• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Diploma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Diploma"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Diploma Akauntansi di Politeknik Hulu Terengganu

(Factors Affecting the Performance of Accountancy Diploma Students at Hulu Terengganu Polytechnic)

Syuhairah Ghani1*, Azmah Salleh1, Siti Aishah Edros2

1 Commerce Department, Politeknik Hulu Terengganu, Malaysia

2 Tourism &Hospitality Department, Politeknik Hulu Terengganu, Malaysia

*Corresponding Author: syuhairahghani@pht.edu.my Received: 15 May 2023 | Accepted: 10 July 2023 | Published: 30 July 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.2.17

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Akauntansi (DAT) di Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti adakah faktor pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun, pengaruh sikap, minat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah mempengaruhi prestasi pelajar. Jumlah responden yang digunakan adalah 89 orang terdiri daripada pelajar Diploma Perakaunan Semester dua (2) hingga lima (5). Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui soal selidik. Analisa data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Nilai kebolehpercayaan item adalah 0.902 menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang amat baik. Hasil kajian menunjukkan faktor pengajaran dan pembelajaran pensyarah merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi prestasi pelajar dengan nilai min = 4.24, diikuti oleh faktor sikap (min = 3.81) dan faktor minat (min = 3.74). Kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara pendedahan awal dalam subjek prinsip akaun dengan prestasi HPNM pelajar melalui ujian t(1.95) yang menunjukkan nilai 0.054 lebih besar dari nilai 0.05 signifikan . Oleh yang demikian,kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak Politeknik Hulu Terengganu dan juga pihak-pihak berkepentingan yang lain ke arah pendidikan yang cemerlang pada masa akan datang.

Kata kunci: Pendedahan awal, sikap, minat, pengajaran dan pembelajaran pensyarah, prestasi Abstract: This study aims to examine the factors that affect the performance of Diploma in Accountancy (DAT) students at Hulu Terengganu Polytechnic (PHT). The objective of the study is to identify whether early exposure factors in the subject of account principles, the influence of the lecturer's attitude, interest and teaching and learning methods affect student performance. The total number of respondents used was 89 people consisting of Accounting Diploma students from Semester two (2) to five (5). The research instrument used is through a questionnaire. Data analysis was done using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software version 21.0. The reliability value of the item is 0.902 showing the reliability of the question is very good. The results of the study show that the lecturer's teaching and learning factor is the highest factor that affects student performance with a mean value of 4.24, followed by the attitude factor (mean = 3.81) and the interest factor (mean = 3.74). The study also found that there is no significant relationship between the initial exposure in the subject of account

(2)

principles and students' HPNM performance through a t test (1.95) which shows a value of 0.054 greater than a significant value of 0.05. Therefore, this study is expected to benefit Hulu Terengganu Polytechnic and also other stakeholders towards excellent education in the future.

Keywords: Early exposure, attitude, interest, lecturer teaching and learning, performance ___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pendidikan yang cemerlang merupakan pendidikan yang berteraskan kepada faktor yang dapat menpengaruhi tahap prestasi seseorang pelajar. Prestasi pelajar seringkali dikaitkan dengan pencapaian dalam bidang akademik dan juga bukan akademik samada di peringkat sekolah ataupun institusi pengajian tinggi. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dan telah dibuktikan dengan beberapa kajian-kajian yang lepas. Hasil kajian yang lepas juga boleh dijadikan sumber untuk menambahbaik sistem pendidikan sedia ada, syarat kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi dan cara pengajaran dalam kelas.

Program Diploma Akauntansi merupakan salah satu program yang ditawarkan oleh Politeknik Malaysia. Program ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman berkaitan perakaunan, kewangan, pengauditan, pencukaian, perakaunan kos, pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Berkaitan dengan syarat kemasukan ke program Diploma Akauntansi di Politeknik Malaysia, secara khususnya pelajar lepasan SPM perlu lulus Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris serta mendapat tiga kepujian dalam matapelajaran Matematik dan dua lagi matapelajaran lain yang belum diambilkira (Portal Ambilan Pelajar JPPKK, 2023). Tiada syarat yang menyatakan pelajar perlu memiliki kelulusan dalam mata pelajaran Prinsip Akaun, Ekonomi Asas atau Perdagangan. Ini bermakna semua calon SPM berpeluang untuk mengikuti program Diploma Perakaunan di Politeknik walaupun mereka tidak mempunyai asas perakaunan.

Menurut Nur Syazwani & Anis Barieyah (2018), mempelajari subjek perakaunan memerlukan pelajar memahami teknik atau pendekatan pembelajaran yang baik agar pemahaman dapat diserap pelajar secara berkesan. Namun pemahaman yang berkesan terhadap pembelajaran subjek perakaunan dipengaruhi beberapa faktor yang akan mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar di dalam subjek perakaunan tersebut. Sesetengah pelajar mempunyai prestasi yang baik dalam subjek perakaunan walaupun tidak mempunyai pengetahuan asas atau pendedahan awal dalam bidang perakaunan. Walau bagaimana pun, masih ada segelintir pelajar yang mengalami kesulitan untuk memahami subjek ini. Ini menyebabkan kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang menyebabkan kesulitan dalam subjek ini.

Menurut Mohamad Rofian et al. (2020) dalam Doreen & Shahlan (2021), “terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran merupakan desakan dan elemen luar yang mendorong dan membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik manakala faktor dalaman adalah merupakan sikap dan usaha pelajar itu sendiri untuk berjaya dalam akademik”. Namun begitu, kecemerlangan seseorang pelajar juga bergantung kepada pelbagai faktor. Faktor kejayaan pelajar tidak sahaja bergantung kepada faktor diri sendiri atau faktor dalaman tetapi juga faktor luaran. Hal ini kerana kejayaan pelajar bukan sahaja bergantung pada dirinya sahaja tetapi juga dibantu oleh system pendidikan, guru-guru, kemudahan di tempat belajar, ibubapa dan juga persekitaran keluarga.

(3)

Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Akauntansi di Politeknik Hulu Terengganu. Faktor utama yang dilihat adalah pendedahan awal dalam bidang perakaunan di peringkat sekolah dan faktor-faktor lain yang turut diambilkira iaitu faktor pengaruh sikap, minat dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Terdapat banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar. Pelbagai faktor telah dikaji dan setiap kajian memberi hasil dapatan yang berbeza antara satu sama lain. Kajian ini mengkaji kedua-dua faktor iaitu faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Akauntansi di PHT.

Pendedahan Awal

Penemuan kajian terdahulu mendapati keputusan yang tidak konsisten berhubung dengan kesan pendedahan bagi bidang tertentu dengan pencapaian pelajar dalam bidang yang sama.

Kajian Nur Syazwani & Anis Barieyah (2018) mendapati faktor pendedahan awal mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Perakaunan UiTM Pahang Kampus Jengka dalam subjek perakaunan. Begitu juga kajian oleh Eskew & Falley (1988) dan Muda et al. (2012) menunjukkan pendedahan awal dalam bidang perakaunan dapat memberikan pencapaian yang lebih baik di peringkat pengajian tinggi. Berbeza pula dapatan kajian oleh Zuaini et al. (2008) yang mendapati pelajar yang tidak mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan. Hasil kajian Prochazka (2016) pula mendapati tiada kaitan langsung antara pendedahan awal dengan prestasi pelajar.

Pengaruh Sikap

Antara faktor yang dikenalpasti penyebab kepada prestasi pelajar adalah sikap. Sikap yang cenderung kepada sesuatu subjek akan meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha bagi meningkatkan prestasi dalam subjek tersebut (Jemali, 1988). Menurut Zuaini et al. (2008),

kajian beliau mendapati sikap menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar Matrikulasi dalam subjek perakaunan.” Begitu juga hasil kajian Halimatus Saadiah (2020) mendapati faktor sikap pelajar menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Minat

Hasil beberapa kajian lepas, pelajar yang berminat dalam bidang perakaunan memperolehi prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak berminat. Hasil kajian ini dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh Garkaz et al. (2011), dan Wijewardena & Rudkin (1999). Namun dapatan kajian oleh Nur Syazwani & Anis Barieyah (2018) mendapati bahawa walaupun markah pelajar yang berminat dalam bidang perakaunan lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak berminat, tetapi hasil analisis ini secara statistiknya tidak signifikan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah turut menjadi faktor penyumbang kepada prestasi pelajar. Menurut Muhammad Shafiq & Noraini (2018), terhadap hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Begitu juga hasil dapatan Mohd Erfy Ismail et al. (2019) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dengan pengajaran guru. Hasil kajian Halimatus Saadiah (2020)

(4)

mendapati faktor pengajaran dan pembelajaran pensyarah merupakan faktor yang paling tinggi yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan instrumen soal selidik dilaksanakan secara atas talian bagi mengumpul data dam maklumat daripada responden. Jumlah populasi kajian adalah seramai 103 orang terdiri daripada pelajar Diploma Akauntansi Semester 2 hingga 5. Menurut Jadual Krejcie & Morgan (1970), bilangan sampel minimum yang diperlukan adalah seramai 86 orang. Seramai 89 orang responden telah memberi maklumbalas bagi mengetahui faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar.

Untuk mendapatkan dapatan kajian, instrumen soal selidik telah diolah mengikut kesesuaian kajian menggunakan soalan kajian yang dibangunkan oleh Ahmad Rizal (2005) yang turut digunapakai dalam Halimatus Saadiah (2020). Soal selidik mempunyai 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan untuk mendapatkan maklumat demografi responden manakala Bahagian B mengandungi soalan berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar.

Untuk tujuan analisis data secara kuantitatif, perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21 digunakan. Bahagian A dianalisis secara deskriptif manakala Bahagian B dianalisis untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai, ujian t dan korelasi.

4. Perbincangan

Sebelum kumpulan penyelidik menjalankan proses analisis data, penyelidik telah melakukan proses pencucian data (data cleaning). Hal ini kerana penyelidik ingin dapatkan data yang berkualiti dan tepat. Hasil kajian berkaitan demografi responden seramai 89 orang, kajian mendapati taburan mengikut jantina adalah seramai 19 orang (21.3%) merupakan pelajar lelaki manakala selebihnya iaitu 70 orang (78.7%) adalah pelajar perempuan. Bagi taburan mengikut agama, pelajar beragama Islam adalah seramai 81 orang (91%), diikuti oleh agama Hindu seramai 4 orang (4.5%), agama Buddha seramai 3 orang (3.4%) dan agama Kristian diwakili hanya seorang (1.1%). Taburan mengikut semester pula, seramai 34 orang (38.25) terdiri daripada pelajar semester dua, 11 orang (12.4%) adalah pelajar semester tiga, 29 orang (32.6%) pelajar semester empat dan 15 orang (16.9%) adalah pelajar semester lima. Perbezaan bilangan pelajar mengikut semester adalah berdasarkan ambilan pelajar yang diterima masuk bagi semester berkenaan.

Hasil dapatan juga menunjukkan keputusan berdasarkan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) terkini pelajar, seramai 31 orang (34.83%) pelajar memperolehi gred 3.50 – 4.00, 38 orang (42.70%) memperolehi gred 3.00 – 3.49, 18 orang (20.22%) memperoleh gred 2.50 – 2.99 dan hanya 2 orang (2.25%) yang memperoleh gred 2.00 – 2.49. Tiada pelajar yang mendapat gred kurang daripada 2.00.

Jadual 1: Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) Terkini Pelajar

HPNM N Peratus Kategori

3.50 – 4.00 31 34.83% Cemerlang

3.00 – 3.49 2.00 – 2.99

56 2

62.92%

2.25%

Kepujian Lulus

*N = 89

(5)

Jadual 1 menunjukkan statistik Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) Terkini yang diperoleh oleh pelajar bagi Sesi 1 2022/2023. Pelajar memperoleh tahap kepujian iaitu HPNM antara 3.00 – 3.49 menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 62.92%, diikuti dengan HPNM 3.50 – 4.00 iaitu tahap cemerlang sebanyak 34.83% dan pada lulus hanya 2.25% sahaja.

Ini menunjukkan prestasi akademik pelajar dalam keadaan baik dan hubungkait prestasi ini akan dikaji berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Jadual 2: Ujian t pendedahan awal pelajar

Pendedahan awal Mean Sisihan Piawai Nilai t Nilai df Signifikan

YA 4.20 0.73 1.95 87 0.054

TIDAK 3.83 0.92

*N = 89

Kajian juga mendapati seramai 65 orang (73%) daripada pelajar pernah mengambil subjek Prinsip Akaun ketika belajar di sekolah terdahulu manakala 24 orang (27%) tidak pernah mengambil subjek ini. Ini menunjukkan pelajar yang mempunyai pendedahan awal dan mempunyai pengalaman belajar tentang perakaunan lebih ramai berbanding mereka yang tidak pernah belajar subjek ini. Bagi hasil dapatan pendedahan awal terhadap prinsip akaun dan prestasi HPNM penyelidik menggunakan analisis ujian t seperti dalam Jadual 2 di atas dan mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan dan perbezaan antara pelajar yang mempunyai pendedahan awal atau sebaliknya. Ini bermakna pendedahan awal bagi subjek prinsip akaun tidak mempengaruhi pretasi pelajar . Dapatan ini turut dibuktikan oleh dapatan kajian oleh Zuaini et al. (2008) yang menyatakan bahawa pelajar yang tidak mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan.

Jadual 3: Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach (Bond & Fox, 2015)

Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan

0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi 0.7 hingga 0.8

0.6 hingga 0.7

<0.6

<0.5

Baik dan boleh diterima Boleh diterima Item perlu dibaiki Item perlu digugurkan

Tahap kebolehpercayaan kajian dapat ditentukan dengan menggunakan interprestasi nilai Alpha Cronbach yang mempunyai julat antara 0.00 hingga 1.0. Sekiranya nilai julat menghampiri 1.0, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan berada pada tahap baik, tinggi, dan berkesan. Manakala, julat menghampiri 0.00 pula, ia menggambarkan tahap kebolehanpercayaan yang rendah (Rohana, 2004). Jadual 3 menunjukkan panduan dalam menganalisis interprestasi skor Alpha Cronbach.

Jadual 4: Nilai pekali kebolehpercayaan item soal selidik

Faktor-faktor Jumlah item Alpha Cronbach

Sikap 7 0.800

Minat

Pengajaran dan pembelajaran pensyarah

6 6

0.728 0.879

Min keseluruhan 19 0.902

Dapatan keseluruhan yang diperolehi daripada ujian kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) ialah 0.902 seperti Jadual 4. Ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat baik dan

(6)

efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar (Bond & Fox, 2015).

Jadual 5: Min dan sisihan Piawai bagi faktor sikap terhadap prestasi pelajar

No Item Min Sisihan Piawai

1 Saya memberi tumpuan sepenuhnya pada sesi pembelajaran 3.89 0.775 2

3 4 5 6 7

Saya sering mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang Saya selalu membuat catatan dan nota ringkas semasa dalam sesi

pembelajaran

Saya berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan Saya membuat latihan soalan-soalan peperiksaan lepas

Saya selalu datang awal ke kelas

Saya suka berinteraksi dengan pensyarah ketika dalam kelas

3.43 3.73 4.20 3.80 3.90 3.74

0.767 0.926 0.726 0.894 0.880 0.899 Purata Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 3.81 0.568

*N = 89

Merujuk kepada Jadual 5, item pelajar berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 4.20 diikuti dengan item saya selalu datang awal ke kelas dengan nilai min sebanyak 3.90. Saya sering mengulangkaji pelajaran pada waktu lapang menyumbang min yang paling rendah iaitu sebanyak 3.43. Purata skor min bagi pengaruh sikap menunjukkan nilai 3.81 dengan sisihan piawai sebanyak 0.568. Ini menunjukkan faktor sikap terhadap prestasi pelajar adalah tinggi dan ini disokong oleh dapatan kajian oleh Hanifah Mahat et al (2017) yang menyatakan sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar.

Jadual 6: Min dan sisihan Piawai bagi faktor minat terhadap prestasi pelajar

No Item Min Sisihan Piawai

1 Saya sentiasa mempunyai kesungguhan untuk mendapatkan markah yang

tinggi dalam setiap tugasan 4.28 0.754

2 3 4 5 6

Saya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan sesuatu perkara sukar terlebih dahulu sebelum membuat rujukan dengan pensyarah.

Saya sentiasa bertanya kepada pensyarah apabila saya tidak faham dalam proses pembelajaran

Saya belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan Saya mempunyai jadual belajar sendiri

Saya berusaha mencari maklumat tambahan bagi setiap subjek

3.92 3.84 3.60 3.29 3.61

0.829 0.752 1.145 1.002 0.887 Purata Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 3.76 0.590

*N = 89

Dapatan analisis daripada Jadual 6 menunjukkan item saya sentiasa mempunyai kesungguhan untuk mendapat markah yang tinggi dalam setiap tugasan mencatat skor min tertinggi iaitu 4.28. Skor min yang terendah pula adalah item saya mempunyai jadual belajar sendiri iaitu skor min sebanyak 3.29. Ini menunjukkan tidak ramai pelajar mempunyai jadual belajar sendiri. Purata skor min bagi faktor minat adalah 3.76 dengan sisihan piawai adalah 0.590. Ini menunjukkan faktor minat terhadap prestasi pelajar adalah tinggi dan ini disokong oleh dapatan kajian oleh Muhamad Shafiq & Noraini (2008) yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap, minat dan kaedah pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

(7)

Jadual 7: Min dan sisihan Piawai bagi faktor pengajaran dan pembelajaran pensyarah terhadap prestasi pelajar

No Item Min Sisihan Piawai

1 Pensyarah menyampaikan pengajaran dengan baik dan berkesan 4.18 0.667 2

3 4 5 6

Pensyarah menggunakan alatan yang berteknologi terkini semasa pengajaran

Pensyarah mengambil berat terhadap pembelajaran yang diajarinya Pensyarah mahukan tugasan yang diberikan disiapkan pada masa yang

ditetapkan

Pensyarah mendedahkan cara belajar dan teknik menjawab soalan Saya memahami penyampaian pengajaran pensyarah di kelas

4.09 4.29 4.45 4.30 4.10

0.685 0.607 0.622 0.647 0.754 Purata Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 4.24 0.525

*N = 89

Dari segi faktor pengajaran dan pembelajaran pensyarah, item pensyarah mahukan tugasan yang diberikan disiapkan pada masa yang ditetapkan mendapat skor min tertinggi iaitu 4.45 manakala item pensyarah menggunakan alatan yang berteknologi terkini semasa pengajaran mendapat skor min terendah iaitu 4.09. Purata skor min bagi faktor pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi iaitu 4.24 dan ini disokong oleh dapatan kajian Halimatus Saadiah (2020) yang menyatakan faktor pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor yang paling tinggi yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

Setelah meneliti hasil kajian secara keseluruhan, didapati responden bersetuju prestasi pelajar dipengaruhi oleh ketiga-tiga pembolehubah iaitu faktor sikap, faktor minat dan faktor pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Analisis korelasi digunakan untuk menentukan kekuatan antara dua pembolehubah (Noraini, 2010). Nilai hubungan antara pembolehubah boleh diperolehi antara nilai 0.00 hingga 1.00. Jika nilai yang diperolehi menghampiri 1.00, ini bermakna hubungan antara dua pembolehubah itu sangant kuat, demikian juga sebaliknya jika menghampiri nilai 0.00 bererti hubungan kedua pembolehubah tu semakin lemah.

Jadual 8: Kolerasi di antara faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar

Sikap Minat Pengajaran dan

pembelajaran pensyarah

Sikap Pearson Correlation 1.00 0.761* 0.542*

Minat

Pengajaran dan pembelajaran pensyarah

Sig. (2-tailed) N

Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N

Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N

89 0.761*

0.000 89 0.542*

0.000 89

0.000 89 1.00

89 0.590*

0.000 89

0.000 89 0.590*

0.000 89 1.00

89

*Signifikan pada aras keertian 0.01 (2-tailed)

Berdasarkan Jadual 8, didapati kesemua faktor menunjukkan nilai r dalam kategori 0.5 hingga 1.0 menunjukkan ketiga-tiga faktor adalah signifikan dan mempunyai nilai positif. Hasil kajian mendapati bahawa faktor sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor minat.

Nilai pekali pearson, r adalah 0.761 manakala nilai p ialah 0.000, iaitu lebih kecil dari 0.05 (r

= 0.761, p < 0.05). Faktor sikap juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengajaran

(8)

dan pembelajaran pensyarah iaitu nilai pekali pearson, r adalah 0.542 manakala nilai p ialah 0.000 (r = 0.542, p < 0.05).

5. Kesimpulan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Perakaunan di Politeknik Hulu Terengganu. Antara faktor yang dikenalpasti adalah pendedahan awal, sikap, minat dan pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Hasil kajian menunjukkan tiada hubungan signifikan dan tiada nilai perbezaan antara pelajar yang punyai pendedahan awal dalam subjek prinsip perakaunan atau sebaliknya terhadap prestasi pelajar (HPNM). Hasil kajian juga menunjukkan faktor sikap, minat dan pengajaran dan pembelajaran pensyarah mempengaruhi prestasi pelajar. Faktor pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor tertinggi dan paling mempengaruhi prestasi pelajar Diploma Akauntansi Politeknik Hulu Terengganu. Kajian juga mendapati ketiga-tiga faktor mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi pelajar. Diharapkan kajian ini akan memberi input kepada pihak Politeknik Hulu Terengganu dan juga pihak-pihak yang berkepentingan ke arah merealiasikan prestasi pelajar pada tahap terbaik seterusnya cemerlang demi masa depan negara.

Rujukan

Ahmad Rizal Madar, Nurul Akmar Kamarudin & Saifullizam Puteh. (2005). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan di Politeknik - Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005 Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit). New York &

London.

Doreen Ting Jia Chzin & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor- Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Science and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 12, 137 – 157

Eskew, R.K & Faley,R.H (1988). Some Determinants of Student Performance in the first College-Level Financing Accounting Course. The Accounting Review, 63 (1), 137 - 147

Halimatus Saadiah Kariya (2020). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (4), 9-18 Hanifah Mahat, Paulin Chang Poh Ling, Nasir Nayan, Mohmadisa Hashim & Yazid Saleh.

(2017). Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah Menengah di Sabah. Jurnal Sains Humanika, 9 (2), 1 – 7.

Garkaz M, Banimahd B, Esmaeili H. (2011) Factors Affecting Accounting Students’

Performance: The case of students at the Islamic Azad University. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 29: 122 -128

Jemali I. (1988). Exposure, Attitudes, Motivation And Achievement In ESL Among Malay Learners: A SocioPsycholinguistic Study. The British Library, West Yorkshire Mohd Erfy Ismail et.al. (2019). Factors That Influence Student’s Learning: An Observation on

Vocational College Students. Journal of Technical Education and Training, 11 (1), 93-99.

Mohamad Rofian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali, Khairatul Akmar Abdul Latif, Fahed Maromar & Saupi Man. (2020). Hubungan Antara Faktor Dalaman dan Faktor Luaran Dalam Mempengaruhi Kemahiran Menulis Bahasa Arab Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 2(1), 1-12

(9)

Mohamad Shafiq Mohd Razali & Noraini Abdol Raop. (2018). Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial, 7, 77-87

Muda S, Hussin AH, Johari H, Sapari JM, Jamil N (2013). The Key Contributing Factors Of Non-Accounting Students’ Failure In The Introduction To Financial Accounting Course. Procedia –Social and Behavioral Sciences, 90, 712 – 719

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn Bhd

Nur Syazwani Mohammad Fadzillah & Anis Barieyah Mat Bahari (2018). Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Diploma Perakaunan dalam Subjek Perakaunan.

GADING (Online) Journal for Social Science, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Vol 22 (Special Issue September) KONAKA 2018

Portal Ambilan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej komuniti

Prochazka, D (2016). The Determinants of Students’ Success in the Introduction to Accounting Course at the University Level. The Turkish Online Journal of Educational Technology, Special issue, 777-784

Rohana Yusuf. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong, Pahang : PTS Publications. &

Distributors.

Wijewardena H, Rudkin K (1999) An Empirical Investigation Of Some Factors Affecting Student Performance In Introductory Accounting. The International Journal of Accounting and Business Society, 7(1), 39-53

Zuaini Ishak, Nor Aziah Abdul Manaf & Rosliza Mat Zin. (2008). Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Subjek Perakaunan. Malaysian Journal Learning and Instruction, 5, 99 – 115

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan data-data yang telah dianalisis dan disusun, nilai purata (min) bagi persoalan kajian 2 dengan nilai 3.92 menunjukkan bahawa keyakinan bukanlah faktor yang paling

Kajian ini mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam adalah jumlah pekerja dan usia perniagaan.. Dapatan kajian ini boleh digunakan

Untuk menguji faktor dan keberkesanan amali kerja kayu berdasarkan pekerjaan ibu, ujian-F (ANOVA) telah dijalankan. Jadual 6 menunjukkan hasil dapatan ujian iaitu

Antara impak besar yang boleh di lihat kepada penduduk Ayer Hitam yang di kaji, di mana hasil dapatan kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa empat faktor iaitu

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan faktor-faktor lepak iaitu faktor hubungan kekeluargaan, kendiri remaja dan

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan faktor-faktor lepak iaitu faktor hubungan kekeluargaan, kendiri remaja

Secara keseluruhannya, purata dapatan tahap penguasaan 160 orang pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia adalah lemah dengan skor iaitu 29.3% Pelajar dilihat adalah

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan dalam bab 4, kajian mendapati bahawa Purata Min keseluruhan bagi persoalan kajian ini ialah 3.43.berada pada tahap sederhana Ini