• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu: Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik

N/A
N/A
Wan Nur Hidayah

Academic year: 2024

Membagikan "Isu: Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik "

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Isu: Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik

Pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik merupakan salah satu isu yang boleh menjejaskan persekitaran kerja guru yang efektif dan kondusif. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan pendekatan atau kaedah pengajaran guru yang kurang menarik sekaligus tidak mampu menarik minat pelajar untuk menjalani sesi PdPc dengan sempurna.

Sebagai contoh, masalah pengajaran guru di kelas disebabkan oleh kurang kefahaman terhadap silibus pelajaran atau kaedah pengajaran yang sering berubah. Isu ini terjadi apabila guru harus mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dipelajari disebabkan sekolah mengalami kekurangan guru. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan kualiti pengajaran berkurangan sekiranya guru tersebut tidak mahir dalam subjek yang harus diajari.

Selain itu, sesetengah guru kurang bersedia untuk sesi PdPc disebabkan oleh tugasan sekolah lain yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab seseorang guru pada hari ini bukan sahaja mengajar malahan seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau kelab yang tidak berkaitan dengan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Terdapat juga segelintir guru dikerah untuk membuat kerja-kerja lain seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat. Kerja-kerja ini sedikit sebanyak menyebabkan para guru menghadapi tekanan dan boleh mempengaruhi fokus guru dalam penyediaan rancangan mengajar bagi sesi PdPc di dalam kelas.

Seterusnya, sesi pengajaran guru terhadap pelajar ketika PdPc terganggu kerana kekurangan alatan bahan bantu mengajar. Penggunan alatan bahan bantu mengajar dan ICT merupakan sumber pedagogi yang berkesan dan berpotensi dalam membantu guru ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di kelas. Tambahan itu, kemudahan persekitaran pembelajaran perlu seiring dengan perkembangan teknologi. Sumber pengetahuan bukan lagi pada pengajaran guru semata malah pelajar perlu berpeluang untuk mendapat ilmu seluasnya daripada sumber yang pelbagai. Kekurangan alatan bahan mengajar ini akan mengakibatkan guru tidak dapat mengaplikasikan bahan-bahan mengajar dari sumber ICT yang sememangnya patut dijadikan tunggak sumber pembelajaran sekaligus membantutkan proses PdPc guru dan pelajar.

Kekurangan infrastruktur dan fasiliti di sekolah juga boleh menjejaskan kualiti pengajaran guru ketika PdPc. Kekurangan prasarana di sekolah terutamanya dari aspek peralatan, bahan,

(2)

bilik dan perabot yang digunakan menghadkan pelajar untuk menerajui pendidikan alaf 4.0 dan guru terpaksa menghadapi benda yang sama untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pelajar juga menghadapi masalah kekangan dari segi bilangan komputer dan mereka terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan bilik komputer di sekolah. Sekolah di kawasan luar bandar menghadapi masalah untuk mengakses internet yang sangat terhad dan kadang kala tiada liputan internet langsung di sebabkan faktor geografi. Guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar ini terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan pembelajaran serta pengajaran dalam topik setiap bidang.

Kekurangan wujud disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak mencukupi bagi menampung kos penggunaan teknologi.

Selain itu, masalah pengajaran guru boleh berlaku apabila guru tidak dapat menyesuaikan diri dalam penggunaan alatan bahan bantuan mengajar yang canggih dalam sesi pengajaran. Teknologi dahaulu dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakan guru yang sudah berusia tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran.

Mereka juga beranggapan bahawa penggunaan ICT yang semakin canggih pada masa kini merupakan sesuatu yang sangat kompleks dan sukar untuk dipelajari. Hal ini harus dibendung bagi memastikan guru dapat mengikuti perkembangan semasa dan menggunakan teknologi yang serba canggih ini untuk menyampaikan ilmu Ketika sesi PdPc dengan sempurna.

Langkah mengatasi isu pendekatan atau kaedah pengajaran yang kurang menarik Masalah pengajaran guru di kelas disebabkan oleh kurang kefahaman terhadap silibus pelajaran atau kaedah pengajaran yang sering berubah ini boleh dibendung oleh pihak kerajaan dengan memperbanyakkan lagi jumlah pengambilan guru baharu bagi menampung isu kekurangan guru sedia ada yang terpaksa mengajar subjek bukan dari opsyen mereka sendiri terutamanya guru di Sabah dan Sarawak. Pihak sekolah juga perlu memastikan guru yang ditugaskan untuk mengajar subjek selain opsyen mereka memahami silibus yang perlu diajar bagi memastikan kualiti pengajaran dan pelajar memahami apa yang disampaikan oleh guru tersebut. Masalah sesetengah guru kurang bersedia untuk sesi PdPc disebabkan oleh tugasan sekolah lain yang perlu dilaksanakan

(3)

dapat diatasi sekkranya pihak sekolah membahagikan tugas kerja-kerja pengurusan sekolah kepada pihak pengurusan sekolah seperti kerani, penyelia dan sebagainya.

Kekurangan alatan bahan bantu mengajar yang boleh mengganggu guru mengajar pada sesi PdPc dapat diatasi dengan pihak kerajaan menyediakan dana yang secukupnya kepada pihak sekolah untuk memastikan alat bantuan bahan mengajar moden seperti Smart LCD Projector, Smart Visualizer, Wireless Presenter, Wireless Mic Speaker, Portable Scanner, Drawing Pad, OTG Pendrive, Wireless Printer, PAK 21 kit, MultiGeo Ruler, Wireless Keyboard, Mouse Scanner, Miracast Dongle, Interactive Smartboard, Smart Laptop, Hard Disk, White Screen and Monitorized Screen dan Portable Wireless Speaker. Guru perlu faham tentang bagaimana pelajar belajar dan tahu mencipta cara pembelajaran yang efektif.

Justeru, dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berpusatkan pelajar serta memenuhi kepuasan guru dan pelajar, maka sewajarnya persekitaran ini dinilai semula dan dibuat penambahbaikan terutamanya dalam aspek kemudahan teknologi bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran di dalam kelas.

Dengan penggunaan alat bantuan bahan mengajar moden ini, guru dapat menyampaikan pengajaran PdPc kepada pelajar dengan lebih efektif.

Pengajaran guru ketika PdPc boleh terjejas sekiranya kekurangan infrastruktur dan fasiliti di sekolah. Terdapat kajian menunjukkan terdapat perbezaan kemudahan dalam persekitaran pembelajaran antara sekolah bandar dan luar bandar. Kekurangan prasarana, kemudahan pembelajaran, suasana pembelajaran yang tidak selesa, selamat, dan kondusif terutama di luar bandar merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar. Kajian juga mendapati kebanyakan kelas tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi memenuhi keperluan guru dan pelajar. Ketidakselesaan dalam kelas boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan terhadap pelajar dan guru termasuklah kualiti pembelajaran.

Segelintir guru terutamanya golongan yang berusia tidak dapat menyesuaikan diri dalam penggunaan alatan bahan bantuan mengajar yang canggih dalam sesi pengajaran. Pada awal pendidikan 1.0, guru menjadi sumber utama yang memberi segala maklumat berkaitan dengan pembelajaran. Pelajar menjadikan guru sebagai sumber ilmu untuk mereka mendapatkan maklumat dalam pembelajaran sepanjang berada di sekolah. Berbeza dengan pendidikan sekarang iaitu pendidikan Revolusi Industri 4.0 di mana guru sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor di sekolah sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Nota-nota

(4)

diberikan kepada pelajar melalui E-Learning, melalui telefon pintar, google drive. Teknologi yang disediakan untuk memudahkan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Guru sentiasa bersedia untuk menyampaikan bahan pengajaran. Guru harus mengetahui isi kandungan kurikulum agar dapat menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam matapelajaran. Guru mendapat cabaran dalam menyampaikan maklumat kerana pelajar juga boleh dapatkan maklumat melalui internet. Guru harus bijak menarik minat pelajar dengan melibatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sumber maklumat yang dipeolehi daripada internet perlu mendapat kesahan daripada guru sama ada maklumat tersebut betul atau pun tidak.

(5)

Sehubungan dengan itu, guru bertindak dalam memupuk emosi dan rohani pelajar yang sihat sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Umum mengetahui bahawa, seseorang yang mempunyai emosi dan rohani yang stabil tidak akan menghadapi apa-apa masalah dalam menjalani kehidupan seharian berbanding dengan mereka yang lemah emosinya begitu mudah untuk mendapat risiko tekanan dan sebagainya. Kekuatan emosi dan rohani murid sememangnya dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi apabila berada di sekolah. Mereka akan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan berupaya untuk mengawal emosi mereka apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang melibatkan emosi mereka dalam situasi tertentu. Masalah yang mereka hadapi juga dapat ditangani dengan cara yang betul.

Berdasarkan teori perkembangan yang dibawakan oleh Kohlberg, beliau telah mengusulkan bahawa setiap tahap berbentuk turutan yang tidak pelbagai di mana seseorang individu bergerak melalui enam tahap tersebut. Jika teori ini benar, menurut Mohd Sharani maka rasional moral seharusnya digabungkan kuat dengan umur dan peringkat perkembangan kognitif. Individu yang lebih tua dan mampu berfikir dengan lebih jauh secara puratanya, lebih maju dalam perkembangan moralnya.

Referensi

Dokumen terkait