• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hak Wanita dalam Pilihan Raya

Dalam dokumen PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPO (Halaman 66-79)

HASIL DAPATAN KAJIAN

5.3 Pencerahan perbincangan ulama tentang kedudukan wanita dalam politik

5.3.2 Hujah-hujah yang menyokong penglibatan wanita berpolitik

5.3.2.1 Hak Wanita dalam Pilihan Raya

Ulama merujuk kepada kaedah usul fiqh iaitu “asal sesuatu adalah harus”. Oleh yang demikian kerana pada asalnya tiada sebarang tegahan mengenai perkara ini maka

67

sebahagian ulama menganggap hak ini memang dibolehkan sejak dahulu lagi. Secara praktikal, kita mengikut apa yang disyariatkan mengikut kesesuaian semasa terutamanya apabila ia mendatangkan kebaikan kepada kita (Abd. Halim Muhd. Abu Syuqah 1994:448).

Dr. Abdul Karim Zaidan (2000) telah mengemukakan beberapa hujah berkenaan hak wanita dalam perlantikan khalifah, antaranya adalah dengan mengemukakan pandangan tentang individu yang layak menduduki jawatan khalifah merupakan antara amanah dalam Islam. Dalam melaksanakan amanah ini, ia menuntut penglibatan wanita dalam pemilihan tersebut. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan kebaikan umum dan melahirkan kebaikan ini kepada orang ramai. Wanita tidak dilarang daripada melakukan kebaikan kerana termasuk dalam perkara tolong-menolong ke arah kebaikan dan taqwa.

Pemilihan khalifah adalah agenda penting negara dan memerlukan permesyuaratan umat Islam. Oleh itu, wanita merupakan sebahagian daripada ahli mesyuarat dan berhak mengemukakan pandangan semasa pemilihan khalifah kerana menyuarakan atau mengutarakan pandangan adalah sebahagian daripada mesyuarat. Perkara ini ditegaskan dengan berdalilkan kepada firman Allah dalam surah as-Syura ayat 38:

Maksudnya: “Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka.”

Terdapat juga hujah lain yang menyokong seperti peristiwa pemilihan khalifah selepas kewafatan Umar r.a. Di mana umat Islam berkumpul lalu, Abdul Rahman Bin ‘Auf dilantik untuk membuat pilihan iaitu sama ada Saidina Uthman bin Affan r.a

68

ataupun Saidina Ali bin Abu Talib r.a. Menurut Ibnu Kathir, Abdul Rahman Bin ‘Auf bangun dan bermesyuarat dengan orang ramai mengenai kedua-duanya iaitu termasuk Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a sehinggakan meminta pandangan daripada wanita. Sekiranya wanita tidak mempunyai hak menyuarakan pendapat dalam pemilihan khalifah, sudah tentu Abdul Rahman Bin ‘Auf tidak meminta pendapat mereka mengenainya.

5.3.2.2 Ijtihad dan fatwa semasa

Merujuk kepada hadith Rasulullah SAW dari Tamim al-Dari, Sabda baginda: “Agama itu nasihat”, kami bertanya: “Untuk siapa?” maka Baginda menjawab: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya dan imam-imam orang Islam dan untuk orang ramai di kalangan mereka.” Maksud “nasihat” ini, adalah membimbing mereka kepada kejayaan dan menolong mereka ke arah kebaikan sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Kebaikan yang terkandung dalam pemilihan calon khalifah yang layak tidak mungkin dapat diperoleh jika lelaki dan wanita tidak diberi peluang mengutarakan pendapat mereka mengenai calon yang benar-benar dirasakan sesuai.

Pendapat kaum wanita mengenai calon pemimpin juga diperolehi melalui ijtihad atau fatwa. Ini kerana, Islam tidak menegah kaum wanita melakukan ijtihad pada perkara yang boleh dijtihadkan. Ijtihad adalah proses penyelidikan yang serius dilakukan oleh para ulama yang bergelar mujtahid dalam mengeluarkan hukum-hukum yang bersifat praktikal daripada al-Quran dan al-Sunnah. Kesimpulannya, wanita dalam Islam tidak ditegah daripada mempertahankan hak-haknya dan mengutarakan kehendaknya sebagai rakyat yang berguna kepada masyarakat. Islam juga membolehkan wanita memilih calon yang dirasakan layak menjadi ketua negara dalam urusan pemerintahan kerajaan.

69

Sebagaimana yang diketahui, parlimen dalam undang-undang demokrasi moden mempunyai dua jabatan iaitu muhasabah (pemantauan) iaitu memantau kerja-kerja pegawai kerajaan dan tasyrik (perundangan) iaitu menggubal undang-undang. Secara ringkasnya, Dr. Mustafa al-Sibai’e berpendapat agama Islam membenarkan wanita menyertai parlimen tetapi wanita tidak menggunakan hak-hak tersebut untuk kebaikan sosial kerana mengikut adat dan ikutan masyarakat yang berubah-ubah mengikut tempat dan zaman.

5.4 Rumusan

Setelah meneliti dan berfikir panjang adalah disyorkan agar semua pihak dalam masyarakat bersifat terbuka untuk menerima dan menyokong kepimpinan wanita dalam politik di Malaysia. Urusan kepimpinan menurut Islam tidak hanya tertumpu kepada pemimpin tertinggi di dalam negara seperti ketua negara atau pemimpin-pemimpin dalam negara tetapi kepimpinan itu merangkumi kepimpinan individu itu tersebut ke atas dirinya sendiri.

Kepimpinan dalam Islam lebih merujuk kepada amanah dan tanggungjawab yang bermaksud bahawa kepimpinan atau jawatan kepemimpinan itu sendiri bukanlah satu kedudukan atau pangkat yang boleh direbut dan dibangga-banggakan tetapi lebih kepada amanah dan tanggungjawab untuk menjalankan dan melaksanakan tugas kepimpinan tersebut (Razaleigh Muhamat 2010: 58).

Oleh yang demikian, wanita adalah insan yang dipertanggungjawabkan (mukallaf) seperti lelaki. Mereka dituntut supaya melakukan ibadah kepada Allah SWT dan

70

menegakkan agamanya, menunaikan perintahnya, menjauhi larangannya, mematuhi batas-batas yang ditetapkan serta berdakwah kepada Allah SWT dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Setiap tuntutan syara’ yang umum juga ditujukan kepada mereka kecuali ada dalil tertentu yang dikhususkan kepada lelaki sahaja. Oleh itu peranan wanita Mmslimah penting dalam semua aspek kehidupan sejak bermulanya Islam hingga ke hari ini.

5.5 PENUTUP

Sesungguhnya terdapat banyak dalil yang menyokong wanita turut serta dalam politik sama ada dari sudut sejarah Islam mahupun sejarah melayu Islam di Nusantara ini. Sememangnya diakui bahawa keadaan semasa sekarang menuntut penglibatan mereka dalam arus politik ini. Di samping itu Islam juga telah menggariskan batasan yang perlu mereka patuhi kerana tugas wanita dalam keluarga adalah merupakan tanggungjawab yang paling utama bagi mereka yang bergelar isteri. Namun penglibatannya dalam kerja- kerja sosial di luar juga perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab yang digalas seiring dengan keperluaan kedua-dua kewajipan tersebut iaitu sebagai suri rumah tangga dan ahli politik.

Demikianlah sebaliknya sebagai suami pula, memberi ruang dan peluang kepada isteri untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sosial adalah merupakan sedekah kepada isteri. Ruang dan keizinan yang diberikan kepada isteri akan memberikan kesan yang baik kepada dirinya, keluarga bahkan masyarakat Islam yang lain. Namun isteri perlu akur terhadap suami jika tidak diizinkan kerana mentaati suami adalah lebih utama dan

71

mendahulukan suami adalah wajib berbanding tanggungjawab yang lain. Apabila dikatakan wanita boleh menyertai Dewan Rakyat, ini tidak bermakna wanita boleh bercampur gaul dengan yang bukan mahram tanpa batasan. Sebaliknya mereka perlu menjaga adab-adab dalam bergaul dan berpakaian yang patuh syariah. Pihak kerajaan pula wajib menjaga adab-adab dan memberikan tempat yang sewajarnya kepada wanita dalam badan atau organisasi yang khusus. Hal ini bagi menjamin keselesaan dan mengelakkan fitnah yang sering mereka takuti seterusnya membatutkan penglibatan mereka dalam politik.

72 Rujukan

Nur Azyan Baharizan (2016)

http://www.ukm.my/skim/wp-content/uploads/2016/01/Kepimpinan-Wanita- dalam-Politik-Satu-Perbincangan-tentang-Pandangan-Ulama.pdf

Abu Shuqqah, cAbd al-Halim Muhammad. 1990.

Tahrirul Mar’ah Fi Ashrir risalah. Kaherah: Dar al-Qalam.

Abd. Karim Zaidan. 2000

Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar’ah. Bayrut: Muassasah al-Risalah

Farahwahida Yusof, Raihan Nordin. 2010.

Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita. pp 1-7. Universiti Teknologi Malaysia.

Husna Abd. Rahman. 2015.

Kepimpinan Wanita Di Dalam Politik Semasa: Satu Kajian Menurut Perspektif Islam. Prosiding Seminar Antarabangsa Pengurusan & Kepimpinan Islam: Isu Dan Cabaran. hlm 28

Ibn Manzur,Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Bin Mukram al-Afriqi al-Misri. Lisan al- Arabc. Jilid 11. 1968. Dar Bayrut Li al-Tibaah Wa al-Nashr. Bayrut. Kamus al-Jadid Arab-Melayu. 1993.

Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota. Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia. Mucjam al-Wasit. 1972.

Juz 1-2. Kaherah. Noresah Baharom. 2002.

73 Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2010.

Kepimpinan DSan Pengurusan Islam. Sejarah, Teori, Dan Perlaksanaan. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Shayuthy Abdul Manas. 2008.

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Syed Qutub. TT.

Fi Zilal al-Quran. Jilid 5. Bayrut: Dar al-Arabiyah.

Mustafa al-Tohhan. 1999.

Al-Mar’ah Fi Maukib al-Dakwah. Kaherah: Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al- Islamiyah.

Zhofir al-Qasimi. 1992.

Nizhom al-Hukmi Fi al-Syariah wa al-Tarikh al-Islami. Bayrut: Dar al-Nafa’is. Aiedah Andul Khalek (2002)

Penglibatan wanita dalam politik menurut Islam “ Suatu kajian pemahamannya di kalangan masyarakat Lembah Pantai.

Nuwani Idris (2010)

Perempuan minangkabau dalam politik Ruzy Suliza Hashim (1992)

74 Bibliografi

Arbaiyah Mohd Noor (2012)

Kesedaran Pendidikan Wanita Melayu Awal Abad ke- 20, Penerbit Universiti Tun Hussin Onn, hlm 34-37.

Barry Maund (2013)

The Philosopy of Perception. Acumen Publishing.

Diajeng Triastari (2011)

Persepsi Iklan Politik Pada Pemilih Pemula. Universiti Sebelas Maret. Surakarta.

Embi, Mohammad Ali, Abdul Hamid & Ahmad Faiz (2006)

Gerakan Politik Mahasiswa di Malaysia. Pearson/Prentice Hall, Petaling Jaya.

Gopalan, Jayalakshmi (2012)

Women in Politics in South Asia. Prajnya Resource

Centre on Women in Politics and Policy, Background Paper Series. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Novel Lyndon & Mazlan Ali (2013)

Penggunaan Internet dan Persepsi Politik Mahasiswa UKM. Jurnal Personalia Pelajar (16).

Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohamad Zaini (2010)

Mahasiswa Terlibat politik : Satu Pandangan Kritikal. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Akil Muhamed Ali, Mazlan Ibrahim & Dwi Sukmanila Sayska (2012)

Hadith Anti Wanita Berkenaan Dengan Kehidupan Rumah Tangga - Kajian Kritik Terhadap Feminis Liberal. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

75

Mohamad Khairi Othman & Mohd Nizho Abdul Rahman (2006)

Titas dalamMendepani Cabaran Pembangunan Holistik: Kajian Minat dan Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingannya. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006)

Nadrawina Haji Isnin (2008)

Refleksi wanita dan politik di negeri Sarawak : Satu kajian perbandingan dalam Pilihan raya parlimen dan dewan undangan Negeri Sarawak. Universiti Teknologi Mara.

Norbaya Ahmad, Zatul Himmah Adnan & Adlina Ab. Halim (2006)

Persepsi Pelajar Terhadap Kursus Hubungan Etnik di UPM. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).

Paul Sinlaeloe (2007)

Panitia MABIM FE-UKAW Periode 2007/2008. Aula UKAW. Indonesia.

Santi Rosita Devi (2014)

Tinjauan Representasi Perempuan Dalam Pemilu Legislatif 2014. Women Research Institute. Jakarta

Saifudin Abdullah (2008)

Politik Baru. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Shah Rollah Abdul Wahab, Hamidah Ab. Rahman, Hamidah Abdul Rahman, Azizah Rajab, Siti Fatima Bahari & Lily Suriani Mohd Arif (2006).

Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Umum Universiti (Bahasa Inggeris): Satu Kajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).

76 Shayuthy Abdul Manas. (2008)

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Zaharah Hassan & Abu Daud Silong (2008)

Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Zaherawati Zakaria. (2008)

Peranan Wanita Dalam Politik dan Pembangunan Di

Malaysia: Satu Tinjauan. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

The Star. (2008, Ogos 26) (dimuat turun pada 2 Feb 2016) http://thenutgraph.com/category/realpolitiker 16.12.2008

Accessed on 29 Oktober 2014 (dimuat turun pada pada 2 Feb 2016) Kamus Dewan ke-4 edisi online 2012

(dimuat turun pada 2 Feb 2016) New Straits Times 2008

Mac 28 (dimuat turun pada 2 Feb 2016) Kenyataan Akhbar, 12 April 2013,

Di manakah wanita Malaysia di dalam PRU-13?

http://www.ukm.my/women/wp-content/uploads/2013/05/Forum-Wanita-dalam-PRU13- 26-April-2013.pdf

Indriaty Ismail, Mohd Hanif Dzulkifli

Isu-Isu Dan Hak-Hak Wanita Islam Dalam Gagasan Rahima, Indonesia Asmawati Suhid, Fathiyah Fakhruddin, Abdul Muhsin Ahmad

77 A. Rashid Rahman (1994)

Perjalanan Pilihan raya Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Andek Masnah Andek Kelawa (1999)

Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faisal Othman (1993)

Women, Islam and Nation-Building, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Ghazali Shafie (2006)

Pengajian Malaysia, Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ghazi Ramli & Aidit Ghazali (2010)

Pemimpin Politik Berwibawa Pada Alaf Baru: Cabaran & Panduan, Kuala Lumpur: Akademi Iqra’.

Hibah Rauf ‘Izzat (1997)

terj. Bahruddin Fannani, Penglibatan Wanita dalam Politik: Menurut Perspektif Islam, Bangi: As-Syabab Media.

Jeniri Amir (2008)

50 Personaliti Terbilang Malaysia, Kuching: Jenza Enterprise.

Kaulah Abd. Latief al-Atiqi (1997)

78 K.H. Hussein Muhammad (2004)

Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama dan Gender, Petaling Jaya: Sisters in Islam.

Lenore Manderson (1980)

Women, Politics, and Change: The Kaum Ibu UMNO, Malaysia, 1945-1972, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Maggie Humm (2002)

Ensiklopedia Feminisme, Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru.

Makmor Tumin (2006)

Wanita di Malaysia: Perjuangan Menuntut Hak, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak (2006)

Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura: Thomson.

Naharudin Ali (2007)

Wira dan Srikandi Selangor Darul Ehsan: Profil Lima Tokoh Pejuang, Shah Alam: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Noresah Baharom et.all (2002)

79 Rashila Ramli (2008)

Pembangunan Politik dan Gender: Cabaran dan Strategi bagi Calon-calon Wanita” dalam Rokiah Talib dan Shanthi Thambiah, Gender, Budaya dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Rancangan Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Shayuthy Abdul Manas, (2008)

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik, Batu Caves: Pts Islamika & Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tafsir Pimpinan Al-Rahman

Pengertian al-Quran: (30 Juz) (1994), (terj. Sheikh Abdullah Basmeih), Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Tajuddin Hussein (2009)

Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.Bhd.

Virginia H. Dancz (1987)

Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapura: Oxford University Press.

Zeenath Kausar (2008)

Political Participation of Women: Contemporary Perspectives of Gender Feminists & Islamic Revivalists, Batu Cave: Thinkers Library Sdn Bhd.

Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna

Dalam dokumen PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPO (Halaman 66-79)

Dokumen terkait