DOA SEMPENA HARI GURU
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu/ kerana telah mengizinkan kami/untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2016/peringkat Sekolah Kebangsaan Gumpey/pada pagi yang berbahagia ini dengan tema/Guru Pembina Negara Bangsa
Ya Allah/Ya ‘Aziz/Ya Sattar/
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman/justeru itu/kurniakanlah kepada guru-guru kami/hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya /Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah/mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata/
Ya Allah/ Ya Rahman
Pada saat dan detik ini/kami hulurkan tangan pengharapan/memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang/kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka/sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri/kurniakanlah kepada mereka kesabaran/ketabahan/semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan/semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa/dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik/dan berusaha menyumbang tenaga/idea dan kepakaran/demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya/dan di arena pendidikan perdana amnya/
Ya Allah /Ya Rahim,
insan yang sempurna dan berguna kepada agama/bangsa/dan negara tercinta/ ………..