PERKAITAN DI ANTARA PERSEKITARAN KELUARGA DENGAN
TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN REMAJA DI DAERAH
PONTIAN
OLEH
RAZAL AZUAN BIN HAMZAH
119207
Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga
Fakulti Ekologi Manusia
BAB I
PENDAHULUAN
Pengenalan
Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling istimewa, berharga dan
bernilai. Sejak akhir-akhir ini, berbagai-bagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Remaja hari ini merupakan tulang belakang negara dan
penyambung generasi akan datang. Mereka bakal pemimpin masyarakat dan negara. Oleh itu,
jika remaja rosak, rosaklah sesebuah negara sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Imam
al-Shafie, "Keunggulan bangsa kerana akhlak remajanya, apabila runtuh akhlak remaja, maka
runtuhlah sesuatu bangsa itu" (Kamaruddin, 1989).
Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin yang bermakna menuju ke arah
kematangan. Kamus Dewan edisi 2003 mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai
dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Khulen (1982) menganggap
zaman remaja sebagai satu jarak waktu bagi seseorang mengalami masa peralihan dari zaman
melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan. Manakala dalam Islam, secara
spesifiknya tidak terdapat istilah remaja. Apa yang ada ialah takrif "Baligh” yang membezakan
had umur kanak-kanak dan golongan mukallaf (dewasa / berakal).
Justeru, boleh dikatakan bahawa zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan
pancaroba. Menurut teori organismik (Erikson, 1963), pada zaman remajalah individu akan
berhadapan dengan satu cabaran getir iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Walau
bagaimanapun, zaman remaja amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang apabila ia
meningkat dewasa kelak. Perancangan yang betul dan strategik ketika remaja akan menentukan
seseorang itu sama ada berjaya atau tidak dalam kehidupannya.
Remaja adalah individu yang berada di antara pengakhiran zaman kanak-kanak dan
permulaan zaman dewasa. Proses ini adalah terarah secara sehala iaitu seseorang remaja tidak
mungkin berpatah balik ke alam kanak-kanak semula tetapi akan terus menuju ke alam
kedewasaan (Balk, 1995).
Jika dilihat keadaan di Malaysia masa kini, bilangan populasi remaja adalah kira-kira
19.8% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara. Jumlah ini dijangkan akan terus
meningkat menjelang tahun 2020 iaitu dianggarkan sebanyak 20 juta orang. Dengan jumlah
yang besar ini, golongan remaja akan menjadi kumpulan yang penting dalam masyarakat kita di
Malaysia khususnya. Menurut Khadijah (1994), pada peringkat remaja ini, mereka akan melalui
satu tahap perkembangan yang pesat dari segi fizikal, intelek dan sahsiah serta bersikap tidak
menentu. Kadangkala mereka mudah mesra dan bekerjasama manakala pada masa yang lain
mereka bersikap agresif. Transisi ini menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk
Justeru, remaja sering dikaitkan dewasa ini dengan pelbagai tingkah laku masalah sosial
yang mendorong mereka bertindak di luar batasan sebagai seorang remaja. Sebagai contoh, pada
tahun 1993 kita digemparkan dengan kes pembuangan bayi yang pertama kali dilaporkan dan
disiarkan di dada-dada akhbar tempatan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) Bukit Aman (2000), jumlah tangkapan juvana yang terlibat dengan jenayah di
seluruh negara ialah sebanyak 2196 kes berbanding dengan tahun sebelumnya (1999). Hal ini,
dengan jelas membuktikan bahawa peningkatan penglibatan golongan remaja dalam gejala
masalah sosial adalah kian meruncing.
Saban hari ada sahaja kejadian yang berlaku baik dalam bentuk jenayah mahupun dalam
tingkah laku yang menunjukkan gejala keruntuhan moral dalam masyarakat kita. Tingkah laku
negetif yang dilakukan dari sekecil-kecil salah laku seperti ponteng sekolah, melawan guru, tidak
menghormati orang tua hinggalah kepada pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan
yang akhirnya akan mewujudkan gejala sosial yang hebat lagi seperti bersekedudukan, lari dari
rumah, lepak, bohsia, bohjan dan akhirnya membawa kepada berlakunya pengguguran dan
pembuangan bayi (Sabitha & Mahmood, 1995)
Contoh-contoh di atas merupakan contoh kepada tingkah laku devian di kalangan remaja.
Perlakuan devian ini dianggap sebagai satu tingkah laku yang salah dan melanggar peraturan dan
norma-norma hidup dalam bermasyarakat. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dianggap
sebagai tingkah laku devian antaranya kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah, mencuri,
meminum minumam keras, menyerang, vandalisme dan sebagainya (Regoli & Hewitt, 1991)
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Forgatch, Patterner dan Skinner, (1998);
Grych dan Fincham (1992), didapati bahawa anak remaja perempuan lebih terdorong untuk
tunggal lebih terdedah kepada risiko tingkah laku yang sama. Menurut Regoli dan Hewitt (2000),
fenomena ini akan akhirnya membawa kepada masalah delinkuensi di kalangan remaja
perempuan adalah berkaitan dengan aktiviti seks. Justeru perhatian yang sewajarnya perlu
diberikan agar permasalahan ini dapat dikenalpasti dari peringkat akar umbi lagi.
Mohd Taib (1996) menggambarkan kepincangan akhlak di kalangan generasi remaja
contohnya, kurangnya sifat menghormati ibu bapa, guru, orang tua dan pemimpin. Punca
timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga dan ibu bapa
terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang longgar amat menyumbang kepada
berlakunya masalah sosial masa kini. Walau bagaimanapun, masalah ini berbeza seriusnya di
pelbagai institusi kekeluargaan berdasarkan tempat tinggal, jenis pekerjaan, taraf pendidikan dan
pengaruh media. Malah, bentuk keluarga itu sendiri banyak menyumbang kepada fenomena
sosial generasi remaja masa kini.
Menurut Mahmood Nazar Muhammad (1993) pula, tingkah laku devian di kalangan
remaja juga disebabkan oleh konflik dan tekanan psikoligikal. Remaja-remaja yang terlibat
dengan melakukan tingkah laku devian ini juga mengalami konflik dalam kekeluargaan mereka
sendiri. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh
memberikan kebahagian serta rasa seronok kepada mereka. Dengan erti kata lain tiada wujudnya
lekatan di antara mereka dengan persekitaran keluarga mereka.
Daripada perspektif ekologikal, keluarga dikenali sebagai ekologikal kerana ia terdiri
daripada individu sebagai organisma hidup yang berinteraksi dengan persekitaran individu.
Keluarga itu juga berinteraksi antara satu sama lain dengan persekitaran terutama persekitaran
keluarga, berkongsi nilai, sumber matlamat, tanggungjawab dan mempunyai komitmen
berbincang berinteraksi untuk memperolehi sumber,bahan, tenaga dan maklumat sebagai
memenuhi keperluan hidup. Aktiviti individu dengan persekitaran merupakan satu proses
ekologikal yang setiasa berlangsung dalam konteks masa.
Justeru itu, cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan peranan terletak di tangan mereka.
Hubungan dan ikatan mesra di antara ibu bapa dengan anak-anak remaja adalah penting dalam
pembentukan sasiah moral tingkah laku remaja berkenaan. Nor Azlina (2001) ada menyatakan
bahawa, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak-anak yang amat memerlukan bimbingan
dan kasih sayang. Beliau menambah, jika ibubapa memberikan respon yang baik, anak-anak
akan mudah merasa diri mereka cukup di hargai dan disayangi.
Selain itu aspek asuhan dan didikan disiplin turut perlu diberikan penekanan yang khusus
dalam hal-hal pengesolasian anak-anak. Ibubapa perlu membekalkan setiap ahli di dalam
keluarga khususnya anak-anak remaja dengan sokongan emosi dan kasih sayang. Bukan setakat
sokongan emosi malahan perlu berkongsi idea, maklumat dan persepsi mengenai keperluan
mereka. Perkongsian sihat ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti hubungan kekeluargaan.
Ibu bapa perlu bijak mengambil dan membuat sesuatu keputusan yang melibatkan anak-anak
remaja berkenaan. Justeru itu, bagaimana cara ibu bapa mengambil pendekatan untuk
mendisiplinkan dan didikan serta asuhan anak-anak remaja adalah terletak di tangan mereka
sendiri.
Kepentingan Kajian
Manusia hidup di dalam suatu persekitaran yang amat berbeza di antara satu sama lain.
menghampiri setiap individu termasuk persekitaran keluarga . Ciri yang hadir pada tahap setiap
individu adalah bersifat universal yang berasaskan fakta saintifik. Walau bagaimanapun setiap
individu memiliki sifat dan keunikan masing-masing dari segi ciri, pengalaman dan tempoh masa
sesuatu tahap persekitaran tersebut.
Umumnya, institusi kekeluargaan akan menjadi medan pengasuhan dan pengsosialisasian
dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam dewasa. Ini bermakna proses kekeluargaan itu
sendiri bersifat dinamik dan berkembang dari semasa ke semasa kerana persekitaran keluarga
merupakan sumber yang penting dalam memberikan ransangan kepada sifat kognitif dan
pengalaman yang berkesan terhadap ahlinya khususnya para remaja. Hal ini, seterusnya akan
mempengaruhi cara gaya tingkah laku remaja itu sendiri.
Namun, sejak kebelakangan ini sering didengari laporan mengenai fenomena dan salah
laku remaja yang sering kali dipaparkan di dada-dada akhbar. Perkara ini dengan jelas
membuktikan kemelut masalah sosial yang sedang meruncing di kalangan remaja. Isu ini
membuktikan pelbagai persoalan bagi sesetengah pihak dan secara langsung memberi tamparan
hebat kepada institusi kekeluargaan kerana keutuhan dan peranannya boleh diragukan.
Kemelut remaja kini semakin meningkat walaupun pelbagai langkah telah dan sedang
diambil untuk membenteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja. Kerosakan akhlak dan
kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita terus meruncing dan meningkat
setiap tahun. Cuba kita renungi bersama apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang
jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti lepak, dadah, seks bebas,
buang bayi, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, bohsia, bohjan, minum arak, disko,
Permasalah ini telah mula menjadi "duri dalam daging " atau "api dalam sekam " yang
akan meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan memundurkan masyarakat dan negara. Apabila ini
berlaku masyarakat menunding jari sesama sendiri. Masing-masing cuba melepaskan diri dan
meletakan kesalahan kepada orang lain. Fenomena ini tidak akan berkesudahan seandainya
semua pihak (ibu bapa, kerajaan, sekolah, jiran, masyarakat dan seumpamanya), tidak membuka
mata dan membuat kajian terperinci tentang punca masalah ini (the root of the problems) serta
mengambil pelbagai alternatif membendungnya dari berterusan.
Melihat kepada permasalahan dan isu yang melanda para remaja dan pelajar hari ini
amatlah membimbangkan. Tindakan dan pengawalannyan dirasakan sudah berada yang boleh
dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia akan datang
kerana para pelajar dan remaja ini adalah pewaris kepemimpinan negara. Salah laku devian di
kalangan pelajar dan remaja ini perlu dibendung dari peringkat awal lagi iaitu ketika mereka
berada di dalam persekitaran keluarga lagi agar penularannya dalam masyarakat dapat di
bendung dan ditangani sebaiknya.
Justeru itu, kajian ini direka bentuk bagi mencegah fenomena tingkah laku devian di
kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah. Selain itu kajian ini turut dilaksaankan agar dapat
menyedarkan ibu bapa tentang betapa pentingnya peranan persekitara keluarga yang perlu
dimainkan dalam membentuk tingkah laku devian yang lebih bermoral dalam diri anak remaja
dan pelajar yang terlibat. Setiap pengaruh dan rangsangan dari luar perlu diberikan perhatian
yang sewajar oleh keluarga agar remaja ini tidak lepas bebas sepenuhnya tanpa perhatian dan
tunjuk ajar.
Dengan ini, amatlah diharapkan agar hasil kajian ini nanti dapat menjadi input dalam
memberikan sumbangan kepada pelbagai pihak dalam memantapkan institusi kekeluargaan di
Malaysia. Hasil akhir kajian ini juga diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan bagi
pengkaji yang akan datang.
Kenyataan masalah
Persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian
dimana sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja dan para
pelajar. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan
emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya.
Walaupun fenomena tingkah laku devian di kalangan remaja dan pelajar meningkat saban
hari, tetapi pengukuhan, pemantapan dan pemantauan daripada pengaruh luar perlu di beri
perhatian dengan sewajarnya. Hal ini kerana, setiap keluarga itu sendiri akan mengamalkan cara
gaya pengasuhan dan pantauan tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan
memberi impak terhadap sasiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan. Satu kajian yang
telah dijalankan oleh Sham Sanin Salleh (1994) dan Abdul Rashid (1995) menyatakan bahawa
tingkah laku jenayah turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga.
Hakikatnya, masalah sosial ini berkait rapat dengan tingkah laku devian yang dilakukan
oleh para pelajar dan remaja berkenan. Justeru itu, langkah penyelesaian perlu difikirkan bagi
mengelakkan golongan ini dari terus dilanda masalah. Menyedari perkara ini, satu kajian
dijalankan bagi “Mengkaji Pengaruh Persekitaran Keluarga Terhadap Tingkah Laku Devian Di
Kalangan Remaja”. Justeru kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada
1. Apakah faktor latar belakang keluarga (tahap pendidikan, faktor kewangan, umur dan
pekerjaan) berkaitan dengan tingkah laku devian remaja ?
2. Adakah tingkah laku devian di kalangan remaja mempunyai perkaitan dengan kerapatan
hubungan ibu bapa ?
3. Adakah pengaruh asuhan kawalan dan didikan disiplin ibu bapa mempunyai kaitan
dengan tingkah laku devian di kalangan remaja ?
4. Adakah pengaruh penglibatan dan sokongan ibu bapa mempunyai kaitan dengan tingkah
laku devian remaja?
Objektif Kajian
Objektif Am
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara pengaruh persekitaran keluarga terhadap
tingkah laku devian di kalangan remaja di Daerah Pontian.
Objektif Khusus
1. Memperihal latar balakang keluarga (pekerjaan, kewangan, tahap pendidikan, dan umur)
2. Mengenalpasti tahap tingkah laku ibu bapa (kerapatan hubungan, kawalan dan didikan,
penglibatan dan sokongan)
3. Mengenalpasti tahap tingkah laku devian remaja
4. Menentukan perkaitan di antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian
5. Menentukan perkaitan di antara kawalan dan didikan disiplin ibu bapa dengan tingkah
laku devian remaja.
6. Menentukan perkaitan di antara penglibatan dan sokongan ibu bapa dengan tingkah laku
devian remaja.
Hipothesis Kajian
Ho1 Tiada perkaitan yang signifikan di antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah
laku devian remaja.
Ho2 Tiada perkaitan yang signifikan di antara kawalan didikan disiplin ibu bapa dengan
tingkah laku devian di kalangan remaja
Ho3 Tiada perkaitan yang signifikan di antara penglibatan dan sokongan ibu bapa dengan
tingkah laku devian di kalangan remaja.
Definisi Istilah
Remaja
Konseptual Individu yang mula dewasa, sudah akhil baligh atau muda. Dari segi usia
pula remaja berusia 10-19 tahun.(Kamus Dewan 1999)
Operasional Pelajar tingkata empat di 4 buah sekolah di Daerah Pontian iaitu di
Sek.Men Keb. Dato Penggawa Barat (3), dan Sek. Men Keb Dato Ali Hj.
Ahmad.
Kerapatan Hubungan
Konseptual Kerapatan hubungan merujuk kepada perasaan kasih sayang (Kamus
Dewan 2002)
Operasional Kerapatan hubungan boleh diukur dengan dengan menggunakan skala
yang dicipta oleh Benda (1995). Skala ini pernah digunakan oleh
Anderson dan Holmes (1994) dan Rangie & Brayan (1996). Terdapat 27
soalan yang mengukur sejauh mana tahap kerapan hubungan dengan ibu
bapa dengan kerelaan responden memberitahu ibu bapa tentang aktiviti
mereka.
Kawalan Dan Didikan Displin
Konseptual pengajaran atau latihan pemikiran serta kelakuan supaya berupaya
mengawal diri sendiri dan pada tatatertib (KamusDewan,Edisi tiga)
Operesional Asuhan dan didikan disiplin diukur dengan menggunakan instrument
“Child Report Of Parental Monitoring” dan Parent Disciplines”,yang telah
dipelopori oleh (Petterson & Capaldi, 1989)
Penglibatan dan sokongan
Kopseptual Penglibatan adalah menyertai dan membabitkan diri dengan sesuatu
aktiviti atau dengan seseorang, perbuatan yang menyatakan persetujuan
dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan
Operasional Ibu bapa meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan
bersama-sama dengan anak melakukan aktiviti, mengambil tahu tentang
aktiviti, minat anak-anak dan memberi bantuan serta sokongan kepada
anak-anak dari segi menterial dan bukan material. Tahap penglibatan dan
sokongan diukur dengan menggunakan skala Gecas & Schwable (1986)
yang telah diubahsuai oleh Shamsuddin (1994)
Tingkah laku Devian
Kopseptual Sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial sesuatu
kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996)
Operasional Tingkah laku devien dalam konteks kajian akan menggunakan kaedah
pengukuran berdasarkan “Deliquency Scale” oleh (Junger 1997) yang
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
Sebelum memulakan kajian ini, Beberapa tinjaun lepas akan dikupas mengikut kajian
yang dilakukan. Literatur ini dilakukan berdasarkan pembacaan buku-buku dan jurnal-jurnal
yang berkaitan dengan tingkah laku devian dan perkaitan persekitaran keluarga dengan tingkah
laku devian. Dalam bab ini akan membincangkan beberapa subtopik yang berikut:
1. Kerapatan hubungan
2. Kawalan dan didikan disiplin
4. Tingkah laku devian
5. Rumusan
Dunia sedang menghadapi alaf baru. Sehingga kini dunia telah menyaksikan banyak
perubahan. Perubahan-perubahan itu telah memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi,
sains dan teknologi, cara hidup, sosio ekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat
yang terlibat dengan perubahan ini. Corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi telah
memberi peluang kepada nilai-nilai individualistik, materialistik dan semangat bersaing untuk
bertapak di dalam masyarakat zaman ini.
Malaysia merupakan sebuah negara yang konservatif dengan kebudayaan timurnya.
Walau bagaimanapun, penularan budaya hedonisme yang dibawa dari barat sedikit sebanyak
telah mencemarkan budaya sedia ada dan melonggarkan sistem kawalan sosial yang terdapat di
negara ini.
Menurut Moha Asri (1997), keruntuhan nilai sosial di kalangan masyarakat di Malaysia
bukanlah sesuatu yang baru. Ia dikatakan mula menular dalam kehidupan masyarakat Malaysia
pada awal tahun 1960an. Namun tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin
berleluasa pada akhir tahun 1980an, 1990an sehinggalah ke hari ini. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala ini adalah golongan
remaja yang merupakan aset penting bagi masa depan negara.
Nilai-nilai kemanusiaan dan prinsip moral semakin nipis dan menimbulkan banyak
masalah kepada masyarakat akibat perubahan dan pembangunan pesat ini. Fenomena sosial yang
berlaku di kalangan remaja merupakan suatu perkara yang membimbangkan semua pihak ketika
Para remaja merupakan golongan yang melalui peringkat kritikal perubahan diri dari segi
mental dan fizikal. Perubahan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang
mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena yang ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan
para remaja menghadapi tekanan ini dengan bersifat memberontak. Sifat memberontak
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pelbagai-bagai masalah disiplin para
pelajar di sekolah.( Zainuddin, 2005)
Rancangan Malaysia ke tujuh (1996 - 2000) mencatatkan bilangan remaja pada tahun
1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Menjelang
tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada 20 juta orang. Kedudukan ini
menjadikan golongan ini sebagai satu kumpulan penting di dalam menerajui masa depan negara.
Mereka merupakan penyumbang dan penentu pembangunan negara (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 1999)
Golongan remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam
penerusan dan pengekalan institusi dan sistem kemasyarakatan negara. Justeru, untuk
merealisasikan Wawasan 2020, remaja merupakan generasi penyambung dan penentu
pembangunan negara. Namun begitu, para remaja tidak dapat lari dari masalah dan kerenah
tingkah laku negatif. Salah satu dari proses yang banyak mempengaruhi tingkah laku dan cara
hidup para remaja hari ini adalah proses urbanisasi.
Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar
kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok,
melepak dan sebagainya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang
Namun, apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada norma dan tuntutan
kehendak masyarakat, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung mereka daripada
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini seperti melibatkan diri dalam pergaduhan
antara pelajar yang menyebabkan pembunuhan, mengandung anak luar nikah atau kes rogol
pelajar.
Kerapatan Hubungan Ibu Bapa
Keluarga adalah tempat pertama dan paling utama bagi anak dalam mendapatkan
pendidikan kasih sayang sokongan emosi dan sebagainya. Kepuasan hubungan kekeluargaan anak
dalam keluarga akan menentukan bagaimana anak itu akan bertindak balas terhadap lingkungan
keluarga yang ada disekitarnya. Anak yang dibesarkan dalam keluarga tidak harmonis, sukar
mengembangkan keterampilan sosialnya. Ini dapat dilihat daripada kurang saling pengertian serta
kurang mampu menyesuaikan diri dengan kehendak ibu bapa dan adik-beradik, kurang
berkomunikasi secara sihat, kurang mengurus diri, kurang memberi dan menerima sesama
adik-beradik serta dalam mengadakan kerjasama dan hubungan baik (Beria harian, Ogos 2005)
Sangat penting bagi ibu bapa menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar selalu
harmonis. Keharmonian tidak semestinya dikaitkan dengan keutuhan hubungan ibu bapa kerana
dalam banyak kes, ibu bapa tunggal terbukti dapat berfungsi lebih baik dalam membantu
perkembangan psikososial anak.
Rosy Lai Su Fong (2000), dalam kajiannya telah mendapati bahawa memang wujud
perkaian ang signifika antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja.
yang bertajuk "Delinquency In Social” yang menekankan bahaya anak-anak yang menggemari
sikap dan tingkah laku ibubapanya akan sentiasa menjauhi masalah dalam perhubungan dan akan
sentiasa menghormati ibu bapa mereka.
Ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan
peranan utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa
yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali.
Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ini
menyebabkan anak-anak terikut dengan sikap dan perbuatan ibu bapa mereka. Ada ibu bapa
yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah, anak-anak merasa tidak aman dan cuba mencari
jalan keluar dari masalah ini. Contohnya Ibu dan bapa sering berkelahi di hadapan anak-anak dan
pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah
ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada
hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di rumah.( Zainuddin, 2005)
Kajian yang telah dijalankan oleh Lembaga Dan Pembangunan Keluarga Negara
(LRRKN, 1993) telah mendapati bahawa kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca
utama remaja terjebak ke kancah maksiat. Ibu bapa tidak memainkan peranan yang betul dan ada
di antara mereka yang terlalu sibuk dengan kerja.
Permasalahan kurang perhatian yang berlaku di antara remaja dangan ibu bapa mereka
telah menjadi perkara biasa dewasa ini. Kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Chicago
(Czikszentmihalyi, 1987) mendapati purata masa yang dikongsikan oleh remaja dengan ibu bapa
mereka hanya 12 jam seminggu. Kajian daripada universiti ini juga mendapati ibu bapa semakin
kurang meluangkan masa bersama anak-anak dan banyak mengabiskan masa dengan menoton
Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak mendengar nasihat keluarga dan
banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya untuk berkongsi masalah dan
menghilangkan rasa bosan. Dengan kurangnya perhatian ini menyebabkan anak-anak
menyimpan perasaan benci dan tertekan. Seterusnya dengan mudah, mereka ini akan bertingkah
laku delinkuen untuk melepaskan rasa tertekan (Sabiha Marican & Mahmood Nazar Mohamed,
1995)
Kawalan Dan Didikan Disiplin
Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk
para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang
sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar,
apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, bersikap anti sosial, bergaduh, membuli,
merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.
Menurut kamus Oxford Advanced Learner's, disiplin didefinisikan sebagai " Is the
practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not" Mengikut
Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd (1995)
mendefinisikan disiplin sebagai " kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan
yang ditetapkan".
Manakala mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
(1989) mendefinisikan disiplin sebagai "Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku
21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah "latihan dan dendaan". George
Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah
satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode,
1999).
Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak
kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan
anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.
James Becker (2003) mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan
menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan
menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan
yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami
dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada
kewujudan suasana harmonis.
Pendidikan disiplin, khususnya dalam memberi hukuman secara fizikal, menimbulkan
pelbagai pengaruh negatif kepada remaja. Pendidikan disiplin seperti itu menyebabkan remaja
menjadi penakut, tidak ramah serta membenci orang yang memberi hukuman. Mereka juga
kehilangan inisiatif dan akhirnya mencari alasan untuk melepaskan diri.
Isu disiplin pelajar yang sering dipaparkan di dalam keratan akhbar menegaskan tentang
masalah sosial di kalangan remaja adalah berpunca daripada hubungan ibu bapa dan remaja.
Pertentangan pendapat antara remaja dan ibu bapa timbul apabila kedua pihak ini cuba untuk
mempertahankan kebenaran masing-masing.
Dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari masa kesemasa untuk meningkatkan
itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek intelek, jasmani serta pembinaan
akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati, sebagaimana yang disarankan oleh Imam
Ghazali, Atan Long (1984) yang menegaskan bahawa pendidikan perlu difokuskan terhadap
memperkembangkan potensi kanak-kanak hingga ke peringkat yang optimum bagi menjadikan
mereka rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak, semua patut insaf bahawa kemerosotan
akhlak atau pertambahan salah laku disiplin di kalangan pelajar menandakan ada kesilapan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam pendidikan sama ada formal dan tidak formal. Masyarakat
perlu insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu tetapi adalah amanah dan
tanggungjawab semua meliputi individu, ibu bapa dan keluarga, kepemimpinan masyarakat dan
negara.
Remaja yang bermasalah menuding jari kepada ibu bapa, kononnya ibu bapa tidak
memberi perhatian wajar kepada mereka kerana sibuk menumpukan urusan kerja. Mereka
kekurangan masa bersama, kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan kemewahan dan
wang ringgit. Tanggungjawab diserahkan kepada pembantu rumah telah dibayar gaji dan guru di
sekolah juga umpama tempat jagaan bayi dewasa.
Dari perspektif ibu bapa pula, mereka seolah-olah keliru dengan kenyataan anak-anak
mereka. Lebih buruk lagi apabila mereka menunding jari kepada pihak lain seperti sekolah yang
kononnya gagal melahirkan pelajar yang berdisiplin. Mencari siapa punca masalah bukanlah
jalan yang bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun yang pasti konflik akan wujud di
antara ibu bapa dan remaja.
Laporan yang didedahkan oleh akhbar tempatan sepanjang tahun 1997-2003,
peringkat yang membimbangkan. Walaupun ianya bukan isu baru, tetapi dahulunya ia hanya
membabitkan pelajar-pelajar sekolah yang melanggar peraturan sekolah, tidak berdisiplin serta
ponteng. Kini, remaja dan pelajar sudah berani menganggotai kongsi gelap, melakukan peras
ugut, menyamun, merogol dan membunuh (JKM, 1999).
Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (1998) menunjukkan 67% masalah gejala sosial
membabitkan remaja Islam, dibandingkan dengan hanya 16% remaja Cina. Ianya juga
menunjukkan peratus jenayah remaja Islam lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan penduduk
Islam negara iaitu 45%. Menurut Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman menyatakan bahawa
golongan remaja yang terlibat dengan jenayah remaja adalah dalam usia 10 hingga 18 tahun, di
mana ianya membabitkan kes bunuh, serangan dengan niat membunuh, pecah rumah, curi kereta,
menculik dan pukul (PDRM Bukit Aman, 2000).
Perkara ini adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana ia meledak pada saat negara
menunjukkan prestasi yang menggalakkan dari segi ekonomi dan peningkatan teknologi. Pada
saat negara ghairah menuju era lebih mantap dan maju, remaja yang diharapkan menjadi pelapis
untuk membangunkan negara, rapuh rohani dan lemah mental sehingga terdorong melakukan
pelbagai jenayah.
Bernburg dan Thorlindsson (1999) telah mendapati bahawa sekiranya sistem kawalan
sosial iaitu pemantauan ibu bapa lemah, remaja cenderung melakukan keganasan tingkahlaku
dan kesalahan-kesalahan ringan seperti menipu dan ponteng sekolah. Ibu bapa yang kerap
memantau dan menjalinkan hubungan yang baik dengan anak secara tidak langsung akan
memupuk disiplin di kalangan remaja tersebut.
Kajian ini menyokong pendapat Wan Halim (1990) di mana keluarga yang mengabaikan
menghasilkan generasi atau individu yang pasif dalam komuniti, konsep kendiri yang rendah
serta suka memberontak dan menentang kawalan ibu bapa apabila tiba di peringkat remaja.
Menurut Wan Halim (1990), ibu bapa sewajarnya menjadi rujukan bagi anak-anak
dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersama mereka bagi menyokong perkembangan emosi,
mental dan tingkahlaku anak. Pemantauan dan perhubungan ibu bapa dan anak dianggap sebagai
salah satu bahagian yang penting dalam variable keluarga.
Remaja yang mempunyai ikatan perhubungan keluarga yang kuat dan menerima tahap
pemantauan yang tinggi daripada ibu bapa mempunyai tahap penglibatan masalah disiplin yang
rendah berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain. Perhubungan yang positif antara ibu
bapa dan anak akan membentuk perasaan saling memerlukan antara satu sama lain dimana ia
boleh meminimakan jurang hubungan kekeluargaan dan meningkatkan keupayaan menghargai
antara satu sama lain (Smith & Krohn, 1995).
Terdapat banyak faktor yang telah di ketengahkan sebagai penyumbang kepada
berlakunya masalah sosial. Kajian-kajian lalu (Rohani, 1997; Rozumah et. al., 1998; Rozumah,
1996; Siti Nor et. al., 1994) mendapati bahawa masalah sosial, terutamanya di kalangan
golongan muda adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti suasana persekitaran rumah yang
tidak berkualiti, interaksi yang renggang antara ibu bapa dengan anak, kurang kasih sayang dan
perhatian daripada ibubapa yang sibuk bekerja, suasana rumah yang kurang aman, sunyi dan
membosankan, konflik dan perceraian antara ibu bapa. Jelaslah bahawa kerapuhan dan
keruntuhan institusi keluarga merupakan faktor penyumbang utama kepada kegawatan sosial
yang semakin meningkat.
Cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa kontemporari ialah bagaimana cara yang terbaik
berdaya saing dan mampu menangani segala cabaran. Ini kerana proses interaksi dan transaksi
dalam keluarga terbukti mempunyai perkaitan yang kuat dengan tahap keutuhan dan
kesejahteraan sebuah keluarga (Bronfenbernner,1979; Belsky, 1984).
Penglibatan Dan Sokongan Ibu Bapa
Dalam kajian yang telah dilakukan oleh Zimmerman (1981) yang mana mereka telah
mengaitkan antara struktur keluarga, masa yang diluangkan bersama anak-anak dan persepsi
bapa terhadap sokongan emosi anak-anak dengan tahap delinkuensi dan penggunaan marijuana.
Dalam buku tulisan Regoli dan Hewitt (2000) Delinquency In Social” menyatakan bahawa jika
berlaku penglibatan dan sokongan yang diberikan secara berterusan daripada ibu bapa kepada
anak-anak, anak-anak ini cenderung untuk lebih menghormati ibu bapa mereka.
Ini juga diakui oleh Smith dan Walter (1981), dengan hasil kajian yang mendapati
tingkah laku delinkuen berlaku kerana kurangnya sokongan daripada bapa, kawalan yang
minima dan berasal dari keluarga yang berpecah belah. Kasih sayang ibu bapa adalah penting
untuk mencegah ingkah laku delinkuen kerana kasih sayang adalah sesuatu yang amat diperlukan
oleh anak-anak.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Halcomb (1997), remaja yang melakukan
tingkah laku devian adalah kerana mereka merasakan bahawa kehidupan keluarga adalah tidak
memuaskan, mendapat kurang kasih sayang daripada ibu bapa dan mempunyai tahap konflik
yang tinggi
Masa yang diluangkan untuk sama-sama menjalankan aktiviti bersama anak-anak adalah
sangat terhad apatah lagi berkomunikasi terutama dengan anak remaja berhubung dengan
bahawa ibu bapa pada era ini gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Maka itu kegagalan
ibu bapa memberi pendidikan pada peringkat permulaan akan membawa kepada suatu petanda
yang buruk terhadap disiplin anak-anak (Asmawati, 1996). Ini disokong oleh Freud (Mahmod
Nazar, 1990) yang mengatakan bahawa kualiti penjagaan yang diberikan di peringkat awal akan
mempengaruhi di kemudian hari.
James Becker (2003) mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan
menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan
menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan
yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami
dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada
kewujudan suasana harmonis.
Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan tidak wujud dalam sebilangan remaja
berkenaan. Selain itu bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah yang semakin
meningkat juga menyebabkan remaja merasa terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Dapatan yang dinyatakan ini adalah bertepatan dengan kajian oleh Athur dan Ericson (1992) dan
Kosterman (1996) yang jelas menunjukkan faktor dalam keluarga merupakan alasan utama
menyebabkan masalah tingkah laku yang buruk di kalangan remaja.
Tingkah Laku Devian
Menurut Longman Dictionary of Contemporary English (2001)"deviant behaviour,
especially sexual behaviour, is considered to be strange and morally unacceptable." “Kelakuan
yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai
manusia yang berupaya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Delikuensi
merupakan sejenis pemberontakan individu remaja dengan menunjukkan tingkah laku yang
agresif terhadap pihak berkuasa sekolah. Delikuensi juga bermaksud tingkah laku yang
melanggar norma-norma masyarakat dan ia merujuk kepada pelajar sekolah atau belia pada
had-had umur tertentu
Merton (1983) ada menyatakan bahawa tingkah laku devian merujuk kepada memisahkan
diri daripada norma yang dikenakan untuk anggota-anggota yang ada status sosial. Cohen (1996)
ada menyatakan tingkah laku devian ini dapat difahami dengan lebih jelas melalui pernyataan
tingkah laku yang melanggar jangkaan yang diistitusikan iaitu jangkaan yang dikongsi dan
diiktiraf sebagai sah dalam satu sistem sosial.
Menurut kajian Gottfrendson et.al (1999). Proses urbanisasi dan industrialisasi adalah
menjadi punca kepada tinglah laku devian. Ini kerana kedua-dua proses ini akan mengendurkan
kawalan sosial yang wujud dalam masyarakat.
Menurut Robiah (1994), Remaja yang mengalami masa peralihan tanpa memikul sesuatu
tanggangjawab, dan kini menuju ke alam dewasa yang sibuk dengan pesaing dan perjuangan
untuk kepentingan hidup. Dalam keghairahan untuk menghadapi perubahan ini sebahagian
remaja mengalami kegongcangan emosi untuk mencari idenititi diri dan pasangan hidup. Remaja
sering berkhayal, cuba mencari ideniti sendiri dan sering dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh
luar (Kasmini, 1994). Dengan ini mereka akan mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur
negatif atau memikirkan baik buruknya perbuaan mereka itu
Jika melihat senario Malaysia bilangan kes jenayah seperti rogol, rompak, kongsi gelap,
bunuh dan memiliki senjata haram semakin meningkat yang begitu ketara mengjelang awal 90an
bergaduh, rogol, merosakkan benda awarn, turut meningkat. Menurut statistik yang dikeluarkan
pada tahun 1993, 11,522 pelajar sekolah rendah dan 15,543 pelajar sekolah menengah terlibat
dengan juvana. Manakala 1,338 pelajar sekolah renclah terlibat dengan perlakuan menonton
video lucah (Utusan Melayu 27 Desember 1994). Timbalan Ketua Polis Negara pada waktu itu,
Tan Sri Samsuri Arshad telah melahirkan kebimbangannya kerana menurutnya kajian mendapati
remaja yang pernah terlibat dengan jenayah juvana. Mungkin terlibat dengan jenayah yang lebih
besar atau berpotensi menjadi penjenayah apabila meningkat dewasa (Utusan Malaysia 16
September 1996).
Menurut perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dalam akhbar
Utusan Malaysia bertarikh 13 Julai 2000 mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala
bunuh seperti jenayah dan maksiat semakin meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan baru ke
sekolah akhlak dan asrama kelolaan jabatan berkernaan, contohnya seramai 1825 orang remaja
telah dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun 1995-1999 kes
kemasukan baru di asrama akhlak menunjukkan peningkatan yang begitu serius iaitu iaitu
meningkat sebanyak 32.01% kes berbanding tahun sebelumnya. Dari jurnlah itu kebanyakan
gadis yang membabitkan diri dalam kancah maksiat berumur antara 15 dan 18 tahun, rata-rata
adalah mereka yang masih menuntut. Ini diperakui sendiri oleh Dato Sri Sharizat Abdul Jalil
(Utusan Malaysia, 17 Julai 2000) iaitu sebanyak 2,234 atau 55% daripada 4458 wanita yang
terbabit dalam kegiatan maksiat di antara tahun 1998-2000 berumur kurang dari 18 tahun.
Menurutnya lagi, kes jenayah dan perlakuan seksual membabitkan juvana masing- masing
meningkat 300 peratus manakala juvana yang tidak boleh dikawal oleh ibu bapa atau penjaga
masing-masing meningkat 400 peratus bagi tempoh antara 1998 dan 1999, di mana dalarn
Akhbar Utusan Malaysia juga pernah menyatakan bahawa kajian yang telah dibuat oleh
Lembaga Penduduk Dan Pernbangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan remaja pula
adalah amat memeranjatkan di mana didapati 24 peratus di kalangan remaja berusia 13-19 tahun
mengaku pernah melakukan hubungan seks manakala 80 peratus daripada remaja berusia 13-18
telah terdedah kepada bahan-bahan lucah termasuk lebih kurang 50 peratus dari remaja 13-15
tahun mengaku membaca buku lucah dan 44 peratus pernah melihat bahan lucah seperti majalah
dan Video (Utusan Malaysia, 3 Oktober 2000)
Jadual 1 : Kes Juvana Bersalahan Mengikut Negeri
Negeri 2000 2001 2002 2003
Jadual 1 di atas yang menunjukkan kadar berlakunya kes-kes masalah juvana di Malaysia
dari tahun 2000 sehingga tahun 2003. Jadual mendapati kadar berlakunya kes-kes kesalahan
juvana di Malaysia termasuk pantai barat semenanjung Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak
menunjukkan kadar penurunan kes setiap tahun iaitu sebanyak 321 kes (2002 dan 2003) iaitu
daripada 5,319 pada tahun 2002 kepada 4,998 pada tahun 2003. Walaupun berlaku kadar
penurunan kes pada saban tahun, tetapi kejadian-kejadian kes juvana masih dianggap besar
kerana masih mencecah angka ribuan. Daripada jadual ini juga dapat diperhatikan bahawa
kebanyakkan kes-kes juvana ini banyak berlaku di bandar-bandar besar seperti di Johor,
Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Sebagai contoh angka tertinggi yang penah dicatatkan adalah
di Selangor iaitu sebanyak 903 kes pada tahun 2002. Selain itu jika diperhatikan lagi di
negeri-negeri yang mempunyai jumlah penduduk yang kecil (negeri-negeri kecil) seperti di Melaka, Perlis dan
di Wilayah Persekuuan Labuan kejadian kesalahan kes-kes juvana adalah sangat kecil. Sebagai
contoh pada tahun 2000 negeri Perlis hanya mencatat 40 kes dan pada tahun 2002, Wilayah
Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes. Telah menjadi kebiasaan di Malaysia
bahawa bandar-bandar besar seperti Johor, Perak dan Selangor beleh dianggap negeri yang
paling berisiko untuk berlakunya masalah juvana seperi pelakuan devian dan delikuen
berbanding negeri-negeri kecil di Malaysia. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan di
bandar-bandar besar ini, nilai kekeluargaan kurang dititikberatkan kerana masing-masing sibuk dengan
kerjaya yang dilakukan. Kesannya ramai remaja menjadi terbiar tanpa dipantau oleh keluarga
khususnya para ibu bapa. Fenomena ini dibangkitkan pada seminar Gejala Sosial Dalam Era
Globalisasi yang telah diadakan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia pada 7
penyumbang kepada berlakunya masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia khususnya di
bandar-bandar besar seperti di Johor, Selangor dan sebagainya.
RUMUSAN
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja
pada hari ini amatlah mencemaskan, maka tindakan yang sewajarnya untuk mengawal
permasalahan ini sudah sampai ke tahap yang perlu dipandang serius. Kedudukan yang
dipertaruhkan adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian
yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja, tetapi
kajian itu hanya sekadar tertumpu kepada tujuan akademik semata-mata dan hanya untuk
mengetahui punca masalah tanpa menyelesaikannya pada peringkat akar umbi seperti yang
sepatutunya dilakukan. Disebabkan terlalu banyak punca yang diutarakan, maka tindakan untuk
membendung masalah yang sepatutnya tidak lagi difokuskan secara khusus.
Dengan persekitaran yang lebih mencabar dan dunia menuju ke arah globalisasi, masalah
disiplin ini mungkin menjadi semakin serius dan tindakan yang lebih drastik perlu diambil.
Secara keseluruhannya, secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada
masa kini adalah disebabkan konflik dan tekanan yang wujud di dalam persekitarannya.
Para guru perlu sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada
zaman 60 an dan 70 an dahulu. Pelajar dahulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala
tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi
selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat
Proses pemodenan atau pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat
kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak
dianggap penting lagi. Justeru itu akan meningkatlah kadar perceraian. Contohnya, Berita
Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan
masalah moral dan disiplin di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut.
Penglibatan ibu bapa dalam mensosialisasikan anak di peringkat remaja adalah sangat
penting. Pada peringkat ini remaja mengalami krisis identiti akibat daripada peralihan zaman dari
alam kanak-kanak dan persediaan ke peringkat dewasa. Oleh itu, sokongan emosi daripada ibu
bapa amatlah diperlukan. Kajian yang telah dilakukan oleh Wagner dan Cohen (1996) mendapati
penerimaan dan penolakan cara gaya keibubapaan dapat dilihat melalui tingkahlaku yang
dipamerkan oleh remaja tersebut.
Mungkin dalam keadaan ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya, masa untuk mendekati dan
mendidik anak dengan nilai-nilai murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian
menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan
anak dari jenayah dan delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik
anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Setiap ahli masyarakat perlu mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu perlu
melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana setiap satu
ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep masyarakat madani. Setiap pelajar perlu
didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat khasnya dalam institusi keluarga dan
sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, dan
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang tampuk pemerintahan
negara dalam bidang agama, politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun
demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada
sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala
masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus
mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
Kesimpulannya peranan persekitaran keluarga adalah suatu keupayaan sesebuah keluarga
menjalankan fungsi-fungsi asas seperti menjaga anak-anak dan menyediakan keperluan asas
kepada keluarga. Ia termasuklah memastikan agar peranan – peranan lain keluarga seperti
menyelesaikam masalah dalam keluarga yang baik, komunikasi yang mesra, memainkan peranan
dengan setiap ahli keluarga dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
sempurna. Selain itu juga, penglibatan ibu bapa, kawalan tingkah laku dan fungsi am keluarga
adalah amat perlu bagi memastikan peranan persekitaran keluarga dapat dinikmati pada tahap
yang optimum. Persekitaran keluarga bertanggungjawab dalam membentuk dan membina sikap
positif terhadap diri anak-anak. Kegagalan persekitaran keluarga menjalankan fungsinya
menyebabkan anak-anak terjerumus kepada tingkah laku anti sosial.
Justeru, kepincangan fungsi persekitaran keluarga akan berlaku sekiranya peranan
persekitaran keluarga ini tidak dijalankan secara cekap. Hasil daripada kajian yang akan
dijalankan nanti, diharapkan dapat membantu dalan usaha menyediakan suatu program intervensi
BAB III
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian soal selidik menggunakan borang soal selidik
yang mana ia bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara pengaruh persekitaran keluarga
terhadap tingkah laku devian di kalangan remaja di daerah Pontian. Kajian yang dijalankan ini
merupakan satu kajian kuantitatif.
Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di daerah Pontian Johor, lokasi yang dipilih adalah di Sekolah Men. Keb.
(3) dan Sek.Men. Keb Dato. Ali Hj. Ahmad. (4). Sekolah ini adalah sekolah yang berada
berhampiran dengan Bandar Pontian. Pemilihan sekolah-sekolah ini adalah berdasarkan faktor
lokasi yang terletak di linkungan kawasan yang berisiko untuk berlakunya delienkuensi.
Persampelan
Dalam kajian ini, pemilihan sampel yang dijalankan adalah persampelan bertujuan dan kajian ini
melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu, dua, dan empat di empat buah sekolah di sekitar
Bandar Pontian. Seramai 120 orang pelajar terlibat dalam kajian ini, iaitu seramai 30 orang
pelajar telah akan di pilih dari setiap sekolah berkenaan. Kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar
yang berada di tingkatan satu, dua, dan empat yang memiliki sekurang-kurangnya dua salah laku
disiplin di sekolah tersebut. Pemilihan pelajar-pelajar berkenaan adalah kerana mereka boleh
meluangkan lebih banyak masa untuk menjawab borang soal selidik kerana mereka tidak terlibat
dengan peperiksaan – peperiksaan besar seperti PMR, SPM dan STPM.
Limitasi kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan terhadap perkaitan di antara pengaruh persekitaran keluarga
dengan tingkah laku devian di kalangan remaja. Kajian ini melibatkan remaja (pelajar-pelajar
sekolah) di sekolah bantuan punuh kerajaan.empat buah sekolah akan terlibat dalam kajian ini
iaitu di Sekolah Men. Keb. Kayu Ara Pasong (1), Sek. Men Keb. Sri Perhentian (2), Sek.Men.
Keb, Dato Penggawa Barat (3) dan Sek.Men. Keb Dato. Ali Hj. Ahmad. (4). Di sekitar Daerah
Pontian, Johor. Seramai 120 orang pelajar akan terlibat dalam kajian ini, iaitu seramai 30 orang
pelajar telah direkodkan di setiap sekolah yang terlibat. Kajian ini melihat kepada pengaruh
kajian ini amat bergantung kepada kejujuran responden yang yang terpilih dalam menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka.
Pengumpulan data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam pengkasilan kajian ini adalah dengan
menggunakan borang soal selidik. Maklumat mengenai persekitaran keluarga remaja berkenaan
akan dikumpulkan melalui boring soal selidik yang akan diedarkan kepada setiap pelajar-pelajar
berkenaan di setiap sekolah yang terlibat. Borang soal selidik yang digunakan ini terdiri
daripada tiga bahagian utama iaitu bahagian A yang meliputi latar belakang keluarga., bahagian
B lebih berkisarkan kepada persekitaran keluarga pelajar berkenaan dan terakhir bahagian C pula
akan bertanyakan mengenai tahap tingka laku devian pelajar-pelajar terbabit. Selain itu rekod
disiplin pelajar di setiap sekolah yang terlibat juga akan digunakan untuk melihat keadaan
sebenar kekerapan pelajar di setiap sekolah ini melanggar peraturan disiplin sekolah.
Pengukuran Angkubah
Hubungan kerapatan dengan ibubapa
Hubungan kerapatan dengan ibubapa pula diukur dengan menggunakan skala yang telah dicipta
oleh Benda (1995). Anderson dan Holmes (1999) dan Vangie dan Brayan telah menggunkan
skala ini dalam kebanyak kajian mereka. Terdapat 27 item soalan yang mengukur tahap
kerapatan hubungan dengan ibu dan bapa serta kerelaan responden menghadiskan masa bersama
ibubapa. skor yang diberikan kepada setiap soalan adalah seperti berikut : (1= tidak sangat benar,
2 = tidak benar, 3 sederhana, 4 = benar dan 5 = sangat benar) dan setiap satu akan diberi nilai
adalah 135 dan skor yang mempunyai nlai yang paling minimum adalah sebanyak 27. Skala ini
akan menunjukkan semakin tinggi skor markah yang diperolehi, semakin tinggi tahap kerapatan
hubungan remaja dengan ibu dan bapa mereka. Dan sebaliknya semakin rendah tahap kerapatan
hubungan remaja dengan ibu bapa.
Kawalan Dan Didikan disiplin
Asuhan dan didikan disiplin diukur dengan menggunakan instrument “Child Report Of Parental
Monitoring” dan Parent Disciplines” (Petterson dan Capaldi, 1989) dalam borang soal selidik ini
terdapat 11 item yang terangkum 5 item tentang disiplin dan pengubahsuaian dibuat dengan
menggantikan 6 item berkaitan asuahan ibu bapa. Skala Likert digunakan iaitu (1 = setiap masa,
2 = kebanyakan masa, 3 = kadang-kadang dan 4 = jarang sekali) dan setiap satu akan diberi nilai
berdasarkan persepsi responden. Skala ini menunjukkan skor maksimum adalah sebanyak 55 dan
skala minimum adalah sebanyak 11. Ini akan menunjukkan semakin kecil jumlah skor yang
diperolehi bermakna semakin tinggilah tahap kawalan disiplin ibu dan bapa terhadap remaja dan
sebaliknya semakin tinggi skor yang diperolehi semakin rendah tahap kawalan disiplin ibu dan
bapa remaja terhadap responden.
Penglibatan dan sokongan ibu bapa
Penglibatan dan sokongan ibu bapa diukur dengan menggunakan skala yang telah diperkenalkan
(1994). Di dalam borang soal selidik ini terdapat 18 item yang dibahagi kepada dua bahagian
iaitu penglibatan dan sokongan ibu dan penglibatan dan sokongan bapa. Skala Likert telah
digunakan iaitu (1 = tidak pernah, 2 = Jarang, 3 = Kadang-kadang. 4 = kerap dan 5 = Sangat
kerap) dan setiap satu akan diberi nilai berdasarkan persepsi responden. Skala ini menunjukkan
skor maksimum adalah sebanyak 90 dan skala minimum adalah sebanyak 19. Ini akan
menunjukkan semakin besar jumlah skor yang diperolehi bermakna semakin tinggilah tahap
penglibatan dan sokongan ibu dan bapa terhadap remaja dan sebaliknya semakin rendah skor
yang diperolehi semakin rendah tahap kawalan disiplin ibu dan bapa remaja terhadap responden.
Tingkah laku devian
Tingkah laku devien dalam konteks kajian menggunakan kaedah pengukuran berdasarkan
“Deliquency Scale” yang telah dikemukakan oleh (Junger,1997) yang telah diubahsuaian
mengikut keperluan kajian.Sebanyak 20 item akan digunakan yang terdiri daripada 2 subskala
iaitu delinkuen ringan dan delinkuen berat. Sekali lagi Skala Likert digunakan iaitu (1 = sangat
kerap,2 = kerap, 3 = tidak kerap, dan 4 = sangat tidak kerap) dan setiap satu akan diberi nilai
berdasarkan persepsi responden. Skala ini menunjukkan skor maksimum adalah sebanyak 80 dan
skala minimum adalah sebanyak 20. Ini akan menunjukkan semakin kecil jumlah skor yang
diperolehi bermakna semakin tinggilah tahap kawalan disiplin ibu dan bapa terhadap remaja dan
sebaliknya semakin tinggi skor yang diperolehi semakin rendah tahap kawalan disiplin ibu bapa
remaja terhadap responden.
Dalam kajian ini, semua maklumat yang terkumpul akan di analisis dengan menggunakan
program “SPSS” (statistical Package For The Social Sciences). Prosuder stastistik yang
dijalankan dalam analisis data adalah peratusan, purata, maksimum, minimum, dan sisian
piawaian. Bagi tujuan ini, statistik diskriptif digunakan bagi memperihalkan konteks
kekeluargaan. Selain itu, Ujian Korelasi Pearson telah digunakan untuk menganalisis perkaitan
BAB IV
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Pengenalan
Analisis data yang diperolehi melalui borang soal selidik dikemukaan dalam bab
ini. Berpandukan kepada objektif khusus, Pembentangan hasil kajian ini dibahagikan kepada
empat bahagian:
1. Latar balakang keluarga
2. Tahap kerapatan hubungan ibubapa dengan tingkah laku devian remaja
3. Tahap kawalan dan didikan disiplin ibubapa dengan tingkah laku devian remaja.
4. Tahap penglibatan dan sokongan ibubapa dengan tingkah laku devian remaja.
Huraian hasil kajian adalah berdasarkan hasil analisis yang menggunakan program SPSS (versi
12). Profil latar belakang responden dihuraikan dengan menggunakan statistik deskriptif
(frekuensi, peratus, purata dan sisihan piawai). Begitu juga dengan hasil analisis skor tingkah
laku devian, skor kerapatan hubungan, skor kawalan dan didikan disiplin dan juga skor
penglibatan dan sokongan yang juga menggunakan statistik deskriptif.
Bagi tujuan hipothesis, kajian menggunakan stastistik inferensi. Pekali kolerasi pearson
digunakan untuk mengkaji perkaitan antara skor kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah
laku devian, perkaitan antara kawalan dan didikaan disiplin dan perkaitan di antara penglibatan
Latar belakang keluarga responden
Semua responden terdiri daripada pelajar-pelajar di sekolah bantuan penuh kerajaan di
daerah Pontian, Johor. Terdiri daripada tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India yang berusia lingkungan 13-17 tahun. Mereka juga terdiri daripada pelajar yang belajar di
pelbagai aliran seperti sains tulen, sains kemasyarakatan dan sosial, perakaunan dan ekonomi,
agama dan sebagainya. Dengan ini, mereka dijangka mempunyai pengalaman sosial,
persekitaran sekolah serta suasana penbelajaran yang sama (di setiap sekolah yang terlibat). Oleh
itu, kajian ini dapat menumpukan dan memerihalkan latar belakang keluarga responden seperti
yang berikut:
Umur ibu bapa
Taburan ibu bapa pelajar mengikut umur menunjukan kebanyakan daripada mereka
terdiri daripada individu yang berusia di antara 36 hingga 55 tahun yang mana golongan yang
berada pada tahap peringkat pertengahan dewasa. Ibu bapa pada peringkat tersebut adalah
seramai 96 orang bapa (80.0%) dan 85 orang ibu (71.4%).Bilangan ibu bapa muda yang kurang
daripada 35 tahun hanya berjumlah 7 orang bapa (5.0%) dan 30 orang ibu (24%). Manakala
mereka yang berusia lebih 56 tahun diwakili oleh 18 orang bapa iaitu (15.0%) dan 5 orang iaitu
(4.3%).
Taraf pendidikan ibu bapa
Taraf pendidikan ibu bapa secara tidak langsung akan menjadi pendorong para pelajar
pendidikan yang lebih tinggi diyakini akan lebih memberi perhatian kepada perkembangan
sosio-emosi anak-anak mereka. Daripada hasil kajian yang telah diperolehi didapati hanya 7
orang bapa yang berpendidikan tinggi iaitu (5.7%) dan 9.3% orang ibu (11 orang) pada peringkat
menengah pula sebanyak 62 iaitu sebanyak 51.4% orang bapa dan 55 orang iaitu sebanyak 45.7
%. Manakala di peringkat rendah pula sebanyak 54 orang iaitu 42.9% dan 55 orang iaitu 45%.
Pendapatan ibu bapa
Hasil kajian mendapati kebanyakan ibu bapa responden adalah terdiri daripada keluarga
dwi-bekerja sama ada dari sektor awam mahupun swasta. Seramai 22 pasangan iaitu 18.6%
adalah di bawah RM500. Manakala 48 orang pasangan berada dalam lingkungan
RM600-RM1000 iaitu sebanyak 40.0%. Terdapat juga seramai 27 orang pasangan yang berada di bawah
lingkungan pendapatan RM1001-RM1500 iaitu banyak 21.4%. Sebanyak 18.0% pasangan
berada di bawah paras RM1600-RM2000. Dan hanya 2 orang pasangan yang berada di angka
lebih RM2000 iaitu sebanyak 2%. Walaupan ibu bapa responden terdiri daripada dwi bekerja
tetapi keluarga berada di kelas sederhana,
dengan sisihan piawai (1.018) dan purata sebanyak RM1,561.00
Rendah 7 5.7 0.604
Menengah 62 54
Tinggi 64 42.9
Taraf Pendidikan Ibu
Rendah 11 9.3 0.648
Menengah 55 47
Tinggi 54 45.1
ibu bapa
RM500 22 18.6 RM 1,561.00 1.08
RM600-RM1000 48 40.0
RM1100-RM1500 27 21.4
RM1600- RM2000 21 18.0
>RM2000 2 2.0
_____________________________________________________________________
Skor Setiap Skala
Skor Kerapatan Hubungan
Jumlah skor kerapatan hubungan ibu bapa dibahagikan kepada tiga bahagian. Tahap julat
tinggi (julat skor 80.0- 88.0), sederhana 72.0-79.0 dan rendah (julat skor 68.0-71.0). Tahap-tahap
ini didapati melalui hasil tambah (+) nilai purata 80.0 dengan sisihan piawai 6.3 untuk
mendapatan nilai terendah. Jumlah skor akan menunjukan semakin tinggi skor yang diperolehi
bermakna semakin rapat hubungan ibu bapa dengan responden.
Selain itu, daripada hasil kajian yang dijalankan didapati bahawa seramai 83 orang
responden telah mendapat skor di tahap yang sederhana iaitu kira-kira 69.1% manakala 26 0rang
mendapat skor yang tinggi iaitu 24.4% dan selebihnya iaitu 10.2% bersamaan 12 orang
mendapat skor yang rendah.
Skor Kawalan Dan Didikan Disiplin
Hasil kajian telah mendapati bahawa semakin tinggi jumlah skor yang diperolehi,
bermakna semakin rendah kawalan dan didikan disiplin ibu bapa. Skor dapat di bahagikan
kepada tiga tahap iaitu apabila melihat hasil tambah (+) nilai purata dengan sisihah piawai bagi
tahap yang tinggi dan hasil (-) nilai purata dengan sisihan piawaian. Skor yang diperolehi
mendapati nilai purata r =33.6, s.p = 5.26 .tahap tertinggi adalah julat skor 39.0-44.0. Bagi tahap
sederhana (julat skor 34.0-38.0) dan tahap rendah (julat skor 29.0-33.0).
Secara keseluruhannya, kebanyakan responden memperolehi skor pada tahap yang
sederhana 72.8% iaitu seramai 87 orang.18.8% pada tahap tinggi iaitu seramai 23 orang dan
selebihnya iaitu 8.4% telah memperolehi skor yang rendah, seramai 10 orang.
Skor Penglibatan Dan Sokongan
Daripada kajian ini,purata skor yang diperolehi responden adalah 29.17 (s.p = 4.25).
Seramai 20.7% orang responden telah mendapat skor rendah iaitu 25 Orang. Sementara 63.3%
mendapat skor sederhana iaitu 76 orang dan yang selebihnya iaitu 16% atau 19 orang
bapa menjadikan remaja lebih mudah untuk dipengaruhi, dipergunakan serta akan memiliki
lokus kawalan luaran tanpa penglibatan ibu bapa dan hanya melihat rakan sebaya sebagai tempat
meluahkan segala-galanya.
Skor Tingkah Laku Devian
Tahap tingkah laku devian diukur berdasarkan soalan-soalan pada bahagian E di dalam
borang soal selidik. Para pelajar dan responden diminta untuk memberi respon terhadap
pernyataan-pernyataan yang menggambarkan tingkah laku devian mereka. Secara keseluruhanya,
daripada hasil kajian yang diperolehi didapati bahawa sebanyak 68.33% responden mendapat
skor yang sederhana iaitu 82 orang.sementara itu 19,3% mendapat skor yang tinggi iaitu 23
orang dan selebihnya memperolehi tahap yang rendah iaitu 15 orang atau 12.33%.
Ujian Hipothesis
Objektif 4 :Menentukan perkaitan di antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja
Ho1:Tiada perkaitan yang signifikan di antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja
Analisis Kolerasi Pearson telah dijalankan untuk menentukan perkaitan di antara
kerapatan hubungan dengan tingkah laku devian di kalangan remaja. Jadual kajian tiga
hipothesis menunjukan hasil analisis korelasi antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan
remaja.
Hasil kajian mendapati kerapatan hubungan ibu bapa mempunyai perkaitan yang
pertama ini berjaya di tolak. Kajian ini menunjukan tiada perkaitan yang signifikan antara
kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja.
Rosy Lai Su Fong (2000), dalam kajiannya telah mendapati bahawa memang wujud
perkaian yang signifika antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja.
Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Regoli dan Hewit (2000) dalam buku mereka
yang bertajuk”Delinquency In Social” yang menekankan bahaya anak-anak yang menggemari
ibu bapanya akan sentiasa menjauhi kesusahan dan akan sentiasa menghormati ibu bapa mereka.
Objektef 5: Menentukan perkaitan di antara kawalan dan didikan disiplin ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja.
Ho2: Tiada perkaitan yang signifikan di antara kawalan dan didikan disiplin ibu bapa dengan tingkah laku devian di kalangan remaja
Jaduan kajian tiga hipothesis menunjukan tidak terdapat perkaitan yang sigifikan antara
kawalan dan didikan disiplin ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja (r = -0.347**, s.p = p≤
0.01) maka hipothesis yang kedua juga berjaya ditolak. Oleh itu, wujud perkaitan yang signifikan
antara tingkah laku devian remaja dengan tahap kawalan dan didikan disiplin ibu bapa. Daripada
analisis korelasi juga didapati tahap kawalan dan didikan disiplin ibu bapa bekadaran secara
songsang dengan tingkah laku devian. Ini bermaksud semakin tinggi tahap kawalan dan didikan