• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL QURA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL QURA"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT

AL-QURAN

PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas

persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah

berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada

setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya

dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia

mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf

ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas

samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan

amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti

percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat

di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia

daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan

anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta

menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan

terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah

perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

(2)

A- Sperma B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung

minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang

sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar

makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna

segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata

kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang

diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa

maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat

pacat atau lintah

suatu buku atau ketulan darah

(3)

PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada

minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali

di dalam Quran iaitu surah Hajj ayat 5 dan surah

al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf

tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem

pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam

otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung

bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya,

darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi

membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi

sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam

dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang

mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah

dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da

kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

(4)

tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem

pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga

ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ

pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan

lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan

juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin

sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan

lengkap.

Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR

: Pada peringkat ini iaitu menjelang

minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan

pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke

peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah

terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh.

Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap

menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk

menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun

perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada

(5)

Janin mendapat makanan melalui uri

PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam

menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang

berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh

ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya

organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan

mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di

alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses

perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai

hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian

sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah

al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu

membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan

disisi Allah s.w.t

Kejadian Manusia Menurut Sains

(6)

Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.

1) Tahap Pre-embrionik

Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring

pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

2) Tahap Embrionik

Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

3) Tahap fetus

Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.

(7)

Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.

Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.

Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia, dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.

Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.

Referensi

Dokumen terkait

sehing ingga ga pe pelay layana anan n di di str strata ata pri primer mer dis disebu ebut t seb sebaga agaii gatekeeper  gatekeeper    atau   atau sebagai kontak

Odgovori koje Raguž potom nudi s obzirom na misionarsku krizu, jesu teološki: misionarska se svijest danas može ponovno obnoviti samo ako se oživi vjera u misionarskoga Boga, dakle

Sesuai dengan pasal 51 ayat (1) UU nomor 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional, bahwa pengelolaan satuan pendidikan dilaksanakan dengan prinsip Manajemen Berbasis

Performa kelinci yang diberi pakan berupa pelet lebih baik dibandingkan dengan kelinci yang diberi pakan berupa butiran atau mash, hal ini dikarenakan ternak

1) Aktivitas mahasiswa memperhatikan uraian materi oleh guru, berada pada kategori baik sekali. 2) Aktivitas mahasiswa mengajukan pertanyaan kepada guru, sudah

Oleh karena itu, bakal calon DPRD mengajukan banding kepada Badan Pengawas Pemilu ( Bawaslu ) Kota Balikpapan untuk memperbaiki surat keterangan pengganti ijazah yang

Pengembangan keprofesian berkelanjutan dapat dilakukan di internal sekolah, eksternal-antar sekolah maupun melibatkan kepakaran lain yang dimungkinkan untuk dilakukan

Untuk mengetahui pengaruh kecerdasan spiritual, kecerdasan intelektual dan kecerdasan emosional terhadap prestasi belajar pada siswa IPS kelas XI di SMA Negeri 01