• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wacana Dalam Bahasa Melayu. docx (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Wacana Dalam Bahasa Melayu. docx (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1. PENDAHULUAN

Wacana atau juga disebut sebagai discource dalam Bahasa Inggeris merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan juga dalam penulisan. Dalam sesuatu wacana, ianya perlu memperlihatkan kesinambungan fikiran, iaitu pertautan dan perkaitan semantik yang meliputi aspek kohensi dan juga koheran sama ada dari aspek komunikasi dan konteks.

Selain itu, wacana yang dikatakan berada dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat dalam tatabahasa boleh terdiri daripada sesuatu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaannya. Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran struktural atau rumus dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja sedangkan penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat.

Oleh itu, ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan sehingga ke tahap wacana dan bukannya sehingga ke tahap ayat sahaja. Sehubungan itu, kemampuan menghasilkan wacana merupakan kayu ukuran untuk menilai tahap kecekapan berbahasa bagi seseorang individu.

(2)

2. KONSEP WACANA

Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang kea rah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi.

Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ensiklopedia, perenggan, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana merupakan unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat ayat.

Wacana

Ayat

Frasa Kata

Klausa

Morfem

(3)

Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. Selain itu, wacana juga dikatakan melebihi batas ayat kerana wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku. Seperti Kamus Dewan, Kamus Linguistik juga memberikan definisi yang hampir sama berkaitan dengan wacana. Menurut Kamus Linguistik, wacana merupakan unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kaliamt, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.

Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi wacana yang dikemnukan dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana, surat, novel dan cerpen.

(4)

3. JENIS-JENIS WACANA

i) Wacana Lisan- wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.

ii) Wacana tulisan- wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

(5)

iv) Wacana prosa- wacana prosa wujud dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh berbentuk lisan atau tulisan. Selain itu, wacana prosa boleh juga berbentuk wacana langsung atau tak langsung.

v) Wacana puisi- wacana puisi boleh berbentuk lisan atau tulisan. Wacana ini selalunya wujud dalam bentuk puisi.

vi) Wacana drama- wacana ini berbentuk drama atau dialog dan sama seperti wacana puisi dan prosa, wacana drama juga boleh wujud dalam bentuk lisan atau tulisan.

vii) Wacana pembentangan- wacana ini tidak mementingkan waktu dan penuturnya. Wacana ini berorentasikan kepada pokok pembicaraan.

(6)

4. CIRI-CIRI WACANA

Wacana mempunyai beberapa ciri-ciri, iaitu;

Tidak boleh mengandungi maklumat yang

bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Perlu mempunyai susun- atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat itu perulah mempunyai urutan yang berkait rapat.

Setiap ayat perlu mempunyai maklumat baru yang ada dalam ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

Perlu mempunyai andaian dan inferens. Maklumat pertama merupakan andaian (judul) manakala maklumat berikutnya merupakan inferens (ulasan).

Perlu mempunyai tujuan bagi menentukan jenis ayat dan perbuatan.

Mempunyai kaitan antara orang yang berkomunikasi (penutur dengan pendengar / penulis dengan

pembaca)

(7)

5. KEUTUHAN WACANA

Keutuhan wacana dalam sesuatu wacana sangat ditekankan kerana perkara inilah yang menentukan sama ada satu kesatuan itu boleh dianggap sebagai sebuah wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan-hubunga dari aspek semantik, leksikal, gramatikal dan fonologis antara bahagian-bahagian dalam wacana itu.

5.1 Hubungan Wacana dari Aspek Semantik

Hubungan wacana dari aspek semantik dapat dibahagikan kepada dua iaitu, hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana yang ditandai oleh unsur-unsur gantungan yang berupa preposisi dan lain-lain serta hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

5.1.1 Hubungan Semantik antara Bahagian-bahagian Wacana yang Ditandai Oleh Unsur-unsur Gantungan yang Berupa Preposisi dan Lain-lain

(8)

xiii) Hubungan identifikasi

xiv) Hubungan generik

5.1.2 Hubungan Semantik yang Dilihat dari Segi Konteks atau Latar Wacana i) Kesatuan tajuk atau topik

ii) Hubungan sosial antara penutur dan pendengar

iii) Laras bahasa yang digunakan

5.2 Hubungan Wacana dari Aspek Leksikal

Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsur-unsur leksikal yang ada didalamnya. Hubungan acana dari aspek leksikal bleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu:

i) Sinonim

5.3 Hubungan Wacana dari Aspek Gramatikal

Hubungan dari aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, ellipsis, dan penanda penghubung.

(9)

i) Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk.

ii) Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan dengan bahagian dalam wacana.

5.3.2 Penanda Penggantian

i) Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain.

ii) Penanda penggantian terdiri daripada beberapa jenis, iaitu;

 Nominal- penggantian yang dilakukan terhadap kata nama atau frasa nama.

 Verbal- penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja.

 Klausa- penggantian klausa melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat.

5.3.3 Elipsis

i) Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

ii) Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana.

iii) Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan.

5.3.4 Penanda Penghubung

(10)

ii) Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, penghubung tentangan, musabab dan penghubung tempoh.

 Penghubung tambahan- penghubung yang

memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.

Contohnya, tambahan pula, di samping itu, malahan dan sebagainya.

 Penghubung tentangan- penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara satu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya.

Contohnya, tetapi, sebaliknya, namun, walau bagaimanapun.

 Penghubung musabab- penghubung musabab menunjukkan sebab berlakunya sesuatu. Contohnya, kerana, oleh sebab, oleh itu.

 Penghubung tempoh- penghubung tempoh menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contohnya, pertama, kedua, kemudian, selanjutnya.

5.4 Hubungan Wacana dari Aspek Fonologis

(11)

5.5 Koheran dan Kohensi

Selain itu, dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh ialah koeran dan kohensi. Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain. Keserasian hubungan dapat dilihat dari segi hubungan antara perkataan, frasa, klausa, atau ayat yang terdapat dalam teks. Tautan akan menghasilkan wacana yg utuh. Contohnya, Mira dan kakaknya ke Seremban. Mereka ke sana dengan menaiki bas. Perkataan mereka merujuk kepada Mira dan kakaknya, sementara sana merujuk kepada Seremban.

Referensi

Dokumen terkait

Amonia dan amina adalah molekul-molekul yang paling umum yang bertindak sebagai basa lemah. paling umum yang bertindak sebagai

sectional yaitu penelitian yang bertujuan untuk mengetahui hubungan peran petugas kesehatan dengan perilaku pemanfaatan layanan konseling dan tes HIV/AIDS pada

Sejauh mana sistim informasi apotek ini dapat membantu apoteker dan pegawai dengan baik, dalam melakukan transaksi jual beli obat kepada konsumen..

Oleh karena itu, tugas perutusan Dialog Antar Agama secara khas bagi Gereja Asia disadari bukan hanya sekedar sebagai salah satu mata tugas dalam pewartaan Injil,

Tujuan penelitian adalah untuk menganalisis dan menjelaskan pengembangan kawasan pembangunan di Kabupaten Indragiri Hilir dengan strategi pembangunan kontekstual

Pasangkan dengan tepat rasa yang anda cicip pada sampel larutan di sebelah kanan dengan salah satu larutan yang ada di sebelah kiri Anda dan identifikasi rasa yang Anda cicipi..

This research aimed to study the teacher‟s opinion on administration of health promoting schools under Office of Songkhla Primary Educational Service Area 2 and to compare

We proposed an iris database for helping medical doc- tors in detecting colon disorder using image processing, however this database still need to be improved since the