• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Pengajaran Ibadat Haji kepada Ora

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kaedah Pengajaran Ibadat Haji kepada Ora"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Kaedah Pengajaran Ibadat Haji kepada Orang Awam Amran bin Mat Arriffen

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Mohd Isa bin Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Aderi bin Che Noh Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunai oleh setiap individu muslim yang berkemampuan. Selain daripada kesihatan yang mengizinkan dan perbelanjaan yang mencukupi, bakal haji perlu mempersiapkan diri dengan ilmu manasik haji dengan sebaiknya. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membincangkan kaedah pengajaran ibadat haji kepada orang awam yang berpandukan Modul Bimbingan Haji Bersepadu. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk bahan-bahan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas kerja seminar, surat dan laman web yang berkaitan dengan kajian. Kajian mendapati pengajaran ibadat haji kepada orang awam dijalankan oleh pengkursus yang bertauliah dan mempunyai kemahiran dalam manasik haji. Kajian ini juga mendapati pengkursus menggunakan kaedah pengajaran bersesuaian dengan orang awam yang mempunyai pelbagai latar belakang iaitu kaedah syarahan, kuliah, penerangan, bercerita, dialog, perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, demonstrasi dan simulasi. Kursus haji yang dijalankan oleh Bahagian Bimbingan Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji sangat membantu orang awam untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima dengan sempurna. Implikasinya, kajian ini dapat memberi input penting bagi meningkatkan lagi kualiti bimbingan haji khususnya daripada aspek kaedah pengajaran.

KATA KUNCI: Kaedah Pengajaran, Tabung Haji, Ibadat Haji, Kursus Haji

Pengenalan

(2)

bertanggungjawab untuk mengadakan program pembangunan jemaah haji yang melibatkan orang awam di seluruh Malaysia. Bagi melaksanakan program ini, satu Modul Bimbingan Haji Bersepadu (MBHB) telah disediakan melalui empat kursus yang dijalankan iaitu Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH) dan Kursus Perdana Haji (KPH) (www.tabunghaji.gov.my/bimbingan).

MBHB yang digunakan untuk bimbingan haji kepada orang awam mengandungi tiga bahagian penting iaitu Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Bahagian Ibadat Haji merangkumi topik-topik berikut iaitu Falsafah dan Penyucian Jiwa, Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci dan Kelebihan, Pengenalan Haji dan Umrah, Rukun Haji, Wajib Haji, Aurat dan Izin Suami, Ibadat Umrah dan Niat Bersyarat, Taharah dan Solat, Permasalahan Darah Wanita, Tawaf Wada’ dan Ziarah Madinah dan Amali Ibadat Haji. Modul KAH mula dilaksanakan pada tahun 2014. Hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (JAKIM-TH) Bil.2. 1435H pada 27 hingga 30 Disember 2013 yang meluluskan modul tersebut. Objektif KAH dilaksanakan ialah untuk memberi pendedahan dan panduan ibadat haji dan umrah kepada bakal haji serta perkara berkaitan dengan pengurusan haji dan penjagaan kesihatan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan persediaan awal sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci dan seterusnya membantu mereka mendapat haji mabrur (www.tabunghaji.gov.my/bimbingan).

(3)

Kerangka Konsep

Kaedah bermaksud suatu langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran pula bermaksud segala aktiviti yang dilakukan oleh seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal dalam diri orang lain. Secara umumnya kaedah pengajaran adalah suatu proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu (Abd. Rahim 2002). Kaedah pengajaran seperti syarahan, kuliah, soal jawab, bercerita, lakonan, penerangan, perbincangan dan sebagainya. Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya. Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya (Lembaga Tabung Haji 2015). Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa kaedah pengajaran ibadat haji adalah suatu proses yang disusun secara sistematik dalam menyampaikan ilmu, kefahaman dan permasalahan ibadat haji kepada masyarakat. Ianya merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana tidak akan sempurna ibadat haji seseorang tanpa ilmu mengenainya. Oleh itu, kaedah pengajaran merupakan salah satu kompenan penting untuk mencapai objektif kursus haji.

Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air

Kursus haji kepada orang awam dikendalikan oleh pengkursus bertauliah yang dilantik oleh Bahagian Bimbingan Tabung Haji. Sebelum mereka mengendalikan kursus ini, PEKTA perlu mendapatkan tauliah mengajar dan ceramah daripada pejabat-pejabat mufti negeri. Kemudian mereka dikehendaki menghadiri temuduga yang dikendalikan oleh Bahagian Bimbingan untuk mendapatkan Kad Tauliah Mengajar Haji dan Umrah. Kad ini akan diberikan setelah mereka berjaya dalam ujian bertulis dan ujian lisan, menghadiri Kursus Training of Trainers (TOT) Pengkursus Baharu, Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah dan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan. Bagi memastikan setiap PEKTA dapat melalui proses pembelajaran berbentuk akademik secara sistematik dan berkesan untuk membimbing jemaah haji, satu program usahasama antara Tabung Haji dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diperkenalkan pada tahun 2009 iaitu Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH).

(4)

kandungan modul ibadat haji dengan baik supaya penyampaian lebih berkesan dan menyakinkan peserta. Mereka berperanan untuk menjelaskan kepada peserta sehingga mereka mampu menggambarkan kronologi perjalanan haji ini dengan baik. PEKTA berperanan seperti seorang guru, di mana mereka hendaklah menghayati konsep muallim, muaddib dan murabbi dalam kursus ibadat haji (Othman 2016). Oleh itu, seseorang pengkursus bertanggungjawab menyampaikan ilmu, maklumat dan hikmah, pada masa yang sama mereka berperanan untuk membentuk akhlak para peserta kursus dengan akhlak Islamiah dan sifat mahmudah. Proses ini dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga terbentuknya jiwa hamba yang taat dan berjaya di dunia dan akhirat. Inilah persiapan awal yang perlu ditekankan oleh PEKTA dalam PdP ibadat haji sebelum jemaah ke Tanah Suci.

PEKTA sebagai pembimbing haji, mereka perlu memiliki personaliti cemerlang iaitu ikhlas dalam menjalankan tugas, mempunyai sikap untuk memajukan diri, bekerjasama sebagai satu pasukan, mengutamakan pelanggan, mempunyai sifat kreativiti dan inovasi, akuantibaliti dan cintakan ilmu (Othman 2016). Mereka dilarang daripada membuat sebarang bentuk promosi dan janji syarikat semasa memberi ceramah (Surat Pelantikan Pengkursus KAH 2016). Selain daripada mempunyai personaliti cemerlang, PEKTA juga menguasai ilmu metodologi pengajaran agar penyampaiannya lebih berkesan dan dapat menarik minat orang ramai menghadiri KAH yang dijalan secara terbuka di masjid-masjid terpilih. Oleh itu, PEKTA telah didedahkan dengan pembelajaran dewasa iaitu berdasarkan teori andragogi. Menurut Othman (2016) para peserta hendaklah mengetahui kepentingan kursus ibadat haji ini kepada mereka, peranan PEKTA dan peserta dalam proses pembelajaran ini. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan fokus peserta kepada PdP ibadat haji.

Kaedah Pengajaran Ibadat Haji

(5)

menghasilkan PdP ibadat haji yang menarik, setiap PEKTA perlu memahami konsep ini dan mampu mengaplikasikannya dengan menggabungkan ketiga-tiganya sekaligus (Othman 2016). Antara kaedah yang sering digunakan oleh PEKTA dalam kursus haji:

i. Kaedah Syarahan, Kuliah dan Penerangan

Selama empat bulan KAH diadakan di masjid-masjid terpilih seluruh Malaysia. Ianya dikendalikan oleh PEKTA secara mingguan. Dalam kursus ini, PEKTA menggunakan kaedah syarahan, kuliah dan penerangan kepada peserta. Menurut Kamarul (2007) kaedah pengajaran ini lebih banyak melibatkan guru dalam memberikan huraian dan penjelasan kepada pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk menyampaikan sesuatu pengajaran kepada pelajar supaya dapat merangsang mereka, menjelas dan membuat rumusan pelajaran, membuat penelitian dan ulang kaji, mengembangkan isi pengajaran dan menyampaikan maklumat yang telah dirancang. Atan Long (1980) menjelaskan bahawa guru dianggap sebagai individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar sebagai individu yang tidak mengetahui apa-apa. Ini menunjukkan kepada kita bahawa guru mempunyai pengetahuan yang luas manakala pelajar boleh diibaratkan sebagai ‘tin yang kosong’. Melalui kaedah ini, pelajar mendengar pengajaran guru, mencatat nota dan memikir semula isi pengajaran selepas pengajaran. Dalam kursus haji, pesertanya terdiri daripada orang awam yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan. Oleh itu, PEKTA perlu merancang pengajarannya dengan baik supaya objektif kursus tercapai.

Kebanyakan PEKTA menggunakan kaedah syarahan, kuliah dan penerangan dalam semua tajuk Modul Bersepadu Ibadat Haji. Kaedah ini sesuai untuk orang awam dewasa yang sentiasa terdedah dengan kaedah syarahan dan kuliah di masjid atau surau. Setiap minggu kursus haji bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi. Pengajaran dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dan sesi kedua pada pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. PEKTA akan memulakan sesi pengajaran dengan ucapan talbiah beramai-ramai. Kebiasaannya PEKTA sendiri yang memimpin ucapan talbiah dan terdapat juga PEKTA yang menggunakan bahan bantu mengajar seperti video semasa mengucapkan talbiah. Seterusnya PEKTA menerangkan sesuatu tajuk dengan merujuk kepada power point yang telah disediakan dan para peserta dibekalkan dengan Buku Nota KAH sebagai rujukan semasa PdP.

(6)

kursus iaitu Falsafah dan Penyucian Jiwa, Pengenalan Haji dan Umrah, Rukun Haji, Wajib Haji, Aurat dan Izin Suami, Ibadat Umrah dan Niat Bersyarat, Taharah dan Solat, Permasalahan Darah Wanita dan Tawaf Wada’ dan Ziarah Madinah. Namun begitu, PEKTA bukan hanya bergantung kepada satu kaedah sahaja, kaedah pengajaran dipilih mengikut kesesuaian tajuk.

ii. Kaedah Bercerita

PEKTA banyak menggunakan kaedah bercerita semasa membincangkan tajuk Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci dan Kelebihan. Kaedah ini merupakan salah satu teknik yang mampu menerapkan aspek pembangunan insan. Malah keadah ini adalah antara cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia melalui cerita atau kisah para Rasul dan Anbia' seperti kisah Nabi Yusuf a.s., Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan sebagainya. Dalam al-Quran juga diceritakan tentang kisah Ashabul Kahfi, Iskandar Zulkarnain dan Lukman al-Hakim (Kamarul 2007). Oleh itu dalam KAH, PEKTA menggunakan kaedah ini untuk menceritakan tentang sejarah Nabi Adam dan Hawa, Tanah Haram Mekah, Kaabah dan Masjidil Haram, Peristiwa Nabi Ibrahim, Hajar, Nabi Ismail dan air zam-zam, sejarah Masya’ir haji iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina dan sirah perjalanan haji Rasulullah saw berdasarkan kepada peristiwa Hajjatul Wada’. Pengajaran daripada cerita-cerita ini dapat dirumuskan agar para jemaah haji menjaga adab-adab di Tanah Suci, memanfaatkan kelebihan berada di Tanah Suci sebagai tetamu Allah dan khusyuk dalam beribadat kepada Allah (Lembaga Tabung Haji 2014).

iii. Kaedah Dialog, Perbincangan dan Soal Jawab

Seterusnya dalam membicarakan soal hukum hakam haji dan umrah. Kaedah dialog dan perbincangan melalui soal jawab. Kaedah soal jawab bersifat dua hala iaitu soalan daripada pengkursus kepada peserta dan sebaliknya. Sesi soal jawab kebiasaannya diadakan pada bahagian akhir pengajaran, namun para peserta tidak dihalang untuk mencelah bagi mengemukakan sebarang soalan semasa penerangan disampaikan. Kamarul (2007) menjelaskan tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi antara guru dan murid. Sebagaimana yang diketahui, kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Keadaan ini dapat membuatkan seseorang itu menumpukan perhatian fikirannya terhadap apa yang sedang diingati.

(7)

jelas tentang sesuatu isu yang dibangkitkan, PEKTA boleh memohon keizinan untuk menjawabnya pada sesi akan datang. PEKTA boleh merujuk persoalan tersebut dalam buku Soal Jawab Haji dan Umrah yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. PEKTA juga digalakkan menjadi ahli dalam kumpulan whatsapp dan telegram PEKTA untuk memudahkan mereka membuat rujukan kepada ahli kumpulan tersebut.

Antara tajuk-tajuk yang banyak menimbulkan kekeliruan hukum-hakam ialah berkenaan dengan Rukun dan Wajib Haji, Larangan Semasa Ihram dan Dam dan Permasalahan Darah Wanita. Kebiasaannya tajuk berkaitan dengan pemasalahan darah wanita dan isu-isu wanita dikendalikan oleh PEKTA wanita. Kadang-kala kaedah soal jawab dilakukan secara bersemuka antara PEKTA dengan beberapa orang peserta yang musykil selepas sesi pengajaran. Soal jawab secara bersemuka lebih berkesan dan memberi kepuasan kepada peserta. Soal jawab merupakan salah satu kaedah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dengan malaikat Jibril dalam usaha menyampaikan pengajaran agama kepada para sahabat. Ianya sangat berkesan kerana hanya menfokuskan kepada topik yang kurang jelas sahaja.

iv. Kaedah Tunjuk Cara dan Demonstrasi

Keberkesanan pengajaran akan dicapai apabila PEKTA mempelbagaikan kaedah penyampaian terutamanya apabila berhadapan dengan peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang dan usia. Sesetengah tajuk tidak memadai disampaikan dalam bentuk syarahan semata-mata, bahkan ia perlu kepada kaedah lain yang lebih berkesan. Oleh itu, kaedah tunjuk cara atau demonstrasi digunakan oleh PEKTA dalam kursus haji untuk mengajar cara-cara memakai kain ihram dengan betul, cara-cara solat hormat waktu, berwuduk menggunakan spray, tayammum dan cara-cara melontar di jamrah. Menurut Azizi (2008) kaedah demonstrasi merupakan teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor. Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara yang dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat.

(8)

sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Apabila sesuatu demontrasi ditunjukkan dengan cara yang berkesan, maka para pelajar akan dapat meniru perilaku guru tadi, dan kaedah ini juga boleh dipanggil ‘peniruan pasif’(Abdul Rahim dan Mohd Zawawi 2011).

v. Kaedah Simulasi

Kaedah yang sangat penting dan berkesan dalam kursus haji sama ada KAH, KIH atau KPH ialah simulasi. Kaedah ini adalah merupakan satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan para peserta melakukan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suasana yang terancang (Norzihan 2009). Keadaan yang diwujudkan sama dengan situasi sebenar dan ianya bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan melakukan pembelajaran melalui aktiviti lakonan secara teratur dan dikawal. Lazimnya kaedah pengajaran jenis simulasi ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan membina sifat positif pada peserta (Azizi 2008).

Menurut Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1981) simulasi dinyatakan sebagai satu teknik PdP di mana murid-murid mengajuk dan melakukan sesuatu secara pura-pura, tetapi dalam keadaan tersusun. Perkara-perkara yang boleh diajukkan atau dilakukan secara pura-pura ada1ah seperti sesuatu peristiwa, masalah dan situasi dalam konteks yang sebenar. Simulasi boleh menunjukkan keadaan yang berbagai-bagai seperti yang terdapat dalam kehidupan manusia atau situasi sebenarnya. Dalam pengajaran haji, PEKTA akan melakukan simulasi haji bermula daripada niat Ihram sehingga urusan haji selesai iaitu tahallul. Model Kaabah disediakan untuk melakukan tawaf tujuh pusingan, tempat sa’ie antara Bukit Safa ke Bukit Marwah ditandakan dengan lampu hijau untuk berlari anak-anak, lokasi seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina disusun kedudukannya bagi memudahkan pergerakan jemaah pada hari-hari haji. Para peserta juga melakukkan simulasi melontar dengan anak-anak batu di ketiga-tiga jamrah yang telah disediakan.

Implikasi Kaedah Berkesan Dalam Pengajaran

(9)

yang pelbagai dan bilangan peserta yang terlalu ramai. Oleh itu, kaedah syarahan, kuliah, penerangan dan soal jawab masih relevan dan penambahbaikan dilakukan dengan penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti power point yang seragam seluruh Malaysia. Tujuannya adalah untuk memastikan bakal jemaah haji Malaysia mendapat input yang sama walaupun berada di negeri yang berbeza. Ianya juga dapat dapat mengelak PEKTA daripada meleret semasa penyampaian dan tidak fokus kepada tajuk yang meyebabkan peserta jemu. Sehubungan itu, jemaah haji Malaysia sentiasa mendapat pujian daripada Kerajaan Arab Saudi atas sikap dan disiplin yang baik ditunjukkan sepanjang musim haji.

Penyampaian PEKTA yang berkesan dengan kaedah pengajaran yang menarik banyak mempengaruhi pemahaman peserta kursus haji. Selain daripada kaedah yang digunakan, PEKTA juga menguasai kandungan MBHB dengan baik supaya penyampaian lebih jelas dan menyakinkan peserta. PEKTA berperanan untuk menjelaskan kepada peserta sehingga mereka mampu menggambarkan kronologi perjalanan haji ini dengan jelas. Tidak dinafikan bahawa kaedah yang digunakan tidak dapat memenuhi sepenuhnya kehendak pengajaran. Terdapat peserta daripada warga emas yang sukar untuk menguasai ilmu-ilmu haji disebabkan faktor usia. Oleh itu, Bahagian Bimbingan mengadakan ujian penilaian untuk mengukur kefahaman peserta yang terpilih untuk menunaikan haji. Bagi mereka yang gagal dalam ujian tersebut, KKH diadakan untuk mereka dalam kumpulan yang kecil iaitu 10 hingga 20 peserta. Kaedah pengajaran yang sama digunakan dalam kursus ini, cuma pendekatannya adalah berbeza kerana dalam kumpulan yang kecil. PEKTA berusaha memahami permasalahan yang dihadapi oleh setiap peserta dan kaedah soal jawab dan dialog lebih banyak digunakan dalam PdP.

Kesimpulan

(10)

penambahbaikan dari aspek kreativiti dan inovasi PEKTA perlu dilakukan supaya orang ramai tidak jemu untuk mengikuti kursus haji yang diadakan setiap tahun dengan kandungan yang sama. Justeru, latihan pengajaran kepada PEKTA perlu ditingkatkan lagi supaya selari dengan perkembangan semasa dan citarasa jemaah masa kini.

Rujukan

Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002. Kemahiran berfikir merentasi kurikulum: Pendekatan pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Abdul Rahim Hamdan dan Mohd Zawawi Ismail. 2011. Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan dan Alatan dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational Volume 3 Sept.: 14-32.

Atan Long. 1980. Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Azizi Yahaya dan Chu Siew Pang. 2008. Kaedah Pengajaran Guru Dalam Penggunaan Alatan Tangan. Sekudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1981. Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaga Tabung Haji. 2015. Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah. Kuala Lumpur: Bahagian Bimbingan Jabatan Haji.

Lembaga Tabung Haji. 2014. Modul Kursus Asas Haji Musim Haji 1435H. Kuala Lumpur: Bahagian Bimbingan Jabatan Haji.

Lembaga Tabung Haji.2015. Nota Kursus Asas Haji. Kuala Lumpur: Bahagian Bimbingan Jabatan Haji.

Lembaga Tabung Haji. 2013. Soal Jawab Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah. Kuala Lumpur: Bahagian Bimbingan Jabatan Haji.

Norzihan binti Zakaria. 2009. Penggunaan Teknik Simulasi dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar dalam Mata pelajaran Sejarah. SMK Sri Tapah.

Othman Ab. Rahman. 2016. “Kaedah Pengajaran Berkesan Pembimbing Ibadat Haji dan Umrah”. Kertas kerja Kursus Sijil Pembimbing Ibadat Haji, 28 Mei hingga 2 Jun 2016, USIM.

(11)

Surat Pelantikan Pengkursus Kursus Asas Haji (KAH) 1438H Untuk Negeri/ Daerah Wilayah Pesekutuan. 8 Disember 2016.

Referensi

Dokumen terkait

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

dinamakan sel rizoid, sedang sel anteridial membelah beberapa kali membentuk gametofit yang hanya terdiri dari beberapa sel, dimana 2 atau empat sel di tengah menjadi sel

Dengan kata lain, kebudayaan adalah segala hal yang menyangkut kehidupan manusia, termasuk aturan atau hukum yang berlaku dalam masyarakat, hasil-hasil yang dibuat

keberhasilan yang dicapai, baik dari ketercapaian materi ajar maupun kemahiran berbahasa yang diharapkan. Penelitian ini dilaksanakan untuk mendapatkan data terkait

Untuk membantu masyarakat dalam mendonasikan buku dan kertas bekas , di penelitian ini akan dibangun sebuah sistem informasi donasi buku berbasis web dengan proses crowdfunding

Tinggi rendahnya nilai kalor disebabkan oleh karbonisasi yang dilakukan pada bahan baku pembuatan briket yaitu sekam padi menjadi arang sekam padi.. Dengan adanya

Dalam teori Evaluasi Model William N Dunn kecukupan dapat berarti seberapa jauh pencapaian hasil yang diinginkan memecahkan masalah , jika dikaitkan dengan

Pengolahan data dilakukan untuk mengetahui tingkat kemampuan siswa menyelesaikan permasalahan matematika pada materi kubus dan balok di kelas V SD Negeri 70 Banda Aceh