• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI EDMODO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN EKONOMI STPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "APLIKASI EDMODO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN EKONOMI STPM"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

633

APLIKASI EDMODO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN EKONOMI STPM

Norafza Bt Abd Rashid* & Nor Aishah Bt Buang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan secara lebih mendalam penyesuaian aplikasi Web versi 2.0 (Edmodo) dalam proses pembelajaran dan pengajaran ke atas mata pelajaran Ekonomi STPM. Aplikasi Edmodo ke dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dengan meningkatkan motivasi pelajar untuk menjalani proses pembelajaran kendiri. Beberapa perkara utama akan dibincangkan dalam bahagian awal kertas konsep ini iaitu latar belakang berkenaan pencapaian mata pelajaran Ekonomi yang agak rendah serta beberapa faktor penyumbangnya dan tahap efikasi guru ke atas penggunaan bahan media sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan. Aplikasi Edmodo sebagai bahan bantu mengajar dilihat mampu meningkatkan tahap motivasi pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Melalui aplikasi Edmodo ini, guru akan memuat naik semua bahan pembelajaran pelajar berkaitan seperti nota, latihan dan soalan ujian untuk diakses oleh para pelajar. Justeru, aplikasi Edmodo dalam proses pembelajaran dan pengajaran di harap akan dapat memberi perspektif baru dalam kalangan pendidik untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih kreatif dan menarik. Seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi STPM dan akan menghasilkan prestasi akademik yang lebih baik.

Kata kunci: aplikasi Web versi 2.0, pembelajaran dan pengajaran Ekonomi STPM, penggunaan bahan media, perspektif baru.

1.0 PENGENALAN

Internet merupakan medium pemudahcara dalam membantu pengguna memperoleh maklumatdi mana ia membantu pengguna dari segi memendekkan masa, mengurangkan kos,meningkatkan keberkesanan dan kelancaran dalam melaksanakan tugas dan pencarianmaklumat. Secara tidak langsung, ciri-ciri tersebut telah menyumbang kepada popularitipenggunaan sistem secara atas talian. Potensi dalam pembangunan internet ini juga telahmenyumbang kepada terbentuknya komuniti secara atas talian (online community), yangmembolehkan individu saling berkomunikasi dan berkongsi maklumat dan keperluan (Wu dan Chang, 2005). Mengikuti perkembangan internet pada masa sekarang telah membawa kita pada dimensi baru kepada aplikasi web versi 2.0.yang membolehkan interaksi dua hala berlaku di antara pengguna.

Begitu juga dalam dunia pendidikan, arus perubahan ini telah cubadiserap dengan baik oleh warganya. Penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran telah didorong oleh konsep ‗openeducational resources‟ di mana

(2)

634

maklumat serta aplikasi adalah percuma untuk digunakan tanpakekangan kecuali terdapat pakej khusus yang perlu dibayar oleh pengguna. Konsep

‗openeducational resources‟ ini sememangnya direkabentuk supaya interaksi antara individu dalamalam maya lebih tersusun dan mudah.

Konsep ‗open educational resources‟ juga dikenali sebagai konsep

„blended learning‟ atau gabungan pembelajaran. Gabungan pembelajaran menyokong pendidikan berasaskan kompetensi dalam sekurang-kurangnya empat cara rangkuman. Pertama, talian boleh menawarkan kontinum pembelajaran bersama pelajar-pelajar yang boleh dijalankan pada kadar yang fleksibel. Kedua, apabila pelajar-pelajar belajar melalui pembelajaran dalam talian, ujian boleh berlaku ‘ondemand’— iaitu apabila pelajar-pelajar yang bersedia untuk membuat penilaian, tidak sebelum atau selepas.Ketiga, talian boleh dikerahkan dengan cara yang lebih modular daripada pengajaran bersemuka tradisional, yang seterusnya menawarkan pelajar berbilang laluan untuk penguasaan, berbanding satu pengajaran atau buku teks. Akhir sekali, gabungan pembelajaran boleh menyokong sistem sekolah yang cuba untuk mengambil pendidikan berasaskan kompetensi pelajar untuk menyediakan alat-alat untuk memperibadikan pembelajaran bagi setiap pelajar (Freeland 2014).

Justeru itu, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mendemokrasikan pendidikan, golongan pendidik sewajarnya mengambi peluang aplikasi Web 2.0 ini untuk kekal berhubung serta berinteraksi dengan pelajar walaupun di luar waktu persekolahan. Cara pembelajaran ini sesuai untuk golongan pelajar lebih dewasa yang lebih berdisiplin dalam penggunaan waktu pembelajaran dan mempunyai kemudahan peralatan dan perisisan untuk pembelajaran mereka.

2.0 LATAR BELAKANG

Pelajar prauniversiti, adalah mereka yang matang, berumur 18 hingga 19 tahun yang akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk membolehkan mereka memasuki universiti. Antara subjek di dalam peperiksaan STPM ialah subjek Ekonomi. Subjek Ekonomi STPM merupakan mata pelajaran yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar di peringkat prauniversiti. Mereka sering menghadapi kesukaran dalammemahami konsep

(3)

635

yang terlalu abstrak, menganalisis data statistik dan menghurai keluk (Yin 2008:

Maznah Md.Yusoff & Zainon Masri 2006). Kemahiran memahami teori ekonomi serta elemen matematik, telah menjadikan mata pelajaran Ekonomi sebagai mata pelajaran yang tidak diminati dan menunjukkan pencapaian yang rendah dalam peperiksaan. Kajian lampau juga menunjukkan keadaan seperti ini turut berlaku di luar negara. Kajian Johnston, James, Lye dan Mc Donald (2000) juga mendapati bahawa mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar sekolah menengah dan universiti di Melbourne, Australia.

Walaupun sukatan mata pelajaran ini telah melalui beberapa proses penggubalan semula bagi memastikan isi kandungan dan nilai yang cuba diterapkan mampu seiring dengan tuntutan semasa dunia pendidikan dan menyerap arus globalisasi namun pencapaiannya masih lemah berbanding mata pelajaran yang lain. Kali terakhir proses penggubalan semula sukatan mata pelajaran ini adalah pada tahun 2012 seiring dengan transformasi Sistem Modular yang menggantikan Sistem Terminal yang berkuat kuasa pada tahun 2013 (MPM 2012). Berdasarkan analisis pencapaian peperiksaan STPM tahun 2012, mata pelajaran Ekonomi hanya mencapai peratusan lulus sebanyak 45.14% sahaja dengan nilai PNGK hanya 1.46. Peratusan lulus ini adalah semakin menurun berbanding peratusan lulus pada tahun 2011 sebanyak 46.16% iaitu merosot 1.02% dengan nilai PNGK juga merosot sebanyak 0.04 berbanding 1.50 pada tahun sebelumnya. Pencapaian ini masih tidak mencapai sasaran lulus yang ditetapkan pada peringkat nasional iaitu 59.19%. Begitu juga pada tahun 2010 peratus kelulusan mata pelajaran ekonomi hanyalah pada 41.84% dengan nilai PNGK hanya pada 1.48.

2.1 Faktor penyumbang kepada pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran ekonomi.

Pencapaian yang lemah dalam mata pelajaran Ekonomi menunjukkan terdapatnya kelemahan dalam poses pemindahan kemahiran di antara guru dan pelajar. Kelemahan ini boleh berpunca daripada kedua-dua belah pihak. Jika kita melihat pada pihak guru, kelemahan ini sering dikaitkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang digunakan dalam bilik darjah kurang

(4)

636

efektif. Kajian lepas mendapati kaedah ―chalk and talk‖ dianggap sebagai kaedah yang dominan dalam pengajaran (Yin 2008) dan buku teks merupakan bahan utama pengajaran (Ding & Li, 2011). Hal ini disebabkan oleh bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan, penyelesaian masalah dan analisis isu ekonomi semasa tidak dapat dilaksanakan, ditambah dengan waktu pengajaran yang terhad.Guru juga sentiasa tertekan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran bagi memastikan pelajar didedahkan dengan semua tajuk bagi tujuan peperiksaan. Keadaan ini menyebabkan guru sukar melaksanakan pelbagai kaedah dalam proses PdP.Kaedah pengajaran yang berpusatkan guru menyebabkan pelajar kurang berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

Hal ini disokong oleh Azmi Ismail (2004). Bonwell dan Eison (1991), Siegfried (1991) dalam Salemi, Siegfried, Kim Sosin, Walstad dan Watts (2000) menyatakan bahawa pembelajaran aktif perlu dilaksanakan untuk membantu pelajar berfikir seperti pakar ekonomi. Pelajar yang berfikir seperti pakar ekonomi berupaya memahami konsep secara kritis, meningkatkan pemikiran kritis seterusnya meningkatkan prestasi.

Faktor seterusnya yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran Ekonomi juga disebabkan sikap pelajar itu sendiri. Situasi pelajar tidak bersedia sebelum proses pdp dan suasana pasif semasa pdp dijalankan adalah perkara yang biasa di negara kita (Khoo Yin Yin & Zakaria (2005). Keadaan ini menggambarkan sudut negatif sikap pelajar walaupun sudah mencapai peringkat umur yang lebih matang. Kesan daripada sikap tidak bersedia sebelum pdp dijalankan akan menyukarkan keupayaan pelajar untuk mentaakul serta menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Manakala bersikap pasif semasa pdp juga menyebabkan tiada interaksi dua hala di antara guru dan pelajar.

Suasana pembelajaran pasif ini mengakibatkan komunikasi sehala berlaku dan penguasaan serta minat belajar akan berkurang.

(5)

637

3.0 PERANAN MOTIVASI DALAM PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR

Pengkaji melihat Edmodo merupakan sesuatu yang baru kepada para pelajar dan guru dalam sistem pendidikan negara kita. Sesuatu yang baru diharap akan memberikan kelainan kepada kedua belah pihak dan memberikan kesan yang sangat menggalakkan. Edmodo diharap dapat memanipulasikan emosi dan motivasi pelajar dan guru untuk meneroka dengan lebih jauh kaedah baru ini.

Oleh yang demikian maka diharapkan aplikasiEdmodo akan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran kendiri apabila berada di luar masa pembelajaran dan pengajaran.

Motivasi merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian yang berperanan meningkatkankeyakinan diri dan bertindak sebagai perangsang kepada manusia dalam meningkatkan kualitihidup. Proses pengajaran dan pembelajaran turut berhubung kait dengan motivasi danberperanan dalam meningkatkan keterlibatan pelajar sekaligus meningkatkan pencapaianmereka. Oleh itu, pengajar perlu peka terhadap kepentingan motivasi dalam proses pengajarandan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang berpencapaian tinggi dan mewujudkan prosespembelajaran berkesan. Pendidik juga perlu lebih proaktif dalam memberi kaedah pengajaranyang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.

Kepentingan motivasi yang utama adalah untuk menarik minat para pelajar khususnyadalam pengajaran dan pembelajaran (Keller, 1983; Williams &

Williams, 2011). Corakpembelajaran pelajar-pelajar di sekolah dipengaruhi oleh iklim sekolah sama ada ia mampu untuk menggerakkan motivasi pelajar ataupun tidak (Abd. Sukor, Yahya & Yaakob,2005). Dengan pembelajaran yang berkualiti, pelajar dapat memberi sepenuh perhatianterhadap pengajaran guru (Palmer, 2007). Tumpuan atau perhatian pelajar akan mencetuskankepentingan motivasi yang kedua iaitu meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatupembelajaran (Klauda & Wigfield, 2012). Oleh itu, pelajar yang bermotivasi akanmeningkatkan usaha mereka tanpa hanya mengharapkan guru malah mereka turut berusahauntuk menambah pengetahuan yang sedia ada.

Kepentingan motivasi untuk pelajar dewasa adalah untuk meningkatkan kualiti dalamhidup seperti mendapat pekerjaan yang lebih baik, bertemu dengan

(6)

638

orang lain dan mencaripengalaman baru (Schmidt, Boraie & Kassabgy, 1996).

Dari aspek kognitif, Keller (1983)menyatakan, motivasi adalah pilihan yang dibuat berdasarkan apakah pengalaman ataumatlamat yang ingin dicapai atau dielak dan apakah tahap usaha yang akan dikenakan dalamhal tersebut. Selain itu, Knowles (1980) menyatakan, motivasi penting dalam pembelajarandewasa untuk mendapat kenaikan gaji, pangkat dan gelaran, meningkatkan kualiti kehidupandan penghargaan terhadap kebolehan diri sendiri. Ini bersesuaian dengan konseppembelajaran dewasa yang merangkumi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi sepertikolej dan universiti termasuklah di peringkat prauniversiti.

Oleh yang demikian, motivasi pentingkepada pelajar dewasa bagi memenuhi keperluan rasa ingin tahu dan membantu merekamengetahui apa yang perlu dipelajari.

Pelajar prauniversiti boleh digelar sebagai pelajar dewasa berdasarkan ciri- ciri yangdinyatakan oleh Knowles (1980), iaitu, sekiranya pelajar sudah mencapai umur 17 tahun keatas, maka unsur-unsur andragogi sudah layak diterapkan dalam pembelajaran. Pelajar prauniversiti boleh dianggap sebagai pelajar dewasa berpandukan usia mereka iaitu 17 tahun keatas. Menurut Knowles (1980), tahap motivasi pelajar dewasa adalah tinggi keranakesediaan mereka dalam pembelajaran adalah bergantung kepada diri sendiri. Namun, inibertentangan dengan tahap motivasi bagi pelajar di peringkat prauniversiti. Walaupun berkonsepkanpembelajaran dewasa, mereka menunjukkan motivasi yang rendah dalam pembelajarankhususnya dalam mata pelajaran ekonomi. Kehadiran lewat, kurang berminat, sikap yang pasif dan pencapaian yang rendah menunjukkan mereka kurang bermotivasi dalam mempelajari mata pelajaran ekonomi.

3.1 Cabaran Dalam Mengaplikasikan EdmodoDalam Proses PembelajaranDan Pengajaran Mata Pelajaran Ekonomi.

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesediaan guru dalam pelbagai perkara,namun kajian terhadap kesediaan guru dalam menggunakan media dalam pengajaran ekonomi masih kurang dijalankan. Walaupun terdapat banyak kemudahan serta pendedahan pengetahuan dan kemahiran menerusi perubahan kurikulum malangnya kajian-kajian tempatan menunjukkan bahawa

(7)

639

tahap penggunaan media dan teknologi pengajaran di kalangan guru masih pada tahap yang rendah dan terhad (Sham 2003, Shahril 2006). Dalam usaha menggalakkan guru-guru menggunakan mediadi dalam pengajaran ekonomi, kajian berkaitan kesediaan guru menggunakan kaedah ini adalah sangat penting.

Dalam konteks kajian ini, kesediaan pengetahuan dan sikap guru dianggap penting sebagai pelaksana inovasi dalam pendidikan. Ini kerana sesetengah guru merasakan perkembangan dalam pendidikan merupakan satu bebanan kepada mereka. Guru mungkin beranggapan penggunaan media dalam pengajaran akan menambahkan tugas sedia ada guru kerana penggunaan mediamemerlukan kemahiran serta perancangan pengajaran yang rapi. Pengetahuan yang cetek tentang media juga akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut, para guru sepatutnya mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam terhadap media (Rosnani 2000).

Banyak kajian yang memperjelaskan wujudnya perkaitan antara sikap guru dengan amalanmereka dalam pelaksanaan tugas-tugas rutin. Antara lain kajian oleh Liberman dan Miller (1999)dan Moriarty et al. (2001), di mana dapatan kajian mereka secara umumnya mencadangkan sikapguru dikatakan menjadi asas pertimbangan oleh kebanyakan guru dalam menyaring danmentafsirkan segala bentuk tugasan terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Richardson (1996) dalam mengulas fenomena sikap guru tersebut menyatakan secaraumumnya guru hanya akan menerima perubahan dalam tugasan sekiranya perkara tersebut serasidengan epistemologi sikap mereka. Ini kerana guru mempunyai sikap dan kepercayaan tersendiriterhadap amalan yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian kejayaan sesuatu transformasi pengajaran itu adalah sangat bergantung pada agen pelaksananya iaitu guru. Begitu juga dengan adaptasi Edmodo di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ekonomi sangat bergantung pada komitmen guru-gurunya. Jika guru melihat pendekatan ini sebagai sesuatu yang positif dan membawa impak yang besar kepada pelajar berkemungkinan pelaksanaannya dalam pdp akan berjaya.

Jika para guru beranggapan Edmodo ini sebagai kaedah yang membebankan maka sudah pastilah ia akan menemui kegagalan.

(8)

640 4.0 Cadangan

Kelemahan dalam pencapaianmata pelajaran Ekonomi seperti dalam perbincangan awal di atas tidak seharusnya dipinggirkan, memandangkan ia akan menjejaskan prestasi keseluruhan peperiksaan STPM dan menggambarkan kelemahan mata pelajaran itu sendiri. Justeru itu, transformasi dalam kaedah PdP dirasakan perlu bagi memastikan pencapaian mata pelajaran Ekonomi boleh mencapai tahap yang membanggakan dan setaraf dengan pencapaian mata pelajaran yang lain dalam peperiksaan STPM. Kaedah PdP yang lebih efektif, mampu menarik minat belajar dan sesuai dengan perubahan semasa perlu menggantikan kaedah tradisional. Pusat Perkembangan Kurikulum menyarankan pembelajaran aktif sebagai amalan terbaik dalam mata pelajaran ekonomi (Kementerian Pelajaran Malaysia 2005). Saranan tersebut selaras dengan pendapat Mergendoller, Maxwell dan Bellismo (2002) yang menekankan bahawa pembelajaran ekonomi di sekolah menengah harus melaksanakan kaedah pembelajaran aktif dan pembelajaran kendiri yang berorientasikan pelajar.

Sehubungan dengan itu, kertas projek ini cuba mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang telah diadaptasikan daripada media sosial untuk meningkatkan keberkesanan dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Perubahan semasa dalam dunia pendidikan telah memungkinkan lebih banyak adaptasi media sosial di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan media sosial dalam pendidikan semakin meluas seperti Facebook, Twitter, Blog, Edublog, Glogster Edu dan pelbagai lagi (Grosseck & Holotescu 2011, Mc Loughlin & Lee 2008 dan Turkmen 2012). Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran dan pengajaran yang telah diadaptasi menggunakan media sosial Edmodo telah dipilih sebagai alternatif yang lebih kreatif dan mampu membawa perubahan besar berbanding kaedah tradisional.

Edmodo merupakan jaringan media sosial yang boleh menghubungkan komuniti sekolah di luar waktu pembelajaran. Ia nya boleh menjadi medium hubungan di antara guru, pelajar , sekolah dan pihak keluarga pelajar. Media pembelajaran ini membenarkan guru memuat-naik latihan, tugasan, nota, rekod prestasi kemajuan pelajar dan pelbagai bahan pembelajaran kepada pelajar dalam pelbagai bentuk. Pelajar pula boleh mengakses sendiri bahan tersebut mengikut

(9)

641

kesesuaian masa pelajar. Manakala pihak ibu bapa boleh melihat perkembangan prestasi anak mereka seterusnya berinteraksi dengan guru dan pihak sekolah sekiranya perlu. Keistimewaan utama Edmodo kepada komuniti pendidikan adalah ia boleh diakses secara percuma dan boleh dikawal sepenuhnya oleh individu yang berdaftar (Victor 2011). Sesuai dengan anjakan ke tujuh dalam PPPM 2013-2025 di mana kementerian pendidikan berhasrat meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bermula pada tahun 2013. (PPPM 2013-2025).

Berdasarkan ciri-ciri istimewa Edmodo di atas dan disokong oleh kemajuan prasarana internet dalam negara kita, diharap pendekatan menggunakan kaedah PdP berasaskan media sosial dalam proses pembelajaran pelajar akan membantu pelajar lebih menguasai mata pelajaran ini. Dengan yang demikian kertas konsep inimencadangkan agar kaedah pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran ekonomi dapat dipelbagaikan melalui adaptasi Edmodo sebagai kaedah yang lebih kreatif dalam menangani isu kelemahan prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran ekonomi.

5.0 Edmodo sebagai kaedah alternatif pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Ekonomi STPM

Edmodo diasaskan pada 2008 oleh Nic Borg dan Jeff O‘Hara dan sehingga kini, penggunaEdmodo telah mencecah lebih 19 juta dan semakin meningkat (Edmodo, 2013). Edmodomerupakan medium pembelajaran sosial yang boleh digunakan untuk pelajar, guru dan ibubapa untuk berkongsi idea, muat naik dan turun fail dan tugasan. Edmodo berkonsepkan blogmikro di mana ianya sesuai digunakan dalam pembelajaran. Guru boleh menyiarkan mesejatau nota, berbincang tentang topik pelajaran, memberikan tugasan dan membuat penilaian,kuiz, ujian dan sebagainya. Guru juga boleh berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, sertamembina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru lain (Mohamed Amin, 2012). Oleh itu, model ini sesuai digunakanuntuk melihat bagaimana sesuatu reka bentuk arahan atau kaedah pengajaran dapat membantumeningkatkan motivasi pembelajaran para pelajar.

(10)

642

Edmodo mampu menghubungkan pelajar dengan pelajar yang lain dan sumber-sumberyang diperlukan dalam pembelajaran mereka. Guru pula boleh berkongsi maklumat,kandungan pembelajaran dan menggunakan aplikasi pendidikan yang boleh meningkatkanpembelajaran (Edmodo, 2013). Medium ini boleh diakses di mana-mana sama ada di dalamatau di luar bilik darjah.

Memandangkan aplikasi berkaitan Edmodo masih kurang di praktikan, maka kertas konsep ini ingin melihat sejauh manakah potensi Edmodo dalam meningkatkan motivasi pelajar prauniversiti dalam pembelajaran Ekonomi, seterusnya mampu memperbaiki pencapaian prestasi akademik pelajarnya.

5.1 Langkah-Langkah Menggunakan EdmodoSebagai Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar dan guru dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berpandukan Edmodo.

Pelajar perlu mendaftar akaun Edmodo sebagai ―I‘m aStudent‖ dengan menggunakan emel dan kata laluan (Rajah 1). Mereka perlu mengisimaklumat dalam ruangan seperti kod kelas yang diberi oleh guru yang sudahmempunyai akaun Edmodo dan telah menubuhkan kumpulan untuk kumpulan eksperimen ini,nama pengguna, emel dan lain-lain. Setelah mengisi maklumat, pelajar perlu menekan ―SignUp‖ (Rajah 2) dan pelajar dapat melihat layar Edmodo serta meneroka setiap aplikasi yangdisediakan (Rajah 3). Pelajar boleh meneroka Edmodo dengan menetapkan tetapan sepertimengisi maklumat peribadi, menambah gambar profil, memilih privasi, menukar kata laluandan sebagainya.

Rajah 2: Ruang mendaftar untuk pelajar

(11)

643

Rajah 3: Interface ruangan Edmodo untuk pelajar

Guru boleh memilih sama ada untuk menyiarkan nota berkaitan topikpembelajaran atau memuat naik nota atau tugasan berkaitan topik yang diajar. Guruboleh memuat naik tugasan dengan menyatakan tajuk tugasan, arahan pelaksanaan tugasandan tarikh akhir untuk menghantar tugasan (Rajah 4). Pelajar pula akan memuat turun notaatau tugasan yang diberikan dan menyelesaikannya mengikut format yang diberikan.Sepanjang menggunakanEdmodo, guru perlu memantau perjalanan proses pembelajaranbagi memastikan sama ada pelajar- pelajar boleh memahami konsep penggunaan Edmodo dalam bilik darjah atau sebaliknya.

Rajah 4: Guru memuat naik tugasan untuk pelajar

Pelajar menghantar tugasan dengan memuat naik tugasan yang telah disiapkan diruangan ―Turn In‖(Rajah 5). Pelajar boleh memberi maklum balas terhadap tugasan denganmemberi rating dan menambah komen tentang tugasan

(12)

644

yang diberikan di ruangan yangdisediakan. Melalui maklum balas dan komen pelajar, ia sedikit sebanyak memberi inputtentang tahap kesukaran tugasan yang diberikan. Ia juga boleh dijadikan sebagai platformrefleksi untuk pelajar dan guru tentang pembelajaran yang dijalankan. Melalui ruangan―Turn In‖ juga, guru boleh mengetahui sama ada pelajar telah menghantar tugasan atausebaliknya.

Guruseterusnya boleh memberi penilaian terhadap tugasan yang dihantar(Rajah 6). Selain memuat naik tugasan, Edmodo turut memberi ruang kepada guru untukmenyiarkan nota dan memuat naik tugasan, guru juga boleh menyiarkan pengumuman,melaksanakan kuiz dan menjalankan undian (Rajah 7). Aplikasi ini memberi kepelbagaiandalam penggunaan Edmodo kepada para pelajar.

Rajah 5: Aplikasi „Turn In‟ untuk pelajar menghantar tugasan

Rajah 6: Penilaian tugasan pelajar. Pelajar boleh memberi rating dan komen terhadap tahap kesukaran tugasan.

(13)

645

Rajah 7: Ruangan untuk guru menyiarkan nota, notis, tugasan, kuiz atau undian

Penggunaan pelbagai jenis pendekatan pembelajaran boleh membantu untuk memenuhi gayapembelajaran pelajar yang berbeza dan pelbagai antara satu sama lain. (Whitman, 1996).Pendekatan pembelajaran yang sesuai adalah penting kerana pelajar tidak dapat memahamipelajaran jika pendekatan pelajaran yang digunakan tidak sesuai (Md Salleh & Aziz, 2010). Padamasa kini, terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan perisianpembelajaran. Walaubagaimanapun, secanggih mana perisian pembelajaran yang bina, namunjika ia tidak berasaskan teori pembelajaran yang sesuai, tidak akan dapat menghasilkanpembelajaran yang efektif lagi berkualiti.

(Mohd Zaid & Othaman, 2011).

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, guru adalah agen transformasi pendidikan negara, adalah penting untuk guru-gurumenggunakan aplikasi Web 2.0 (Edmodo) ini kerana ia merupakan tren terkini pembelajaran dalamkalangan pelajar. Kita perlu berubah walaupun ia mungkin baru bagi sebilangan golonganpendidik tetapi penggunaan aplikasi ini membolehkan kita engage dengan pelajar kita. Akhirsekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebutdalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakanteknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secarakhusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam prosespengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti katayang luas.

(14)

646 RUJUKAN

Abd.Sukor Shaari, Yahya Don & Yaakob Daud (2005). Motivasi Belajar Dan Harga Diri :Hubungan Dengan Pencapaian Akademik Dan Kegiatan Kokurikulum Pelajar SekolahMenengah.

Bixler, B. (2006). Motivation and Its Relationship to The Design of Educational Games. Cleveland Ohio: NMC Edmodo.2013. http://

www.Edmodo.com.telah dimuat turun pada [3 Mei 2014].

Freeland, J. (2014). Blending towards competency.Early patterns by blended learning & competency –based education in New Hampshire. Clayton Christensen Institute.

Gabrielle, D.M. (2003). The Effects of Technology-Mediated Instructional Strategies on Motivation, Performance, and Self-Directed Learning.

Disertasi Ph.D. The Florida StateUniversity.

Godwin-Jones, R. (2008). Mobile Computing Technologies: Lighter, Faster, Smarter. Language Learning & Technology, 12(3): 3−9. Grosseck, G. &

Holotescu, C. (2011). M3-Learning - Exploring Mobile Multimedia Microblogging Learning. World Journal on Educational Technology Vol 3, issue 3(2011): 168-176

Keller, J.M. (1983). Motivational Design Of Instruction. New York: Lawrence Erlbaum Associates.

Keller, J.M. (1987). Development and use of the ARCS model of motivational design. Journalof Instructional Development, 10(3): 2 - 10.

Keller, J.M.(2009). Motivational Design for Learning and Performance: The ARCS ModelApproach. New York: Springer. Knowles, M.S. (1980). The Modern Practice Of Adult Education: From Pedagogy To Andragogy.

Chicago: Follett.

Liberman, A., & Miller, 1.(1999). Teacher development in professional practice schools. Teachers College Record.92(1), 105-122

McLoughlin, C., & Lee, M. J.(2008). Mapping The Digital Terrain: New Media And SocialSoftware As Catalysts For Pedagogical Change. Ascilite Melbourne.

Mohamed Amin Embi. (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Bangi:Pusat Pembangunan Akademik.

Mohd Fazrul Abu Hashim.(2011). Personaliti Pelajar Prauniversiti Di Daerah Segamat.Tesis Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Yusof Hj Othman.(2010). Media dan Isu Alam Sekitar.Jurnal Hadhari .2 (2) (2010) 1-17

(15)

647

Moriarty, V, Edmunds, S., Blatchford, P., & Marlin, C (2001). Teaching young children: Perceived satisfaction and stress. Educational Research, 43(1), 3346

Palmer, D (2007). What Is the Best Way to Motivate Students in Science?

Teaching Science-The Journal of the Australian Science Teachers Association 53(1): 38-42.

Richardson, V. (1996).The role of attitude and belief in learning to teach.Dalam 1.Sikula (Ed.)Handbook of Research on Teacher Education.15,333-349 Rosnani Jusoh.(2000). Persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap

penggunaan komputer dalam pendidikan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference 'Education & ICT in the New Millennium' at Park Royal Kuala Lumpur, 27-28 Oktober

Schmidt, R., Boraie, D. &Kassabgy, O.(1996). Foreign Language Motivation:

Internal Structure and External Connections. Dlm. R. Oxford (Ed.) Language Learning Motivation: Pathways to the New Century, hlm. 9 – 70. Honolulu, HI: University of Hawai‘i, National Foreign Language Resource Center

Sham Bin Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Di Dalam Pengajaran Di KalanganGuru-Guru Sekolah Menengah Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Tesis Sarjana, UnversitiPutra Malaysia

Shahril Sabudin (2006). Sikap Dan Persepsi Guru Ekonomi Terhadap Penggunaan Komputer DalamPengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Ekonomi.

Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia

WeboPedia (2012).Web 2.0.

http://www.webopedia.com/TERM/W/Web_2_point_0.html. Retrieved 12 Jun 2013.

Wlodkowski, R.J. (1989). Instructional design and learner motivation.Dlm. K. A.

Johnson &L.J. Foa (Eds.).Instructional Design: New Alternatives For Effective Education AndTraining. New York: McMillan.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian, manajemen penyakit menular berbasis lingkungan adalah suatu proses perencanaan, pelaksanaan dan evaluasi program pemberantasan penyakit menular yang didasarkan

Dengan kata lain, kebudayaan adalah segala hal yang menyangkut kehidupan manusia, termasuk aturan atau hukum yang berlaku dalam masyarakat, hasil-hasil yang dibuat

Dalam Undang-Undang Nomor 31 Tahun 1999 yang telah diubah dengan Undang-Undang Nomor 20 Tahun 2001 Pasal 2, disebutkan bahwa tindak pidana korupsi adalah setiap

Penelitian ini berusaha memperluas Teori Faktor Penyebab Konflik yang dikemukakan oleh Fisher dengan menambahkan sebuah poin bahwa terdapat faktor eksternal yang

HASIL DAN PEMBAHASAN Hasil isolasi sampel terhadap tanah dan akar pada tanaman bawang merah ditemukan nematoda yang terdiri dari: Helicotylenchus sp., Scutellonema sp.,

penggunaan pupuk kotoran ayam menghasilkan pertumbuhan dan hasil sorgum manis lebih baik dibandingkan dengan pupuk kotoran sapi, kotoran kambing, kascing, maupun kontrol

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat jenis-jenis pohon di Universitas Sumatera Utara yang mengalami kerusakan/gangguan dalam skala ringan s.d sedang adalah jenis Mahoni,