DOA SEMPENA HARI GURU
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah)
pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (Tema Hari Guru Tahun Semasa)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia
dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu
semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka ,
sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak-anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi
dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik
yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga
kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
ااقررفمتم همدمعيبم ني مم انمـقمررفمتموم ، اماويحد ريمم اعاميجم اذمهم انمعمميجم لي عمجيا مرهدلرلام
ل
م وم اييقمشم انمعدبمتييم ني مم لم وم انمعممم لم وم انمييفم مرهدلرلا لمعمجيتم لم وم ، اماويصد عيمم اماويردحيمم لم وم اداويردطي مم
.
رانرلا بم اذم عم انمقموم ةنمسم حم ةمرمخملا يفموم ةنمسم حم ايمنيدر لا يفم انمتماءم انمبررم