• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2016 BAHASA MELAYU Kertas 1 April/Mei 2 jam Dua jam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2016 BAHASA MELAYU Kertas 1 April/Mei 2 jam Dua jam"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA

A01101

PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2016

BAHASA MELAYU

Kertas 1 April/Mei

2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 3(a) danSoalan 3(b) berdasarkan teks antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.

(2)

Soalan 1 – Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[15 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) api (ii) api-api (iii) diam (iv) diam-diam (v) hati (vi) hati-hati [6 markah]

(b) Dalam petikan di bawah, terdapat lima kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada lima kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Air amat penting kepada manusia. Kebanyakan aktiviti hidupan seharian kita amat diperlukan air untuk membersihkan diri, memasak, membasuh dan sebagainya. Namun begitu, belakangan ini pembekalan air bersih semakin berkurang kerana penduduk dunia semakin ditambah. Pada tahun 2025 menjangkakan 1.8 bilion warga dunia terpaksa hidup dalam keadaan kekurangan air.

[5 markah] (c) Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. (ii) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

(3)

Soalan 2(a) – Ringkasan

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentangmanfaat madu lebah asli dalam penjagaan kesihatan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 60 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak zaman Mesir purba, madu lebah asli telah dijadikan sumber makanan, bahan pemanis semula jadi dan digunakan bagi tujuan kecantikan. Madu lebah asli dikatakan sangat istimewa kerana mempunyai lebih kurang 200 bahan campuran yang amat diperlukan oleh sistem badan. Bahan ini dikatakan dapat membantu sistem badan untuk berfungsi secara normal. Dalam penjagaan kesihatan dan rawatan, madu lebah asli mampu membunuh bakteria yang menyebabkan gastritis, ulser perut dan kanser perut. Bakteria ini dikenal pasti antara bakteria yang paling sukar dihapuskan dengan ubat yang ada.

Sebagai agen antimikrob, madu lebah asli amat berkesan bagi merawat luka. Contohnya, dalam perang dunia pertama, tentera Rusia menggunakan madu bagi merawat luka dan menghalang jangkitan pada luka berkenaan. Beberapa bahan aktif seperti

metilglioksal (MGO) yang ditemukan di dalam madu berperanan membunuh mikroorganisma yang berbahaya kepada manusia. Kandungan asid amino dan vitamin yang terdapat dalam madu asli pula berupaya membantu pertumbuhan sel dan kulit baharu. Dalam perubatan tradisional Melayu, madu lebah asli yang dicampurkan dengan perahan limau nipis telah digunakan bagi merawat batuk dan lelah. Menariknya, Ibnu Sina juga ada mencatatkan bahawa madu lebah asli berpotensi bagi merawat penyakit tibi.

Selain itu, madu juga sesuai digunakan bagi merawat penyakit pada saluran penghadaman. Hal ini kerana kandungan guladi dalam madu dipercayai dapat membantu penyerapan garam natrium dan air dengan lebih mudah ke dalam perut. Bahkan, madu juga mempunyai bahan antioksidanyangdapat meneutralkan mikroorganisma di dalam badan. Kesimpulannya, madu lebah asli berpotensi dikembangkan menjadi satu industri kerana mempunyai manfaat perubatan dan nilai ekonomi yang tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana Madu Lebah: Penawar Sepanjang Zaman, Oleh Wan Iryani Wan Ismail, Dewan Kosmik, Bil. 8/2014

Soalan 2(b) – Pemahaman [5 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 2(a), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan kandungan madu lebah asli yang dikatakan baik untuk sistem badan. [2 markah]

(4)

Soalan 3(a) – Puisi Tradisional

[7 markah]

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Dipetik daripada antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkap ketiga gurindam tersebut. [2 markah]

(ii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [2 markah]

(iii) Sebagai pembimbing rakan sebaya, cadangkan tindakan-tindakan yang wajar diambil untuk membantu rakan anda yang terjebak dengan masalah sosial.

(5)

Soalan 3(b) – Cerpen

[8 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim mengeluh sebelum memberi jawapan, “aku tahu membela ayam ni satu risiko. Tetapi kalau semua orang takut, bagaimana manusia hendak mendapatkan barang makanan? Cuma ... kadang-kadang aku rasa terlalu banyak masalah yang menimpa.” Azam memandang ke wajah sahabatnya. “ Apa masalahnya? Bukankah kau boleh mendapat bantuan? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana menambah bekalan makanan untuk rakyat.”

“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada masalah yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak pada musim hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu dinaikkan taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi jawapannya tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku dicaci-maki oleh orang kampung kerana kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan.”

Azam menggeleng-geleng, “Bagaimanakah hasil jualan ayam?”

Hakim terus menjawab, “ Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’ oleh Zurinah Hassan, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam

mengusahakan penternakan ayam. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian? [3 markah] (iii) Nyatakan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat

(6)

Soalan 4 – Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[50 markah]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya banjir kilat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan.

KERTAS SOALAN TAMAT PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA BANJIR

KILAT Sikap manusia yang sering

membuang sampah ke dalam longkang / sungai

Sistem perparitan yang tidak sempurna

Penebangan hutan secara tidak terkawal

Pemaju perumahan yang mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar

Referensi

Dokumen terkait

Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas soalan ini.. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. NORA Aiman, cepat pergi tengok kat

6 Tandakan () bagi penyataan yang benar dan () bagi yang salah tentang kesan pada hasil kumai yang menggunakan ampere yang tinggi semasa mengimpal dalam ruang jawapan..

Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.. Tunjukkan kerja

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Pak Husain merenung orang

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Otaknya ligat berputar mencari jalan untuk berbicara

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. “Kau