• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANTARA BARAT DAN ASIA PERBANDINGAN ISU I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANTARA BARAT DAN ASIA PERBANDINGAN ISU I"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016) “Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”

Bandung, Indonesia.

31 October & 1 November 2016

ANTARA BARAT DAN ASIA: PERBANDINGAN ISU-ISU

DALAM PELAKSANAAN KOMUNITI PENGAMAL

(COMMUNITIES OF PRACTICE)

Nurul Syaida Md Zuki

a

, Fariza Khalid

a

aFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Komuniti pengamal merupakan salah satu daripada pendekatan yang terbukti memberikan kesan kepada peningkatan profesionalisme dalam diri seseseorang individu. Malah pendekatan ini juga bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam peringkat industri pekerjaan tetapi juga dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Kertas projek ini mengandungi analisis sorotan kajian lepas secara sistematik yang memberi fokus kepada perbandingan antara isu-isu yang melingkari pelaksanaan komuniti pengamal di antara negara-negara Barat dan juga negara-negara di Asia. Antara aspek utama yang membezakan pelaksanaan komuniti pengamal antara kedua-dua zon utama dunia adalah berkaitan rapat dengan budaya (cultural). Di samping itu juga, kertas kerja ini turut membincangkan aspek-aspek kajian berkaitan komuniti pengamal di negara-negara yang terpilih.

Kata Kunci: Perbandingan; Barat; Asia; Komuniti Pengamal; e-pembelajaran

1.Pendahuluan

Kemajuan sesebuah negara terletak kepada sistem pengurusan negara yang bersistematik dengan pelaksanaan pelbagai pendekatan dalam sistem pengurusan merangkumi bidang ekonomi, politik dan sosial. Matlamat utama sesebuah negara juga adalah bagi menghasilkan masyarakat berpengetahuan (K-Masyarakat) yang mana ianya memainkan peranan sebagai sumber utama atau kunci untuk membentuk perkembangan ekonomi negara melalui kehadiran pekerja berpengetahuan (Oblinger, 2012). Menurut Demir et al. (2015) masyarakat berpengetahuan didefinisikan sebagai individu dalam masyarakat yang mementingkan pengetahuan dengan menjalani proses pembelajaran secara berfikir, menilai, menaakul, membaca dan melakukan pemerhatian. Masyarakat berpengetahuan meletakkan kedudukan pengetahuan adalah sebagai produk intelektual.

Kesediaan dalam menambah pengetahuan sedia ada dan berkongsi pengetahuan antara satu sama lain adalah bertujuan meningkatkan serta menambah baik kehidupan. Fasa masyarakat berpengetahuan adalah peralihan yang dikenal pasti daripada fasa masyarakat industri (Demir et al., 2015). Peralihan ini adalah hasil daripada perkembangan ilmu pengetahuan seperti dalam bidang sains dan teknologi serta teknologi maklumat. Fasa peralihan ini juga turut membuka peluang dalam perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan dan mengubah sosio-ekonomi setempat.

(2)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 650

kepada pelaksanaan secara bersemuka atau langsung semata-mata malah turut dapat dilaksanakan dalam bentuk maya. Penerapan pendekatan komuniti pengamal yang telah dikemukakan oleh Wenger pada tahun 1998 sesuai untuk diaplikasi dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang mengaplikasikan konsep komuniti pengamal adalah perniagaan, reka bentuk organisasi, kerajaan, pendidikan, persatuan profesional, projek-projek pembangunan, dan kehidupan sivik. Melalui proses perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam komuniti pengamal, profesionalisme seseorang individu dapat ditingkatkan. Ini pastinya dapat menambah nilai kecekapan individu tersebut terhadap kerjaya sedia ada atau di masa hadapan.

2.Komuniti Pengamal (Communities Of Practice)

Komuniti pengamal telah memberikan kesan kepada organisasi kerana melalui pendekatan komuniti ini membolehkan ahli-ahlinya berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara sukarela (Jeon et al., 2011). Menurut Nistor et al. (2015) dan Wenger (1998), KoP adalah sekumpulan individu yang berkongsi minat atau semangat, serta keinginan yang sama bagi meningkatkan pengetahuan mereka melalui perbincangan dan berkongsi pengalaman serta melaksanakan aktiviti bersama. KoP boleh berkembang secara semulajadi kerana kepentingan bersama ahli-ahli dalam domain atau ianya boleh diwujudkan secara bertujuan bagi menambah

ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang tertentu (Bates & O’Brien, 2013).

KoP turut menyokong pembelajaran secara timbal balik sebagai satu proses sosial, dan berfungsi sebaga i alternatif kepada sumber pengetahuan berorientasikan pelaksanaan pengurusan maklumat (Swan et al, 2000; Lesser & Storck, 2001; Wenger & Snyder, 2000). Justeru, peluang untuk memajukan diri secara peribadi dan profesional dapat dilakukan melalui proses perkongsian maklumat dan juga pengalaman antara ahli-ahli

dalam KoP (Bates & O’Brien, 2013; Lave & Wenger, 1998). Hasil daripada perkembangan pengetahuan dan

pengalaman serta kemahiran seterusnya dapat melahirkan masyarakat dan pekerja berpengetahuan.

Terdapat tiga elemen dalam membentuk KoP yang berkesan iaitu domain, komuniti dan pengamal (Lave & Wenger, 1998). Namun menurut Skalicky & West (2011), terdapat tiga lagi elemen yang tersembunyi iaitu motivasi, mandat, dan struktur tidak formal. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai elemen utama dan elemen tersembunyi yang membentuk KoP.

i. Domain (domain)

Domain adalah persefahaman dan semangat identiti bersama. Melalui domain ini, kecekapan dan pengetahuan setiap ahli dibangunkan dan dikongsi untuk kepentingan bersama.

ii. Komuniti (community)

Komuniti meliputi setiap ahli yang terlibat dalam aktiviti dan perbincangan, membantu antara satu sama lain, dan berkongsi pengetahuan. Ahli-ahli dalam komuniti juga membina hubungan yang membolehkan mereka untuk belajar antara satu sama lain.

iii. Amalan (practice)

Amalan pula merujuk kepada unsur amalan pengetahuan yang dipelajari melalui pelbagai sumber, pengalaman, cerita, peralatan, dan juga cara sesuatu masalah diselesaikan.

iv. Motivasi (Motivation)

Motivasi merupakan elemen penting yang membangunkan sifat kekitaan dalam komuniti iaitu untuk membangunkan kemahiran individu selain mendapatkan bantuan daripada ahli komuniti yang lain.

v. Mandat (Mandate)

Kepercayaan atau jangkaan hasil daripada penglibatan yang mana pihak pentadbiran meletakkan sesuatu jangkaan atau hasil daripada komitmen individu dalam komuniti.

vi. Struktur Tidak Formal (Informal Structure)

(3)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 651

KoP turut mempunyai tiga struktur asas iaitu kumpulan teras (core group), kumpulan inner circle dan kumpulan outer circle. Rajah 2 menunjukkan struktur asas yang terdapat dalam KoP yang mana kumpulan teras (core group) mempunyai ahli yang terdiri pakar, fasilitator atau orang belakang yang kuat. Manakala kumpulan inner circle pula terdiri daripada ahli yang aktif dan menyumbang dalam KoP dan seterusnya outer circle terdiri daripada ahli yang mempunyai minat untuk mengetahui dan mempelajari domain KoP tersebut.

Rajah 2: Struktur asas dalam komuniti pengamal. (Sumber: Skalicky & West 2011).

Selain itu, The Swiss Agency for Development of Cooperation (SDC) (2009) telah mencadangkan enam peringkat dalam membangunkan komuniti amalan iaitu:

i. Pembentukan

Pada fasa ini, faedah/keperluan untuk berinteraksi antara dengan rakan-rakan dalam komuniti diberi penekanan agar setiap ahli faham tujuan pembentukan komuniti.

ii. Pembangunan

Fasa ini melibatkan permulaan perbincangan kecil dengan kumpulan teras untuk saling mengenali dan mengenalpasti kekuatan setiap ahli.

iii. Perkembangan

Untuk mencapai fasa perkembangan ahli dalam komuniti, langkah proaktif dilakukan seperti menghubungi orang lain yang berpotensi atau berminat untuk turut serta sebagai ahli sama ada melalui telefon, e-mel atau secara tidak rasmi di bengkel, persidangan dan lain-lain.

iv. Fokus matlamat

Fasa ini melibatkan proses mereka bentuk proses interaksi samada dari segi masa atau tempat serta mengenalpasti peranan ahli misalnya sebagai pemudahcara, pakar, ahli serta kedudukan mereka dalam komuniti.

v. Pengoperasian

(4)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 652

vi. Sambutan

Pada fasa terakhir ini iaitu selepas setiap usaha dalam fasa-fasa seblum ini berjaya dilaksanakan atau dicapai, para ahli meraikan apa yang telah dicapai.

Rajah 3: Peringkat pembangunan KoP.

Oleh yang demikian, KoP dilihat sangat relevan untuk digunakan dalam pelbagai bidang pada masa kini kerana penglibatan kumpulan pakar, aktif dan penyumbang dalam KoP dapat membantu meningkatkan profesionalisme ahli-ahlinya dari segi pengetahuan, pengalaman dan juga kemahiran (Donnell & Tobbell, 2007; Bates & Brien, 2013).

3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan melihat isu yang berkaitan dengan konteks pelaksanaan KoP, budaya masyarakat dan elemen motivasi yang terdapat dalam persekitaran pelaksanaan KoP di negara-negara Barat dan juga di negara-negara Asia yang mempengaruhi kepada peningkatan prestasi organisasi dan juga perkembangan profesionalisme individu yang terlibat dalam KoP. Hasil daripada sorotan kajian ini dapat memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai pelaksanaan KoP yang telah dilaksanakan di negara-negara Barat dan Asia.

4.Metodologi

Dalam kajian ini sebanyak 30 buah artikel jurnal serta prosiding yang berkaitan dengan kajian tentang komuniti pengamal telah dirujuk. Analisis kajian yang dijalankan terhadap sorotan kajian adalah menggunakan analisis perbandingan.

5.Sorotan Kajian

5.1.Konteks Pelaksanaan KoP

(5)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 653

Perancis (Bardon & Borzillo, 2016), Sepanyol (Borzillo et al., 2012), Sweden (Schenkel & Yeigland, 2008), Jerman (Nistor et al., 2012), USA (Bandow & Gerweek, 2015), Itali (Scarso et al. 2009; Impedovo & Manuti, 2016) dan Afrika (Jawitz, 2009; Singh, 2011).

Pelaksanaan KoP di negara-negara tersebut tidak hanya memfokuskan pelaksanaannya secara bersemuka sahaja tetapi turut dilaksanakan secara maya. Ini berikutan daripada kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dunia. KoP dibangunkan dengan menggunakan platform atau aplikasi yang terdapat dalam Web 2.0 (Zhang & Watt, 2008; Nistor et al., 2012; Yan et al., 2014; List, Warland & Smith, 2015). Penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Weebly, Facebook, BlogSpot, Padlet, Edmodo dan lain-lain lagi telah membantu KoP yang dibina untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar pendapat dengan lebih mudah. Namun begitu, ada segelintir ahli KoP dalam talian memilih untuk berinteraksi secara bersemuka dengan ahli-ahli yang lain (List, Warland & Smith, 2015). Selain itu juga, kekurangan masa turut memberi impak kepada keberkesanan pelaksanaan KoP secara dalam talian (List, Warland & Smith, 2015). Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh menjadi penentu kepada keberkesanan pelaksanaan komuniti maya (Khalid et al., 2013).

Di samping itu, dapatan sorotan kajian yang dilakukan dalam kajian ini mendapati bahawa KoP yang dibangunkan bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan prestasi organisasi tetapi juga memberi manfaat kepada pengembangan profesionalisme kerjaya seseorang individu (Jawitz, 2009; Fearon et al., 2012; Cheng & Lee, 2013; Kriner et al., 2015; Peyman et al. 2015). Modul-modul yang bersesuaian dengan perkembangan profesionalisme kerjaya individu dirangka dengan teliti oleh organisasi supaya modul-modul tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan dalam KoP yang dibangunkan (Sutherland et al, 2013; Gur, 2013).

5.2.Budaya Masyarakat dalam Persekitaran KoP

Menurut Brouwer et al. (2012), komuniti adalah persekitaran di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan berhubung antara satu sama lain. Komuniti yang dibentuk mempunyai keahlian yang terdiri daripada individu yang memiliki identiti yang pelbagai. Kepelbagaian identiti yang terdapat pada seseorang individu dilihat boleh memberi pengaruh terhadap tahap komunikasi serta hubungan antara setiap ahli-ahli komuniti tersebut (Khalid, 2015; Trent, 2013). Terdapat empat dimensi identiti yang mendasari keberkesanan KoP tersebut (Khalid, 2015). Empat dimensi identiti tersebut adalah identiti peribadi, identiti profesional, identiti pelajar (learners) dan identiti ahli (members). Empat dimensi identiti tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain bagi mencapai penglibatan individu dalam KoP yang berkesan.

Namun, penglibatan individu dalam KoP boleh dibatasi oleh batasan budaya masyarakat setempat yang akhirnya mempengaruhi tahap penglibatan, keterbukaan malah keberkesanan peranan mereka sebagai ahli dalam KoP (Ardichvili et al., 2006). Sorotan literatur yang dijalankan mendapati bahawa, masyarakat di negara-negara Asia berpegang kuat kepada budaya negara mereka iaitu kesedaran hierarki, kesopanan, dan kehormatan (Tong & Mitra, 2009; Retna & Ng, 2011; Khalid et al., 2014). Kesedaran hierarki antara ketua dan staf misalnya telah mewujudkan perasaan hormat terhadap ketua atau orang atasan dan secara tidak langsung membina satu ‘tembok’ yang menghadkan perkongsian maklumat serta pengalaman antara ahli daripada hierarki yang berbeza (Tong & Mitra, 2009). Malah identiti individu sebagai pekerja bawahan turut menyebabkan mereka ragu-ragu untuk melontarkan pendapat mereka. Ini menyebabkan proses perkongsian maklumat dalam KoP tidak mencapai tahap optimum.

Budaya masyarakat Asia juga mementingkan nilai kesopanan yang mana sifat rendah diri telah menyebabkan masyarakat Asia cenderung untuk tidak menunjuk terlalu banyak pengetahuan yang ada dalam diri mereka (Zawawi, 2008). Hal ini pastinya memberi kesan kepada KoP yang dibina. Bukan itu sahaja, menurut Khalid et al. (2014) dalam kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa individu yang terlibat dalam KoP berpendapat mereka terikat dengan budaya masyarakat sehingga menghalang mereka untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka kerana bimbang dikatakan mahu menunjuk-nunjuk.

(6)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 654

al., 2011). Oleh yang demikian, KoP yang dibangunkan mestilah menolak unsur negatif berkaitan budaya masyarakat sesuatu tempat agar matlamat pembinaan KoP dapat dicapai dengan baik dan berkesan.

5.3.Motivasi dalam Persekitaran KoP

Elemen motivasi dalam KoP memainkan peranan bagi membina KoP yang berkesan. Motivasi diperlukan bagi merangsang penglibatan individu dalam komuniti yang mana motivasi dapat diberikan melalui pelbagai cara. Menurut Jeon, Kim & Joon (2011), faktor motivasi dapat memberikan kesan positif terhadap tingkah laku perkongsian pengetahuan dan pengalaman seseorang individu dalam komuniti pengalaman. Motivasi boleh diwujudkan daripada sokongan ahli-ahli KoP dan juga sokongan organisasi (Ardichvili et al., 2003; Cheng & Lee, 2014; Akhavan et al., 2015; Impedovo & Manuti, 2016).

Berdasarkan kepada sorotan literatur yang dijalankan didapati bahawa faktor motivasi sememangnya mempengaruhi kepada pelaksanaan KoP yang dibina. Sokongan antara ahli-ahli komuniti penting kerana melalui sokongan tersebut, motivasi dalam diri ahli komuniti dapat dibina. Perjumpaan secara bersemuka sama ada secara formal atau tidak formal perlu bagi membina keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli komuniti (Sechenkel & Teigland, 2008). Menurut Bardon & Borzillo (2016) pula, aktiviti komuniti pengamal yang dilakukan secara tidak formal dapat membina hubungan yang erat antara ahli-ahli KoP tersebut. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti tidak formal seperti riadah, minum petang, makan malam dan perjumpaan, ahli-ahli komuniti bebas dan tidak terikat dengan budaya kerja dan ini membolehkan mereka untuk mengenali dengan lebih rapat lagi ahli-ahli komuniti.

Hubungan yang erat antara ahli-ahli KoP memberi impak kepada keberkesanan pelaksanaan KoP yang mana setiap ahli dapat melibatkan diri secara aktif untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka apabila wujud rasa keyakinan dan kepercayaan terhadap ahli-ahli komuniti (Pastoors, 2007; List, Warland & Smith, 2015). Kewujudan keyakinan dan kepercayaan ini membolehkan proses pemindahan pengetahuan atau pengalaman dan kemahiran dapat dilakukan dengan baik antara sesama ahli komuniti. Malah hal ini turut membolehkan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran dipindahkan tanpa mengira hierarki seseornag individu dalam suatu organisasi.

Di samping itu, sokongan daripada organisasi serta kepimpinan juga menjadi motivasi kepada ahli-ahli KoP (Cheng & Lee, 2014; Retna & Ng, 2011; Tong & Mitra, 2009). Pihak organisasi turut memainkan peranan bagi memastikan KoP yang dibina dalam organisasi dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya. Berdasarkan kepada sorotan kajian lepas di negara-negara Barat dan Asia, sokongan motivasi oleh pihak organisasi terhadap KoP yang dibina telah meningkatkan prestasi organisasi dan prestasi ahli komuniti (Scarso et al., 2009; Tong & Mitra, 2009; Retna & Ng, 2011; Impedovo & Manuti, 2016). Ini secara tidak langsung telah menyebabkan perkembangan profesionalisme ahli KoP.

Bagi meningkatkan prestasi organisasi dan mengembangkan profesionalisme ahli-ahli KoP yang dibina, pihak organisasi hendaklah memupuk dan menyokong pelaksanaan KoP dalam amalan kerja melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KoP sejajar dengan matlamat organisasi tersebut (Bardon & Borzillo, 2016). Oleh itu, organisasi perlu melantik atau mengiktiraf ketua KoP yang mempunyai kepakaran agar dapat membimbing dan mengurus ahli-ahli KoP (Tong & Mitra, 2009; Bardon & Borzillo, 2016). Selain itu, menurut Retna & Ng (2011) pula, untuk membolehkan ahli-ahli KoP meningkatkan keupayaan mereka untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan, beberapa latihan softkill patut dipertimbangkan oleh kepimpinan organisasi. Hal ini turut disokong hasil dapatan kajian Khalid et al. (2013) yang mana ahli komuniti menyatakan bahawa latihan dan seminar yang dianjurkan dapat menolong mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru dan kemahiran yang berkaitan.

(7)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 655

pengetahuan dan kemahiran individu dalam komuniti dan proses penukaran maklumat akan sentiasa berjalan seiring dengan keperluan KoP yang dibina.

Selain itu, pihak organisasi juga perlu menyediakan infrastruktur persekitaran KoP yang dapat menyokong aktiviti atau program yang dilaksanakan (Akhavan et al., 2015). Infrastruktur persekitaran yang kondusif dapat membantu ahli komuniti pengamal untuk menambah dan mengembangkan pengetahuan serta kemahiran mereka (List, Warland & Smith, 2015). Secara keseluruhannya, sorotan literatur yang dijalankan mengenai motivasi ahli komuniti dan motivasi organisasi terhadap KoP mendapati bahawa hanya wujud sedikit perbezaan dari segi aspek sokongan infrastruktur teknologi dan rangkaian antara negara Barat dan Asia di mana aspek tersebut mempengaruhi kepada motivasi ahli-ahli KoP yang dibina dalam talian.

Hasil sorotan literatur mendapati bahawa persediaan infrastruktur teknologi dan rangkaian oleh pihak organisasi di beberapa negara Asia masih kurang dititikberatkan. Hal ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Analisa et al. (2015) yang mendapati bahawa ahli komuniti tidak dapat melibatkan diri dalam komuniti maya kerana sukar untuk mendapatkan sambungan internet yang mana menurut mereka kelajuan internet yang diberikan sangat terhad. Oleh itu, pihak organisasi perlu menyediakan prasarana teknologi dan rangkaian seperti makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan komputer yang lengkap dan menyediakan persekitaran internet yang berkelajuan tinggi. Ini supaya, dengan sokongan infrastruktur fizikal yang baik maka KoP yang dilaksanakan secara dalam talian berlangsung dengan baik (Habibah & Vasugiammai, 2011).

6.Perbincangan

Berdasarkan daripada pembacaan dapatan lepas mengenai KoP, penulis mendapati pembangunan KoP perlu mengikut konteks dan keperluan organisasi. Malah perancangan yang baik dan juga penilaian keberkesanan KoP turut diperlukan. Dapatan lepas mendapati bahawa KoP di negara-negara Barat dan Asia dilaksanakan secara bersemuka dan juga secara maya. KoP yang dibina secara bersemuka dapat membantu ahli-ahli KoP meningkatkan prestasi organisasi dan juga mengembangkan profesionalisme individu melalui kemahiran yang ditunjukkan dan pengetahuan yang dibincangkan secara lebih jelas. Manakala, pemindahan pengetahuan dan kemahiran bagi KoP yang dibina dalam talian ataupun maya, dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan aplikasi Web 2.0. Namun, perjumpaan secara bersemuka antara ahli-ahli KoP dalam talian perlu supaya wujud kepercayaan dan keyakinan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran masing-masing.

Hasil sorotan literatur yang dijalankan mendapati bahawa perbezaan yang terdapat antara pelaksanaan komuniti pengamal di negara-negara Barat dan Asia adalah berkaitan dengan budaya. Budaya masyarakat Asia yang mementingkan kesopanan, kehormatan dan kesedaran hierarki menyebabkan wujud batasan untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran di antara ahli komuniti. Manakala budaya masyarakat Barat yang lebih bersifat terbuka menyebabkan mereka bebas untuk mengeluarkan pendapat mereka dan menunjukkan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada ahli komuniti. Oleh itu, bagi mengatasi perbezaan ini maka hubungan rapat di antara ahli-ahli KoP yang dibentuk perlu dibina sebelum sesuatu topik dibincangkan secara lebih mendalam atau sebelum suatu tugas dilaksanakan dalam KoP. Hubungan rapat ini boleh dibina dengan melaksanakan perjumpaan atau aktiviti tidak formal antara ahli-ahli komuniti. Hubungan rapat atau

interpersonal dilihat dapat mengurangkan sebahagian pengaruh negatif daripada beberapa karakter budaya masyarakat.

(8)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 656

tahap keterbukaan seseorang individu dalam berkongsi pengetahuan, namun ia tidak bermakna masyarakat Asia tidak boleh mendapat manfaat daripada KoP.

Akhir sekali, motivasi merupakan elemen yang diperlukan untuk membina komuniti pengamal yang berkesan. Elemen motivasi yang dibahagikan kepada dua iaitu motivasi dari ahli komuniti dan motivasi dari organisasi dilihat menjadi pemangkin kepada semangat ahli-ahli komuniti pengamal untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam komuniti. Prestasi yang cemerlang dalam komuniti pengamal pastinya membawa kesan positif kepada organisasi dan juga perkembangan profesionalisme individu dalam KoP tersebut. Sorotan literatur mendapati bahawa wujud sedikit perbezaan motivasi dari organisasi yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur teknologi dan komunikasi antara Asia dan Barat. Masalah kelajuan internet yang terhad di beberapa negara Asia telah menyebabkan keterbatasan penglibatan ahli komuniti terhadap KoP yang dibentuk dalam talian. Namun, masalah ini dapat diatasi jika pihak organisasi menambah baik infrastruktur teknologi dan rangkaian sedia ada bagi merangsang motivasi ahli komuniti maya. Selain itu, masalah ini juga tidak menjadi halangan kepada KoP yang dibentuk dalam talian jika ahli komuniti dalam talian sentiasa mengadakan perjumpaan secara bersemuka bagi membincangkan sesuatu topik dan melaksanakan tugas yang diberikan bersama-sama.

7.Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pelaksanaan komuniti pengamal di negara-negara Barat dan Asia dapat dilaksanakan dengan mengikut konteks dan keperluan organisasi. Malah halangan untuk melaksanakan komuniti pengamal berkesan yang berkaitan dengan budaya masyarakat dapat diatasi jika ahli-ahli komuniti dan pihak organisasi menolak unsur-unsur negatif yang berkaitan dan membina hubungan interpersonal yang kuat antara ahli-ahli komuniti. Motivasi yang diberikan oleh ahli komuniti dan organisasi terhadap pelaksanaan komuniti pengamal pastinya memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan profesionalisme individu dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi.

Rujukan

Alexander Ardichvili, Vaughn Page & Tim Wentling. (2003). Motivation and Barriers to Participation in Virtual Knowledge-Sharing Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 7(1): 64 – 77.

Alexandre Ardichvili et al. (2006). Cultural Influences On Knowledge Sharing Through Online Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 10(1): 94 – 107.

Allan Macpherson & Elena Antonacopoulou. (2013). Translating Strategy into Practice: The role of Communities of Practice. Journal of Strategy and Management, 6(3): 265 – 285.

Analisa Hamdan et al. (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika Journal.

5(1): 51–59.

Andrew Schenkel & Robin Teigland. (2008). Improved Organizational Performance Through Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 12(1): 106 – 118.

Bridget A. Kriner et al. (2015). From Students to Scholars: The Transformative Power of Communities of Practice. Adult Learning Journal, 26(2): 73-80.

Colm Fearon et al. (2012). Using Student Group Work in Higher Education to Emulate Professional Communities of Practice. Education Plus Training Jurnal, 54(2/3): 114 – 125.

Diane Bandow & Joseph T Gerweck. (2015). Support Your Local Communities of Practice. Development and Learning in Organizations: An International Journal, 29(5): 7 – 9.

Enrico Scarso, Ettore Bolisani & Luigi Salvador. (2009). A Systematic Framework for Analysing The Critical Success Factors of Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 13(6): 431 – 447.

Eric C.K. Cheng & John C.K. Lee. (2014). Developing Strategies for Communities of Practice. International Journal of Educational Management, 28(6): 751 – 764.

Hamid Nemati, Jeffrey D. Wall, Anthony Chow. (2014). Privacy Coping and Information-Sharing Behaviors in Social Media: A Comparison of Chinese and U.S. Users. Journal of Global Information Technology Management, 17(4): 228-249.

Hsiu-Ling Chen, Hsueh-Liang Fan & Chin-Chung Tsai. (2014). The Role of Community Trust and Altruism in Knowledge Sharing: An Investigation of a Virtual Community of Teacher Professionals. Educational Technology & Society, 17 (3): 168–179.

Jamal A. Nazari. (2011). Organizational Culture, Cimate and IC: An Interaction Analysis. Journal of Intellectual Capital, 12(2): 224-248. Jeff Jawitz. (2009). Academic Identities and Communities of Practice in A Professional Discipline. Teaching in Higher Education, 14(3):

(9)

International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 657

Jin Tong & Amit Mitra. (2009). Chinese Cultural Influences on Knowledge Management Practice. Journal of Knowledge Management, 13(2): 49 – 62.

Kala S. Retna & Pak Tee Ng. (2011). Communities of Practice: Dynamics and Success Factors. Leadership & Organization Development Journal, 32(1): 41 – 59.

Katja Pastoors. (2007). Consultants: Love-Hate Relationships with Communities of Practice. The Learning Organization Jurnal, 14(1): 21 – 33.

Khalid, F., Joyes, G., Ellison, L. & Daud, M.D.. (2014). Factors Influencing Teachers’ Level of Participation in Online Communities.

International Education Studies, 7(13): 24-32.

Khalid, F., Joyes, G., Ellison, L. & Karim, A.A.. (2013). Teachers' Involvement in Communities of Practice: An Implication with Regard

to the Current Approach of Teachers’ Professional Development in Malaysia. Asian Social Science, 9(16); 102-111.

Khalid, F.. (2015). The Dimensions of Identities and its Roles in Shaping Teachers’ Effectiveness. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(3): 306-314.

Maria Antonietta Impedovo & Amelia Manuti. (2016). Boundary Objects as Connectors Between Communities of Practices in The Organizational Context. Development and Learning in Organizations: An International Journal, 30(2): 7 – 10.

Nicolae Nistor, Beate Baltes & Monika Schustek. (2012). Knowledge Sharing and Educational Technology Acceptance in Online Academic Communities of Practice. Campus-Wide Information Systems, 29(2): 108 – 116.

P. Bates & W. O’Brien. (2013). ‘It’s More Than Stick and Rudder Skills’: An Aviation Professional Development Community of

Practice. Teaching in Higher Education, 18(6): 619-630.

Patricia Brouwer et al. (2012). Communities of Practice in The School Workplace. Journal of Educational Administration, 50(3): 346 – 364.

Penny Singh. (2011). Oral Assessment: Preparing Learners for Discourse in Communities of Practice. Syst Pract Action Res, 24: 247– 259.

Peyman Akhavan et al. (2015). Identifying The Success Factors of Communities of Practice (CoPs). VINE, 45(2): 198 – 213. Pnina Fichman, Madelyn R. Sanfilippo. (2013). Multiculturalism and Information and Communication Technology. Synthesis Lectures

on Information Concepts, Retrieval, and Services, 5(5): 1-101.

Sarah S. List, Jane Warland & Colleen Smith. (2015). The Challenges of Creating An Online Undergraduate Community of Practice.

Journal of Applied Research in Higher Education, 7(1): 99 – 112.

Steffen Kanzler et al. (2012). Knowledge Sharing in Academic R&D Collaborations: Does Culture Matter?. Journal of Chinese Entrepreneurship, 4(1): 6-19.

Stefano Borzillo, Achim Schmitt & Mirko Antino. (2012). Communities of Practice: Keeping The Company Agile. Journal of Business Strategy, 33(6): 22 – 30.

Sidney Weil et al. (2013). Using Asynchronous Discussion Forums To Create Social Communities of Practice in Financial Accounting.

Pacific Accounting Review, 25(1): 30 – 57.

Suchul Lee, Euiho Suh & Modeum Lee. (2014). Measuring The Risk of Knowledge Drain in Communities of Practice. Journal of Knowledge Management, 18(2): 382 – 395.

Suhwan Jeon, Young-Gul & Kim Joon Koh. (2011). An Integrative Model for Knowledge Sharing in Communities-of-Practice. Journal of Knowledge Management, 15(2): 251 – 269.

Thang Siew Ming, Hazita Azman & Lee Yi tSim. (2012). Menjejaki Perkembangan Komuniti Pengamal dalam Kalangan Guru Sekolah Bestari. Malaysian Journal of Communication, 28(2): 73-94.

Thibaut Bardon & Stefano Borzillo. (2016). Communities of Practice: Control or Autonomy?. Journal of Business Strategy, 37(1): 11 – 18.

Victoria L. O'Donnell & Jane Tobbell. (2007). The Transition of Adult Students to Higher Education: Legitimate Peripheral Participation in a Community of Practice?. Adult Education Quarterly, 57(4): 312-328.

Wei Zhang & Stephanie Watts. (2008). Online Communities As Communities of Practice: A Case Study, Journal of Knowledge Management, 12(4): 55 – 71.

Wenger, E. (1998). Communities of practice: Learning, meaning and identity. Cambridge: Cambridge University Press.

Referensi

Dokumen terkait

 pembentukan Berdasarkan Keputusan Lurah/Kepala Desa Jumlah pengurus 24 orang.. Alamat kantor

Pelayanan gizi rawat Jalan merupakan pelayanan gizi yang dimulai dari proses pengkajian gizi, diagnosis gizi, intervensi gizi meliputi penyuluhan/ edukasi dan

Berdasarkan fakta-fakta yang telah penulis gambarkan tersebut, jelas dalam penegakan hukum yang dilakukan oleh institusi peradilan pidana di Indonesia masih kental

Koefisien jalur (ρ) adalah koefisien regresi standar yang menunjukkan pengaruh langsung dari suatu variabel bebas terhadap variabel tergantung dalam suatu model

Populasi yang digunakan dalam penelitian ini adalah seluruh perusahaan BUMN yang terdaftar di BEI (Bursa Efek Indonesia) periode 2015-2018. Dalam pengambilan sampling

Berikut kami umumkan peserta yang dinyatakan lulus seleksi tes psikoloig calon pegawai Bank BTN dengan data sebagai berikut

Kebijakan tarif penjaminan Kredit Usaha Rakyat (KUR) yaitu Peraturan Menteri Keuangan Republik Indonesia Nomor 105/PMK.05/2015 Tentang Cara Pelaksaanaan Imbal

Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, dapat ditunjukkan bahwa aplikasi yang dibangun dapat diaplikasikan pada penggunaan yang lebih luas, yaitu untuk memberikan edukasi