• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar politeknik yang berbeza gaya kognitif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar politeknik yang berbeza gaya kognitif"

Copied!
45
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK YANG BERBEZA GAYA KOGNITIF

NORELIANA BINTI MD SHARIF

Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRACT

Multimedia software proved to help students and lecturers in teaching and learning process. This study attempts to see the effect of multimedia approach compared with conventional methods on the achievement of 57 students in Mechanical Engineering with difference cognitive style at the Polytechnic Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. This study used a quasi-experimental design of pre and post test. A courseware entitled „Plastic‟ was develop for Materials Technology subjects. The research instrument consists of pre and post test, Group Embedded Figures Test (GEFT), questionnaires and multimedia software. The data was analyzed by using mean score, standard deviation, t-test and analysis of 2x2 factorial ANOVA with Statistic Package for The Social Science Version 17.0 (SPSS v 17.0). Pre and post test score were compared for the control and experimental groups and between groups of Field Independence (FI) and Field Dependence (FD). The results showed significant differences in achievement test scores of control and treatment groups. However, no significant differences in test scores between FI and FD students. There were also no significant interaction between control and treatment group FI and FD groups of students. Thus, while constructing the multimedia teaching package, a lecturer must consider the psychological factors of students for the teaching and learning in the classroom. Based on learning theory, psychological factors was important because it can enhance the positive attitude towards the subject.

(3)

ABSTRAK

Penggunaan perisian multimedia terbukti dapat membantu pelajar dan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengajaran dengan kaedah multimedia berbanding kaedah konvensional ke atas prestasi pelajar berbeza gaya kognitif terhadap 57 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra dan pos. Perisian multimedia yang dibangunkan ialah topik Plastik dari subjek Teknologi Bahan. Instrumen kajian terdiri dari ujian pra dan pos, Group Figures Embedded Test (GEFT), borang soal selidik dan perisian multimedia. Analisis data menggunakan Statistic Package for The Social Science Version 17.0 (SPSS v 17.0) melibatkan skor min, sisihan piawai, ujian-t dan analisis ANOVA 2x2 faktorial. Ujian pra dan pos dibandingkan untuk mendapatkan skor bagi pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dan eksperimen dan di antara kumpulan Field Independence (FI) dan Field Dependence (FD). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian di antara pelajar FI dan FD. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan FI dan pelajar kumpulan FD. Justeru, semasa membina pakej pengajaran multimedia, seseorang pensyarah mesti mengambil kira faktor psikologi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan teori pembelajaran tersebut, faktor psikologi penting supaya dapat meningkatkan sikap positif pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

(4)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Kajian 4 1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Tujuan Kajian 7

1.5 Kerangka konsep Kajian 7 1.6 Objektif Kajian 9 1.7 Persoalan Kajian 9 1.8 Skop Kajian 10 1.9 Hipotesis Kajian 10 1.10 Batasan Kajian 11 1.11 Definasi Operasi 12 1.12 Rumusan 13

(5)

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Multimedia 15

2.2.1 Kajian mengenai penggunaan 16 Multimedia dalam Pendidikan

2.2.2 Multimedia dalam pengajaran dan 17 pembelajaran

2.2.3 Keperluan multimedia dalam 18 pengajaran dan pembelajaran

2.2.4 Kelebihan multimedia dalam 19 pengajaran dan pembelajaran

2.2.5 Multimedia sebagai alat kognitif 22 2.2.6 Membantu meningkatkan Pencapaian 22 Akademik Pelajar 2.3 Pembelajaran 23 2.3.1 Teori Pembelajaran 24 2.3.1.1 Teori Behaviourisme 24 2.3.1.2 Teori Konstruktivisme 24 2.3.1.3 Teori Kognitif 25 2.4 Jenis-jenis gaya kognitif 26 2.4.1 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran 27 Kognitif FI – FD

2.5 Model-model Kajian FI-FD 28 2.5.1 Model FI-FD dari Kajian Ellis 1993; 28 berdasarkan Hawkey: 1982

2.5.2 Model Kajian Witkin, H.A., 30 Moore, CA., Goodenough, D.R.,

(6)

Dan Cox, R.W (1997)

2.5.3 Kajian tentang FI-FD 31

2.6 Rumusan 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pendahuluan 33 3.2 Rekabentuk Kajian 33 3.3 Instrumen Kajian 36 3.3.1 Penilaian 38 3.3.2 Ujian pencapaian 39 3.3.2.1 Ujian pra 39 3.3.2.2 Ujian pos 39 3.3.3 Borang soal selidik 39 3.3.4 Ujian Psikologi GEFT 40 3.3.5 Perisian multimedia 41 3.3.5.1 Adobe Flash 42

Profesional CS4

3.3.5.2 Adobe Photoshop 42

3.4 Pembolehubah 42

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 43

3.6 Sampel Kajian 43

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Kaedah Analisis Data 45 3.8.1 SPSS (Statistic Package for The 45 SocialScience)

(7)

3.8.2 Ujian-t 46 3.8.4 Anova 2x2 Faktorial 46

3.9 Kajian Rintis 47

3.10 Dapatan Kajian 47

3.11 Rumusan 48

BAB 4 PEMBANGUNAN REKABENTUK KOSWER 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Fasa Reka bentuk produk 49 4.3 Kronologi Pembangunan Koswer 51 4.3.1 Fasa 1: Analisis 52 4.3.2 Fasa 2 : Reka bentuk 53 4.3.2.1 Reka bentuk isi 54

kandungan

4.3.2.2 Reka bentuk 54

Persembahan

4.3.2.3 Reka bentuk interaksi 54 a) Carta Alir 55 b) Storyboard 56 4.3.3 Fasa 3 : Pembangunan 56 4.3.4 Fasa 4 : Pelaksanaan 57 4.3.5 Fasa 5: Penilaian 57 4.4 Merekabentuk Elemen Multimedia 57 4.4.1 Merekabentuk Grafik 58 4.4.2 Merekabentuk Animasi 58

(8)

4.4.3 Penggabungan Elemen 58 Multimedia

4.5 Reka bentuk Paparan Persembahan 60 4.5.1 Reka bentuk Montaj 60 4.5.2 Reka bentuk Paparan Menu Utama 61 4.5.2.1 Butang Home 62 4.5.2.2 Butang Objektif 62 4.5.2.3 Butang Pengenalan 63 4.5.2.4 Butang Aktiviti 63 4.5.2.5 Butang Keluar 64 4.5.3 Reka Bentuk Paparan Butang 64 Subtopik

4.5.4 Reka Bentuk Paparan Tutorial 66

4.6 Rumusan 68

BAB 5 ANALISIS DATA 69

5.1 Pengenalan 69

5.2 Analisis Data 70

5.3 Analisis Gaya Pembelajaran 70 5.4 Ujian Kesejenisan Levene Skor Ujian Pra 71 Bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan

Rawatan

5.5 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi 72 Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

5.6 Perbezaan Prestasi Pencapaian Pelajar 74 Di Antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

(9)

Di Antara Pelajar Field Independence (FI) Berbanding Pelajar Field Dependent (FD)

5.8 Perbezaan Prestasi Pencapaian Pelajar 77 Di Antara Pelajar Kumpulan Kawalan Dan

Pelajar Kumpulan Rawatan Terhadap Pelajar Kumpulan Field Independence (FI) Dan Pelajar Field Dependent (FD)

5.9 Skor Min Bagi Soal Selidik Elemen 80 Multimedia Teknologi Bahan

5.10 Rumusan 82

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 83

6.1 Pengenalan 83

6.2 Ringkasan Kajian 83 6.3 Perbincangan Dapatan Kajian 84 6.3.1 Perbezaan Prestasi Pencapaian 85 Pelajar Di Antara Kumpulan

Kawalan dan Kumpulan

Rawatan

6.3.2 Perbezaan Prestasi Pencapaian 86 Pelajar Di Antara Pelajar

Field Independence (FI) Berbanding Pelajar Field Dependent (FD)

6.3.3 Perbezaan Prestasi Pencapaian 88 Pelajar Di Antara Pelajar Kumpulan Kawalan Dan Pelajar Kumpulan Rawatan Terhadap Pelajar Kumpulan Field Independence (FI) Dan

Pelajar Field Dependent (FD)

6.4 Implikasi Dapatan Kajian 91 6.5 Penilaian Pakar dan Responden 91 6.5.1 Penilaian Pembangunan Koswer 92 6.5.1.1 Penilaian oleh Pakar 92

(10)

6.5.1.2 Penilaian oleh Responden 93 6.6 Cadangan Untuk Dapatan Kajian 94 6.6.1 Memasukkan Unsur Interaktiviti 95 6.6.2 Memperbanyakkan Contoh 95

6.7 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 96

6.8 Rumusan 96

RUJUKAN 98

(11)

SENARAI JADUAL

2.1 Teori Pengekalan Informasi oleh Vaughn (2004) 16 2.2 Hasil Tinjauan Melibatkan Teknologi dan Pencapaian 23

(NCREL, 2002)

2.3 Perbezaan di antara individu Field Independence (FI) 29 dengan Field Dependence (FD)

(Ellis 1993; berdasarkan Hawkey :1982)

2.4 Ciri-ciri individu FI-FD (Witkin et al., 1977) 30

3.1 Format Skala Likert 40

3.2 Skor Nilai GEFT Mengikut Format 41 Witkin et al., 1977

3.3 Skor Markah Tahap Pencapaian Pelajar 43 3.4 Contoh jadual analisis data yang akan diperolehi 46 5.1 Skor ujian GEFT dan bilangan responden bagi kumpulan 71

Kawalan dan Rawatan

5.2 Ujian Kesejenisan Levene 72

5.3 Sistem Penilaian Gred mengikut markah di Politeknik 73 5.4 Skor Min dan Sisihan Piawai bagi pelajar kumpulan 73

kawalan dan rawatan

5.5 Analisis Pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan 74 rawatan

5.6 Analisis Pencapaian Pelajar FI berbanding Pelajar FD 76 5.7 Analisis Pencapaian Pelajar FI berbanding Pelajar FD 76 5.8 Analisis Interaksi Pelajar FI dan FD terhadap Pelajar 78

(12)

Kumpulan Kawalan dan Rawatan

5.9 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 79 5.10 Analisis Deskriptif Bagi Bahagian A hingga D dalam 81

Borang Soal Selidik

5.11 Purata Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Perisian 81 Multimedia

(13)

SENARAI RAJAH

1.1 Komponen Multimedia 5

1.2 Kerangka konsep kajian (diubahsuai dari 8 Information Processing Characteristics

oleh Daniel; 1996)

2.1 Kadar Ingatan merujuk kepada kaedah perolehan 21 Pengetahuan (Neo & Neo, 2001)

3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 34 3.2 Carta Alir rekabentuk kajian 37 3.3 Contoh soalan bentuk tersembunyi dalam 41

GEFT (Sumber: http://www.mindgarden. com/products/gefts.htm)

4.1 Carta alir pembangunan perisian 50 4.2 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 52

(Harun Aris & Tasir, 2001)

4.3 Carta alir reka bentuk interaksi perisian kursus 55

4.4 Penggabungan Babak 59

4.5 Kod Butang 59

4.6 Montaj 60

4.7 Paparan Menu Utama 61

4.8 Butang “Home” 62

4.9 Butang Objektif 62

(14)

4.11 Butang Aktiviti 63

4.12 Butang Keluar 64

4.13 Rekabentuk paparan sub-topik :Plastik” 65

4.14 Penerangan beserta grafik 65

4.15 Rekabentuk paparan sub-topik :Struktur Polimer: 66 4.16 Gambar yang menyokong setiap keterangan 66

4.17 Menu paparan Aktiviti 66

4.18 Paparan Soalan Aktiviti 67

5.1 Graf interaksi Gaya Pembelajaran melawan Kumpulan 78 Kaedah pembelajaran

5.2 Graf interaksi Kumpulan Kaedah Pembelajaran melawan 79 Gaya Pembelajaran

6.1 Perkaitan di antara kumpulan FIdan FD dengan kumpulan 90 kawalan dan rawatan yang menggunakan kaedah

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPTM adalah bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi menampung keperluan sumber manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengatur strategi dalam menjayakan hasrat negara dengan mengenalkan Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran (PIPP) 2006-2010 yang merupakan dokumen rangka kerja pelaksanaan KPM yang komprehensif bagi mendukung dan menjayakan Misi Nasional serta bagi melaksanakan projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut pelan itu, strategi yang akan ditekankan ialah membangunkan modal insan dengan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar yang bertujuan melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta boleh dipasarkan. Oleh itu, sistem pendidikan Negara akan terus mengambil pendekatan holistik bagi pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan terhadap pendidikan, pemerolehan pelbagai pengetahuan dan peningkatan kemahiran. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting bagi golongan pendidik untuk mengetahui pendekatn pembelajaran pelajar teknikan serta pendekatan yang sesuai dan berkesan agar pelajar lebih kreatif dan professional.

(16)

Ledakan ilmu dalam abad ke-20 kini menyaksikan perkembangan pesat Sains dan Teknologi. Pembangunan teknologi maklumat telah memberikan pelbagai kesan yang positif terhadap bidang pendidikan pada masa kini. Ianya memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan berbanding pada masa dahulu. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Teknologi Maklumat (Information Technology) ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Dengan itu, inovasi dan reformasi dalam sistem pendidikan adalah perlu bagi menjamin lahirnya rakyat yang cekap dan berketerampilan dalam bidang teknologi maklumat serta berupaya berfikiran kritis dan kreatif. Konsep dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) semakin mendapat perhatian terutamanya daripada institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Tidak dinafikan penggunaan ABBM adalah perkara biasa dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar teknikal namun adakalanya pelajar mengalami masalah dalam pembelajaran walaupun dengan bantuan pensyarah berkemahiran. Lazimnya, pelajar hanya menghafal dan menggunakan teks untuk mengingati sesuatu fakta. Justeru menurut Zain (2003) dan Tukiran (2004), amalan ini tidak dapat membentuk individu yang kreatif dan kritis dan kaedah ini tidak lagi relevan untuk diteruskan pada zaman yang serba maju ini. Pelaksanaan pengajaran berasaskan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran proses membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran kejuruteraan (Sahairil, 2003). Pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran yang menggunakan teknologi berbanding dengan sistem pembelajaran yang biasa. Ini menunjukkan bahawa pendekatan pendidikan konvensional yang menekankan penyampaian melalui cara syarahan dan penerangan guru sepenuhnya sudah tidak lagi releven dalam proses pengajaran dan pembelajaran moden.

(17)

Sistem multimedia merupakan salah satu istilah yang sering diperkatakan dalam menuju era teknologi maklumat. Menurut Saifuddeen (2002), sistem multimedia ialah penggunaan alat teknologi maklumat yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat. Dalam erti kata lain, sistem multimedia menggunakan telinga dan mata di samping memproses maklumat yang diterima. Perisian multimedia merupakan satu alternatif baru ke arah mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan sistem multimedia masa kini (Ismail, 2010). Pengaplikasian teknologi multimedia secara berkesan dan cekap dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi menghasilkan bahan pembelajaran interaktif diharap dapat memotivasikan pelajar untuk meneruskan penerokaan isi pembelajaran di samping memperkayakan lagi pendekatan pembelajaran sedia ada.

Dengan mengkaji gaya kognitif yang berbeza bagi setiap pelajar dan sukatan pengajaran yang bersesuaian mengikut gaya kognitif setiap individu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diperbaiki ke arah pembelajaran yang optimum kerana setiap gaya kognitif mempunyai kelebihan yang tersendiri dan guru seharusnya memainkan peranan dalam memanfaatkan setiap kelebihan yang ada pada pelajar. Dalam memenuhi setiap pembelajaran pelajar, guru haruslah terlebih dahulu memahami maksud perbezaan individu dan mengaitkan gaya pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran serta gaya kognitif yang dimiliki oleh pelajar. Kajian oleh Yahaya et al., (2005), menerangkan bahawa Witkin et al., (1977), menyatakan gaya kognitif merupakan ciri-ciri tersendiri seseorang individu itu memproses, menyusun dan menggunakan maklumat melalui aktiviti tanggapan dan intelek menerusi suatu cara yang teguh serta menyeluruh yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Witkin dan rakan-rakannya juga yang telah membangunkan konsep gaya pembelajaran kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD)

Individu FD cenderung melihat satu elemen sebagai gambaran keseluruhan dan suka memfokuskan pada satu aspek situasi, menggambarkan secara global dan tidak boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Manakala individu FI suka memfokuskan kepada perkara-perkara kecil daripada keseluruhannya,

(18)

tidak gemar kepada aktiviti sosial, sikap berdikari yang tinggi, menganalisis sesuatu aktiviti secara analitikal dengan teliti.

Selain itu, gaya pembelajaran berdasarkan ciri-ciri bidang bebas iaitu FI dan bidang bergantung iaitu FD sebagai tingkah laku yang stabil dan kompleks di mana interaksi dan personaliti seseorang diperlihatkan semasa menghadapi tugasan pembelajaran. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh oleh para pendidik perlu dilakukan sehingga mampu melahirkan generasi yang menepati kehendak kurikulum dan memenuhi keperluan industri.

1.2 Latar belakang kajian

Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku semenjak dahulu lagi. Kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa sistem pendidikan konvensional yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan kapur dan buku teks tidak lagi praktikal pada zaman teknologi masa kini. Tambahan pula, kaedah penyampaian berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan pelajar menjadikan pelajar seorang yang pasif. Ini menjadikan suasana serta proses pengajaran dan pembelajaran membosankan. Selain itu, sistem pembelajaran konvensional dilihat telah menghalang pelajar untuk mengembangkan potensi masing-masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka yang tersendiri (Ramlah, 2003).

Pelbagai perancangan dan usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Salah satu usaha tersebut ialah untuk meningkatkan lagi keberksesanan proses P&P melalui penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Menurut Rahmat (2005), terdapatnya kekangan dan masalah di dalam bilik darjah menyebabkan pelajar tidak dapat menerima sepenuhnya maklumat yang disampaikan oleh pengajar. Kadang-kala terdapat konsep-konsep atau gambaran tertentu yang tidak dapat dijelaskan oleh pengajar secara kaedah pengajaran tradisional. Masalah utama yang dihadapi pelajar terutamanya dalam proses P&P adalah kesukaran pelajar untuk memahami teori-teori kerana sistem sekarang

(19)

menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku teks. Menurut Ee (2003), penggunaan ABBM seperti buku adalah berbentuk statik dan membosankan pelajar.

Salah satu kaedah yang sesuai untuk mengajar topik Plastik dalam mata pelajaran Teknologi Bahan adalah menggunakan perisian multimedia yang akan memberikan gambaran sebenar tentang objektif dan isi kandungan yang terdapat dalam tajuk pembelajaran. Penyataan daripada Hofstetter (1995) menyatakan multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif. Gabungan sistem ini boleh digambarkan seperti di dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Komponen Multimedia

Penggunaan teknologi multimedia bukanlah bererti bertujuan menggantikan peranan guru tetapi akan membantu guru dalam mempelbagaikan gaya pengajaran dan membantu dalam menyampaikan maklumat dengan tepat kepada pelajar. Multimedia akan mewujudkan satu situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan kerana pelajar akan mendapat 20% dengan membaca, 30% dari mendengar, 40% dari melihat, 50% apabila menyebut, 60% apabila membuat dan 90% apabila dia membaca, mendengar, melihat, menyebut dan membuatnya serentak (Ismail, 2010).

(20)

Setiap individu memproses maklumat dengan cara yang berlainan. Justeru itu, kepelbagaian dalam berfikir ini akan mempengaruhi pelajar untuk bertindak terhadap bahan pengajaran guru. Kesesuaian pelajar mengikuti suatu pakej pembelajaran banyak dipengaruhi oleh gaya kognitif. Menyedari hakikat itu, perbezaan ciri-ciri individu yang wujud dikalangan pelajar seharusnya dijadikan panduan di dalam usaha merancang P&P yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Selain dari itu, penentuan gaya pembelajaran ini juga dilihat berpotensi di dalam menentukan kejayaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Kegagalan dalam mengenalpasti gaya kognitif bagi setiap pelajar boleh mengakibatkan kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan multimedia dalam pendidikan perlu mengambil kira beberapa faktor seperti gaya pembelajaran dan kognitif pelajar khususnya bagi pelajar Field Independence dan Field Dependence. Mereka ini memiliki corak belajar yang berbeza dan sesetengah corak pengajaran yang tidak sesuai akan menyukarkan proses pembelajaran mereka. Pelajar akan dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan sekiranya keperluan dan gaya pembelajaran pelajar diberikan perhatian (Noriah et al., 2003). Ini bagi memastikan pelajar mampu memperolehi pencapaian yang optima disamping mempunyai minat yang berterusan untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih baik dan menyeronokkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan salah satu alat bantu mengajar (ABBM) yang dapat membantu guru dalam meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut Mohamed (2000), media digunakan semata-mata bertujuan untuk memudahkan guru dan pelajar berinteraksi atau berhubung, iaitu komunikasi dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk menghasilkan tindak balas. Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Shah Alam yang mengajar subjek Teknologi Bahan menyatakan bahawa kurangnya pelajar yang mendapat markah yang tinggi setiap kali ujian

(21)

diadakan. Bilangan pelajar yang mendapat gred B+ ke atas adalah sedikit berbanding pelajar yang mendapat gred B+ ke bawah. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang bermasalah dari segi pembelajaran kerana setiap pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar yang cerdas akan belajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula lambat untuk mempelajari topik yang sukar mereka fahami. Menjadi peranan guru mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian hingga ke tahap cemerlang. Oleh kerana di dalam pembelajaran berasaskan multimedia yang dibina menggunakan elemen-elemen media yang berbagai seperti teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya, maka ia berkemungkinan akan turut memberikan kesan yang berbeza ke atas kumpulan pelajar yang berbeza dari segi gaya kognitif. Oleh itu, terdapat keperluan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan kesan penggunaan multimedia terhadap pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza.

1.4 Tujuan Kajian

Pelaksanaan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengajaran dengan kaedah multimedia berbanding kaedah konvensional ke atas prestasi pelajar berbeza gaya kognitif pada pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

1.5 Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan kesan kaedah pembelajaran menggunakan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Plastik dalam subjek Teknologi Bahan . Kerangka konsep kajian telah dibentuk dan diubahsuai dari Information Processing Characteristics oleh Daniel (1996). Objektif utama adalah untuk melihat pencapaian pelajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.serta perbezaan pencapaian pelajar Field Dependence (FD) atau Field Independence (FI). Bagi melihat perbezaan skor pencapaian, ujian pra dan ujian pos

(22)

dijalankan setelah menggunakan kaedah konvensional dan kaedah multimedia sebagai medium pengajaran ke atas pelajar

Rajah 1.2 : Kerangka konsep kajian (diubahsuai dari Information Processing Characteristics oleh Daniel; 1996)

Rajah 1.2 : Kerangka konsep kajian (diubahsuai dari Information Processing Characteristics oleh Daniel; 1996)

(23)

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk:

(i) Mengenalpasti gaya kognitif pelajar yang berada dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

(ii) Membandingkan skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan multimedia.

(iii) Mengkaji perbezaan skor ujian pencapaian pelajar Field Independent (FI) berbanding pelajar Field Dependent (FD)

(iv) Mengkaji perbezaan skor ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar kumpulan Field Dependent (FD)

1.7 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut:

(i) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan multimedia?

(ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar Field Independent (FI) berbanding pelajar Field Dependent (FD)?

(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar kumpulan Field Dependent (FD)?

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal bagi subjek Teknologi Bahan. Perisian kursus ini dibangunkan dengan menggunakan Adobe Flash Profesional CS4.

(24)

Dalam kajian ini, maklumat berkaitan jenis gaya kognitif yang dimiliki oleh pelajar iaitu FI dan FD dalam pembelajaran akan di kaji. Ciri-ciri personaliti individu FI-FD yang akan dikenalpasti adalah dari segi tingkah laku, proses berfikir dan memproses maklumat serta cara menyelesaikan masalah yang akan berbeza di antara kedua-dua jenis gaya kognitif.

1.9 Hipotesis Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa hipotesis yang ingin dikaji iaitu: (a) Hipotesis nul

Ho1: Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan multimedia. Ho2: Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian

pencapaian pelajar Field Independent (FI) berbanding pelajar Field Dependent (FD).

Ho3: Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar kumpulan Field Dependent (FD).

(b) Hipotesis alternatif

Ha1: Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan rawatan terhadap kaedah pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan multimedia.

Ha2: Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian pencapaian pelajar Field Independent (FI) berbanding pelajar Field Dependent (FD). Ha3: Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam skor ujian

pencapaian pelajar kumpulan kawalan dan pelajar kumpulan rawatan terhadap pelajar kumpulan Field Independent (FI) dan pelajar kumpulan Field Dependent (FD)?

(25)

1.10 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan terhadap kajian yang dilakukan iaitu:

(i) Kajian ini hanya melibatkan pelajar Kejuruteraan Mekanikal di sebuah politeknik sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar politeknik yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

(ii) Kajian hanya terhad untuk tajuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam topik Plastik bagi subjek Teknologi Bahan dan bukannya untuk keseluruhan sukatan pelajaran Teknologi Bahan .

(iii) Kajian ini difokuskan kepada jenis gaya kognitif yang dimiliki oleh pelajar sama ada Field Independence (FI) dan Field Dependence (FD) semasa proses pembelajaran secara konvensional atau dengan menggunakan multimedia. (iv) Dalam kajian akan wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang

memesong dari objektif kajian misalnya maklumat palsu yang mungkin diberi oleh sampel kajian.

(v) Walaupun pengkaji membina alat bantu mengajar ini dengan menggunakan perisian multimedia, namun kualiti perisian yang direkabentuk mungkin kurang memuaskan dan menjejaskan dapatan kajian.

1.11 Definasi Operasi

(i) Multimedia

Menurut Shuman (2003), multimedia secara amnya bermaksud menggunakan bidang spektrum pada komputer yang berkaitan dengan produk dan prosesnya. Menurut definasi Vaughn (2004), multimedia adalah sebarang teks, bunyi, animasi dan video yang berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik lain. Di dalam perisian ini, multimedia digunakan untuk menguatkan isi kandungan perisian ini supaya ia dapat menarik perhatian dan penyerapan ilmu dapat dilakukan lebih efektif berbanding cara konvensional.

(26)

(ii) Animasi

Perkataan animasi berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud „dihidupkan‟. Kamus Dewan mendefinisikan animasi sebagai satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Menurut Alessi (2003), animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan I mej pegun seolah-olah hidup, dapat bergerak dan bercakap. Ini disebabkan

penerapan teknik grafik dan audio yang pelbagai untuk menghasilkan atau memberi ilusi pergerakan dan penghidupan kepada lukisan kartun, lukisan tangan, gambar dan objek tiga dimensi.

(iii) ABBM

Menurut Tahir (2004), Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) ialah suatu bahan yang mampu menjadikan kesan pengajaran guru lebih baik terhadap pelajar dan membantu serta menyokong minda pelajar dalam pembelajaran mereka. Perisian kursus ini adalah salah satu ABBM di mana ia menggunakan teknologi maklumat seperti elemen multimedia sebagai medium utama dalam membangunkan sesbuah perisian kursus.

(iv) Interaktif

Kaedah yang membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri. Menurut Harun et al., (2000), pengguna boleh mencapai sebarang topik atau meninggalkan bahagian-bahagian yang tidak begitu menarik atau diperlukan oleh mereka. Di dalam perisian kursus ini, penerapan elemen multimedia yang menarik dilakukan bagi menghasilkan sebuah perisian kursus yang interaktif.

(27)

(v) Field Independent (FI)

Merupakan sekumpulan gaya kognitif pembelajaran yang diperkenalkan oleh Witkin et al., (1977). Kumpulan ini dikenali sebagai individu analitikal dan penuh perhatian kepada butiran. Pelajar Field Independence (FD) juga cenderung tidak bergantung kepada guru atau pelajar yang lain.

(vi) Field Dependence (FD)

Gaya kognitif ini diperkenalkan oleh Witkin et al., (1977) dan gaya ini ditakrifkan oleh ketidakupayaan membanding dan membezakan secara

terperinci dari maklumat lain di sekelilingnya. Pelajar Field Dependence (FD) sering bekerja dengan baik dalam pasukan kerana mereka cenderung untuk menjadi yang lebih baik pada hubungan interpersonal.

1.12 Rumusan

Penerangan terperinci berkenaan latar belakang,masalah, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian dan hipotesis kajian telah dinyatakan secara menyeluruh di dalam bab ini. Dapat dirumuskan bahawa kaedah pengajaran menggunakan multimedia akan dapat mempengaruhi prestasi dan minat pelajar. Selain itu, daripada kajian ini akan mengenalpasti pencapaian pelajar yang berbeza gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran ini juga merujuk kepada elemen-elemen yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan pencapaian akademik mereka serta gaya ini merujuk cara pelajar bertindak balas terhadap alam persekitaran.

(28)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dan berlandaskan kepada ini, maka sewajarnya pendidik perlu memikirkan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan selain menambah baik mutu pengajaran yang sedia ada sekarang. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa kini telah banyak berubah dan mengalami evolusinya sendiri. Jika dahulunya penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih seperti penggunaan komputer, video dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks. Penggunaan ABBM berasaskan multimedia dalam kalangan guru dan pengajar di Malaysia juga semakin meluas. Ramai pengajar masa kini juga lebih suka memilih untuk menggunakan kemudahan teknologi berbanding pengajaran secara konvensional.

Subjek Teknologi Bahan merupakan satu subjek yang diajar di dalam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Subjek ini merupakan subjek penting untuk pelajar mengetahui tentang sifat sesuatu bahan. Namun begitu di dapati bahawa pelajar sukar untuk menguasai subjek ini kerana subjek ini merupakan subjek yang memerlukan daya imiginasi dalam menggambarkan keadaan bahan dan pengiraan yang kompleks menyebabkan pelajar sukar menguasai subjek ini. Oleh itu, di dapati penyediaaan interaktiviti sebagai sebahagian daripada pembelajaran berasaskan multimedia telah terbukti untuk membantu kedua-dua pelajar Field Independence -Dependence (Weller et al., 1994). Di dalam bab ini, komponen-komponen penting dalam kajian ini iaitu kesan penggunaan perisian multimedia pendidikan terhadap

(29)

prestasi pelajar yang berbeza gaya kognitif akan dibincangkan. Beberapa kajian terdahulu yang dilaksanakan akan dijadikan sebagai panduan dalam menjayakan kajian ini.

2.2 Multimedia

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Sejarah perkembangan multimedia Perkembangan Komputer Peribadi (Personal Computer) yang pertama adalah ‘Monomedia’ tanpa bunyi. Ianya hanya berbentuk teks sahaja pada skrin. Teknologi monomedia diterajui oleh ENIAC 1946. Selepas ini, di peringkat pertengahan PC bertambah maju dengan kelebihan cip yang lebih laju. Ketika itu, PC dilengkapi dengan kad suara dan kad paparan warna. Monitor pada PC juga adalah lebih besar dari peringkat awal. PC telah dikembangkan dan dimajukan dengan adanya Multimedia PC pada ketika ini. Multimedia PC yang telah dimajukan adalah lengkap dengan teks, grafik, audio, animasi dan klip

Dalam sejarah perkembangan multimedia, "Microsoft Corp" merupakan organisasi yang menganjurkan persidangan yang pertama berkaitan dengan CD-ROM dalam tahun 1984. Dalam tahun 1991, Window 3.0 telah memperkenalkan penggunaan grafik untuk komputer. Ianya dapat mengubah konsep penggunaan komputer yang lebih bersifat interaktif dalam menyampaikan mesej dan maklumat dari fungsinya yang terdahulu hanya sebagai mesin taip. Microsoft Window 3.0 telah memperkenalkan multimedia pada tahun 1992. Ianya memberi peluang kepada pengaturcara-pengaturcara dalam meneroka bidang bunyi digital, grafik dan visual. Versi ini kurang mendapat sambutan kerana kosnya yang mahal.

Selepas kemunculan Windows 3.1, versi ini mendapat sambutan dari pengguna dengan adanya fungsi tambahan yang dimasukkan seperti bunyi audio, MIDI dan

(30)

Joystick. Pada tahun 1991, „Multimedia Marketing Council‟ telah mengumumkan piawaian "Multimedia Personel Computer" (MPC) untuk menetapkan garis panduan kepada pengeluar-pengeluar perkakasan komputer peribadi agar mendapat status komputer multimedia dan memudahkan pengguna memperolehi komputer multimedia yang menepati piawaian yang sah. Pembelian komputer pada masa kini telah dilengkapkan dengan perisian multimedia yang dibekalkan terus di dalam komputer. Dengan adanya kemudahan itu, pengajaran dan pembelajaran secara kendiri dapat disampaikan dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan.

2.2.1 Kajian mengenai Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan

Menurut Jamaludin (2000), dalam proses penyebaran maklumat, bidang pendidikan kini telah maju dengan perkembangan pelbagai media. Penggunaan perisian multimedia dikatakan menjadi pemangkin kepada bidang pendidikan kerana multimedia dapat dilihat sebagai medium yang berkesan terhadap pembelajaran pelajar. Secara amnya, pelajar boleh mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Ransangan corak ingatan terhadap sesuatu perkara yang kompleks akan menjadikan penyampaian maklumat lebih mudah diikuti, diingati dan disimpan lebih lama dalam kotak memori seseorang infividu. Teori Pengekalan informasi telah diperkenalkan oleh Vaughn (2004) dalam bentuk peratusan seperti Jadual 2.1 di bawah. Jadual 2.1 : Teori Pengekalan Informasi oleh Vaughn (2004)

Kategori Peratus penerimaan pada individu (%)

Melihat 40%

Mendengar 20%

(31)

2.2.2 Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dalam pendidikan masa kini. Jika suatu ketika dahulu, guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang di ambil dari buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kini teknologi telah banyak membantu guru-guru dalam meningkatkan teknik pengajaran di bilik darjah. Ini kerana pelajar hari ini bukan sahaja telah banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi moden yang serba canggih malah banyak juga mereka juga bergantung kepada teknologi tersebut dalam kehidupan seharian.

Perkembangan teknologi terkini menyediakan lebih banyak mod persembahan maklumat secara dinamik berbanding kaedah pengajaran dan media tradisional (Guttormsen et al., 2000). Antaranya ialah seperti aplikasi animasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Chan Lin, 2000). Perkembangan teknologi terkini menyediakan lebih banyak mod persembahan maklumat berasaskan perisian instruksional sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran berasaskan media tradisi. Dengan peningkatan kemampuan perkakasan dan perisian komputer, persembahan maklumat berasaskan perisian telah semakin meningkat dalam kalangan pengguna komputer. Jika dibandingkan dengan media instruksional lain, komputer merupakan alat kognitif yang paling efisien dan efektif kerana kelebihannya dari sudut interaktiviti serta kawalan pengguna.

Interaktiviti serta kawalan pengguna ini membolehkan murid mengawal, memanipulasi dan menjelajah maklumat di dalam perisian instruksional dan aspek ini memberi kesan yang sangat positif terhadap murid. Adalah sangat sukar untuk mendefinisikan teknologi pendidikan. Bidang ini mencakupi kombinasi instruksional, pembelajaran, pengembangan, pengurusan dan lain-lain teknologi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu

(32)

organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri.

Dalam kehidupan persekitaran kita penuh dengan elemen atau media-media komunikasi yang lain seperti bunyi dan juga paparan imej atau grafik sama ada yang berbentuk statik mahupun dinamik. Pendidikan masa sekarang lebih bertumpu kepada teks dan angka,namun kadangkala timbul masalah sukar memahami apabila bahan pengajaran hanya melibatkan teks dan angka sahaja. Multimedia berupaya menangani masalah ini dengan menyelitkan unsur -unsur yang melibatkan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi.

Pembangunan teknologi multimedia juga menekankan kepada pembelajaran interaktif dan mengambil kira teori-teori pembelajaran atau berdasarkan suasana dan keperluan semasa. Pembelajaran berasaskan multimedia adalah berkaitan dengan proses bagaimana seorang pelajar belajar. Pembelajaran berasaskan multimedia haruslah menjana dan menggunakan idelogi tertentu serta dikukuhkan dengan penggunaan pelbagai jenis media yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Unsur interaktif dan rekabentuk yang menarik juga penting bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan juga berkesan dalam membantu pelajar memahami sesuatu tajuk pelajaran.

2.2.3 Keperluan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pelbagai kelebihan dan keistimewaan dalam multimedia yang menyebabkan multimedia mula digemari dan diterima ramai sebagai salah satu aspek utama dalam kehidupan seharian. Bidang pendidikan juga memanfaatkan teknologi ini ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara sebab keperluan penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ialah

(i) Ruang penyimpanan dan kemudahan penyebaran yang mengambil ruang seperti buku teks, majalah dan sebagainya.

(ii) Kemudahan carian dan capaian maklumat.

(iii) Rujukan dan pengukuhan maklumat menerusi sumber yang tiada batasan. (iv) Menyediakan kuasa kawalan pembelajaran yang lebih fleksibel.

(33)

2.2.4 Kelebihan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan secara umumnya adalah sangat luas serta merangkumi pelbagai bidang seperti kurikulum, kaunseling, pengurusan serta pengajaran. Pendidikan masa kini mempunyai kaitan yang rapat dengan perubahan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian instruksional, muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer (Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-murid kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian atau di tempat kerja mereka.

Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru iaitu melalui penggunaan teknologi seperti perisian instruksional yang boleh menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara. Teknologi pendidikan adalah berkaitan dengan P&P di mana alat atau bahan media digunakan sebagai sokongan atau bantuan dalam proses P&P. Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks, dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai interaktif yang tinggi, maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi pendidik. Pelajar berinteraksi dengan multimedia untuk memperolehi pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka Interaktiviti serta kawalan pengguna ini membolehkan pelajar mengawal, memanipulasi dan menjelajah maklumat di dalam perisian pendidikan dan perkara ini memberi kesan yang sangat positif terhadap pelajar (Bailey, 2001).

Multimedia mengubah cara pengajaran guru yang rutin, yang menunjukkan pelajar belajar dalam suasana yang berbeza. Guru akan bertindak sebagai pembimbing sepanjang pembelajaran. Penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah salah satu kaedah alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

(34)

berkesan terhadap pelajar. Ia juga dapat memvariasikan proses pembelajaran dan bukan bertujuan untuk menggantikan guru seperti kedah pengajaran berasaskan guru seperti dalam kaedah biasa (Rozinah, 2002).

Menurut Jamaludin et al., (2003), penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ia boleh menjadi peransang kepada golongan pendidik serta menjadi alat yang dapat membantu para pendidik menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Antara kelebihan pembelajaran berasaskan multimedia adalah : (i) Menyokong Pembelajaran Kendiri

Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan berkesan. Keupayaan menyediakan pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan pelajar merupakan dua kelebihan koswer yang telah dibuktikan melalui kajian (Blankenhorn, 1999). Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta tujuan pembelajaran mereka dengan cepat kerana program multimedia memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan individu mengikut daya keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran kendiri melalui koswer adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, dimana melalui pembelajaran kendiri ini pelajar boleh mengawal pembelajaran berdasarkan kemampuan serta kesesuaian mereka

(ii) Membantu imiginasi terhadap perkara abstrak

Elemen-elemen dalam multimedia antaranya seperti muzik, animasi, simulasi dapat menolong menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan ianya mampu memenuhi strategi belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun komputer kini dapat memberikan segala kemudahan ini kepada pelajar (Abtar, 2001).

(35)

(iii) Menjana pemikiran dan keseronokan pelajar belajar

Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan proses pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamaludin et al., 2001). Kebanyakan pelajar suka dan terhibur belajar dengan animasi (Reiber, 1991). Penerapan nilai hiburan yang tidak berlebihan di dalam pendidikan akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2000).

(iv) Melibatkan Lebih Dari Satu Deria

Pendidikan menerusi multimedia akan menggerakkan setiap deria pengguna untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Keseluruhan deria iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan minda seseorang pelajar itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Alessi et al., 2003). Rajah 2.1 menunjukkan kadar ingatan melalui kaedah pembelajaran yang melibatkan satu deria dan kombinasi lebih daripada deria berpandukan Dale’s Cone of Experience.

(36)

Rajah 2.1 Kadar ingatan merujuk kepada kaedah perolehan pengetahuan (Neo & Neo, 2001)

2.2.5 Multimedia sebagai alat kognitif

Menurut teori kognitif, kemahiran kognitif adalah merujuk kepada kemampuan seseorang pelajar menyimpan dan mengingati semula maklumat dari memori jangka panjang berdasarkan keperluan (Cooper, 1998). Maklumat yang hendak didaftar di dalam memori jangka panjang perlu melalui storan sementara di memori sensori dan memori kerja. Oleh kerana kapasiti dan kemampuan memori kerja adalah sangat terhad, tidak semua maklumat yang melaluinya akan dapat masuk ke memori jangka panjang.

Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang dilakukan melalui

(37)

perisian instruksional atau koswer lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001). Perisian instruksional sememangnya menggunakan konsep ini di mana teks atau lisan digabungkan dalam skrin yang sama dengan grafik, animasi atau video.

2.2.6 Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar

Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan perisian instruksional dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian instruksional menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000). Jadual 2.2 menunjukkan hasil tinjauan melibatkan teknologi dan pencapaian oleh NCREL.

(38)

2.3 Pembelajaran

Menurut Cooper (1998), pembelajaran merupakan satu proses di mana maklumat (dalam bentuk pengetahuan atau kemahiran) direkod ke dalam ingatan jangka panjang supaya ia dapat dicapai dan diaplikasikan pada masa akan datang. Proses merekod akan dijalankan dalam ingatan jangka pendek dan di sinilah, hubungan antara maklumat dihasilkan dan kandungan maklumat akan diuji secara berulangan.

Maklumat ingatan jangka panjang akan disimpan dalam skema. Latihan, pengalaman dan pendidikan formal akan menyumbang kepada skema yang berlainan bagi individu yang berlainan, terutamanya berkenaan dalam bidang pengetahuan yang sama (Cooper, 1998). Individu yang pakar dalam sesuatu bidang akan mempunyai skema yang lebih dalam, kaya dan kompleks daripada individu yang mempunyai pengetahuan asas terhadap bidang tersebut. Proses pembelajaran akan lebih berjaya semasa maklumat baru jelas dikaitkan dengan skema terdahulu (Craig et al., 2006).

2.3.1 Teori Pembelajaran

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini jika di kaji kesusasteraan psikologi, kita akan menemui banyak teori belajar yang berpunca dari aliran-aliran psikologi. Namun dalam kesempatan ini hanya akan dikemukakan tiga jenis teori belajar saja, iaitu: teori behaviorisme, teori konstruktivisme dan teori kognitif.

2.3.1.1 Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme merupakan salah satu pendekatan untuk memahami perilaku individu. Behaviorisme memandang individu hanya dari sisi fenomena jasmaniah, dan mengabaikan aspek - aspek mental. Dengan kata lain, behaviorisme tidak mengakui adanya kecerdasan, bakat, minat dan perasaan individu dalam suatu belajar. Peristiwa belajar semata-mata melatih refleks-refleks sedemikian rupa sehingga menjadi kebiasaan yang dikuasai individu. Teori ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya

(39)

RUJUKAN

Abdul Ghaffar, M.N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abtar, K. (2001) Integrating Library Resources In To A Web-Based Learning..Jurnal BTP,L , 25-34.

Alessi, S.M dan Trollip, S.R (2003)Multimedia for Learning : Methods and Development. Third Edition. Boston : Allyn & Bacon.

Alias, B. dan Chong, M. L. (1992). Hubungan di antara stail kognitif dengan jantina, aliran dan kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan, 17, 61–73.

Arnot, M., David, M. dan Weiner, G. (1995). Educational reforms and gender equality in Schools. London: Falmer Press.

Baker, D. dan Stevenson, D. (1986). Mother's strategies for children's school

achievement: Managing the transition to high School. Sociology of Education, 59(3), 156–166.

Basow, S. A. (1984). Ethnic group differences in educational achievement in Fiji. Journal of Cross-Cultural Psychology, 15(4), 435–451.

Bell, Vaughan. (2004). Perceptions and perceptual distortions. Cardiff University, UK. R Persaud

Birenbaum, M. dan Kraemer, R. (1995). Gender and ethnic-group differences in causal attributions for success and failure in Mathematics and language examinations. Journal of Cross-Cultural Psychology, 26(4), 342–359.

Brown, B. L. (2003). Teaching style vs. learning style. Myths and realities. (Dokumen ERIC No. ED 482329), 26, 2-4.

Craig Errey, Paul Ginns, dan Claudia Pitts. . (2006). “Cognitive load theory and user interface design: Making software easy to learn and use.” The Performance Technologies Group

Chan Lin, L.J. (2000) “Attributes of Animation for Learning Scientific Knowledge.” Journal of Instructional Psychology, 27 (4), 228-238.

(40)

Cooper, G. (1998) “Research Into Cognitive Load Theory And Instructional Design At UNSW.” Australia: University Of New South Wales.

Cozby, P. C. (2001). Methods in behavioral research (7th ed.). Mountain View, California: Mayfield Publishing Company. American Psychological Association.

Daniel R.J., Clifton, Rachel K., Gullapalli, Vijaykumar, McCall, Daniel D. and. Berthier,

Eccleston, G., Borkin, I. dan Burrows, A. (1990). Sex-related Differences in Academic Performance at GCE(A-)Level. Educational Research, 32(3), 229–240.

Ee A.M. (2003). Pendidikan di Malaysia II. Cetakan Keempat, Alan : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Faraday, P. (2000). Visually Critiquing Web Pages. 6 th Conference on Human Factors & The Web. Dalam B. Bailey, (2001). Multimedia and learning.

Feij, J. A. (1976). Field independence, impulsiveness, high school training, and academic achievement. Journal of Educational Psychology, 68(6), 793–799. Frank, B. M. (1986). Cognitive styles and teacher education: Field dependence and

areas of specialization among teacher education majors. Journal of Educational Research, 80(1), 19–22.

Fred T. Hofstetter. (1995). Multimedia Literacy. London: McGraw-Hill,

Gagne,Ellen D. (1985). “ The Cognitive Psychology Of School Learning.” Boston: Little Brown.

Guttormsen-Schär, S. and Krueger, H. (2000). Using New Learning Technologies with Multimedia. IEEE MultiMedia, 7, 3, 40-5.

Gustafson, K. L., & Branch, R. (2007). What is instructional design? In R. A. Reiser &J. V.Dempsey (Eds.), Trends and issues in instructional design and technology

(2nd ed.) (pp. 16-25). Upper Saddle River, New Jersey: Merrill-Prentice Hall. Hansen, J. W. (1995). Student cognitive style in postsecondary technology programs.

Journal of Technology Education, 6(2), 19–33.

Harding, Jan. (1979). Sex differences in examination performance at 16+. Physics Education, 14, 280–288.

(41)

Harun J., dan Tasir Z. (2000). Multimedia Untuk Pendidikan. PTS Publication: Bentong.

Hasan, H.F. (2007). Kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif Field Independent (FI) dan Field dependent (FD). Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hergenhahn, B. R. dan Olson, M. H. (1993). An introduction to theories of learning. New Jersey: Prentice Hall.

Ho, D. Y. F. (1987). Predictions of foreign language skills: A canonical and part canonical correlation study. Contemporary Educational Psychology, 12, 119– 150.

Hussein.S. (2006). Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Lokus dalam Dua Matra terhadap pelajar tingkatan dua. Open University Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Ismail, N.A.F. (2010). Pengenalan dan Definasi Multimedia. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia.

Jabar,H. (2000). Pengenalan Model ADDIE. Kuala Lumpur, Venton Publishing. Jacobs, N. dan Harvey, D. (2005). Do parents make a difference to children's academic

achievement? Differences between parents of higher and lower achieving students. Educational Studies, 31(4), 431–448.

Jamaludin, H. & Zaidatun Tasir,.(2003). Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication. Jamalludin H. & Zaidatun Tasir .(2001)“Pengenalan Kepada Multimedia.” Kuala

Lumpur, Venton Publishing.

Jonassen, H. D. (1999). Comtructivist learning environments on the Web: engaging students in meaningful learning. Paper Presented at Educational Technology Conference and Exhibition, 9-11 February, SUNTEC City, Singapore.

Kim, T. S. (1996). Perhubungan di antara gaya kognitif, kumpulan etnik, jantina dan pencapaian matematik murid-murid sekolah rendah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Konting, M.A. (2004). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka

(42)

Anglo American and Mexican American students. Journal of Cross-Cultural Psychology, 27(5), 561–575.

Krishnasamy V. (2007). The Effects Of A Multimedia Constructivist Environment On Students’ Achievement And Motivation In The Learning Of Chemical Formula And Equations. Universiti Sains Malaysia. Tesis Sarjana.

Lau T.K., Zainuddin Awang And Pang. (2006). Statistics For Uitm (In English). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Loo, P. P. (2002). Perhubungan di antara gaya kognitif, jantina, kecerdasan dan pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam Biologi, Kimia dan Fizik. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Lourdusamy, A. (1998). Perbezaan gaya kognitif individu dan implikasi terhadap pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mahfurdz A. dan Semail S. (2000). Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Digest Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.

Maznah, I. dan Ng, W. K. (1985). Relationship of locus of control, cognitive style, anxiety, and academic achievement of a group of Malaysian primary school children. Psychological Reports, 57, 1127–1134.

Md. Yunos J., Wan Ahmad W.A.R., Madar A.R. (20017). Field Dependence – Independence Students And Animation Graphic Courseware Based Instruction. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. MEDC Volume 1, December 2007 Messick, Samuel ., Wiley, John & Sons. Individuality In Learning: Implications of

Cognitive Styles and Creativity for Human Development. California. Josey‐Bass Inc. (1976)

Mohamad Yatim, (2011). M.H., Md. Saad M.N. dan Mohamad Rasli, R. Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamed, O. (2000). Gender Socialization And Learning Style Pathers Of Secondary School Students. Bertanika Journal of Social Science And Humanities. (5) 1, 15-20.

Muhamed Salleh A. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan

(43)

Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Open University Malaysia. Tesis Sarjana.

Mohd Ishak, A., Nor Sakinah Mohamad. (2003). Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen terhadap Profesyen Pengurusan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ng, S. N. (1972). Socio-economic status as related to achievement and some noncognitive variables. Jurnal Pendidikan, 3, 82–92.

Ng, W. K. (1985). Pembolehubah-pembolehubah bukan akademik dan pencapaian. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 7, 43–51.

Nisa, K. (2011). Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Neil E. (1996). Visual Information and Object Size in the Control of Reaching. In Journal of Motor Behavior,. 28 pp. 187-197.

O'Neil H. F. Jr dan Brown. R. S. (1997). Differential Effects of question formats in Mathematic Assesment on metacognition and affect. Applied measurement in Education, 11, 331–351.

Paradise, L. V. dan Block, C. (1984). The relationship of teacher-student cognitive style to academic achievement. Journal of Research and Development in Education, 17(4), 57–61.

Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran (PIPP) 2006-2010, Rancangan Malaysia ke-9.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Perkins‐Gough, D. (2005). Do We Really Have A “Boy Crisis”. Educational Leadership. 93 – 94.

Popham, W. James. (1975). Educational Evaluation. Englewood Cliffs, N.J. Prentice-Hall, Inc

Gay L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: competencies for analysis and application. C.E. Merrill Pub. Co

Rahmat M.R. (2006). Kesan Pembelajaran Urutan Tertib dan Urutan Kendiri dalam Pembelajaran Biologi Berasaskan Web terhadap prestasi Pelajar Tingkatan

(44)

Empat yang berbeza pencapaian dan gaya kognitif. Universiti Teknologi Mara. Tesis Sarjana.

Ramlah, J., Shahabuddin Hashim dan Mahani Razali. (2003). Psikologi Pendidikan. Bentong : PTS Publications and Distributors,

Roberge, J. J. dan Flexer, B. K. (1983). Cognitive style, operativity and mathematices achievement. Journal of Research in Mathematics Education, 14(4), 344–353. Rozinah Jamaludin.(2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributor Sdn Bhd

Russell, F. W. (2001). Measuring Ideal and Real Self-Concept on the Same Scale Based on a Multifaceted Hierarchical Model of Self-Concept. Education and Psychological Measurement. 61, 85-102.

Saifuddeen,S.M. (2002). Sistem Multimedia. Universiti Teknologi Malaysia.

Samsudin, D.S. et al. (2011). Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model ADDIE :Analisis Kajian di Emporia State Universiti Korea Selatan dan Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Md. Nor. (1992). Faktor-faktor latar belakang yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Pendidik dan Pendidikan, 11, 61–69.

Sherman, J. (1980). Mathematics. Spatial visualization and related factors : Changes in girls and boys, Grades 8–11. Journal of Educational Psychology, 72(4), 476– 482.

Shuman, James E. (2003). Interactive multimedia; Multimedia systems. [Boston, MA] ; United Kingdom : Thomson/Course Technology.

Somyurek S., Guyer T. and Atasoy B. (2008). The Effects of Individual Difference on Learners’s Navigation In a Courseware. The Turkish Online Journal of Educational Technology- TOJET –ISSN :J303-6521 volume 7 issue 2 Article 4. Sow L.S. (2007). Penghasilan Modul Pembelajaran Berasaskan Teori Beban Kognitif

Untuk Subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

Sulaiman,R., Roziana Ibrahim and Sarah Sabarina Yusoff . (2004). “Globe-Trekker Encyclopedia System (G-TES): Children’s Virtual World Explorer Towards an Interactive LearningEnvironment via Cognitive Mapping”, Proceedings of

Referensi

Dokumen terkait

Workshop Sitasi Karya Ilmiah dengan Mendeley Dekstop merupakan pengabdian masyarakat yang bertujuan untuk menumbuhkan minat belajar mahasiswa dalam mempraktekan

Setelah dibandingkan antara Sistem Informasi Akuntansi Siklus Pengeluaran kas yang berjalan di LPPSP model manual dengan Sistem Informasi Akuntansi Siklus Pengeluaran Kas dengan model

Hasil akhir yang diharapkan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui perilaku moda kegagalan sambungan dan memperoleh nilai kekuatan tahanan lateral dengan

Jadi metode hanyalah menentuka prosedur yang akan diikuti.5 Adapun yang dimaksud dengan “metode” didalam penelitian ini adalah cara yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu

Kawasan menunjuk pada suatu wilayah yang merupakan sentra (pusat), dapat berupa sentra produksi, perdagangan maupun sentra konsumsi. Dengan demikian kawasan sentra produksi

Sedangkan di Kabupaten Pamekasan program bantuan dana bagi hasil cukai digunakan untuk program bantuan bibitan, yaitu kebun bibit tembakau kecamatan (KBTK) yang dikelola

Hasil uji patogenisitas dengan berbagai konsentrasi Vibrio SKT-b menunjukkan bahwa perlakuan dengan penambahan SKT-b menghasilkan kelangsungan hidup larva udang yang tidak

Analisis data yang digunakan dalam penelitian ini adalah analisis deskriptif, analisis pendapatan usaha kerajinan kaligrafi kulit kambing, analisis pendapatan