• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2015 BAHASA MELAYU Kertas 1 Mei 2 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2015 BAHASA MELAYU Kertas 1 Mei 2 2"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA A01301 PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2015

BAHASA MELAYU Kertas 1

Mei

212 jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

(2)

Soalan 1 – Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [16 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) berbaris (ii) perbarisan

[2 markah]

(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kita perlu mematuhi peraturan sekolah.

(ii) Setiap hari ibu membersihkan halaman rumah.

[2 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ahmad telah diumum sebagai murid contoh kerana telah memperlihatkan peningkatan prestasi yang ketara dalam bidang akedemik dan sahsiah.

(ii) Kerajaan telah menghadkan aktiviti pembalakan di kawasan zon penampan Hutan Simpan Kekal demi memelihara ekosistem alam semulajadi.

[4 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Orang ramai dinasihati supaya berbelanja secara berhemah selain membudayakan amalan menabung khasnya bila menghadapi zaman inflasi.

(ii) Penduduk kampung yang ditimpa musibah banjir itu berasa amat gembira sekali oleh kerana kehadiran segerombolan anggota tentera yang mengagihkan bantuan makanan dan pakaian.

[4 markah]

(e) Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

(i) Genggam bara api biar jadi arang.

(3)

Soalan 2 – (a) Rumusan [15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan cabaran-cabarannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat dan sangat penting sebagai agen penerapan nilai-nilai murni bagi pembinaan insan yang menjadi sumber utama pembangunan negara. Apabila wujud kelemahan dalam fungsi institusi keluarga dan kegagalan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab, maka institusi keluarga akan pincang dan pelbagai gejala sosial akan membarah dalam masyarakat.

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa berkewajipan menunjukkan contoh teladan yang baik kerana tingkah laku mereka banyak mempengaruhi keluarga. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak diberikan didikan agama sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana didikan agama mampu membentuk sahsiah diri, tetapi kerap kali keperluan ini tidak diberikan keutamaan. Anak-anak yang mudah terpengaruh oleh rakan sebaya pula hendaklah diawasi pergaulan mereka. Malah, ibu bapa perlu berkorban masa dalam membantu anak-anak menjadi seorang yang hebat.

Hakikatnya tidak semua anak berjaya dan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa seharusnya pantas mengenal pasti bakat anak-anak untuk dipupuk. Mereka yang bijak memanfaatkan bakat dan kemahiran terbukti lebih berjaya dalam hidup. Dalam mewujudkan jati diri anak-anak, ibu bapa wajar menggalakkan mereka menyertai kegiatan kokurikulum yang mampu meningkatkan keterampilan diri.

Kegagalan ibu bapa menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam rumah tangga menyebabkan usaha membina insan cemerlang terjejas. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya menjaga anak dan tidak menyerahkannya kepada pengasuh.

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan sebagai pendidik yang utama kepada anak-anak supaya mereka menjadi insan yang berguna dan ibu bapa sentiasa mendapat tempat di hati mereka.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada

‘Peranan Ibu Bapa Pemangkin Kejayaan Anak-anak’

Oleh Samat Buang, Majalah Fokus SPM, Mei 2014

(4)

Soalan 2 – (b) Pemahaman [5 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 2 (a), jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan petikan, pengarang mengemukakan beberapa kesan sekiranya ibu bapa gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Nyatakan dua kesan tersebut. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, sebagai seorang anak, apakah langkah-langkah yang wajar anda lakukan dalam membentuk keluarga bahagia? [3 markah]

(5)

Soalan 3 (a) – Pantun [7 markah]

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Lapan Kerat Buat bangsal di tengah hutan,

Tebaslah hutan buat halaman,

Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya;

Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman,

Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,

Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh,

Dapat buruan dibelah-belah;

Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi,

Turun dari langit ketujuh,

Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua,

Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar;

Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa,

Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud tidak patah digoncang iblis. [2 markah]

(ii) Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada pantun tersebut. [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya generasi muda terpengaruh oleh budaya Barat yang negatif? [3 markah]

(6)

Soalan 3 (b) – Petikan Cerpen [7 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain.

Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat.

Pak Husain telah menyelamatkan kami!

Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di Pengkalan Datu. Awan ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang agak terpencil. Ketika pendaratan perompak di Kampung Pak Amat, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu.

Dipetik daripada cerpen

‘Pahlawan Buntung’

oleh S. Othman Kelantan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah bukti-bukti yang menunjukkan keberanian Pak Husain? [2 markah]

(ii) Nyatakan dua latar masa yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengenang jasa

pejuang negara? [3 markah]

(7)

Soalan 4 – Karangan [50 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 200 patah perkataan.

1 Kolej anda sering menganjurkan aktiviti perkhemahan unit berunifrom dan anda sering terlibat dalam aktiviti tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai aktiviti tersebut.

2 Dunia hari ini memerlukan seseorang yang berkemahiran dalam pelbagai aspek sama ada dalam aspek berkomunikasi, kepimpinan atau kemahiran menyelesaikan masalah.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak menguasai kepelbagaian aspek tersebut.

3 Sebagai seorang pemberita majalah di kolej, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang pegawai polis. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah jenayah.

Tulis wawancara itu selengkapnya.

4 Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.

Bincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

5 Peribahasa Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat bermaksud kata sepakat dicapai melalui rundingan atau mesyuarat.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. (i) Nyatakan sikap-sikap negatif yang dimiliki

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri..

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Maka kata peri itu, “Hai cucuku,

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Fikir Aiman, adakah dia akan terjun

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja,

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. SRISEGALA : Baiklah

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. “Kau