• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komsas Tingkatan 5 2016 (Cerpen: Gerhana Manusia)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Komsas Tingkatan 5 2016 (Cerpen: Gerhana Manusia)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Cerpen: Gerhana Manusia

(Ditulis oleh: Aminah Mokhtar)

A. Sinopsis

Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat seorang pesakit sehingga mengabaikan nilai

kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi menyuruh kakitangannya agar

memastikan semua pek darah yang ada di bank darah hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada majlis sosial tahunan kelab elit mereka.

Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia

memberitahu Doktor Murni bahawa bank darah sudah kehabisan stok darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkann masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu menderma darah.

Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang serius dan

menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Antaranya adalah Solehah yang tenat akibat pundi janinnya pecah di ovari, al-Hafiz yang ditimpa kemalangan kereta, gadis malang yang didera, mahasiswa yang

menghidap penyakit leukemia dan seorang bayi buangan yang hampir kekeringan darah.

Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah daripada hospital lain. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa banyak menyumbang dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upayanya untuk menyelamatkan beliau.

Nusia memberitahu bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darahnya. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi. Akhirnya, Profesor Doktor Juaidi memasukkan sebotol gelafundin ke dalam Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darahnya.

(2)

berlakunya pembaziran darah sebanyak 100 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang dalam koma.

Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya 5 pek darah diperlukan untuk menyelamatkan 4 orang yand dalam koma. Juruteknik itu menegaskan bahawa darah itu hanya unruk Tuan Besar Musa. Nusia

menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang merangasang denyutan jantungnya. Juruteknik itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan dia 5 pek darah sejuk. Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin dan atropina. Namum demikian, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan

meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana kematian beliau menyebabkan kelab elit mereka akan kehinlangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital yang mengetepikan nilai kemanusiaan. Kemudian, Doktor Murni dan Nusia bersama-sama ke bank darah untuk menderma darah supaya pesakit-pesakit lain di wad Unit Rawatan Rapi dapat diselamatkan.

B. Tema

- Seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga menyebebkan berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan.

- Contohnya: Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada majlis sosial tahunan kelab elit mereka.

C. Persoalan

1. Perasaan kasih sayang sesama manusia.

- Contohnya: Sebagai jururawat, Nusia amat prihatin dan sayang akan pesakit-pesakitnya.

(3)

2. Pengabaian nilai kemanusiaan akibat ganjaran material.

- Contohnya: Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang dana kelab elit hospitalnya.

3. Kebijaksaan dalam menyelesaikan masalah.

- Contohnya: Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.

4. Tanggungjawab dan amanah.

-Contohnya: Doktor Murni dan Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan yang baik terhadap pesakit-pesakitnya termasuklah Tuan Besar Musa dan Solehah.

5. Rasional dalam membuat tindakan.

- Contohnya: Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor di hospital itu kerana dia yakin bahawa ada hospital yang lain yang memerlukan khidmatnya.

D. Watak & Perwatakan

1. Nusia

 Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.

 Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya: Dia berusha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya, Tuan Besar Musa dangan penuh bertanggungjawab.

 Seorang yang bersimpati. Contohnya: Dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

 Seorang yang penyayang.Contohnya: Dia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

(4)

2. Doktor Murni

 Seorang pegawai perubatan muda di sebuah hospital.

 Seorang mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. Contohnya: Dia menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor kerana tidak berpuas hati dengan keadah rawatan untuk pesakit di hospital itu.

 Seorang yang berpendirian tegas.Contohnya: Dia menyerah surat peletakan jawatan sebagai doktor perubatan tanpa sebarang syarat.

 Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya: Dia melakukan tugasnya sebagai doktor dengan memberikan rawatan kepada pesakit-pesakitnya.

3. Profesor Doktor Juaidi

 Seorang pegawai perubatan senior di sebuah hospital.

 Seorang yang mementingkan ganjaran material daripada nilai

kemanusiaan. Contohnya: Dia berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elitnya hospitalnya akan kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.

 Seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah.Contohnya: Dia meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya.

 Seorang yang mementingkan aktivit sosial.Contohnya: Dia dan ahli kelab elit akan berpesta dengan minuman keras ketika majlis sosial.

4. Tuan Besar Musa

 Seorang ahli korporat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.

 Seorang yang dermawan.

 Suami kepada wanita jelita yang tidak setia.

 Mempunyai seorang anak yang menjadi penagih dadah.

 Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.

 Seorang penyumbang utama dana kepada kelab elit hospital. Contohnya:

Dia pernah memberikan sumbangan sebanyak RM100 ribu kepada kelab itu.

(5)

E. Latar

Latar Tempat:

i. Wad Unit Rawatan Rapi. Contohnya: Tempat Doktor Murni dan Nusia bertugas.

ii. Bank darah. Contohnya: Tempat stok pek darah disimpan.

iii. Hospital. Contohnya: Tempat Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni dan Nusia bertugas.

Latar Masa:

i.

2 hari. Contohnya: Peristiwa berlaku sepanjang 2 hari.

ii. Hari ini. Contohya: Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa namun gagal.

iii. Hari semalam. Contohnya: Nusia telah memasukkan 50 pek darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa tetapi 50 pek darah itu keluar semula melalui rongga hidung dan melalui punggung.

Latar Masyarakat:

i. Masyarakat yang prihatin terhadap pesakit. Contohnya: Nusia berusaha memberikan khidmat rawatan terhadap pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

ii. Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati. Contohnya: Nusia dan Doktor Murni bersama-sama ke bank darah untuk menderma darah bagi menyelamatkan pesakit-pesakit ICU yang lain.

iii. Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya:

Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah.

iv. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan pesakit lain. Contohnya: Profesor Doktor Juaidi hanya memberikan perhatiannya terhadap Tuan Besar Musa serta mengabaikan pesakit-pesakit lain.

v. Masyarakat yang mementingkan ganjaran material semata-mata.

Contohnya: Profesor Doktor Juaidi hanya mementingkan kesihatan Tuan Besar Musa kerana beliau merupakan penyumbang utama kepada majlis sosial tahunan kelab elit itu.

(6)

i.

Bahasa Arab

-

Syahadah

(hlm. 69)

- Yasin (hlm. 69) - Masya-Allah (hlm. 75) ii. Bahasa Inggeris - gelafundin (hlm. 71) - hazelnut (hlm. 72) iii.

Istilah sains perubatan

- alveolus paru-paru (hlm. 69) - platelet (hlm. 72)

- atropina (hlm. 75) iv.

Personifikasi

- kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati. (hlm. 69)

- ...renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku. (hlm. 72) - Tekanan darah meluncur turun hingga tiada catatan angka. (hlm. 75) - Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong sampah. (hlm. 75)

- Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. (hlm. 75)

v.

Simile

- “.... Firasat itu umpama mimpi barangkali, dia tidak perlu dihidupkan”. (hlm. 73)

- .... salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor (hlm. 73) vi.

Metafora [konkrit + abstrak] - bank darah (hlm. 69)

- ambang sakaratulmaut (hlm. 69) - minuman keras (hlm. 72)

- kacang goreng (hlm. 72) vii.

Sinkope [singkatan perkataan]

- “....kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?” (hlm. 69) [tak- tidak]

- “Kita tak mahu dia mati” (hlm. 71) [tak- tidak]

(7)

hatiku itu. (hlm. 72) [ku- aku] viii.

Inversi [ayat songsang]

- “Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya?” (hlm. 71) Sepatutnya: “Berbezakah nilainya darah dan manusia itu?”

- Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi. (hlm. 73) Sepatutnya: Nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi besar sungguh. ix.

Peribahasa

- nyawa-nyawa ikan (hlm. 71) - lintah daratnya (hlm. 73)

G. Nilai

i. Kasih sayang. Contohnya: Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap pesakit-pesakitnya.

ii. Tanggungjawab. Contohnya: Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

iii. Baik hati. Contohnya: Doktor Murni bersedia untuk mendermakan darahnya bagi menampung bekalan darah yang kehabisan.

iv. Keberanian. Contohnya: Nusia berani menanggung risiko berhubung dengan tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan 5 pek darah sejuk kepaadanya.

v. Murah hati. Contohnya: Tuan Besar Musa merupakan seorang

dermawan yang prihatin dengan menyumbang majlis sosial tahunan kelab elit hospital tersebut.

vi. Keyakinan. Contohnya: Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain yang akan mengambilnya sebagai doktor perubatan.

H. Pengajaran

i. Kita mestilah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.

Contohnya: Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

(8)

iii. Kita wajarlah bersifat penyayang sesama insan. Contohnya: Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

iv. Kita hendaklah berani bersuara untuk menegakkan kebenaran dan

menghindari perbuatan yang mungkar. Contohnya: Doktor Murni

menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Profesor Doktor Juaidi disebabkan nilai kemanusiaan yang diabaikan di hospital itu.

Referensi

Dokumen terkait