PENGARUH KERAJAAN SRIWIJAYA TERHADAP PERKEMBANGAN KERAJAAN-KERAJAAN LAIN DI KEPULAUAN MELAYU.
Secara keseluruhannya Sriwijaya itu digambarkan oleh orentalis barat sebagai sebuah
negara yang mengamalkan agama Buddha. Sriwijaya itu bermaksud Cahaya Kemenangan.
Dalam penulisan Hamka disebutkan betapa kerajaan Hindu-Buddha di Nusantara ini amat
membenci kewujudan dan kedatangan Islam disini dan ia menjadi satu rencana istimewa
mereka untuk menghancurkan Islam di Nusantara1. Usaha ini dmasih berlanjutan sehingga
hari ini sekiranya kita menyoroti perkembangan politik semasa di rantau Alam Melayu.
Dalam beberapa hikayat dan sastera Jawa Kuno ada menyebut perihalan ini, dan disamping
itu semangat Perang Salib yang dibawa Barat pada waktu itu juga memungkinkan sejarah ini
terkubur. Di akhir penulisan Hamka, beliau mengatakan penjelasan tentang tamadun Islam di
Alam Melayu harus dipanjangkan lagi penyelidikannya. Secara peribadinya penulisan Hamka
agak berbeza dengan buku-buku penulisan Barat dari segi tahun-tahunnya. Namun isi
kandungan yang dinyatakan beliau itu ditulis serba ringkas dan ada fakta yang digarap masih
boleh dipertikaikan, pada saya amatlah bermanfaat untuk dijadikan sebagai teras utama
pengkajian Alam Melayu ini.
Secara umumnya ramai yang sudah mengetahui bahawa Sriwijaya ini adalah sebuah
kerajaan yang terletak di Sumatera. Ibu kotanya berpusat di Palembang di dalam Sumatera.
Kerajaannya menjangkau sehingga ke Kemboja dan seluruh kepulauan Melayu. Menurut
Coedes, telah berlaku proses Indianisasi di Alam Melayu yang turut membawa pengaruh
bahasa, undang-undang, sastera dan lain-lain lagi. Pengaruh-pengaruh ini dibawa oleh
golongan Brahmin2 yang akhirnya di serap oleh negeri-negeri Melayu terutama sekali kepada
1 Buya Hamka,1980, Sejarah Umat Islam Jilid 4, Pustaka Antara, hlm433.
Sriwijaya dan telah menjadikan Sriwijaya sebagai pusat keagamaan terunggul di Alam
Melayu. Syair Tamil iaitu Pattinappalai yang disusun pada 1M telah menyebut tentang
Kalagam (Kedah) begitu juga dalam Kiskindha Kanda dalam Epik Ramayana yang menyebut
tentang Suvarnadvipa yang kemudiaannya dikenali sebagai Sumatera.3 Kesan pengaruh
agama ini dibuktikan pelbagai penemuan patung-patung Hindu, Inskripsi dari ukiran batu dan
candi yang dapat dilihat di negeri Kedah, Perak dan Perlis dengan jumpaan kepingan tanah
liat yang mempunyai tulisan mantera dan arca yang mempunyai persamaan dengan yang
terdapat di Palembang.4 Menurut sebuah Inskripsi bertarikh 775M yang ditemui di pantai
timur Malaysia Raja-raja Sriwijaya telah diraikan oleh pendeta Buddha sebagai Penaung
Dewa Ular. Pengaruh Buddha ini juga dapat dilihat di sepanjang pantai Sumatera dan Jawa
hingga kini.5 Selain itu Sriwijaya turut membina semula sebuah Kuil Toa bernama Tien Qing
di China sekitar 1067M dan turut membeli tanah sawah yang hasilnya digunakan bagi
menampung perbelanjaan kuil tersebut.6 Pada abad ke 7 Maharaja Sriwijaya telah
menyediakan sebuah biara di Nagapattnam bagi memudahkan orang-orang Melayu untuk
belajar agama di sana. Disamping itu biara ini berfungsi sebagai tempat para pedagang dari
Alam Melayu berkumpul. Atas sebab itulah kesenian Buddha iaitu senibina, pembuatan arca,
lukisan dan syair yang dilihat dan dipelajari oleh orang-orang Melayu dari Biara Nalanda ini
telah dibawa pulang ke tempat masing-masing menyebabkan pengaruh keindiaan ini di bawa
masuk ke Alam Melayu dan bukanlah pengaruh itu dibawa masuk oleh orang India dan
pengaruh ini kemudiannya diasimilasi dengan cara dan kebudayaan tempatan7 maka atas
3 O.W Walters, 1989, Perdagangan Awal Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 22.
4 Mohd Supian Sabtu, 2002, Tamadun Awal Lembah Bujang, Dewan Bahasa Pustaka, hlm 10.
5 Kenneth R. Hall, 1992, Economic History of Early Southeast Asia dalam The Cambridge History of South
East Asia Volume I, Cambridge University Press, hlm 202.
6 Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhami Nik Abd. Rahman, 2008, Zaman Klasik Di Nusantara:
Tumpuan Kajian di Sumatera, Dewan Bahasa & Pustaka hlm 311.
sebab itulah kita dapat melihat berlaku percantuman agama di Alam Melayu yang dinamakan
sebagai Shiva Buddha.
Selain itu sebagai sebuah empayar yang besar itu maka secara tidak lansung
Sriwijaya ini menjadi sebuah negara yang mempunyai pelabuhan entrepot. Kedudukannya
yang strategik terletak di pertengahan antara India dan China telah menjadikan negara ini
begitu kaya raya. Terdapat pelbagai teori yang menyatakan lokasi sebenar kerajaan ini
antaranya di Ligor dan Kedah. Namun buat masa ini mengikut sumber arkeologi
Palembanglah dipersetujui sebagai pusat kuasa emporium ini. Ada kemungkinan sebelum
Palembang dijadikan kota utama Dapunta Hyang telah menawan kawasan-kawasan
sekitarnya terlebih dahulu seperi Karangberahi, Kota Kapur dan Bungkuk8. Hakikatnya
selama ratusan tahun sebelum munculnya Sriwijaya telah muncul pelabuhan-pelabuhan kecil
di Alam Melayu sebagai contohnya Kedah, Malayu dan Barus namun kemunculan kerajaan
Sriwijaya sebagai sebuah kuasa baru yang menguasai pelabuhan-pelabuhan ini telah
menjadikan Alam Melayu lebih terkenal9 dan telah mempertemukan dunia Timur dan Barat
secara lansung. Faktor peluasan kuasa ini disebabkan persaingan diantara Palembang dan
negeri – negeri sekitarnya yang turut sama bersaingan bagi mendapatkan perhatian pedagang
dari China pada abad ke 5-7.10
Walaupun Palembang menjadi pusat pengumpulan segala barangan dagangan
namun ia turut memberi kesan ekonomi secara tidak lansung kepada negeri periphery seperti
Kedah, Champa dan Jawa. Kemunculan core ini turut membentuk tentera laut yang selain
bertugas untuk menjajah kawasan-kawasan baru ia juga menjadi pengawal keselamatan bagi
para pedagang di sepanjang Selat Melaka. Ini secara tidak lansung telah menarik minat para
8 Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhami Nik Abd. Rahman, 2008, Zaman Klasik Di Nusantara:
Tumpuan Kajian di Sumatera, hlm 307.
9 Kenneth R. Hall, 1992, Economic History of Early Southeast Asia, hlm 202
pedagang dari seluruh dunia untuk datang berdagang. Tanpa kawalan dan pengawasan ini
para pedagang berkemungkinan besar akan beralih arah ke pelabuhan-pelabuhan lain yang
lebih selamat.11 Selain itu dipercayai bahawa kejayaan Sriwijaya menjadi pelabuhan entrepot
ialah kerana semua negeri takluk diarahkan supaya mengarahkan kapal-kapal dagang dari
China ini hanya singgah di pelabuhan Palembang.12 Barangan yang di import oleh Sriwijaya
ialah seramik, wangi-wangian dan manik-manik manakala barangan eksportnya pula ialah
kemeyan, kapur barus, damar, lada, emas dan perak.13
Kejayaan Sriwijaya ini turut menarik minat pedagang Arab untuk sampai ke
Palembang dan mereka memanggil Sriwijaya sebagai Zabag atau Sribuza. Menurut
al-Masudi pada tahun 955M Maharaja Sriwijaya memiliki empayar yang sangat luas dan
kekuasaannya mencakupi 6 lautan hingga ke laut Annam (Champa). dan dari benua
dipenuhi dengan pelbagai tanaman. Putera ini juga mempunyai kepulauan Zabag dan Ramni
dan banyak lagi yang saya tidak dapat namakan dan kerajaan Sriwijaya berkuasa atas
semua laut yang keenam, atau lautan Campa (iaitu Annam). Ibn Sa'id pada abad ke-13 pula
mengatakan kerajaan Zâbag sangat terkenal dikalangan pengembara. Pulau yang terbesar
ialah Sribuza, 400 batu panjang (utara ke selatan) dan 160 batu lebar, untuk memasuki
negeri tersebut melalui jalan air dan pusatnya dikenali sebagai Sribuza, sehingga yang satu
cabang daripada menembusi laut, terletak di tengah-tengah pulau itu. Menurut beliau lagi
emas terbaik boleh di dapati di sana. Maharaja mereka diperkirakan sebagai antara
Maharaja yang sangat kaya di kalangan raja-raja terkaya di India, dan beliau memiliki
bilangan terbesar gajah. Kepulauan yang terbesar di Nusantara ini terletak kota Maharaja
11 Kenneth R. Hall, 1992, Economic History of Early Southeast Asia, hlm 202.
12O.W Walters, 1989, Perdagangan Awal Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 324.
13 Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhami Nik Abd. Rahman, 2008, Zaman Klasik Di Nusantara:
dimana keluasannya adalah 200 batu panjang dan kira-kira 100 batu lebar.14 Dari Fansur
dihasilkan kapur barus manakala dari Kedah dihasilkan timah dan emas. Maharaja ini juga
menguasai perdagangan dari Siraf dan Oman.15
Pada pendapat Roland Braddell, para pedagang Arab menyebut Sriwijaya
sebagai Zabag (Sabak). Abu Zyad Hasan didalam kitab Akhbar as-sin wa I-hind (Hikayat
China dan India) menyebut bahawa para pedagang Arab akan singgah ke Kedah untuk
mengisi air dan mendapatkan bekalan makanan sebelum meneruskan pelayaran.16
Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni mencatatkan bahawa Kepulauan Zabaj itu juga disebut
sebagai Suvarnadipa (Pulau Emas) oleh orang-orang Hindu.17 Antara buku –buku penulisan
dari Arab yang menerangkan tentang Kerajaan-kerajaan Nusantara ialah:
1) Al Masalik wal Mamalik (Book of Roads and Kingdoms) – Ibnu Khardazbah
2) Kitab al-Buldan (Concise Books of Lands) – Ibnu Faqih
3) Silsilat at Tawarikh – Saudagar Sulaiman dan Abu Zeidal Hassan
4) Muruju’z Zahab (Meadows of Gold) – Al-Mas’udi
5) Kitab al-Hind (The Book of India) – Al Biruni
6) Akhbar al-Sin wa’l-Hind - Abu Zaid
7) Kitab al-buldan - Ya’qubi18
14 Nilakanta Sastri K. A, 1946, Sri Vijaya, Bulletin de l'Ecole Française d'Extrême-Orient, hlm 271. 15 Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhami Nik Abd. Rahman, 2008, Zaman Klasik Di Nusantara:
Tumpuan Kajian di Sumatera, hlm 309.
16 Nilakanta Sastri K. A, 1946, Sri Vijaya, hlm 71.
17 Paul Wheatly, 1964, Impressions of the Malay Peninsula in Ancient Times, Eastern Universities Press, hlm
33.
Dari sudut bahasa pula kerajaan Sriwijaya telah menjadi pusat pengembangan bahasa
saskrit. Ketibaan I-Tsing pada 685M di Sriwijaya telah membuktikan bahawa bahasa sanskrti
begitu penting di rantau alam Melayu dan China terutama sekali dalam bidang keagaamaan. I
Tsing telah menterjemahkan Kitab Tripitaka ke bahasa Cina19 pengaruh bahasa sanskrit telah
diasimilasikan dengan bahasa Melayu semenjak abad ke 8 lagi melalui penemuan beberapa
batu bersurat di Sumatera terutama sekali di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, kepingan besi
Laguna di Filippina dan lain-lain lagi.20
Menariknya lagi Sriwijaya mengamalkan hieraki pentadbiran dan kuasa diantara
golongan raja dan bangsawasan. Setiap provinsi (mandala) ini diketuai oleh seorang datu dan
datu tersebut mestilah seorang putera raja atau bangsawan. Di bawah setiap datu dilantik pula
seorang hulubalang yang menjadi ketua tentera di mandala tersebut.21 Selain mentadbir
kawasan mandala masing -masing, datu dan hulubalang ini pula menyediakan tenaga tentera
apabila diperlukan. Maka tidak tidak hairanlah Sriwijaya mempunyai angkatan ketenteraan
yang kuat kerana ia bergantung kepada angkatan laut dari kawasan-kawasan yang
memberikan taat setia kepadanya yang datangnya dari kawasan selatan Selat Melaka.22
Pewarisan takhta juga hanya layak kepada anak raja kelas pertama hingga ke ketiga manakala
kelas keempat tidak layak kerana mereka biasanya terdiri daripada anak isteri kedua atau
anak gundik. Manakala kelas bangsawan pula terdiri kepada dua iaitu kelas pertama
anak-anak Raja dan kelas kedua pula terdiri dari pelbagai golongan pegawai seperti Nayaka
(Bendahari), Haji Prayatya (Temenggung) dan lain-lain.23
19 Nia Kurnia Sholihat Irfan, 1983, Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya, Grimuti Pesaka, hlm 21.
20 Mohd Dahlan Monsoer, 1979, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa Pustaka, hln 72. 21 Nia Kurnia Sholihat Irfan, 1983, Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya, Grimuti Pesaka, hlm 304.
22 O.W Walters, 1989, Perdagangan Awal Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 323.
23 Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhami Nik Abd. Rahman, 2008, Zaman Klasik Di Nusantara:
Bibliografi
Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhami Nik Abd. Rahman, 2008, Zaman
Klasik Di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera, Dewan Bahasa & Pustaka.
Buya Hamka, 1980, Sejarah Umat Islam Jilid 4, Pustaka Antara.
D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa & Pustaka.
George Coedes, 1971, The Indianized States of South East Asia, University Press of Hawaii
Kenneth R. Hall, 1992, Economic History of Early Southeast Asia dalam The Cambridge
History of South East Asia Volume I, Cambridge University Press.
Mohd Dahlan Monsoer, 1979, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa Pustaka
Mohd Supian Sabtu, 2002, Tamadun Awal Lembah Bujang, Dewan Bahasa Pustaka.
Nia Kurnia Sholihat Irfan, 1983, Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan
Perkembangannya, Grimuti Pesaka.
O.W Walters, 1989, Perdagangan Awal Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paul Wheatly, 1964, Impressions of the Malay Peninsula in Ancient Times, Eastern
Universities Press.
Jurnal
Nilakanta Sastri K. A, 1946, Sri Vijaya, Bulletin de l'Ecole Française d'Extrême-Orient.
Kertas Kerja
Ahmad Jelani Halimi, 7 Mac 2011, Hubungan Awal Arab Nusantara (Abad 1– Abad ke 15),