• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBEZAAN KOMPONEN MBS TAHUN 2010 (RM) / (%) 23,474,937, % 2,889,322, % 1,162,263, % PERLUASAN 58,957,000 PROGRAM SEDIA ADA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERBEZAAN KOMPONEN MBS TAHUN 2010 (RM) / (%) 23,474,937, % 2,889,322, % 1,162,263, % PERLUASAN 58,957,000 PROGRAM SEDIA ADA"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2 berasaskan perkara-perkara yang terkandung dalam APP 2011. Ketidakpatuhan Ketua Jabatan terhadap APP 2011 boleh menjejaskan Key Performance Indicator (KPI) Kementerian yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pemantauan dan kawalan secara berhemat hendaklah dilaksanakan memandangkan peruntukan kewangan tahun 2011 adalah terhad. Oleh yang demikian, peruntukan hendaklah digunakan secara optimum dan diagihkan secara saksama mengikut keutamaan serta mempunyai elemen value for money selaras dengan pengurusan kewangan yang telus dan berintegriti.

1.3 Keseluruhan peruntukan KPM pada tahun 2011 berjumlah RM35,762,962,700 yang merupakan 18.03% daripada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM29,360,378,000 bagi Belanja Mengurus (B41) termasuk Badan Berkanun (Majlis Peperiksaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka) dan RM6,402,584,700 bagi Belanja Pembangunan (P41). Jumlah keseluruhan peruntukan ini menunjukkan pertambahan sebanyak 12.14% berbanding peruntukan tahun 2010. Jika dilihat dengan lebih terperinci, pertambahan peruntukan di bawah B41 tahun 2011 adalah sebanyak RM2,866,373,000 atau 10.82% berbanding peruntukan yang diluluskan pada tahun 2010 yang berjumlah RM26,494,005,000. Sebahagian besar daripada peningkatan di dalam peruntukan tahun 2011 merupakan peruntukan emolumen sebanyak RM1,147,356,700, iaitu peningkatan sebanyak 5.67% dan menyebabkan peruntukan bagi program dan aktiviti KPM bukan emolumen pada tahun 2011 masih tidak mencukupi.

1.4 Peruntukan bagi program/aktiviti yang terhad tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan program/aktiviti yang telah diatur oleh KPM. Melalui perancangan dan strategi-strategi pelaksanaan perbelanjaan yang berkesan, program dan aktiviti KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

(3)

3 2.0 PERBELANJAAN MENGURUS

2.1 Perbandingan peruntukan B41 KPM bagi tahun 2010 dan 2011 mengikut komponen Modified Budgeting System (MBS) dan Objek Am (OA) adalah seperti berikut:

KOMPONEN MBS TAHUN 2010 (RM) / (%) (a) TAHUN 2011 (RM) / (%) (b) PERBEZAAN (RM) / (%) (c) = (b) - (a) DASAR SEDIA ADA 23,474,937,600

88.60% 25,106,108,400 85.51% 1,631,170,800 6.95% ONE-OFF 2,889,322,900 10.90% 4,051,586,600 13.80% 1,162,263,700 40.23% PERLUASAN

PROGRAM SEDIA ADA

0 0% 58,957,000 0.20% 58,957,000 0% PEMBUKAAN INSTITUSI BARU 129,744,500 0.49% 143,726,000 0.49% 13,981,500 10.78% JUMLAH 26,494,005,000 100% 29,360,378,000 100% 2,866,373,000 10.82% OBJEK AM (OA) TAHUN 2010 (RM) / (%) (a) TAHUN 2011 (RM) / (%) (b) PERBEZAAN (RM) / (%) (c) = (b) - (a) 10000 20,226,682,500 76.34% 21,374,039,200 72.80% 1,147,356,700 5.67% 20000 2,350,220,930 8.87% 3,571,719,700 12.17% 1,221,498,770 51.97% 30000 160,833,770 0.61% 357,561,300 1.22% 196,727,530 122.32% 40000 3,756,225,000 14.18% 4,057,047,800 13.82% 300,822,800 8.00% 50000 12,800 0.0001% 10,000 0.0001% (2,800) (21.88) JUMLAH 26,494,005,000 100% 29,360,378,000 100% 2,866,373,000 10.82%

(4)

4 2.2 Peruntukan Dasar Baru (DB) sebanyak RM202,683,000 adalah melibatkan peruntukan Belanja Mengurus bagi Pembukaan Institusi Baru (PIB) serta Perluasan Program Sedia Ada (PPSA).

2.3 Peruntukan One-Off tidak hanya melibatkan bantuan pelajar dan bertugas di luar negara, malahan telah diperluaskan kepada penyelenggaraan, perolehan harta modal, serta program National Key Result Area (NKRA), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Ministry Key Result Area (MKRA). Senarai penuh aktiviti yang diletakkan di bawah program One-Off adalah seperti di Lampiran A.

3.0 AGIHAN WARAN

3.1 Bahagian Kewangan akan mengagihkan waran peruntukan pertama kepada jabatan/bahagian pada 5 Januari 2011.

3.2 Permohonan peruntukan bagi institusi baru tahun 2011 hendaklah dipohon oleh Ketua Jabatan/Ketua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum institusi baru tersebut mula beroperasi.

3.3 Peratusan agihan waran pertama tahun 2011 kepada jabatan/bahagian adalah seperti berikut:

i. Dasar Sedia Ada (DSA):

OBJEK AM

PERATUS AGIHAN

(%) CATATAN

10000 50-100 Bagi OS11000, OS12000, OS13000 (100%) Bagi OS14000 dan OS15000 (50%)

20000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan

40000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan

50000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan

(5)

5 ii. Dasar Baru:

OBJEK AM PERATUS AGIHAN (%) CATATAN

10000 1-100 Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan. 20000 1-100 Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan.

iii. One-Off : OBJEK AM PERATUS AGIHAN (%) CATATAN

10000 50-100 Bagi OS11000, OS12000, OS13000 (100%) Bagi OS14000 dan OS15000 (50%).

20000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan.

30000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan.

40000 50-100 Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan.

3.4 Bahagian/JPN/PPD hendaklah memastikan bahawa waran peruntukan pertama yang diterima direkod di dalam vot e-SPKB/manual sebaik sahaja diterima. Sekiranya waran pertama tersebut perlu diagihkan (waran peruntukan kecil), ia hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh waran pertama diterima. Bahagian Kewangan boleh menarik balik peruntukan tersebut jika Bahagian/JPN/PPD gagal mematuhi peraturan ini.

3.5 Pemberian geran kepada Badan Berkanun akan diagihkan mengikut suku tahun setelah mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

(6)

6 3.6 Penyelaras bagi fungsi penyenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dipertanggungjawabkan kepada jabatan/bahagian berikut:

PENYENGGARA INSTITUSI TERLIBAT

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

Semua Bahagian di KPM kecuali Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Semua agensi di negeri terdiri daripada JPN, Cawangan Bahagian Audit Sekolah (BAS), Cawangan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pusat Kokurikulum.

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

BTP, BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan semua sekolah di bawah KPM kecuali Sekolah Amanah. Bahagian Pengurusan Matrikulasi (BM) Kolej-kolej Matrikulasi KPM. Institut Pendidikan

Guru KPM (IPGKPM) Institut Pendidikan Guru (IPG).

4.0 KAWALAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan perbelanjaan dibuat secara berkesan dan berhemat. Pelaksanaan sesuatu program/aktiviti/projek hendaklah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Bagi memastikan perbelanjaan tahun 2011 dilaksanakan dengan terancang, berikut adalah antara tindakan-tindakan yang akan/perlu diambil:

(7)

7 4.1.1 Kawalan Perbelanjaan hendaklah dibuat dengan teliti melalui pemantauan berkala supaya tidak berlaku perbelanjaan tanpa peruntukan dan perbelanjaan melebihi peruntukan.

4.1.2 Bagi perbelanjaan mengunjungi wilayah asal, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perbelanjaan dicajkan di bawah OS15000.

4.1.3 Semua peruntukan guru ganti/KGSK untuk keperluan semua jenis sekolah dipertanggungjawabkan di bawah aktiviti masing-masing seperti di Lampiran B.

4.1.4 Penganjuran majlis/anugerah/mesyuarat dijalankan secara berhemat dan bersepadu.

4.1.5 Kod Perakaunan

i. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat mengikut program/aktiviti sepertimana Waran Peruntukan yang diturunkan;

ii. semua terimaan mesti diakaunkan pada kod yang tepat mengikut jenis terimaan; dan

iii. bagi PTJ yang mempunyai Pusat Kos (PK), Bayaran Gaji dan pukal diperakaunkan mengikut PK.

4.1.6 Pembayaran bil dan penyelenggaraan Daftar Bil

Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2006, semua Ketua Jabatan perlu memastikan bil yang sempurna dibayar dalam tempoh 14 hari sepertimana AP 103(a). Ketua Jabatan perlu memantau semua bil supaya tidak berlaku kelewatan bayaran untuk mengelakkan aduan berulang. Bagi tujuan ini, satu Daftar Bil hendaklah diselenggara dengan teratur. Laporan Bil mestilah dihantar kepada Bahagian Akaun pada 16 haribulan dan 1 haribulan bulan berikutnya.

(8)

8 4.1.7 Pembayaran di bawah AP 58(a)

Semua bayaran terhadap perbelanjaan yang dibuat pada tahun semasa hendaklah dibuat dengan segera bagi mengelakkan bayaran melangkau tahun yang akan mengakibatkan bayaran di bawah AP 58(a). Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Tidak dibenarkan membuat komitmen baru selepas 31 Oktober 2011;

ii. Memastikan pembayaran diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2011; dan

iii. Semua tunggakan bil dan tuntutan seperti tuntutan perjalanan, lebih masa dan lain-lain diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2011.

4.2 Permohonan pindah/tambah/tarik balik peruntukan

4.2.1 Permohonan pindah/tambah peruntukan hanya dipertimbangkan pada bulan April, Julai dan Oktober tahun 2011 dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 15 haribulan bulan tersebut.

4.2.2 Permohonan pindah/tambah peruntukan hendaklah disertakan dengan:

i. pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan e-SPKB) bersama;

ii. justifikasi yang lengkap; dan

iii. ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/KPP/KPSU (Pengurusan/Kewangan) sahaja.

(9)

9 4.2.3 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Bahagian Kewangan mana-mana peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan untuk ditarik balik berserta justifikasi yang lengkap dengan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/KPP/KPSU (Pengurusan/Kewangan) sahaja. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011 bagi membolehkan peruntukan tersebut diagih semula kepada jabatan/bahagian yang memerlukan peruntukan tambahan.

4.2.4 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan yang akan ditarik balik tidak digunakan dan mencukupi bagi membolehkan waran tarik balik dilaksanakan. Waran tarik balik yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan wajib dikunci masuk (key-in) serta-merta di dalam sistem sebaik sahaja waran diterima.

4.2.5 Bahagian Kewangan berhak mengambil tindakan untuk menarik balik peruntukan sekiranya prestasi perbelanjaan tidak memuaskan.

4.2.6 Arahan Perbendaharaan (AP) 59

Kes yang berkaitan ketidakpatuhan peraturan kewangan yang dikenakan tindakan di bawah AP 59 semakin meningkat dan tindakan tatatertib, surcaj atau undang-undang yang berkaitan akan disyorkan terhadap mana-mana anggota KPM yang melanggar peraturan ini. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawalan dan pemantauan yang berkesan bagi mengelakkan berlakunya AP 59. Di antaranya adalah:

i. Perolehan tanpa Pesanan Kerajaan; ii. Perolehan tanpa peruntukan; dan

(10)

10 4.3 Tuntutan pertukaran dan penempatan pertama

4.3.1 Pegawai dan kakitangan layak dibayar tuntutan pertukaran dan penempatan sekiranya:

i. Diarah bertukar di atas kepentingan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, redeployment (penempatan semula); dan ii. Pegawai yang baru dilantik dan diberi penempatan pertama.

4.3.2 Pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan serta memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen terakhir sebelum bertukar; atau

ii. Pemohon telah berkhidmat selama 3 tahun di kawasan pedalaman dan menerima sama ada Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) atau Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan (EKMLTK).

4.4 Kelulusan pakej

4.4.1 Permohonan pakej untuk mesyuarat dan kursus/bengkel/seminar hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh program diadakan.

4.4.2 Mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

4.4.3 Tarikh akhir permohonan pakej bagi tahun 2011 ialah pada 1 Disember 2011.

(11)

11 4.5 Pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer

4.5.1 Semua kelulusan pinjaman tersebut hendaklah direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP).

4.5.2 Ketua Jabatan hendaklah memastikan potongan gaji peminjam dilaksanakan mengikut arahan yang telah ditetapkan.

5.0 PEMANTAUAN

5.1 Pemantauan terhadap perbelanjaan oleh jabatan/bahagian akan dibuat dengan lebih rapi dan secara berkala melalui:

5.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

i. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembentangan laporan kewangan dibuat kepada JPKA masing-masing mengikut kekerapan dan peraturan yang ditetapkan di bawah PP Bil. 10 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2009;

ii. Pematuhan terhadap PP dan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) berkenaan diambil kira sebagai salah satu kriteria pemarkahan ‘Star Rating’ Kementerian; dan

iii. Penyelaras di peringkat jabatan/bahagian/institusi pendidikan adalah seperti di Lampiran C.

6.0 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

6.1 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan jabatan/bahagian masing-masing dan memastikan bahawa:

i. peraturan kewangan dipatuhi bagi mengelakkan teguran audit (Audit Negara/Audit Dalam/Audit Sekolah);

(12)

12 ii. teguran audit (jika ada) dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh

laporan diterima;

iii. perolehan barang-barang awam diuruskan dengan cekap, teratur dan sempurna mengikut peraturan dan tatacara perolehan;

iv. sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah peruntukan tahunan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan (tidak termasuk perkhidmatan perunding) dilaksanakan melalui Sistem e-Perolehan bagi semua PTJ yang telah eP-enabled;

v. Sebarang pindaan skop kerja asal penyelenggaraan bangunan di bawah OS28000 dan OS32000 diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan dimaklumkan kepada BPPA berdasarkan had penurunan kuasa yang telah diluluskan;

vi. Sebarang pindaan terhadap senarai kelulusan Pegawai Pengawal untuk pembelian Harta Modal Yang Lain di bawah OS35000 hendaklah mendapatkan kelulusan semula Pegawai Pengawal; vii. Pembelian Harta Modal Yang Lain di bawah OS35000 hendaklah

didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA);

viii. Pemasangan pendingin hawa yang menggunakan peruntukan Belanja Mengurus mendapat perakuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Mekanikal sebelum mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal;

ix. Perolehan peralatan ICT termasuk prasarana rangkaian mendapat kelulusan teknikal Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM atau Jawatankuasa ICT JPN (bagi sekolah harian dan perolehan yang kurang dari RM50,000.00); dan

x. Semua PTJ yang dilengkapi dengan sistem e-SPKB melaksanakan pembayaran melalui sistem tersebut. Bagi PTJ yang tidak mempunyai kemudahan sistem e-SPKB, pembayaran boleh dibuat menggunakan kemudahan Kiosk e-SPKB yang ditempatkan di JPN/PPD.

(13)

13 7.0 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

7.1 Penyaluran Bantuan Persekolahan kepada Murid Miskin Berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)

7.1.1 Mulai tahun 2011, bantuan persekolahan yang akan menggunakan data penerima berdasarkan eKASIH dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar adalah bagi bantuan berikut:

Bil. Jenis Bantuan Kategori Murid

a. Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin (KWAPM)

Tahun 1 hingga Tingkatan 1 sahaja

b. Bantuan Pakaian Seragam

Pasukan Beruniform (BPS)

Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja

c. Rancangan Makanan

Tambahan (RMT)

Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja

7.1.2 Ketua Jabatan hendaklah mengagihkan peruntukan yang diterima berdasarkan senarai penerima seperti dalam eKASIH yang dibekalkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

7.2 Tuntutan peruntukan Bantuan Makanan Asrama (BMA) bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:

Jenis Asrama Bil Hari Tuntutan BMA

Asrama

Harian/SBP/Teknik/Sukan/Seni/SABK 250 hari

Asrama Sekolah Pendidikan Khas 270 hari

7.3 Kadar Yuran Makan Asrama (YMA) yang perlu dikutip daripada ibu bapa/penjaga penghuni asrama adalah seperti berikut:

Jumlah Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga

Sebulan Kadar YMA Sehari

RM5,000 dan ke atas RM 3.00

(14)

14 7.4 Bantuan-Bantuan Baru Persekolahan Tahun 2011

7.4.1 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

Peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) bagi menyokong pelaksanaan dasar ”1 Murid 1 Sukan” di bawah RMK-10 yang dikenali sebagai BSS. Kadar BSS adalah seperti berikut:

Sekolah Kadar Setahun

Rendah

Julat Enrolmen Murid

1-50 51-100 101 – 150 151 dan ke atas RM200 sebuah sekolah RM400 sebuah sekolah RM600 sebuah sekolah RM4.00 seorang murid

Menengah RM6.00 seorang murid

Rendah (Pendidikan Khas) RM2,500 sebuah sekolah

Menengah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah

7.4.2 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)

Kadar BKK bagi sekolah rendah dan menengah (kecuali Sekolah Pendidikan Khas) dikurangkan berikutan pengwujudan BSS. Kadar BKK mulai tahun 2011 adalah seperti berikut:

Sekolah Kadar Setahun

Rendah

Julat Enrolmen Murid

1-50 51-100 101 – 150 151 dan ke atas RM400 sebuah sekolah RM800 sebuah sekolah RM1,200 sebuah sekolah RM8.00 seorang murid

Menengah RM10.00 seorang murid

Rendah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah

(15)

15 7.4.3 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

Kadar BKKA adalah seperti berikut:

Asrama Kadar Setahun

Sekolah Rendah RM15.00 seorang murid

Sekolah Menengah RM20.00 seorang murid

7.4.4 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)

Kadar BKKP ialah RM25.00 seorang murid setahun.

7.4.5 Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta

Kerajaan telah bersetuju memberi bantuan yuran murid prasekolah swasta kepada ibu bapa/penjaga yang berpendapatan bulanan RM2,300 dan ke bawah sebanyak RM150.00 seorang murid sebulan (maksimum 10 bulan).

7.5 Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Setiap murid sekolah rendah akan dibekalkan satu kotak susu seminggu (200ml sekotak).

7.6 Bantuan Bayaran Utiliti (Air dan Elektrik) bagi Sekolah Bantuan Kerajaan

Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan bagi pembayaran utiliti (air dan elektrik sahaja) kepada Sekolah Bantuan Kerajaan maksimum RM 2000.00 sebulan tertakluk kepada bil sebenar.

(16)

16 8.0 PERJAWATAN

8.1 Arahan penempatan kakitangan di sesebuah organisasi mesti berdasarkan Waran Perjawatan yang diluluskan oleh Agensi Pusat sama ada dari segi gred dan jawatannya.

8.2 Penempatan secara pentadbiran tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.

9.0 TUGAS RASMI KE LUAR NEGARA

9.1 Semua tugas rasmi yang melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan hendaklah mendapat perakuan/sokongan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

9.2 Bagi semua lawatan/tugasan rasmi Y.A.B Menteri Pelajaran ke luar negara, jumlah pegawai pengiring adalah terhad kepada 2 orang pegawai sahaja, manakala bagi Y.B Timbalan Menteri Pelajaran adalah terhad kepada seorang pegawai sahaja.

9.3 Kekerapan tugasan/lawatan rasmi pegawai ke luar negara juga hendaklah dikurangkan dan bilangan pegawai dihadkan kepada jumlah yang paling minimum bagi setiap lawatan.

9.4 Bagi lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan murid, jumlah guru pengiring adalah mengikut nisbah 5 murid : 1 guru (tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi).

9.5 Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet) untuk kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 7 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

(17)

17 9.6 Permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang menggunakan peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan persetujuan Pegawai Pengawal sebelum diangkat untuk kelulusan Perbendaharaan Malaysia. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet) tidak kurang daripada 14 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

9.7 Bahagian Kewangan tidak akan mengemukakan permohonan perjalanan rasmi ke luar negara untuk kelulusan Pegawai Pengawal sekiranya:-

i. permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan; ii. permohonan tidak disertai dokumen yang lengkap; iii. peruntukan jabatan/bahagian yang tidak mencukupi; dan iv. perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.

9.8 Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal akan menyebabkan tuntutan tidak boleh dibayar dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

10.0 PENUTUPAN AKAUN

10.1 Ketua Jabatan yang tidak menepati tahap varian yang dipersetujui di dalam Perjanjian Program bagi tahun 2011 dikehendaki menyediakan Laporan Pengecualian kepada Bahagian Kewangan berdasarkan kepada PP Bil. 2 Tahun 2009 selewat-lewatnya pada 1 Februari 2012 untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia.

(18)
(19)

Salinan Kepada :

Dalaman :

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

SUSK Menteri Pelajaran Malaysia

SUSK Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Luaran :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Belanjawan

Tingkat 7, Blok Utara

Kompleks Kementerian Kewangan

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA

Akauntan Negara Malaysia

Pejabat Akauntan Negara Malaysia Aras Eksekutif

Tingkat 8, Blok 2G1A

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA

Ketua Audit Negara (Cawangan Pendidikan)

Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 9, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

(20)

LAMPIRAN A

Senarai Aktiviti di bawah Program One-Off

Bil. Butiran Aktiviti

1. 080100 Bertugas Di Luar Negara

2. 080200 NKRA : Education

3. 080300 MBMMBI

4. 080400 Perluasan Program Vokasional dan Kemahiran

5. 080500 Kenderaan/Jentera Bermotor

6. 080600 Harta Modal-Harta Modal Yang Lain

7. 080700 Penyelenggaraan Sekolah dan Asrama

8. 080800 Penyelenggaraan Bangunan

9. 080900 Tanah dan Pembaikan Tanah

10. 081000 Penyelenggaraan Genset

11. 081100 Penyelenggaraan Telaga Tiub

12. 081200 Penyelenggaraan Solar Hibrid

13. 081300 Elaun Murid Berkeperluan Khas

14. 081400 Bantuan Geran Perkapita

15. 081500 Bantuan Kokurikulum

16. 081600 Bantuan Sukan

17. 081700 Yuran Khas Sekolah

18. 081800 Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh

19. 081900 Bantuan Makanan Asrama

20. 082000 Rancangan Makanan Tambahan

21. 082100 Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform

22. 082200 Perjalanan dan Pengangkutan Murid

23. 082300 Bantuan Jaket Keselamatan

24. 082400 Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan

25. 082500 Bantuan Makanan Prasekolah

26. 082600 Bantuan Geran Perkapita Prasekolah

27. 082700 Emolumen Kakitangan Kontrak

28. 082800 Pembelian Buku Teks

29. 082900 NKRA: Low Income Household

(21)

LAMPIRAN B

Senarai Aktiviti dan Jenis Sekolah

Bil. Aktiviti Jenis Sekolah

1. Rendah Sekolah Rendah Harian

2. Menengah Sekolah Menengah Harian

3. Bahagian Pendidikan Teknik

dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik / Vokasional

4. Bahagian Pengurusan Sekolah

Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kecemerlangan

5. Bahagian Pendidikan Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

6. Bahagian Pendidikan Khas Sekolah Pendidikan Khas

7. Bahagian Sukan Sekolah Sukan

8. Bahagian Kokurikulum dan

Kesenian

(22)

LAMPIRAN C

PENYELARAS JPKA DI KPM

Penyelaras JPKA di peringkat Bahagian, KPM

Penyelaras Bahagian

1. Bahagian

Kewangan Bahagian-bahagian di bawah Pengurusan Kementerian.

2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) 1. BPPDP

2. Bahagian Buku Teks (BBT)

3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 4. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) 5. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) 6. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) 3. Bahagian

Pendidikan Guru (BPG)

1. BPG

2. Pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) 3. Institut Aminuddin Baki (IAB)

4. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) 4. Bahagian

Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

1. BPSH

2. Bahagian Pelajaran Swasta (BPS) 3. Bahagian Pendidikan Islam (BPI) 4. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)

5. Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) 6. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh/Kluster (BPSBP) 7. Bahagian Sukan (BS)

(23)

LAMPIRAN C

Penyelaras JPKA di peringkat JPN/Institusi Pendidikan

Bil. Penyelaras Jabatan/ Institusi Pendidikan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. BKew JPN BPTV BPKhas BSSK BPI BPSBP BM BTP BPG

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) PPD/ Sekolah PTJ Harian

Sekolah Menengah Teknik & Vokasional Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Sukan dan Seni

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kolej Matrikulasi

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Institut Pendidikan Guru

Referensi

Dokumen terkait

Zona hambat bakteri disebabkan oleh adanya antibiotik penisilin yang dihasilkan oleh Penicillium chrysogenum yang dapat menghambat sintesis dinding sel

Pemilihan strategi analisis SWOT yang dap- at dikembangan objek wisata Kota Banda Aceh yaitu dengan mempertahankan dan meningkat- kan kualitas objek wisata kemudian melakukan

(c) Bilangan akaun amanah baharu (skrin 23) – kira bilangan akaun amanah baharu bagi Suku Tahun Keempat mengikut kategori akaun amanah dan input ke dalam format JPKA...

Salah satu cara untuk menekan emisi GRK dan meningkatkan produksi padi di tanah gambut adalah dengan penambahan bahan amelioran.. Hal ini dise- babkan karena amelioran

Menyelenggarakan fungsi hubungan masyarakat melalui pengelolaan dan penyampaian pemberitaan/ informasi serta kerja sama / kemitraan dengan media massa dalam rangka pembentukan

Penelitian ini dilaksanakan di desa Balung Lor, Kecamatan Balung, Kabupaten Jember, selama tiga bulan dimulai September 2013 sampai dengan Desember 2013, bertujuan untuk

g. dokter spesialis onkologi radiasi. Ahli radiografi terapi. PPR bidang kesehatan, dan l. Kompetensi fisika medis yang terutama berkaitan dengan fisika radiasi berkaitan erat

19.4.11.5 Jika syarat pemulangan baki sub akaun tabung amanah tidak dinyatakan oleh penaja, Jawatankuasa Pemegang Amanah boleh mengkreditkan baki sub