• Tidak ada hasil yang ditemukan

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Potensi Berbisnes

Kecil-Kecilan Dengan

Kerajaan Dan Buat

5 Angka

Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam

Masa 18 bulan Dari Projek

Pembekalan Kerajaan

Haryzat Zulzahary

i-Zat Network © 2012

(2)

Diterbitkan oleh i-Zat Network © i-Zat Network 2012

Penulis: Haryzat Zulzahary

Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar

(3)

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan penerbitan.

Haryzat Zulzahary, 2010

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka: Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek

Pembekalan Kerajaan / Haryzat Zulzahary. ISBN

Edisi Pertama Jun 2012

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka: Cerita Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan

Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi

menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin

diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang

terkandung di dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan risiko kehilangan peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau aplikasi

daripada kandungan ebook ini. Semua kandungan di dalam ebook ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman

penulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza pada waktu semasa.

(4)

Prakata

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Al-hamdulillah dan terima kasih kerana anda mendapatkan laporan Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini. Laporan ini bakal dedahkan bagaimana peluang dari modal yang kecil boleh menjana jualan ratusan ribu ringgit dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes kecil-kecilan dengan kerajaan.

Ramai yang salah anggap apabila berkata sahaja tentang berbisnes dengan kerajaan maka yang akan disebut selalu adalah tender dan nilai jutaan ringgit. Ramai yang tidak tahu bahawa pasaran kerajaan juga menawarkan peluang bisnes kecil-kecilan yang bernilaiRM50,000 ke bawah.

Saya pada kali ini di dalam laporan Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka ini akan cuba membuka pandangan dan menukar tanggapan yang salah termasuk isu-isu negatif yang sering digambarkan apabila ingin berniaga dengan kerajaan. Saya berharap anda seronok membaca dan paling penting membuat tindakan sekaligus berjaya!

Yang benar , Haryzat Zulzahary

(5)

Apa Itu Bisnes Kerajaan?

Baiklah. Secara mudahnya apabila kita berkata tentang Bisnes Kerajaan di dalam laporan saya ini adalah bermaksud kita berniaga dengan pihak kerajaan. Ini termasuklah kita membekalkan produk atau perkhidmatan kepada pihak kerajaan di mana kita adalah penjual dan pihak kerajaan adalah pihak yang membeli dari kita.

Berita baiknya adalah kita boleh menjual hampir apa sahaja kepada pihak kerajaan. Baik dari segi barangan ataupun perkhidmatan. Saya secara peribadi dah menjual kepada pihak kerajaan dari barangan seperti kunci pintu, alas meja, komputer sehinggalah kepada perkhidmatan pakar dan bantuan latihan.

Ramai di luar sana yang salah anggap apabila menjangkakan bisnes kerajaan ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat atau organisasi besar walhal ianya boleh dilakukan juga oleh syarikat kecil perniagaan enterprise

perseorangan sahaja. Dan boleh bermula dan beroperasi dari rumah.

Namun apa yang penting di sini adalah saya nak tekankan bahawa anda juga boleh berniaga dengan kerajaan. Anda boleh jual alat tulis dan

kelengkapan pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata, alatan muzik, makanan dan minuman, ubat-ubatan dan alatan hospital hingga ke kenderaan dan jentera berat, perniagaan servis dan

perkhidmatan, penyewaan, pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik pulih barangan, percetakan, dobi, pembinaan, penulisan dan macam-macam lagi.Walapun anda tidak mempunyai produk sendiri pun anda masih boleh

(6)

berniaga dengan kerajaan dengan hanya perlu beli dari supplier kemudian jual kepada kerajaan dan jana untung atas angin. Mudah sahaja!

Keperluan Untuk

Memulakan Bisnes

Kerajaan?

OK. Untuk membolehkan kita berniaga dengan kerajaan beberapa langkah dan syarat perlu kita penuhi. Pertama adalah mempunyai perniagaan yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai akaun semasa syarikat dan juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia bagi mendapatkan sijil Kementerian Kewangan dan kepala-kepala bidang yang dipilih. Beberapa kos pendaftaran yang rendah diperlukan bagi tujuan ini.

Apa itu Sijil Kewangan,

Kepala Bidang &

e-Perolehan?

Sijil Kewangan atau bahasa yang sering digunakan iaitu sijil MOF adalah satu sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada syarikat anda sebagai tanda syarat anda boleh mula menjalankan

(7)

kepala-kepala bidang yang diberikan mengikut permohonan anda semasa mendaftarkan Sijil Kewangan ini tadi. Kepala bidang bermaksud kod yang mewakili jenis perniagaan yang dibenarkan untuk anda jalankan

perniagaan dengan kerajaan.

Seperti contoh anda ingin menjalankan perniagaan membekalkan alat tulis dengan kerajaan maka di dalam permohonan Sijil Kewangan anda perlu memohon kepala bidang alat tulis supaya anda layak menjual produk alat tulis kepada kerajaan Malaysia. Dan apabila permohonan anda untuk kepala bidang alat tulis diluluskan maka ianya akan dinyatakan di dalam Sijil

Kewangan yang bakal dikeluarkan kepada syarikat anda. Untuk makluman anda dibenarkan mendaftarkan 10 jenis kepala bidang secara percuma semasa pendaftaran Sijil Kewangan dan RM50 bagi satu kepala bidang seterusnya.

e-Perolehan pula adalah Sistem perolehan elektronik yang akan

memudahkan aktiviti perolehan (pembelian) kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan anda mempamerkan produk anda di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.

Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.

Anda juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan anda mendaftar atau memperbaharui pendaftaran dengan

(8)

Kementerian Kewangan menerusi Internet. Anda dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.

Empat Jenis Perolehan

Kerajaan Yang Popular

Untuk pihak kerajaan membeli sesuatu mereka perlu melakukan mengikut beberapa prosedur dan jenis perolehan. Berikut adalah empat jenis cara perolehan yang sering dilakukan:

• Tender

• Sebut Harga

• Pembelian Terus

• Wang Panjar

Yang Ramai Orang

Tahu?

Ramai yang diluar sana hanya tahu perolehan mengenai Tender dan Sebut Harga sahaja. Tender dan sebut harga adalah satu perolehan atau kaedah pembelian oleh kerajaan bagi pembelian bernilai RM100, 000 dan RM500, 000 keatas setiap satunya bergantung kepada beberapa perkara lagi.

(9)

Perkara inilah yang sering orang fikirkan apabila menyebut tentang berbisnes dengan kerajaan. Figur yang besar dan urusniaga yang besar. Kebiasaanya tender dan sebutharga bakal diiklankan di laman web rasmi jabatan kerajaan, surat khabar dan media lain. Justeru banyak syarikat kebiasaanya syarikat besar yang menyertai pembidaan projek jenis ini.

Yang Ramai Orang Tidak

Tahu?

Ini adalah lubuk sebenar buat duit dengan kerajaan bagi kita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ramai yang tidak tahu mengenai pembelian terus dan wang panjar. Pembelian terus adalah kaedah pembelian oleh kerajaan yang dilakukan secara terus tanpa perlu

mengiklankan kepada umum. Nilai pembelian pula adalah bernilai bawah RM50, 000 bagi satu-satu projek atau pembekalan manakala bagi wang panjar adalah RM500. Pembelian boleh dilakukan terus daripada anda tanpa perlu melalui proses yang sukar dan panjang.

Misal kata pihak kerajaan hendak membeli 10 unit komputer. Maka mereka akan menjemput anda untuk memberikan sebut harga kepada mereka. Terbalik. Jika tender anda yang perlu propose untuk bida tetapi pembelian terus anda dijemput untuk bida. Jika sebut harga anda bersesuaian dan terendah antara tiga syarikat yang dijemput maka pihak kerajaan akan membeli dari anda. Tidak perlu melalui jawatankuasa yang seperti tender dan sebut harga. Dalam masa 14 hari waktu bekerja pihak kerajaan akan membuat bayaran kepada anda untuk pembekalan yang dilakukan. Dan peluang perolehan secara pembelian terus ini adalah mudah dan lebih kerap berbanding tender dan sebut harga.

Antara kesempatan yang boleh diperolehi daripada pembelian terus dan wang panjar ini adalah ianya tidak diketahui umum. Maka saiangan pun adalah kurang. Jika kita selalu dan rajin buat marketing maka peluang untuk

(10)

sapu projek kerajaan kategori ini adalah tinggi. Walaupun ianya bernilai RM50,000 ke bawah namun jika kita dapat projek pembelian terus bernilai RM50,000 dalam 4 kali setahun kita sebenarnya dah sedut RM200,000 duit kerajaan ke dalam akuan syarikat kita dalam masa 12 bulan. Tak banyak ke? 30% keuntungan dari RM200,000 adalah bersamaan RM60,000. RM60,000 bersih dalam akaun. Amazing!

Dan Ramai Yang Lebih

Kaya Dengan Lubuk Ini!

Ya benar! Walaupun nilai perolehan dan wang panjar adalah di bawah RM50, 000 namun ianya kerap dilakukan berbanding tender dan sebut harga yang mungkin hanya 2 ke 3 kali setahun. Perolehan secara pembelian terus dan wang panjar hampir dilakukan setiap hari! Maknanya peluang untuk anda grab projek pun setiap hari terhidang.

Cuba bayangkan anda grab projek pembelian terus setiap bulan satu projek dengan purata projek bernilai RM10, 000 sebulan. Cukup 12 bulan anda sebenarnya dah sedut RM120, 000 duit kerajaan ke dalam akaun anda dengan mungkin untung bersih sekitar 30% bersamaan RM36, 000 setahun. RM36, 000 bersamaan dengan RM3, 000 sebulan atau bersamaan dengan gaji seorang Jurutera kerajaan atau hampir gaji Doktor baru masuk kerja. Itu jika sebulan satu projek berjaya digrab. Macam mana kalau anda jadi saya yang pernah merekodkan dalam sebulan mendapat 8-10 projek pembekalan? Anda tahu sendiri berapa nilainya.

Dan bagi orang yang hanya mengetahui projek tender dan sebut harga pula mereka mungkin tidak mudah untuk menjana wang dari bisnes kerajaan ini kerana beberapa sebab. Antaranya saingan yang tinggi, kekerapan tawaran yang kurang dan juga pengaruh luar yang kuat.

(11)

Berbanding bagi anda yang main projek di dalam pembelian terus saya boleh katakan mereka tak mampu menjadi semudah anda meraih rezeki dari bisnes kerajaan. Serius!

Case Study Buat 5 Angka

BerBisnes Kecil-Kecilan

Dengan Kerajaan

Talk is cheap! Bercakap semua orang pun boleh bercakap. Kali ini saya bawakan beberapa bukti atau case study sebenar rakan-rakan saya yang pernah saya bimbing dalam berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan ini. Ini saya tunjukan kejayaan-kejayaan kecil milik rakan-rakan saya dahulu. Yang saya punya nanti saya tunjukan.

Case Study #1: Bisnes Katering Kecil-Kecilan

Bisnes katering ini dijalankan oleh seorang rakan saya yang bernama A. Sebenarnya beliau bukanlah pemilik kepada perniagaan ini tetapi dimiliki oleh bapanya. Pada awalnya mereka membuka sebuah restoran di

Putrajaya yang menawarkan makanan western. Tetapi selepas 6 bulan beroperasi perniagaan restoran mereka hampir lingkup dan GAGAL sama sekali. Dengan sewa kedai sahaja menjangkau RM4,700.

Saya yang kasihankan melihat kepada mereka mencadangkan mereka untuk membuat pembekalan makanan bermasak islam atau katering

(12)

kecil-kecilan kepada pihak kerajaan. Saya menunjukan kepada mereka bagaimana mendaftarkan sijil Kewangan dan proses seterusnya.

Dengan plan marketing yang saya siapkan mereka saya cadangkan untuk membekalkan sarapan pagi , makan tengahari dan minum petang untuk kuantiti untuk 20 orang dalam satu-satu tempahan dahulu.

Akhirnya dengan marketing plan yang tepat mereka mula mendapat projek membekalkan sarapan pagi seperti nasi lemak dahulu. Kemudian kepada makanan tengahari dan seterusnya kepada pembekalan minum petang yang sebenarnya mereka beli kuih di gerai tepi jalan dan kemudian bekalkan kepada pihak kerajaan.

Dari satu agensi di Putrajaya ke satu agensi lain. Hampir menakluk banyak jabatan kerajaan di Putrajaya. Dengan hanya bermula membekalkan

sarapan pagi untuk 20 orang pada satu-satu masa mereka akhirnya menjana jumlah jualan RM90, 000 dalam masa 6 bulan beroperasi dalam bisnes kerajaan. Bagaimana ini terjadi? OK. Satu mesyuarat pagi yang mereka bekalkan makanan sarapan pagi dah memberikan mereka jualan sebanyak RM120. Itu baru satu dan bagaimana mereka yang dah takluk market Putrajaya ini punya bekalan? Pasti satu hari untuk sarapan pagi sahaja dah melebihi 5 tempahan. Belum masuk lagi makan tengahari dan minum petang. Cuba fikirkan berapa banyak mesyuarat dan majlis yang di adakan oleh pihak kerajaan dalam sehari?

Dan kemuncak kejayaan bisnes kerajaan rakan saya ini apabila terpilih membekalkan sarapan pagi kepada 2000 orang pada satu-satu masa yang ditempah kerajaan. RM4 x 2000 = RM8, 000 hanya pada satu pagi.

Marvelous!

Dan kejayaan rakan saya dan bapanya berterusan. Restoran yang asalnya hampir tutup kini masih beroperasi tetapi sebagai ‘dapur’ sahaja dan kini menyewa rumah kedai 3 tingkat untuk kegunaan dapur tambahan dan juga

(13)

asrama pekerjanya. Bisnes supply sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang sahaja. Untuk makluman untung kasar bisnes katering ini adalah bersamaan hampir 60%. Banyak tu. Hanya denganberniaga bisnes

simple ini dengan kerajaan rakan saya dan bapanya berjaya menyedut RM90, 000 dari kerajaan dalam masa 6 bulan. OK ke tidak?

Case Study #2: Bisnes Printing Kecil-Kecilan

Seorang sahabat saya iaitu M. Beliau merupakan seorang pereka grafik. Nak dijadikan cerita sedang mengumpul duit untuk kahwin. Saya syorkan

kepada beliau agar buat perkhidmatan printing kepada kerajaan. Beliau menggunakan syarikat saya dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sendiri.

Al-hamdulillah job pertamanya yang diperolehi beliau bernilai RM3,800 dari K*S. Kerja beliau hanya perlu mempromosikan rekaan kad bisnes dan grafik korporat kepada agensi kerajaan dan kemudian ambil tempahan cetakan di lubuk printing.

Makin lama makin berkembang. Dan kali terakhir saya melihat jumlah duit yang masuk ke akaun syarikat saya dari bisnes printing beliau adalah RM8,000 sebulan. Selepas itu beliau dah tubuhkan syarikat sendiri dan saya tak dapat lihat income beliau lagi kerana payment sudah masuk terus ke akaun syarikat beliau sendiri. Namun saya sering dapat tahu beliau masih konsisten dengan 4 angka income sebulan dari perkhidmatan reka grafik dan printingnya dengan kerajaan. Bolehlahkan daripada tiada langsung? RM8, 000 sebulan dengan untung bersih RM5,000 sebulan siapa nak beri? Tambahan lagi rakan saya itu buat secara part time sahaja. Best tak?

(14)

Case Study #3: Bisnes Latihan Kecil-Kecilan

Sahabat saya seorang pensyarah. Ingin menambahkan pendapatan beliau. Pada asalnya saya mengupah beliau untuk memberikan latihan kepada agensi kerajaan berkenaan satu subjek IT yang mana syarikat saya terpilih untuk memberi perkhidmatan latihan.

Setelah melihat model bisnes kerajaan di bidang latihan ini mudah, lantas beliau ingin mencuba sendiri pula. Dengan marketing yang tepat dan betul beliau mula masuk ke agensi-agensi kerajaan dan menawarkan latihan-latihan IT kepada agensi kerajaan.

Berapakah bayaran yang beliau dapat? Memandangkan rakan saya En. F ini mempunyai Master di dalam bidangnya maka dengan mudah RM6,000 ke RM 8,000 boleh diperolehi untuk satu-satu kursus atau bengkel selama 4-5 hari. Modalnya hanya print out tutorial, kepakaran, duit minyak dan air liur sahaja.

Kini memandangkan beliau masih sayang dengan tugas sebagai pensyarah di sebuah IPTA terkemuka negara maka beliau terhadkan hanya memberi dua sesi latihan untuk kerajaan dalam sebulan. Dua sesi pun beliau dah boleh dapat sehingga paling sedikitpun RM12, 000 sebulan. Hanya daripada bisnes kerajaan membekalkan latihan IT kepada agensi kerajaan.

(15)

Dan Saya Pula Menyedut

Lebih RM0.5 Juta Dari

Kerajaan Dalam Masa 18

Bulan!

Ya. Anda dengar dengan betul. Saya sedut RM0.5 juta dengan bisnes kerajaan. Seperti yang saya katakan dan tunjukan di dalam case study

sebelum ini yang bisnes kerajaan dalam peluang pembelian terus ini boleh memberi keuntungan dan paling best apabila ramai lagi yang masih tidak tahu tentang ini. Mereka hanya tahu 3 perkara tentang bisnes kerajaan iaitu

Tender, Kabel dan Rasuah!

Sedangkan berbisnes dengan kerajaan adalah lebih dari itu. Seperti tiga

case study yang saya bentangkan kepada anda sebentar tadi sebenarnya saya nak beritahu banyak lagi peluang dan bidang (niche) bisnes kecil-kecilan yang boleh buat income 5 angka sebulan dengan menjualnya kepada pihak kerajaan.

Dan pastinya teknik marketing yang betul juga bakal memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan berbisnes kecil-kecilan dengan kerajaan.

(16)

Saya dah ceritakan cerita-cerita anak didik saya di dalam bisnes kerajaan ini. Jika tiada masalah saya akan kongsikan cerita RM0.5 juta saya pula kepada anda. Ini termasuklah:

• Bidang perniagaan yang menguntungkan untuk diniagakan bersama kerajaan.

• Cara-cara marketing terbaik dan bersih untuk rangkul job dari kerajaan.

• Perihal andai tiada modal nak bermula dan menguruskan pembekalan.

• Kaedah proposal yang terbaik dan berkesan.

• Cara mendaftar sijil Kementerian Kewangan jadi anda tak perlu kena tipu sehingga RM3, 000 hanya untuk selesaikan urusan pendaftaran.

• 101 perihal berbisnes dengan kerajaan…

• Dan seterusnya copy paste sistem RM500K kejayaan bisnes kerajaan saya sendiri.

Berita baiknya saya dah bundlekan kesemua cerita, teknik dan trik saya dalam menyedut RM0.5 juta dari akaun kerajaan kepada akaun saya dengan berbisnes kecil-kecilan ini di dalam satu tempat. Sekiranya berminat sila layari alamat web di bawah untuk maklumat lanjut:

http://kerja-kerajaan.com/bisnes

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan yang hendak dicapai dalam penelitian ini adalah sebagai berikut: “Untuk meningkatkan keaktifan dan prestasi belajar akuntansi melalui penerapan model

Dia setuju bahwa keinginan tentang suatu subjek kurang lebih untuk membuat usaha yang dibutuhkan untuk mengusainya, tetapi nilai yang bisa diambil terlalu tinggi

Cukup besarnya kontribusi DI Sederhana terhadap PDRB dan Pertumbuhan Ekonomi Sektor Pertanian tersebut menunjukkan bahwa untuk DI Sederhana yang menjadi lokasi obyek

Pekerja yang mengonsumsi cairan dalam jumlah cukup atau sesuai dengan kebutuhan tubuh maka akan memiliki status hidrasi baik, sedangkan pekerja yang asupan cairannya tidak

mendalam lagi tetang “Eksistensi Kaum Nahdliyin di Malaysia (Analisis Pola.. Komunikasi Elit NU Cabang Istimewa Malaysia). Penelitian

Nilai PEFR abnormal terbanyak terdapat pada kelompok responden yang dengan keluhan respirasi batuk dan nyeri dada (100%), batuk, berdahak dan sesak napas (100%), batuk, sesak

Peraturan Daerah Kabupaten Sukoharjo Nomor 4 Tahun 2008 tentang Organisasi dan Tata Kerja Lembaga Teknis Daerah, Satuan Polisi Pamong Praja, dan Kantor Pelayanan

Furnace adalah alat yang berfungsi untuk memindahkan panas yang dihasilkan dari proses pembakaran bahan bakar dalam suatu ruangan ke fluida yang dipanaskan melalui