• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kebebasan Bersuara Hak Dan Adab Dalam Kr

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kebebasan Bersuara Hak Dan Adab Dalam Kr"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

KEBEBASAN BERSUARA: HAK DAN ADAB DALAM KRITIKAN

Oleh: Ahmad Muziru Idham Bin Adnan

PENDAHULUAN

Perkara 19 (1) dalam Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil Dan Politikal (ICCPR) menyatakan bahawa, “Everyone shall have the right to hold opinions without interference.”[ i ]

(Semua orang harus mempunyai hak untuk berpegang kepada mana-mana pendapat tanpa gangguan)

Tulisan ini ingin menyentuh tentang hak kebebasan untuk membuat kritikan terhadap sesiapa sahaja kerana pada hari ini masyarakat sangat suka berada dalam zon selesa

sehingga akhirnya mereka menolak bukan sahaja untuk menjadi orang yang dikritik, malahan pengkritik. Pembudayaan seperti ini akan menonjolkan sikap masyarakat yang

mengamalkan ketertutupan minda dengan menyekat daripada kebebasan untuk berbeza pendapat mahupun menerima dengan baik pembukaan kelemahan-kelemahan diri daripada

orang lain sebagai salah satu cara untuk penambahbaikan terhadap sesuatu perkara.

Situasi menjadi lebih lesu apabila sesuatu individu dihinggapi dengan ketakutan-ketakutan untuk meluahkan pandangan yang kontra ataupun membuat kritikan terhadap

sesuatu perkara lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pihak tertentu yang berkedudukan ataupun menjaga kepentingan peribadi.

Namun begitu, tidak harus dilupakan mengenai pihak ketiga iaitu masyarakat yang tidak mengetahui hak-hak mereka untuk bersuara dalam menyampaikan pandangan

ataupun kritikan. Ketidakjelasan mereka terhadap perkara ini menyebabkan mereka mengambil langkah waspada dengan meletakkan diri dalam zon selesa lalu akhirnya

terbentuklah masyarakat yang tidak cakna terhadap persekitaran mereka. Natijahnya, sesuatu kemungkaran akan terus berluasa kerana sedikitnya pihak yang berani untuk

bersuara untuk kebaikan bersama.

KEBEBASAN UNTUK DIKRITIK

Mohammad Hashim Kamali dalam bukunya Freedom Of Expression In Islam menyatakan bahawa rakyat diberi kebebasan untuk mengkritik dan memantau aktiviti kerajaan (hurriyyat

(2)

2

secara ikhlas, kritikan yang membina atau akhirnya terpaksa untuk enggan taat kepada kerajaan sekiranya kerajaan bersalah melanggar undang-undang.

Menurutnya lagi, kritikan (mu'aradah) adalah prinsip yang fundamental dalam sistem kerajaan Islam, di mana melayakkan individu untuk menerangkan kebenaran dan

mendedahkan penderhakaan walaupun ketika itu melibatkan penentangan terhadap pihak pemerintah.[ ii ]

Hal ini selari dengan prinsip hisbah di mana menurut Abu al-Hasan Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi dalam tulisan beliau yang terkenal, The Laws Of Islamic

Governance (Al-Ahkam Al-Sultaniyyah) bahawa hisbah adalah menyeru kepada yang kebaikan dan menolak kemungkaran (al-amr bi'l-ma'ruf wa'l-nahy 'an al-munkar) jika

ternyata kebaikan ditinggalkan dan kemungkaran dilakukan.[ iii ]

Maka sebab itulah, andai kata kebebasan untuk dikritik ini disekat dan rakyat dipaksa

untuk patuh kepada apa-apa sahaja keputusan atau pandangan pemerintah dan tidak dibenarkan untuk mencabar, lama-kelamaan masyarakat akan bangkit memberontak dan

menderhaka seperti yang dikemukakan oleh Mohammad Hashim Kamali untuk melaksanakan hisbah yang tertahan dengan paksaan. Analoginya, dalam sesebuah

organisasi yang melibatkan hierarki kepimpinan, sekiranya pimpinan teratas menyekat pandangan ataupun kritikan daripada pimpinan bawahan, kelak akan hilang rasa hormat dalam diri pimpinan bawahan lalu mengakibatkan kepada ketidakpatuhan kepada

arahan-arahan daripada pimpinan teratas dan natijahnya gerak kerja tidak akan berjalan dan organisasi tersebut akan kehilangan fungsinya.

Memetik tulisan V.I Lenin (1870 – 1924) dalam Freedom To Criticise And Unity Of Action, “Of course, the application of this principle in practice will sometimes give rise to

disputes and misunderstandings; but only on the basis of this principle can all disputes and all misunderstandings be settled honourably for the Party.” [ iv ]

(Sudah tentu, pengaplikasian prinsip ini secara praktikal kadangkala akan menimbulkan pertikaian dan salah faham; tetapi melalui asas kepada prinsip (bahawa pertikaian dan salah

faham akan timbul) ini sajalah yang akan menyelesaikan segala pertikaian dan segala salah faham secara hormat untuk parti.)

Sekalipun tulisan V.I Lenin itu lebih merujuk kepada situasi politikal, tetapi apa yang

penting untuk diambil kira adalah kepentingan sebuah kritikan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan secara berhikmah sekalipun pendekatan ini akan menimbulkan

(3)

3

permasalahan yang rumit pun sebenarnya sekiranya situasi itu diuruskan secara matang oleh kedua-dua pihak dengan memberi hak kepada pengkritik untuk meluahkan sebarang

pandangan yang kontra dan penerima kritikan bertoleransi dengannya dan memahami bahawa sebagai manusia yang bebas bermakna dirinya juga adalah bebas untuk dikritik

oleh sesiapa sahaja.

Menyekat sesuatu kritikan ataupun pandangan berbeza daripada orang lain

merupakan suatu pencabulan yang ketara terhadap hak asasi manusia. Membuat kritikan juga adalah hak seorang manusia yang bebas untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati

dan pemikirannya tidak mahu menerima kritikan sebenarnya menunjukkan ketidakmahuan untuk menerima sesuatu yang berbeza yang mungkin saja adalah suatu pandangan yang

lebih baik untuk menambahbaik sesuatu perkara. Menyekat kebebasannya menunjukkan bahawa seseorang itu lebih suka hidup dalam bayang-bayangnya sendiri atau dalam erti

kata lain, selesa hidup dalam pujian-pujian dan merasakan dirinya sentiasa betul dan tepat.

Perkara inilah yang ditempelak oleh John Stuart Mill dalam On Liberty, “But the

peculiar evil of silencing the expression of an opinion is that it is robbing the human race, posterity as well as the existing generation – those who dissent from the opinion, still more than those who hold it.” [ v ]

(Tetapi perbuatan yang aneh dengan mendiamkan luahan bagi sesuatu pandangan merupakan rompakan terhadap keturunan manusia, generasi akan datang serta generasi

yang sedia ada – orang-orang yang memegang pendirian yang berbeza, masih banyak daripada orang yang memegangnya.)

Menurutnya lagi, "We can never be sure that the opinion we are endeavoring to stifle is a false opinion; and if we were sure, stifling it would be an evil still." [ vi ]

(Kita tidak akan pernah tahu bahawa sesuatu pandangan yang kita usahakan untuk menyekatnya adalah pandangan yang salah; dan jika kita pasti sekalipun, menyekatnya

masih suatu perbuatan yang jahat.)

KEBEBASAN UNTUK MENGKRITIK

Saya tertarik dengan filem pendek yang disiarkan di You Tube dengan tajuk 5 =2 +2 : مليف.[ vii ]

(4)

4

diajarnya itu. Tiba-tiba, bangun seorang pelajar yang berani dan membetulkan kesilapan yang (sengaja) diajar oleh gurunya itu kepada pelajar-pelajar lain dengan menunjukkan satu persatu kaedah yang menjadikan argumen “2+2=4”. Dia secara tegas mengendahkan amaran daripada gurunya yang mengugut untuk mengancam nyawanya jika tidak menarik

balik kata-katanya itu. Selepas itu, guru itu keluar kelas dan membawa masuk tiga orang pelajar senior. Pelajar yang berani itu disuruh tampil ke hadapan dan diberi peluang terakhir untuk menulis di papan hitam bahawa, “2+2=5”. Ketika pelajar itu memegang kapur, dalam masa yang sama tiga orang senior itu berdiri di belakangnya sambil mengacukan senapang.

Sekalipun menyedari situasinya yang genting, dengan tegas pelajar itu tetap menulis di papan hitam, “2+2=4”. Akhirnya, nyawa pelajar itu melayang ditembak tiga orang pelajar senior di belakangnya itu.

Saya tidak berhasrat untuk menyentuh tentang aspek sebenar yang ingin diberi

penekanan melalui filem pendek itu. Tetapi, saya ingin melihat filem pendek itu dari sudut kebebasan untuk mengkritik. Filem pendek tersebut menonjolkan bahawa nilai kebebasan

untuk mengkritik itu disekat sehingga menggunakan kuasa tirani ke atas seorang pelajar yang masih muda dan tidak punya upaya yang besar untuk mempertahankan diri. Walhal menurut Abdus Salam al-Sabouni dalam The Freedom Of Opinion In Islam, setiap individu

berhak untuk mempunyai pandangan yang berbeza daripada orang lain dan mempunyai jaminan perlindungan ke atasnya terhadap suara luahannya itu.[ ix ] Apatah lagi jika

pandangan yang kontra itu bertujuan untuk membetulkan sesuatu kesilapan, seharusnya ianya diraikan dengan dada yang lapang dan minda yang terbuka sekalipun datang

daripada seorang budak kecil kerana kebenaran itu tertegak di mana-mana dan daripada sesiapa sahaja.

Menurut Syed Abul A‟la Maududi dalam Human Rights In Islam, “The right to freedom of expression for the sake of propagating virtue and righteousness is not only a

right in Islam but an obligation. One who tries to deny this right to his people is openly at war with God, the All-Powerful.” [x]

(Hak untuk kebebasan bersuara demi menyebarkan kebaikan dan kebenaran bukan sahaja merupakan hak dalam Islam tetapi merupakan satu kewajipan. Sesiapa cuba untuk menafikan hak ini ke atas orang lain bermakna membuka peperangan dengan Tuhan yang

Maha Berkuasa)

Dalam hal ini, masyarakat harus berani untuk menentang arus dan meluahkan

pandangan-pandangan mereka secara kritikal kerana selain sebagai salah satu usaha hisbah, budaya ini akan mewujudkan suatu percambahan idea yang lebih rencam dan

(5)

5

kerana budaya mengkritik seharusnya dilihat sebagai suatu bentuk intelektualisme dan nilainya sangat besar dalam menjadi pemangkin kepada kesedaran masyarakat agar lebih

cakna terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Jika dipersoal siapa yang berhak untuk membuat sesuatu kritikan, maka saya

letakkan hierarkinya begini:

i. Orang yang sedar, tahu dan faham (Intelektual)

ii. Orang yang sedar dan tahu. (Ilmuwan)

iii. Orang yang sedar. (Orang awwam)

i. Orang yang sedar, tahu dan faham (Intelektual)

Orang yang termasuk dalam golongan pertama ini merupakan orang yang sangat

bertanggungjawab untuk membuat kritikan kerana dia sudah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang jelas terhadap sesuatu perkara yang memerlukannya untuk bersuara demi

membetulkan keadaan yang salah ataupun memperbaiki kecacatan yang berlaku dalam sesuatu perkara. Dia harus memanfaatkan setiap medium yang ada yang termampu

olehnya untuk capai seperti maksud hadis Nabi SAW:

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengantangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya

dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim)[ xi ]

Dalam hal ini, amatlah rugi sekali sekiranya dia yang sudah sampai ke tahap faham sesuatu permasalahan tidak cuba untuk mengubahnya sekurang-kurangnya melalui

suaranya atau dalam bentuk tulisan kerana hal yang demikian bermakna dia terus membiarkan kepincangan terus timbul dan tidak diperbetulkan. Dan apabila dia terus

membiarkannya berlaku, maka terjadilah seperti yang diungkapkan oleh sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang-orang secara keseluruhan

akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkaran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, nescaya Allah akan mengazab orang yang

(6)

6

Golongan dalam kategori inilah yang terdiri daripada para intelektual yang dapat mencerap permasalahan yang berlaku dengan baik dan menurut Syed Hussein al-Attas

dalam Intelektual Masyarakat Membangun, bahawa intelektual yang berfungsi adalah mereka yang dapat:

i) Mengutarakan masalah.

ii) Mentakrifkan masalah.

iii) Menganalisis masalah.

iv) Menyelesaikan masalah.[ xii ]

Menurutnya lagi, masyarakat tanpa kelompok intelektual yang berfungsi akan kehilangan tingkat kesedaran dan wawasan tertentu atas masalah pokok.[ xiii ] Begitulah

seharusnya para intelektual yang dapat memahami sesuatu permasalahan dan tidak gentar untuk menyuarakan pandangan dan kritikan serta menawarkan penyelesaian demi membaik

pulih masalah yang berlaku. Dan begitulah yang seharusnya berlaku iaitu para intelektual tidak bersikap menyembunyikan kebenaran dan lantang bersuara untuk membetulkan

keadaan.

Perkara inilah yang ditegaskan oleh Muhammad Asad dalam The Principles of State

And Government In Islam, “In other words, the intellectual leaders of the community are morally bound to bring forward whatever new ideas they may have relating to communal progress, and to advocate such ideas in public; and for this reason the right to a free

expression of one's opinions in speech and in writing is one of the fundamental rights of the citizen of an Islamic state.”[xiv ]

(Dalam erti kata lain, pemimpin intelektual dalam sesebuah komuniti adalah terikat secara moral untuk membawa ke hadapan apa-apa sahaja idea baru mereka yang mungkin berkait

dengan kemajuan bersama, dan menganjurkan idea-idea tersebut dilaksanakan secara awam; dan bagi alasan ini sebagai hak untuk sebuah kebebasan berekspresi bagi pendapat

seseorang dalam ucapan atau tulisan adalah merupakan salah satu hak-hak asasi rakyat bagi sebuah negara Islam.)

ii. Orang yang sedar dan tahu (Ilmuwan)

Orang yang termasuk dalam golongan kedua ini mempunyai pengetahuan tentang kepincangan yang berlaku namun belum benar-benar memahami tentang perkara tersebut.

(7)

7

belum tentu mempunyai daya tahap fikir yang mendalam untuk menawarkan penyelesaian yang terbaik mengikut situasi masyarakat di tempat tersebut.

Dalam hal ini, ilmuwan yang sedar dan tahu harus juga berani untuk meluahkan pandangan-pandangannya secara kritikal terhadap sesuatu perkara kerana sekiranya tidak

ada pihak yang mengetuk kesedaran masyarakat terhadap sesuatu permasalahan, tidak akan ada sesiapa yang akan membincangkannya dan secara tidak langsung akan menutup

pintu kebenaran kepada masyarakat kerana tidak semua orang punya kematangan berfikir untuk mencerap sesuatu permasalahan yang berlaku sekiranya tidak disedarkan

mengenainya.

Inilah peranan orang yang sedar dan tahu terhadap permasalahan yang berlaku

lantas harus berani untuk membuat kritikan mengenainya dalam konteks yang sesuai.

iii. Orang yang sedar (Orang awwam)

Apa yang sangat penting adalah kesedaran. Kesedaran itu akan memupuk kepada tindakan-tindakan yang menuju kepada jalan penyelesaian. Tinggal sahaja sama ada

tindakan yang diambil itu rasional ataupun tidak. Namun begitu, menjadi seorang yang berkesadaran itu adalah lebih baik daripada hidup dalam kelekaan sehingga mengabaikan masalah-masalah yang berlaku, apatah lagi sekiranya masalah tersebut jelas berlaku di

hadapan mata.

Sebagai orang awwam, kesedaran yang timbul itu sudah cukup penting agar mereka

sedar bahawa masalah yang berlaku adalah satu permasalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Maka, bertindak sebagai orang awwam, kesedaran yang wujud dalam diri tidak

harus didiamkan. Ianya harus diluahkan. Hal ini demikian kerana orang lain belum tentu mempunyai kesedaran seperti dirinya yang sedar. Dan andai kata ianya tidak diluahkan,

akan menyebabkan lebih ramai orang terbiar hidup dalam kelekaan dan kesenangan dan tertipu dalam masalah-masalah yang cuba disorokkan daripada pandangan masyarakat.

Mungkin sebagai orang awwam, ilmu mengenai permasalahan yang berlaku belum benar-benar cukup dan matang tidak seperti mana golongan ilmuwan dan intelektual.

Tetapi, hak-hak sebagai manusia untuk bersuara itu harus ditegakkan. Misalnya, kritikan terhadap masalah rasuah yang berlaku harus diluahkan. Jika perkara-perkara sebegini didiamkan, akibatnya masalah keruntuhan moral menjadi semakin membesar dan

(8)

8 ADAB DALAM MENGKRITIK

Abdullahi Ahmed An-Na'im menyatakan di dalam bukunya Islam And The Secular State:

Negotiating The Future Of Shari'a bahawa, "For instance, it is obviously reasonable to limit freedom of speech to protect the right of other - for instance, freedom of speech does not

mean that one can shout "fire" in a crowded theater - or to defame the reputation of other people." [ xvi ]

(Sebagai contoh, ianya adalah jelas munasabah untuk mengehadkan kebebasan bersuara bagi melindungi hak orang lain - misalnya, kebebasan bersuara tidak bermakna seseorang

boleh menjerit "API" di sebuah teater yang sesak (menimbulkan situasi yang cemas di tempat awam) - atau membuat fitnah terhadap reputasi orang lain.)

Saya kira adab inilah yang tidak dijaga oleh kebanyakan manusia pada masa ini yang kononnya menjadi pejuang hak asasi manusia dalam aspek kebebasan bersuara

(freedom of speech). Kebanyakan orang memahamkan makna kebebasan sebagai kebolehan untuk berbuat apa-apa sahaja tanpa ada apa-apa sekatan ataupun larangan.

Dalam soal kebebasan bersuara, kebanyakan orang mengambil tiket tersebut untuk meluahkan apa-apa sahaja tanpa menjaga nilai akhlak sebagai manusia sehingga

meluahkan sesuatu secara makian atau cacian.

Sama ada sedar atau tidak sedar, apa yang mereka perjuangkan sebenarnya adalah kebebasan untuk mencaci (freedom of cursing). Kebebasan jenis ini sebenarnya bukan

menunjukkan tahap intelektualiti seseorang, tetapi hanya merendahkan lagi nilai moralitinya dan mendedahkan betapa dungunya dia dalam menghadapi sesuatu perkara.

Dalam soal kebebasan mengkritik, setiap orang harus mempunyai justifikasi yang kukuh terhadap setiap perkara yang hendak dikritik. Setiap kritikan harus diperkukuh dengan

alasan-alasan yang munasabah dan rasional. Elemen inilah yang paling penting untuk wujud dalam nilai sebuah kebebasan mengkritik secara khasnya, dan kebebasan bersuara

(freedom of speech) secara amnya. Ketidakwujudan elemen justifikasi dalam sesebuah kritikan akan hanya mengakibatkan ianya menjadi suatu luahan yang sia-sia ibarat tin

kosong yang berbunyi.

Namun begitu, perkara yang paling penting harus ditekankan apabila menyentuh soal adab dalam mengkritik adalah pengawalan emosi. Aspek ini sangat penting untuk

ditekankan kerana kelemahan dalam aspek pengawalan emosi akan menjuruskan kepada luahan-luahan kritikan yang tidak matang dan berkemungkinan besar untuk melibatkan

(9)

kata-9

kata tidak terjaga sama ada melalui percakapan mahupun tulisan. Keadaan inilah yang akan menyekat ketersampaian mesej sebenar yang hendak dibawa dan natijahnya kesan

daripada kelemahan emosi yang akan menggantikan mesej tersebut sampai kepada masyarakat.

Perkara inilah yang sering berlaku terhadap kebanyakan gerakan mahasiswa yang memperjuangkan sesuatu isu yang murni namun dengan cara yang tidak sistematik dan

matang menyebabkan isu murni yang hendak mereka sampaikan tersekat oleh kekacauan yang berlaku di antara mereka dengan pihak berkuasa. Dan perkara ini ditambah pula dengan sikap “golongan tua” yang bersikap prejudis dan paranoid dengan menganggap “golongan muda” sebagai masih mentah dan cetek ilmu dan begitulah sikap “golongan tua” yang larut dalam pemikiran ketuaannya.

KESIMPULAN

Ahmad Wahib (1942 – 1973), seorang pemikir Indonesia yang lantang bersuara ketika

hidupnya pernah menulis di dalam catatannya, “Saya kira yang penting kita harus mengemukakan fikiran kita dengan terus terang, tidak perlu berdiplomasi sekadar menghindari pertentangan. Dalam dialog, untuk pencarian kebenaran, harus dikemukakan

apa yang terpendam di hati tanpa ragu-ragu”[ xvii ]

Keberanian untuk bersuara harus wujud dalam diri setiap manusia. Sekiranya tidak

ada seorang pun yang berani untuk meluahkan pendapatnya atau mengkritik kemungkaran yang disedarinya, maka masyarakat akan terus kekal dalam kejahilan dan tertutup daripada

pintu kebenaran. Masyarakat harus sedar bahawa kebebasan untuk bersuara merupakan hak asasi bagi setiap manusia dan tidak ada sesiapa berhak untuk menyekatnya selagi

ianya tidak mengganggu hak-hak sivil seperti kata Prof. Tariq Ramadan, “There are no legal limits to free speech, but there are civic limits.” [ xviii ]

(Tidak terdapat had-had yang sah di sisi undang-undang untuk kebebasan bersuara, namun wujud had-had sivik dalam perkara ini.)

Adakala kritikan harus dibuat dengan lantang agar perkara yang hendak disuarakan benar-benar memberi kesan yang tajam dan mengetuk pintu kesedaran sekiranya kaedah

berlemah-lembut umpama mencurah air ke daun keladi. Tetapi tindakan seperti ini haruslah berlandaskan kepada pengetahuan yang terperinci agar hujah-hujah yang dikemukakan benar-benar berfakta dan tidak falasi kerana hal yang tersebut akhirnya akan merumitkan

(10)

10

catatannya, “Pertentangan keras akan membolehkan kita menggali kebenaran-kebenaran baru yang lebih tinggi, dan kita semua akan dengan sukarela bersama-sama meninggalkan

pendapat-pendapat lama dan memeluk kebenaran-kebenaran baru yang lebih tinggi, baik yang bersumber dari pendapat sendiri mahupun yang bersumber dari pendapat lawan.”

Namun begitu, apa yang paling penting, masing-masing harus bersuara dengan cara yang paling berhikmah dan bijaksana. Dalam hal ini, setiap inci perkataan yang dikeluarkan

harus terjaga dan masing-masing bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan. Maka, berkatalah dengan cara yang terbaik dan berhemah namun sarat dengan ilmu dan hikmah.

Dalam mengkritik, kritikan harus dibuat kepada pihak yang tepat, waktu yang tepat dan di tempat yang tepat. Perkara-perkara inilah yang sekiranya tidak dijaga, maka kesannya tidak

seberapa malah menimbulkan salah faham pula lalu akhirnya menyebabkan apa yang diperkatakan menjadi sia-sia.

Apa yang penting, ketegasan bersuara harus sentiasa ada dan kebebasan bersuara adalah hak asasi bagi setiap manusia di muka bumi ini serta masing-masing harus

mengetahui bahawa masing-masing berhak diberi kebebasan untuk itu tanpa boleh diganggu gugat oleh sesiapa. Menyekat kebebasan bersuara, maka Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan di dalam bukunya Islamic Awakening Between Rejection And

Extremism (Al-Sahwah al-Islamiyah bayna al-Juhud wa al-Tatarruf), bahawa ianya merupakan sebuah ekstremisme! [ xx ]

Mohammad Hashim Kamali. Freedom Of Expression In Islam. Ilmiah Publishers Sdn. Bhd. 1998. (hlm. 49)

iii Abu al-Hasan Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi. The Laws Of Islamic Governance (Ahkam

Al-Sultaniyyah). ibid. (hlm. 337)

iv

V.I Lenin. Freedom To Criticise And Unity Of Action.

http://www.marxists.org/archive/lenin/works/1906/may/20c.htm

v

John Stuart Mill. On Liberty. The Library of Liberal Arts. 1956. (hlm. 21)

vi

ix „Abdus-Salam al-Basuni. The Freedom Of Opinion In Islam. International Islamic Publishing House. 2007. (hlm.

48)

xSyed Abul A‟la Maududi, Human Rights In Islam, pdf

xiHR Muslim, no. 70; daripada Abu Sa’iid al-Khudri ra

xii

(11)

11

xiii

ibid. (hlm. 13)

xiv

Muhammad Asad. The Principles of State And Government In Islam. Islamic Book Trust. 2007. (hlm. 83)

xv

Ibn Khaldun berkata, “Maka kota itu pun dipenuhi dengan orang-orang yang berakhlak rendah. Mereka

menghadapi tentangan daripada kalangan generasi muda yang ada di dalam dinasti itu yang mana

pendidikan mereka telah diabaikan dan yang gagal diakui oleh dinasti. Mereka dengan demikian, menerapkan

nilai daripada persekitaran dan pandangan, meskipun mereka daripada keturunan terhormat dan mulia.

Manusia adalah insan-insan dan saling serupa-menyerupai antara satu sama lain. Mereka adalah berbeza

dalam hal kebaikan, dan dibezakan oleh sikap mereka, melalui penyerapan nilai-nilai dan menghindar segala

yang kejahatan. Orang yang memiliki warna apa juga kejahatan dan peribadinya yang telah tercemar, tidak

akan dapat dibantu oleh keturunannya yang baik-baik dan asal-usul yang suci bersih. Maka, boleh dilihat

betapa pandainya orang-orang daripada yang mulia, atau mereka daripada asal-usul yang disanjung tinggi,

kerabat-kerabat diraja yang tercebur ke lembah maksiat dan terpaksa melakukan pekerjaan yang rendah

darjahnya demi mencari nafkah hidup mereka, sebab perilaku mereka adalah sangat keji dan mereka

cenderung berbuat kejahatan dan tidak jujur.

Sekiranya keadaan-keadaan semacam ini berlaku berleluasa di sesuatu bandar atau bangsa, Allah

mengizinkan supaya ianya mengalami kehancuran dan kepupusannya.

Inilah yang dimaksudkan dengan firman-Nya:

“Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang

yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri

itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan

negeri itu sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra: Ayat 16)

Sila rujuk dalam Mukaddimmah (terjemahan yang sah daripada buku Arab Muqaddimah oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka. 1993) (hlm. 431 – 432)

xvi Abdullahi Ahmed An-Na’im. Islam And The Secular State: Negotiating The Future Of Shari’a. Harvard

University Press. 2009. (hlm. 38)

xvii Ahmad Wahib. Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib. Middle-Eastern Graduates

Centre Sdn. Bhd. (MEGC) dengan kerjasama Konrad Adenauer Foundation. 2007 (hlm. 37)

xviiiArtikel Prof. Tariq Ramadan yang bertajuk, “Free Speech And Civic Responsibility.” Sila rujuk di sini:

http://www.nytimes.com/2006/02/05/opinion/05iht-edramadan.html?_r=0

xix

Falasi bermaksud kesilapan dalam berfikir dengan mengemukakan kesimpulan sesuatu hujah dengan

merujuk kepada premis hujah yang tidak tepat.

xx“An extremist seems to address people in this way: “I have the right to speak, your duty is to listen. I have the

right to lead, your duty is to follow. My opinion is right, it cannot be wrong. Your opinion is wrong, it can never

be right.” (Seorang ekstremis nampaknya menanggani orang dengan cara ini: “Saya mempunyai hak untuk

bercakap, tugas kamu ialah diam. Saya mempunyai hak untuk memimpin, tugas kamu ialah ikut. Pendapat saya

(12)

12

Sila rujuk Yusuf al-Qaradawi. Islamic Awakening Between Rejection And Extremism. The International Institute

Referensi

Dokumen terkait

5 Penelitian ini menggunakan data primer yang diperoleh dari dan data sekunder, dimana data primer didapatkan dari wawancara dengan pengunjung, unit usaha, tenaga kerja,

pembangunan dapat lebih merata, akan tetapi pelaksanaan yang terjadi di lapangan pembangunan terminal kertosono menemukan beberapa kendala dalam pelaksanaan

Gambar 3- Kromatogram Gas Eugenol pada Sampel Minyak Atsiri Bunga Cengkeh dari Daerah di Maluku. Gambar 4-Kromatogram Gas Eugenol pada Sampel Minyak Atsiri Bunga

Hasil dari penelitian diharapkan dapat menjadi masukan bagi perusahaan Mischief Denim untuk bisa mengembangkan dan mengahsilkan strategi komunikasi pemasaran khususnya

Dari hasil pengamatan diketahui bahwa semua sampel minyak dalam keadaan cair pada suhu ruang (±27ºC) namun ketika pada suhu rendah (±5ºC) terjadi perubahan fase pada beberapa

Sebuah skripsi yang diajukan untuk memenuhi sebagian dari syarat memperoleh gelar Sarjana Pendidikan Studi Pendidikan Sosiologi. © Tika

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi petunjuk dan rahmat serta Rosulullah Muhammad SAW yang senantiasa memberikan syafaat kepada umatnya

Segala macam bentuk visualisasi perihal peri dalam penciptaan karya tugas akhir seni lukis merupakan hasil pencarian referensi dari buku-buku dongeng, internet dan juga