• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu: Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik

N/A
N/A
Wan Nur Hidayah

Academic year: 2024

Membagikan "Isu: Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik "

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Isu: Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik

Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik merupakan salah satu isu yang boleh menjejaskan persekitaran kerja guru yang efektif dan kondusif. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan pendekatan atau kaedah pengajaran guru yang kurang menarik sekaligus tidak mampu menarik minat pelajar untuk menjalani sesi PdPc dengan sempurna.

Sebagai contoh, masalah pengajaran guru di kelas disebabkan oleh kurang kefahaman terhadap silibus pelajaran atau kaedah pengajaran yang sering berubah. Isu ini terjadi apabila guru harus mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dipelajari disebabkan sekolah mengalami kekurangan guru. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan kualiti pengajaran berkurangan sekiranya guru tersebut tidak mahir dalam subjek yang harus diajari.

Selain itu, sesetengah guru kurang bersedia untuk sesi PdPc disebabkan oleh tugasan sekolah lain yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab seseorang guru pada hari ini bukan sahaja mengajar malahan seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau kelab yang tidak berkaitan dengan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Terdapat juga segelintir guru dikerah untuk membuat kerja-kerja lain seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat. Kerja-kerja ini sedikit sebanyak menyebabkan para guru menghadapi tekanan dan boleh mempengaruhi fokus guru dalam penyediaan rancangan mengajar bagi sesi PdPc di dalam kelas.

Seterusnya, sesi pengajaran guru terhadap pelajar ketika PdPc terganggu kerana kekurangan alatan bahan bantu mengajar. Selain itu itu, kemudahan persekitaran pembelajaran perlu seiring dengan perkembangan teknologi. Sumber pengetahuan bukan lagi pada pengajaran guru semata malah pelajar perlu berpeluang untuk mendapat ilmu seluasnya daripada sumber yang pelbagai. Kekurangan alatan bahan mengajar ini akan mengakibatkan guru tidak dapat mengaplikasikan bahan-bahan mengajar dari sumber ICT yang sememangnya patut dijadikan tunggak sumber pembelajaran sekaligus membantutkan proses PdPc guru dan pelajar.

Kekurangan infrastruktur dan fasiliti di sekolah juga boleh menjejaskan kualiti pengajaran guru ketika PdPc. Kekurangan prasarana di sekolah terutamanya dari aspek peralatan, bahan, bilik dan perabot yang digunakan menghadkan pelajar untuk menerajui pendidikan alaf 4.0 dan guru terpaksa menghadapi benda yang sama untuk menyampaikan maklumat kepada

(2)

pelajar. Pelajar juga menghadapi masalah kekangan dari segi bilangan komputer dan mereka terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan bilik komputer di sekolah. Sekolah di kawasan luar bandar menghadapi masalah untuk mengakses internet yang sangat terhad dan kadang kala tiada liputan internet langsung di sebabkan faktor geografi. Guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar ini terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan pembelajaran serta pengajaran dalam topik setiap bidang.

Kekurangan wujud disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak mencukupi bagi menampung kos penggunaan teknologi.

Selain itu, masalah pengajaran guru boleh berlaku apabila guru tidak dapat menyesuaikan diri dalam penggunaan alatan bahan bantuan mengajar yang canggih dalam sesi pengajaran. Teknologi dahaulu dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakan guru yang sudah berusia tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran.

Mereka juga beranggapan bahawa penggunaan ICT yang semakin canggih pada masa kini merupakan sesuatu yang sangat kompleks dan sukar untuk dipelajari. Hal ini harus dibendung bagi memastikan guru dapat mengikuti perkembangan semasa dan menggunakan teknologi yang serba canggih ini untuk menyampaikan ilmu Ketika sesi PdPc dengan sempurna.

Langkah mengatasi isu pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik Masalah pengajaran guru di kelas disebabkan oleh kurang kefahaman terhadap silibus pelajaran atau kaedah pengajaran yang sering berubah ini boleh dibendung oleh pihak kerajaan dengan memperbanyakkan lagi jumlah pengambilan guru baharu bagi menampung isu kekurangan guru sedia ada yang terpaksa mengajar subjek bukan dari opsyen mereka sendiri terutamanya guru di Sabah dan Sarawak. Pihak sekolah juga perlu memastikan guru yang ditugaskan untuk mengajar subjek selain opsyen mereka memahami silibus yang perlu diajar bagi memastikan kualiti pengajaran dan pelajar memahami apa yang disampaikan oleh guru tersebut

Masalah sesetengah guru kurang bersedia untuk sesi PdPc disebabkan oleh tugasan sekolah lain yang perlu dilaksanakan dapat diatasi sekiranya pihak sekolah membahagikan tugas kerja-kerja pengurusan sekolah kepada pihak pengurusan sekolah seperti kerani, penyelia dan sebagainya. Masalah bebanan tugas guru yang bertambah perlu diberi

(3)

perhatian yang serius oleh semua pihak. Guru perlu diberi tunjuk ajar mengenai pengurusan maklumat akademik dan pentadbiran oleh pakar-pakar ICT di sekolah dengan mengadakan seminar atau program berkaitan penggunaan data maklumat akademik pelajar. Segala data perlu diselaraskan dalam satu pengkalan data yang sistematik bagi menjimatkan masa dan memudahkan guru untuk membuat urusan akedemik pelajar. Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu guru untuk lebih fokus dalam persediaan mengajar yang efektif.

Kekurangan alatan bahan bantu mengajar yang boleh mengganggu guru mengajar pada sesi PdPc dapat diatasi dengan pihak kerajaan menyediakan dana yang secukupnya kepada pihak sekolah untuk memastikan alat bantuan bahan mengajar moden seperti Smart LCD Projector, Smart Visualizer, Wireless Presenter, Wireless Mic Speaker, Portable Scanner, Drawing Pad, OTG Pendrive, Wireless Printer, PAK 21 kit, MultiGeo Ruler, Wireless Keyboard, Mouse Scanner, Miracast Dongle, Interactive Smartboard, Smart Laptop, Hard Disk, White Screen and Monitorized Screen dan Portable Wireless Speaker. Dengan penggunaan alat bantuan bahan mengajar moden ini, guru dapat menyampaikan pengajaran PdPc kepada pelajar dengan lebih efektif.

Pengajaran guru ketika PdPc boleh terjejas sekiranya kekurangan infrastruktur dan fasiliti di sekolah. Terdapat kajian menunjukkan terdapat perbezaan kemudahan dalam persekitaran pembelajaran antara sekolah bandar dan luar bandar yang memberi kesan kepada tahap pembelajaran pelajar di sekolah. Perbezaan ini sedikit sebanyak menunjukkan sekolah yang mempunyai prasarana mencukupi melepasi tahap pencapaian sekolah yang lebih meberangsangkan berbanding sekolah yang tiada kemudahan infrastruktur yang mencukupi.

Kajian oleh Roslan et al. (2022) juga mendapati kebanyakan kelas di sekolah luar bandar tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi memenuhi keperluan guru dan pelajar.

Ketidakselesaan dalam kelas boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan terhadap pelajar dan guru termasuklah kualiti pembelajaran.

Segelintir guru terutamanya golongan yang berusia tidak dapat menyesuaikan diri dalam penggunaan alatan bahan bantuan mengajar yang canggih dalam sesi pengajaran. Pada awal pendidikan 1.0, guru menjadi sumber utama yang memberi segala maklumat berkaitan dengan pembelajaran. Pelajar menjadikan guru sebagai sumber ilmu untuk mereka mendapatkan maklumat dalam pembelajaran sepanjang berada di sekolah. Berbeza dengan pendidikan sekarang iaitu pendidikan Revolusi Industri 4.0 di mana guru sebagai fasilitator,

(4)

mentor dan kaunselor di sekolah sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Nota-nota diberikan kepada pelajar melalui E-Learning, melalui telefon pintar, google drive. Teknologi yang disediakan untuk memudahkan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Guru sentiasa bersedia untuk menyampaikan bahan pengajaran. Guru harus mengetahui isi kandungan kurikulum agar dapat menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran. Guru mendapat cabaran dalam menyampaikan maklumat kerana pelajar juga boleh dapatkan maklumat melalui internet. Guru harus bijak menarik minat pelajar dengan melibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sumber maklumat yang diperolehi daripada internet perlu mendapat pengesahan daripada guru sama ada maklumat tersebut betul atau pun tidak.

(5)

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Rajah 6

Berdasarkan dapatan kajian bagi kenyataan yang ke-7 yang menyatakan bahawa masalah pengajaran guru di kelas disebabkan oleh kurang kefahaman terhadap silibus pelajaran atau kaedah pengajaran yang sering berubah, 64 responden mempunyai pandangan yang berbeza. Seramai 32 orang (50%) besetuju dengan kenyataan ini, 20.3% (13 orang) sangat bersetuju manakala 13 orang (20.3%) memilih tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan 9.4% (6 orang) berpendapat sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan rata-rata guru mempunyai masalah mengenai kefahaman terhadap silibus pelajaran terutamanya bagi guru yang perlu mengajar subjek yang bukan dari opsyennya sendiri disebabkan kekurangan bilangan guru di sekolah lebih-lebih lagi guru yang mengajar di Sabah dan Sarawak. Hal ini dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan memperbanyakkan pengambilan guru baharu untuk menampung kekurangan bilangan guru di sekolah terutamanya guru di sekolah Sabah dan Sarawak. Menurut keratan akhbar Bernama (2023) bertarikh 28 Januari 2023, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuat pengambilan guru baharu menjelang Mac bagi menampung 50% isu kekurangan guru terutamanya bagi sekolah di negeri Sarawak. Pihak sekolah juga perlu memastikan guru yang ditugaskan untuk mengajar subjek selain opsyen mereka memahami silibus yang perlu diajar bagi memastikan kualiti pengajaran dan pelajar memahami apa yang disampaikan oleh guru tersebut. Guru pula perlu lebih proaktif dan mendalami sukatan pelajaran yang perlu diajari bagi memastikan keberkesanan pengajaran. Keberkesan

(6)

pengajaran boleh berlaku apabila telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar. Pengajaran efektif harus ada mempunyai objektif dan pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan pelajar.

Rajah 7

Kenyataan yang ke-8 bependapat bahawa pengajaran guru Ketika sesi PdPc terganggu kerana kurang alatan bahan bantuan mengajar. Hal ini dipersetujui 56.3% responden kajian ini (36 orang), 12 orang responden (18.8%) sangat bersetuju dengan kenyataan ini manakala 4.6% (3 orang) dan 20.3% (13 orang) tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan alatan bahan bantuan mengajar sangat membantu para guru dalam menyampaikan pengajaran dengan produktif. Menurut Ahmad et al. (2016), penggunan alatan bahan bantu mengajar dan ICT merupakan sumber pedagogi yang berkesan dan berpotensi dalam membantu guru ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di kelas. Guru perlu faham tentang bagaimana pelajar belajar dan tahu mencipta cara pembelajaran yang efektif. Justeru, dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berpusatkan pelajar serta memenuhi kepuasan guru dan pelajar, maka sewajarnya persekitaran ini dinilai semula oleh pihak sekolah dan dibuat penambahbaikan melalui peruntukan dana yang dibekalkan dari pihak kerajaan terutamanya dalam aspek kemudahan teknologi bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran di dalam kelas (Awang et al., 2018).Cabaran dari segi kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi ini turut disokong oleh Bayrei (2008) dan Dnyaneshwar (2011).

Menurut mereka, proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam PdP memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan

(7)

penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Dari dapatan temu bual, responden berpendapat sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Bantuan teknikal untuk mengekal dan menggunakan sumber teknologi sangat penting dalam memaksimumkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Rajah 8

Berdasarkan dapatan kajian bagi kenyataan yang ke-9 yang menyatakan bahawa guru kurang bersedia untuk sesi PdPc disebabkan oleh tugasan sekolah lain yang perlu dilaksanakan, 64 responden mempunyai pandangan yang berbeza. Seramai 28 orang (43.8%) besetuju dengan kenyataan ini, 35.9% (23 orang) sangat bersetuju manakala 4 orang (6.2%) memilih tidak pasti dengan kenyataan ini dan 14.1% (9 orang) berpendapat tidak setuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan rata-rata guru mempunyai masalah bebanan tugas yang bertambah. Sehubungan dengan tugas perkeranian, satu sistem data yang sistematik perlu disediakan dengan pengurusan ICT yang berkesan. Guru perlu diberi latihan dalam pengurusan maklumat akedemik. Segala data perlu diselaraskan dalam satu pengkalan data yang khusus untuk semua tujuan. Ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan tugas guru. Penambahan bilangan pembantu tadbir juga perlu disesuaikan dengan kadar murid di sekolah tersebut. Hal ini dapat meringankan beban guru dalam melaksanakan pengurusan akademik pelajar sekaligus dapat menumpukan segala usaha dalam memberi pengajaran yang efektif kepada pelajar. Pihak kerajaan perlu sediakan

(8)

bekalan tenaga terlatih dalam bidang sukan dan permainan supaya guru dapat menumpukan tanggungjawab hakikinya terlebih dahulu. Bilangan pelajar dalam kelas juga perlu diperkecilkan bagi memastikan guru dapat memantau pencapaian dan tugasan murid dengan lebih berkesan.

Rajah 9

Kenyataan yang ke-10 bependapat bahawa kekurangan infrastruktur dan fasiliti di sekolah boleh menjejaskan kualiti pengajaran guru ketika sesi PdPc. Hal ini dipersetujui 56.3%

responden kajian ini (36 orang), 22 orang responden (34.4%) sangat bersetuju dengan kenyataan ini manakala 1.5% (1 orang) tidak pasti dan 7.8% (5 orang) tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kemudahan prasarana memberi impak yang besar dalam proses pembelajaran. Kekurangan prasarana, kemudahan pembelajaran, suasana pembelajaran yang tidak selesa, selamat, dan kondusif terutama di luar bandar merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar (Adam et al., 2009). Ketidakseimbangan dalam pengagihan komputer di antara sekolah bandar dengan Perlaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog 121 sekolah di luar bandar. Ini secara tidak langsung menyebabkan wujudnya jurang pendidikan di antara pelajar di kawasan bandar dan pelajar di kawasan luar bandar. Para pelajar dan guru mungkin menghadapi beberapa masalah teknikal di sekolah, di antaranya seperti kegagalan elektrik, capaian internet, serta masalah dalam kelajuan sambungan internet. Walaupun telah dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G, ia masih belum mencukupi untuk membekalkan capaian internet yang terbaik bagi setiap sekolah di seluruh negara. Oleh itu,

(9)

masalah ini masih lagi berlaku melainkan guru menggunakan internet peribadi seperti internet broadband dan hotspot.

Rajah 10

Berdasarkan dapatan kajian bagi kenyataan yang ke-11 yang menyatakan bahawa masalah pengajaran guru berlaku apabila guru tidak dapat menyesuaikan diri dalam penggunaan alatan bahan bantu mengajar yang canggih dalam sesi pengajaran, 64 responden mempunyai pandangan yang berbeza. Seramai 29 orang (45.3%) besetuju dengan kenyataan ini, 12.5% (8 orang) sangat bersetuju manakala 9 orang (14.1%) memilih tidak pasti dengan kenyataan ini dan 28.1% (18 orang) berpendapat tidak setuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan terdapat sebilangan guru khususnya guru yang sudah berusia tidak mahir dengan penggunaan alatan bahan bantu mengajar. Oleh itu, guru sendiri perlu bersikap terbuka dan memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar mendapatkan maklumat terkini untuk memudahkan proses pengajaran. Dalam Pendidikan masa kini, interactive board telah diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru dan mula dipeerkenalkan kepada sekolah rendah. Oleh itu, para guru perlu mempelajari teknologi ini agar dapat mewujudkan pengajaran berkesan dalm sesi PdPc. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajarandari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknolgi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.

(10)

RUJUKAN

Awang, M., Zakaria, M. E., & Ismail, R. (2018). Hubungan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran: Relationship between classroom physical environment and teaching and learning comfortness and well-being. Management Research Journal, 7, 86-99.

Adam, Z., Kassim, F., & Salleh, M. J. (2009). Memperkasakan pendidikan luar bandar.

Ahmad, C. N. C., Shaharim, S. A., & Yahaya, A. (2016). THE LEVEL OF TEACHER- STUDENT INTERACTION, THE SUITABILITY OF LEARNING ENVIRONMENT, LEARNING COMMITMENT AND LEARNING COMFORT AMONG BIOLOGY STUDENTS (101-120). Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 6(1), 101-120.

Bayrei Asrin. (2008). Permasalahan yang dihadapi dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah. Unpublished masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dnyaneshwar, S. (2011). Use of virtual classroom in teaching through distance mode: A case study of SCDL. ELT-India. International Journal for the Teachers of English, 1(3), 35–42.

KPM ISI 50 PERATUS KEKURANGAN GURU DI SARAWAK MENJELANG MAC. (2023, January 28). BERNAMA. Retrieved April 30, 2023, from https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2159860.

Roslan, N. R., & Tahar, M. M. (2022). Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 69-81.

Referensi

Dokumen terkait