• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARKAT UNTUK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARKAT UNTUK"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARKAT UNTUK BEKERJA DALAM INDUSTRI PERHOTELAN DI DAERAH LAHAD DATU

1. PENGENALAN

Bab ini menerangkan tentang faktor yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam Industri Perhotelan di daerah Lahad Datu. Kajian yang dijalankan ini juga adalah sebuah kajian yang lebih mendalam dan lebih lanjut yang dijalankan oleh pengkaji. Dalam menjalankan kajian ini juga pelbagai aspek telah diketengahkan oleh pengkaji terutamanya dari aspek faktor tolakan dan tarikan serta kepentingan serta kepentingan industri perhotelan ini kepada masyarakat setempat di daerah Lahad Datu. Dalam menjalankan kajian ini juga, kepentingan industri Perhotelan pada masa kini terutamanya dalam kalangan masyarakat setempat adalah satu perkara yang diberi fokus oleh pengkaji.

Industri Perhotelan merupakan sebuah bentuk pelaburan yang telah lama wujud di Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui oleh masyarakat, negara juga telah memandang serius terhadap industri Pelancongan yang berkait rapat dengan industri Perhotelan. Hal ini disebabkan kerana industri pelancongan ini telah dikenalpasti sebagai satu bentuk pelaburan yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara ini.

Industri perhotelan di dalam negeri mahupun antarabangsa juga merupakan salah satu industri yang berkait rapat dengan industri Pelancongan dan Perdagangan kerana industri tersebut berfungsi untuk membekalkan tempat kediaman yang mempunyai sifat sementara kepada para pengunjung yang datang. Disebabkan kerana negara Malaysia sentiasa menggalakkan pembangunan industri Pelancongan dan Pelaburan daripada pelabur-pelabur luar negara, maka industri Perhotelan ini juga sekali gus menjadi industri yang semakin penting di negara ini hasil daripada kemajuan industri Pelancongan dan pelaburan yang telah menjadi semakin pesat.

(2)

Oleh yang demikian pembangunan kerjanya merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah organisasi.

SKOP KAJIAN.

Dalam skop kajian yang dijalankan ini juga, pengkaji telah memilih responden yang tinggal berdekatan hotel dan menetap di daerah kajian sahaja. Hal ini disebabkan kerana ianya juga akan dapat memudahkan lagi hasil kajian akhir yang bakal dijalankan. Hal ini disebabkan kerana, pengkaji menjalankan kajian terhadap masyarakat daerah Lahad Datu sahaja kerana mereka lebih arif dan tahu jenis pekerjaan dan persaingan yang wujud dalam industri Perhotelan di daerah ini. Dalam memilih responden ini juga, pengkaji telah memilih individu yang berumur dalam kajian yang dipilih tidak hanya berfokus pada sebuah hotel kerana kajian yang telah dijalankan ini juga merangkumi semua sektor Perhotelan yang wujud di daerah Lahad Datu. Skop kajian yang dijalankan ini juga akan berfokus kepada masyarakat setempat yang tinggal di kampung-kampung yang berdekatan dengan industri Perhotelan sahaja dan juga meninjau pendapat mereka terutamanya dari segi minat dan pandangan mereka untuk bekerja di industri Perhotelan di daerah Lahad Datu.

PERMASALAH KAJIAN

Dalam mengenalpasti permasalahan kajian ini juga adalah satu bentuk kajian yang berperanan sebagai mengutarakan latar belakang masalah yang ingin dikaji. Permasalahan kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan tentang kepentingan sesebuah masalah yang dikaji dan secara terperinci permasalahan kajian ini adalah sebuah pernyataan masalah yang mempunyai kaitan dengan pemboleh ubah sesuatu perkara yang berkaitan dengan kajian.

(3)

faktor yang tolakan masyarakat untuk bekerja di industri ini dan mencari jalan penyelesaian untuk menjawab segala permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenalpasti faktor tarikan yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam industri Perhotelan.

2) Menganalisis faktor tolakan yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam industri Perhotelan.

3) Meninjau kepentingan industri Perhotelan terhadap pembangunan masyarakat setempat.

PERSOALAN KAJIAN

1) Bagaimanakah industri Perhotelan dapat menarik minat masyarakat untuk bekerja? 2) Bagaimanakah mengukur persepsi masyarakat terhadap kewujudan industri ini di

kawasan kajian?

3) Adakah industri ini dapat membawa pelbagai kepentingan kepada masyarakat setempat?

RANGKA KERJA KAJIAN

Peringkat 1: Menyediakan kefahaman awal terhadap kajian yang dijalankan. Peringkat 2: Penyediaan kajian kesusasteraan/sorotan kajian.

Peringkat 3: Penyataan tentang kajian lapangan dan pengumpulan maklumat kajian.

Peringkat 4: Menganalisis dapatan kajian/analisa data yang telah diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan.

(4)

SOROTAN KESUSASTERAAN

Terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan dan dijalankan serta teori yang pernah dihuraikan bagi memberi penjelasan lagi kepada faktor yang mempengaruhi pekerjaan sesebuah masyarakat terutamanya di dalam sesebuah industri Perhotelan. Dalam menjalankan kajian ini juga, teori dan kajian-kajian berperanan sebagai garis panduan bagi sesebuah masyarakat dan organisasi dan mengambil pendekatan yang dominan yang menangani faktor yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam sesebuah organisasi.

PENDEKATAN TEORI

Selain itu, Erwan dan Dyah (2007) juga berpendapat bahawa teori merupakan suatu konsep yang mempunyai hubungan yang sistematik untuk menerangkan sebuah fenomena sosial. Teori juga adalah sebuah perkara yang cukup penting yang harus difahami oleh seseorang pengkaji ketika mereka melakukan sebarang penelitian. Hal ini kerana melalui teori dan penelitian jugalah seorang pengkaji dapat menemukan beberapa rumusan permasalahan sosial terhadap kajian yang mereka lakukan dan seterusnya mereka mengembangkan teori tersebut dalam bentuk hipotesis penelitian.

DEFINISI PENGARUH

Dalam teori yang dijalankan oleh Poerwadaminto (2002) menyatakan bahawa pengaruh adalah sesuatu daya ataupun tarikan yang wujud dari sesuatu (orang atau benda) yang dihasilkan melalui watak , perbuatan, kepercayaan yang dihasilkan oleh seseorang individu tertentu untuk dikongsikan kepada individu yang lain.

DEFINISI MASYARAKAT

Hal ini juga selaras dengan falsafah Koentjaraningrat (2009) yang berpendapat bahawa, masyarakat adalah sebuah kesatuan ataupun kelompok hidup masyarakat yang berinteraksi menurut suatu sistem adat resam dan cara hidup yang berkesinambungan menjadi identiti kepada sesebuah masyarakat di dalam sesebuah kelompok. Kesinambungan merupakan kesatuan masyarakat yang memiliki keempat ciri iaitu.

1) Berinteraksi bersama kelompok dan masyarakat di sekitar mereka. 2) Mengamalkan adat istiadat dan adat resam.

3) Mengekalkan kesinambungan zaman.

(5)

DEFINISI BEKERJA

Menurut teori daripada Notoatmodjo (2011) bekerja merupakan kegiatan ataupun perkara yang dilaksanakan untuk mendapatkan hasil titik peluh atau pencarian seseorang individu yang sibuk menjalankan aktiviti pekerjaan sehari-hari dan akan banyak memperoleh masa untuk mendapatkan pelbagai pengalaman sesebuah organisasi terutamanya di dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana manusia ataupun individu yang sering melakukan apa-apa pekerjaan sudah tentu akan memperoleh banyak pengalaman di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini secara tidak langsung juga dapat memberi kesan yang positif kepada sesebuah organisasi sekiranya pekerja mampu bekerja dengan lebih cemerlang.

DEFINISI INDUSTRI

Berdasarkan teori daripada Hendro (2010) berpendapat bahawa Industri adalah suatu bentuk aktiviti kemasyarakatan yang wujud sebagai salah satu bahagian daripada sistem ekonomi atau sistem kehidupan manusia sejagat dan ia merupakan satu usaha yang dilakukan oleh manusia dalam menggabung dan memproses sumber bahan alam sekitar menjadi suatu barang yang memberi bermanfaat kepada manusia terutamanya di dalam sesebuah organisasi.

DEFINISI PERHOTELAN

Menurut falsafah Sulastiyono (2011) berpendapat bahawa hotel adalah sebuah perusahaan yang dijalankan oleh sesebuah organisasi yang menyediakan pelayanan makanan, minuman dan kemudahan penginapan seperti bilik untuk beristirahat bagi mana-mana pengunjung yang datang dari perjalanan dan mereka sanggup membayar segala kemudahan yang diberikan oleh hotel tersebut dengan harga yang berpatutan sesuai dengan layanan yang diterima tanpa sebarang perjanjian khusus yang di dipersetujui.

(6)

menurut Saefulhakim, dkk (2002) berpendapat bahawa daerah adalah sebuah kesatuan dalam bentuk geografi yang membawa maksud iaitu sesebuah daerah mempunyai hubungkan antara satu sama lain. Dalam teori ini juga daerah ataupun wilayah ini juga berasal dari perkataan arab iaitu “walayuwali-wilayah” yang membawa maksud iaitu saling tolong-menolong antara satu sama lain, saling mempunyai hubungan yang harmoni dan baik terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat di dalam sesebuah daerah.

FAKTOR MEMPENGARUHI MASYARAKAT UNTUK BEKERJA

(1) Minat dalam pekerjaan

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor (1991) berpendapat bahawa organisasi dan pekerja haruslah saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai objektif dalam sesebuah organisasi. Pihak organisasi juga memerlukan tenaga, kemahiran, pemikiran dan kepakaran yang perlu disumbangkan oleh pekerja di dalam sesebuah organisasi itu. Begitu juga dengan pekerja yang bergantung kerja dan faedah kemudahan yang diberikan oleh pihak organisasi di dalam sesebuah pekerjaan.

(2) Faktor Pendapatan/Gaji

Hal ini juga selaras dengan falsafah Brewer (1993) menyatakan bahawa komitmen pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam menentukan suatu kejayaan untuk mencapai matlamat bagi sesebuah organisasi. Dalam konteks ini juga semakin tinggi daya kemantapan sesuatu tugasan yang diberi, semakin tinggi ganjaran yang diterima.

(3) Faktor Rakan Sekerja

Pendekatan itu juga selaras dengan falsafah Farrel (2003) menyatakan bahawa pekerja yang masih baharu yang bekerja dalam sesebuah organisasi memerlukan sokongan dan bantuan daripada rakan sekerja mereka mula dari tahun pertama mereka menceburi diri mereka dalam bidang kerjaya. Hal ini adalah untuk mengelakkan pekerja yang baharu berasa buntu dan tidak tahu terhadap tugasan-tugasan yang akan diberikan oleh pihak majikan.

(7)

Jaafar Muhammad (2007). Dengan perkataan lain berpendapat bahawa semakin meningkat umur seseorang pekerja semakin menurun komitmen kerja mereka dan hal ini juga menjadi faktor tolakan kepada mereka dalam bekerja di sesebuah organisasi kerana kurangnya keaktifan dalam bekerja di sesebuah organisasi.

(5) Persekitaran kerja

Menurut Azlinda Jaini (2013) menyatakan bahawa persekitaran kerja adalah sesuatu persekitaran yang merangkumi kualiti udara yang baik, keadaan tempat kerja yang baik, masa dan maklum balas pihak pengurusan yang sangat tepat dan bersefahaman antara matlamat dan keutamaan kerja. Hal ini juga sememangnya menjadi faktor kepada masyarakat untuk bekerja di dalam sesebuah organisasi.

Rajah 1: Aspek-aspek yang terkandung dalam motivasi kerja

(8)

Sumber: Rivai. (2003)

Rajah 2: Rangkaian Perilaku dan Motivasi

A.Person’s motivation is a function of : (a). Effort to performance expectancies. (b). Performance to outcome expectancies. (c). Perceived valance of outcomes.

Sumber: David .A.Nadler dan Edward.E.Lawler III (Usmara, 2003). kemampuan

Hasil kerja Kinerja

Usaha Motivasi

(9)

LANGKAH PENGUMPULAN DATA

POPULASI

MASYARAKAT

300 RESPONDEN

INSTRUMENTASI

LAWATAN KAJIAN BORANG SOAL SELIDIK

MASYARAKAT SETEMPAT DEMOGRAFI

LAPANGAN TERBANG (KUCHING,KOTA

KINABALU DAN LAHAD DATU)

BANDAR LAHAD

DATU TANGGAPAN DAN KESAN POSITIF JANGKAAN

KESAN NEGATIF MY INN AVENUE

(10)

Rajah 3. Langkah Pengumpulan Data KESIMPULAN.

Industri tersebut juga telah diberikan perhatian serius oleh negara kerana hasil pendapatan ekonominya yang semakin berkembang ini juga adalah berpunca daripada hasil industri Perhotelan yang sangat berkait rapat dengan industri Pelancongan yang semakin mendapat permintaan daripada pengunjung yang datang dari luar ataupun dalam negara. Perkembangan industri Perhotelan pada ketika ini juga telah semakin meluas dan mendapat permintaan masyarakat sama ada dalam mahupun luar negara dan pada hari ini juga setiap negeri mahupun setiap daerah-daerah di Malaysia juga telah menjalankan pembangunan ini. Kajian yang dijalankan juga adalah ini juga adalah sesebuah kajian yang melihat sendiri faktor yang mempengaruhi masyarakat untuk bekerja dalam industri Perhotelan di daerah Lahad Datu. Objektif kajian dalam permasalahan kajian adalah suatu perkara yang diketengahkan dalam menjalankan kajian ini untuk melihat sendiri keberhasilan yang ingin dicapai dalam sesebuah kajian yang dijalankan.

RUJUKAN

Azlinda, J. (2013). A Study On The Factors That Influence Employees Job Satisfaction At Scope International (M) Sdn. Bhd. Uitm Shah Alam: Disertasi Sarjana.

Brewer, A. M. (1993). Managing for Employee Commitment. Melbourne: Long Man.

Clawson James, K. J. (1992). Self-assessment and Caree Development (3th edition). New Jersey: Prentice-hall.

Erwan, D. R. (2011). Keuangan dan Akuntasi untuk Menajer Non Keuangan. Yogyakarta: Graha Ilmu.

Farrel, E. (2003). Patterns of leadership behaviour related to employee grievances and turnover. Personal Psychology, 15, 43-56.

(11)

Hendro. (2010). Pengaruh Karakteristik Pemerintahan Daerah terhadap Kinerja Keuangan Pemerintah Daerah. Daerah Kabupaten: Universitas Sebelas Maret Surakarta.

Koentjaraningrat. (2009). Metode-Metode Penelitian Masyarkat. Jakarta: PT.Gramedia Pustaka.

Muhammad, J. (2007). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publication (M) Sdn.Bhd.Kuala Lumpur:Cahaya Panati Publishing (M) Sdn.Bhd.

Notaoatmodjo. (2011). Kesehatan Masyarakat. Jakarta: Rineka Cipta.

Poerwadaminto, W. (2002). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Djakarta, Indonesia.

Rivai. (2003). Manajemen Sumber Daya Manusia untuk Perusahaan:. Jakarta: PT. Rajagrofindo Persada.

efulhakim, d. (2002). Study Penyusunan Wilayah Pengembangan Strategis (Strategic). Bogor: IPB dan Bapenas.

Shukor, A. (1991). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Tinjauan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Komitmen Pekerja Terhadap Organisasi, Muka Surat 5.

Referensi

Dokumen terkait

Jenis data yang dikumpulkan meliputi parameter yang digunakan untuk mengukur tingkat keberhasilan pelepasliaran yang terdiri atas (1) umur, jenis kelamin, perlakuan yang

Puji syukur alhamdulillah atas nikmat, rahmat, dan hidayah yang diberikan Allah kepada penulis sehingga Skripsi dengan judul “Analisis Kesalahan Berbahasa Bidang Morfologi

Kebanyakan kumbang ialah pengaut sisa yang makan bangkai haiwan, tumbuhan yang mati, dan bahan buangan lain. Kumbang tinja makan najis

Sistem informasi Manajemen adalah serangkaian sub sistem informasi yang menyeluruh dan terkoordinasi dan secara rasional terpadu yang mampu mentransformasi data sehingga

Menurut penelitian Nurrahman dan Sudarno (2013) kepemilikan saham institusional memiliki pengaruh yang signifikan terhadap probabilitas pengungkapan sustainability

1) Bhakti sosial, merupakan program tahunan yang dilakukan oleh SMK Komputama Majenang dengan tujuan melatih siswa-siswi akan sadar dalam mengembangkan kecerdasan

Kursus Bahasa dan budaya Melayu mula diperkenalkan di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), USM pada tahun 2002. Peserta sulung yang diterima