• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif (1 )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif (1 )"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-19

Tema : Reka Bentuk, Pembangunan, Penggunaan Dan Penilaian Teknologi Instruktional Awana Portp Malai, Langkawi, Kedah Darul Aman

9 - 11 September 2006

PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF DALAM SISTEM

E-PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA GUBAHAN (SPM 2322) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Fadzli Ali, Tang Jun Chin, Zaleha Abdullah, Noor Azean Atan & Norah Mohd Noor

Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

81310 Skudai, Johor

[email protected], [email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

(2)

PENDAHULUAN

Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan. Ia menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. Menurut Tinzmann et al. (1990), terdapat beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu:

i. Perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran traditional, peranan pengajar hanya menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang isi pelajaran dan mempunyai kemahiran serta menyalurkannya kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif pula, pengajar perlu menilai dan membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan pengajar serta pelajar lain.

ii. Perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar.

Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pengajar, pengajar berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif.

iii. Pengajar sebagai fasilitator

(3)

yang lain. Pengajar perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar.

Pembelajaran kolaboratif melalui sistem e-pembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet. Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran boleh membentuk komuniti atas talian (on-line communities) melalui aktiviti forum dan chatting.

LATAR BELAKANG MASALAH

Selain itu, perubahan demografi pelajar seperti kursus pendidikan jarak jauh dan kursus pendidikan separuh masa (part-time) menjadi satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan e-pembelajaran secara kolaboratif kerana ia menyumbang kepada peningkatan permintaan dari segi penyampaian isi pelajaran yang lebih fleksibel, memberi keupayaan kepada pelajar supaya lebih komitmen dalam pembelajaran serta menerima pelajaran tertier yang lebih sempurna (Curtis dan Lawson, 1999). Selain itu, sistem e-pembelajaran juga memberi banyak manfaat kepada pelajar sepenuh masa (full-time) dari segi sifat pembelajaran yang fleksibel. Kewujudan rangkaian e-pembelajaran juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif di dalam dan juga di luar bilik darjah.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menggunakan sistem pembelajaran terbuka secara dalam talian (on-line) yang dikenali MoodleTM di antara pensyarah dengan pelajar. Sistem MoodleTM mempunyai banyak manfaat berbanding dengan sistem pengajaran dan pembelajaran traditional yang berasaskan proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka dalam bilik kuliah. MoodleTM menyediakan fasiliti kepada pensyarah untuk memuat naik bahan pengajaran seperti nota, contoh soalan dan demonstrasi serta tajuk tugasan kepada pelajar manakala pelajar boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk menghantar tugasan mereka kepada pensyarah pada mana-mana tempat. MoodleTM telah menyediakan satu platform yang fleksibel berasaskan pembelajaran kolaboratif melalui kemudahan forum. Kemudahan forum tersebut menggalakkan pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran secara synchronous dan asynchronous di antara interaksi pelajar-pelajar ataupun pelajar-pengajar. Walau bagaimanapun, sistem e-pembelajaran UTM merupakan satu sistem yang membantu melengkapkan e-pembelajaran traditional.

(4)

berdikari (independent learning) (Bennet dan Dunne, 1992). Selain itu, pengajar mempunyai peranan sebagai orang tengah dalam menentukan kualiti interaksi dan pembelajaran di kalangan pelajar dalam pembelajaran kolaboratif (Hiltz, 1994; Beaudin, 1999).

PERNYATAAN MASALAH

Dalam sistem pendidikan Malaysia, guru-guru sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan bilik darjah, di mana bilangan pelajar dalam satu kelas adalah di antara 30 hingga 40 orang pelajar. Keadaan ini adalah lebih mudah untuk guru mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran kerana komunikasi dua hala masih boleh dijalankan dalam bilik darjah yang bilangan pelajarnya terkawal. Sementara di institusi pengajian tinggi, bilik atau dewan kuliah pula mampu memuatkan pelajar sehingga kepada 500 orang bergantung kepada saiz bilik atau dewan yang digunakan. Seorang pensyarah akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kelas tersebut. Dengan bilangan pelajar yang banyak, pensyarah tidak dapat memberi perhatian kepada setiap individu dalam kelas atas batasan masa dan ruang. Walau bagaimanapun, dengan adanya sistem e-pembelajaran, pembelajaran boleh melibatkan bilangan pelajar yang tinggi (Crook dan Webster, 1997; Stainfield, 1997). Selain itu, komunikasi antara tenaga pengajar dan pelajar tidak akan dibatas oleh kekangan masa dan ruang. Komunikasi boleh berlaku di luar bilik kuliah dan bila-bila masa menerusi sistem tersebut. Berdasarkan kepada ciri-ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif (Tinzmann et al., 1990) iaitu perkongsian ilmu pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar serta peranan pengajar sebagai fasilitator, pengkaji ingin melihat sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran di Fakulti Pendidikan UTM memanfaatkan pensyarah dan juga pelajar.

MATLAMAT KAJIAN

(5)

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut:

i. Adakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran melibatkan perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dengan pelajar dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM? ii. Adakah pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran melibatkan

perkongsian autoriti di antara pengajar dengan pelajar dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM?

iii. Apakah peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran?

REKABENTUK KAJIAN

Penyelidikan dijalankan dalam bentuk deskriptif mengenai pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini berbentuk tinjauan. Kaedah ini dijalankan dengan mengambil data daripada populasi. Atas batasan masa, soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk tujuan kutipan data. Menurut Majid Konting (1990), dalam penyelidikan, kajian tinjauan menerusi penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai pembolehubah dan ia merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat.

TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM. Oleh sebab hanya Fakulti Pendidikan dipilih untuk menjalankan kajian, hasil kajian tidak dapat dirasionalkan mempunyai ciri yang sama seperti fakulti lain. Jadi kajian ini merupakan kajian kes dan dapatan kajian adalah terhad (Najib Ghafar, 1999).

POPULASI KAJIAN

(6)

Jadual 1: Bilangan pelajar bagi kursus 2SPT, 2SPK, 2SPP dan 2SPL

SPT – Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) SPK – Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) SPP – Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) SPL – Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SAMPEL KAJIAN

Sampel rawak mudah (Kerlinger, 1986; Black, 1994) digunakan untuk mengkaji pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di kalangan pelajar. Seramai 86 orang daripada sejumlah 121 orang pelajar akan diambil sebagai sampel dalam kajian ini (Krejeie dan Morgan, 1970).

INSTRUMEN KAJIAN

Soal selidik yang digunakan dalam kajian in mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan-soalan biodata responden, iaitu jantina, kekerapan penggunaan sistem e-pembelajaran dalam seminggu dan lokasi penggunaan sistem e-pembelajaran. Bahagian B mengandungi 30 item mengenai pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran dan meliputi 3 aspek yang berdasarkan objektif kajian. Jadual 2 menunjukkan bilangan item dalam soal selidik mengikut aspek kajian.

Jadual 2: Bilangan item dalam soal selidik mengikut aspek kajian

Aspek Kajian Bilangan Item

Tahap perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-pembelajaran.

11 Tahap perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-pembelajaran.

9 Peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran.

10

Jumlah Item 30

(7)

dan mudah untuk dianalisis. Menurut John (1981), Skala Likert 5 Pemeringkatan selalu digunakan oleh para pengkaji dalam kajian mereka. Responden hanya perlu memberi jawapan sama ada setuju atau tidak setuju dengan menandakan salah satu skor daripada 5 skor yang berkenaan. Jadual 3 menunjukkan Skala Likert 5 Pemeringkatan yang digunakan dalam soal selidik.

Jadual 3: Skala Likert 5 Pemeringkatan

Aras Skor Singkatan

Sangat tidak setuju 1 STS

Tidak setuju 2 TS

Kurang setuju 3 KS

Setuju 4 S

Sangat setuju 5 SS

Data yang diperoleh daripada kajian rintis dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Nilai Alpha daripada kajian rintis ialah 0.86. Nilai Alpha telah menepati indeks kebolehpercayaan dan instrumen sesuai untuk kajian.

ANALISIS PERSOALAN KAJIAN

Analisis Tahap Perkongsian Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar Dan Pelajar Dalam Sistem E-Pembelajaran

Dalam kajian pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran dari segi tahap perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar, pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran mempunyai tahap perkongsian ilmu pengetahuan yang positif di antara pengajar dan pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) dengan nilai purata min 3.82.

(8)

kemahiran analisis (nilai min 3.69) menerusi perbincangan di e-forum juga tinggi di kalangan pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat memberi pendapat dan pandangan yang lebih kukuh di e-forum berbanding dengan perbincangan dalam kelas pada tahap positif (nilai min 3.62). Pelajar juga berbincang tentang sesuatu topik kuliah dengan pensyarah dan pelajar lain di e-forum pada tahap yang positif (nilai min 3.59).

Analisis Tahap Perkongsian Autoriti Di Antara Pengajar Dan Pelajar Dalam Sistem E-Pembelajaran

Responden mempunyai tahap perkongsian autoriti yang positif di antara pengajar dan pelajar dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) dengan nilai purata min 3.80.

Didapati pensyarah telah berkongsi maklumat tambahan selain daripada nota kuliah dengan pelajar di e-forum pada tahap positif di mana nilai minnya adalah 4.12. Tahap perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar dari segi penguasaan pelajar terhadap strategi pembelajaran yang telah digariskan oleh pensyarah melalui tugasan adalah positif dengan nilai minnya 3.90. Tahap perkongsian autoriti dari segi perbincangan pelajar dengan pensyarah untuk memberi penjelasan tentang tugasan yang diberi (nilai min 3.88) serta perbincangan tarikh penghantaran tugasan di e-forum (nilai min 3.85) juga positif. Selain itu, tahap perkongsian autoriti dari segi pemindaan skop tugasan selepas perbincangan juga positif di mana nilai minnya ialah 3.81. Di samping itu, tahap perkongsian autoriti dari segi perbincangan penetapan tarikh kuiz dalam talian (nilai min 3.76) dan ujian (nilai min 3.71) antara pelajar dan pensyarah melalui e-forum juga positif. Dari segi perbincangan pelajar dengan pensyarah untuk memberi penjelasan tentang sesuatu isi pelajaran, tahap perkongsian autoriti adalah positif dengan nilai min 3.63. Tahap perkongsian autoriti juga positif dari segi perbincangan antara pensyarah dan pelajar untuk mengurangkan kriteria tertentu bagi sesuatu tugasan yang dianggap terlalu membebankan di e-forum dengan nilai minnya 3.50.

Analisis Peranan Pensyarah Sebagai Fasilitator Dalam Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif Dalam Sistem E-Pembelajaran

Pensyarah yang melaksanakan peranannya sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran pada tahap yang positif dengan purata minnya ialah 4.05.

(9)

serta selalu bersedia menyalur informasi tersebut kepada pelajar (nilai min 4.23). Pensyarah juga dapat menggalakkan komunikasi yang aktif di kalangan pelajar melalui e-forum (nilai min 4.19). Pensyarah dapat menyediakan tugasan yang selaras dengan tahap pembelajaran dan penguasaan pelajar (nilai min 4.12. Kriteria-kriteria tersebut telah menunjukkan pensyarah melaksanakan peranannya sebagai fasilitator pada tahap positif. Sebagai fasilitator, pensyarah telah menyediakan persekitaran pembelajaran dan aktiviti untuk menghubungkaitkan informasi baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar (nilai min 4.07) serta memberi bimbingan dan sokongan yang sesuai kepada pelajar untuk memaksimumkan interaksi antara pelajar di e-pembelajaran (nilai min 4.07) pada tahap positif. Pensyarah juga menyediakan strategi pengajaran yang berasaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar di e-pembelajaran pada tahap yang positif dengan nilai min 3.95. Selain itu, pensyarah dapat menyimpulkan perbincangan pelajar di e-forum (nilai min 3.90) dan membimbing pelajar mencari dan menemukan laman-laman web yang berkaitan dengan bahan pembelajaran (nilai min 3.86) di samping banyak memberi panduan kepada pelajar tentang teknik mencari informasi di internet dan menyalurkan informasi baru kepada pelajar di e-pembelajaran (nilai min 3.83) pada tahap positif.

Analisis Perbandingan Tiga Aspek Kajian Terhadap Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif Dalam Sistem E-pembelajaran UTM

(10)

Jadual 4: Perbandingan tiga aspek kajian terhadap pengaplikasian pembelajaran

Peranan pensyarah sebagai fasilitator dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam e-pembelajaran.

4.05 Tinggi

Dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322), pensyarah telah memainkan peranannya sebagai fasilitator pada tahap yang paling positif dengan nilai purata min 4.05. Tahap perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-pembelajaran adalah kedua positif dengan nilai purata min 3.82. Manakala nilai purata min bagi tahap perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar dalam sistem e-pembelajaran adalah terendah (nilai purata min 3.80). Secara keseluruhannya, tahap pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Gubahan (SPM 2322) di Fakulti Pendidikan UTM adalah positif dengan nilai purata min bagi setiap aspek kajian berada dalam lingkungan 3.5-4.4, iaitu dalam lingkungan tahap positif.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pembelajaran kolaboratif telah menyediakan persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran. Pelajar dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi secara bertulis, kemahiran memberi maklum balas secara efektif serta mengendalikan masa dengan baik (Lapadat, 2000). Justeru itu, beberapa cadangan untuk meningkatkan dan menggalakkan pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam e-pembelajaran di Fakulti Pendidikan UTM dikemukakan.

Pelajar

 Pelajar harus mempunyai kemahiran penggunaan komputer dan sistem e-pembelajaran serta memahami sifat pembelajaran kolaboratif.

(11)

Pengajar

 Pengajar harus mengenalpasti segala kesulitan yang mungkin wujud dalam pengaplikasian pembelajaran kolaboratif untuk menjamin keberkesanan pengaplikasian pembelajaran kolaboratif.

 Pengajar harus selalu menilai maklum balas pelajar tentang sistem e-pembelajaran supaya pengajar dapat menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai.

 Pengajar harus sentiasa mengemaskinikan bahan-bahan di e-forum supaya pelajar tidak berasa jemu.

 Pengajar perlu memberi aktiviti kolaboratif yang sesuai dengan ciri-ciri dan tahap kefahaman pelajar agar tidak terlalu membebankan.

 Pengajar harus mempelbagaikan teknik dalam pembelajaran kolaboratif untuk menyesuaikan cara pembelajaran pelajar.

Pihak Fakulti Pendidikan UTM

 Pihak Fakulti Pendidikan boleh mengenakan polisi tertentu seperti mewajibkan pensyarah dan pelajar menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka untuk meningkatkan pengaplikasian pembelajaran kolaboratif.

(12)

RUJUKAN

Beaudin, B.P. (1999). Keeping online asynchronous discussion on topic. Journal of Asynchronous Learning Network, 3(2), pp. 1-13. Available: www.aln.org/alnweb/journal/vol3_issue2/beaudin.htm

Bennet, N. & Dunne, E. (1992). Managing Classroom Groups. Simon& Schus Cheltenham: England.

Betty Collis. (1998). WWW-Based Environments for Collaborative Group Work. Education and Information Technologies, 3, pp. 231-245.

Black, J.R. (1994). Designing Quantitative Social Science Research. Vol. 2. Department of Educational Studies, University of Surrey.

Crook, C. & Webster, D.S. (1997). Designing for informal undergraduate computer mediated communication. Active Learning, (7), pp. 47-51.

Hilzt, S.R. (1994). Second Edition. The Virtual Classroom: Learning Without Limirs via Computer Networks. Reading, MA: Addison-Wesley.

Jonassen, D. (1996). Scaffolding diagnostic reasoning in case-based learning environments. Journal of Computing in Higher Education, 8(1), pp. 48-68.

Kerlinger, F. (1986). Foundations of Behavioral Research, Ed. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Krejeie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining samples sizes for research activity Educational & Psychological Measurement, 30(3), pp. 607-610.

Lapadat, J.C. (2000). Teaching Online: Breaking New Ground in Collaborative Thinking. Paper presented at the annual conference of the Canada Society for the study of Education Congress of the Social Sciences and Humanities, Edmonton, Alberta.

Mohd Fadzli Ali, Zaidatun Tasir, Baharuddin Aris & Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said. (2005). Developing an Effective Collaborative E-Learning in Complementing Traditional Face-To-Face Learning Enviranment in UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Schrage, M. (1990). Shared minds: The new technologies of collaboration. New York: Random House.

Slavin, R. (1990). Collaborative learning: Theory, research and practice. Englewood Cliffs. NJ: Prentice-Hall.

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga menurut penulis, rekomendasi untuk bidang ini adalah disusunnya sasaran mutu dan standar pelayanan untuk bidang Pengembangan dan Kerjasama agar

Zona bening yang terbentuk pada kertas cakram ini menunjukkan bahwa ekstrak daun pirdot ( Saurauia vulcani Korth.) memiliki sifat antibakteri terhadap pertumbuhan

Dalam partai politik Amir Syariffudin tergabung Partai Indonesia (Partindo), Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo), Gabungan Politik Indonesia (Gapi), dan Partai

Beberapa ketentuan dalam Peraturan Bupati Nomor 22 Tahun 2016 tentang Pemberian Tugas Belajar Bagi Pegawai Negeri Sipil di Lingkungan Pemerintah Kabupaten Tangerang (Berita Daerah

Berdasarkan hasil uji coba, aplikasi penjualan plywood menghasilkan informasi laporan pengiriman, laporan penjualan perbulan, laporan penjualan pertahun, laporan produk paling

Siswa yang diajar dengan Model pembelajaran kooperatif dengan pendekatan peta konsep (Ekspermen1) mengalami peningkatan hasil belajar yang cukup tinggi dibanding dengan

Berdasarkan latar belakang dan rumusan masalah yang telah diuraikan sebelumnya, maka tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis pengaruh kualitas sumber daya

 Dengan melihat hasil uji model fisik dan hasil perhitungan numerik yang menunjukkan perbedaan 1,71% memberikan keyakinan bahwa alat ukur yang telah dikembangkan