TAJUK TUGASAN:
“BINCANGKAN BAGAIMANA PROSES PEMBENTUKAN MASALAH SOSIAL PENAGIHAN DADAH MELALUI TEORI LABELING BERLAKU”
NAMA PENSYARAH:
DR. HARIS ABDUL WAHAB
NAMA TUTOR:
CIK KHAIRUN NISHA BINTI ROSLAN
SUBJEK:
PENGANTAR MASALAH SOSIAL - APEA1206
SESI AKADEMIK:
2012/2013 (SEMESTER DUA)
NAMA PELAJAR:
MOHD SAIFUL AZRI BIN MOHD FOUZI (AEP120004) MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN (AEP120007) MUHD FARID ASHMAN BIN ABDUL LATIF (AEP120008)
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 2]
4.2 KEGUNAAN DADAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 3]
1.0
PENDAHULUAN
Masalah penagihan dadah merupakan satu masalah sosial yang sudah menjadi sebahagian daripada masalah sosial dalam kehidupan masyarakat di negara kita. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Penagih dadah juga sering dikaitkan dengan masalah labeling atau dilabel. Perbuatan label melabel ini memberi impak yang tersendiri kepada penagih dadah. Kajian ini akan menghuraikan perkaitan di antara teori labeling dengan penagih dadah.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 4]
2.0
OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam tugasan kali ini kami telah mengenal pasti beberapa objektif kajian yang menjadi persoalan yang harus kami jawab dalam tugasan ini, iaitu berkaitan dengan masalah penggunaan dadahdi Malaysia, antaranya;
Memahami Teori Melabel dan masalah social penagihan dadah.
Mengenal pasti sejauh mana pendekatan‘Teori Melabel’ berkesan membentuk masalah sosial penagihan dadah.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 5]
3.0 PENGENALAN TEORI
3.1 KONSEP ASAS TEORI LABELLING
Perlakuan Deviance (Jerry Jacobs, 1983) boleh difahami sebagai satu perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat yang telah ditetapkan oleh masyarakat sekitarnya.Perlakuan Deviance oleh Jerry Jacobs dimulai dengan andaian bahawa seseorang individu atau anggota masyarakat mempunyai pilihan sama ada berbuat baik atau jahat. Pada masa yang sama telah wujud satu set undang-undang yang diwujudkan untuk diikuti oleh masyarakat.Selama mana seseorang individu itu dapat mengikuti undang-undang norma yang diwujudkan oleh masyarakat sekitarnya maka ia akan dapat mengelakkan cemuhan atau kemarahan dan pemulauan masyarakat sekitarnya serta hukuman yang dikenakan terhadap dirinya.
Walaubagaimanpun, jika seseorang anggota masyarakat itu melanggar undang-undang tersebut maka pihak yang mempunyai autoriti (Institusi Kawalan Sosial) akan mengambil tindakan dan jika didapati bersalah maka dia akan dihukum. Hukuman yang dikenakan walaupun untuk tempoh yang singkat akan terus mempengaruhi pesalah devian itu tadi seumur hidupnya. Mereka yang dihukum biarpun selepas berakhirnya tempoh hukuman dan pemulihan sosial akan terus disisihkan oleh masyarakat. Ini kerana masyarakat berpandangan bahawa individu tersebut masih lagi “tercemar”. Dalam hal ini,mereka yang terlibat dengan perilaku devian ini dianggap masih “Berhutang Dengan Masyarakat” biarpun mereka telah selesai menjalani tempoh hukuman
dan kawalan sosial kesan daripada perlakuan devian yang mereka lakukan.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 6] reaksi sama ada secara interpersonal atau kolektif yang bertujuan untuk memulau atau menghukum individu yang terlibat dengan perlakuan tersebut”.
Adalah amat penting untuk mengaitkan antara perlakuan devian dengan Teori Labelling. Ini kerana kedua-duanya amat berkait rapat dan berkaitan antara satu sama lain. Mengikut pandangan Teori Labelling (Edwin M. Schur,1969) devian digambarkan suatu bentuk perlakuan yang sentiasa berubah-ubah kesan daripada perubahan dalam interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. Kai Eriksson (1971) pula berpendapat “perlakuan devian bukan sesuatu yang diwarisi tetapi diberikan oleh audiens/masyarakat sekitar sama ada masyarakat itu melihat perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu yang dilabel/distigmakan sebagai devian.Secara sosiologinya, pemboleh ubah yang kritikal yang dikenal pasti dalam menentukan sama ada sesuatu perlakuan individu itu devian atau tidak ialah bergantung kepada label/stigma yang diberikan oleh audiens sosial/social audiens itu sendiri. Ini kerana mereka yang mempunyai kuasa mutlak dalam menetukan sama ada sesuatu perlakuan individu itu dianggap sebagai devian atau tidak.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 7] masyarakat sekitar kepadanya. Stereotaip pula merupakan antara konsep sejak sekian lama menjadi elemen penting dalam elemen Psikologi Sosial.
Namun begitu, konsep Stereotaip agak jarang-jarang dibincangkan dalam isu perlakuan devian sebaliknya ia selalu digunakan dalam membincangkan sesuatu isu seperti isu perkauman,etnik dan gender. Namun begitu, stereotaip merupakan salah satu komponen utama dalam mencipta perilaku devian serta secara tidak langsung membawa kepada “pengelasan sosial” atau “Social Categorization”. J.L. Simmons (1969) menyatakan stereotaip sama ada positif atau negatif adalah berbeza dan tidak sama bagi semua ahli masyarakat. Ia sebenarnya bergantung kepada mentaliti dan sejauh mana masyarakat boleh menerima sesuatu perlakuan itu. Stereotaip yang diberikan sama ada positif atau negatif menggambarkan kedua-dua ciri tersebut.
Diana (2013) dalam kajiannya terhadap teori Labeling menyatakan bahawa perlakuan devian itu dimulakan dengan pelabelan oleh agen kawalan sosial terhadap sebilangan kecil individu yang terlibat dengan perbuatan deivian. Proses melabel ini menyebabkan individu tersebut lama-kelamaan menerima pelabelan tersebut dan individu itu mula melakukan devian. Fakta ini disokong oleh Becker(1993) dan Lerman (1996) yang menyatakan bahawa agensi rasmi kawalan sosial seperti mahkamah, polis, pusat rawatan mental, dan sekolah merupakan menyebabkan terma-terma Labelling seperti “orang gila, “orang jahat” , dan “budak nakal” wujud dalam kalangan masyarakat.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 8] Becker (1973) yang menyatakan bahawa sekatan sosial dan hukuman berdasarkan perundangan dikenakan berbeza mengikut kelas sosial individu yang terlibat. Sebagai contoh, jika seorang individu terlibat dengan penagihan dadah dan dia berasal daripada kelas sosial yang rendah, masyarakat akan melabelkan individu itu sebagai penagih dadah dan pesalah tersebut akan dimasukkan ke dalam penjara untuk satu tempoh tertentu. Walaubagaimanapun, jika pesalah dadah itu berasal daripada golongan kelas atasan, pesalah tersebut akan diklasifikasikan sebagai orang sakit dan mereka memerlukan rawatan serta mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah sahaja. Hal ini menjelaskan pendapat tokoh yang mengkaji teori labeling ini mengenai proses melabel pelaku devian.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 9]
4.0
MASALAH SOSIAL PENAGIHAN DADAH DI MALAYSIA: SATU
ANALISIS
Mahyuddin dan Azizah (2011) dalam kajiannya menyatakan masalah penagihan dadah bermula dengan penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu, kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium Dens telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 11]
4.1 MAKLUMAT AM & JENIS
–
JENIS DADAH
“Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang
mana penggunaannya dilarang.Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara
fizikal dan psikologikal serta tolerans yang meningkat.Penggunaan dadah mengakibatkan
kesan buruk kepada kesihatan, diri, keluarga dan masyarakat. (takrif ini tidak meliputi
alkohol, tembakau dan bahan inhalan)”- (Sumber : AADK 2012)
Penagih Dadah Menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983. Seseorang yang melalui penggunaan apa-apa dadah berbahaya mengalami:
• Suatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan gerakbalas
tingkahlaku dan gerak balas lain.
• Meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala.
• Mengalami kesan psikiknya dan mengelakkan ketagihan kerana ketiadaandadah.
Penyalahguna Dadah Menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
• Menggunakan dadah berbahaya termasuk memakan, mengunyah, menghisap,
menelan, meminum, menyedut atau memasukkan bahan-bahan itu ke dalam badan
dengan apa jua cara atau dengan menggunakan apa jua alat.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 12]
4.2 JENIS
–
JENIS DADAH
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis dadah yang terdiri daripada bahan organic mahupun bukan organic. Kebanyakan dadah yang berada di Malaysia ini dibawa masuk dari negara – negara luar seperti Iran, Thailand, China dan sebagainya. Antara jenis dadah yang terdapat di Malaysia adalah :
4.2.1 Candu Mentah
Getah yang dihasilkan daripada torehan buah pokok popi yang masih belum diproses. 4.2.2 Candu Masak
Candu mentah yang telah diproses dan sedia untuk digunakan. 4.2.3 Morfin
Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada candu. Larutan morfin digunakan dengan cara suntikan intravena untuk mendatangkan kesan euforia.
4.2.4 Heroin
Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada morfin melalui proses kimia.Cara penggunaan yang popular ialah menghisap, menyuntik atau menghidu bagi mendatangkan kesan euforia.
4.2.5 Syabu
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 13] 4.2.6 Bahan Psikotropik
Bahan daripada jenis depresen, stimulan dan halusinogen. 4.2.7 Kanabis
Sebarang tumbuhan yang tergolong dalam Genus Cannabis atau mana-mana bahagian daripadanya dan digunakan sebagai dadah.
4.2.8 Stimulan
Sebarang ubat/dadah yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat. 4.2.9 Ecstacy
Adalah sejenis dadah perangsang jenis amphetamine. Dadah berbahaya ini boleh merosakkan otak (gila) dan organ-organ utama dalam badan.
4.2.10 Halusinogen
Bahan kimia yang mendatangkan kesan kepada keadaan mental seseorang sehingga menimbulkan halusinasi dan pencerapan deria yang tidak normal.
4.3 KEGUNAAN DADAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Manusia menggunakan dadah dalam kehidupan sama ada secara sah atau pun haram adalah berdasakan beberapa sebab – sebab utama antaranya;
4.3.1 Kegunaan terapeutik
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 14] 4.3.2 Kegunaan Rekreasi
Banyak laporan menyatakan bahawa, manusia menjadikan alasan rekreasi sebagai alasan pengambilan dadah. Mereka menganggap dengan pengambilan dadah ini semasa berekreasi dapat menjadikan diri lebih releks, santai, dan membantu mereka melupakan masalah seketika.
4.3.3 Kegunaan spiritual atau psikologi
Disebabkan pengunaan dadah akan menyebabkan manusia berada dalam keadaan tidak sedar dan khayal, sesetengah orang menggunakannya sebagai alasan keguaan spiritual dan psikologi. Sebagai contoh, masyarakat asli Amerika telah menggunakan ‘Peyote’ sebagai cara atau alasan untuk menukar perasaan ketakutan dan mendalamkan ilmu spiritual mereka.
4.3.4 Melarikan diri
keadaan melarikan diri ini bermaksud manusia menggunakan dadah ini untuk mereka melupakan masalah dan konflik kehidupan yang menimpa mereka. Kebiasaannya apabila seseorang itu menggunakan dadah secara berlebihan, dia akan berada dalam keadaan tidak sedar dan keadaan ini menyebabkan mereka lupa akan masalah yang dihadapi dan ini menyebabkan mereka merasakan dapat lari daripada masalah dan kesakitan hidup.
4.3.5 Tuntutan sosial
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 15] berada di kelas rendah) akan menyebabkan seseorang itu perlu mengambil dadah dan inilah prasyarat untuk seseorang itu diterima masyarakat, kumpulan rakan sebaya atau sebagainya. Sebagai contoh di Malaysia, kita melihat pengambilan rokok dalam masyarakat sudah menjadi pekara biasa dan tidak dianggap masalah sedangkan semua sedia maklum akan kesannya, hal ini telah menular dalam kalangan remaja kerana mereka merasakan dengan menghisap rokok mereka kelihatan dewasa, akan diterima masyarakat dan sebagainya dan inilah yang menjadi sebeb kepada persoalan mengapa mereka mengambil rokok.
4.4 STATISTIK PENYALAHGUNAAN DADAH
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 18]
4.5 DADAH : PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Masalah berkaitan dadah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Hal ini kerana masalah ini mampu menjadi duri dalam daging kepada negara kita. Kerajaan begitu memandang serius masalah penagihan dadah ini. Oleh hal demikian, pelbagai langkah dari aspek perundangan telah dilakukan bagi mengekang masalah ini daripada terus berlaku. Menurut Rokiah Ismail (2010), langkah pertama ialah mempraktikkan usaha untuk menghapuskan atau mengurangkan salah satu punca utama bagi masalah ini, iaitu sumber bekalan dadah. Untuk itu, pelbagai tindakan pencegahan dan hukuman telah dilaksanakan termasuklah mengenakan hukuman berat ke atas pesalah dadah. Akta Dadah Berbahaya 1952 meliputi tindakan mengedar dadah. Hukumannya ialah penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau penjara seumur hidup dengan 10 sebatan rotan.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 20]
5.0 PEMBENTUKAN MASALAH PENAGIHAN DADAH DARI
PERSPEKTIF TEORI LABELING.
5.1 TAHAP PELABELAN
5.1.1 LABELING PREMIER:
Peringkat ini merujuk kepada peringkat awal perlanggaran undang-undang atau akta atau norma masyarakat.(Lemert, 1951). Walaubagaimanapun, sekiranya individu itu menerima pelabelan negatif setelah melakukan kesalahan pertama, individu tersebut akan terus terlibat dengan bentuk kelakuan itu seperti yang dilabelkan pada peringkat awal.
5.1.1 LABELING SEKUNDER
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 21] 5.1.3 LABELING TERTIER
Dalam peringkat ini, individu yang terlibat dengan perlakuan negative itu tadi akan melabel semula perbuatannya sebagai satu perlakuan yang tidak bersifat devian. Sebagai contoh, seorang penagih dadah akan menganggap bahawa perbuatan mengambil dadah secara berlebihan itu lebih baik dari perbuatan meminum arak. Oleh itu, mereka mengatakan bahawa perbuatan mengambil dadah itu tidak patut distigmakan.
5.2 PENGELASAN ANTI LABEL, ANTI LABELLER & SELF -
LABELLING
5.2.1 ANTI LABEL
Anti Label merujuk kepada salah satu tindak balas yang ditunjukkan oleh aktor (pelaku) apabila masyarakat melabelkan beliau dengan sesuatu perkara. Aktor akan bertindak balas dengan menidakkan label yang diberikan kepadanya oleh masyarakat. Dalam konteks penagihan dadah, apabila masyarakat sekeliling melabelkan aktor tersebut sebagai penagih dadah, maka penagih dadah tersebut akan bertindak balas dengan menidakkan label ‘penagih dadah’ yang
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 22] 5.2.2 ANTI LABELLER
Anti Labeller pula merujuk kepada suatu tindak balas di mana aktor (pelaku) bersikap anti pelabel atau anti (sikap menentang) kepada individu yang telah melabelkannya dengan sesuatu perkara. Tindak balas ini muncul apabila aktor merasakan bahawa tindakan melabelkan dirinya dengan sesuatu perkara oleh pelabel telah menyebabkan dirinya berasa tergugat dan hal ini cenderung menyebabkan individu yang dilabel itu membenci individu yang telah melabelnya (pelabel). Dalam konteks penagihan dadah, apabila seseorang individu pelabel cenderung melabel seseorang penagih dadah, maka penagih dadah tersebut akan cenderung untuk bersikap anti pelabel terhadap pelabel tersebut kerana dirinya berasa tergugat dengan label yang ditujukan kepadanya.
5.2.3 SELF – LABELLING
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 23]
5.3
PUNCA MASALAH SOSIAL PENAGIHAN DADAH : TEORI
LABELING.
Setelah menjalanakan kajian melalui pembacaan, kami mendapati bedasarkan teori labeling ini beberapa punca yang membawa kepada penagihan dadah telah dikesan. Antaranya adalah ;
5.3.1 Perlakuan yang devian
Seseorang yang bertindak atau berkelakuan yang tidak baik atau menyimpang daripada norma masyarakat akan menyebabkan dirinya akan ditolak oleh masyarakat. Sebagai contoh, apabila masyarakat menganggap pengambilan dadah secara haram adalah satu daripada masalah social, setiap individu yang melakukannya akan diaggap sebagai sesuatu tidakan yang keji dan dihina serta tidak boleh diterima masyarakat. Justeru itu, punca asal kepada pemasalahan penagihan dadah itu adalah berpunca daripada diri individu itu sendiri, sama ada dia ingin melakukan perbuatan yang devian (mengambil dadah) ataupun tidak yang mana akan menjejaskan hubungan interaksinya dengan masyarakat.
5.3.2 Label masyarakat
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 24] ini membawa kepada stigma dan label yang negative diletakkan kepada individu dan keluarganya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah mengambil dadah namun ahli keluarganya adalah penagih dadah, dia akan dipandang serong oleh masyarakat dan ini menyebabkan kemungkinan untuk dia terlibat dengan dadah juga tinggi apabila nilai dalam dirinya mula terhakis. Contoh kedua, apabila seseorang yang telah menerima rawatan dan tidak lagi menagih dadah kembali berada dalam kalangan masyarakat, masyarakat yang melabel ini akan terus memandang negative kepada individu ini dan mula mengaitkan segala perkara negative semasa yang berlaku dalam komuniti adalah berpunca daripadanya seperti kecurian, pengedaran dadah dan sebagainya. Keadaan melabel ini jika tidak dapat ditangani oleh seseorang yang disabitkan itu, ia akan membawa kepada mereka kembali menagih dan mula menagih.
5.3.3 Masyarakat yang tidak menyokong
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 25] bersama masyarakat adalah satu penjara sebenar dan turut dianggap sebagai neraka, hal ini menyebabkan mereka yang ketagihan tidak ingin pulih.
5.3.4 Persekitaran yang mempengaruhi
Berdasarkan teori melabel ini juga, faktor keberadaan individu itu dalam komuniti atau persekitaran yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga menjadi punca masalah social ini. Sebagai contoh anak – anak yang dilahirkan dalam kawasan setinggan, lorong – lorong, dalam keadaan sanak saudara yang menagih turut dilihat berkemungkinan yang besar untuk turut menagih. Individu yang berada dalam keadaan ini memerlukan nilai dan semangat yang kuat untuk keluar dari keadaan ini untuk dia berubah. Dalam situasi ini masyarakat normal atau golongan berpengaruh menganggap mereka ini adalah daripada golongan kelas bawahan dan negative. Oleh yang demikain permaianan stigma dan label ini sentiasa menjadi penghalang untuk mereka keluar dan bangkit dari masalah ini, dan hal ini sekaligus menyebabkan mereka kan mengikut keadan social di persekitaran mereka yakni lebih tertarik untuk melakukan masalah social penagihan dadah.
5.3.4 Pergaulan dan penerimaan dalam kumpulan
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 26] oleh kumpulan itu. Misalnya seseorang yang baik dan tidak mengambil dadah itu dianggap sebagai kolot oleh sekumpulan rakan sekerja di Amerika yang merasakan pengambilan dadah itu sebgai pelengkap kehidupan dan berani ( R. Walye 2001). Keadaan ini menyebabkan seseorang itu akan mengambil dadah bagi diterima dan tidak dianggap pengecut dan kolot oleh kumpulan sekelilingnya.
Namun begitu, turut terdapat individu – individu yang berjaya keluar dari kehidupan yang terikat dengan penyalahgunaan dadah ini dan berjaya juga mengatasi tekanan stigma dan label dari masyarakat dan seterusnya berjaya dalam hidup.Hal ini disebabkan keazaman, nilai dan semangat mereka yang kuat disamping faktor kekuatan kerohanian yang tinggi.
5.4 KESAN MASALAH SOSIAL PENAGIHAN DADAH
Sememangnya sesuatu masalah social itu tidak akan dianggap sebagai masalah jika tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada individu, keluarga, masyarakat dan Negara. Masalah social penagihan dadah memberikan kesan yang amat besar, ketidakfungsian social dan ekonomi dan lain – lain; keadaan ini perlu ditangani dengan segera dan secara menyeluruh. Antara kesan berpunca daripada penagihan dadah ialah;
5.4.1 Masalah kepada keluarga
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 27] membawa kepada keganasan rumah tangga akan berlaku dan seterusnya merosakkan masa depan penagih serta anak – anak.
5.4.2 Gelandangan
Masalah daripada penagihan ini juga akan membawa kepada bertambahnya bilangan gelandangan atau turut dikenali atau disterotaipkan sebagai mereka yang tidak mempunyai rumah dan menjadikan loong – lorong. Kawasan bawah jambatan dan sebagainya sebagai lokasi pilihan penempatan mereka. Kebiasaannya penagih dadah tegar ini tidak mempunyai kerja yang tetap dan telah disisihkan atau dibuang oleh keluarga dan masyarakat oleh sebab mereka ini tidak dapat menjalankan fungsi social dan ekonomi jadi mereka tidak berkemampuan untuk memiliki rumah. Dan keadaan gelandangan ini bukan sahaja memberi kesan social dan ekonomi malah telah merosakkan imej Negara di mata dunia.
5.4.3 Masalah kesihatan
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 28] 5.4.4 Akibat ke atas penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
5.4.5 Akibat kepada keluarga penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
5.4.6 Akibat ke atas masyarakat
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 29] ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.
5.4.6 Akibat kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan
dengan penagih dadah
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan
bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan
sebagainya .
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 30] masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang merupakan peneraju negara pada masa hadapan
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang mendalam terhadap Teori Melabel dan pengaruhnya ke atas masalah penagihan dadah, dapatlah dirumuskan bahawa aktiviti pelabelan telah sedikit sebanyak menyebabkan masalah penagihan dadah kian berleluasa di dalam negara kita. Apabila masyarakat cenderung melabelkan seseorang sebagai penagih dadah secara kerap, maka seseorang yang dilabel sebagai penagih dadah tersebut akan cenderung melabelkan dirinya sendiri sebagai penagih dadah . Hal ini sudah tentu akan membawa kepada permasalahan yang lebih besar kepada negara iaitu berlakunya peningkatan kes dalam penagihan dadah akibat aktiviti pelabelan yang secara tidak langsung menyekat usaha penagih dadah tersebut untuk keluar daripada alam penagihannya.
SESI 2012/2013(SEMESTER DUA) [ 32]
7.0 SENARAI RUJUKAN
Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (2012). Laporan Tahunan Dadah 2012. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (2013). Laporan Dadah Bulan Februari 2013. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.
Anwarul Yaqin. (1996). Law and society in Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Dennis, C.D. (1989). Relapse Prevention: Treatment Alternatives and Counseling Aids. Blue Ridge Summit, PA: Tab Books Inc.
Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohamad Shatar Sabran,. (2012). Penagihan Dadah dan Keadaan Berisiko Tinggi Kembali Relaps. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 38-49.
Ismail, Rokiah. (2010). Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia: Ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat. Malaysian Journal of Society and Space, 6(1), 31-49.
J.Macionis, John. (2010). Social Problem(4th Ed). United States of America: Pearson Education. Jacobs, Jerry. (1983). Social Problem Through Social Theory. Houston: Cap and Gown Press. John Hagan. (1973). Labelling and Deviance: A Case Study in the "Sociology of the Interesting".
Social Problem, 20(4), 447-458.
Kendall, Diana. (2013). Sociology in Our Time. Wadworth: Cengage Learning.
Mahmood, N.M., Mphd Shuib, C.D., & Ismail,. (1999). Treatment of Drug Dependents in the Traditional Setting:The Case of Inabah. Pakistan Journal of Psychological Research, 13(3-4), 75-87.
Mahyuddin Bin Arsat , Azizah Binti Besar. (2011). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Di Pusat Serenti Tiang Dua,Melaka., Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.