• Tidak ada hasil yang ditemukan

FASA 1 PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FASA 1 PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

FASA 1

PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

(a) Membimbing pelajar untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan. (b) Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan

yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.

(c) Memeriksa cadangan (proposal) kajian tindakan mengikut skema markah yang disediakan.

(d) WAJIB mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam / pertemuan.

(e) Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tutor penyelia dengan pelajar masing-masing.

(f) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran A – HBEF2503_01) perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan.

(g) Mengisi Borang Pemarkahan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (Lampiran A - HBEF2503_02) dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.

(h) Perlu menyimpan salinan cadangan (proposal) kajian tindakan supaya dapat terus menyelia pelajar bagi kursus Amalan Profesional (HBEF3603) dan Projek Kajian Tindakan (HBEF4303).

B. TUNTUTAN PENYELIAAN

Maklumat berkenaan dengan tuntutan adalah seperti berikut:

(a) Tutor dikehendaki mengisi Borang Tuntutan Tutor Penyelia (Lampiran A – HBEF2503_03) dan dikepilkan bersama salinan OMES.

(b) Bayaran akan dibuat berdasarkan maklumat dibawah:

Perkara Bayaran (RM)

Penyeliaan Pelajar dan Semakan Cadangan Penyelidikan. 50/ Pelajar (c) Penghantaran dokumen tuntutan perlu dibuat ke alamat berikut:

Melalui Pos Melalui Emel /Scan

Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

(U.P : Azniyante Binti Md Dahalan)

azniyante@oum.edu.my

(2)

C. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka yang dilantik.

(b) Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP.

(c) Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan.

(d) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam/pertemuan;

(e) Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

D. KEPERLUAN KURSUS

Kursus ini memerlukan pelajar untuk: (i) Menghadiri tutorial bersemuka

(ii) Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan (iii) Berjumpa tutor penyelia

(iv) Menduduki peperiksaan akhir

1. Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

(a) Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri.

(b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.

(c) Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

(d) Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603.

(e) Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04).

(f) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:

i. Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.

ii. Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM.

iii. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan Fasa 3 (HBEF4303).

(3)

2. Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut:

NO PERKARA

o Lebih kurang 21 – 24 halaman (tidak termasuk muka surat tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)

o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin o ‘comb’ binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru tua. i Muka surat Tajuk (Title Page)

ii Abstrak (Abstract) 1. PENDAHULUAN

Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur 2. ISU / FOKUS KAJIAN

Tinjauan dan Analisis Masalah 3. OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 4. KUMPULAN SASARAN

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian • Jadual Pelaksanaan

• Kos Kajian 6. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

• Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A - HBEF2503_05)

Nota:

MAJOR BAHASA PENGANTAR

BI BM Bahasa Inggeris X Sains / Matematik Lain-lain Major X 3. Penilaian Kursus PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab Kerja Kursus:

• Cadangan Penyelidikan 30% Tutor Penyelia • Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan)

10%

Tutor Penyelia

Peperiksaan Akhir 60% OUM

JUMLAH KESELURUHAN 100%

(4)

FASA 2

PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN PROFESIONAL)

Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4) mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.

A. TANGGUNGJAWAB EOS (TUTOR PENYELIA)

(a) Aktif dalam forum minimum (50 mesej) dan menyelia forum pelajar.

(b) Membimbing pelajar untuk melaksanakan inovasi PdP berdasarkan cadangan (proposal) kajian tindakan di HBEF2503.

(c) Memberi panduan kepada pelajar terhadap pendekatan yang perlu diaplikasikan semasa praktikum.

(d) Menanda e-portfolio pelajar menggunakan platform EPiC. (e) Maklumat berkenaan dengan tuntutan adalah seperti berikut:

i. Tutor Penyelia TIDAK PERLU menghantar borang tuntutan tutor penyelia, dan salinan markah OMES kepada Fakulti.

ii. Pembayaran akan dilakukan setelah semakan terhadap markah yang dimasukkan oleh EOS dibuat.

iii.Bayaran akan dibuat berdasarkan maklumat dibawah:

Perkara Bayaran (RM)

Penyeliaan Forum Pelajar dan Penandaan e-portfolio

(menggunakan platfom EpiC) 40/ Pelajar

B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS.

(b) Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503.

(c) Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 – 8 minggu). (d) Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru

pembimbing.

(e) Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan.

(f) Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.

(g) SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

(5)

(h) Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.

C. KATEGORI PELAJAR

Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

(a) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM. (b) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM;

tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.

(c) Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

(d) Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

D. PEMILIHAN RESPONDEN

Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun 3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.

E. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING

(a) Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua bidang, atau

(b) Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah, atau

(c) Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau

(d) Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

(6)

F. PENILAIAN KURSUS

Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut:

Aktiviti 1 (T1A1) Laporan Pemantauan Guru Pembimbing 20 Markah Aktiviti 2 (T1A2) Rakaman Video Sesi Praktikum 20 Markah Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Praktikum 30 Markah Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal 20 Markah

Forum Penglibatan atas talian 10 Markah

JUMLAH KESELURUHAN 100 Markah

Aktiviti 1 (T1A1) – Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format (template) yang disediakan.*

*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada bahagian Assignment (T1A1)

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.

Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum

Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A2.

Nota:

Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan ‘transcribe’ untuk rakaman video tersebut.

(7)

Aktiviti 3 (T1A3) – Pelaporan Praktikum

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah:

BIL PERKARA

1. Refleksi PdP lalu

• Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP: o Guru

o Murid

o Isi kandungan pelajaran o Persekitaran

• Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan-bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan. 2. Isu / Fokus Kajian

• Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

• Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat. 3 Kumpulan sasaran

• Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

• Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji 4. Perlaksanaan inovasi PdP

• Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh: TEKNIK ‘COMIL’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI

SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON • Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat 5. Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

• Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

• Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.

• Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, ‘pre-test’ dan ‘post-test’

Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303. 6. Lampiran

• Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan • Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP Laporan ini:

• Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5 • Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A3.

(8)

Aktiviti 4 (T1A4) – Jurnal Reflektif

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A4.

(9)

FASA 3

PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN TINDAKAN)

A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

(a) Membimbing pelajar semasa analisis data dan penulisan laporan kajian tindakan mengikut perancangan dalam cadangan (proposal) (HBEF2503).

(b) WAJIB Mengadakan perjumpaan/ perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam/pertemuan di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian, penganalisisan data dan penulisan laporan kajian tindakan.

(c) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran C – HBEF4303_01) perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan.

(d) Memeriksa laporan kajian tindakan berdasarkan Borang Pemarkahan (Lampiran C - HBEF4303_02) yang disediakan.

(e) Memasukkan markah ke dalam skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.

B. TUNTUTAN PENYELIAAN

Maklumat berkenaan dengan tuntutan adalah seperti berikut:

(a) Mengisi Borang Tuntutan Tutor Penyelia (Lampiran C – HBEF4303_03) yang dengan lengkap dan dilampirkan bersama dokumen berikut:

• Laporan Kemajuan Penyeliaan pelajar (Lampiran C - HBEF4303_01) • Salinan OMES.

(b) Bayaran akan dibuat berdasarkan maklumat dibawah:

Perkara Bayaran (RM)

Penyeliaan Pelajar

Laporan Kajian Tindakan 100 Penyemakan Laporan Kajian Tindakan 50

JUMLAH 150/pelajar

(c) Tuan/Puan dikehendaki menyimpan segala dokumen tuntutan selama 1 tahun. (d) Dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:

Melalui Pos Melalui Emel /Scan

Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

(U.P : Azniyante Binti Md Dahalan)

azniyante@oum.edu.my

Nota:

(10)

C. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus HBEF2503 dan HBEF3603.

(b) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam / pertemuan.

(c) Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503).

(d) Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

(e) Pelajar dikehendaki mengisi ‘Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C – HBEF4303_04)’ untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia dan pihak fakulti dalam bentuk:

i. Softcopy (CD) – (untuk simpanan fakulti) ii. Hardcopy – (untuk simpanan tutor penyelia)

D. PENILAIAN KURSUS

PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab

Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) 20 Tutor Penyelia Laporan Kajian Tindakan

(Jumlah markah akan ditukar kepada 80%) 80 Tutor Penyelia

JUMLAH KESELURUHAN 100%

E. KEPERLUAN KURSUS

Format Laporan Kajian Tindakan

Laporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut:

No Perkara

1. PENDAHULUAN

Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur 2. ISU / FOKUS KAJIAN

Tinjauan dan Analisis Masalah 3. OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 4. KUMPULAN SASARAN

5.

TINDAKAN KAJIAN 5.1 Prosedur Kajian 5.2 Cara Mengumpul Data

6. ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 7. DAPATAN DATA

8. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 9. PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN 10. BIBLIOGRAFI

• Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran C – HBEF4303_05)

Referensi

Dokumen terkait

Adapun pernyataan didalam kuesioner yang mempengaruhi variabel sistem penghargaan tidak berpengaruh terhadap kinerja karyawan, yaitu pada SP3 dengan pernyataan

Penelitian Tindakan Kelas (PTK) atau disebut juga dengan Class Action Research seperti yang diungkapkan oleh Hopkins dalam (Wiriaatmadja 2012, hlm. 11) bahwa

Secara umum, pada tahun 2004 nilai EVA Bank Danamon terus mengalami peningkatan, hal ini dikarenakan nilai laba bersih dan biaya bunga perusahaan terus mengalami peningkatan,

DAUN merupakan produk berkualitas premium, karena selain menggunakan bahan baku lokal dan impor berkualitas tinggi, DAUN diproduksi menggunakan mesin washing berteknologi

Perubahan Sebaran Stadia Epitel Seminiferus, Penurunan Jumlah Sel-Sel Spermatogenik dan Kadar Hormon Testosteron Total Mencit ( Mus musculus L) Galur DDY Yang Diberi Asap

Bentuk jaminan utang yang cocok diterapkan pada merek yang hendak dijadikan objek jaminan adalah jaminan fidusia, sebab Jaminan Fidusia merupakan hak jaminan atas benda

Jika Jaksa Tinggi tidak dapat memindahkan anggaran serumpun antar Kejaksaan Negeri karena tidak ada Kejaksaan Negeri yang memiliki surplus anggaran, maka untuk memastikan

Beberapa penelitian terdahulu yang dilakukan oleh Arifani (2010), tentang good corporate governance terhadap kinerja keuangan menunjukkan hasil bahwa mekanisme good