• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

528

TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI

KANDUNGAN (PPIK) BAGI GURU DALAM MATA

SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH

Khairunnisa Abd Hamid, Anuar Ahmad

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) dalam kalangan guru sejarah di sekolah menengah. Kajian berbentuk tinjauan, yang dijalankan terhadap guru-guru sejarah di beberapa sekolah sekitar Daerah Hulu Langat dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel guru yang terlibat berjumlah 70 orang guru (17 lelaki dan 53 perempuan). Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for the Social Windows (SPSS) versi 22 untuk menganalisis data kajian. Hasil analisis kajian mendapati tahap Pedagogi, Isi Kandungan dan PPIK berada pada tahap yang tinggi. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa aspek dalam Pedagogi, Isi Kandungan serta PPIK yang masih berada di tahap sederhana dalam kalangan guru sejarah sama ada opsyen atau bukan opsyen. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam harus dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru dalam kalangan guru sejarah terutamanya di sekolah menengah.

Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Isi Kandungan, Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), guru sejarah.

ABSTRACT

The study examines the level of knowledge of Pedagogy, Content and Pedagogical Content Knowledge (PCK) among History Teachers in secondary schools. Survey study, conducted on history teachers in some schools around the district by using questionnaires. Samples of teachers involved 70 teachers (17 males and 53 female). This study used the software Statistical Package for the Social Windows (SPSS) version 22 for analyzing the study data. The analysis results showed that the level of Pedagogy, Content and Pedagogical Content Knowledge (PCK) is at a high level. However, there are also some aspects of Pedagogy, Content and PCK still in a moderate level among teachers of history either option or not an option. Therefore, further research should be improved in order to enhance teacher professionalism among teachers, especially in secondary school history.

Keywords: pedagogical knowledge, Knowledge Content, Pedagogical Content Knowledge (PCK), a history teacher.

PENGENALAN

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) ialah sejenis pengetahuan yang unik dan penting bagi seseorang yang bergelar guru. Hal ini kerana seseorang guru perlu melibatkan cara mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimilikinya dengan pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar) kepada muridnya. I

(2)

529

pengetahuan Pedagogi dan Isi kandungan; (5) Pengetahuan tentang Pelajar dan ciri-ciri pelajar; (6) pengetahuan tentang konteks pendidikan; (7) pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Oleh yang demikian, seseorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran, seharusnya mempunyai ketujuh-tujuh domain di atas. Namun, begitu, PPIK yang ada dalam salah satu domain di atas sangat memainkan peranan penting dalam bidang perguruan apatah lagi terhadap guru bukan opsyen.

Bertitik tolak daripada kenyataan Shulman (1987), banyak kajian berkaitan PPIK telah dijalankan terhadap pelbagai mata pelajaran. Antaranya, kajian Tengku Zawawi, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib (2009) berkaitan PPIK Matematik Sekolah Rendah, Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010) berkaitan PPIK dalam Pendidikan Islam, Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011) berkaitan PPIK dalam Fizik, Rozaiman M. Zamri Mahmod, dan Noor Izam et al (2011) berkaitan PPIK dalam Kesusasteraan Melayu, Zalipah Zakaria (2011) berkaitan PPIK dalam Biologi, Zamri Mahmod (2012) berkaitan PPIK dalam Bahasa Iban, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan dan Mahat Afifi (2012) berkaitan PPIK dalam Bahasa Arab. Namun, PPIK bagi mata pelajaran Sejarah masih kurang dikaji. Oleh itu, pengkaji akan memfokuskan kajian PPIK ini dalam mata pelajaran Sejarah terhadap guru Sejarah.

Menurut Anuar (2009), keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Guru Sejarah yang baik seharusnya menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional di hadapan muridnya. Oleh yang demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran terutamanya Sejarah seharusnya menguasai Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan (PPIK) agar penyampaian yang disampaikan kepada murid adalah tepat, jelas dan mencapai objektif pembelajaran pada masa itu.

Hakikatnya, kelemahan dan kepincangan yang sering berlaku dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran antaranya berpunca daripada tahap penguasaan PPIK yang lemah dalam kalangan guru ( Howey 1999; Wang, Guo, Chiang &Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakkan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Disamping itu, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990).

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap Pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sejarah di Sekolah Menengah terutamanya guru-guru bukan Opsyen Sejarah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif ini adalah untuk:

1. Menengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi guru Sejarah Sekolah Menengah. 2. Mengenalpasti tahap Pengetahuan Isi Kandungan guru Sejarah Sekolah Menengah.

(3)

530

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan dalam Pedagogi yang dipunyai oleh guru Sejarah Sekolah Menengah? 2. Apakah tahap pengetahuan Isi Kandungan guru Sejarah Sekolah Menengah?

3. Apakah tahap dalam Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sekolah Menengah berfokuskan kepada guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah?

SOROTAN LITERATUR

Kepentingan pengetahuan isi kandungan yang dipunyai oleh guru Sejarah

Fokus utama kandungan Kurikulum pendidikan Sejarah adalah pengetahuan dan pemahaman akan Sejarah Negara Malaysia. Guru-guru Sejarah telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kandungan Kurikulum ini dengan sebaiknya. Selain kandungan Kurikulum Sejarah, guru-guru harus mengetahui struktur disiplin Sejarah yang meliputi inkuiri dalam sejarah, pegumpulan sumber, kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan sejarah, pemahaman sejarah dan empati (Huraian Sukatan pelajaran, 2002). Pengetahuan terhadap struktur ini akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat disampaikan dengan lebih dinamik. Oleh itu, sebagai seorang guru sejarah, seharusnya menguasai kandungan kurikulum dan struktur disiplin sejarah ini sepenuhya dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebanyakkan kajian lepas mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah tidak menguasai Sukatan Pelajaran dan Kurikulum Sejarah (Rosnanaini Sulaiman, 2003; Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail, 2007; Janimah Suhaimi, 2011). Pengetahuan yang terbatas mengenai mata pelajaran yang diajar akan menyebabkan penyampaian guru tersebut lemah sekaligus menyukarkan pemahaman pelajar. Perkara ini meliputi semua guru Sejarah sama ada yang berpengalaman atau guru baru lepasan Institut Perguruan (Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustpha dan Abdul Razak Habib, 2009). Hal ini kerana terdapat guru-guru yang berpengalaman tidak mempunyai tahap PPIK yang sepadan dengan jumlah tahun pengalamannya. Justeru, pengetahuan Isi Kandungan Harus dikuasai oleh semua guru termasuklah guru Sejarah lebih-lebih lagi guru bukan Opsyen Sejarah.

Kepentingan pengetahuan Pedagogi guru Sejarah

Dalam konteks seorang guru, pengetahuan pedagogi seharusnya telah dikuasai oleh setiap guru yang lepasan institut perguruan mahupun universiti. Namun, masih wujud kelemahan dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah unsur pedagogi terutamanya mata pelajaran Sejarah (Zahara Aziz, Hamzan Saffarina 2012). Penerapan pedagogi memberikan kesan positif (Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharipah Nor Puteh, 2012) dan sederhana positif (Zahara Aziz, Nurliah Jair 2009) apabila pelbagai kaedah diterapkan kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu sentiasa mengambil inisiatif dalam mencari kaedah dan teknik yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sekolah Menengah berfokus kepada guru bukan opsyen Sejarah

(4)

531

Kelemahan ini perlu diatasi oleh semua guru dalam memantapkan profesion keguruan. Meskipun kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah disebabkan oleh guru semata-mata (Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Nurul Huda Hasan, Mahat Afifi, 2012; dan Zaharah Aziz, Hamzan Saffarina, 2012), guru-guru perlu mengambil positif dalam memantapkan prestasi diri untuk menambahbaik lagi penguasaan PPIK guru meskipun sudah mempunyai pengalaman yang cukup banyak.

Masalah guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah

Secara dasarnya, tiada kurikulum khusus bagi pendidikan guru bukan opsyen Sejarah yang perlu mengajar mata pelajaran Sejarah. Hal ini berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab untuk melatih guru sejarah tidak mempunyai panduan khusus untuk melatih guru sains sosial terutamanya Sejarah. Oleh yang demikian, tiada bentuk ilmu pengetahuan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru bukan opsyen ini melaksanakan proses pengajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang dapat dijadikan panduan tentang pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diberi kepada bakal guru sejarah termasuklah guru bukan opsyen Sejarah seperti Wilson dan Wineburg (1988) dan Kaya Yilmaz (2009). Tanggapan pihak pentadbir yang mengambil ringan tentang soal keperluan guru mengajar mata pelajaran opsyen di sekolah terutamanya mata pelajaran Sejarah (Janimah Suhaimin, 2011). Tanggapan ringan seperti ini akan mengundang masalah di kemudian hari jika guru-guru bukan opsyen ini tidak diberi kursus dalaman tentang pengajaran Sejarah sebenarnya. Hal ini disokong dengan kajian oleh Satveer Kaur (1998) mendapati guru-guru yang mendapat kursus dalaman berkenaan tatacara penggunaan bahan-bahan media untuk pendidikan lebih mempelbagaikan bahan media berbanding dengan guru yang tidak pernah mengikuti kursus, kerap menggunakan buku teks dan bahan rujukan.

METODOLOGI

Kaedah kajian ini berbentuk tinjauan dan memilih kaedah persampelan bertujuan iaitu sampel terdiri daripada kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah sahaja sama ada opsyen sejarah atau tidak.

Kajian ini telah dijalankan di kalangan guru-guru Sejarah Sekolah Menengah di beberapa sekolah dalam Daerah Hulu Langat. Seramai 70 orang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini daripada pelbagai jenis sekolah. Agihan guru mengikut jantina lelaki dan perempuan adalah 70 guru sejarah yang terdiri daripada 84.3% Melayu (59), 1.4% Cina (1), 12.9% India (9), dan 1.4% lain-lain (1). Kajian ini bertujuan meninjau tahap Pengetahuan Pedagogi, pengetahuan Isi Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan terhadap guru-guru Sejarah Sekolah Menengah terutamanya guru bukan Opsyen Sejarah.

Instrumen Kajian

Satu set instrumen kajian telah dibina dan mengandungi 4 bahagian iaitu Biodata Responden, Komponen Pedagogi Sejarah, Komponen Isi Kandungan Sejarah dan Komponen Pedagogi Isi Kandungan Sejarah. Borang soal selidik berskala lima mata daripada “sangat tidak setuju” kepada “sangat setuju”. Item-item dibina berdasarkan usaha penyelidik meneliti sorotan penulisan yang berkaitan dengan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan bagi mata pelajaran lain. Pecahan item adalah seperti berikut:

(5)

532

Kajian rintis turut dilakukan dengan melibatkan enam orang guru bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap aspek item. Hasil kajian rintis mendapati nilai Cronbach alpha bagi setiap konstruk adalah 0.78 (Pedagogi), 0.75 (Isi kandungan) dan 0.84 (PPIK). Hal ini memberi petunjuk yang baik tentang kebolehpercayaan instrumen dalam mengukur aspek-aspek berkaitan.

Analisis Data

Data kajian dianalisis dengan perisian Statical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Proses menganalisis data hanya melibatkan analisis deskriptif sahaja. Oleh itu, dapatan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi satu negeri Selangor. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat berkaitan biodata responden seperti jantina, umur, kau, jenis sekolah yang diajar, gred jawatan. Di samping itu, analisis deskriptif turut memerihalkan tahun pengalaman mengajar, Opsyen mengajar, serta keterlibatan guru dalam menghadiri kursus dalam perkhidmatan. Statistik yang digunakan dalam analisis deskriptif ini adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Data-data berikut diinterpretasi dengan merujuk kepada skor min yang diperoleh melalui julat skala berikut:

Jadual 1: Julat Skala

Julat skala Interpretasi skor min

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi

Sumber: Jamil Ahmad (2002)

DAPATAN KAJIAN

Latar belakang demografi

Jadual-jadual berikut menunjukkan sebanyak 70 guru sejarah terdiri daripada 24.3%(17) guru lelaki dan 75.7%(53) guru perempuan. Dari segi taburan bangsa, sebanyak 84.3%(59) guru berbangsa Melayu, 12.9%(9) guru berbangsa India, 1.4%(1) guru berbangsa Cina dan guru yang mempunyai lain-lain bangsa adalah 1.4%(1). Dari segi jenis sekolah, 88.6%(62) guru daripada sekolah menengah kebangsaan, 5.7%(4) sekolah menengah kebangsaan agama, 4.3%(3) sekolah menengah bantuan kerajaan dan 1.4%(1) sekolah berasrama penuh.

Jadual 1: latar belakang mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratus%

Lelaki 17 24.3

Perempuan 53 75.7

Jumlah 70 100

Jadual 2: latar belakang mengikut bangsa

Jantina Kekerapan Peratus%

Melayu 59 84.3

India 9 12.9

Cina 1 1.40

Lain-lain 1 1.40

(6)

533

Jadual 3: latar belakang mengikut jenis sekolah

Jenis sekolah Kekerapan Peratus%

Sekolah Menengah Kebangsaaan 62 88.6

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 4 5.7

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 3 4.3

Sekolah Berasrama Penuh 1 1.4

Jumlah 70 100

Jadual 4: latar belakang mengikut gred jawatan

Gred jawatan Kekerapan Peratus%

DG 41 24 34.3

DG44 28 40.0

DG 48 17 24.3

DG 52 1 1.40

Jumlah 70 100

Jadual 5: latar belakang mengikut opsyen sejarah

Opsyen sejarah Kekerapan Peratus%

Ya 44 62.9

tidak 26 37.1

Jumlah 70 100

Jadual 6: latar belakang mengikut kehadiran menyertai kursus dalam perkhidmatan berkaitan mata pelajaran sejarah

Kursus dalam perkhidmatan Kekerapan Peratus%

Ya 38 54.3

tidak 32 45.7

Jumlah 70 100

Jadual 8 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item yang dijawab oleh guru sejarah. skor min bagi setiap soalan diinterpretasikan mengikut julat skala seperti dalam jadual 7.

Berdasarkan jadual 8, tahap pengetahuan pedagogi bagi setiap aspek yang dikaji adalah tinggi melainkan penggunaan bahan visual dan multimedia berada pada tahap sederhana. Min paling dominan dalam aspek pengetahuan pedagogi adalah kepelbagaian kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar iaitu sebanyak 4.24.

(7)

534

Jadual 8: Tahap Pengetahuan Pedagogi Guru Sejarah

Item Pedagogi Guru Min Sisihan

Piawai

Tahap

B1 Saya memastikan pengajaran Sejarah lebih berorientasikan pelajar berbanding penguasaan guru

4.15 0.69 tinggi

B2 Saya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar

4.24 0.60 tinggi

B3 Saya mengadakan aktiviti perbincangan secara berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.21 0.69 tinggi

B4 Saya menggunakan bahan visual dan multimedia bagi memudahkan pemahaman murid saya

4.00 0.76 sederhana

B5 Sumber pertama yang digunakan oleh guru dalam kelas sejarah memberikan pengalaman bermakna kepada saya

4.18 0.62 tinggi

B6 Sumber kedua berupa artikel, jurnal, unsur sastera banyak membantu saya memahami sejarah sebelum bermulanya sesi pengajaran

4.10 0.68 tinggi

Jadual 9: Tahap Pengetahuan Isi Kandungan Yang Dikuasai Oleh Guru Sejarah iItem

Isi Kandungan guru min Sisihan

piawai tahap C1

Saya membuat rujukan pengajaran dan pembelajaran saya bergantung semata-mata buku teks

3.37 1.18 sederhana

C2 Saya menguasai semua isi kandungan

buku teks tersebut 4.02 0.63 tinggi

C3 Buku teks Sejarah adalah bahan bantu

mengajar saya yang sangat berkesan 4.02 0.70 tinggi C4

Saya dapat memahami semua objektif pembelajaran yang akan disampaikan dalam kelas

4.28 0.61 tinggi

C5

Saya memahami setiap kemahiran pemikiran sejarah yang ingi diterapkan dalam kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah

4.10 0.74 tinggi

C6

Saya mampu menerapkan nilai-nilai patriotism dalam pengajaran dan pembelajaran saya

4.27 0.63 tinggi

C7

Saya dapat membentuk kronologi tajuk Sejarah bagi meningkatkan pemahaman murid saya

4.32 0.63 tinggi

C8

Saya menggunakan semua maklumat tambahan buku teks seperti Alamat Laman Web, Tahukah Anda dan Sudut Maklumat bagi membantu sesi pengajaran saya

(8)

535

Jadual 10: Tahap pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) di kalangan guru Sejarah Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru min Sisihan

piawai tahap

menarik minat saya untuk mengajar 4.02 0.72 tinggi

D3 Saya dapat mengaitkan tajuk-tajuk Sejarah

dengan aplikasi kehidupan harian 4.27 0.58 tinggi

D4 Saya berinteraksi dan berbincang dengan pelajar saya bagi mengaitkan fakta- sejarah dengan isu-isu semasa

4.35 0.59 tinggi

D5 Saya dapat menyampaikan maklumat, fakta berkaitan dan konsep Pemikiran Sejarah dengan jelas

4.24 0.60 tinggi

D6 Saya mampu memperbetulkan kerangka alternatif pelajar saya

4.10 0.64 tinggi

D7 Saya mengetahui pelbagai konsep dan tujuan Sejarah

4.15 0.58 tinggi

D8 Saya mempunyai pemahaman yang jelas

tentang sukatan mata Pelajaran Sejarah 4.24 0.54

tinggi D9 Saya mempelbagaikan strategi pengajaran

saya bagi meningkatkan pemahaman murid saya walaupun mata pelajaran tersebut bukan Opsyen saya

berpengalaman dalam mata pelajaran Sejarah 2.88 1.49

sederhana 14 Saya mengetahui cara penandaan kertas

peperiksaan mata pelajaran sejarah 4.04 0.90

tinggi D15 Saya tahu mencari bahan media yang sesuai

bagi mata pelajaran Sejarah 2.91 1.28

sederhana D16 Saya mengetahui pendekatan kurikulum

Sejarah dalam bentuk rentetan peristiwa yang disusun secara kronologis bagi peringkat menengah rendah

4.11 0.62

tinggi

D17 Saya tahu bagi kurikulum sekolah menengah atas, kandungannya meliputi sejarah perkembangan dan proses evolusi peradaban dunia.

4.11 0.60

tinggi

D18 Saya tahu bahawa terdapat konsep-konsep, istilah tertentu dan isu-isu penting yang berkait dengan pemahaman Sejarah

4.17 0.56

(9)

536 D19 Saya tahu unsur penting dalam disiplin pendidikan sejarah seperti aspek inkuiri dalam sejarah, pengumpulan sumber, kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan sejarah, pemahaman sejarah dan empati

D22 saya tahu format peperiksaan mata pelajaran Sejarah

2.84 1.53 sederhana

D23 Saya membuat penambahbaikan mutu pengajaran dan pembelajaran saya

2.90 1.45 sederhana

D24 Saya yakin apabila membetulkan kerangka konsep pelajar saya

3.01 1.34 sederhana

D25 Saya dapat menerangkan kepada pelajar saya sebab-sebab kita mesti belajar Sejarah

2.90 1.52 sederhana

D26 Saya menceritakan sesuatu peristiwa Sejarah dan pengajarannya kepada pelajar saya

2.97 1.50 sederhana

PERBINCANGAN

Tahap Pengetahuan pedagogi guru Sejarah

Perbincangan kajian ini berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam setiap jadual. Berdasarkan jadual 8, tahap pedagogi yang paling dominan yang dikuasai oleh guru-guru Sejarah Sekolah Menengah adalah kemahiran menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan nilai min 4.24. Usaha-usaha yang dilakukan oleh setiap guru Sejarah ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan minat pelajar sentiasa kekal dan bertambah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Contohnya, jika setiap kali guru masuk ke kelas dengan hanya tayangan video semata-mata, kaedah tersebut tetap dianggap membosankan meskipun kaedah itu melibatkan teknologi tinggi. Oleh itu, guru perlu memikirkan kaedah baru dan pelbagai agar pelajar tidak mudah bosan dengan kaedah yang sama meskipun dengan tayangan video merupakan salah satu kaedah yang menyeronokkan.

Tambahan pula, hal ini disokong oleh kajian Nelson Jinggan dan Anuar Ahmad (2015) mendapati penekanan minat pelajar harus sentiasa dikekalkan malah harus sentiasa bertambah kerana minat pelajar akan mempengaruhi pencapaian pelajar berkenaan sekaligus menambahkan lagi keyakinan pelajar untuk terus belajar. Dapatan ini disokong oleh kajian Noor Erma dan Leong (2014) serta Muhammad Abdillah dan Haleefa (2011), mendapati faktor minat pelajar merupakan faktor penting dalam menentukan pencapaian seseorang pelajar. Oleh itu, setiap guru harus memastikan minat pelajar mereka terhadap mata pelajaran Sejarah harus sentiasa tinggi sepanjang proses pengajaran agar penumpuan pelajar tidak tersasar sekaligus meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar berkenaan.

(10)

537 Tahap Pengetaahuan Isi Kandungan Sejarah

Perbincangan seterusnya berdasarkan jadual 9, tahap pengetahuan Isi kandungan dalam kalangan guru Sejarah adalah tinggi bagi setiap aspek yang dikaji melainkan aspek rujukan pengajaran dan pembelajaran yang bergantung semata-mata dengan buku teks. Hasil kajian ini juga mendapati guru-guru sejarah mempunyai tahap yang sangat tinggi terhadap pembentukan kronologi dalam sesebuah topik dalam meningkatkan pemahaman pelajar dengan nilai min iaitu 4.32. Guru- guru sejarah sangat mudah menggunakan konsep kronologi dalam pengajaran kerana konsep tersebut lebih kepada bentuk penceritaan yang memudahkan pemahaman pelajar tentang sesuatu peristiwa itu. Menurut Coltham dan Fines (1993) dalam kajian Anuar Ahmad (1999), aspek–aspek utama dalam konsep kronologi ini meliputi urutan sesuatu peristiwa sejarah, tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa dan proses perubahan yang telah berlaku dalam sesuatu peristiwa. Maka, konsep kronologi ini menjadi pilihan buat guru-guru sejarah dalam mengaplikasikan dalam bilik darjah.

Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru sejarah juga didapati mempelbagaikan rujukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan berdasarkan buku teks semata-mata. Hal ini kerana nilai min paling rendah (3.37) dalam jadual 9 menggambarkan guru-guru Sejarah tidak bergantung semata-mata buku teks dalam memahami sesuatu isi Kandungan Sejarah. Hal ini selari dengan dapatan Azwan Ahmad et al. (2005),serta Tan dan Carol (2013) dalam kajian Nelson Jinggan dan Anuar Ahmad (2015) mendapati penggunaan aplikasi teknologi seperti video You Tube, perisian multimedia, turut digunakan oleh guru-guru Sejarah sebagai sumber digital sejarah selain buku teks. Hal ini kerana sumber-sumber berkenaan boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar disamping memberi impak bunyi, animasi bergerak yang tidak terdapat dalam buku teks.

Tahap pengetahuan pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sejarah

Berdasarkan jadual 10, tahap PPIK guru Sejarah berada pada tahap tinggi. Hal ini kerana sebanyak 26 aspek yang ditanya mendapati 15 aspek PPIK berada di tahap tinggi dan 11 aspek berada di tahap sederhana. Jika dilihat daripada aspek min PPIK guru sejarah, min paling dominan adalah keinginan guru Sejarah dalam mendalami Isi kandungan mata pelajaran Sejarah berkenaan dengan nilai min 4.52. Tahap seterusnya diikuti dengan kemampuan guru-guru Sejarah dapat berinteraksi dan berbincang dengan pelajar mereka berkaitan fakta sejarah dengan isu-isu semasa dengan nilai min 4.35. Hal ini menggambarkan guru-guru Sejarah lebih gemar mendalami isi kandungan Sejarah seterusnya mengaitkannya dengan isu-isu semasa. Hal ini kerana guru perlu menyesuaikan teknik pengajaran mereka mengikut perkembangan semasa dan isu-isu terkini yang relevan dengan isi kandungan Sejarah. Apabila guru berkemampuan menyampaikan dan mengaitkan isu berkenaan, keyakinan dalam diri guru-guru Sejarah berkenaan lebih bertambah dalam menyampaikan Isi kandungan tidak kira guru berpengalaman atau tidak mahupun guru opsyen atau bukan opsyen.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Implikasi dalam kajian ini mendapati peranan guru cukup besar dalam membantu pelajar mendalami serta memahami isi kandungan Sejarah. Kepelbagaian pedagogi merupakan aspek penting dalam memastikan minat pelajar berterusan dalam mata pelajaran ini. Guru-guru sejarah juga perlu mempelbagaikan sumber maklumat agar tidak terus bergantung terhadap satu-satu sumber semata-mata seperti buku teks sahaja. Guru-guru sejarah juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar Negara merangkumi semua aspek politik, ekonomi dan sosial.

(11)

538

dalam diri guru-guru serta rakan-rakan guru dalam memastikan bidang keguruan terus dihormati meskipun dalam kalangan guru bukan opsyen berkenaan.

Selain itu, guru perlu mengakui penggunaan bahan visual dan media dalam abad ke-21 sangat penting untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah mata pelajaran Sejarah. Segala kekangan berkaitan penggunaan harus diatasi agar guru dapat seiring dengan peredaran zaman dalam melakukan proses pengajaran berkenaan. Oleh itu, seharusnya guru-guru perlu berfikiran terbuka dan mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menggunakan peralatan bahan bantu mengajar yang berteknologi canggih selain menggunakan buku teks semata-mata.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh meningkatkan lagi peranan seorang guru Sejarah terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka seperti guru-guru harus bersedia meningkatkan profesionalisme diri meliputi aspek pengetahuan, kemahiran melalui kursus-kursus pemantapan diri sebagai seorang guru Sejarah, atau latihan pembangunan profesionalisme yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Contohnya Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO), merupakan salah satu program anjuran KPM dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Majlis Dekan Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam. Program berkenaan merupakan program peningkatan profesionalisme guru di kalangan guru bukan opsyen.

Penggunaan bahan bantu mengajar seharusnya dipelbagaikan. Dengan erti kata lain, penggunaan yang telalu ekstrim terhadap penggunaan buku teks haruslah dikurangkan. Dalam konteks ini guru perlu bijak dalam menentukan, memilih dan mengadun bahan pengjaran berkenaan serta memilih strategi pengajaran yang mampu memaksimumkan proses pembelajaran berkenaan. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai pedagogi pengajaran mereka. Misalnya, pendekatan pembelajaran abad ke-21 boleh diterapkan seperti aktiviti Main peranan, Jigsaw dan gallery walk boleh dimasukkan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap Pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan dan PPIK dalam kalangan guru Sejarah dalam Daerah Hulu Langat berada pada tahap tinggi. Meskipun demikian, masih terdapat beberapa aspek dalam setiap konstruk berkenaan berada pada tahap sederhana. Oleh itu, guru-guru Sejarah seharusnya berusaha lebih lagi dalam memantapkan profesionalisme dengan berfikiran lebih kreatif dan terbuka dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar mereka. Penambahbaikan terhadap diri perlu dilakukan secara berterusan dalam kalangan guru agar matlamat pendidikan Sejarah dapat dicapai seperti mana yang termaktub dalam kandungan kurikulum Sejarah.

RUJUKAN

Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Jurnal of Islamic and Arabic Education 2(2):13-30.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Guru Sejarah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32 (1):53-66.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Abd. Aziz (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7:15-24.

(12)

539

Howey, K. (1999). Designing Coherent And Effective Teacher Education Programs. Dlm. Sikula, J. (penyt.). Handbook of Research on Teacher Education. Ed. Ke-2, 143-169. USA: Macmillan.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah, (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya Penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu Penilaian. Tesis Sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Maalaysia. Janimah Suhaimin, (2011). Persepsi Guru Sejarah Terhadap Kesan Latihan Ikhtisas Dari Aspek Kemahiran Pengajaran, Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dan Pengetahuan. Tesis Sarjana pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kaya Yilmaz (2009). A Vision Of History Teaching & Learning: Thoughts On History Education In Secondary Schools. The High School Journal: 2-92.

Lampert, M. (1986). Knowing, Doing, And Teaching Multiplication. Cognition and Instruction. 3 (4):305-342.

Ma, L. (1999). Knowing And Teaching Elementary Mathematics In China And The United States. Yale: Lawrence Erlbaum Associates.

Marks, R. (1990). Pedagogical Content Knowledge: From A Mathematical Case To A Modified Conception. Journal of Teacher Education. 41(3):3-12.

Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011). Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Pelajar Pendidikan Fizik UTM Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Dalam Latihan Mengajar. Journal of Edupres, 1:315-322.

Nelson Jinggan & Anuar Ahmad. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. JuKu: Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2):1-11.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan, Mahat Afifi. (2012). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Pengajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab.

Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. Juku:Jurnal Kurikulum & pengajaran Asia Pasifik, 2(1):1-10.

Rosnanaini Sulaiman, (2003). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Kes. Tesis PHD fakulti pendidikan UKM, Bangi.

Rozaiman M., Zamri Mahmod, dan Noor Izam (2011). Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Kandungan Kesusasteran Melayu: Peranan Guru Sastera Dalam SPN 21, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2) :85-98.

Satveer Kaur a/p Bakhtavar Singh (1998). Penggunaan Media Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru Sejarah Sekolah Menengah. Tesis sarjana. Fakulti pendidikan Universiti Malaya.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge And Teaching: Foundations Of The New Reform. Harvard Educational Review, 57 (1): 1-22.

Swafford, J. O.,Jones, G. A., & Thornton, C. A. (1997). Increased Knowledge In Geometry And Instructional Practice. Journal for Research in Mathematics Education. 28(4):467-483.

(13)

540

Wang, S. Y.P., Guo, C. J., Chiang, W. H., & Cheng, S. S. (1999). Teaching For Meaningful Understanding: A School-Based Science And Mathematics Teacher Development Project (Atas Talian). http://www.narst.org/conference/wangetal/wangetal.html (28 Januari 2001).

Wilson, M. R. (1994). One Perservice Secondary Teacher’s Understanding Of Function: The Impact Of A Course Integrating Mathematical Content And Pedagogy. Journal for Research in Mathematic Education 25(4):346-370.

Wilson, S. M, & Wineburg, S. S. 1988. Peering At History Through Different Lenses: The Role Of Disciplinary Perspectives In Teaching History. Teacher college Recorder, 8:525-539

Zahara Aziz, Hamzan Saffarina (2012). Aplikasi Kepelbagaian Unsur Pedagogi Dalam Meningkatkan Kefahaman Konsep & Kesedaran Belajar Sejarah. The 3rd International conference on learner Diversity. 18-19.

Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pimikiran Sejarah Kepada Pelajar. Jurnal Pendidikan 32:119-137.

Zahara Aziz, Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1):3-15.

Zalipah Zakaria (2011). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru Biologi Permulaan Dan Berpengalaman: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan Fakulti Sains Dan Matematik. University Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

Referensi

Dokumen terkait

Studi literatur ini digunakan oleh penulis untuk mengumpulkan fakta dari berbagai sumber yang relevan terhadap penelitian yang dikaji, terutama literatur-literatur

merupakan nomor yang diberikan kepada Wajib Pajak sebagai sarana. dalam Administrasi perpajakan yang dipergunakan sebagai

Pada penelitian ini menggunakan tiga model pendekatan untuk mengetahui minat memilih mahasiswa ITS dimana tiga model tersebut hasil penelitian sebelumnya yaitu

Responden pengguna media sosial digolongkan sebagai pertisipan pasif karena responden pengguna media sosial menggunakan media sosial mereka dengan hanya melihat bahkan

Terdapat 23 reponden atau 24,47% pemilih pemula yang memiliki sikap pada tingkat sedang karena karena menurut pemilih pemula pemberitaan media massa dalam gejolak

Pertanian memegang peran penting dalam perekonomian nasional. Dampak positifnya tidak hanya terhadap pertumbuhan dan perkembangan perekonomian negara, namun juga bagi

Jika kita mendapatkan informasi mengenai hasil ujian dalam volume yang lebih besar, seperti dari semua siswa di satu kelas atau satu sekolah, hal tersebut bisa digunakan untuk

Aplikasi sistem informasi jadwal perkuliahan ini menggunakan penyimpanan MySQL sebagai database server karena mampu menerima dan mengirimkan data dengan sangat