• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH KAWALAN HARGA PELAKSANAAN SKIM KA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAEDAH KAWALAN HARGA PELAKSANAAN SKIM KA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH KAWALAN HARGA : PELAKSANAAN SKIM KAWALAN HARGA

Abstrak : Kaedah kawalan harga merupakan isu utama yang sering ditimbulkan terutama ketika musim perayaan. Kaedah kawalan harga yang diamalkan di Malaysia ketika menjelang musim perayaan adalah merupakan usaha kerajaan yang prihatin terhadap rakyat yang tertekan ekoran kenaikan harga barang ketika tiba musim perayaan. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada definisi barang kawalan, barang kawalan musim perayaan serta pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Malaysia. Malaysia merupakan antara banyak Negara di dunia yang mengamalkan sistem kawalan harga dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang bermula semenjak tahun 2000 adalah menjadi fokus kajian kertas kerja ini. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 merupakan undang-undang yang ditambahbaik bagi membantu kerajaan menguatkuasakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini dengan lebih berkesan. Kaedah penetapan Skim Kawalan Harga bermula daripada fasa kutipan harga, mesyuarat bersama agensi kerajaan dan pihak swasta, penyediaan kertas konsep, persediaan mesyuarat pasukan kerja penetapan harga di peringkat negeri dan kebangsaan, kelulusan Menteri, penyediaan nota kabinet, pewartaan harga maksimum dan sehingga kepada pengumuman skim kawalan harga dan pelaksanaan skim tersebut. Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilihat banyak membantu pengguna ketika tiba musim perayaan namun tindakan pemantauan perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan skim ini mencapai sasarannya.

Kata Kunci : Kawalan Harga, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan

1.0 PENGENALAN

(2)

Faktor inilah yang memaksa pihak kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan mengenakan kawalan harga bagi sesetengah barangan bagi menjaga kebajikan pengguna. Harga siling bagi sesetengah barangan yang dikawal akan ditetapkan untuk tempoh tertentu bagi memastikan pengguna dapat menikmati harga barangan pada kadar yang munasabah. Namun begitu, ada juga sesetengah peniaga yang tidak mengikut harga yang telah ditetapkan, malah berani mengenakan harga melepasi harga siling yang ditetapkan.

1.1 Definasi Kawalan Harga

Kawalan bermaksud usaha atau tindakan mengenakan (menjaga, mengawasi), manakala harga pula didefinasikan sebagai nilai sesuatu barangan dengan (kiraan) wang. (Dewan Bahasa Pustaka, 2013) Maka, dapat dirumuskan maksud kawalan harga adalah tindakan mengenakan sekatan terhadap nilai barangan daripada dinaikkan sesuka hati yang biasa dilakukan oleh peniaga dan juga peruncit.

Menteri berkuasa menetapkan apa-apa barang yang hendak dikawal harganya secara undang-undang. Ini adalah berdasarkan permintaan terhadap sesuatu barangan keperluan bagi satu-satu musim perayaan seperti contoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali.

1.2 Barangan Kawalan Musim Perayaan

Barangan kawalan pula boleh didefinisikan sebagai benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan tetapi barangan tersebut dikawal daripada segi harganya agar para peniaga tidak dapat menaikkan harga barangan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Kebanyakan harga bagi barang terkawal adalah dijual dibawah atau mengikut paras harga maksimum seperti yang telah ditetapkan di peringkat borong dan runcit.

Penguatkuasaan yang dilakukan bermula dari peringkat pembekal barangan berkenaan sehinggalah kepada peringkat pemborong. Pembekal dan pemborong adalah dimestikan untuk mendapatkan lesen yang sah dari pihak kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

2.0 AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI PENCATUTAN 2011

(3)

Kini Akta Kawalan Harga 1946 telah diperhebat dan ditambahbaik dengan pengenalan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Ia digubal bagi mewujudkan sebuah mekanisma bagi menghalang dan melarang peniaga dari menaikkan harga barangan tanpa sebab dan mengaut keuntungan secara berlebihan sehingga menekan pengguna. Di bawah akta ini, terdapat 3 perintah yang diwujudkan bagi membantu kementerian untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap akta ini.

1. Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ( Penentuan Harga Maksimum) 2013

2. Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) 2013

3. Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993

Selaras dengan penambahbaikan akta ini juga, penubuhan Majlis Penasihat Harga Barang yang dianggotai golongan professional, pihak peniaga, pengguna dan wakil kementerian turut dilaksanakan bagi membantu pihak kerajaan menjalankan pemantauan ke atas peniaga. Melalui akta baru ini juga, pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

3.0 SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) adalah suatu skim yang dilaksanakan dengan objektif untuk menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut atau mengambil untung secara berlebihan(profiteering) di kalangan peniaga semasa musim perayaan.

Skim ini dilaksanakan mulai tahun 2000 dan meliputi musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali serta Krismas.Skim ini juga telah diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 2010 untuk sambutan musim perayaan Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Kawalan harga dibuat ke atas harga maksimum borong dan runcit ke atas senarai barangan terpilih yang dijadikan barangan harga terkawal. Barangan harga terkawal merupakan barangan yang mempunyai keperluan dan permintaan yang sangat tinggi semasa musim perayaan. Barangan harga terkawal juga adalah barangan yang sensitif terhadap sedikit gangguan bekalan dan harga. Harganya boleh melambung tinggi jika tidak dipantau dan dikawal.

Penetapan harga dibuat berdasarkan trend harga sepanjang tahun, cadangan dan perbincangan dari agensi kerajaan, swasta, industri serta persatuan-persatuan. Barangan harga terkawal terdiri meliputi kategori ayam, telur ayam, daging, sayur-sayuran, barang kering dan ikan. Senarai barangan harga terkawal akan berubah mengikut skim dan keperluan ke atas musim perayaan itu.

3.1 Tempoh Penguatkuasaan

(4)

BIL PERAYAAN PERAYAANTARIKH PELAKSANAANTARIKH PELAKSANAANBIL HARI

1 Tahun Baru Cina 23 – 24 Jan 19 – 30 Jan 12 hari

2 Pesta Kaamatan 30 – 31 Mei 25 – 31 Mei 7 hari

3 Hari Gawai 1 – 2 Jun 27 Mei – 2 Jun 7 hari

4 Hari Raya Puasa 19 - 20 Ogos 12- 26 Ogos 15 hari

5 Deepavali 13 Nov 8 - 17 Nov 10 hari

6 Krismas 25 Dis 23 – 27 Dis 5 hari

Jadual 1 : Kalendar Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2012

BIL PERAYAAN TARIKH PERAYAAN

TARIKH PELAKSANAAN

BIL HARI PELAKSANAAN

1 Tahun Baru Cina 10 – 11 Feb 6 – 17 Feb 12 hari

2 Pesta Kaamatan 30 – 31 Mei 25 – 31 Mei 7 hari

3 Hari Gawai 1 – 2 Jun 27 Mei – 2 Jun 7 hari

4 Hari Raya Puasa 8 - 9 Ogos 1- 15 Ogos 15 hari

5 Deepavali 2 Nov 29 Okt - 7 Nov 10 hari

6 Krismas 25 Dis 23 – 27 Dis 5 hari

Jadual 2 : Kalendar Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013

3.2 Penandaan Khas Warna Merah Jambu

Penandaan harga khas warna merah jambu diperlukan bagi membezakan barang harga terkawal yang dijual. Penandaan ini memudahkan penggunan mengenalpasti barang harga terkawal semasa pembelian. Pengguna akan lebih peka terhadap jenis barang harga terkawal yang diwartakan serta tempoh pelaksanaan yang berlangsung.

(5)

3.3 Kaedah Penentuan Harga Maksimum SKHMP

Bagi memastikan harga maksimum runcit yang akan ditetapkan sesuai dan boleh diterima oleh semua pihak, langkah-langkah berikut telah dilaksanakan:

1. Membuat pungutan harga di peringkat ladang, borong dan runcit ke atas barang-barang yang dicadangkan sebagai barang harga terkawal yang meliputi semua 146 daerah di Malaysia.

2. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan agensi kerajaan, pengeluar, pengimport, pemborong serta persatuan peniaga yang terlibat bagi menentukan harga maksimum yang ditetapkan adalah wajar dan bersesuaian; dan

3. Mengadakan mesyuarat dengan persatuan-persatuan pengguna serta peniaga bagi mendapatkan reaksi dan cadangan mengenai pelaksanaan skim tersebut.

4.0 PENGISYTIHARAN SEBAGAI BARANG KAWALAN DI BAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN

Barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai Barang Harga Terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan diwartakan sebagai barang kawalan musim perayaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Perwartaan ini dibuat bagi membolehkan tindakan diambil di bawah Akta tersebut sekiranya timbul masalah berkaitan bekalan. Berikut adalah senarai barang-barang yang akan dibuat kutipan sebelum dipilih untuk dikawal harganya bagi tempoh tertentu bagi satu-satu musim perayaan.

BIL BARANG UNIT

1 Ayam Hidup kg

2 Ayam Standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) kg

3 Ayam Super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) kg

4 Ayam Belanda Import kg

5 Kepak Ayam kg

6 Ayam Tua Hidup kg

7 Daging Lembu Tempatan(semua jenis daging kecuali batang

pinang/tenderloin) kg

8 Daging Kerbau Tempatan kg

9 Daging Lembu Import (Australia) kg

(6)

11 Daging Kerbau Import (India) (bahagian Silverside) kg

12 Daging Kerbau Import (India) (bahagian Rump) kg

13 Daging Kerbau Import (India) (bahagian Blade) kg

14 Daging Kerbau Import (India) (bahagian Chuck) kg

15 Daging Kambing Tempatan Bertulang kg

16 Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (Australia-Kotak) kg 17 Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (New Zealand-Kotak) kg 18 Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (Australia-Whole carcass) kg 19 Daging Kambing Berbiri Import Bertulang (New Zealand-Whole carcass) kg 20 Daging Kambing Berbiri Import Tanpa Tulang (tidak termasuk paha -

Australia) kg

21 Daging Kambing Berbiri Import Tanpa Tulang (tidak termasuk paha -

New Zealand) kg

22 Daging Paha Kambing Berbiri Import Bertulang (Australia) kg 23 Daging Paha Kambing Berbiri Import Bertulang (New Zealand) kg

24 Daging Babi ( Belly ) kg

25 Daging Babi ( Lean and fats ) kg

26 Daging Babi ( Pure Lean ) kg

27 Daging Babi ( Ribs ) kg

28 Daging Babi ( Ribs with meat ) kg

29 Babi Hidup (100kg/seekor) ekor

30 Telur Ayam Gred A (berat 65.0gm hingga 69.9gm sebiji) biji 31 Telur Ayam Gred B (berat 60.0gm hingga 64.9gm sebiji) biji 32 Telur Ayam Gred C (berat 55.0gm hingga 59.9gm sebiji) biji

33 Tomato(berat antara 8 dan 10 biji sekilogram) kg

34 Kubis Bulat (tempatan) kg

(7)

36 Kubis Bulat Import (China) kg

37 Kubis Panjang (tempatan) kg

38 Kubis Panjang (China)-besar kg

39 Kubis Panjang (China)-kecil kg

40 Cili Merah (Kulai) kg

41 Cili Merah (Minyak) kg

42 Lada Benggala Hijau( Capsicum ) kg

43 Brokoli (tempatan) kg

44 Brokoli (import) kg

45 Kubis Bunga (cauliflower) Tempatan kg

46 Kubis Bunga (cauliflower) Import kg

47 Bawang Perai (Leek) Tempatan kg

48 Bawang Perai (Leek) Import kg

49 Kelapa parut kg

50 Santan Kelapa kg

51 Kelapa Biji biji

52 Bawang Merah Besar (India) kg

53 Bawang Merah Besar (China) kg

54 Bawang Merah Kecil (India-biasa) kg

55 Bawang Merah Kecil (India-ros) kg

56 Bawang Merah Kecil (Thailand) kg

57 Bawang Merah Kecil (Myanmar) kg

58 Bawang Putih (China) kg

59 Ubi Kentang Import (Indonesia) kg

(8)

45 Kubis Bunga (cauliflower) Tempatan kg

46 Kubis Bunga (cauliflower) Import kg

47 Bawang Perai (Leek) Tempatan kg

48 Bawang Perai (Leek) Import kg

49 Kelapa parut kg

50 Santan Kelapa kg

51 Kelapa Biji biji

52 Bawang Merah Besar (India) kg

53 Bawang Merah Besar (China) kg

61 Kacang Tanah Import kg

62 Beras Pulut Thailand ( Susu ) kg

63 Beras Pulut Thailand ( Biasa ) kg

64 Beras Pulut Vietnam kg

65 Kacang Dhal (India-Malavi) kg

66 Kacang Dhal (India-Biasa) kg

67 Kacang Dhal (Australia) kg

68 Ikan Kembung Tempatan(berat antara 8 hingga 11 ekor/kg) kg

69 Ikan Kembung Import(berat antara 8 hingga 11 ekor/kg) kg

(9)

71 Ikan Bawal Putih Import (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor) kg

72 Ikan Bawal Tambak Tempatan (berat antara 200 gram hingga 400 gram

seekor) kg

73 Ikan Bawal Tambak Import (berat antara 200 gram hingga 400 gram

seekor) kg

74 Udang Putih (ternak) kg

75 Udang Putih Besar (Tempatan) (berat antara 41 ekor hingga 50 ekor

sekilogram) kg

76 Udang Putih Besar (Tempatan) (berat antara 51 ekor hingga 60 ekor sekilogram) kg

77 Udang Putih Besar (Import) (berat antara 41 ekor hingga 50 ekor sekilogram) kg

78 Udang Putih Besar (Import) (berat antara 51 ekor hingga 60 ekor sekilogram) kg

79 Udang Putih Besar (Import) (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram) kg

Jadual 3 : Senarai Barang Harga Terkawal

5.0 PROSES PELAKSANAAN SKHMP

PUNGUTAN HARGA

MESYUARAT DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

KERTAS KONSEP

(10)

MESYUARAT PASUKAN KERJA PENETAPAN HARGA

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang bermula dari tahun 2000 merupakan satu daripada inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban masyarakat bagi mengatasi isu kenaikan harga ketika musim perayaan. Ketika musim perayaan, permintaan tinggi terhadap barangan keperluan menyebabkan lonjakan harga yang tinggi di pasaran dan terdapat segelintir peruncit yang mengambil kesempatan ekoran permintaan yang tinggi ini untuk menaikkan harga barangan masing-masing walaupun tidak terkesan daripada kenaikan harga di peringkat borong atau pembekal utama. Sikap peniaga yang kurang prihatin dan tidak beretika ini menyebabkan kerajaan terpaksa campur tangan dalam urusan pasaran terbuka ekonomi Negara bagi menyeimbangkan kepentingan peniaga dan juga pengguna.

Dalam dunia perniagaan selain daripada modal, teknologi dan sumber manusia, etika merupakan unsur penting untuk meningkatkan imej dan reputasi peniaga disamping menjamin pulangan keuntungan yang optimum dan konsisten. George David, Ketua Pegawai Eksekutif United Technologies Corporation (http://www.utc.com) menegaskan, etika dapat memimpin manusia dalam mengurus aktiviti urusniaga dan setiap individu perlu mempunyai standard etika yang tinggi untuk membina dan mengekalkan reputasi korporat berbanding dengan usaha mengeluarkan barangan yang baik. Selain daripada fokus mendapatkan keuntungan, peningkatan imej dan reputasi daripada aktiviti perniagaan, peniaga perlu menyedari mereka juga bertanggungjawab kepada kebajikan masyarakat.(Sabri Salamon, 1989). Dalam konteks tersebut, etika dapat memainkan peranan membantu peniaga merealisasikan tanggungjawab membangunkan masyarakat dan Negara.

Sewajarnya pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tersusun dan mampan penting bagi memastikan pelaksanaan skim ini mencapai objektifnya. Aktiviti penguatkuasaan oleh KPDNKK tidak dinafikan membantu membenteras kenaikan harga dan amalan curang oleh peniaga khususnya semasa musim perayaan(Jaafar,A.S., 2004).

7.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Esa (2002). Pengetahuan, Amalan, Dan Sikap Peniaga Kecil Terhadap Etika Perniagaan : Satu Kajian Rintis, KUiTTHO.

(11)

Jaafar, A. S. (2004). Kedudukan pengguna dalam komuniti pasca modenisme: Cabaran bagi Malaysia.

Jalil, R. A. (2010). Skim Kawalan Harga Barang diperluas.

Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam: Pengenalan Sistem Dan Kemungkinan. Al-Rahmaniah, Petaling Jaya, Malaysia.

(2011) Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (1961) Akta Kawalan Bekalan

Gambar

Gambar 1 : Contoh penandaan SKHMP

Referensi

Dokumen terkait

Banyaknya lembaga-lembaga pendidikan yang ada pada zaman dinasti Abbasiyah seperti kuttab, masjid, pendidikan rendah di istana, toko-toko buku, ribath, perpustakaan,

E. Serangkaian senyawa yang saling berisomer satu sama lain 2. Berikut ini yang termasuk anggota deret homolog alkana adalah ..... Senyawa hidrokarbon berikut yang mempunyai 5

Berdasarkan kesimpulan yang telah dikemukakan diatas, maka disarankan kepada guru mata pelajaran kimia kelas X SMA Negeri 1 Pangkalan Kerinci dapat menggunakan media

1. Jamban dan Pembuangan Tinja a.. Sarana pembuangan air limbah. Pegolahan air limbah dimaksudkan untuk melindungi lingkungan hidup terhadap pencemaran air limbah tersebut 4.

Video klip yang merupakan kumpulan potongan-potongan visual yang dirangkai dengan atau tanpa efek-efek tertentu dan disesuaikan berdasarkan ketukan- ketukan pada irama lagu,

Komunitas motor dimana hubungan relasi menjadi lebih akrab akan tercipta semangat saling tolong menolong. Memiliki tujuan bersama dan memiliki suka duka yang

Adanya sebagian besar data yang menunjukkan bahwa perusahaan yang menjadi sampel telah mengadopsi IFRS sejak tahun 2011, sehingga data sampel menjadi tidak bervariasi

Adapun tujuan penelitian dalam hal ini adalah : 1) Untuk menjelaskan penerapan model pembelajaran berbasis masalah pada mata pelajaran Matematika pokok bahasan