• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Dampak Pembangunan Kearah Kesejahteraan Masyarakat.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Penilaian Dampak Pembangunan Kearah Kesejahteraan Masyarakat."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Bab 4

PENILAIAN DAMPAK PEMBANGUNAN

KEARAH KESEJAHTERAAN

MASYARAKAT

Muhamad Fadhil Nurdin

Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia

PENDAHULUAN

Bab ini bertujuan membincangkan secara ringkas tentang perubahan yang terjadi pada pendekatan dalam usaha membangunkan masyarakat sejahtera melalui pendekatan evaluasi pembangunan. Bab ini mempunyai dua fokus. Pertama, menggambarkan perubahan pendekatan dalam membangun masyarakat sejahtera. Kedua, implikasi perubahan itu terhadap pendekatan evaluasi pembangunan. Dalam membangun masa depan masyarakat yang lebih baik, digambarkan satu model pendekatan evaluasi pembangunan yang sistemik.

MEMBANGUNKAN MASYARAKAT SEJAHTERA

Membangun masyarakat sejahtera pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualiti hidup manusia sehingga berada dalam keadaan hi-dup yang selamat, sihat, dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Dalam praktik, usaha membangun masyarakat ditujukan untuk membebaskan manusia daripada kemiskinan, kebodohan dan penderitaan kerana kekurangan makanan, peru-mahan, dan kesihatan serta pelbagai masalah yang diciptakan oleh manusia itu sen-diri.

Membangunkan masyarakat merupakan usaha untuk mengubah kehidupan manusia kepada satu keadaan yang lebih baik, menjadikan semakin banyaknya warga masyarakat mengambil keputusan akan masalah kemasyarakatan; meluaskan penyertaan dalam kegiatan bersama; mengubah dari kebergantungan bantuan luar untuk untuk penggunaan secara maksimum berbagai-bagai sumber untuk kepentingan bersama. Usaha membangun masyarakat dipandang juga sebagai kaedah kerja untuk mencapai pelbagai tujuan masyarakat, serta membaiki keadaan dan perpaduan masyarakat; di dalamnya terdapat unsur program yang terancang, penguatan swadaya, bantuan teknik, memadukan pelbagai kemudahan untuk membantu masyarakat. Dengan demikian, untuk membangun masyarakat perlu pendekatan untuk meningkatkan kehidupan yang lebih baik bagi selurah warga masyarakat melalui penyertaan aktif (jika mungkin atas kesedaran dan keinginan mereka sendiri).

(2)

dilihat sebagai kaedah pembangunan ekonomi, yang menekankan kepada program pemberian bantuan dari atas ke bawah, seperti bantuan kewangan, barangan dan teknologi. Keadaan ini disebabkan kerana kurang memperhatikan aspek nilai-nilai dan aspirasi masyarakat tempatan, atau dengan kata lain, tidak menggu-nakan pendekatan penyertaan warga masyarakat dalam proses pembangunan.

Dari pelbagai pendekatan dalam usaha membangun masyarakat, dapat dikemuka-kan dua pendekatan yang dianggap penting, iaitu; politik dan modenisasi, dan meng-organisasikan masyarakat. Menurut pendekatan politik dan modenisasi, kerajaan mempunyai tugas untuk membaiki dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam usaha ini, pada awal perkembangannya, kerajaan di dunia ketiga masih merujuk kepada pandangan teori modenisasi yang menunjukkan, pembangunan harus dilaksanakan secara bertahap, yang menggambarkan perkembangan masyarakat sebagai gerakan satu arah; berkembang dari masyarakat primitif menuju masyarakat moden. Pemikir-an modenisasi seperti ini ada dalam paradigma fungsionalisme yang melihat penting-nya keseimbangan dan diferensiasi struktural, sehingga berpengaruh kepada penting -nya pemodenan manusia, kerana faktor manusia yang moden sangat menentukan pencapaian pembangunan (Parsons 1951, Smelser 1964, Levy 1967, Inkeles & Smith 1974, So 1990). Pandangan teori modenisasi klasik yang melihat pemodenan manusia sebagai sesuatu yang berlawanan dengan tradisi telah mendapat kritikan. Dove (1988), menunjukkan budaya tempatan (tradisi) selalu mengalami perubahan yang dinamik, oleh itu budaya atau tradisi tidak mengganggu proses pembangunan. Akhir-nya, teori modenisasi mengakui peranan positif nilai tradisi terhadap pembangunan (Suwarno&Sol991).

Dalam membangun masyarakat, pendekatan bantuan teknik perlu untuk meningkatkan teknik-teknik pengeluaran hasil pertanian dan industri (Esman & Uphoff 1984). Bantuan modal dan kewangan juga penting untuk membantu program pembasmian kemiskinan. Semua bantuan seperti ini datangnya selalu dari luar masyarakat, seperti dari kerajaan ataupun organisasi bukan kerajaan (NGO)). Program dan bantuan yang datang dari luar selalunya bermasalah, seperti berkurangnya bantuan yang sampai kepada masyarakat penerima. Keadaan ini disebabkan rasuah, ketidaktahuan masyarakat akan adanya program bantuan pembangunan, sehingga tindakan seperti ini merugikan masyarakat. Keadaan ini menimbulkan kesedaran akan pentingnya penyertaan warga masyarakat sebagai upaya keterbukaan program pembangunan masyarakat. Usaha ini menimbulkan pendekatan

community organization untuk membangun dari bawah atau dikenal juga pembangunan kerajaan bersama rakyat.

Dalam pendekatan kerjasama antara pihak kerajaan dengan organisasi masyarakat (tempatan), terdapat tiga model; pembangunan tempatan, perancangan sosial, dan aksi sosial. Ketiga model ini digabungkan ke dalam satu sistempengorganisasian masyarakat.

(3)

Berdasarkan potensi masyarakat dan bantuan dari luar, yang penting adalah ba-gaimana menumbuhkan inisiatif anggota masyarakat sendiri dan menggerakkan ke-lompok dalam masyarakat untuk mendapatkan dukungan dari supra-struktur. Secara politik, usaha ini memerlukan stabiliti politik dan ekonomi. Namun, di sisi lain, mem-bangun masyarakat memerlukan sistem pembangunan yang lebih aspiratif, dan mampu mengawal pelaksanaannya agar lebih efisien. Dalam konteks ini, evaluasi pembangunan menjadi penting dalam membangun masyarakat yang lebih baik pada masa akan datang.

EVALUASI PEMBANGUNAN

Evaluasi sebagai sebuah konsep diertikan sebagai kajian sistematik yang dirancang, dilaksanakan dan dilaporkan untuk membaiki kehidupan kelompok sasaran (masyarakat pengguna). Dalam konteks pembangunan, evaluasi mencakupi keseluruhan sistem dan proses untuk mensejahterakan masyarakat. Sejak 1980-1990-an, evaluasi pembangunan menjadi satu pendekatan untuk membaiki keseluruhan sistem dan proses kegiatan pembangunan. Evaluasi digunakan sebagai alat kawalan sosial dengan menempatkannya dalam proses pembangunan yang baik. Secara khusus, evaluasi perlu untuk membaiki kualiti pembangunan dengan mengatur semula (regulasi) semua perkhidmatan kemanusiaan. (Strufflebeam & Shinkfield 1985; Posavac & Carey 1985; Everitt & Hardiker, l996).

Dalam perkembangannya, pendekatan evaluasi pembangunan semakin lebih mementingkan keterbukaan sebagai cara berfikir skeptis (teknis-rasional) dalam organisasi yang mempunyai tujuan dan nilai-nilai, bukan hanya mementingkan produk hasil kerja.

Pendekatan evaluasi menjadi satu strategi pengurusan dengan menempatkan manusia sebagai sumber daya, dan mengutamakan perkhidmatan kemanusiaan secara efisien. Pendekatan evaluasi yang bersifat teknis-rasional digabungkan dengan pendekatan interpretatif telah melahirkan pendekatan yang lebih kritis terhadap praktik pembangunan. Pendekatan evaluasi yang baru ini dianggap lebih baik dan berpotensi untuk memudahkan keterlibatan dan keterbukaan "debar" mengenai nilai praktis, polisi dan program pembangunan (Everitt & Hardiker 1996).

Perkembangan selanjutnya, menunjukkan bahawa dalam konteks dan ruang ling-kup pendekatan evaluasi, pembangunan menjadi semakin lebih luas, terentang berada pada keseluruhan proses dan kegiatan pembangunan. Misalnya, debat berkenaan dengan nilai-nilai atau falsafah, undang-undang, polisi dan program pembangunan. Di sisi lain, dapat juga berkenaan dengan eksistensi aktor (pelaku) atau pelaksana pembangunan, serta nilai-nilai dan aspirasi pengguna. Pendekatan ini relatif lebih sistemik, kerana itu merupakan pendekatan baru dalam evaluasi pembangunan (Posavac & Carey 1985). Sebagai contoh, pengalaman pembangunan di Indonesia, terpaksa mengalami keruntuhan kerana pendekatan interpretasi mengenai praktik pembangunan, relatif tertutup. Fenomena ini tidak dapat dilepaskan daripada praktik demokrasi yang kurang terbuka bagi rakyat.

(4)

Evaluasi pembangunan perlu berasaskan kepada kajian polisi dan program, serta kajian yang berpusat kepada pengguna dengan berorientasikan kepada keputusan. Walau bagaimanapun, evaluasi tidak dapat dilepaskan keterkaitannya dengan soalan berkenaan dengan nilai. Kajian yang berkenaan dengan nilai sangat penting, kerana ia akan memberikan satu gambaran mengenai tugas-tugas evaluator yang harus mempunyai tanggungjawab moral kepada masyarakat dalam erti yang luas (Stufflebeam & Shinkfield 1985).

PENILAIAN DAMPAK PEMBANGUNAN UNTUK

MENSEJAHTERAKAN MASYARAKAT: SATU MODEL

PENDEKATAN SISTEMIK

Kedudukan penilaian dampak pembangunan, dilihat sebagai bahagian dari sistem dan proses pentadbiran sosial, selain mempunyai matlamat untuk membaiki kualiti hidup, sekaligus sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna. Fokus utama dalam pendekatan penilaian dampak pembangunan untuk mensejahterakan masyara-kat, dapat digambarkan seperti pada Rajah 4.

Rajah 4: Model Pendekatan Evaluasi Pembangunan Untuk Mensejahterakan Masyarakat

Rajah di atas, menunjukkan model pendekatan evaluasi pembangunan untuk mensejahterakan masyarakat digambarkan sebagai satu bentuk yang sistemik. Perha-tian dan fokus utama yang dijadikan landasan evaluasi adalah nilai-nilai, falsafah dan Undang-undang di mana pembangunan itu dilakukan. Penilaian dampak pembangunan dapat ditujukan kepada ideologi, dasar dan program pembangunan; sistem pelaksana dan pelaksanaan (birokrasi, dan organisasi pentadbiran) pembangunan, dan pene-rima

Nilai-nilai Falsafah

dan Undang-undang

Pendekatan:

Teknokratik

Interpretatif

Kajian Evaluasi

(5)

pembangunan. Apapun bentuk sumbangan dari perubahan dan perkembangan pendekatan penilaian tetap perlu dikaji untuk disesuasikan dengan masalah dan ke-perluan kelompok sasaran. Oleh itu, Pendekatan penilaian dampak pembangunan yang praktikal adalah berasaskan kepada realiti sosial.

PENUTUP

Gambaran di atas, menunjukkan penilaian dampak pembangunan tidak hanya meng-gunakan pendekatan teknokratik dengan segala kaedah saintifiknya, tetapi juga pen-dekatan interpretatif yang dapat memberi peluang kepada debat, dialog dan keterbu-kaan mengenai nilai yang wujud dalam semua dimensi pembangunan kemanusiaan. Dalam praktik, peranan kerajaan melalui sistem dan mekanisme birokrasi mempunyai posisi dominan dan sentral, baik dalam perancangan dasar mahupun pelaksana pembangunan yang mempunyai kuasa 'legal-formal'. Untuk efisiensi pembangunan, penilaian perlu mempunyai beberapa langkah strategik; mengenai pasti sasaran penilaian, menekankan terhadap pembangunan manusia, mengubah tentang perspektif perkhidmatan, penyertaan dan pengorganisasian.

RUJUKAN

Abdullah M.S, 1989, Strategi Pembangunan Desa Negara Dunia Ketiga, Kuala Lumpur, DBP.

Bamberger & Khalid Shams, 1989, Community Participation in Project Management: The Asian Experience, Kuala Lumpur, APDC.

Brager, G & Specht, H, 1969, Community Organizing, New York, Columbia University Press.

Dove, M.R. (Eds), 1988, The Real and Imagined Role of Cxulture in Development, Case from Indonesia, Honolulu, University of Hawaii Press.

Esman MJ & Uphoff, N.T,1984, Local Organization Intermediaries InRural De-velopment, Ithaca and London, Cornel University Press.

Everitt A. & Hardiker P, 1996, Evaluating For Good Practice, London, MacMillan Press.

Inkeles A & Smith, D. H, 1974, Becoming Modern: Individual Change in Six De-veloping Countries, Cambridge, Mass: Harvard University Press.

Kramer RM & Specht, H, 1969, Reading in Community Organization Practice, London, Prentice Hall.

Levy, M, 1967, "Social Patterns (Structure) and Problems of Modernization",

Moore, W. & Cook, R (Eds), Reading on Social Change, Englewood Cliffs, NJ., Prentice Hall.

(6)

Posavac E.J & Carey R.G, 1985, Program Evaluation, Methods and Case Studies, New Jersey, Prentice Hall, Inc.

Smelser, N. 1964, "Toward a Theory of Modernization", Amitai Etzioni & Eva Etzioni (Ed), Social Change, New York, Basic Books.

Stufflebeam D.I. & Shinkfield A J, 1985, Systemic Evaluation: A Self-Instructional Guide to Theory and Practice, Boston, Kluwer-Nijhoff Publishing.

Suryawikarta, B, 1997, "Tranformasi Birokrasi", Makalah Seminar, Bandung 24-25 November 1997. LP3ES. Sage Publication.

Unesco, 1986, Evaluation in Latin America and the Caribbean: Selected Experiences. Weber, G.H, & Cohen, L.M. 1982, Beliefs and Self Help: Cross Cultural Perspective and

Referensi

Dokumen terkait

Proses pemilihan skenario terbaik menggunakan pendekatan uji Analysis of Variance (ANOVA) yang berfungsi melihat signifikansi antar skenario. Sehingga dapat dilakukan

Pengelola kapal berperan penting dalam menurunkan konsentrasi minyak di perairan laut dan harus mengikuti peraturan yang berlakukan termasuk Undang- undang No.17

Sulyanti (2011) menyebutkan bahwa penyakit ini tidak menyebabkan kematian akan tetapi pada gejala lanjut daun mengering sehingga mengganggu proses fotosintesis yang akan

Buah salak yang menjadi preferensi konsumen di pasar tradisional Kota Yogyakarta adalah buah salak yang mempunyai rasa sangat manis, berukuran sedang (15-18

Bentuk partisipasi fisik yang dilakukan seperti pada saluran air dan lain-lain, disamping juga ikut memberikan sumbangan (uang) sesuai kemampuan, apabila dalam pelaksanaan

tidak bisa menolak hipotesis yang menyatakan “Kualitas Pelayanan berpengaruh signifikan terhadap Loyalitas Pelanggan pada PT. Bravo Satria. Perkasa. Nilai beta dalam

Les Privat Be Smart para guru tutor yang mengajar di lembaga tersebut mendapatkan pengetahuan dan informasi serta pemahaman tentang metode Communicative Language Teaching ,

a) Literasi : Peserta didik diberi motivasi dan panduan untuk melihat, mengamati, membaca dan menuliskannya kembali. Mereka dibagikan teks bahan bacaan terkait