• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemasukan buruh buruh dari negeri China

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kemasukan buruh buruh dari negeri China"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sebelum abad ke-19,penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat juga penduduk yang berasal dari negara China dan India yang menetap di Tanah Melayu atas tujuan aktiviti perdagangan iaitu semasa zaman kegemilangan Melaka namun masih dalam bilangan yang kecil. Pada abad ke-19,berlakunya fenomena penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Fenomena ini dikaitkan dengan kedatangan British ke Negeri-Negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824),Perak (1874) dan negeri-negeri Melayu yang lain pada tahun yang berikutnya.

Kedudukan British di Tanah Melayu semakin kukuh setelah termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Tujuan campur tangan kuasa Eropah ke atas bumi melayu ini bertujuan untuk menguasai kekayaan hasil bumi yang sedia ada. Perkembangan perlombongan timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan British mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran.1 Justeru, tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan lombong bijih timah dan ladang-ladang bagi menjayakan agenda yang telah dirancang. Disebabkan masyarakat Melayu pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang dan lebih berminat untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan perkampungan maka kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi mengusahakan kawasan lombong bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang getah.

Kebanyakan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari selatan China,terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien.2 Sementara, buruh India pula kebanyakannya datang dari selatan India iaitu dari Negapatam dan Madras. Justeru, perbincangan ini bermula dengan sebab kedatangan buruh Cina dan India dari faktor penolak dari negara asal masing-masing dan faktor penarik yang ada di bumi dan yang mempengaruhi kedatangan mereka ke tanah melayu. Kemudian, diikuti dengan bagaimana cara

1 Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor : Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlmn 242.

(2)

kemasukan,kesan kemasukan serta sumbangan buruh-buruh asing dari aspek ekonomi, sosial dan politik.

2.0 FAKTOR PENOLAK Buruh Cina

Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh permasalahan ekonomi yang teruk yang telah berlaku di China, masalah yang dihadapi di China adalah seperti bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar yang telah menghancurkan industri pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat China.3 Kejadian bencana alam seperti gempa bumi,banjir dan kemarau yang melanda China telah menyebabkan masyarakat Cina yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup berorientasikan pertanian telah mengalami masalah seperti berlakunya krisis ekonomi serta masalah kebuluran. Faktor penolak kemasukan buruh Cina turut dipengaruhi oleh dasar kerajaan China sendiri yang turut menggalakkan rakyatnya berhijrah ke negara lain.

Selain itu, pertambahan penduduk atau lebihan penduduk di China yang tidak terkawal telah menyebabkan permintaan masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi kuantiti penawaran pekerjaan oleh kerajaan China. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu juga turut mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.4

Keadaan politik di China yang tidak stabil juga telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melay lebih-lebih lagi Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan

(3)

Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi pemberontakannya itu telah menemui kegagalan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Disebabkan oleh peristiwa pemberontakan tersebut, kerajaan China telah bertindak dengan lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh kemiskinan dan penderitaan.5 Oleh itu, mereka dengan rela hati datang ke Tanah Melayu kerana British pada masa ini menjanjikan peluang pekerjaan yang penuh kepada orang Cina.

Buruh India

Faktor penolak kedatangan orang India ke Tanah Melayu juga dikaitkan dengan keadaan sosial dan ekonomi yang tidak stabil di tempat asal mereka. Sebagai contoh, masalah yang dihadapi oleh orang India ini adalah seperti bencana alam yang sering berlaku di India. Kejadian bencana alam yang berlaku ini telah menimbulkan penderitaan yang teruk kepada penduduk India yang berada di kawasan itu. Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan contohnya, sering mengalami bencana alam seperti kemarau yang akan merosakkan hasil-hasil tanaman. Keadaan yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi serta sumber bekalan makanan mereka semakin merosot. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peristiwa kebuluran masyarakat India pada pertengahan abad ke-19 di India.6

Selain itu, faktor penindasan Tuan Tanah terhadap masyarakat India turut mempengaruhi kedatangan buruh India . Negara India merupakan sebuah wilayah yang luas, namun begitu tidak kesemua rakyatnya yang mempunyai tanah sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, petani-petani-petani-petani di Tanah Melayu mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan walaupun masyarakat di Tanah Melayu berada dalam keadaan yang miskin. Kebanyakan petani di India pula terpaksa mengusahakan tanah yang dimiliki oleh tuan-tuan tanah yang sering mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka. Sebagai contoh, terdapat tuan

(4)

tanah yang meletakkan 80% daripada hasil tanaman mereka sebagai bayaran sewa tanah tersebut. Hal ini telah menyebabkan golongan masyarakat di India semakin menderita.

Pertambahan penduduk yang tinggi juga faktor penolak kedatangan buruh India. Sebagai contoh, pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk juga berlaku di India. Penindasan kasta ini juga turut mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah terdiri daripada kasta-kasta yang rendah. Dalam sistem kasta ini, Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.7 Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah Melayu ini terdiri daripada golongan kasta Sundra. Peluang ekonomi yang luas dan banyak di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah merupakan faktor utama kemasukan orang India ke Tanah Melayu.

3.0 FAKTOR PENARIK Buruh Cina

Bagi faktor penarik pula, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan buruh Cina ke Tanah Melayu. Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di negeri-negeri Melayu dan bekerja di sektor perniagaan,pertanian dan perladangan seperti di ladang-ladang gambir,lada hitam dan tebu.8 Faktor ekonomi adalah faktor utama yang mendorong kemasukkan buruh asing terutamanya bagi menjayakan perusahaan bijih timah dan pertanian di bawah Sistem Kangcu. Di bawah Sistem Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.9 Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kehadiran modal asing dalam perusahaan getah dan bijih timah adalah faktor terpenting kepada penigkatan buruh asing ke Tanah Melayu.

7Ibid, Hlm 211.

8 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.

(5)

Galakkan daripada kerajaan British juga merupakan faktor penarik kemasukan buruh-buruh Cina. British menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Selain itu, kerajaan British telah memperkenalkan undang-undang dan peraturan emigresen di Tanah Melayu bagi mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar.10 Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu.

Buruh India

Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian ladang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus mendorong kedatangan imigran asing ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran.11 Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar,kasut,penebat barangan elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat12 telah menggalakan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran.13Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk berladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah.Selain itu, permintaan buruh India semakin banyak, akibat daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang menginginkan bekalan mentah yang banyak.

Galakan daripada Kerajaan British juga merupakan faktor penarik bagi buruh India ke Tanah Melayu. Hal ini kerana, buruh dari India sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah. Selain menjadi buruh di ladang-ladang , mereka juga diambil bekerja untuk membina

10 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.

11 Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1990. Hlm 172

12 Mohd.Amin bin Hassan.(1992). ‘Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu;Bijih Timah dan Getah’ Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 154.

(6)

jalan raya dan jalan kereta api. Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang-ladang.14

Di samping itu, imigran India ada juga dilantik dalam bidang profesional sebagai profesional sebagai guru, doktor, kerani dan sebagainya. Kebanyakan golongan terpelajar ini datangnya terdiri daripada kaum Tamil Ceylon (Sri Lanka). Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

4.0 CARA KEMASUKAN BURUH CINA DAN INDIA Buruh cina

Berhubung dengan sistem penghijrahan yang diamalkan, terdapat beberapa cara atau sistem yang diamalkan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab. Antaranya ialah melalui sistem kredit yang merupakan sistem terawal dalam membawa imigran dari China ke Tanah Melayu. Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka. Ejen atau orang tengah akan menggunakan pelbagai cara sekalipun untuk membawa seberapa banyak rakyat China datang ke Tanah Melayu dan ini menjadikan komisen mereka meningkat sekali gus memperoleh keuntungan yang besar.

Selain itu, terdapat juga buruh Cina datang ke Tanah Melayu melalui cara persendirian iaitu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. Sistem Kangcu pula telah diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di

(7)

Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.15

Buruh India

Sementara buruh India pula datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama lagi dan dipercayai mereka datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas.16 Pada awal abad ke-19 pula orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah ekoran pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 telah menyebabkan British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan dari India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Namun jumlah mereka ini tidaklah terlalu besar kerana mereka hanya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembanggunan Tanah Melayu seperti membina jalanraya dan jalan kereta api. Sebaliknya penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 ekoran perkembangan dalam bidang pertanian khususnya tanaman getah. Secara jelas, kebanyakan imigran India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu adalah berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.17 Oleh itu, jumlah masyarakat India telah meningkat secara mendadak di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan berkembang dengan mendadak pada abad ke 20.

Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India dan dengan adanya hubungan di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu dan mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai lagi orang India ke Tanah Melayu pada masa itu.18

15 Institute Pentadbiran Awam Negara .(1980). Negara Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 113.

16 Hairi Abdullah, 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm 59.

17 Ibid, Hlm 59.

(8)

Selain itu, buruh-buruh India dibawa masuk untuk bekerja di Tanah Melayu adalah melalui sistem buruh kontrak. Sistem ini dapat disamakan dengan sistem yang digunakan untuk mengambil orang Cina iaitu sistem kredit. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan itu untuk satu tempoh masa tertentu,biasanya lima tahun.19 Selain melalui sistem ini, buruh India juga turut diambil bekerja melalui sistem Kangani. Sistem ini akan dikawal oleh seorang Kangani yang bekerja dengan majikan dan akan menjalankan proses merekrut pekerja yang didapati berkebolehan. Sistem Kangani berjaya menggalakkan kemasukan lebih ramai tenaga buruh India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga.20 Berlaku juga unsur penindasan apabila majikan akan menyerahkan gaji kepada Kangani untuk diserahkan kepada pekerja dan Kangani akan mengambil kesempatan terhadap pekerja. Terdapat banyak persamaan dalam pengambilan buruh Cina dan India. Pertamanya wujud orang tengah yang memainkan peranan penting. Keduanya terdapat unsur penindasan sama ada dari majikan atau orang tengah terhadap buruh dan ketiganya dari segi keterikatan buruh dengan para majikan.

5.0 KESAN KEMASUKAN BURUH CINA DAN INDIA Kesan Positif

Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang sedia maklum, masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara. Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial,ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih maju dan moden. Kemasukan buruh asing

19 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 64.

(9)

iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu meningkatkan hasil ekonomi Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan didalam ‘tanah’. Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil ekonomi Tanah Melayu terutama dalam hasil bijih timah. Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu juga telah menjadi pengeluar bijih timah yang besar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka. Ini berlaku kerana kos perkerja dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.

Kedatangan orang Cina juga telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan.21 Maka, perkembangan ekonomi di Tanah Melayu ini semakin meningkat oleh sebab kedatangan golongan imigran ini serta turut menyebabkan Tanah Melayu ini menjadi sebuah pengeluaran bijih timah yang tertinggi di dunia pada ketika itu oleh sebab permintaan yang tinggi dari negara luar.

Selain itu, kehadiran buruh-buruh asing ini telah memberi kesan positif terhadap pemikiran masyarakat peribumi khususnya. Orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh kaum Imigran seperti India dan Cina. Orang Melayu mula menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946 yang bertujuan utama untuk menyelidik dan memperbaiki industri kecil di kampung seperti barang kesenian,kraf tangan,pemilihan biji benih padi, kelapa serta mengubah suai kedai runcit dan kedai kopi di kampung-kampung. Jabatan yang ditubuhkan ini juga bertujuan untuk menjaga kepentingan perniagaan orang Melayu dari diceroboh oleh bangsa lain.22 Dengan semangat bersaing yang semakin memuncak inilah jurang pendapatan yang pada asalnya sangat jauh menjadi semakin rapat antara orang Melayu, India dan Cina.

21 Hairi Abdullah, 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 71.

(10)

Dari aspek sosial, dapat dilihat bahawa adanya kepelbagaian budaya di kalangan penduduk setelah buruh-buruh dibawa masuk pada abad ke-19. Amalan-amalan seperti berpakaian, makanan, bahasa pertuturan dan agama adalah mengikut budaya masing-masing. Bagi aspek berpakaian contohnya, pakaian yang digunakan adalah seperti negara asal yang mana kaum perempuan cina memakai ceongsam dan kaum perempuan India memakai sari. Manakala dari aspek bahasa dan pertuturan pula, masyarakat imigran Cina lebih gemar bertutur dalam bahasa hokkien, mandarin dan kantonis, manakala masyarakat India dalam bahasa tamil dan malayalam.

Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai ini juga telah mendorong kepada pembentukan masyarakat majmuk dan pertambahan penduduk di Malaysia. Kemasukan buruh Cina dan India yang dibawa masuk oleh pemodal Cina dan eropah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan telah mewujudkan kepelbagaian etnik. Menurut J.S. Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal berkelompok mengikut kaum dalam unit politik yang sama dan setiap kelompok mengamalkan agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri. 23 Masyarakat Peribumi meningkat sebanyak 34.9 peratus, Cina naik sebanyak 83.4 peratus dan India peningkatannya mencecah 188.8 peratus.

Kesan Negatif

Kesan negatif hasil dari pemajmukan di Tanah Melayu pada ketika itu ialah wujudnya daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi yang sama masih berlaku sehingga pada hari ini. Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini. Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah ‘pekan cina’ dan ianya diguna pakai sehingga ke hari ini. Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di

(11)

ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini.24 Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang ada.

Kesan negatif kemasukan buruh Cina dan India dari aspek sosial, wujudnya pertubuhan kongsi gelap berorientasikan negara asal mereka. Masalah sosial yang berlaku antaranya ialah pelacuran dan ketagihan. Pelacuran berlaku kerana biasanya buruh yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah lelaki dan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan membawa masuk wanita-wanita dari cina untuk dijadikan pelacur. Pelbagai langkah telah diambil bagi membendung masalah ini antaranya dengan menggalakkan pengambilan buruh wanita yang membolehkan mereka datang dengan suami untuk bekerja di Tanah Melayu. Ketagihan juga ketara berlaku yang mana buruh cina dengan candunya dan buruh India dengan todinya.

Kemasukan buruh asing Cina dan India juga secara langsung telah mengasaskan sistem persekolahan dan penerapan budaya masing-masing di Tanah Melayu. Pendidikan merupakan asas kepada pembentukan perpaduan25. Pada awalnya seperti yang kita tahu, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah bersifat tidak formal dan tumpuan banyak kepada pendidikan agama. Tumpuan pembelajaran lebih kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. Namun, setelah penguasaan Inggeris di Tanah Melayu sistem vernakular diperkenalkan dimana turut dipengaruhi oleh golongan imigran atau buruh. Sistem pendidikan ini telah mengekalkan masyarakat Melayu berada di kawasan pedalaman dan kampung. Sekolah Melayu yang ditubuhkan oleh British kepada orang melayu adalah berfokuskan untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan mengira sahaja. Keadaan ini telah menyekat perkembangan pemikiran bagi golongan bumiputera di Tanah Melayu.26 Sekolah Cina yang pertama di bina adalah pada 1815 oleh William Milne dari Persatuan Mubaligh London. Sekolah ini menggunakan dialek Hokien dan mengajar kurikulum Confucius. Kebanyakkan sekolah Cina ini dibina oleh persatuan saudagar Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di Tanah Melayu. Pergolakan politik di Cina mempengaruhi perkembangan sekolah Cina ini di Tanah Melayu. Sementara sekolah Tamil pula merupakan usahasama Mubulaligh Kristian dan Mubaligh Tamil. Antara vernakular Tamil yang

24 ShamsulAmri Baharuddin.(2007). Modul Hubungan Etnik. ShahAlam : Penerbit UITM . Hlm 103.

25 Mohammad Redzuan Othman. ( 2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm 126.

(12)

dibina ialah Singapore Free School(1834), St Francis Xavier Malabar School di Melaka (1850). Namun begitu sekolah ini tidak kekal lama.

Kesan segera dasar penjajah yang memberi keutamaan kepada kaum imigran selepas menguasai politik orang-orang melayu adalah terlepasnya penguasaan para pembesar melayu terhadap perusahaan melombong bijih timah.27 Sebagaimana yang diketahui mereka merupakan golongan yang berkuasa di Tanah Melayu sebelum kedatangan British dan menguasai hasil ekonomi di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Amalan sistem pentadbiran yang bercorak feudal iaitu masyarakat Melayu yang berajakan Sultan dan menghormati kepimpinan ketua seperti penghulu telah mendorong British untuk berbaik dengan Sultan dan ketua orang Melayu.28Campur tangan British telah memperkenalkan Sistem Residen untuk menjamin kepentingan mereka di Tanah Melayu tanpa mengabaikan kuasa Sultan yang masih berperanan dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Rentetan itu, kuasa Sultan dan penghulu yang dikekalkan menyebabkan masyarakat Melayu di kawasan pedalaman khususnya tidak merasai sangat kedatangan British. Hal ini disebabkan oleh British yang meneruskan dasar berbaik-baik dengan Raja-raja Melayu dan campur tangan yang minimum dengan kaum petani Melayu. Kesannya, masyarakat Melayu kekal menjadi masyarakat tani dan tinggal di kampung kerana dasar berbaik-baik British. Dengan bertapaknya penjajahan British ini di negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi peranan ini telah diambil alih oleh pemodal China dari negeri-negeri Selat dan Syarikat-syarikat Inggeris sendiri. Selain itu golongan pembesar tradisional juga turut kehilangan kuasa memungut cukai dan hilang punca pendapatan mereka. Sebelum ini Sultan dan Pembesar Melayu berkuasa memungut cukai berkaitan perlombongan dan perniagaan jajahan takluk mereka. Namun semua ini berubah dengan ketara selepas pengenalan sistem Residen. Keruntuhan sistem ekonomi tradisional yang menjadi tunjang kekuasaan pembesar Melayu itu telah menyebabkan kelemahan sistem politik bumiputera.29

6.0 SUMBANGAN BURUH CINA DAN INDIA 27Ibid. Hlm 426.

28Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid (1983). Sejarah Malaysia sepintas Lalu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 67.

(13)

Kemasukan buruh Cina dan India dapat dilihat telah mewarnai kepelbagaian dialek bahasa di Tanah Melayu. Hal ini dibukitkan melalui tiga kawasan asal mereka yang utama iaitu Kwantung, Funchien, dan Kwangsai.30 Walaupun mereka datang dari wilayah yang sama, namun mereka berasal dari daerah yang berlainan dan mempunyai dialeknya tersendiri seperti Kantonis, Hokkien, Hakka, Toechew,Hainan dan lain-lain. Begitu juga dengan buruh India yang bertutur dalam pelbagai dialek seperti Tamil, Telegu dan Malayalan. Secara tidak langsung disebabkan berlainan bahasa ini maka negara Malaysia mempunyai kepelbagaian corak bahasa. Justeru, bahasa Melayu digunakan bagi memudahkan proses interaksi sesama kaum.

Sumbangan buruh Cina dan India juga dapat dilihat dari aspek pembentukan masyarakat baharu. Contohnya seperti peranakan Cina, India-Muslim, Melayu-Cina dan lain-lain. Disebabkan rata-rata buruh yang datang ke Tanah Melayu terus menetap di Tanah Melayu, jadi satu institusi kekeluargaan perlu dibina. Satu entiti masyarakat baharu akan terbentuk dalam perkahwinan campur apabila buruh Cina dan India berkahwin dengan masyarakat tempatan. Kini kesan daripada kemasukan buruh asing ini, terdapat masyarakat Malaysia yang mempunyai darah kacukan Melayu-India, melayu-Cina dan lain-lain.

Kedatangan orang Cina juga telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Orang Cina telah membuka lombong-lombong di Larut, LembahKinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong.31 Mereka juga memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam.32 Mereka juga turut memperkenalkan kaedah penggunaan stim. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport dari 6500 tan pada tahun 1850 kepada 43000 tan dalam tahun 1905 dan terus meningkat kepada 77000 tan pada tahun 1937. Lonjakkan ekonomi dari eksport bijih timah ini akhirnya melonjakkan nama Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar dunia.33 Dari segi perniagaan pula, banyak kedai yang telah dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di

bandar-30 Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu, Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1974. Hlm 172. 31 Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 310.

32 Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin.(2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.Hlm 218.

(14)

bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga turut berkembang melalui sistem Kangcu.

Kemasukan buruh Cina dan India ini juga telah memberi sumbangan dalam perkembangan serta kemajuan sistem perhubungan di Tanah Melayu. Penglibatan Inggeris dalam pentadbiran Tanah Melayu turut menjadi tulang belakang kepada perkembangan ini. Dapat dilihat bahawa sungai dan pelabuhan adalah alat perhubungan di Tanah Melayu. Namun ianya berubah setelah pembinaan jalan-jalan raya dan kereta api giat dijalankan. Pembinaan sistem ini telah memudahkan pergerakkan masyarakat dari satu tempat ke satu tempat walaupun pada awal pembinaannya lebih tertumpu dalam menghubungkan tempat di dalam negeri sahaja dan bersifat pendek. Kemudian, setelah tertubuhnya Persekutuan 1896, usaha-usaha dalam membina jalan raya dan jalan kereta api dijalankan lebih panjang dan meluas melewati satu negeri ke satu negeri.

Selain itu, kemasukan buruh Cina turut membawa sistem perubatan tradisional mereka ke Tanah Melayu. Kemasukan tabib-tabib Cina yang turut membawa ubat-ubatan tradisional dari tumbuh-tumbuhan dan organ haiwan. Hal ini telah memberi suntikan baru dalam kepelbagaian ubatan di Malaysia pada hari ini. Meskipun mungkin ianya dilihat hanya memberi manfaat kepada kaum mereka sahaja tetapi hakikatnya kedatangan sistem perubatan Cina ini telah membuka mata penduduk tempatan untuk lebih terbuka dalam mencuba sistem perubatan lain kerana pada asalnya mereka lebih mengutamakan perubatan tradisional seperti pawang berbanding pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.34

7.0 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan setelah kemasukan buruh Cina dan India pada abad ke-19 yang disebabkan oleh faktor penolak dan faktor penarik, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia. Kedatangan imigran Cina, India dan imigran ke Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya

(15)

Referensi

Dokumen terkait

Rerata dari proporsi sikap responden tentang kesediaan orang lain di dalam desa/dusun untuk mengorbankan waktu proyek yang tidak bermanfaat langsung bagi keluarganya sendiri

Gubernur:, Bupati dan Wakil Bupati, dan/ atau Walikota dan Wakil Walikota Tahun 2O2O (Berila Negara Republik Indonesia Tahun 2O19 Nomor 905) sebagaimana telah beberapa

Balamang bagi keagamaan dimana tradisi ini yang dilakukan oleh masyarakat Ujung Pasir saat datangnya bulan suci Ramadhan juga menyimbolkan adanya penghormatan

Lingkaran I : Didalam fast recovery paket akan diperbaiki, akan tetapi sebelum paket diperbaiki ada peket lain yang di drop, sehingga didalam fase fast recovery ada dua paket drop,

Tidak terdapat pengaruh positif signifikan Employee Emotional Competence (EEC) terhadap Customer Satisfaction di Salon Fank, Terdapat pengaruh positif signifikan

Saya harap anda akan mengisi 2 bagian contoh soal latihan Tes Karakteristik Pribadi dibawah ini, yang terdiri dari Bagian 1 berjumlah 18 Soal Latihan dan Bagian 2 17 Soal

Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim..

Validasi Data Juri Nama Tender Hasil Penilaian Keseluruhan Login Panitia Menu Panitia Login Juri Menu Juri 1 Aplikasi Pemilihan Pemenang pada Proses Tender di Institut Bisnis