RANCANGAN PERNIAGAAN
Ogos 2007
Untuk
Pinjaman Bank Pertanian Malaysia
Disediakan oleh;
Syed Zulizam Syed Husin
Pengarah Urusan
Arroyyan Enterprise
.
+NO. PENDAFTARAN 000987654-Q No 1569, jalan batu 8, Taman Sembrong,
86009, Kluang Johor Tel/Fax : 607 759 9999
ISI KANDUNGAN
Bab Kandungan
Mukasurat
1 2 3 4 5 6 7 8 9 Pengenalan Ringkasan eksekutif Tujuan Kertas Kerja Latar belakang perniagaan
Latar belakang rakan kongsi/pemegang saham Kedudukan Projek Objektif Projek Rancangan Pentadbiran Pentadbiran Carta organisasi Rancangan Operasi Baka kambing
Matlamat dan tanggungjawab Sumber input ladang
Rancangan operasi sistem pemeliharaan ternakan Rancangan operasi sistem pengurusan pemakanan Rancangan operasi pengurusan kesihatan ternakan Rancangan pelan pembangunan dan pengurusan ladang Rancangan Pemasaran 3 4 5 6 7 8 9 10 11 10 Rancangan Kewangan 11 Kesimpulan 12 Lampiran 23 25 30 31
KERTAS KERJA
PENTERNAKAN KAMBING BOER
SECARA SEPARA INTENSIF & MEMASARKAN HASIL
TERNAKAN
Dodon Farming
Enterprise
.
1.0 PENGENALAN
Keperluan daging kambing negara.
Prospek industri kambing di negara ini adalah amat cerah memandangkan permintaan terhadap komoditi ini terus meningkat dari tahun ke setahun, sungguhpun demikian pembekalan terhadap komoditi ini masih tidak dapat memenuhi permintaan sepertimana yang ditunjukkan oleh data berikut:
Jadual 1: Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing Tahun Pengeluaran (m.t) Permintaan (m.t) KSD(%) 2003 1.30 15.60 8.33 2005 1.50 16.80 8.93 2010 4.30 21.30 10.23
(Sumber: Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Kerajaan dalam RMK9 juga telah menekankan bidang pertanian sebagai "3 rd engine of
growth" dan menjadi sumber pendapatan negara. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan telah menggalakkan rakyat untuk menceburi bidang penternakan dengan pelbagai insentif dan sokongan prasarana. Berdasarkan kepada senario ini kami berpendapat bidang penternakan kambing ini amat berpontensi untuk diceburi.
Syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu memenuhi permintaan terhadapdaging kambing di Malaysia.
Ringkasan Eksekutif
Nama Syarikat : Dodon Farming Enterprise. Bidang Usaha : Ternakan
Jenis Perniagaan : Penternakan Kambing dan Memasarkan Hasil Ternakan Lokasi Projek : Tanah milik En. Abel Azman b. Abel Joko (Penyelia ladang)
di Jalan batu 8, Sembrong, 86009, Kluang Johor Status/Saiz Projek : Projek permulaan ternakan kambing sehingga 50 ekor
Induk betina dan 4 ekor penjantan.
Produk : Pejualan anak sebagai baka dan semua hasil pengeluaran ternakan kambing.
Peluang : Tapak projek amat strategik dan berpotensi kerana bebas dari persaingan serta mempunyai kemudahan yang baik.
Pentadbiran:
Pemasaran :
Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi
berkemahiran dan berpengalaman. Segala kerja-kerja dan tanggungjawab akan dapat dilaksanakan dalam satu pasukan.
Kedudukan tapak projek yang berhampiran dengan kemudahan pemasaran dan kawasan perumahan Perancangan : Bagi tahun pertama permulaan projek, syarikat akan
memulakan projek dengan pembelian sejumlah 54 induk. Masa Depan : Dari analisa yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan
yang baik dan berpotensi untuk dimajukan. Galakan dari kerajaan serta kemudahan kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan, menjadi faktor penting kepada perkembangan industri ini di masa hadapan.
2.0 TUJUAN KERTAS KERJA
Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut: i. Membuat permohonan pinjaman sebanyak RM50,000.00 bagi
memulakan projek menternak ternakan kambing.
Tujuan pembiayaan adalah : i. ii. iii. iv. v. vi.
Pembelian induk ternakan Pembelian makanan ternakan
Pembelian peralatan dan lain-lain kemudahan Pembinaan kandang dan stor .
Penyediaan tanah dan penanaman rumput Modal pusingan projek
Kegunaan tanah adalah : i.
ii.
iii.
iv.
Menternak 54 ekor induk kambing
Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri ternakan seperti pengeluaran baka, pengeluaran daging kambing. Projek tanaman sayur-sayuran dimana baja organik di gunakan untuk projek tersebut.
Garis panduan pengurusan ladang merangkumi perkara-perkara berikut:
a. Rancangan pentadbiran b. Rancangan operasi c. Rancangan kewangan
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Syarikat : Dodon Farming Enterprise. Alamat : 520, Jalan Batu Pahat, Taman
Sembrong, 81200, Kluang, JOHOR No. Telefon : 016 xxx8394
Tarikh Pendaftaran : 10 april 2006 Nombor Pendaftaran Syarikat: 000987654-Q Nama Bank: Bank Pertanian Malaysia Bhd. Jenis Akaun Perniagaan : Current account.
4.0 LATARBELAKANG RAKAN KONGSI/PEMEGANG SAHAM
1. Nama Penuh : Syed Zulizam Syed Husin (Pengarah Syarikat) No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1952 Umur : 53 tahun
Jantina : lelaki
Alamat Tetap : Kuala Lumpur No. Telefon : 012 3456789 Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Kursus Penternakan Kambing Kemahiran : Pengurusan Perniagaan
2. Nama Penuh : Abel Azman b. Abel Joko
(Pemegang saham dan penyelia ladang) No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1960 Umur : 47 tahun
Jantina : lelaki
Alamat Tetap : Kuala Lumpur No. Telefon : 019 3456789 Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Kursus Pengurusan bebiri Kemahiran : Pengurusan Ternakan
3. Nama Penuh : Shima binti khairuddin (Pemegang saham) No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1967 Umur : 40tahun
Jantina : Perempuan Alamat Tetap : Johor Bahru No. Telefon : 016 666999 Taraf Perkahwinan : Berkahwin Kursus Yang Pernah Di hadiri : Tiada Kemahiran : Pemasaran
4. Nama Penuh : Leonard a/l Menon (Pemegang saham) No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1960 Umur : 47 tahun
Jantina : lelaki
Alamat Tetap : Kluang No. Telefon : 07-7294702 Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Kursus pengurusan kambing Kemahiran : Rawatan Penyakit haiwan
5. Nama Penuh : Ramesamy a/pPeriasamy (Pemegang saham) No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1960 Umur : 47 tahun
Jantina : Perempuan Alamat Tetap : Kluang No. Telefon : 03 8884779 Taraf Perkahwinan : Berkahwin Kursus Yang Pernah Di hadiri : Tiada Kemahiran : Pengurusan Ternakan
5.0 KEDUDUKAN PROJEK
Tapak : Tanah milik En. Abel Azman b. Abel Joko (Penyelia ladang) Keluasan Tapak: 10 ekar
Pemilihan Tapak : Tapak di pilih kerana berhampiran dengan
kemudahan awam dan bersesuaian dengan aktiviti penternakan.
Lokasi Tapak Projek: Jalan batu 8, Sembrong, 86009, Kluang Johor Ke jalan besar kluang-ayer itam Jalan felda 1 Felda Sembrong Sungai Sembrong Dodon Farming Enterprise
6.0 OBJEKTIF PROJEK
Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan kambing baka bagi pasaran tempatan dalam keadaan bersih terkawal dari sebarang penyakit dan mengamalkan pengurusan ternakan yang baik serta cekap.
6.1 Projek permulaan ini adalah mendapatkan 54 kambing induk (4 penjantan dan 50 betina)
6.2Anak-anak kambing jantan muda dijual sebagai pembiakbaka pejantan dan yang tidak terpilih dijual sebagai pedaging.
6.3Kambing tua serta tidak produktif akan dijual sebagai pedaging.
6.4Kambing dara pula akan dijadikan gantian induk dan dijual sebagai baka. 6.5 Mewujudkan peluang pekerjaan.
6.6Kajian dan penilaian prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
7.0 RANCANGAN PENTADBIRAN
7.1 Pentadbiran
Sekiranya ladang tersebut beroperasi sepenuhnya, ia akan dikendalikan oleh kakitangan seperti dinyatakan di bawah:-
Pengurus : 1 Orang Pekerja Ladang : 2 Orang
7.2 Carta Organisasi
Pengurus (Penyelia)
8.0 RANCANGAN OPERASI
8.1 Baka Kambing
Baka kambing yang dipilih ialah kambing BOER. Baka ini mempunyai kebaikan seperti berikut:-
a. Pengeluaran ternakan kambing yang tinggi b. Jarak beranak dalam tempoh 6 bulan c. Mudah dikendalikan
d. Tahan cuaca panas e. Bentuk badan yang baik 8.2 Matlamat dan tanggungjawab.
Bagi memastikan kejayaan projek ini, pengusaha akan menghantar pekerja-pekerja mengikuti kursus-kursus kemahiran teknikal.
Beberapa institusi telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut antaranya:- i.
ii.
Institut Haiwan Kluang
Ladang penternakan yang telah berjaya
Kursus-kursus yang diikuti adalah bagi memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar dan cekap.
8.3 Sumber input ladang
Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar dan bandar yang berhampiran.
8.3.1 Hampas kelapa Sawit (PKC)
Pembekal yang dikenal pasti adalah:-
a. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor b. Kilang Sawit Felda Pasir Gudang, Johor
Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut kuantiti yang diperlukan.
8.3.2 Rumput
80% tanah yang diperuntukkan akan ditanam dengan rumput. Jenis rumput yang akan ditanam adalah dari jenis "Napier" sebagai rumput potong dan 20% 'guinea' sebagai rumput ragut. 8.3.3 Sumber Ternakan
Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan swasta. Pada masa ini pembekal utama yang membekal induk kambing ialah.
1. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia 2. Agensi / Pembekal Swasta
3. PEMBEKAL DARI AUSTRALIA
8.3.4 Sumber Tenaga Buruh
Dalam menjalankan projek ini tenaga pekerja terlatih dan tidak mahir diperlukan. Tenaga pekerja boleh diperolehi dari sumber berikut:-
a. Tenaga kerja tidak mahir diperolehi dari penduduk sekitar lokasi projek dan tenaga buruh impot Indonesia. Tenaga buruh yang tidak mahir akan dilatih untuk tugas-tugas memberi makanan, membersihkan kandang dan memerah susu ternakan kambing.
8.3.5 Khidmat nasihat dan Perkhidmatan Veterinar
Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor dan Institut Haiwan Kluang. Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang diperlukan adalah:-
a. Khidmat nasihat dan bimbingan
b. Perkhidmatan Rawatan dan Kesihatan Ternakan c. Khidmat nasihat pemakanan
d. Khidmat kawalan mutu ternakan kambing e. Pemasaran ternakan kambing
8.3.6 Kawalan Mutu Ternakan kambing
Kawalan mutu ternakan kambing akan dibantu oleh JPH negeri . Ternakan kambing yang tidak mencapai piawaian akan disingkirkan. Dengan kawalan mutu yang ketat ini kualiti ternakan kambing dan daging kambing yang dikeluarkan adalah dijamin memuaskan.
8.4 Rancangan Operasi Sistem Pemeliharaan Ternakan 8.4.1 Ternakan kambing i. ii. iii. iv. v.
Ternakan kambing diberi pemerhatian secara individu terutama dari aspek pemakanan, kesihatan dan keadaan fizikal bagi memastikan pengeluaran pada tahapmaksima.
Kerja-kerja harian seperti, pemberian makanan dan program kesihatan dilakukan mengikut jadual.
Kandang dan kawasan sentiasa bersih bagi mengurangkan masalah penyakit dan pencemaran.
Ternakan kambing dilepaskan ke dalam padok. Semasa ternakan meragut kerja-kerja seperti berikut boleh dilkukan.
a. Pembersihan dan pencucian kandang.
b. Pengisian makanan (rumput dan konsentrat) dalam palung makanan.
Jumlah pemberian makanan tambahan bergantung saiz ternakan kambing.
8.4.2 Kambing Bunting Berat (4- 5 bulan)
i. ii.
iii.
Kambing-kambing dimasukan ke dalam kandang khas.
Kambing-kambing yang menunjukkan tanda-tanda hendak beranak akan dimasukkan ke dalam kandang beranak sehingga melahirkan anak.
Rumput segar dan konsentrat diberi setiap hari dan dimasukkan ke dalam palung makanan.
8.4.3 Anak Kambing i.
ii. iii.
Anak-anak kambing yang baru lahir dibiarkan bersama ibu selama 8 - 12 jam untuk penyusuan kolostrum.
Anak yang telah mendapat kolostrum diasingkan dari ibunya dan disimpan dipetak khas.
Anak kambing berumur tiga bulan akan menjalani proses cerai susu dan dibiarkan meragut didalam pedok.
8.4.4 Kambing Dara i.
ii.
iii.
Kambing-kambing dibiarkan meragut didalam pedok.
Kambing-kambing dibawa balik ke kandang untuk tujuan pemberian makanan tambahan (konsentrat), pemeriksaan dan rawatan.
Dilepas semula ke dalam pedok selepas selesai pengambilan konsentrat.
8.5 Rancangan operasi sistem pemakanan 8.5.1 Sistem Pemakanan
a. Pemakanan Ibu
Ibu yang menyusukan anak akan diberi makan mengikut kadar pemakanan yang ditetapkan. Jenis makanan yang diberi adalah dari jenis makanan campuran dedak.
Makanan campuran diberi kepada ibu kambing
i. Rumput akan diberi didalam palung diluar kandang 2 kali sehari pagi dan petang.
ii. Rumput Napier digunakan sebagai foder dan 'guinea' sebagai ragutan.
b. Pemakanan Anak
Anak kambing dibahagikan kepada 3 peringkat:- i. Peringkat umur 1 hari hingga 3 bulan
Pada peringkat awal 3 - 5 hari, anak kambing diberi minum kolostrum. Dari 6 hari hingga 3 bulan anak kambing diajar makan dedak dan rumput secara berperingkat-peringkat.
ii. Peringkat 3 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini kambing telah biasa makan makanan dedak dan rumput. Mereka mula dilepas ke kawasan ragutan. iii. 6 bulan keatas
•
Pada masa ini anak kambing diberi makan hampas KelapaSawit, air dan rumput. Disamping itu pemilihan anak kambing untuk stok gantian dijalankan. Anak yang kurang bermutu dijual atau diasingkan untuk dijadikan kambing pedaging.
•
Anak-anak kambing yang terpilih akan dipelihara dan dibiarkan meragut di dalam padok.8.6 Rancangan operasi pengurusan kesihatan ternakan. 8.6.1 Pengurusan Kesihatan Harian
Kesihatan merupakan salah satu faktor penting dalam penternakan ternakan kambing. Penjagaan kesihatan dilaksanakan dengan kaedah rawatan dan pencegahan. Kambing yang sihat akan menghasilkan anak yang sihat dan cepat membesar.
8.6.2 Program Kesihatan Gerompok
Pengambilan sampel darah akan dijalankan 1 tahun sekali bagi mengesan penyakit Brucellosis, CLA dan Melioidosis. Penyakit- penyakit ini boleh menyebabkan keguguran dan boleh berjangkit kepada manusia.
8.6.3 Jenis-jenis Penyakit
Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang ternakan kambing ialah:-
a. Anorexia b. luka c. Cacing d. Foot rot
Kaedah pencegahan amat perlu dilakukan seperti pemberian makanan yang cukup dan seimbang serta meningkatkan tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling serta mengawasi program kesihatan.
Penyakit-penyakit yang biasa menyerang anak kambing adalah:- a. Joint ill / Arthritis
b. Pneumonia c. Malnutrian d. Cirit Birit
Penyakit diatas boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, vitamin dan mineral. Selain itu tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling perlu ditingkatkan.
8.7 Rancangan pelan pengurusan dan pembangunan ladang. 8.7.1 Pertimbangan
i. Kawalan sisa dari ladang dengan sistem 'zero discharge' perlu dilakukan dengan mengambil kira kuantiti pengeluaran sisa, saiz dan sistem kolam rawatan yang dibina dan penggunaan semula sisa "diproses".
ii. Seelok-eloknya bahan binaan menggunakan bahan-bahan tempatan bagi mengurangkan kos.
iii. Bangunan pejabat, kediaman, stor dan sebagainya akan dibuat Berdasarkan kriteria semasa dari segi keluasan dan senireka bangunan tempatan akan diutamakan.
iv. Ciri asas bangunan-bangunan ini termasuklah kemudahan urusan dalaman, kepelbagai gunaan dan selesa dengan kos penyelenggaraan yang minima.
8.7.2 Kawalan Sisa Dari Ladang
i. Sistem kawalan sisa ladang akan dibangunkan dengan saiz dan kos yang paling munasabah.
ii. Penggunaan air di dalam aktiviti harian seperti pembasuhan lantai kandang diminimakan.
iii. Pembersihan kandang diunit-unit dilakukan dengan menggunakan scraper untuk mengurangkan sisa cecair yang akan keluar ke kawasan takungan, pada masa yang sama menjimatkan penggunaan air.
8.7.3 Kandang beranak/"kidding"
i. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak
diasingkan daripada kumpulan bunting ke kandang beranak. ii. Kandang ini dibina untuk mempastikan pengawasan beranak
yang teliti dan memastikan anak dilahirkan di dalam kandang yang bersih serta mendapat kolostrum yang cukup.
iii. Ia juga akan menyenangkan pengawalan dan tindakan terhadap kes-kes kesukaran beranak (dystocia). Selepas beranak, anak akan diasingkan diunit anak.
iv. Kandang individu yang dibina digunakan untuk ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak.
v. Ia perlu dialaskan (bedding) dengan bahan kering yang tidak kesat dan tidak terlalu licin serta senang dicuci. Lantai diperbuat daripada konkrit seperti juga kandang-kandang lain.
vi. Air minuman yang bersih akan dibekalkan setiapmasa. vii. Kumpulan ini akan diberi konsentrat dan rumput foder.
8.7.4 Aliran Ternakan
a. Kedudukan unit-unit di dalam ladang berkait rapat dengan aliran pergerakan ternakan yang akan memudahkan pengurusan ternakan dan pastura.
b. Ternakan yang akan beranak dipindahkan kekandang beranak. c. Anak akan ditempatkan bersama ibu tiga 3 hingga 6 bulan dan
selepas cerai susu ia akan dipindahkan ke unit weaner. Kambing jantan dan betina diasingkan.
d. Kambing jantan akan dijual atau dijadikan fidlot dan sebahagian kecil yang terpilih akan dikekalkan di dalam ladang untuk tujuan pembiakan. Kambing betina kemudiannya dipindahkan ke unit dara dan kemudiannya ke unit pembiakan apabila mencapai umur untuk dibiakkan.
e. Ternakan yang tidak memberikan prestasi yang baik akan diasingkan dan dipindahkan ke unit singkiran kemudian dijual.
8.7.5 Carta Aliran Ternakan
Ternakan yang telah beranak
Dibiakkan
. Bunting
Tidak bunting
Dipindahkan kekandang beranak
Anak - bersama ibu
selama tiga (3) - 6 bulan Ibu
Masalah pembiakan
dipindahkan ke unit weaner
Tua
Asingkan kambing jantan dipindahkan ke unit jantan
Asingkan betina dipindahkan ke unit kambing dara.
Kambing jantan akan dijual
atau ke fidlot. Kambing dara di biakkan sebagai gantian stok
JUAL
a. Baka (dara) b. Baka penjantan c. Singkiran
Kambing betina akan dijual untuk baka.
8.7.6 Operasi harian Ternakan
Ternakan kambing akan dilepaskan untuk meragut di dalam pedok dan dibawa balik kekandang bagi tujuan pemberian konsentrat, pembiakan dan rawatan. Pemberian konsentrat bergantung kepada tahap pengeluaran ternakan kambing dan diberi sebanyak dua kali sehari.
1. Anak kambing dibiarkan bersama ibu selama 3 bulan.
2. Anak kambing selepas cerai (3 bulan) hingga matang akan dilepaskan ke pedok untuk tujuan ragutan.
3. Pembiakan dilakukan secara tabii.
4. Pihak pengurusan akan sentiasa memastikan tahap pengurusan kekal pada tahap optima dengan mengikuti program kesihatan, mengawasi rekod kelahiran, kematian, penyelarasan berat badan, pengambilan makanan, fertiliti dan hal-hal lain yang ada kaitan dengan prestasi ternakan.
5. Program pemilihan akan dilakukan secara lebih teliti dan sistematik bagi memastikan hanya ternakan yang bermutu sahaja dipelihara.
8.7.7 Bangunan Untuk Ternakan a.
b.
c.
Setiapbangunan untuk kegunaan teduhan ternakan perlu sejuk dan selesa. Oleh itu jenis dan bahan bumbung yang sesuai akan digunakan.
Pembinaan kandang ini juga perlu mengambil kira ruang yang diperlukan sekiranya jentera digunakan di dalam aktiviti pembersihan kandang.
Bangsal teduhan perlu dibina dalam petak ragutan. Bagi memudahkan pengurusan dan penjimatan kos, satu bangsal teduhan akan dibina di bahagian tengah bagi empat atau tiga petak ragutan. Bangsal teduhan ternakan juga perlulah disediakan alat penangkapkilat.
8.7.8 Kandang a. Kandang
Kandang yang sesuai dibina dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti petak beranak, petak anak, petak sakit dan lain- lain.
b. Stor
Stor dibina untuk menyimpan makanan, barang-barang am dan peralatan-peralatan ladangl.
c. "Control Yard", "Loading ramp" dan "travis"
Untuk anak kambing, saiz lebih kecil di mana jarak antara palang/pagar railing lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz.
d. "Spraying race"
Satu kawasan akan dibina untuk tujuan penyahkutu, bersebelahan dan bersambung dengan control yard.
e. Bangsal Teduhan
Di dalam bangsal teduhan diletakkan bekas minuman ternakan dan palung makanan. Kemudahan ini perlulah menepati keperluan anak yang masih menyusu dan bersaiz kecil.
8.7.9 Pastura
Pembangunan Pastura
Napier dan rumput kuda (Guinea) akan ditanam.
80% daripada keluasan ladang akan dibangunkan sebagai kawasan padang ragut dan 20% lagi untuk menempatkan bangunan, kandang, stor, parit, kolam kumbahan dan pagar.
1. 2. Spesies Rumput Napier Guinea Jumlah Peratus 70% 30% 100% 8.7.10 Pembinaan Infrastruktur Jalan
Ukuran saiz jalan akan menggunakan pelan piawaian sesuai dengan kegunaannya.
Jalan sempadan seluas 8 kaki akan dibina di sepanjang sempadan bagi memudahkan rondaan dan kawalan ternakan.
Kolam dan perparitan
Kolam tiga peringkat akan dibangunkan untuk tujuan rawatan sisa buangan (najis) yang dihasilkan. Sistem perparitan yang sistematik juga akan dibina bagi memudahkan penyaliran air kumbahan serta air hujan ke dalam kolam takungan.
'CULVET"
sekiranya perlu 'Culvet' akan digunakan di kawasan alur parit yang merentasi jalan.
Pagar
•
Pagar SempadanPagar sempadan akan dibina dengan menggunakan pagar cyclone
•
Pagar Petak RagutanSemua pagar petak ragutan akan menggunakan pagar letrik.
•
Pintu PagarPintu pagar petak ragutan berukuran 10 kaki lebar dan 4.5 kaki Tinggi dengan menggunakan tiang paipG.I bersaiz 3 inci.
•
Pintu Pagar SempadanPintu pagar sempadan akan menggunakan cyclone dengan tiang paip G.I bersaiz 3 inci. Pintu pagar menggunakan cyclone akan dibina sebanyak 4 unit iaitu pintu masuk utama, pintu masuk ke kompleks pejabat dan stor, pintu sempadan timur laut dan pintu sempadan tenggara.
9.0 RANCANGAN PEMASARAN
Dalam menjalankan projek ini pemasaran adalah penting. Projek ini menghasilkan 4 jenis produk iaitu:
i. ii. iii. iv.
Kambing singkiran untuk daging kambing Kambing jantan sebagai fidlot
Kambing dara untuk jualan baka Jualan Tinja sebagai baja organik
9.1 Carta aliran stategi rancangan pemasaran.
LADANG
HASIL LADANG
KAMBING DARA ANAK JANTAN KAMBING SINGKIRAN
TINJA
STOK GANTIAN
LADANG Unit FIDLOT LADANG
JUALAN KAMBING PEDAGING
JUALAN BAKA KEPADA PENGUSAHA KAMBING
JUALAN BAJA ORGANIK
9.2 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing dara (baka)
Anak-anak kambing dara dijual kepada penternak kambing dengan harga RM 800 /ekor.
9.3 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing pejantan muda (baka)
Kambing pejantan muda dijual kepada penternak kambing dengan harga RM 800 /ekor.
9.4 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing singkiran.
a. Menjual kambing bermasalah, tua dan tidak produktif secara terus kepada pembeli.
b. Menjual daging kambing pada musim-musim tertentu.
c. Menjual untuk acara keagamaan seperti aqiqah dan korban dengan harga RM 10 /kg betina dan RM 12 /kg untuk jantan
9.5 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing feeder jantan untuk penggemukan.
a.
b.
Anak-anak kambing jantan dijual kepada penternak fidlot pada harga RM 12.00 /kg dan dianggarkan ternakan dijual dengan berat 20 kg.
Anak jantan yang disingkirkan akan di ternak secara fidlot dan dijual pada berat 40-45 kg dengan harga antara RM11.00/kg. - RM12.00/kg
9.6 Strategi Rancangan Pemasaran Baja organik
Najis ternakan dikumpulkan dan diolah menjadi baja kompos kemudian dijual sebagai baja organik dengan kadar harga RM 2.50 per beg (2kg). dijual kepada pengusaha tanaman yang berdekatan.
9.7 Pengangkutan ternakan
10.0 RANCANGAN KEWANGAN 10.1 Kos Perlaksanaan
DodonFarming Enterprise menganggarkan kos perlaksanaan sebanyak RM85,512.80 Perbelanjaan tersebut adalah terdiri dari perbelanjaan modal iaitu penyediaan prasarana dan pembelian jenteran serta perbelanjaan modal pusingan. Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut
A. Perbelanjaan Aset tetap (Prasarana) 1.Penyediaan Tanah 2.Tanam rumput 3. Pembelian induk Jantan (RM1000/ekor) Betina (RM800/ekor) 4.Kandang dan stor 5. Pagar keliling 6. Jalan dan Parit
7. Bekalan air dan elektrik 8. Control yard
9. Tangki air & perpaipan Jumlah Kos (RM) Tahun 0 Tahun 1 500.00 500.00 4,000.00 40,000.00 5,000.00 1,000.00 750.00 750.00 500.00 1000.00 54,000
B. Perbelanjaan Aset tetap (Jentera)
1. Motosikal
3. Lain-lain peralatan Jumlah
Jumlah kos Aset tetap (A + B)
Kos (RM) Tahun 0 4,500.00 500.00 5,000.00 59,000.00 Tahun 1
C. Kos Kendalian Induk & Anak setahun
1.Kos Belanja makanan Kos rumput 1sen/kg Untuk induk (4.5kg/hari) Kos rumput 1sen/kg Untuk anak (2.5kg/hari) 2. Garam & vitamin 3. Ubatan
4. Upah pengurus 4. Upah pekerja 5. Penyelenggaran 6. Utiliti dan bahan api 7. Cukai tanah
8. Baja dan racun 9. Belanja pengurusan 10. Pelbagai Jumlah Parameter 54 x 12bln x 1sen x 135kg 34 x 12 x 1sen x75kg 84 x RM 2 x 12 84 x RM 2 x 12 RM 1000 x 12 RM 400 x 12 Kos (RM) 874.80 306.00 2,016.00 2,016.00 12, 000.00 4,800.00 1,000.00 500.00 0.00 1000.00 1000.00 500.00 26,o12.80
Jumlah kos tetap dan kos kendalian tahun 0 dan tahun 1 adalah RM 85,512.80 # Lebihan wang pinjaman sebanyak RM14,4 87.20 akan dimasukkan kedalam modal pusingan syarikat.
10.2 Struktur modal adalah seperti berikut: 1. Modal syarikat = RM 50,000.00
(terkumpul daripada pemegang saham 5 x 10,000.00) 2. Pinjaman = RM 50,000.00
JUMLAH = RM 100, 000.00
10.3 Bayaran Pinjaman
Jika pinjaman :RM 50,000.00 Kadar faedah : 4 %
Nilai Kadar faedah : RM 10,000.00
Jumlah pinjaman perlu bayar : RM 60,000.00 Jangka masa 5 tahun
Jumlah bayaran balik setahun: RM 12,000.00 Jumlah bayaran balik sebulan: RM 1000.00
10.4 Anggaran Aliran Kewangan dan Keuntungan Rujuk jadual di mukasurat 28
4 3 0 4 . 6 0 0 , 3 1 6 0 4 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 0 . 0 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 6 . 5 6 3 , 2 0 0 4 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 5 0 6 . 3 9 1 , 4 1 4 5 I I 6 6 0 4 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 0 . 0 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 6 . 5 6 3 , 2 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 0 4 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 5 4 5 0 4 . 6 0 0 , 3 1 4 3 I 0 6 . 3 9 1 , 8 6 0 4 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 6 . 5 6 3 , 1 0 0 . 0 0 0 , 6 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 0 4 0 5 0 4 . 6 0 0 , 3 1 4 5 4 3 I I 5 0 4 6 0 0 . 0 0 0 , 6 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 0 4 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 5 4 5 0 6 . 3 9 1 , 8 0 0 . 0 0 2 , 7 2 4 3 0 6 . 5 6 3 , 1 I 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 0 4 0 5 0 6 . 3 9 1 , 8 0 0 . 0 0 2 , 7 2 4 5 0 4 0 6 . 5 6 3 , 1 0 0 . 0 0 0 , 6 4 3 0 4 . 6 0 0 , 3 1 6 I I 4 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 0 0 6 . 3 9 1 , 8 4 0 5 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 6 . 5 6 3 , 1 0 0 . 0 0 0 , 6 4 5 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 4 4 3 0 6 . 3 9 1 , 4 1 6 I a m a t r e p n u h a t 6 k u t n u n a g n u t n u e K n a d n a g n a w e K n a r i l A n a r a g g n 0 6 . 3 9 1 , 8 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 0 4 0 5 0 6 . 5 6 3 , 1 0 0 . 0 0 0 , 6 0 4 . 6 0 0 , 3 1 4 5 0 4 0 6 . 3 9 1 , 4 1 4 3 0 4 . 6 0 0 , 3 1 6 I I 3 0 6 . 3 9 1 , 8 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 6 . 5 6 3 , 1 0 0 . 0 0 0 , 6 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 0 4 0 5 0 6 . 3 9 1 , 4 1 4 5 0 4 4 3 0 4 . 6 0 0 , 3 1 6 I 0 6 . 5 6 3 , 1 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 0 . 0 0 0 , 6 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 0 5 4 4 5 0 4 0 0 4 . 6 0 0 , 3 1 4 3 0 6 . 3 9 1 , 8 0 0 . 0 0 2 , 7 2 6 I I 2 0 6 . 3 9 1 , 4 1 0 5 4 0 0 0 4 . 6 0 0 , 3 1 4 5 0 4 4 3 0 6 . 3 9 1 , 8 0 0 . 0 0 2 , 7 2 0 4 . 6 0 0 , 3 1 0 6 . 5 6 3 , 1 6 0 0 . 0 0 0 , 6 I n a g n u t n u e K n a d n a g n a w e K n a r i l A n a r a g g n 0 8 . 2 1 5 , 5 8 0 5 0 0 . 0 0 0 , 4 5 0 0 . 0 0 5 , 5 4 4 5 0 4 0 8 . 2 1 3 , 0 7 - 0 0 . 0 0 2 , 7 2 4 3 0 8 . 2 1 0 , 6 2 0 4 . 9 5 8 , 5 - 0 8 . 2 1 3 , 8 5 - 6 0 0 . 0 0 0 , 2 1 e s i r p r e t n E g n i m r a F n o d o D t a k i r a y r o k e / 0 0 8 M R % 0 8 %0 1 %5 2 %5 1 1 a m a t r e p n u h a t i l a u c e k n u h a t e s n a r i h a l e k i l a k a u d * * a m a t r e p n u h a t i l a u c e k n u h a t e s n a r i h a l e k i l a k a u r o k e r o k e r o k e r o k e r o k e r o k e t i n U MR RM MR MR MR MR MR MR n a l a u j s a p e l e s r a s a K n a t a p a d n e P % 5 1 n a r i k g n i s n a d k a n a n a i t a m e K I I e k & I e k n u h a t h u r a p e S k n a b n a m a j n i p k i l a b n a r a y a B n a l u b e s h i s r e b n a t a p a d n e P n u h a t e s n a i l a d n e K s o K * * % 0 8 k a n a n a r i h a l e k n a t n a J n u h a T a n i t e B a k a b k a n a n a l a u j a g r a h i s r e b n a t a p a d n e P a k a B k a n A n a l a u J a n i t e b k u d n I n a i t a m e n a t n a j k u d n I n a i t a m e E + D s o K h a l m u J p u d i h k a n a i k a B k u d n i g n i b m a K k a n a n a i t a m e A R A K R E P a n a r a s a r P p a t e T s o K a r e t n e J h a l m u J l i s a H n a r i h a l e n a r a g g
Pada tahun ke enam pendapatan bersih sebulan meningkat kerana pinjaman telah habis dibayar.
Berdasarkan kepada pendapatan bersih yang tinggi setiap tahun (bermula tahun ke-2) kami berpendapat bahawa projek yang dijalankan ini akan mendatangkan keuntungan yang lumayan.
11.0 PENUTUP
Berdasarkan kepada dasar baru kerajaan dalam DPN3 yang mahu menjadikan bidang pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara, prospek penternakan khususnya industri kambing mempunyai masa hadapan yang cerah.
Kemudahan kredit yang diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri kambing di negara kita.
Harga daging kambing segar telah meningkat bukan sahaja di negara kita malah diluar negara. Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang liberal, peningkatan kepada kos pengeluaran serta permintaan yang meningkat. Hari ini pengeluaran daging kambing segar menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial. Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan rakyat menyebabkan permintaan kepada daging kambing segar semakin meningkat dari masa ke semasa.
Sekiranya pemasaran dan penjualan daging kambing dibuat dengan teratur dan sistematik, kami percaya dan yakin bahawa projek yang telah dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada kami.
12.0 LAMPIRAN