• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2/2015 BAHASA MELAYU Kertas 1 Oktober

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2/2015 BAHASA MELAYU Kertas 1 Oktober"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA

A01201

PENILAIAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2/2015

BAHASA MELAYU

Kertas 1 Oktober

2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mempunyai empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

(2)

Soalan 1: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [15 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan

betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengarah kolej vokasional itu mengucapkan terima kasih kepada semua peserta-peserta atas kerjasama yang diberikan mereka dalam menjayakan

program suai kenal.

(ii) Puan Siti teruja sekali menyambut ketibaan abangnya yang baru pulang daripada luar negara setelah bertahun-tahun lamanya merantau di sana.

(iii) Kakak gemar sangat akan mini martabak yang dibuat oleh ibu.

(iv) Segala bentuk bantuan yang pihak kerajaan sediakan untuk mangsa banjir telah diagihkan oleh pihak berkenaan dengan adil dan saksama.

(v) Keadaan cuaca yang panas pada masa ini mendorong orang ramai memasang alat penghawa dingin di rumah masing-masing.

(vi) Kemahiran Kamarul di dalam bidang kimpalan menyerlah sekali apabila berjaya menjuarai Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia yang diadakan secara dwitahunan.

[6 markah]

(b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Senaraikan

dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelajar kolej itu dinasihati agar membeli makanan di kafeteria yang menyediakan anika juadah yang lebih murah berbanding dengan restoran di luar.

(ii) Ibu bapa yang mampu biasanya akan menghantar anak-anak ke pusat tusyen untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran tertentu.

(3)

(iii) Kebanyakan produk berjenama terkenal yang dijual di komplek beli belah itu ditawarkan diskaun yang tinggi bersempena dengan jualan penghabisan stok.

(iv) Selain mengeluarkan surat, setiausaha jawatankuasa kampung itu juga menampalkan notis panggilan mesyuarat agung pada papan kenyataan balairaya.

(v) Atlet sukan bowling berasa gembira dengan kehadiran jurulatih baharu yang berkaliber.

[5 markah]

(c) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian berikan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat tersebut.

(i) Azmi dan Ali adik-beradik kandung. Hubungan baik antara mereka bertukar menjadi renggang kerana berselisih faham tentang pembahagian harta pusaka. Namun begitu, akhirnya mereka berbaik semula.

Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa

_____________________________________________

(ii) Ulasan Encik Hashim tentang rasional di sebalik keputusan yang dibuat dalam pertandingan itu sungguh bernas dan tepat kerana beliau sangat arif dalam bidang tersebut.

Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa

_____________________________________________

(4)

Soalan 2 – (a) Ringkasan [15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan-kepentingan industri pelancongan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 60 patah perkataan.

Industri pelancongan di Malaysia telah tumbuh sejak pertengahan tahun tujuh puluhan lagi. Namun begitu penglibatan Malaysia secara serius dalam industri ini hanya bermula pada tahun lapan puluhan apabila pendapatan eksport getah dan bijih timah merosot akibat kemelesetan ekonomi dunia. Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan, kini industri pelancongan telah berjaya menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana setiap pelancong yang datang ke negara ini akan membawa masuk wang asing dan berbelanja serta membayar kos penginapan sepanjang mereka berada di sini.

Perkembangan industri pelancongan telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan terutamanya dalam bidang perhotelan. Hal ini membolehkan bidang perhotelan memainkan peranan dalam menyediakan tempat penginapan yang selesa dan menyebarluaskan maklumat tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik di negara kita. Secara tidak langsung masyarakat dapat mengetahui warisan negara yang amat berharga sekiranya mereka melancong ke tempat-tempat tersebut.

Selain itu, industri pelancongan juga akan menarik lebih banyak pelabur asing. Bagi negara yang mempromosikan pelancongan, kestabilan politik dan ekonomi sentiasa diutamakan bagi memastikan negara itu sentiasa aman. Industri pelancongan yang telah berkembang dengan pesat juga akan membuka peluang perniagaan yang luas kepada rakyat, seperti perniagaan makanan, inap desa, kraf tangan dan sebagainya. Berdasarkan perkembangan tersebut banyak pusat pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan pelbagai program pengajian yang mempunyai kaitan dengan industri pelancongan.

Oleh itu, kerjasama semua pihak dalam memajukan industri pelancongan adalah dituntut kerana usaha ini mampu memupuk perasaan cinta akan negara. Jelaslah bahawa sektor pelancongan sememangnya satu industri yang sangat penting untuk pembangunan ekonomi rakyat dan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada Mengapa perlu melancong? Oleh Bahruddin Sulaiman, Dewan Siswa, April 2007

(5)

Soalan 2 – (b) Pemahaman [5 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 2 (a), jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan sumbangan bidang perhotelan kepada pembangunan industri

pelancongan negara. [2 markah]

(ii) Sebagai rakyat Malaysia, apakah peranan yang boleh anda berikan untuk membantu memajukan industri pelancongan negara? [3 markah]

(6)

Soalan 3 - Sajak dan Novel [15 markah]

(a) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku Membaca Lagi

Aku mendongak langit

membaca garis dan titik

menaakuli kebesaran-Mu

di bawahnya gumpalan mega

hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam

kicauan burung

desiran ombak dan wajah pelangi

mewarnai kehidupan umat -Mu.

Aku mendongak lagi

membaca langit

di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai

daun-daun berguguran

helai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur .

Aku membaca langit

kutemui

bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi

menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku

yang berdarah.

RAZALI MOHD. YUSSOF

Dipetik daripada antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul ,

(7)

(i) Apakah maksud di lantai tanah airku yang makmur ? [2 markah]

(ii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah -langkah yang boleh dilakukan

bagi memartabatkan bahasa Melayu? [3 markah]

(b) Jawab soalan di bawah berdasarkan salah satu novel yang berikut. (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(iii) Pantai Kasih karya Azman Nordin

(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(v) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (vi) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(vii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(viii) Renyah karya Gunawan Mahmood

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

[8 markah]

(8)

Soalan 4 – Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [50 markah]

Lihat catatan di bawah dengan teliti. Tulis teks ceramah bertajuk Langkah-Langkah Pencegahan Demam Denggi. Panjangnya teks ceramah anda hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan .

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DEMAM

DENGGI

 Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes. - membuang bekas yang boleh

menakung air

- pastikan tangki air,bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

- pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali  Menggunakan semburan

serangga untuk membunuh nyamuk.

- semburan aerosol oleh Kementerian Kesihatan

 Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk

mengelakkan gigitan nyamuk. - pastikan tingkap dan pintu

sentiasa ditutup

- sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota yang terdedah kepada gigitan nyamuk

- memakai pakaian berwarna cerah sewaktu keluar rumah pada waktu petang / senja - pasangkan ubat lingkaran

ubat nyamuk di kawasan tertutup

 Mengadakan kempen

kesedaran pencegahan denggi. - gotong royong

membersihkan kawasan kediaman

- penyebaran maklumat melalui media cetak dan media elektronik

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. NORA Aiman, cepat pergi tengok kat

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Pak Husain merenung orang

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Otaknya ligat berputar mencari jalan untuk berbicara

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja,

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. “Kau

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Mak Timah terperanjat mendengar

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia