• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Novel. Meniti Impian. Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Analisis Novel. Meniti Impian. Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah SM2

Analisis Novel Meniti Impian

Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran

Nama : _____________________________

(2)
(3)

Latar

Latar Tempat

(a) Kampung Caruk Petitih, Sik Kedah. Contohnya, tempat tinggal Zahar, Suhaili, Pak Yusof, dan lain-lain.

(b) Bengkel Pak Yusuf. Contohnya, tempat Zahar mula menceburi bidang pertukangan perabot.

(c) Masjid. Contohnya, tempat Zahar menunaikan solat maghrib dan isyak.

(d) Rumah Zahar. Contohnya, Zahar dan Pak Yusuf diambil oleh Pak Usin untuk ke Sungai Petani.

(e) Rumah Pak Karim. Contohnya, tempat diadakan kenduri ketika Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya.

(f) City Point. Contohnya, tempat pertemuan antara Zahar dengan Suhaili.

(g) Stesen Bas MARA, Alor Setar. Contohnya, tempat Zahar turun dari bas dan berjalan kaki ke City Point untuk menemui Suhaili.

(h) IKM Sungai Petani. Contohnya, tempat Zahar belajar dan bertemu dengan Norimi.

(i) Bengkel pertukangan perabot di IKM. Contohnya, tempat Zahar dan rakan- rakannya belajar,

(j) Padang bola sepak di IKM, Sungai Petani. Contohnya, tempat berlangsungnya perlawanan bola sepak antara IKM Sungai Petani dengan IKM Alor Setar.

(k) Stesen bas, Taiping. Contohnya, dari stesen bas Taiping Zahar menaiki teksi ke kilang perabot tempatnya menjalani latihan praktikal.

(l) Kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad, Taiping. Contohnya, tempat Zahar menjalani praktikal dan bertemu semula dengan Suhaili.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 1

(4)

(m) Bilik Penolong Ketua Unit Pemasaran. Contohnya, tempat Zahar bertemu semula dengan Suhaili dan menjelaskan prinsip hidupnya.

(n) Rumah sewa Razali. Contohnya, tempat Zahar menumpang sewaktu menjalani latihan praktikal di kilang tempat Razali bekerja.

Latar Masa

(a) Waktu siang. Contohnya, Zahar membantu Pak Yusuf di bengkel perabot.

(b) Waktu awal pagi. Contohnya, Zahar, Pak Yusof, dan Tauke Lim menaiki teksi Pak Usin untuk pergi ke Sungai Petani.

(c) Waktu tengah hari. Contohnya, Zahar makan tengah hari di rumah Pak Yusuf.

(d) Waktu petang. Contohnya, Zahar pulang daripada bengkel perabot pada waktu itu.

(e) Waktu malam. Contohnya, Zahar menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid.

(f) Setahun lebih. Contohnya, tempoh Zahar membantu Pak Yusuf di bengkel sebelum dia menjalani kursus di IKM.

(g) Hari Selasa. Contohnya, Pak Yusuf dan Zahar sedang sibuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam.

(h) Enam bulan. Contohnya, tempoh Zahar menjalani kursus di IKM dan tempoh Zahar menjalani latihan praktikal di kilang.

(i) Tiga minggu. Contohnya, tempoh Zahar pulang bercuti di kampung sebelum dia menjalani latihan praktikal di Kamunting, Perak.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat kampung yang hidup yang miskin. Contohnya, hasrat Zahar untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta gagal kerana ibunya tidak mampu membiayai persekolahannya.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 2

(5)

(b) Masyarakat yang menjalankan kegiatan perniagaan. Contohnya, Pak Yusuf mempunyai perniagaan pertukangan perabot, manakala Tauke Lim menjalankan perniagaan basikal.

(c) Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Pak Yusuf amat menyayangi anak saudaranya, Zahar.

(d) Masyarakat yang berpendidikan. Contohnya, Suhaili, Zahar dan anak-anak Pak Karim masing-masing menyambung pelajaran selepas tamat peperiksaan SPM.

(e) Masyarakat yang berkerjasama. Contohnya, sewaktu Pak Karim membuat kenduri Suhaili, orang kampung beramai-ramai datang membantu.

(f) Masyarakat yang hidup harmoni antara kaum. Contohnya, Tauke Lim dapat hidup dengan harmoni dalam kalangan masyarakat Melayu.

(g) Masyarakat yang saling membantu. Contohnya, Pak Yusuf telah menyumbangkan RM 5000 untuk Zahar membuka kedai perabotnya.

(h) Masyarakat yang berdikari dan berusaha. Contohnya, Mak Kiah melakukan kerja menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara hidupnya sekeluarga.

(i) Masyarakat yang mempunyai keazaman yang tinggi. Contohnya, Zahar berazam untuk membuka sebuah bengkel pertukangan perabotnya sendiri.

(j) Masyarakat yang ego. Contohnya, Suhaili begitu ego kerana menganggap lepasan IKM tidak mempunyai masa depan sedangkan dia merupakan penuntut ITM.

(k) Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Zahar ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.

Gaya Bahasa Diksi

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 3

(6)

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang memaparkan kisah anak muda yang berjuang demi memajukan diri dan menyambung pelajaran untuk mencapai cita-citanya membuka bengkel pertukangan perabot. Contohnya, kata-kata tersebut seperti gergaji, mengetam sekeping papan, bengkel, membuat perabot, bersungguh-sungguh, bantuan modal, rak tempat letak kasut, cita-cita, pelatih IKM, dan sebagainya.

Ayat

Sepanjang jalan cerita, pengarang berselang-seli menggunakan ayat-ayat pendek dan panjang.

(a) Ayat-ayat pendek. Contohnya,

• Pak Yusuf mengangguk. [hlm. 6]

• “Kenapa pula mak ?" [hlm. 13]

• "Okey, aku setuju." [hlm. 25]

(b) Ayat-ayat panjang. Contohnya,

• "Yalah, kenapa tauke macam terperanjat pula?" tanya Zahar setelah Tauke Lim beralih dan memandang ke hadapan semula. [hlm. 51]

Bahasa Inggeris

Kata bahasa Inggeris turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini.

Contohnya,

• "Surat daripada girlfriend, ya?" tukas Norimi lagi. [hlm. 93]

• "No problem chief!" sahut Redzuan, pemain pertahanan yang bertungkus lumus menangkis serangan pasukan lawan tadi. [hlm.109-110]

Bahasa Arab

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 4

(7)

Terdapat juga bahasa Arab yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.

Contohnya,

• "Insya-Allah, berkat kerja kuat kita, siaplah!" [hlm. 11]

• Zahar tergesa-gesa mandi setelah emaknya selesai mengambil wuduk. [hlm. 14]

• Alhamdulillah, sejak beberapa bulan lalu, wang sebanyak itu cukup untuk

keperluan hidupnya. [hlm. 91]

Bahasa Daerah

Terdapat juga bahasa daerah yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.

Contohnya,

• Dia berjalan gontai di bawah lindungan pokok-pokok di sepanjang jalan yang

redup. [hlm. 25]

Metafora

Unsur metafora, yang merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak juga dapat dilihat dalam novel ini. Contohnya,

• Arus fikirannya seperti terhenti, lidahnya seperti dikelukan oleh suatu kuasa

bagi menafikan kata-kata Bakar. [hlm. 18]

• … sedangkan api perasaan itu sudah lama padam,... [hlm. 43]

Personifikasi

Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu digunakan oleh pengarang sebagai rencah dalam novelnya. Contohnya,

• Sinar gembira yang mengerlip di mata Mak Kiah bagaikan tidak mahu mengalah dibayangi suasana petang yang semakin muram. [hlm. 14]

• Begitu cepat kuntum kegembiraan mengembang dalam hatinya, sekali gus menghalau debaran yang memukul dada. [hlm. 25]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 5

(8)

• Ketika Zahar melewati perkarangan rumahnya, warna senja mulai memamah

suasana. [hlm. 28]

Hiperbola

Gaya bahasa hiperbola atau bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya terdapat dalam novel ini. Contohnya,

• Segugus debaran menggoncang dadanya. [hlm. 21]

• … segugus rasa terkejut meranduk menikam sanubarinya. [hlm. 44]

Sinkope

Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini. Contohnya,

• "Tak jauh, mak." Zahar sengaja melambatkan jawapannya. [hlm. 13]

• "Kalau itu jalan yang kau pilih, aku tak dapat nak kata apa-apa. [hlm. 38]

Peribahasa

Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya,

• "Wah, kau dengan Suhaili tu patutlah macam isi dengan dengan kuku! [hlm. 26]

• … Zahar tidak pernah berat mulut menasihati … [hlm. 92]

Repetisi

Unsur repetisi atau perulangan turut diutarakan oleh pengarang dalam novel ini.

Contohnya,

• "Juga tak pernah aku lupa, Su! Malah tak akan aku lupa buat selama-lamanya,

Su!" ujar Zahar, jujur. [hlm. 37]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 6

(9)

Nilai

(a) Kerajinan. Contohnya, Pak Yusuf rajin mengusahakan bengkel perabotnya walaupun usianya telah mencecah 60-an.

(b) Kerjasama. Contohnya, rakan-rakan Zahar bekerjasama membantu membina kedai bengkel perabotnya.

(c) Ketabahan. Contohnya, Zahar tabah meneruskan cita-citanya walaupun hidupnya dihimpit kemiskinan.

(d) Kesetiaan. Contohnya, Zahar tetap setia kepada Norimi, walaupun Suhaili ingin cuba berbaik-baik semula dengannya.

(e) Kesyukuran. Contohnya, Mak Kiah bersyukur kerana Zahar berjaya mencapai impiannya untuk belajar di IKM.

(f) Hormat-menghormati. Contohnya, pelatih junior menghormati pelatih senior walaupun mereka telah ditegur secara keras sewaktu minggu suai kenal dijalankan.

(g) Mengenang budi. Contohnya, Zahar tetap mengenang budi Pak Yusuf yang telah banyak membantunya sehingga dia berjaya membuka sebuah bengkel perabot.

(h) Simpati. Contohnya, Norimi simpati terhadap nasib Zahar kerana dia telah dihina oleh Suhaili.

(i) Baik hati. Contohnya, Zahar telah menolong ibunya menetak pokok mengkuang untuk dijadikan tikar.

(j) Keyakinan. Contohnya, Pak Yusuf sangat yakin bahawa anak saudaranya pasti akan berjaya suatu masa nanti.

(k) Kesabaran. Contohnya, Zahar tetap sabar walaupun menerima kata-kata penghinaan daripada Suhaili.

(l) Berjimat cermat. Contohnya, Zahar berjimat cermat menggunakan wang elaun sebanyak RM 200 yang diterimanya pada setiap bulan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 7

(10)

(m) Berwawasan. Contohnya, dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari di IKM, Zahar bercita-cita tinggi untuk membuka sebuah bengkel perabot miliknya sendiri.

(n) Keberanian. Contohnya, Zahar berani untuk menempuh cabaran dengan membuka kedai pertukangan perabot di kampungnya.

Pengajaran

(a) Kita janganlah suka menghina orang yang lebih rendah daripada kita.

Contohnya, Suhaili menghina Zahar sewaktu Zahar memberitahu Suhaili tentang niatnya untuk belajar di IKM.

(b) Kita haruslah tabah menghadapi dugaan dalam hidup. Contohnya, Zahar tetap tabah untuk meneruskan hasratnya mengambil kursus Pertukangan Perabot di IKM walaupun Suhaili telah memandang rendah terhadap keputusannya itu.

(c) Kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros berbelanja. Contohnya, Zahar berjimat cermat membelanjakan wang elaunnya kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.

(d) Kita mestilah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan. Contohnya, Mak Kiah bersyukur apabila mengetahui Zahar berjaya melanjutkan pelajaran ke IKM.

(e) Kita hendaklah tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Contohnya, rakan-rakan Zahar telah menolongnya membuat bengkel pertukangan perabot kepunyaannya.

(f) Kita hendaklah setia dalam perhubungan. Contohnya, Zahar tetap setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba untuk berbaik-baik dengannya semula.

(g) Kita haruslah berani untuk mencuba sesuatu. Contohnya, Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sajak di hadapan rakan-rakannya sewaktu malam terakhir program minggu suai kenal dijalankan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 8

(11)

(h) Kita mestilah saling menghormati antara satu dengan yang lain. Para pelatih junior sangat menghormati pelatih senior kerana mereka lebih berpengalaman.

(i) Kita mestilah rajin berusaha untuk mencapai cita-cita. Contohnya, Zahar rajin berusaha sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di IKM.

(j) Kita mestilah yakin tinggi untuk melakukan sesuatu. Contohnya, dengan keyakinan yang tinggi dalam diri Zahar, akhirnya dia berjaya membuka sebuah bengkel perabotnya sendiri.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Program Bahasa Melayu Edubest SM2 : Novel - Latar. Gaya Bahasa. Nilai. Pengajaran 9

(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait