• Tidak ada hasil yang ditemukan

nota peribahasa Koleksi Peribahasa Bahasa Melayu SPM Sumber Pendidikan peribahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "nota peribahasa Koleksi Peribahasa Bahasa Melayu SPM Sumber Pendidikan peribahasa"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA BAHASA MELAYU SPM 2016

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu 1

SMK SUNGAI KARANGAN

AKTIVITI PENGUKUHAN

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA SOALAN 3 (e)

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2005

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia

yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak

gembira kerana dia tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita

berbelanja berlebih-lebihan.

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Amir Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa

Sofea Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh

dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah _____(ii)______ .

Amir Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan

idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana ____(iii)_____ .

(2)

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA BAHASA MELAYU SPM 2016

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu 2

SMK SUNGAI KARANGAN SOALAN SPM SEBENAR NOV 2007

Berikan maksud peribahasa yang disenaraikan di bawah.

(i) Bahasa Jiwa Bangsa

(ii) Bagai dakwat dengan kertas

(iii) Seperti air dalam kolam

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh

(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu ___(i)____ .

Syafik Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayat itu dalam hati saya.

Ayah Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa ___(ii)____ .

Syafik Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah

pengalaman sebanyak-banyaknya kerana ___(iii)____ .

(3)

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA BAHASA MELAYU SPM 2016

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu 3

SMK SUNGAI KARANGAN SOALAN SPM SEBENAR NOV 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai ____(i)____.

Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ___(ii)____ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ___(iii)____.

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2012

Berikan maksud peribahasa yang disenaraikan di bawah.

(i) Membaca jambatan ilmu.

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2013

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.

(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.

(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan

pandai juga.

(4)

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA BAHASA MELAYU SPM 2016

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu 4

SMK SUNGAI KARANGAN SOALAN SPM SEBENAR NOV 2014

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.

(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.

(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2015

Baca satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah.

(i) Seperti embun di hujung rumput.

(ii) Bagai pinang dibelah dua.

(iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR SEPT / OKT 2015

Berikan satu peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan peribahasa di bawah.

(i) Genggam bara api, biar sampai jadi arang.

(ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(iii) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan ntenggunakan ayot anda sendiri.. Setiap kali saya meluahkan hasrat

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. (i) Nyatakan sikap-sikap negatif yang dimiliki

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah Hang

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Otaknya ligat berputar mencari jalan untuk berbicara

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Memelihara Anggota Dan Hati

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri?. Mak Timah terperanjat mendengar