• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori teori bahasa dan perkaitannya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teori teori bahasa dan perkaitannya"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Pendahuluan

Dalam penulisan ini, kita akan menyentuh serba sedikit berkenaan definisi pengajaran

dan pembelajaran bahasa agar pemahaman terhadap tajuk ini akan lebih jelas. Selepas

mengetahui definisi pengajaran dan pembelajaran bahasa barulah kita menyentuh dengan

teori-teori bahasa dan akhir sekali kita akan cuba mengaitkan kesemuanya. Kita cuba melihat

kaitan teori-teori bahasa dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Seorang guru itu harus tahu asas teori-teori bahasa dalam usaha untuk

mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan mengetahuinya

dapatlah diterapkan atau digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran agar guru itu dapat

merancang pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dengan pengajaran dan

pembelajaran bahasa kepada pelajarnya. Teori-teori bahasa ini diterapkan dan digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sesuai dengan penerimaan dan kebolehan pelajar.

Seseorang guru bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan pengajarannya dengan

cara yang berkesan dan seorang pelajar juga tidak mungkin dapat menerima pembelajaran

yang berkesan jika guru tidak mempunyai pengetahuan tentang teori-teori bahasa. Dengan

erti kata lain, seorang guru itu perlulah menentukan teori-teori yang bersesuaian dengan

pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada pelajarnya untuk meningkatkan keberkesanan

mutu pengajaran dan pembelajaran. Perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah

penting. Hanya dengan mempunyai pengetahuan yang cukup pembelajaran akan menjadi

lebih berkesan.

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran ialah sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama guru

dan muridnya. Ia melibatkan guru dan pelajar. Guru bertindak sebagai penyampai (pemberi)

manakala pelajar pula menjadi penerima. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara

sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

(2)

demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Tujuan

utama mengadakan pengajaran ialah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran.

Menurut Nurazmi Kuntum (1997:2), pengajaran ialah satu proses menyampaikan ilmu

daripada satu pihak kepada pihak lain. Pengajaran yang berjaya ialah pengajaran yang

memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Ia dapat membuat perubahan yang positif

ke atas muridnya sesuai dengan objektif pengajaran dan kurikulum yang telah disediakan.

Manakala pembelajaran merangkumi semua tingkah laku yang agak kekal sifatnya

dalam kebolehan seseorang itu, hasil dari sesuatu pengalaman atau latihan.

Perubahan-perubahan yang agak stabil yang berlaku di dalam tingkah laku seseorang individu lantaran

interaksinya dengan persekitaran. Ringkasnya pembelajaran adalah berdasarkan pada sesuatu

perubahan di dalam tingkah laku yang agak stabil dan kekal dihasilkan melalui pengalaman

atau latihan.

Teori-Teori Bahasa dan Perkaitannya

Bahasa dilihat sebagai aktiviti yang berfungsi dan mempunyai tujuan tertentu,

berkaitan dengan matlamat dan situasi sebenar. Bahasa yang dicipta oleh seseorang itu

lazimnya diucapkan untuk tujuan-tujuan yang tertentu (Kamarudin, 2001:116). Dalam

membicarakan teori-teori bahasa, sebenarnya terdapat lebih kurang sepuluh teori bahasa yang

terkenal (Kamarudin, 1986:32). Namun di sini saya hanya akan membicarakan dua teori

sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam

pengajaran bahasa.

Teori-teori ini ialah teori behaviourisme (mekanis) dan teori mentalis (kognitif). Teori

behaviouris menganggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu

rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan

individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui otaknya. Teori ini juga

(3)

rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerakbalas. Bahasa sesuatu perlakuan itu dapat

dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan

sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran.

Melalui teori ini, latihan dan latih tubi yang kerap merupakan aspek utama dan tidak

boleh diabaikan kerana dengan itu pelajar akan cepat mempelajarinya. Kemahiran bahasa

adalah dipandang sebagai satu kebiasaan maka satu tabiat (habit) mestilah ditanam ke dalam

diri pelajar itu dengan memberikannya peluang untuk berlatih berulang kali. Teori ini juga

menganggap pembelajaran sebagai satu proses mekanikal bagi membentuk sesuatu

kebiasaan, yang padanya terdapat perhubungan di antara satu rangsangan dan gerak balas.

Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi akan

membentuk satu kebiasaan. Di samping itu, teori ini menekankan kepentingan pengaruh

persekitaran dalam pembelajaran bahasa.

Bolehlah disimpulkan bahawa teori behaviouris menganggap bahasa dikuasai melalui

proses pengulangan sehingga menjadi satu kebiasaan. Bahasa juga merupakan satu tingkah

laku manusia yang dihasilkan daripada rangsangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama

seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Aspek

lisan yang berupa percakapan atau pertuturan sangat diutamakan. Selain itu, pengukuhan dan

ganjaran dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting. Jadi menurut fahaman

saya, teori behaviouris lebih menekankan kepada rangsangan-rangsangan yang dibuat oleh

guru atau persekitaran yang seterusnya bertindak balas dalam otak samada secara perlahan

atau cepat yang kemudiannya akan menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang

bermakna. Pengetahuan itu kemudiannya diamalkan dengan latihan dan latih tubi yang kerap.

Teori behaviouris dapat divisualisasikan dengan gambarajah di bawah ini. Walaupun

gambarajah ini menyerupai atau mungkin sama dengan gambarajah proses pembelajaran,

namun saya cuba menggunakan dan menerapkannya dengan teori behaviouris kerana saya

(4)

per l ahan/ pendek

cepat / panj ang ot ak

r angsangan- r angsangan per l aksanaan

Per seki t ar an/ Gur u

Beralih pada teori mentalis pula yang memandang bahasa sebagai satu proses

pemikiran iaitu satu aktiviti mental dan satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Ia

menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh suatu proses dalam

otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk

perangsang dari alat deria. Ahli teori mentalis yang terkenal, Piaget (Juriah Long, 1990:33)

berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi dan dengan

otak manusia berkebolehan untuk mempelajari berbagai-bagai hal. Proses ini melibatkan

seseorang pelajar menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada

dalam otaknya dengan data-data yang diperolehi daripada persekitarannya. Golongan ini

menekankan bahawa terdapat hubungan yang erat di antara bahasa dengan pemikiran.

Penguasaan bahasa memerlukan proses mental. Apabila seseorang itu mahu menggunakan

bahasa, dia haruslah menggunakan fikirannya untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis dan

bermakna. Teori ini juga sangat menegaskan makna dan proses-proses yang tersembunyi

yang terlibat dalam produksi bahasa. Semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan

kepada logik kerana sesuatu yang tidak dapat dimengertikan adalah tidak bermakna dan tidak

dapat diterima (Kamarudin, 1986:33).

Oleh itu teori mentalis menganggap bahawa seseorang pelajar itu memperolehi bahasa

secara natural kerana kebolehan ini sudah terancang dalam diri mereka dari segi biologis.

Pelajar yang terdedah kepada bahasa akan dengan sendirinya berkeupayaan untuk berbahasa.

Latih tubi/ ulangan

(5)

Seorang pendukung teori mentalis iaitu George A. Miller (Kamarudin, 2001:25) cuba

menggambarkan proses-prose mental yang dapat dilakukan oleh seseorang pendengar apabila

menghadapi sesuatu pertuturan. Proses-proses itu ialah mendengar, memadankan, menerima,

mentafsirkan, memahami dan mempercayai. Secara ringkasnya, teori ini lebih menekankan

kepada pengetahuan seseorang kerana sejak dilahirkan manusia mempunyai kebolehan untuk

menguasai bahasa. Kebolehan ini wujud secara semula jadi. Dua perkara yang penting dilihat

dalam teori ini iaitu kecekapan (competence) dan prestasi (prestasi). Selain itu bahasa

mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa berkaitan dengan

keupayaan mental. Akhir sekali, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek

pemikiran, pengetahuan dan makna diberi penekanan. Dengan menggunakan gambarajah

seperti teori behaviouris, teori mentalis juga boleh diterangkan seperti berikut:

st or i ngat an panj ang/ cepat

ot ak dan sar af

t i ndak bal as pel aksanaan Per seki t ar an/ Gur u

Bila ditinjau dengan lebih dekat mengenai kedua-dua teori ini, bolehlah dikatakan

kedua-duanya saling berkait antara satu dengan yang lain. Timbul pertanyaan tentang teori

manakah yang lebih baik atau benar, iaitu teori behaviouris atau teori mentalis? Nampaknya

kedua-dua teori ini mempunyai asas dan logik masing-masing. Persoalan di sini bukanlah

untuk menentukan teori yang mana yang lebih baik, tetapi yang lebih penting ialah kedua-dua

teori ini munasabah dan logik serta mempunyai manfaat. Namun ada satu hal yang ingin saya

sentuh di sini mengenai teori mentalis. Seperti yang telah dibincangkan tadi, teori mentalis

lebih menekankan keupayaan mental dan pemikiran semulajadi tanpa mementingkan aspek

rangsangan, bagi saya (betulkan jika saya salah), seseorang murid atau pelajar yang

mempunyai kebolehan mental yang cerdik dan lebih cepat bertindak dalam pembelajarannya

adalah juga perlu didedahkan kepada rangsangan. Ini kerana seseorang yang cerdik dan

(6)

yang diharapkan ialah pengajaran guru tadi akan meninggalkan kesan yang memuaskan dari

mengelakkan rasa bosan pelajarnya walaupun pelajar itu cerdik, rangsangan dari guru adalah

amat penting sekali.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Sebentar tadi kita sudah mengetahui tentang teori-teori bahasa dan kedua-dua teori

tadi saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Sekarang kita cuba mengaitkan teori-teori

tadi dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kita melihat kesan atau implikasi

kedua-dua teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seorang guru perlulah bijak

menentukan teori-teori bahasa yang bersesuaian dengan pengajarannya kepada

pelajar-pelajarnya. Keberkesanan komunikasi adalah bergantung kepada bagaimana guru dapat

menyampaikan bahan atau maklumat yang hendak dikuasai itu dan seterusnya dapat dimiliki

dan disimpan dalam bank ingatan jangka panjang dengan sempurna. Untuk itu guru perlu ada

satu cara yang dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat itu secara berkesan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran bahasa, proses

penyampaian akan melibatkan tiga bentuk strategi, iaitu pendekatan, kaedah dan teknik.

Pengajaran yang berkesan akan mengintergrasikan ketiga-tiga bentuk ini secara harmoni.

Seorang guru harus tahu kebolehan murid-muridnya belajar (iaitu yang lembap, sederhana

atau cerdas) sebelum menggunakan atau memilih teori mana yang sesuai digunakan dalam

pengajarannya. Saya akan cuba mengaitkan teori behaviouris dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa memandangkan teori ini dikatakan lebih baik berbanding dengan teori

mentalis (sebenarnya kedua-dua teori ini adalah baik).

Kita sudah sedia maklum teori behaviouris menekankan pada rangsangan tingkah laku

dan gerak balas dan adanya latihan yang berulang-ulang. Maka pengajaran dan pembelajaran

bahasa yang menggunakan teori behaviouris biasanya lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar

yang lembap dan sederhana. Ini adalah disebabkan pelajar-pelajar ini akan mengambil masa

(7)

lembap maka perlu adanya rangsangan untuk mereka bertindak balas. Dengan itu, seseorang

guru haruslah bijak merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti atau strategi pengajaran dan

pembelajaran agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan dan baik.

Teori behaviouris telah menghubungkan beberapa idea yang berguna untuk kita

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebelum ini teori behaviouris

berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan

yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran.

Dalam proses pengajaran haruslah diwujudkan suasana pembelajaran yang boleh

menimbulkan rangsangan dan gerak balas murid misalnya penggunaan alat bantu mengajar

untuk memudahkan guru dan murid memahami gambaran yang disampaikan oleh guru.

Bahan pengajaran bahasa perlu dipersembahkan dalam bentuk lisan dahulu sebelum tulisan

kerana teori behaviouris telah mengemukakan satu kaedah pengajaran yang popular iaitu

kaedah dengar-ucap atau dengar-sebut. Murid dapat mempelajari bahasa melalui

latihan-latihan dan peneguhan yang diberikan. Untuk melahirkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang merangsangkan pelajar (terutama yang lembap dan sederhana), ganjaran

haruslah diberikan bagi menggalakkan pengulangan dan pengukuhan pembelajaran. Misalnya

guru mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik di papan pameran di bilik darjah. Ini

merupakan satu penghargaan kepada pelajar berkenaan, seterusnya meningkatkan motivasi

pelajar lain untuk mendapatkan penghargaan yang serupa. Guru menyiarkan karangan terbaik

yang dihasilkan oleh pelajar dalam majalah sekolah sebagai salah satu cara untuk

menggalakkan pelajar menghasilkan penulisan yang bermutu.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan

dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring) dan seumpamanya. Latihan amat

penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki.

Perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia

diberikan rangsangan dan ganjaran yang positif. Ganjaran yang positif itu hendaklah

diberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan

pelajar. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan Rivers (Abd Aziz,

(8)

“Language is “behaviour” and language behaviour can be learned by “inducing” the student to “behave” the way we want him to behave….”

Ganjaran yang diberikan memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu

respons. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah

perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,

ganjaran (dalam apa-apa bentuk sekalipun) perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu

aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen yang positif dan membina

daripada guru, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh pelajar. Pengajaran dan

pembelajaran terancang yang diaturkan menurut kebolehan pelajar belajar (lembap,

sederhana atau cerdas) ialah berdasarkan teori behaviouris. Menurut teori ini, apa sahaja

boleh diajar, asalkan tugas itu dipermudahkan dengan membahagikannya kepada yang

mudah dipelajari. Hasilnya, kejayaan-kejayaan kecil itu menggalakkan pelajar untuk belajar,

kerana perkara itu merupakan ganjaran bagi mereka.

Guru perlu kreatif dan inovatif dalam mewujudkan situasi-situasi pembelajaran yang

sesuai dan memberangsangkan supaya pelajar-pelajar berminat mengikuti perkembangan

satu-satu pelajaran. Sama ada pelajar itu lembap, sederhana atau cerdas, guru perlulah

menentukan teori-teori bahasa yang sesuai dan jika sesetengah pelajar lebih cenderung

kepada teori behaviourisme atau mentalisme maka gunakanlah pendekatan mengikut teori

yang bersesuaian. Dalam hal ini pelajar juga memainkan peranan yang sama seperti guru.

Para pelajar dilihat sebagai mekanisme rangsangan dan gerak balas. Mereka dianggap

sebagai hasil daripada latihan yang berulang-ulang. Sistem pengajaran mungkin mengambil

kira pengaruh pelajar.

Strategi pengajaran seharusnya berdaya menarik perhatian dan meningkatkan

motivasi pelajar. Biasanya, motivasi akan menjadi berkurangan apabila proses pembelajaran

dipenuhi dengan aktiviti yang tidak bermakna. Memperkatakan tentang teori mentalis,

tidaklah mencadangkan sesuatu kaedah pengajaran bahasa yang khusus seperti teori

(9)

mudah kerana mereka mempunyai kebolehan atau keupayaan mental semula jadi (cerdas).

Dalam hal ini bolehlah dikatakan seseorang guru itu tidak menghadapi sebarang masalah

pengajaran tetapi harus juga diingat tanpa rangsangan atau aktiviti yang memberangsangkan,

tidak mustahil akan menimbulkan kebosanan pelajar. Keberkesanan pengajaran bergantung

pada kecekapan guru mengajar. Kemahiran guru sebenarnya bergantung pada kecekapan

guru itu sendiri dalam bahasa yang hendak diajarnya dan pengetahuan dan kepakarannya

tentang kaedah dan teknik mengajar.

Sekarang kita akan cuba melihat kaitan teori mentalis dengan pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Menurut teori mentalis, para pelajar akan menguji andaian atau

hipotesis mereka mengenai penguasaan bahasa yang mereka miliki sama ada bahasa yang

mereka gunakan itu betul atau salah. Oleh sebab itu para pelajar harus didedahkan kepada

model-model bahasa yang sebenar dan bukan yang sengaja dibentuk untuk pengajaran di

bilik darjah semata-mata. Sesuai dengan hal ini, guru hendaklah bijak memilih bahan

pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan umur pelajar yang akan diajar. Dalam suatu

pengajaran bahasa, makna lebih diutamakan berbanding struktur bahasa. Oleh sebab itu guru

hendaklah mewujudkan aktiviti-aktiviti bahasa yang betul dan berkesan dan kesilapan bahasa

harus segera diperbetulkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, bacaan dan

tulisan adalah diutamakan. Golongan ini berpendapat bahawa kemahiran menulis lebih

penting daripada kemahiran bertutur.

Dalam bilik darjah guru bertindak sebagai pemimpin yang sentiasa memandu pelajar

untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan secara berkesan. Dalam kebanyakan

situasi pembelajaran, pelajar (samaada lembap, sederhana atau cerdas) diberi peluang

berinteraksi sesama sendiri dan menciptakan komunikasi secara harmoni. Dalam proses

berinteraksi itu, mereka digalakkan mengetengahkan pandangan dan pendapat, mencerna

idea, mentafsir pemikiran, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Guru dan pelajar

didefinisikan sebagai penginteraksi bilik darjah.

Kita telah melihat teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

(10)

tentang teori-teori bahasa yang dihuraikan di atas tadi dapat memberi penjelasan kepada

guru-guru tentang cara bagaimana pelajar-pelajar menguasai bahasa serta strategi yang

mereka gunakan ketika mereka menguasai bahasa. Seseorang guru bahasa mungkin berjaya

dalam proses pengajaran jika beliau mempunyai pengetahuan tentang bagaimana

pelajar-pelajar belajar, khususnya bagaimana pelajar-pelajar-pelajar-pelajar mempelajar-pelajari bahasa. Tegasnya,

pengetahuan tentang teori-teori bahasa dapat membantu seseorang guru membentuk andaian

tentang pembelajaran bahasa sama ada pembelajaran bahasa itu merupakan proses mekanis

(behaviuris) ataupun mental (mentalis).

Kesimpulan

Apabila ditinjau dua teori tadi iaitu teori behaviouris dan teori mentalis,

kedua-duanya ada logik dan kebaikannya dan amat penting untuk digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seseorang guru boleh menggunakan teori yang lebih

sesuai dalam pengajaran bahasa bersesuaian dengan pendekatan atau kaedah pengajaran

bahasa dengan mengambil kira aspek kebolehan pelajar menerima pendekatan atau kaedah

sesuatu teori pembelajaran bahasa. Jika pelajar itu lebih cenderung kepada pendekatan teori

behaviourisme ataupun mentalisme maka gunakanlah pendekatan mengikut teori yang

bersesuaian itu. Oleh itu guru perlulah menentukan atau memilih teori-teori pembelajaran

(11)

RUJUKAN

Abd Aziz Abd Talib, 2000, Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik, Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Abdullah Hassan, 1980, Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor

Ab. Rahman Ab. Rashid, et.al., 1997, Pengajian Melayu 1, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia

Amir Awang, 1986, Teori-teori Pembelajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor

Atan Long, 1982, Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Juriah Long et.al., 1990, Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Penebrit Fajar Bakti, Petaling Jaya, Selangor

Kamarudin Hj Husin, 1986, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia

__________________, 2001, Pedagogi Bahasa: Perkaedahan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Mangantar Simanjuntak, 1987, Pengantar Psikolinguistik Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Manja Mohd. Ludin, 1990, Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mok soon Sang, 2001, Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester

1, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Noran Fauziah Yaakub, 1987, Pengantar sosiologi, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia

Nurazmi Kuntum, 1997, Kaedah Mengajar Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam, 1985, Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor

Referensi

Dokumen terkait

Kesulitan yang dihadapi dalam mengajar Bahasa Arab yaitu ketika siswa tidak bisa membaca dan menulis huruf arab diatasi dengan memberikan arahan kepada siswa

Sebagai contoh dapat kita lihat adanya kegiatan seperti: Provinsi Sumatera Selatan telah mencanangkan “ Visit Musi 2008”; Daerah Khusus Jakarta dengan programnya “ Enjoy

Kehidupan bermasyarakat merupakan hal yang perlu diamati karena didalamnya selalu mengalami pergeseran, walaupun pada dasarnya manusia tercipta dalam bentuk yang sempurna.

Dalam penelitian di atas subjek penelitiannya adalah peserta didik MI, lokasi penelitiannya di Sumbersari Kencong Kepung Kediir Jawa timur serta menelaah pendidikan anak dari

artinya pada pendekatan pemecahan masalah antara siswa dengan gaya belajar visual dan gaya belajar auditori mempunyai prestasi belajar matematika yang berbeda. Jika dilihat dari

di atas, dalam memandang pelanggaran yang ada seperti halnya dalam penulisan tanpa mencantumkan footnote, mengcopy, menjiplak suatu karya milik orang lain memang suatu

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah