• Tidak ada hasil yang ditemukan

Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Selangor Perak KL - Sumber Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Selangor Perak KL - Sumber Pendidikan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2016 2½ jam

SMK SUNGAI MANIK 36000 TELUK INTAN, PERAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

BAHASA MELAYU Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(2)

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak dan sebab-sebab penipuan dilakukan oleh peniaga. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Negara kita kian melangkah ke arah pembangunan fizikal yang pesat. Namun begitu, ilmu kepenggunaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada pada takuk lama. Natijahnya, banyak pengguna yang menjadi mangsa peniaga yang tidak bertanggungjawab dan cuba menangguk di air keruh semata-mata mahu mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Bagi mengelakkan pengguna terus menjadi mangsa, mereka perlu dilengkapi dengan ilmu kepenggunaan. Untuk melahirkan pengguna yang bijak, media massa memainkan peranan yang signifikan kerana pengaruhnya yang amat besar kepada masyarakat. Dengan maklumat yang disalurkan, pengguna dapat mengetahui cara-cara yang berkesan untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, pihak media massa harus lebih kerap menyiarkan iklan atau rencana tentang hak pengguna.

Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) pula sewajarnya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengadakan “Kempen Pengguna Bijak”. Melalui kempen ini, diharapkan orang ramai dapat mengetahui hak mereka sebagai pengguna dengan lebih mendalam. Selain itu, mereka dapat mengetahui cara membuat aduan dan saluran yang betul untuk melaporkan sebarang penipuan yang dilakukan oleh peniaga. Orang ramai juga dapat mengetahui cara-cara untuk menuntut pampasan sekiranya terbeli barangan yang tidak bermutu. Dalam pada itu, pihak NGO perlu mengadakan aktiviti ceramah, pameran, dan forum untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam kalangan pengguna.

Selain itu, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah tentang ilmu kepenggunaan merupakan pendekatan yang ampuh untuk melahirkan pengguna muda yang bijak. Oleh itu, ilmu kepenggunaan perlu disuntik dalam sanubari murid ketika mereka masih di bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup, murid-murid telah disalurkan pengetahuan tentang hak-hak pengguna. Semua sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pengguna untuk mendidik murid-murid tentang peranan mereka sebagai pengguna.

Walaupun hak pengguna telah termaktub dalam perundangan negara kita, tetapi pengguna yang dangkal pengetahuan sering menjadi mangsa dalam dunia perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan. Rentetan itu, pengguna harus bijak berbelanja tanpa diheret oleh pemiutang akibat hutang keliling pinggang. Pengguna perlu dididik supaya sentiasa membandingkan harga di premis-premis yang berbeza sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barangan.

(3)

(Dipetik dan diubah suai daripada, "Ke Arah Melahirkan Pengguna Bijak" oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur,

Berita Harian, 23 September 2014)

Soalan 2: Pemahaman [ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata dangkal pengetahuan.

[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan “Kempen Pengguna Bijak” kepada para pengguna.

Nyatakan kepentingan-kepentingan kempen tersebut.

[3 markah]

(iii) Sebagai pengguna yang bijak, kita sewajarnya meneliti beberapa perkara sebelum membeli makanan di dalam tin.

Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum anda membeli makanan di dalam tin?

[4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”

Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”

(4)

telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.

(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’ oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.

[2 markah]

(ii) Hakim dibebani masalah hutang bank yang besar. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”

Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:

Cau Pandan anak Bubunnya,

Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga,

Bunga berladung si air mata.

(5)

(i) Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

[2 markah]

(ii) Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang Cau Pandan anak Bubunnya daripada menyerang Melaka?

[3 markah]

(iii) Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah. Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?

[3 markah]

Soalan 2 (d) – Seloka

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?

[2 markah]

(ii) Seni bina tradisional menjadi lambang jati diri sesuatu bangsa. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan?

(6)

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ]

Jawabsemuasoalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) beli

(ii) belian

(iii) pembelian

(iv) didik

(v) didikan

(vi) pendidikan

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Pihak polis masih menyiasat punca kebakaran kilang perabot itu.

(ii) Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat.

(iii) Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun diwajib menyertai Program Latihan Khidmat Negara kecuali yang berpenyakit krunik.

(ii) Kakak selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.

(7)

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penyanyi yang paling popular sekali telah menghiburkan para penonton dengan nyanyian yang cukup gemersik.

(ii) Kesemua petugas-petugas itu akan mendaftarkan diri kepada penyelia mereka masing-masing sebelum memulakan tugas.

(iii) Kereta yang Abu Bakar pandu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

[ 6 markah ]

(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Tidak akan tercapai cita-cita jika tidak berusaha dengan kuat.

(ii) Kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah.

(iii) Orang yang merantau akhirnya pulang ke tempat asal.

[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin (ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (vi) Tirani karya Beb Sabariah

(8)

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan kepincangan masyarakat dalam setiap novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

Referensi

Dokumen terkait

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat- penggunaan tanda baca betul

Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca, banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. KERTAS

Peristiwa Aton sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan

Petikan membincangkan langkah-langkah// cara-cara/ prakarsa/ strategi/tindakan /usaha membendung kenaikan harga barang dalam masyarakat di Malaysia. Pengguna membeli barangan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah pembalakan haram dan kepentingan mengekalkan kawasan

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah Hang

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau