• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 MENGENALI SEJARAH SEJ AR AH TI NGKATAN 1 KSSM OL EH C I KGU NOR AZI L A KH AL I D SMK UL U TI R AM, J OH OR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 1 MENGENALI SEJARAH SEJ AR AH TI NGKATAN 1 KSSM OL EH C I KGU NOR AZI L A KH AL I D SMK UL U TI R AM, J OH OR"

Copied!
63
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 MENGENALI SEJARAH

SEJ AR AH TI NGKATAN 1 KSSM OL EH C I KGU NOR AZI L A KH AL I D

SMK UL U TI R AM, J OH OR

(2)

1.1 PENGERTIAN SEJARAH

(3)

PE NGE RTIAN SE JARAH

sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh

sejarawan.

Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan

memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau

makalah.

(4)

S EJARAH

Dalam bahasa Melayu: istilah sejarah berasal daripada

perkataan Arab, “syajaratun”

yang bererti pokok.

Sejarah juga dikaitkan dengan

salasilah, riwayat, keturunan dan

asal usul.

(5)

SEJARAH

Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai: asal usul

(keturunan), salasilah.

peristiwa yang benar-benar

berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo.

kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah

lalu

(6)

SEJARAH

Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history:

history bererti cerita tentang seseorang.

Perkataan ini berasal daripada bahasa

Yunani, historia yang bererti penyelidikan.

(7)

1.2 PENGERTIAN SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN

SEJARAWAN

(8)

HERODOTUS

Sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia yang

bermaksud “penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun

sezaman”.

Karyanya yang terkenal ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War).

Karyanya ini ditulis berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar berlaku.

“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”.

(9)

E.H. C ARR

Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu

fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan.

Karyanya yang terkenal ialah What is History?

“Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-

faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa

lampau”.

(10)

IBN KHALDUN

Karyanya yang terkenal ialah Muqaddimah yang

mengandungi enam bab.

Menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif

hingga kehidupan di bandar.

“Sejarah membicarakan

perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat

masyarakat itu”.

(11)

KHOO KAY KIM

Antara sejarawan tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia

“Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku

Sejarah mendorong kita lebih

memahami apa-apa yang berlaku pada

masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang

Sejarah ialah ibu kepada semua bidang”.

(12)

MUHD YUSOF IBRAHIM

Sejarawan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah

Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Sejarawan dan

Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi.

“Sejarah ialah masa lalu itu sendiri.

Sejarah juga merupakan catatan

ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang

lalu”.

(13)

1.3 MASA SILAM DAN RUANG

DALAM SEJARAH

(14)

MAS A S IL AM DAN RUANG DAL AM S EJARAH

Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku

Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi.

Kronologi juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan

masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu

garisan lurus.

(15)

MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH

Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), dan alaf (1000 tahun).

Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M).

Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.

(16)

MAS A S IL AM DAN RUANG DAL AM S EJARAH

Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik,

ekonomi dan sosial.

Hal ini bagi memudahkan sejarawan

melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah

Dalam konteks sejarah Malaysia, ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh

masa.

Contohnya, era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa-kuasa luar dan

kemerdekaan negara.

(17)

1.4 SUMBER SEJARAH

(18)

SUMBER SEJARAH

Sumber primer

Sumber sekunder

(19)

SUMBER PRIMER

Sumber ini belum diolah atau diterbitkan Bersifat asli Belum ditafsir

Contoh: Fosil Artifak

Bukan artifak

Batu bersurat

Keterangan lisan

Dokumen rasmi

Manuskrip Fail rasmi jabatan

Surat peribadi

Diari

Batu bersurat

(20)

SUMBER SEKUNDER

Bahan yang telah

diolah dan diterbitkan Bahan tersebar kepada umum

Contoh: Buku

Akhbar

Majalah

Jurnal

Ensiklopedia

Risalah

(21)

ARTIFAK

Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan.

Peralatan ini diperbuat daripada batu, kaca dan logam.

Penemuan artifak loceng gangsa di Kampung Pencu, Muar, Johor boleh dijadikan sumber

untuk melihat hubungan perdagangan dengan kerajaan Funan.

Loceng ini dihasilkan sekitar 150 tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasan kuasa

kerajaan Funan.

loceng gangsa

(22)

BUKAN ARTIFAK

Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan

budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas

permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur

binaan.

Penemuan candi Lembah Bujang boleh dijadikan sumber kajian bagi menunjukkan adanya

pengaruh Hindu dan Buddha serta hubungan perdagangan antara India dengan Kedah

candi Lembah Bujang

(23)

ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder.

Bahan yang terkandung dalam

ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.

Contohnya, The Encyclopedia of

Malaysia yang mengandungi beberapa tema seperti, sejarah awal, sejarah

moden awal, arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan.

The Encyclopedia of Malaysia

(24)

1.5 PENYELIDIKAN DALAM

SEJARAH

(25)

PENYEL IDIKAN DAL AM S EJARAH

Kaedah Bertulis

Kaedah Lisan

Kaedah Arkeologi

Arkeologi

(26)

K AE DAH B E RTULIS

Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis .

Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar.

Kaedah bertulis juga boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan

pengembaraan.

Tulisan di kulit kayu

(27)

PROS ES KAEDAH BERTU L IS

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.

Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut.

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh.

Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi).

Menganalisis

peralatan arkeologi

(28)

M E N G E N AL PA S T I S U M B E R B AG I S E S UAT U P E R I S T I WA , TO KO H ATAU I N S T I T U S I .

Contohnya, jika kita ingin membuat kajian tentang sejarah negara kita, sumber bertulis boleh didapati di negara kita, di Portugal dan di

Belanda.

Sumber bertulis ini juga terdapat dalam bahasa lain seperti Cina, Sanskrit dan Inggeris.

(29)

M E N DA PAT DA N

M E N G E S A H K A N S U M B E R B E RT U L I S T E R S E B U T.

Penyelidik perlu ke tempat simpanan sumber seperti muzium, arkib atau

perpustakaan.

Kadangkala sejarawan akan mentafsir maklumat ini

dengan bantuan ahli paleografi dan epigrafi.

(30)

M E N G U MPU L DA N M E N Y IM PA N S U M B E R

YA N G D I P E ROL E H

Bahan atau sumber

rujukan yang telah didapati harus dikumpulkan di

suatu tempat.

Sumber hendaklah dicatat dan disimpan bagi

memudahkan penyelidik membuat rujukan semula kelak.

(31)

M E N G G UN AKAN

P E R A L ATAN YA NG S E S UA I (P E N G G UNA AN

TE KN O LOG I M A KL U M AT DA N KO M U N I KAS I S E RTA P E R A L ATAN A R KE O LOGI).

Penggunaan peralatan

seperti komputer bagi

menganalisis data dan

sumber, menyunting

penulisan, di samping

menyusun bibliografi

dan statistik.

(32)

MENGANALISIS

Keupayaan menganalisis dan memberikan perspektif

baharu terhadap sesuatu

peristiwa sejarah sangatlah dihargai apabila sejarawan berupaya mengupas dan

menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian lepas terhadap peristiwa yang

sama.

Dapatan seseorang sejarawan perlu disebarkan bagi

memperkukuh teori,

pemahaman dan penghayatan terhadap sesuatu peristiwa.

(33)

DAUN LONTAR

Daun lontar digunakan untuk mencatatkan maklumat yang menjadi bahan penulisan dalam masyarakat tradisional di Asia Tenggara.

Sumber catatan ini boleh

membantu kita mengetahui sejarah masa lalu dalam pelbagai bidang

seperti kebudayaan, keagamaan dan

perubatan.

(34)

B ATU BERS U RAT

Kaedah bertulis juga membantu kita untuk menyelidiki sejarah negara.

Misalnya, melalui penyelidikan terhadap prasasti atau batu bersurat.

Batu Bersurat Terengganu yang

bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan perihal

hukum Islam.

Hal ini menjadi bukti bahawa agama Islam sudah bertapak di negara kita lebih awal dari tarikh ini.

(35)

KAEDAH LISAN

Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan

maklumat melalui temu bual.

Tokoh yang dipilih untuk

ditemu bual dikenali sebagai orang sumber.

Orang sumber biasanya

terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat

melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Apabila kita menghargai orang sumber bererti kita menghargai sejarah lisan negara kita.

(36)

TIGA TAHAP DALAM KAEDAH LISAN

Tahap Pertama: Persediaan

Tahap Kedua: Rakaman temu bual

Tahap Ketiga: Memproses rakaman

(37)

TAHAP PERTAMA:

PERSEDIAAN

Menentukan tokoh.

Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual

Memilih soalan yang bersifat

pendekatan sejarah.

(38)

TA H A P K E D UA : R A K A M A N T E M U

B UA L

Membuat persediaan lengkap dengan

mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu

Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian

(39)

TAHAP KETIGA:

MEMPROSES RAKAMAN

Membuat senarai dan menyalin atau menyunting

rakaman.

Menilai fakta-fakta dengan sumber

bertulis.

Menyimpan

rakaman dengan baik.

(40)

KAEDAH ARKEOL OG I

Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah.

Antara bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.

fosil

(41)

KAEDAH ARKEOL OG I

Sebagai warga Malaysia yang cinta akan negara, kita sewajarnya

memelihara dan memulihara tapak arkeologi agar warisan ini dapat

dinikmati oleh generasi seterusnya.

Usaha penyelidikan dan langkah mendapatkan pengiktirafan

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations of Educational,

Scientific and Cultural Organisation - UNESCO) serta memperkenalkan warisan negara kita ke peringkat

antarabangsa haruslah didokong oleh semua pihak.

tapak arkeologi di malaysia

(42)
(43)

KERJA-KERJA DI MAKMAL ARKEOLOGI

Pemunggahan dan pengisihan.

Pengisihan biasanya mengikut

jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai.

Pembersihan dilakukan sebelum

dikaji.

(44)

KERJA-KERJA DI MAKMAL ARKEOLOGI

Pengkatalogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.

Penganalisisan bagi

mendapatkan maklumat tentang

sesuatu artifak.

(45)

ARKEOLOGI B AWAH AIR

Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah

peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik.

Banyak kapal dagang

yang melalui laluan

laut di negara ini

telah tenggelam.

(46)

A R K E O L OG I B AWA H A I R

Kini segala khazanah warisan kapal karam ini perlu dikaji dan direkod.

Kes kerosakan, kecurian dan penjualan artifak kapal karam merupakan isu

dunia yang dibincangkan di UNESCO.

Di Malaysia, arkeologi bawah air merupakan

bidang kajian baharu dan semakin mendapat

perhatian.

(47)

ARKEOLOGI B AWAH AIR

Jabatan Warisan

Negara dan beberapa buah universiti awam seperti Universiti

Malaysia Sabah

berperanan terhadap pembangunan bidang arkeologi bawah air.

(48)

Gambar menunjukkan antara kaedah

membuat kajian arkeologi bawah air.

Kaedah ini hampir sama seperti di daratan. Bezanya kaedah ini

menggunakan peralatan khusus bawah air yang

biasanya dikendalikan oleh pakar dengan menggunakan

teknologi dari luar negara kerana

melibatkan kos yang tinggi.

(49)

1.6 TAFSIRAN DALAM SEJARAH

(50)

TAFSIRAN

DALAM SEJARAH

Tafsiran dalam sejarah bererti

menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah

berdasarkan

sumber-sumber yang berkaitan

dengannya.

(51)

WU JU D P E R BE Z AAN

TAF SIR AN DALAM SE JAR AH

Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin

berbeza antara sejarawan.

Perbezaan wujud disebabkan:

pemilihan sumber yang pelbagai

Perbezaan pandangan

Perbezaan ideologi

tujuan penulisan

Walau bagaimanapun, pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan.

(52)

K E P E N T INGAN TAF SIR AN DALAM SE JAR AH

Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.

Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.

Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.

(53)

C ONTOH TAFS IRAN DAL AM S EJARAH

Bagaimanakah kita mentafsir peristiwa

penentangan Haji Mat Hasan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut di Pasir

Puteh, Kelantan?

Pengkaji tempatan melihat faktor kebangkitan beliau disebabkan oleh

penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang diperkenalkan oleh pihak British dan membebankan orang ramai.

Bagi pengkaji Barat pula, kebangkitan Tok

Janggut ini dianggap sebagai pemberontakan.

Tok Janggut

(54)

1.7 KEPENTINGAN

MEMPELAJARI SEJARAH

(55)

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH

Sejarah mampu memberikan kefahaman tentang masyarakat, negara dan dunia kepada kita.

Melalui penyelidikan, penerokaan bukti dan empati pada

peristiwa sejarah, unsur perpaduan dan semangat kebangsaan akan menjelma dalam diri kita

Oleh sebab itulah, kita perlu mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan kita.

Iktibar daripada peristiwa lalu akan mendorong kita untuk

bertindak dengan lebih berhati-hati pada masa depan.

(56)

KEPENTINGAN MEMPELAJARI

SEJARAH

Mengenal asal usul

Mengambil iktibar

Memupuk patriotisme

Mengukuhkan perpaduan

Membangunkan negara dan bangsa

Mengaplikasikan

Kemahiran Pemikiran Sejarah

(57)

M E N G EN AL A SA L U SU L

Dengan mempelajari sejarah, kita akan

dapat mengenal asal usul keluarga dan

negara kita.

Di samping itu, kita dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita.

(58)

MENGAMBIL IKTIB AR

Sejarah membawa pengajaran dan

iktibar daripada peristiwa lalu.

Mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan

akan mengulangi kesilapan masa lalu.

(59)

MEMU PU K PATRIOTIS ME

Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan datang.

Hal ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik.

(60)

MENG U KU HKAN PERPADUAN

Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita.

Sejarah juga mampu menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan tradisi kita

(61)

M E M B A N GU NK A N N E G A R A DA N

B A N G S A

Melalui sejarah kita dapat mengekalkan

kegemilangan yang dicapai oleh negara.

Kita juga akan lebih

memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk

dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang.

(62)

M E N G A P L IK AS I KA N K E M A H I R A N

P E M I K I R AN S E J A R A H

Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan.

Di samping itu, kita dapat membuat tafsiran

terhadap sesuatu peristiwa

Sejarah juga akan

mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.

(63)

TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

[r]

[r]

TABLE OF CONTENTS ... Background ofStudy ... Problems of Study ... Review of previous studies... Objectives of the Study ... Significances of the study ... Limitations of study

Iklan minuman berenergi M-150 dalam bentuk cair (botol dan kaleng) sering menggunakan konsep ketulusan cinta dan kasih sayang dalam iklannya dan jauh dari pandangan orang tentang

b) Jika perusahaan berada pada posisi kuadaran II diharapkan menggunakan strategi stabilisasi Karena perusahaan mempunyai kelemahan yang cukup signifikan pada saat

Leadership in group management in the study location also did not apply rotation or change of leader and leader (chairman or management) of the farmer groups to be replaced

Sebaiknya Ef-Art Enterprise bekerja sama dengan unsur pemerintahan (Kementrian Pendidikan dan Kebudayaan) dengan membuat suatu sistem database untuk mendata seluruh

Mengajar Guru SMPN di Kecamatan Sumedang Selatan. 4) Memperoleh informasi mengenai pengaruh Pendidikan Pelatihan KTSP. dan Kompensasi terhadap Kinerja Mengajar Guru SMPN