• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSES KEJADIAN HUJAN MENURUT ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROSES KEJADIAN HUJAN MENURUT ISLAM"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SCIENCE TECHNOLOGY AND MANKIND

PROSES KEJADIAAN HUJAN MENURUT ISLAM

LECTURER

SECTION 26

GROUP 2

NO.

TEAM MEMBERS

MATRIC NUM.

1.1 Pandangan Hujan

Setiap kali tiba musim hujan, masyarakat sering mempunyai pandangan berbeza-beza mengenainya. Ada sebahagiannya yang menunjukkan rasa tidak suka dan setengahnya melihatnya sebagai sebuah rahmat. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang hujan, sehingga kita patut merenungkannya kembali. Beberapa surah yang

(2)

menjelaskan tentang hujan aitu surah Al-A’raaf, Al-Baqrah, Al-An’am dan surah Ibrahim. Dalam surah Al-A’raaf ayat 57 dijelaskan hujan dipandang sebagai rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita. Alqur’an menjelaskan,

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan). Hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

Dalam Surah Al Baqarah ayat 22 dijelaskan hujan merupakan sebab datangnya rezeki kepada kita. “Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. Manakala dalam Surah Al An'aam ayat 99, Allah berfirman tentang proses hujan yang dapat menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan di sekitar kita.

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, serta kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”

Terakhir, dalam surah Ibrahim ayat 32 ditegaskan kembali hujan dapat menjadi rezeki buat kita. “Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan bagimu sungai-sungai.''

(3)

Allah Swt menurunkan hujan pasti mempunyai tujuan tertentu, bahkan boleh menjadi sebuah peringatan buat kita.

1.2 Pandangan Islam mengenai hujan

Dalam keadaan tertentu kalajuan purata hujan adalah mencapai 30km per jam,secara amnya, air hujan jatuh ke bumi pada kelajuan yang rendah. Hal ini demikian kerana, titisan hujan memilki bentuk khusus yang membentuk geseran antara permukaan titisan itu dan atmosfer yang membantu hujan jatuh ke bumi pada kelajuan yang lebih rendah, Fakta menakjubkan selanjutnya mengenai hujan bahwa setiap titisan hujan memiliki diameter yang pelbaga dani diameter tersebut adalah sekitar 0,02 - 0,31 inchi. Pada setiap saat, kira-kira 16juta tan air yang tersejat daripada permukaan bumi sebagai sumber pembentukan hujan dan jumlah ini akan turun kembali ke bumi sebagai hujan.

Dan fakta terakhir ternyata ada wilayah di bumi ini yang menerima taburan hujan hampir sepanjang tahun dan wilayah tersebut adalah Hawai yang menerima hujan selama 350 hari setahun. Namun sayangnya, seiring dengan datangnya musim hujan kita seringkali disalurkan dengan informasi bahawa hujan menyebabkan bencana banjir, mendatangkan berbagai penyakit danbencana alam yang lebih dahsyat sehingga secara tidak langsung kita mengeluh dengan nikmat Allah.

Sebagai umat islam kita percaya bahawa setiap yang ada di semesta ini, merupakan rahmat dari Allah SWT. Tidak ada satupun yang terjadi di dunia ini tanpa kehendak dari Allah SWT. Oleh sebab itu, menyalahkan turunnya hujan adalah sama seperti menyalahkan apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada manusia dan alam semesta. Tidak sepatutnya kita marah hanya kerana pakaian basah akibat siraman air hujan dan sebagainya.Rasulullah saw bahkan selalu menghormati turunnya hujan, kala melihat hujan baginda berdoa “Allahhuma syaiban nafi’an” yang bermaksud “Ya Allah jadikan hujan ini sebagai hujan yang membawa manfaat juga kebaikan.” (HR. Bukhari)

(4)

Allah SWT. Juga menjanjikan kebaikan penurunan hujan seperti dalam firmannya yang bermaksud “Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun- susun, untuk menjadi rezki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). seperti Itulah terjadinya kebangkitan.”(QS. Qaff : 9-11)

1.3 Proses kejadian hujan menurut islam

1) Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya:

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Allah Taala telah berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat yang ke 18:

َنوُرِداَقَل ِهِب ٍباَهَذ ٰىَلَع اَنِإَو ۖ ِضْرَ ْلا يِف ُهاَنَكْسَأَف ٍرَدَقِب ًءاَم ِءاَمَسلا َنِم اَنْلَزْنَأَو

Maksudnya :

“Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”

(5)

) . َنوُبَرْشَت يِذَلا َءاَمْلا ُمُتْيَأَرَفَأ

jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.

ًاجاج bermaksud masin.

2) Proses Pengumpulan Wap Air:

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan.

Allah Taala berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 48 :

ْنِم ُجُرْخَي َقْدَوْلا ىىَرَتَف اًفَسِك ُهُلَعْجَيَو ُءاَشَي َفْيَك ِءاَمَسلا يِف ُهُطُسْبَيَف اًباَحَس ىُريِثُتَف َحاَيِرلا ُلِسْرُي يِذَلا ُ َا

) َنوُرِشْبَتْسَي ْمُه اَذِإ ِهِداَبِع ْنِم ُءاَشَي ْنَم ِهِب َباَصَأ اَذِإَف ۖ ِهِل َلِخ

48

(

Maksudnya :

“Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira”.

(6)

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman dalam surah Al-A’raf ayat ke 57:

َءاَمْلا ِهِب ىاَنْلَزْنَأَف ٍتِيَم ٍدَلَبِل ُهاَنْقُس ًلاَقِث اًباَحَس ْتَلَقَأ اَذِإ ٰىَتَح ۖ ِهِتَم ْحَر ْيَدَي َنْيَب اًرْشُب َحاَيِرلا ُلِس ْرُي يِذَلا َوُهَو

) َنوُرَكَذَت ْمُكَلَعَل ٰىَت ْوَمْلا ُجِرْخُن َكِل َٰذَك ۚ ِتاَرَمَثلا ِلُك ْنِم ِهِب اَنْجَرْخَأَف

57

(

Maksudnya :

“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t. Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman:

َنوُرَكَذَت ْمُكَلَعَل ٰىَت ْوَمْلا ُجِرْخُن َكِل َٰذَك ۚ ِتاَرَمَثلا ِلُك ْنِم ِهِب اَنْجَرْخَأَف

(7)

yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin. Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan

Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Allah Taala berfirman dalam Al-A’raf ayat ke 57 :

َءاَمْلا ِهِب ىاَنْلَزْنَأَف ٍتِيَم ٍدَلَبِل ُهاَنْقُس ًلاَقِث اًباَحَس ْتَلَقَأ اَذِإ ٰىَتَح ۖ ِهِتَم ْحَر ْيَدَي َنْيَب اًرْشُب َحاَيِرلا ُلِس ْرُي يِذَلا َوُهَو

) َنوُرَكَذَت ْمُكَلَعَل ٰىَت ْوَمْلا ُجِرْخُن َكِل َٰذَك ۚ ِتاَرَمَثلا ِلُك ْنِم ِهِب اَنْجَرْخَأَف

57

(

Maksudnya :

(8)

dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan proses penguraian pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi:

Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman dalam surah ar-rad :

)...اَهِرَدَقِب ٌةَيِدْوَأ ْتَلاَسَف ًءاَم ِءاَمَسلا َنِم َلَزْنَأ

17

(

Maksudnya :

“…. Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya”.

Dan firmanNya lagi dalam surah Ibrahim ayat 32:

َرٰه ۡنَ ۡلا ُمُكىَل َرَخَسَو

ۚ

……

Maksudnya:

“……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia)”.

(9)

maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan.

6. Proses Muka Bumi Meresap Air:

Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 18 :

).. ِضْرَ ْلا يِف ُهاَنَكْسَأَف

18

(

....

Maksudnya :

“…….maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi…..”

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi:

Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Mulk :

) ٍنيِعَم ٍءاَمِب ْمُكيِتْأَي ْنَمَف اًرْوَغ ْمُكُؤاَم َحَبْصَأ ْنِإ ْمُتْيَأَرَأ ْلُق

30

(

(10)

“Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi”.

1.4 Jenis-jenis hujan

Para ahli membagi hujan menjadi tiga jenis berdasarkan proses terjadinya. Tiga jenis hujan tersebut adalah hujan orografis (hujan relief), hujan konveksi (hujan zenith), dan hujan konvergen (hujan frontal).

I. Hujan Orografis (Hujan Relief)

Lalu ada juga yang disebut dengan hujan pegunungan atau yang disebut dengan hujan ''orografis''dan hujan Pegunungan hujan ini terjadi karena udara yang mengandung wap air naik ke puncak pegunungan atau gunung,lalu udara yang naik akan mengalami penurunan temperatur,makin tinggi udara naik ke puncak pegunungan atau gunung, akan makin rendah tempraturnya, lalu akan terjadi kondensasi dan turun sebagai hujan pada lereng pegunungan tersebut. Maka hujan itu disebut hujan pegunungan atau hujan orografis. Ada juga yang menyebutnya dengan hujan relief, namun sebutan ini kurang umum digunakan selain itu pula ada yang disebut dengan hujan muson,yang seperti kami sebutkan diatas tadi,yang teradi hanya dua kali dalam setahun,atau e bulan dengan masa perputaran antara Oktober ke bulan April.

(11)

II. Hujan Konveksi

Hujan konveksi atau disebut juga hujan zenith biasanya terjadi di kawasan yang berada pada 23,5O LU atau LS. Hujan konveksi terjadi kerana adanya pemanasan udara di atas daratan akibat proses konduksi. Kerana pemanasan tersebut, udara akan mengembang sehingga mengapung naik ke atas. Udara panas yang naik ke atas bersuhu lebih tinggi dari udara lain yang ada di sekitarnya. Pada ketinggian tertentu, suhu udara akan berkurang sehingga terjadi pengembunan. Pengembunan tersebut menghasilkan titik air dan ais yang kemudian jatuh sebagai hujan. Hujan konveksi biasanya hanya berlaku seketika. Kadang-kadang cahaya matahari masih dapat terlihat pada waktu terjadinya hujan. Hujan konveksi disertai gemuruh.

Hujan Konveksi

III. Hujan Konvergen

(12)

Hujan Konvergen

IV. Hujan Asid

Hujan asid berlaku tidak disebabkan kerana faktor - faktor alam. Hujan asid adalah hujan yang airnya mengandung zat - zat pencemar, sehingga air hujannya kotor. Selain kotor, air hujan asid bersifat asid dan bila membasahi besi boleh menyebabkan hakisan .Keasidan yang terkandung dalam air asam disebabkan terutamanya oleh kandungan ion hidrogen (H +) bebas pada air hujan. Tingginya kandungan ion hidrogen bebas tersebut disebabkan oleh hasil pembakaran yang menggunakan bahan bakar minyak dan arang batu yang digunakan oleh kereta, kilang, dan sebagainya.

Hujan Asid

(13)

Sampel hujan yang dikutip adalah dalam bentuk hujan titik, setiap ukuran yang dijalankan dibuat pada suatu masa di suatu tempat dalam ruang yang telah ditetapkan. Contohnya, di dalam satu legeh hujan yang turun secara berterusan, maka tolok hujan yang digunakan khas kepada legeh itu sahaja. Sampel taburan yang diperolehi menghasilkan “space series”.

I. Tolok Hujan

Tolok hujan terbahagi kepada dua iaitu tolok hujan automatik dan tolok hujan bukan automatik. Tolok hujan bukan automatik tidak mampu untuk membuat bacaannya sendiri. Kelemahannya pula, ia perlu diperiksa setiap hari untuk mengetahui kuantiti hujan bagi setiap hari. Tolok hujan automatik pula lazimnya mempunyai perakam waktu mekanikal yang akan merakam waktu hujan turun, drum serta gelendong kertas graf, pen untuk mencatat carta hujan. Pen ini akan merakamkan jumlah berat bekas termasuk air yang dikumpul atau membuat rakaman siri kelipan yang dibuat setiap kali bekas kecil yang diketahui muatannya melimpah. Tolok ini sesuai untuk kawasan pendalaman yang jarang dikunjungi, namun begitu dari segi ekonomi ia agak mahal dan kurang jitu kerana terdedah kepada ralat. Ciri penting yang ditonjolkan oleh tolok ini ialah keamatan hujan yang dipamerkan.

Tolok piawai pula diperbuat daripada selinder tembaga bergaris pusat 5 inci, pinggir atasnya diserongkan, bertujuan untuk mengumpulkan hujan dan membolehkan air mengalir menerusi serombong ke dalam bekas besi atau kaca yang boleh diangkat. Setiap hari hujan akan dicurahkan ke dalam selinder penyukat. Sesetengah stesen mempunyai kedua-dua tolok perakam dan tolok piawai.

(14)

Tolok hujan manual

Tolok hujan automatic

II. Radio Automatik

(15)

III. Radar Satelit

Dengan berpandukan kepada konfuigurasi antena dan saiz, radar menghantar denyut tenaga elktromegnetik sebagai soroton. Gelombang ini bergerak mengikut halaju cahaya. Gelombang itu akan dipantulkan oleh awan atau partikel hujan dan kembali ke radar dan diterima oleh antena yang sama. Signal sasaran (target signal) merupakan tenaga yang dikembalikan semula ke radar. Jumlah tenaga ini akan dipaparkan pada layar radar yang dikenali sebagai “echo”. Keamatan ini menunjukkan magnitud daya yang dikembalikan yang mana merupakan ukuran bagi refleksi radar daripada hidrometer. Reflektiviti daripada suatu kumpulan hidrometer bergantung kepada:

a. Agihan saiz jatuhan

b. Jumlah partikel pada setiap satu isipadu c. Keadaan fizikal iaitu padat atau cair d. Bentuk elemen individu

e. Jika tidak simetri, aspek tersebut bergantung pada radar kerana semakin lebat hujan semakin besar reflektivitinya

1.6 Kesan dan hikmah hujan kepada manusia sejagat

Hujan merupakan anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada semua mahluk di alam semesta. Setiap titisan air yang turun dari langit menjadi sumber kehidupan bagi semua mahluk hidup. Berkat kekuasaan Sang Pencipta, pada setiap saat jutaan liter air berpindah dari lautan menuju atmosfera lalu kembali lagi menuju daratan, Malahan, seluruh kehidupan bergantung pada air ini di seluruh dunia tanpa mengira hidupan bernyawa

mahupun yang tidak bernyawa.

(16)

mengatur kitaran di alam semesta, maka mereka tidak akan pernah berjaya, walaupun dengan menggunakan seluruh teknologi yang ada di muka bumi" dipetik dari hasil karangannya di mana beliau menerangkan pendapatnya. Dalam pendapatnya juga, tanpa bayaran dan teknologi, berbilion-bilion mahluk telah hidup di bumi dan mereka semuanya boleh menikmati air melalui proses penguapan. Menurut Harun Yahya, 45 juta liter kubik air menguap dari lautan setiap tahun. Air yang menguap tersebut dibawa oleh angin yang melintasi daratan dalam bentuk awan. Setiap tahun, 3-4 juta liter air di bawa dari lautan menuju daratan untuk dapat dinikmati dan dimanfaatkan manusia. Al-Qur'an mengajak manusia untuk mensyukuri hujan sebagai kurnia yang di berikan ALLAH kepada mahluk-Nya sekalian.

Hikmah hujan

Musim kemarau dan hujan datang silih berganti dalam setiap masa. Adapun musim hujan sekarang sudah datang dan bersama kita. Hampir setiap hari, kadang pagi, siang, petang dan kadangkala malam hujan atau gerimis turun ke permukaan bumi. Sudahkah kita mensyukuri rezeki air yang turun dari langit tersebut? Atau sebaliknya kufur kepada nikmat yang diberikan Allah SWT. Ketika seseorang bersyukur kepada Allah, ketika datang hujan akan mengucapkan syukur Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah. Menerima dengan senang hati akan datangnya hujan, memanfaatkan airnya untuk hal-hal yang positif, seperti mencuci atau membersih lantai yang kotor. Ketika keluar rumah mereka akan mempersiapkan payung ataupun pakaian hujan. Yang ada dalam hati adalah rasa syukur dan gembira kerana terdapat air yang turun ke bumi dengan perantaraan hujan.

(17)

Untuk menjadi orang yang bersyukur, memerlukan latihan iatu latihan zahir dan batin secara berterusan. Hal ini kerana bersyukur merupakan satu pekerjaan yang tidak mudah maka Allah menggolongkan, orang yang bersyukur adalah golongan minoriti (golongan Yang sedikit). Allah menjelaskan, “Dan sedikit sekali dari hamba hamba-Ku yang bersyukur” (Surah Saba 34: 13).

Dengan adanya hujan, sebenarnya terdapat banyak hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil, contohnya dalam aspek pertanian, berbagai-bagai macam tanaman yang kita perlukan menjadi mudah untuk tumbuh segar. Dalam aspek ekonomi, kadar dan penjualan payung serta baju hujan meningkat, manakala haiwan ternakan mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi.

Hujan merupakan dalil dan bukti yang menunjukkan kebenaran dan kebesaran Allah, yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Allah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa Dialah yang menurunkan hujan yang ditumbuhi oleh tanam-tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Dijelaskan dalam Al-Quran, “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti” (Surah Al-Baqarah, 2: 164).

Semua makhluk yang hidup, segolongan dari mereka mungkin tidak merasakan manfaat dari hujan tersebut. Berbagai-bagai tanaman menjadi tumbuh dengan subur. Makanan untuk ternakan mereka juga menjadi tidak menjadi masalah dan mencukupi. Segala puji bagi Allah S.W.T., atas kekuasaannya, segala makanan pokok-pokok dan haiwan-haiwan untuk manusia telah disediakan oleh Allah SWT. Semua adalah nikmat Allah yang tidak layak untuk kita dustakan.

(18)

buah-buahan yang beraneka ragam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu, ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada pula yang hitam pekat. Dan demikian pula di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa, dan haiwan-haiwan ternakan dan yang bermacam-macam warnanya. Dalam kalangan hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama. Sungguh Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun.”(Surah Faathir, 35:27-28)

Sebagai hamba yang beriman, selayaknya selalu berprasangka baik atas setiap pemberian Allah, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Semua ada hikmah dan manfaatnya. Selalu bersyukur, sehingga rahmat dan nikmat Allah selalu bertambah. Dalam pada itu, hamba yang mengkufuri nikmat, azab Allah sangatlah pedih. Kita berdoa, semoga musibah dan bencana yang datang seperti banjir, gunung meletus, kelaparan, kemiskinan, gempa bumi bukanlah azab dan bencana.

Akan tetapi, segala azab dan bencana adalah ujian dan dugaan bagi orang yang beriman. Bagi segolongan manusia yang sedang tertimpa musibah, hendaklah tertanam pada dirinya sifat sabar, berprasangka baik, tidak ego, tidak saling menyalahkan Antara satu sama lain, qona’ah (menerima apa yang ada), serta sentiasa berdoa kepada Allah agar sanggup dan sabar dalam menghadapi ujian tersebut.

Referensi

Dokumen terkait