• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENENTU KEJAYAAN PERNIAGAAN DAN RISIKO YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MARA, KUALA LUMPUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENENTU KEJAYAAN PERNIAGAAN DAN RISIKO YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MARA, KUALA LUMPUR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1176

PENENTU KEJAYAAN PERNIAGAAN DAN RISIKO YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MARA,

KUALA LUMPUR

Faridah Jaafar, Rahimawati M. Yusoff & Julianti Samsudin faridahj@psa.edu.my, rahimawati@psa.edu.my, julianti@psa.edu.my

Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Abstrak

Kerajaan Malaysia sentiasa memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pelbagai bidang yang saban tahun telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Berdasarkan aspirasi ini, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penentu kejayaan usahawan PKS dari segi: umur, rekod kewangan, pengeluaran, perancangan, pemasaran, pendidikan, ekonomi, modal, khidmat nasihat, pekerja, jenis saham, pengalaman, pengurusan, pengalaman industri, latar belakang dan perkongsian. Seterusnya mengenalpastitahap risiko yang dihadapi oleh usahawan dalam mengendalikan perniagaan. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik berjumlah 165 yang diedarkan kepada usahawan PKS di Bangunan MARA, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati sebelas penentu kejayaan yang menyumbang kepada pencapaian perniagaan. Manakala dari segi risiko terdapat dua jenis risiko iaitu penurunan permintaan dan transaki perniagaan secara atas talian. Kajian ini boleh membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam memberi khidmat nasihat kepada para usahawan PKS. Secara tidak langsung hasil dapatan ini dapat memberi input dalam penambahan ilmu kepada bakal usahawan.

Kata kunci:Perusahaan Kecil dan Sederhana, penentu kejayaan, risiko perniagaan

Pendahuluan

Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana sumbangan yang diberikan kepada ekonomi. Selain itu, PKS juga menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang ada. Di Malaysia, perusahaan PKS adalah di bawah seliaan SMECorp. Malaysia atau Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SMECORP, 2016). SMECORP adalah sebuah agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang bertanggungjawab untuk menggubal dasar dan strategi menyeluruh untuk pembangunan PKS. Antara agensi lain yang membantu usahawan PKS adalah seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Rakyat, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pusat bagi Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan (CEDAR) dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC). Agensi-agensi ini berfungsi sebagai pusat rujukan utama penyelidikan, pinjaman modal, penyebaran maklumat

(2)

1177

berkenaan PKS, menyediakan program mentor untuk PKS, inkubator dan premis perniagaan di Malaysia (SMECORP, 2016).

Kajian Literatur

Perusahaan Kecil dan Sederhana dianggap sebagai tulang belakang kepada program pembangunan perindustrian jangka panjang di Malaysia. Pelbagai bantuan disediakan oleh kerajaan untuk membantu para usahawan. Namun jatuh bangun perniagaan oleh usahawan PKS adalah kesan dari pelbagai faktor. Terdapat banyak kajian yang dilakukan tentang keusahawanan. Antaranya kajian oleh Hasnah, Norhafizah dan Sanep (2010) yang menyatakan bahawa usahawan perlu yakin pada diri sendiri kerana keyakinan diri merupakan salah satu punca yang mempengaruhi kejayaan usahawan seseorang.

Manakala dapatan kajian dari Ishak, Khairunnisa, Zaimah&MohdShukri (2011) mendapati faktor dalaman seperti keperibadian seseorang usahawan, kejujuran seseorang peniaga dalam menjalankan perniagaan, tidak pernah berputus asa dengan cabaran ketika menjalankan perniagaan serta sikap rajin seseorang usahawan merupakan penentu kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Kajian lalu juga mendapati kegagalan dalam pemasaran, masalah kewangan, kesukaran untuk mendapatkan bantuan kewangan, penyertaan yang terhad kepada usahawan PKS bumiputera dalam pasaran antarabangsa, kekurangan tenaga mahir, masalah untuk memasarkan produk dan kekurangan bahan mentah merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan perniagaan usahawan bumiputera(CheMohdZulkifli dan Nurdiana 2015).Kelemahan dalam pengurusan perniagaan seperti kegagalan dalam pemasaran boleh menyebabkan perniagaan mereka tidak berkembang maju walaupun mereka telah lama menceburi bidang keusahawanan.

Menurut kajian Azmi, Nik & Lee (2012) yang bersandarkan Model Lussier oleh Lussier, R.&Corman, J. (1996) mendapati terdapat 15 penentu kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan iaitu pemodalan, penyimpanan rekod dan pengawalan kewangan, pengalaman industri, pengalaman dalam menguruskan perniagaan, kemahiran perancangan, khidmat nasihat professional, latar belakang pendidikan, pengambilan pekerja, keadaan ekonomi negara, trend pengeluaran produk dan perkhidmatan, pemasaran, latar belakang ibu bapa yang berniaga, perniagaan perkongsian, jenis pemilikan saham dan umur usahawan ketika memulakan perniagaan. Hasil dapatan kajian Azmi, Nik & Lee (2012) menyatakan faktor kemahiran perancangan atau membina pelan perniagaan secara teliti boleh dianggap kritikal (signifikan) kerana ia membantu usahawan merancang dan mengurangkan masalah perniagaan secara strategik. Selain itu faktor usia ketika memulakan perniagaan, diikuti penyimpanan rekod dan pengawalan kewangan, trend semasa pengeluaran produk juga merupakan faktor penentu kejayaan sesebuah perniagaan (Azmi, Nik & Lee, 2012).

Di Malaysia, pelbagai bantuan dan sokongan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu usahawan dalam bidang perniagaan seperti bantuan kewangan kepada peniaga, latihan dan pembangunan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam menguruskan perniagaan, perkhidmatan nasihat dan perundingan kepada usahawan, pemasaran produk usahawan, peluang perniagaan kepada individu yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan serta infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan(Hidayad, 2010). Kesemua inididapati dapat meningkatkan lagi kejayaan usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawananselain daripada mengurangkan risiko kegagalan perniagaan.

Seterusnya, penentu kejayaan perniagaan adalah juga berkait rapat dengan risiko yang dihadapi oleh usahawan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Eva Maria & Martin (2015), terdapat beberapa risiko yang dihadapi oleh usahawan PKS antaranya: risiko pinjaman

(3)

1178

dengan kadar faedah yang tinggi, peningkatan harga jualan yang disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah, dan risiko terhadap kebergantungan bekalan daripada pembekal utama. Risiko yang seterusnya ialah perkembangan dalam perniagaan yang tidak menjanjikan keuntungan, risiko kehilangan pekerja mahir dan berpengalaman dan risiko penipuan yang terjadi disebabkan transaksi atas talian.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian literatur yang dibincangkan di atas telah memberi aspirasi kepada penyelidik untuk (i) mengenalpastitahap penentu kejayaan yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan PKS di Bangunan MARA, Kuala Lumpur. Aspek penentu kejayaan perniagaan dalam kajian ini adalah adaptasi dari Model Lussieriaitu terdapat 15 penentu kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan. Seterusnya, penyelidik ingin (ii) mengenalpastitahap risiko yang dihadapi oleh usahawan dalam mengendalikan perniagaan.

Metodologi Kajian

Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi kajian kerana ianya merupakan ibu negara Malaysia, yang mempunyai populasi yang sarat dengan usahawan PKS. Skop kajian tertumpu kepada usahawan PKS yang membuka perniagaan di Kuala Lumpur. Sampel kajian di ambil dari lingkungan usahawan PKS yang mempunyai outlet perniagaan di Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur. Jumlah populasi usahawanberniaga disini adalah seramai 165 responden. Bilangan sampel yang digunakan adalah sebanyak 113 responden iaitu suatu jumlah yang berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie& Morgan (1970). Teknik persampelan yang digunakan pula adalah teknik persampelan bertujuan (purposive sampling).

Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang dibina dan digunapakai oleh para penyelidik lepas dalam mengukur tahappenentu kejayaan yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan.Item untuk penentuan tahap penentu kejayaan perniagaan ini telah diambil dan diadaptasikan dari kajian Azmi, Nik & Lee (2012) danLussier, R. &Corman, J. (1996). Soal selidik diedarkan secara terus atau bersemuka dengan setiap pemilik outlet atau ruang niaga yang terdapat di lokasi kajian.

Pengukuran tahap penentu kejayaan dan penerimaan risiko ditentukan berasaskan skala-likert lima mata, iaitu skor min 1.00 hingga 2.39 adalah dikategorikan sebagai tahap rendah; skor min antara 2.40 hingga 3.79 dikategorikan sebagai tahap sederhana; dan skor min antara 3.80 hingga 5.00 dikategorikan sebagai tahap tinggi (Wiersma, W., 1995). Skala Likert-lima mata telah digunakan iaitu skala (1) Sangat Tidak Setuju, manakala skala (5) Sangat Setuju. Pakej Statistik untuk Sains Sosial untuk Windows (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis data. Bagi kajian deskriptif ini, data yang diperoleh di terangkan menggunakan ukuran kecenderungan menggunakan median, min serta peratusan.Namun dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan untuk semua usahawan PKS, ini kerana responden hanya tertumpu pada di Bangunan MARA, Kuala Lumpursahaja.

Hasil

Dapatan

Analisis

kajian

menggunakan

kaedah

deskriptif

bagi

data

non-parametrik.Berdasarkan analisis daripada 113 responden,

majoriti umur responden ialah dari 21 hingga 35 tahun iaitu (57.80%) bersamaan dengan 48 responden;kedua tertinggi lingkungan umur bawah 21 tahun iaitu (16.90%) bersamaan dengan 14 responden. Seterusnya, ketiga tertinggi ialah umur responden dari 35 hingga 50 tahun iaitu (15.70%) bersamaan dengan 13 responden, dan minoriti ialah (9.60%) bersamaan dengan 8 orang responden yang lingkungan umurnya lebih daripada 50 tahun.

(4)

1179

Manakala analisis bangsa responden, taburan data menunjukkan sebanyak 94% bersamaan 78 responden yang berbangsa Melayu. Diikuti dengan 3.6% bersamaan dengan 3 responden berbangsa Cina dan minoriti adalah 2.4% bersamaan 2 responden yang berbangsa India.

Seterusnya, analisis latar belakang pendidikan mendapati taburan data menunjukkan, sebanyak (41.0%) bersamaan 34 responden yang mempunyai tahap pendidikan SPM/MCE/SPMV. Diikuti dengan (22.90%) bersamaan 19 responden yang mempunyai tahap pendidikan bertaraf Sijil Kemahiran atau Diploma. Seterusnya, (19.30%) bersamaan 16 responden yang mempunyai tahap pendidikan Ijazah, kemudian (8.40%) bersamaan 7 responden yang mempunyai tahap pendidikan STPM/STAM/HSC. Manakala, (4.80%) pula mewakili 4 responden yang mempunyai tahap pendidikan iaitu UPSR dan yang terkecil sekali adalah (3.60%) bersamaan dengan 3 responden yang mempunyai tahap pendidikan PMR/SRP/LCE.

Objektif pertamakajian adalah untuk mengenalpastitahap penentu kejayaan yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan PKS di Bangunan MARA, Kuala Lumpur. Aspek penentu kejayaan perniagaan dalam kajian ini adalah adaptasi dari Model Lussier oleh Robert N. Lussier (1995) iaitu terdapat 15 penentu kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan. Dapatan pertama kajian mendapati penentu kejayaan yang tertinggi dengan ukuran kecenderunganmedian 4.00 dan min skor 4.3253merupakan item “membina pelan perniagaan secara teliti”, dikuti dengan penentu kejayaan kedua tertinggi iaitu “merekodkan urusniaga perniagaan dan mengawal sistem kewangan perniagaan” merangkumi ukuran kecenderunganmedian 4.00 dan skor min 4.2651. Jadual 1 menunjukkan dapatan keseluruhan bagi item-item penentu kejayaan yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan PKS.

Jadual 1: Item-item penentu kejayaan atau kegagalan perniagaan

Item-Item Penentu Kejayaan Min Median Tafsiran Min

1. Membina pelan perniagaan secara teliti 4.3253 4.0 Tinggi

2. Merekodkan urusniaga perniagaan dan mengawal sistem

kewangan 4.2651 4.0 Tinggi

3. Menjual produk atau perkhidmatan yang mengikut permintaan

atau trend semasa 4.2410 4.0 Tinggi

4. Faktor ekonomi semasa mempengaruhi keuntungan dan

kejayaan perniagaan 4.1325 4.0 Tinggi

5. Mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran 4.0482 4.0 Tinggi

6. Mempunyai pekerja yang setia dan berkualiti 3.9880 4.0 Tinggi

7. Mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan

perniagaan 3.8193 4.0 Tinggi

8. Modal yang mencukupi 3.8072 4.0 Tinggi

9. Mendapatkan bimbingan pakar atau nasihat dari professional

bagi menjalankan urusan perniagaan 3.6627 4.0 Sederhana

10. Mengusahakan perniagaan milik keluarga 3.4940 4.00 Sederhana

11. Pernah bekerja di industri atau perusahaan lain yang

(5)

1180

12. Memulakan perniagaan secara persendirian berbanding

perniagaan secara perkongsian 3.2048 3.0 Sederhana

13. Tidak menghadapi persaingan yang sengit (1180ajority)

adalah merupakan faktor kepada kejayaan perniagaan anda 3.0244 3.0 Sederhana

14. Mempunyai tahap pendidikan yang tinggi sebelum

memulakan perniagaan 3.0120 3.0 Sederhana

15. Faktor usia sewaktu memulakan perniagaan mempengaruhi

kejayaan perniagaan anda. 2.8675 3.0 Sederhana

Seterusnya, objektif kedua kajian adalah untuk mengenalpastijenis dan tahap risiko yang dihadapi oleh usahawan dalam mengendalikan perniagaan. Dapatan kajian mendapati jenis risiko yang tertinggi dengan ukuran kecenderungan median 4.00 dan min skor 3.8675 merupakan item “risiko penurunan permintaan dari pelanggan”, dikuti dengan item risiko kedua tertinggi iaitu “risiko kerugian membuat transaksi perniagaan secara atas talian” merangkumi ukuran kecenderungan median 4.00 dan skor min 3.4578. Jadual 2 menunjukkan dapatan keseluruhan bagi jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh usahawan dalam mengendalikan perniagaan.

Jadual 2: Jenis dan tahap risiko yang dihadapi oleh usahawan

Jenis-Jenis Risiko Min Median Tafsiran Min

1. Penurunan permintaan dari pelanggan disebabkan terpaksa meningkatkan harga jualan kerana kenaikan harga bahan mentah.

3.8675 4.0 Tinggi

2. Risiko kerugian membuat transaksi perniagaan secara

atas talian (online). 3.4578 4.0 Sederhana

3. Pulangan tidak menguntungkan apabila mengembangkan

perniagaan. 3.3855 4.0 Sederhana

4. Tidak mampu untuk membayar balik pinjaman dengan kadar faedah tinggi yang telah ditetapkan oleh pihak bank/agensi pinjaman bagi menampung kos operasi dan aset perniagaan.

3.3494 3.0 Sederhana

5. Pemberhentian pekerja atau pengurus yang cekap dan

berpengalaman yang diharapkan menguruskan perniagaan. 3.1084 3.0 Sederhana

Kesimpulan

Hasil analisis dapatan kajian ini telah dapat menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu “apakah item-item penentu kejayaan yang menyumbang kepada kejayaan usahawan PKS di Bangunan MARA, Kuala Lumpur?” Terdapat lapan item penentu kejayaan yang mendapat maklumbalasukuran kecenderungan tahap skor min yang tinggi daripada responden iaitu: membina pelan perniagaan secara teliti, merekodkan urusniaga perniagaan dan mengawal sistem kewangan, menjual produk atau perkhidmatan yang mengikut permintaan atau trend semasa, faktor ekonomi semasa, kemahiran dalam bidang pemasaran, pekerja yang setia dan berkualiti, pengalaman yang luas, dan modal yang mencukupi.

Kenyataan dapatan ini selari dengan dapatankajian oleh Azmi, Nik Hairi& Lee (2015) yang menyatakan item penentu kejayaan perniagaan dianggap penting adalah:usia ketika

(6)

1181

memulakan perniagaan, penyimpanan rekod dan pengawalan kewangan, pengeluaran produk mengikut trend, kemahiran perancangan, kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan.

Seterusnya, persoalan kajian yang kedua yang terjawab daripada hasil analisis kajian adalah “apakah tahap risiko yang sering dihadapai oleh usahawan PKS di Bangunan MARA, Kuala Lumpur?” Terdapat satu jenis risiko yang mendapat ukuran kecenderungan tahap skor min yang tinggi iaitu item “risiko penurunan permintaan dari pelanggan disebabkan terpaksa meningkatkan harga jualan kerana kenaikan harga bahan mentah”. Manakala item risiko yang lain mencapai ukuran kecenderungan tahap skor min yang sederhana iaitu: risiko kerugian membuat transaksi perniagaan secara atas talian, risiko pulangan tidak menguntungkan apabila mengembangkan perniagaan, tidak mampu membayar balik pinjaman, dan pemberhentian pekerja yang cekap dan berpengalaman.

Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian literatur oleh Eva Maria & Martin (2015) yang menyatakan antara risiko yang sering dihadapi oleh usahawan ialah risiko kenaikan harga bahan mentah, risiko kadar kenaikan pinjaman, risiko perniagaan secara talian, risiko rantaian bekalan (supply chain), dan risiko perkembangan perniagaan. Hasil kajian ini juga disokong kuat oleh Sukumar, Edgar, D. dan Grant (2011) yang mengatakan usahawan PKS terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko dalam talian sebagai contoh penipuan kad kredit, kecurian identiti, virus siber dan lain-lain. Akhir sekali, dapatan kajian ini dilihat dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam memberi khidmat nasihat kepada para usahawan PKS dengan membuat program keusahawanan. Selain itu, secara tidak langsung hasil dapatan ini dapat memberi input dalam penambahan ilmu kepada bakal usahawan.

Rujukan

Azmi, A., Nik Hairi, O., & Lee, K. (2012). Faktor Kritikal Kejayaan Usahawan Dalam Perniagaan (Critical Success Factors among Entrepreneurs in Business). Journal of Social Sciences and Humanities , 34-45.

Eva, F. M., & Martin, R. (2015). Risk Management in SMEs : A Sysytematic Review of Available Evidence. The Journal of Risk Finance, 122-144.

Che Mohd Zulkifli, C., & Nurdiana, M. (2015). Factors Affecting the Success of Bumiputera Entrepreneurs in Small and Medium Enterprises (SMEs) in Malaysia. International Journal of Management Science and Business Administration, 40-45.

Hasnah, A., Norhafizah, A., & Sanep, A. (2010). Faktor Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Peruncitan Melayu : Satu Kajian Kes. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V) (pp. 141-151). Port Dickson, Negeri Sembilan: Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi.

Ishak, Y., Khairunnisa, M., Zaimah, D., & Mohd Shukri, H. (2011). Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI) (pp. 196-207). Melaka Bandaraya Bersejarah: Ekonomi Berpendapatan Tinggi : Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup.

Krejcie, R. V. &Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Journal of Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Lussier, R. & Corman, J. (1996). A Business Success Versus Failure Prediction Model For Entrepreneurs with 0-10 Employees. Journal of Small Business Strategy, 7(1), 21-35.

(7)

1182

Mohd Nor HidayadHambali. (2011) Faktor bantuan kerajaan yang meningkatkan

kejayaan usahawan Industri Kecil Dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor (Master Tesis, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia). Petika dari http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10079_f0caab3354 954219a3495c84a97658ef.pdf

SMECORP Malaysia. (2016). Laporan Tahunan PKS 2015/2016. Petikan dari:

http://www.smecorp.gov.my/images/Publication/Annual- report/2015_2016/BM_byChapter/SME%20AR%202015-16%20Sorotan%20Khas%203.pdf

Sukumar, A., Edgar, D. & Grant, K. (2011) An Investigation of E-Business Risks in UK SMEs, Journal of World Review of Entrepreneurship, Management & Sustainable Development, 7(4), 380-401.

Wiersma, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction(6th ed.).Tokyo: Allyn and Bacon

Referensi

Dokumen terkait