesimpulannya, oleh kerana hasil dapatan kajian rintis ini tidak seperti hipotesis dan objektif kajian, maka penyelidik terpaksa mencuba untuk meneruskan kajian di pusat pengajian yang lain.

3.5 Instrumen kajian dan soal selidik

Kehendak soal selidik ini adalah, responden perlu menyatakan persepsi mereka mengikut Skala Likert dengan memilih lima jenis nilai iaitu sama ada nilai 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi setiap pernyataan pada ruang yang disediakan. Nilai tertinggi adalah skala 4 dan 5 dan lemah adalah skala 1 dan 2. Manakala nilai atau skala 3 tidak memberi apa-apa kesan terhadap kajian ini.

Jadual 3.4

Nilai Taburan Peratus dan Persepsi Mahasiswa

3.6 Profil responden

Persoalan kajian yang dikemukakan dalam soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu latar belakang dan maklum balas persepsi melalui kenyataan soal selidik.

Nilai Skor Min Deskripsi

(46)

46

Data yang diperolehi akan digunakan bagi melihat hubungan kumpulan-kumpulan item tersebut dengan persepsi terhadap wanita berpolitik. Saiz sampel adalah 100 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa KUIPSAS secara rawak. Maklumbalas yang dikehendaki dalam penyelidikan ini seperti berikut:

a) Persepsi mengikut jantina

b) Persepsi mengikut fakulti pengajian responden

c) Persepsi mengikut tahap pengajian responden iaitu ijazah dan diploma d) Persepsi mengikut soalan-soalan kajian penyelidikan mengikut skala likert

3.7 Kaedah analisa data

Kebolehpercayaan dan keesahan adalah ukuran yang merujuk kepada kestabilan dan ketekalan alat kajian sama ada ia dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina (Hardy & Bryman, 2004). Data-data utama yang diperoleh akan dianalisa dengan SPSS version 2.0 bagi memenuhi objektif kajian. Hasil analisa akan dirumus dan pandangan konstruktif akan diketengahkan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. Antara analisis yang akan dilaporkan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

3.7.1 Kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen

Kebolehpercayaan dan keesahan instrumen dalam sesuatu kajian adalah penting bagi memastikan hasil dapatan kajian boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger dan Lee, 2001). Salah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan kajian adalah dengan menggunakan soal selidik.

(47)

47

Korelasi Linear akan mengukur kekuatan hubungan linear antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan symbol ı (huruf Greek berbunyi rho) dan untuk sampel menggunakan simbol r. Manakala Regresi Linear Mudah adalah laporan kebersandaran satu variable ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang pertama dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan variabel tidak bersandar.

3.8 Subjek kajian

Perkara yang diukur dalam kajian ini adalah bersifat deskriptif kuantitatif iaitu persepsi mahasiswa ini diteliti bagi tujuan menjelaskan fenomena dengan menggunakan angka-angka karekteristik individu atau kelompok (Syamsudin & Damiyanti, 2011). Adapun ciri-ciri penelitian deskriptif kuantitatif dalam kajian ini adalah kecenderung menggunakan dua variabel atau lebih tetapi tidak untuk dihubungkan, dibandingkan atau dicari sebab-akibat, analisis data diarahkan pada pencarian mean dan peratus dan analisa data dilakukan setelah semua data terkumpul.

(48)

48 3.9 Kesimpulan

Penyelidik memilih untuk menggunakan metod kuantitatif ini kerana secara teorinya, perkataan persepsi (tanggapan) terbahagi kepada dua jenis iaitu persepsi positif dan persepsi negatif. Persepsi positif adalah suatu reaksi yang bersifat optimis iaitu menyokong. Sebaliknya, persepsi negatif adalah reaksi yang bersifat menolak atau tidak bersetuju dengan suatu (Kamus Bahasa, 2015).

Menurut kajian oleh Diajeng Triastari (2011), persepsi (tanggapan) itu terbentuk apabila manusia mempunyai kecenderungan untuk mengadakan penilaian atau membangunkan kesan tentang orang lain, situasi dan peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka samadada daripada aspek pemikiran, apa yang didengar, dilihat atau dirasakan.

(49)

49 BAB 4

HASIL DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Analisis data merupakan satu kaedah untuk mempersembahkan hasil kajian berdasarkan kepada hipotesis kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik dengan penyelia masing-masing. Sehubungan dengan itu, dalam bab 4 ini, penyelidik akan membentangkan hasil kajian yang diperoleh daripada maklum balas responden terhadap soal selidik yang telah diedarkan bagi mencapai mencapai objektif kajian.

Dapatan hasil kajian persepsi ini dianalisis berdasarkan aspek demografi (latar belakang) responden merangkumi perbezaan jantina, fakulti, kelayakan masuk, tahun dan tahap serta hasil maklumbalas terhadap persoalan kajian yang telah ditetapkan. Justeru itu, data yang diperolehi telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik versi 20.0.

4.2 PROFIL SAMPEL KAJIAN

(50)

50

a) Persepsi mengikut jantina dan bidang pengajian b) Persepsi mengikut fakulti pengajian responden

c) Persepsi mengikut tahap pengajian responden iaitu ijazah atau diploma d) Persepsi mengikut soalan-soalan kajian penyelidikan mengikut skala likert

Dapatan kajian ini akan mengambilkira daripada aspek jantina, fakulti, kelayakan masuk ke universiti dan tahap pengajian. Analisis yang dilakukan adalah dalam bentuk descriptive frequencies analyze atau peratusan bagi setiap item soal selidik.

Hasil analisis menunjukkan bahawa responden wanita adalah 55% berbanding lelaki yang berjumlah 45% daripada 100 orang.

Jantina

Responden Kekerapan Peratus

Lelaki 45 45.0

Perempuan 55 55.0

Jumlah 100 100.0

Mahasiswa pengajian Islam adalah 74% berbanding mahasisiwa pengajian pengurusan sebanyak 26%.

Bidang pengajian

Bidang pengajan Kekerapan Peratus

Pengajian Islam 74 74.0

(51)

51

Jumlah 100 100.0

Analisa kelayakkan memasuki pengajian di KUIPSAS menunjukkan 54% adalah berdasarkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berbanding Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 40%. Kemasukan ke KUIPSAS melalui diploma adalah 5% dan matrikulasi sebanyak 1%.

Kelayakan masuk

Dari segi aspek tahun pengajian pula, 46% responden yang memberi maklumbalas terhadap kajian ini adalah mahasiswa yang berada dalam tahun dua pengajian, 24% mahasiswa tahun tiga, 21% mahasiswa tahun 1 dan 9% tahun akhir iaitu tahun 4.

Tahun pengajian

Tahun pengajian Kekerapan Peratus

Tahun 1 21 21.0

Tahun 2 46 46.0

Tahun 3 24 24.0

Tahun 4 9 9.0

Jumlah 100 100.0

Kekerapan Peratus

SPM 40 40.0

STPM 54 54.0

Matrikulasi 1 1.0

Diploma 5 5.0

(52)

52

Manakala, dari aspek tahap pengajiannya pula, 61% responden mendalami pengaijian dalam peringkat ijazah dan 39% dalam peringkat diploma.

Tahap pengajian

Tahap pengajian Kekerapan Peratus

Ijazah 61 61.0

Diploma 39 39.0

Jumlah 100 100.0

4.3 ANALISIS KAJIAN

Menurut analisis kuantitatif terhadap 100 set soal selidik yang telah diedarkan, 54 peratus mahasiswa KUIPSAS bersetuju golongan wanita berpolitik, manakala 39 peratus tidak bersetuju dan 6 peratus berkecuali. Mean kajian adalah 3.16 dan sisihan piawai sebanyak 1.143 sekaligus menunjukkan bahawa kajian ini relevan untuk diteruskan.

Adakah setuju wanita berpolitik

Responden Kekerapan Peratus

Amat tidak setuju 6 6.0

Tidak setuju 33 33.0

Neutral 7 7.0

Setuju 47 47.0

Sangat setuju 7 7.0

Jumlah 100 100.0

4.3.1 Adakah wanita lebih berpengaruh daripada lelaki?

(53)

53

manakala 16 peratus berkecuali dengan tanggapan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pengaruh golongan lelaki masih relevan dalam politik.

Adakah wanita lebih berpengaruh daripada lelaki

Responden Kekerapan Peratus

Amat tidak setuju 9 9.0

Tidak setuju 34 34.0

Neutral 16 16.0

Setuju 36 36.0

Sangat setuju 5 5.0

Jumlah 100 100.0

4.3.2 Adakah wanita mampu memberi kemenangan kepada parti?

Kajian menunjukkan bahawa 42 peratus mahasiswa bersetuju bahawa wanita mampu memberi kemenangan kepada kepada parti. Sebaliknya 39 peratus tidak bersetuju dan 19 peratus berkecuali untuk menyokong bahawa manita mampu memberi kemenangan kepada parti.

Adakah wanita mampu memberi kemenangan kepada parti

4.3.3 Adakah anda yakin dengan kepimpinan wanita?

Responden Kekerapan Peratus

Amat tidak setuju 9 9.0

Tidak setuju 30 30.0

Neutral 19 19.0

Setuju 39 39.0

Sangat setuju 3 3.0

(54)

54

Kajian mendapati 52 peratus mahasiswa yakin dengan kepimpinan wanita manakala 31 peratus menyatakan persepsi tidak yakin dengan kepimpinan wanita manakala hanya 17 peratus berkecuali. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa aspek kepimpinan mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam bidang politik.

Adakan anda yakin dengan kepimpinan wanita

4.3.4 Adakah anda mengetahui hukum wanita berpolitik dalam Islam?

(55)

55

Jumlah 100 100.0

4.3.5 Adakah anda percaya semakin ramai wanita berpolitik semakin baik kepada masyarakat?

44 peratus mahasiswa tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa semakin ramai wanita berpolitik semakin ramai wanita berpolitik semakin baik untuk masyarakat. Sebaliknya hanya 41 peratus sahaja yang bersetuju dan 16 peratus berkecuali dengan kenyataan tersebut. Mean kajian adalah 2.91 dengan standard piawai 1.070.

Semakin ramai wanita berpolitik semakin baik kepada masyarakat

Responden Kekerapan Peratus

4.3.6 Adakah pemimpin wanita lebih berkaliber

49 peratus mahasiswa bersetuju bahawa pemimpin wanita lebih berkaliber. Manakala 32 peratus tidak bersetuju dan 18 peratus berkecuali. Dapatan ini menunjukkan bahawa fungsi kepimpinan wanita dalam politik adalah satu keperluan. Mean kajian adalah 3.19 dengan standard piawai 1.152.

Pemimpin wanita lebih berkaliber

Responden Kekerapan Peratus

Amat tidak setuju 8 8.0

Tidak setuju 24 24.0

(56)

56

Setuju 39 39.0

Sangat setuju 10 10.0

Jumlah 100 100.0

4.3.7 Adakah wanita lebih tegas daripada lelaki apabila menjadi pemimpin? 56 peratus mahasiswa bersetuju bahawa pemimpin wanita lebih tegas daripada lelaki. Sebaliknya 28 peratus mahasiswa tidak bersetuju dan 16 peratus berkecuali. Dapatan ini menunjukkan bahawa lebih majoriti mahasiswa mempunyai persepsi bahawa wanita lebih tegas apabila memimpin. Mean kajian adalah 3.32 dengan standard piawai 1.136.

Pemimpin wanita lebih tegas daripada lelaki

Responden Kekerapan Peratus

Amat tidak setuju 7 7.0

(57)

57

ini secara tidak langsung membuktikan bahawa peranan wanita dalam politik sememangnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Selain daripada sokongan ini, kewibawaan wanita dalam kepimpinan juga penting kerana mean kajian ini menunjukkan keyakinan terhadap kepimpinan wanita adalah 3.32 berbandingan dengan mean persetujuan wanita berpolitik iaitu 3.16. Faktor keyakinan terhadap kepimpinan wanita memperolehi sokongan 54 peratus daripada mahasiswa membuktikan bahawa peranan golongan ini amat berpengaruh dalam arus politik negara.

Justeru, secara keseluruhannya, dapatan hasil kajian persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik ini merumuskan bahawa kepimpinan wanita dalam masyarakat perlu diperluaskan kerana menurut Sharifah Hayati Syed Ismail (2010), kepimpinan wanita dalam politik dari perspektif Siyasah Syariyyah adalah berkait secara langsung apabila mereka terlibat dalam proses mengundi, menjadi ahli dalam parti, memimpin parti, mengubal dasar negara atau tugasan lain yang melibatkan pembuat keputusan.

(58)

58

(59)

59 BAB 5

5.1 Perbincangan Dan Rumusan

Merujuk kepada salah satu hasil dapatan kajian ini, terdapat sebahagian besar responden iaitu 56% tidak mengetahui hukum penglibatan wanita dalam politik. Dapatan ini membuktikan bahawa kefahaman mahasiswa terhadap Siyasah Syar’iyyah masih belum memuaskan. Ini adalah kerana kajian penyelidikan berkenaan dengan persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah satu persoalan klasik iaitu “boleh atau tidak seorang wanita menjadi ketua”.

Topik perbincangan ini hangat di kalangan cendekiawan Islam kerana keterlibatan wanita dalam politik ternyata merupakan antara faktor penting kearah kemenangan sesebuah parti terutamanya apabila dua parti yang mendominasi politik negara telah menubuhkan sayap masing-masing iaitu wanita UMNO (1949), Puteri UMNO (2001), Dewan Muslimat PAS (1953) dan Unit Amal An-Nisa PAS (1991)

(60)

60

ketua umat pula sememangnya diterajui oleh kaum lelaki kerana uruf pengurusan pentadbir sesebuah kerajaan menjangkaui emosi dan naluri kewanitaan. Akan tetapi Islam tidak menetapkan jantina seseorang sebagai penguasa ataupun rakyat biasa. Seruan Allah SWT dalam hal ehwal wanita daripada aspek politik secara umumnya mempunyai implikasi pada hukum yang berkaitan dengan wanita dalam kedudukannya sebagai individu muslim seperti kewajiban berdakwah melalui perbuatan amal ma’ruf nahi munkar, menuntut ilmu serta menunaikan kewajipan ibadah-ibadah ritual yang lain

seperti berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berkorban, berwaqaf dan bersedekah. Oleh yang demikian bagi memastikan mahasiswa bakal peneraju pimpinan negara mampu mencapai kesejahteraan ummah dengan penglibatan golongan lelaki dan wanita, maka beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Antaranya adalah:

5.2 Memantapkan ilmu Siyasah Syar’iyyah

Dari perspektif syara’, Islam memelihara wanita daripada perkara-perkara yang membawa kemusnahan ke atas diri serta maruah mereka. Peranan wanita tidak terbatas dalam rumahtangga semata-mata, malahan turut berperanan dalam meminpin masyarakat ke jalan Allah SWT dengan memakmurkan bumi seperti golongan lelaki selaras dengan firman Allah SWT surah At-Taubah, ayat 71:

(61)

61

bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma`ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta`at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah At-Taubah, ayat 71).

Menurut Nur Azyan Baharizam (2016), melalui artikel yang bertajuk: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan Tentang Pandangan Ulama.

Artikel tersebut telah dibentangkan sempena Seminar Pengurusan Islam Ke Arah Pemantapan Ummah. Di dalam artikel tersebut, beliau telah mengupas mengenai pandangan ulama terhadap isu penglibatan wanita dalam politik kerana terdapat beberapa isu yang ditimbulkan oleh golongan dan individu tertentu sama ada yang menyokong ataupun yang yang menentang. Objektif utama artikel tersebut ditulis adalah untuk mengkaji kedudukan wanita dalam Islam dan pandangan ulama mengenai kepimpinan wanita dalam politik di samping menjelaskan kepentingan dan keperluan golongan wanita sebagai pemimpin politik merujuk kepada sejarah kepimimpin wanita di zaman pemerintahan Islam. Kajian tersebut dilakukan secara kualitatif dengan mengambil sumber-sumber daripada al-Qur’an dan hadith serta pandangan ulama yang diperolehi daripada hasil pembacaan sumber-sumber ilmiah seperti kitab-kitab rujukan.

(62)

62

ini telah diterima serta telah terbukti kebolehan mereka memimpin masyarakat terutamanya golongan wanita sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa mesti cakna dan peka dengan syariat kerana Islam adalah agama yang menyeluruh.

5.2 Meningkatkan kesedaran masyarakat

Berdasarkan rekod sejarah Islam, kesedaran berpolitik di kalangan wanita telah bermula sejak awal penurunan wahyu di mana Ummul mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a merupakan wanita pertama dalam Islam yang banyak berjasa dalam perjuangan dakwah Rasulullah SAW sama ada dari sudut fizikal (kata-kata) dan material (harta benda). Malahan Rasulullah SAW juga sentiasa berbincang dengan Khadijah sekaligus meminta pandangannya dalam misi dakwah baginda. Menurut Shayuthy Abdul Manas (2008) Rasulullah SAW pernah bersabda: “Dia membenarkanku ketika orang ramai mendustaiku. Dia beriman kepadaku ketika orang ramai berpaling daripadaku

dan dia mengorbankan harta-bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Hadis

riwayat Bukhari).

(63)

63

pakaian ihram, bertahlul dan menyembelih binatang. Setelah para sahabat melihat perbuatan baginda, maka mereka pun turut mengikuti Rasulullah SAW. Peristiwa ini menunjukkan bahawa pandangan wanita iaitu (Ummu Salamah r.a) diterima oleh Rasulullah SAW sekaligus membuktikan bahawa Islam mengiktiraf pandangan seseorang walaupun daripada seorang wanita.

Disamping itu, dari sudut muamalat pula, menurut Dr Mustafa al-Siba’i, taraf wanita adalah sama dengan lelaki dari sudut kemanusiaan kerana Islam memberikan kesempurnaan kepada wanita dalam berbagai-bagai transaksi ekonomi terutamanya sesudah baligh. Penglibatan wanita di dalam urusan kepimpinan, politik, pembangunan masyarakat dan negara adalah digalakkan di dalam Islam. Ini adalah satu bukti bahawa wanita mempunyai keahlian di dalam masyarakat, agama dan ekonomi (Husna Abdul Rahman 2015).

5.3 Pencerahan perbincangan ulama tentang kedudukan wanita dalam politik

Menurut Nur Azyan Baharizam (2016) melalui artikelnya yang bertajuk: Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Satu Perbincangan Tentang Pandangan Ulama,

(64)

64

satu dengan yang lain disebabkan oleh adat dan persekitaran (uruf) yang mempengaruhi pandangan mereka. Oleh yang demikian dalam Bab kelima ini, penyelidikan akan menjelaskan tentang hujah-hujah ulama yang tidak membenarkan penglibatan wanita dalam politik dan ulama yang membenarkannya.

5.3.1 Hujah ulama yang tidak membenarkan penglibatan wanita

Dalam perbincangan ini, penyelidik mengemukakan beberapa dalil atau hujah yang digunakan oleh sebahagian ulama yang tidak membenarkan penglibatan wanita dalam politik berdasarkan kajian kualitatif adalah seperti berikut:

5.3.1.1 Lelaki lebih kuat daripada wanita ( Surah An-Nisa’, ayat 34)

Maksudnya: “ Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka

(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana

mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian dari harta

mereka”. (Surah al-Nisa’: 34)

5.3.1.2 Lelaki lebih layak memimpin wanita

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil yang diperoleh terhadap pertumbuhan miselium bibit F1 jamur tiram dan jamur merang tertinggi pada media biji sorgum yaitu 11,3 cm, penyebaran tumbuh tebal,

Apabila pasien menggunakan ranah hukum sebagai cara penyelesaiannya maka rumah sakit juga dapat dikatakan melakukan perbuatan melanggar hukum sebagaimana yang diatur dalam

Berdasarkan penelitian yang dilakukan penulis maka dapat disimpulkan metode ELECTRE merupakan suatu metode yang dapat memberikan pertimbangan untuk menentukan minyak

Usahatani kacang panjang Pilanggot Tikung yang dilakukan pada tingkat bunga 25% dan 35% layak untuk diusahakan karena tidak akan menyebabkan kerugian dan pada

The lack of response in terms of increasing the voluntary intake of low quality grass hay or the total diet digestibility, due to leucaena supplementation, may be related to the

Berdasarkan hasil penelitian mengenai pembelajaran PPKn kelas XI melalui e-learning pada masa pandemi Covid-19 di SMA Negeri Karya Sakti memberikan implikasi jika

Hasil penelitian menunjukan bahwa tanaman padi varietas ciherang memberikan rerata paling tinggi pada berbagai parameter pengamatan dan pupuk kandang kambing

Penggunaan media Flash Card SUBACA ini juga tidak mengharuskan anak menulis, karena kegiatan dalam penelitian ini adalah menunjukkan media yang sesuai dengan