• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN M"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

524

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN

MASYARAKAT DALAM MENGIMARAHKAN MASJID

Nor Rosmawati Binti Abdul Karim

Pensyarah Fakulti Pengurusan & Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]

Siti Syafiqah Binti Salleh

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Kewibawaan institusi masjid mempunyai peranan yang sangat besar kepada masyarakat Islam. Hal ini kerana institusi ma sjid merupakan symbol syiar Islam yang berperanan menyatupadukan umat Islam dalam pelbagai aspek. Umumnya, ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu, masjid mempunyai pelbagai fungsi dan tempat rujukan umat islam bagi setiap permasalahan.Antara fungsinya sebagai pusat rujukan penting yang melibatkan soal pengurusan dan pentadbiran negara, pusat perkembangan kewangan dan ekonomi, penyebaran dan perluasan bidang keagamaan, menegakkan keadilan dalam perundangan, pemupukan institusi social dan sebagainya. Kajian ini membincangkan faktor kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah, Terdapat tiga faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu faktor pengurusan fasiliti, kepelbagaian aktiviti dakwah dan pengurusan dana masjid. Data diperolehi melalui soal selidik dan seramai 210 responden yang telah menjawab borang soal-selidik tersebut. Data dianalisis menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 20 SPSS. Statistik yang digunakan ialah analisis diskriptif dan kolerasi. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbatch’s Alpha adalah 0.905. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mencenderungkan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah adalah ketiga-tiga faktor tersebut yakni faktor pengurusan fasiliti (min= 4.130), kepelbagaian aktiviti dakwah (min= 4.429) dan pengurusan dana masjid (min= 4.330). Kajian juga menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan fasiliti masjid (r= 0.579), kepelbagaian aktiviti (r= 0.564) dan dana masjid (r= 0.689) dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Pada akhir kajian turut membincangkan mengenai sebarang cadangan dan rumusan berkaitan kajian ini bagi rujukan masa akan datang seterusnya meningkatkan lagi pengimarahan masjid.

Kata kunci : Masjid, Pengurusan Islam, Pengimarahan Masjid, Pengurusan Fasiliti, Aktiviti Dakwah

1. PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Masjid merupakan pusat kegiatan kaum muslimin, bukan sahaja ianya sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai tempat berlakunya perkongsian ilmu pengetahuan, pusat pembangunan dan khidmat terhadap komuniti sekitarnya. Fenomena kini, dapat dilihat pertumbuhan masjid yang banyak disebabkan oleh pesatnya pembukaan kawasan taman perumahan yang baru. Sekiranya taman peumahan yang baru dihuni oleh majoriti komuniti Islam, maka akan wujud satu masjid di kawasan tersebut. Sejauh mana makmur atau sepi keadaan masjid itu bergantung pada pengurusan masjid tersebut dalam merangka program untuk mengimarahkannya.

(2)

525

Umat Islam juga dinasihatkan untuk mengimarahkan masjid dan mengekalkan peranan dan fungsi masjid melalui maksud firman Allah S.W.T:.

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk”(Al-Taubah, 9 :18)

Dalam sejarah Islam, masjid merupakan satu institusi yang amat penting. Masjid bukan hanya sekadar tempat umat Islam melakukan amal ibadat khusus tertentu seperti mendirikan solat,membaca al-Quran, berzikir dan seumpamanya, bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh (Al-Azawe & Abed Al-Sater, 1998)

Jelaslah, masjid bukan hanya tempat menghubungkan umat dengan Penciptanya, tetapi juga sebagai pusat untuk menjalinkan hubungan sosial dan merapatkan ukhuwah sesama Islam disamping menjadi tempat rujukan dan perkongsian ilmu.

1.2 Latar Belakang Kajian : Pernyataan Masalah

Pembinaan masjid di setiap daerah atau di setiap kawasan perumahan adalah untuk melengkapkan keperluan ibadat untuk umat Islam dalam menunaikan solat berjemaah secara asasnya. Seringkali terdengar perbualan antara komuniti dan jemaah masjid dan surau akan isu kecenderungan masyarakat setempat dalam mengimarahkan masjid. Ada kalanya program masjid yang dianjurkan kurang mendapat sambutan masyarakat setempat. Kesedaran untuk mengimarahkan masjid adalah penting dan pengurusan masjid perlu mengetahui apakah faktor yang dapat menarik minat masyarakat dalam menghadiri dan memakmurkan program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Berdasarkan rujukan dari Mohd Yusnaidi Md Sabri, 2008, masalah pengimarahan masjid dapat disimpulkan kepada beberapa perkara, antaranya, fasiliti bangunan masjid yang tidak mesra jemaah, tajuk program dan ceramah yang dianjurkan tidak menarik, pengurusan masjid yang lemah dan kewangan masjid yang terhad dan menyebabkan program pengimarahan tidak dapat dijalankan.

Melihatkan permasalahan tersebut,satu temubual telah dilakukan di Masjid Al-Hasanah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dan melalui temubual tersebut, pengkaji telah mendapati terdapat beberapa permasalahan dalam pengimarahan masjid iaitu masalah utama yang dihadapi oleh pihak masjid ialah tiada laporan mesyuarat agung tahunan yang direkodkan sehingga tahun 2009. Mesyuarat agung tahunan kali ke-1 telah direkodkan, bermula dari pertengahan tahun 2010 sehingga mesyuarat agung kali ke-6 iaitu pada pertengahan tahun 2015. Namun begitu, penyimpanan rekod mesyuarat agung tahunan kali ke-5 dan ke-6 sahaja yang masih ada dalam simpanan masjid.

Ini adalah kerana berlaku kejadian kecurian komputer riba pada 4 Ogos 2014 dan kehilangan dokumen semasa pemindahan dokumen pengurusan masjid ke stor ketika proses pembinaan penambahan bangunan masjid. Dokumen yang penting berselerak, tidak disusun secara sistematik dan juga berlaku ketidakpastian keberadaan dokumen kerana tiada proses perlabelan. Perkara ini mengakibatkan ketidakpastian maklumat yang lengkap tentang perihal pengurusan masjid. (Tuan hj. Kamarudin bin Yusof, Setiausaha Masjid Al-Hasanah, temubual pada 10 Januari 2016).

(3)

526

1.3 Objektif Kajian

i. Mengkaji hubungan di antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

ii. Mengkaji hubungan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

iii. Mengkaji hubungan di antara pengurusan dana masjid dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

1.4 Kepentingan Kajian

Hasil kajian dapat memberi gambaran kepada pihak pengurusan Masjid Al-Hasanah dalam mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kecenderunagn masyarakat dalam mengimarahkan masjid supaya pihak pengurusan dapat menyusun strategi yang berkesan dalam memeriahkan lagi proses pengimarahan masjid.

Untuk pihak masjid dan surau yang lain secara amnya, kajian ini dapat memberi gambaran kepada faktor yang mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Selain membantu dalam menepis persepsi negative masyarakat terhadap institusi masjid yang bukan hanya sebagai tempat beribadah semata-mata dan mengurangkan jurang antara hubungan masyarakat dengan istitusi masjid. Memupuk kesukaan kepada masyarakat supaya lebih gemar melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan menangani masalah gejala sosial di komuniti setempat.

2. SOROTAN LITERATUR

2.1 Definasi

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2005), kecenderungan bermaksud keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada individu dan persekitaran sekeliling. Pengertian imarah pula ialah menggerakkan atau menghidupkan suasana masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan yang berfaedah dan kebiasaannya berbentuk aktiviti keagamaan.

Merujuk (al-Kamus al-Muhit, 1987, 366), Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid berasal dari perkataan Arab sajada, yasjudu, sujudan. Sujud dalam pengertiannya bererti patuh dan menghina diri kepada Allah S.W.T. (petikan dari Roslan Mohamed, 2008).

2.2 Pengimarahan Masjid

Menurut Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad (2007) asas dalam keperluan pengimarahan masjid didasari oleh agama iaitu konsep memakmurkan masjid, konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh manusia melakukan amal kebajikan dan melarang manusia kearah kejahatan. Konsep-konsep keilmuan, kebajikan dan penghayatan yang menyeru kepada kebaikan perlu diterapkan dalam konsep mengimarahkan dan memakmurkan masjid dan menjadi satu tanggungjawab yang besar khususnya buat pentadbiran masjid. (petikan dari Zulkefli Aini, Nurul Dalilah Yahaya, 2015).

Tanggungjawab umat Islam yang mengimarahkan dan memakmurkan masjid ini juga memberi manfaat dan kebaikan serta mengangkat darjat seseorang melalui maksud hadis Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, t.th.: 219/1);

(4)

527

Pendekatan pengimarahan masjid yang dicadangkan adalah kembali kepada fungsi dan peranan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. dan konsep itu disesuaikan dengan mengetahui keperluan jemaah dan komuniti masyarakat setempat. Masjid perlu dijadikan tempat yang menarik dengan menjaga kebersihan dan keindahan masjid, menaik taraf ciri keselamatan dan pengurusan sumber dana secara efisien. (Zulkefli Aini, Nurul Dalilah Yahaya, 2015).

2.3 Pengurusan Fasiliti

Menurut sejarah tamadun Islam, sesebuah masjid perlu dilengkapi dengan kemudahan lain seperti penginapan (funduq), tandas (hammam), hospital (mushtashfa), kubur (maqribah), halaman (maydan) dan termasuklah taman halaman dalam memastikan sesebuah masjid dapat diimarahkan sepenuhnya. Perkara ini dibuktikan ketika Nabi Muhammad S.A.W. membenarkan aktiviti berupa sosial, politik dan keagamaan dilakukan di masjid kerana fungsi masjid yang merupakan tempat di mana umat Islam berkumpul selain daripada rumah ibadat semata-mata. (Muhammad Tajudin, 2010).

Pendapat dari Zuhairi Abd. Hamid (2004), pengurusan fasiliti boleh dihuraikan sebagai pengurusan harta dan menyediakan perkhidmatan bagi menyokong operasi sesebuah organisasi. Pengurusan fasiliti juga didefinisikan sebagai proses menyediakan sokongan yang sistematik kepada operasi utama perniagaan serta menyumbangkan kepada pencapaian objektif dan strategi organisasi bagi memastikan bangunan, peralatan, perkhidmatan, sistem dan tenaga kerja yang efektif. (Hamilton & Norizan Ahmad, 2011).

Faktor pengurusan fasiliti memainkan peranan yang besar dalam menjemput masyarakat mengimarahkan masjid. Terdapat sesetengah masjid dibina diluar kepadatan penduduk dan mewujudkan kejurangan antara institusi masjid dengan masyarakat. Lokasi pembinaan masjid yang strategik amat penting bagi menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi setempat dalam memenuhi keperluan harian masyarakat (Salawati, 2008). Dengan lokasi masjid yang strategik membolehkan masjid dijadikan sebagai one stop centre bagi masyarakat setempat dan secara tidak langsung mampu mengimarahkan masjid yang telah dibina.

2.4 Kepelbagaian Aktiviti Dakwah

Menurut Syariah Islam, melaksanakan aktiviti keagamaan di masjid-masjid dengan secara bermasyarakat adalah lebih disukai oleh Allah daripada melaksanakan secara individu. Masjid bagaimanapun bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan upacara keagamaan tetapi juga sebagai tempat untuk menerima pendidikan agama. (Mohamad Rasdi, 1998).

Kepelbagaian aktiviti dakwah yang berteraskan nilai positif dalam kalangan masyarakat seharusnya diambil perhatian dalam usaha mengimarahkan masjid. Menurut kajian yang dijalankan Roslan Mohamed (2003),beliau berpendapat masjid perlu menggerakkan dengan sebanyak mungkin aktiviti-aktiviti terbuka yang bercirikan pemupukan nilai positif sosial di kalangan anggota masyarakat Islam dan termasuk juga masyarakat bukan Islam.

Hairunnizam et al. (2009), pula menyatakan bahawa antara factor yang menyumbang kepada kekuatan masjid dalam pembentukan modal sosial ialah keaktifannya menganjurkan program kemasyarakatan seperti ceramah, kuliah, kursus, gotong-royong dan aktiviti sosial yang lain. Menurut kajian daripada Asmak Ali (2008), beliau mengatakan bahawa segala aktiviti seharusnya bermula dari masjid dan berperanan seolah-olah sebagai one stop centre (pelbagai aktiviti), dengan ini masjid senang dikunjungi dan mempunyai nilai mesra kepada pengunjung.

(5)

528

2.5 Pengurusan Dana

Menurut Hasan (2008), kebiasaannya, jumlah kutipan derma dan sedekah adalah paling banyak pada hari Jumaat iaitu ketika solat Jumaat. Kutipan yang diterima daripada derma, sedekah dan wakaf ini akan disalurkan semula kepada masyarakat dalam bentuk aktiviti kerohanian seperti kuliah keagamaan, sambutan hari kebesaran Islam, pengurusan jenazah dan perkuburan Islam.

Namun begitu, dapatan kajian oleh Jaafar et al. (2001), menunjukkan kebanyakan masjid-masjid di Malaysia menyimpan beku dana yang disumbangkan oleh masyarakat awam. Sumbangan kewangan tersebut tidak disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang mampu memberikan pulangan atau hasil yang menguntungkan kepada masjid dan ahli kariah setempat.

Menurut kajian Yahya et al. (2009) pula, dapatan kajian beliau menunjukkan hamper 75 peratus daripada responden bersetuju agar dana kewangan masjid ini dikembangkan kepada aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan masjid dan memberi pulangan yang positif kepada masyarakat.

3. METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kajian secara kuantitatif yang melibatkan pengkaji mengumpul data secara sistematik untuk mendapatkan data-data yang boleh dirujuk mengenai faktor yang mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Pengkaji menganalisis data dengan teliti bagi mendapatkan statistik faktor pendorong utama yang mempengaruhi kecenderungan jemaah ke masjid. Kajian ini dijalankan di sekitar Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Skop kajian tertumpu kepada jemaah masjid yang merupakan masyarakat setempat atau masyarakat luar bagi menunaikan ibadat mahupun mengikuti program-program yang dijalankan oleh pihak masjid.

3.2 Kerangka Teori Kajian

Rajah 3.1 : Kerangka Kajian

Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar

3.3 Kajian Hipotesis

Terdapat tiga hipotesis kajian yang akan diuji oleh pengkaji di dalam kajian ini. Hipotesis-hipotesis yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Hipotesis Pertama

Ho : Tiada terdapat hubungan signifikan di antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahan masjid.

H1 : Terdapat hubungan signifikan antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahan masjid.

Pengurusan Fasiliti

Kepelbagaian Aktiviti Dakwah

Pengurusan Dana Masjid

(6)

529

ii. Hipotesis Kedua

Ho : Tiada terdapat hubungan signifikan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahan masjid.

H1 : Terdapat hubungan signifikan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahan masjid.

iii. Hipotesis Ketiga

Ho : Tiada terdapat hubungan signifikan di antara pengurusan dana masjid dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahan masjid.

H1 : Terdapat hubungan signifikan di antara pengurusan dana dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahan masjid.

3.4 Pengumpulan Data

Borang soal selidik digunakan dalam pengumpulan data, kemudian data yang diperolehi akan dibandingkan dengan nilai statistik. Dua sumber data yang diperolehi ialah data primer dan sekunder.

3.5 Ujian Kebolehpercayaan

Jadual 3.1 : Nilai Cronbach alpha

Pembolehubah Nilai Cronbach alpha (kajian sebenar)

Bersandar :

Kecenderungan Masyarakat 0.692

Tidak Bersandar :

Pengurusan Fasiliti 0.698

Kepelbagaian Aktiviti Dakwah 0.866

Pengurusan Dana Masjid 0.845

JUMLAH 0.905

Berdasarkan Jadual 3.1 menunjukkan ujian kebolehpercayaan bagi setiap pembolehubah dan jumlah nilai Cronbach alpha secara keseluruhan adalah 0.905 iaitu sangat tinggi.

4. ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Demografi

Jadual 4.1 : Maklumat Demografi Responden

No Butiran Kekerapan Peratus

1. Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

84 126 210

40.0 60.0 100.0

2. Penglibatan Diri Dalam Aktiviti Masjid Ya

Tidak Jumlah

210 0 210

100.0 0 100.0

3. Kekerapan Ke Masjid 1 hari seminggu 2-3 hari seminggu

32 85

(7)

530

(8)

531

4.2 Analisis Kolerasi

Jadual 4.2 : Analisis Kolerasi

Faktor – faktor kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan masjid

Nilai Kolerasi

Nilai Signifikan

Pengurusan Fasiliti .579** .000

Kepelbagaian Aktiviti Dakwah .564** .000

Pengurusan Dana .689** .000

4.3 Ringkasan Keputusan Hipotensi

Jadual 4.2 : Ringkasan Keputusan Hipotensi

Hipotesis Butiran Keputusan 1. Ho Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan fasiliti

dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Ditolak

2. Ho Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Ditolak

3. Ho Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan dana masjid dengan kecenderungan masyarakat

Ditolak

Objektif #1

Hasil analisa kajian kolerasi bagi objektif pertama iaitu pembolehubah tidak bersandar (pengurusan fasiliti), dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai kolerasi dalam kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu 0.579. Manakala nilai signifikan berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara pengurusan fasilitu dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Hipotesis untuk kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan fasiliti dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semakin baik pengurusan fasiliti semakin cenderung masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Objektif #2

Hasil analisa kajian kolerasi bagi objektif kedua iaitu pembolehubah tidak bersandar (kepelbagaian aktiviti dakwah), dapatan kajian menunjukkan nilai kolerasi pada tahap sederhana iaitu 0.564. Manakala nilai signifikan berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif yang sederhana di antara kepelbagaian aktiviti dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Hipotesis untuk kajian ini menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan di antara kepelbagaian aktiviti dakwah dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa semakin banyak kepelbagaian aktiviti dakwah semakin cenderung masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Objektif #3

Akhir sekali, hasil analisa kajian kolerasi bagi objektif ketiga iaitu pembolehubah tidak bersandar (pengurusan dana), dapatan kajian menunjukkan nilai kolerasi juga berada pada tahap sederhana iaitu 0.689. Manakala nilai signifikan berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara pengurusan dana dengan kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

(9)

532

bahawa semakin baik pengurusan dana masjid semakin cenderung masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

5. RUMUSAN DAN CADANGAN

Pengkaji mendapati ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu pengurusan fasiliti, kepelbagaian aktiviti dakwah dan pengurusan dana masjid sememangnya mempengaruhi mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Dari segi pengurusan fasiliti, ini dapat disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh Yahya et al. (2014), dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa masyarakat amat berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan di masjid sama ada untuk tujuan ibadah atau umum. Perkara ini membuktikan pengurusan kemudahan fasiliti masjid membantu dalam mengimarahkan masjid.

Untuk kepelbagaian aktiviti dakwah pula, hal ini dapat disokong oleh Hairunnizam et al. (2009), beliau mengatakan bahawa antara faktor yang menyumbang kepada kekuatan masjid dalam pembentukan modal sosial ialah keaktifannya menganjurkan program kemasyarakatan seperti ceramah, kuliah, kursus, gotong-royong dan aktiviti sosial lain. Ini menunjukkan kepelbagaian aktiviti dakwah di masjid membantu kecenderungan masyarakat dalam mengimarahkan Masjid Al-Hasanah.

Dari segi pengurusan dana masjid pula, dapat dikaitkan melalui kajian Yahya et al. (2009), dapatan kajian menunjukkan hampir 75 peratus daripada responden bersetuju agar dana kewangan masjid ini dikembangkan kepada aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan pendapatan masjid dan memberi pulangan yang positif kepada masyarakat. Selain itu, masyarakat juga berpuas hati dengan pengurusan kewangan dari segi pembelian keperluan ibadah dan penyelenggaraan masjid.

Kesimpulannya, tanggungjawab dalam mengimarahkan masjid terletak kepada semua umat Islam dan pihak pentadbir masjid hanyalah agen untuk menyambungkan hubungan di antara jemaah dan masjid. Untuk mengimarahkan masjid, pihak pentadbiran masjid seharusnya peka akan keperluan jemaah dan komuniti sekitarnya supaya matlamat untuk memakmurkan dan mengimarahkan masjid dapat dicapai. Masyarakat akan tertarik bila pengurusan fasiliti dari segi kebersihan masjid dijaga dan dipelihara dengan baik, mempunyai kepelbagaian aktiviti dakwah yang melibatkan semua peringkat umur dan memenuhi kehendak semasa masyarakat dengan mempunyai pasukan pengurusan dana masjid yang berpengalaman dan berpengetahuan, adalah kunci kejayaan dalam mengimarahkan masjid. Makmurnya masjid bukan hanya terletak pada Imam atau bilal, tetapi apabila terdapat penglibatan masyarakat dan bila perpaduan di bentuk melalui komuniti Islam dan bukan Islam.

RUJUKAN

Abdul Rahman , Azhar and Abdul Latif, Mohd Syahiran and Wan Yon, Wan Ariffin 2009, Aktiviti pemakmuran masjid di Samarahan : kajian terhadap kemampuan pendakwah.

Abdullah Mat dan Muhyidin Aziz. 2003. Konsep dan Falsafah Masjid, Norrodzoh

Siren dan Yusmini Md Yusof. dalam (penyt.) Membangun Institusi Masjid. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

Al-Quranul Karim

Asmak Ali dan Zulekha Yusoff. 2004. Masjid dan Peranannya dalam Membendung Gejala Sosial. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325-336), Sintok Abdullah dan : Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

Asmak Ali Cik Hashim Mat Said. 2008. Fungsi dan peranan masjid dalam masyarakat hadhari : Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari :UTM xix

(10)

533

Dr. Yusuf al-Qardawi. 1978. Thaqafah al-Da’iyah. Beirut. Hlm 5.

Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Syed Ismail Syed Mohamad dan Amal Hayati Ishak. 2007. Potensi Pengembangan Industri Kecil Sederhana (IKS) Melalui Dana Masjid. Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil dan Sederhana 2007.

Fidlizan Muhammad dan Mohd Yahya Mohd Hussin. 2009. Peranan Masjid Sebagai Institusi Sosio Ekonomi bagi Membantu Masyarakat Menghadapi Krisis Ekonomi. Majalah Cahaya, Jan-Feb 2009 : JAKIM

Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. 2009. Masjid dan Pembentukan Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? dalam Sanep et.al (penyt.), Prosiding Bengkel Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam, 19.xx

Hamiltion, B. dan Norizan Ahmad. 2001. Facilities Management Development. Facilities Management Seminar. Kuala Lumpur. 7 April 2001.

Hasan Bahrom. 2008. Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah, Muhd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor: Penerbit UTM.

Hasni Othman dan Abdullah Abdul Ghani. 2004. Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Perak. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325-336), Sintok: Pusat Islam, UUM.

Hjh. Noresah Baharom. 2007. Kamus Dewan dan Bahasa . Edisi Keempat. Cetakan kedua. Kuala Lumpur:Hal. 305.

Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid dan Hairunnizam Wahid. 2010. Dana dan Harta Masjid di Malaysia: Ke Arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards Excellance in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Fakulti Ekonomi UKM dan UUM, h. 1-13.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educationaland Psychology Measurement, 30, 608.

Lokman & Musa. 1996. Pengantar Sains Pengurusan Masjid. Melaka: Majlis Agama Islam Melaka dan Kolej Islam Melaka.

Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Zamri Ghazali. 2009. Institusi Masjid Sebagai Pemangkin Pembangunan Ummah. Dalam Isu-isu Pengurusan Masjid. Kota Bharu : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri.

Mohd. Ismail bin Mustari dan Idris bin Ismail. 2004. Peranan Masjid Dalam Membangunkan Ummah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004. 25-27 September. Kedah: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 71-230

Mustari, I., Jasmi, K. A., Bidin, M. A., Jasmi, K. A. 2008. Fungsi dan peranan masjid dalam masyarakat hadhari. Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari : Penerbit UTM

(11)

534

Roslan Mohamed. 2008. Pemerkasaan Masjid Melalui P engurusan Profesional, Mohd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor : Penerbit UTM

Sahlina Sahkirin. 2006. Anugerah Masjid, Surau Cemerlang. Harian Metro, m.s. 7.

Salawati Haris. 2008. 6 Strategi Masjid Boleh Buat Duit. Millennia Muslim: YADIM.

Shaikh Ali Mohammad Mokhtar. 2003. Peranan Masjid Dalam Islam. Kuala Lumpur : YADIM.

Suhaila Abdullah, Mohd Nizam Sahad, Jasni Sulong & Mohd Farid Mohd Sharif. 2008. Peranan Masjid Negara dalam Membangunkan Modal Insan Remaja Lestari. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6, hlm 177-183.

Temubual penyelidik bersama Tuan Hj. Kamarudin bin Yusof, Setiausaha Masjid Al- Hasanah, pada 10 Januari 2016.xxiii

Temubual penyelidik bersama Tuan Muhammad Zaid bin Sabran, Setiausaha Kerja, Masjid Al-Hasanah pada 01 Feb 2016.

Uma Sekaran. 2006. Metodologi Penelitian Untuk Bisnis. Jakarta : Penerbit Salemba Empat

Yahya, M., Hussin, M., Muhammad, F., Razak, A. A., Ali, M., & Ahmad, R. 2014. Sains Humanika Persepsi Masyarakat Terhadap Keupayaan Pengembangan Dana Masjid, 1, 13–21.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh yang demikian, dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat daripada responden mengenai bagaimana

Hasil dapatan kajian, menunjukkan faktor minat berada pada tahap tinggi dengan purata nilai min 3.68 dalam mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional,

Berpandukan jadual 1, sekiranya dibandingkan antara ketiga- tiga persoalan kajian, iaitu peranan ibubapa, keberkesanan pengajaran guru dan peranan rakan sebaya, didapati

Sehubungan dengan pentingnya peranan penghimpunan dana pihak ketiga dalam perekonomian, perlu dilakukan suatu kajian ilmiah terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah dana

Antara impak besar yang boleh di lihat kepada penduduk Ayer Hitam yang di kaji, di mana hasil dapatan kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa empat faktor iaitu

Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbang untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam syarikat kosmetik halal terhadap gelagat pengguna kepada

Dapatan Kajian Hasil observasi dan temubual bersama pihak pengurusan hotel-hotel PNB, secara keseluruhannya didapati ketiga-tiga buah hotel PNB telah mematuhi sebahagian besar

iv ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor-faktor audit dalam yang kompeten, kebebasan audit dalam, hubungan audit dalam dan auditee serta sokongan pengurusan