• Tidak ada hasil yang ditemukan

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayatayat"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1 SOALAN 3 (e) : KEMAHIRAN PERIBAHASA SPM 2005

Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

i. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

ii. Seperti burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung iii. Ukur baju di badan sendiri

SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi

Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana………(i)………

Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah

` ………(ii)………..

Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana……….(iii)………

i. Bahasa jiwa bangsa/Bahasa menunjukkan bangsa ii. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih iii. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang SPM 2007

Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Bahasa Jiwa Bangsa

(ii) Bagai dakwat dengan kertas (iii) Seperti air dalam kolam

i. Bahasa merupakan lambang keperibadian/identiti bangsa ii. Tidak pernah bercerai; sangat cocok

(2)

2

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh. (ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. (iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

i. Mak Minah menjaga anak saudaranya bagai menatang minyak yang penuh kerana dia tidak mempunyai anak kandung. (Maksud: Diperlakukan dengan sangat hati-hati) ii. Walaupun Ali hendak merantau jauh ke benua Eropah, ibu bapanya tidak membantah

kerana mereka yakin Ali pandai menjaga diri, seperti kata pepatah benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. (Maksud: Yang baik itu biar di mana pun tempatnya, akan tetap baik juga)

iii. Walaupun sedikit, keuntungan yang diperoleh koperasi pekebun kecil itu dibahagi sama rata ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (Maksud: Pembahagian yang sama rata)

SPM JUN 2009

Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Tiada rotan akar pun berguna.

(ii) Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. (iii) Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.

i. Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.

ii. Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

iii. Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu

SPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah : Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu…………..(i)……….

Syafik : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya. Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Syafiq belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya

kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa………(ii)……….. Syafik : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya kerana…………(iii)………..

i. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

ii. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. iii. Jauh berjalan luas pemandangan

(3)

3 SPM JUN 2010

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Bagai lebah menghimpunkan madu. (ii) Seperti si buta baru celik.

(iii) Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau. i. Sangat rajin

ii. Menjadi sombong apabila memperoleh kejayaan

iii. IImu atau kepandaian yang tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak membawa faedah

SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai ……….(i)………

Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana…………..(ii)……… . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ……….(iii)……….

i. aur dengan tebing

ii. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya iii. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat SPM JUN 2011

Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Besar pasak daripada tiang. (ii) Cepat kaki ringan tangan.

(iii) Pantang berundur sebelum berjuang.

i. Perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan ii. Rajin dan giat

(4)

4

Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan.

(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya. (iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

i. Bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata ii. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

iii. Belut pulang ke lumpur/Ikan pulang ke lubuk/Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau

SPM JUN 2012

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Sekalipun kita digalakkan supaya berbuat baik, tetapi perlu berhati-hati supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita itu. Walau bagaimanapun, janganlah kita berfikir untuk melakukan kejahatan sepanjang hayat.

(ii) Semua anak imam itu berjaya dalam bidang akademik dan bidang keagamaan. Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka berketurunan orang yang baik-baik.

(iii) Arif menuduh Irfan mencuri telefon bimbitnya tetapi Irfan menafikannya. Berikutan kejadian itu, ibu Arif menasihatinya supaya tidak membuat tuduhan secara melulu kerana tindakan itu boleh menyebabkan pergaduhan.

i. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali ii. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

iii. Serkap jarang SPM 2012

Berikan maksud peribahasa di bawah. (i) Membaca jambatan ilmu.

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. (iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. i. Ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan melalui pembacaan. ii. Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga.

(5)

5 SPM JUN 2013

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Mengenang budi memang menjadi amalan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Orang yang banyak berbakti dan berjasa tetap akan dikenang sekalipun orang itu telah meninggal dunia seperti yang terungkap dalam peribahasa ………(i)………. . Namun begitu, terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang tidak mengenang budi sebagaimana yang digambarkan oleh peribahasa …………..(ii)………. . Oleh itu kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yang diterima, malah cubalah berusaha untuk membalasnya kerana peribahasa ada menyebut ………(iii)………

i. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ii. seperti kacang lupakan kulit

iii. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa SPM 2013

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.

(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.

(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

i. Tiada beban batu digalas/mendukung biawak hidup/menjolok sarang tebuan ii. Dalam tangan

iii. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam SPM JUN 2014

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Ghazali mewarisi kebijaksanaan ayahnya dalam menguruskan perniagaan keluarga mereka.

(ii) Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. (iii) Dia disenangi oleh rakan-rakannya kerana rajin bekerja dan sedia memberikan bantuan

apabila diperlukan.

i. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bagaimana acuan begitulah kuihnya/bapa borek anak rintik

ii. Terang hati/otak cair/ringan kepala/tajam akal iii. Ringan tulang

Referensi

Dokumen terkait