@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Menengah SM3
Analisis Novel
Tawanan Komander Caucacus Nilai & Pengajaran
Nama : _____________________________
Analisis Prosa
Genre Prosa
Tradisional / Klasik
Moden Cerpen
Tema
Persoalan
Watak & Perwatakan
Plot
Permulaan Perkembangan Kemuncak / Klimaks Peleraian
Penurunan Pengakhiran
Teknik Plot
Pemerian / Penceritaan Monolog
Monolog dalaman Dialog
Imbas muka Imbas kembali
Latar
Latar tempat Latar masa
Latar masyarakat
Gaya Bahasa
Ayat Diksi
Kata ganda Repitisi
Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan
Nilai
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Nilai
(a) Baik hati. Contohnya, Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama- sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya.
(b) Berdikari. Contohnya, walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya.
(c) Cinta akan budaya dan warisan bangsa. Contohnya, nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang berketurunan baba dan nyonya. Dia memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.
(d) Hemah tinggi. Contohnya, Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah.
(e) Hormat-menghormati. Contohnya, walaupun berlainan agama dan bangsa, Devnath dan Wei memahami dan amat menghormati cara hidup Haikal sebagai seorang muslim apabila mereka faham akan kelewatan Haikal tiba ke tempat mereka berkumpul disebabkan Haikal menunaikan solat isyak terlebih dahulu.
(f) Kasih sayang. Contohnya, Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.
(g) Keadilan. Contohnya, Dara Bintik, Komander Caucasus, dan pasukan tenteranya telah dimasukkan ke bilik kurungan akibat kesalahan mereka yang telah merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM3 Tawanan Komander Caucasus - Nilai & Pengajaran 1
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(h) Keberanian. Contohnya, Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.
(i) Kebijaksanaan. Contohnya, Farhani menggunakan semburan Endosulfan untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus yang bertindak menyerang segerombolan tentera yang dipimpin oleh Dara Merah.
(j) Kegigihan. Contohnya, Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Komander Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
(k) Keinsafan. Contohnya, Devnath berasa menyesal dan sedar akan kesilapannya kerana tidak mendengar nasihat dan bertengkar dengan ibunya yang melarangnya terlibat dalam misi mencari Farhani. Dia tahu ibunya tentu akan berasa risau, bimbang, dan bersedih atas kehilangannya itu.
(l) Kejujuran. Contohnya, Chea Mei menanyakan Cikgu Salimah dengan jujur berkaitan lokasi pencarian kumbang yang sesuai sehingga pertanyaannya itu disambut dengan gelak tawa Devnath, Haikal, dan Wei.
(m) Kepatuhan. Contohnya, Bara dan Dara Merah merupakan koloni kumbang yang patuh dan setia kepada ketua mereka, Puteri Coleoptera apabila sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk menyelamatkan ketua mereka itu.
(n) Keprihatinan. Contohnya, berita kehilangan Kim Yong dan Farhani telah mendapat liputan meluas daripada wartawan akhbar arus perdana dan wartawan televisyen daripada beberapa buah syarikat media.
(o) Setia kawan. Contohnya, Haikal, Devnath, dan Wei sanggup menanggung risiko untuk pergi menjejaki kehilangan Farhani di rumah usang pada waktu malam disebabkan sifat setia kawan yang tinggi antara mereka.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pengajaran
(a) Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan.
Contohnya, Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.
(b) Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.
(c) Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan. Contohnya, Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang tersebut kelak.
(d) Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan. Contohnya, Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya.
(e) Kita hendaklah mencintai dan berbangga akan budaya dan warisan bangsa. Contohnya, nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang
berketurunan baba dan nyonya. Dia mahir dalam ilmu sulaman dan sentiasa memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.
(f) Kita hendaklah berani membuat tindakan tanpa mengira ciri-ciri kekuatan fizikal dan perbezaan jantina. Contohnya, Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM3 Tawanan Komander Caucasus - Nilai & Pengajaran 3
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(g) Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan santun. Contohnya, Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu
Salimah ke rumah mereka dengan begitu mesra dan ramah.
(h) Kita hendaklah adil dalam mengenakan sebarang hukuman terhadap pesalah. Contohnya, Dara Bintik, Komander Caucasus, dan pasukan tenteranya telah dimasukkan ke bilik kurungan akibat kesalahan mereka yang telah merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.
(i) Kita mestilah mempunyai sikap patuh dan taat terhadap ketua. Contohnya, Bara dan Dara Merah merupakan koloni kumbang yang patuh dan setia akan ketua mereka, Puteri Coleoptera apabila sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk menyelamatkan ketua mereka itu.
(j) Kita perlulah sentiasa berfikiran positif dengan apa-apa sahaja dugaan yang berlaku tanpa menuding kesalahan kepada orang lain. Contohnya, Encik Adnan dan Puan Asmah langsung tidak menyalahkan atau mendendami Cikgu Salimah atas kehilangan anaknya, Farhani sebaliknya sama-sama berikhtiar agar anak bongsunya yang hilang itu dapat ditemukan semula.
(k) Kita mestilah bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan satu-satu masalah yang berlaku. Contohnya, Farhani menggunakan semburan Endosulfan
untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Komander Caucasus.
(l) Kita perlulah sentiasa bersyukur atas limpah kurnia yang diberikan oleh Tuhan. Contohnya, Farhani bersyukur ke hadrat Tuhan kerana terselamat
daripada menjadi mangsa kekejaman Komander Caucasus sebagai bahan uji kajinya.
(m) Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain. Contohnya, walaupun seorang gadis, Farhani berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(n) Kita hendaklah mengakui dan berazam untuk menebus kesilapan yang pernah dilakukan. Contohnya, Devnath berasa menyesal dan sedar akan
kesilapannya kerana tidak mendengar nasihat dan bertengkar dengan ibunya yang melarangnya terlibat dalam misi mencari Farhani.
(o) Kita mestilah saling menghormati antara satu dengan yang lain untuk mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Devnath dan Wei memahami dan menghormati cara hidup Haikal sebagai seorang muslim walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.
Program Bahasa Melayu Edubest - Analisis Novel SM3 Tawanan Komander Caucasus - Nilai & Pengajaran 5
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my