• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASALAH TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH DAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASALAH TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH DAL"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

MASALAH TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH DALAM

KALANGAN MURID ORANG ASLI DI SK BUKIT LANJAN : FAKTOR

PENYUMBANG DAN CADANGAN MENANGANINYA

Aslian bin Pios IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Abstrak

Kerja rumah merupakan salah satu alat untuk memperkukuhkan pengetahuan atau kemahiran murid dalam satu-satu tajuk yang telah diajar di dalam bilik darjah. Ianya juga berfungsi untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu yang disampaikan oleh guru selain daripada melatih murid bertanggungjawab dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Isu murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah menjadi agak serius dewasa ini sehingga merisaukan pemimpin sekolah dan guru. Apa yang pasti gejala ini sedikit sebanyak menyebabkan pencapaian bidang akademik mereka berada pada tahap yang sangat sederhana dan kelihatan tidak dinamik dan berkembang. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan merungkai persoalan apakah faktor yang menyebabkan sebilangan murid Orang Asli ini sukar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Selain itu cadangan tindakan proaktif yang boleh diambil oleh pemimpin sekolah dan guru bagi membendung gejala yang akan merugikan pencapaian murid dan sekolah itu sendiri. Dapatan kajian menemukan faktor yang menyebabkan murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja sekolah mereka. Faktor tersebut adalah faktor sikap murid, sikap ibu bapa, budaya dan pemikiran, sosio ekonomi dan pendekatan guru. Seterusnya disarankan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemimpim sekolah dan guru bagi membendung gejala murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah mereka.

PENGENALAN

(2)

dipelajari supaya ia dapat membantu pelajar lebih memahami apa yang diajar guru, seterusnya membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu, tidaklah dapat dinafikan kepentingan kerja rumah dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajaran murid sekolah.

PENYATAAN MASALAH

Seperti yang telah dinyatakan di atas, melaksanakan kerja rumah adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan murid dalam pelajaran. Menurut Mazulina (2004) pelajar harus mempunyai sikap positif terhadap pelajaran mereka bagi memperoleh pencapaian akademik yang baik. Salah satu caranya ialah dengan melakukan latihan tambahan atau menyelesaikan kerja rumah yang diberikan kepada. Kajian tindakan daripada S. Anurekha dan S. Maruthai dari SJK (T) Ladang Ampar, Dengkil, Selangor telah menggariskan bahawa kerja rumah yang diberi kepada murid bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang telah dilaksanakan.

Walaubagaimana pun masih terdapat sebilangan murid yang memandang enteng kepada kepentingan dan faedah melaksanakan kerja rumah. Golongan ini beranggapan bahawa kerja rumah adalah sesuatu yang membebankan dan sukar dilaksanakan pada waktu lapang ketika di rumah. Pelbagai alasan diberikan, sama ada yang mungkin ada asas kebenarannya atau dalam banyak perkara boleh dipertikaikan kesahihannya. Yeo dan Ainul (2011) menyatakan bahawa pelajar sebenarnya tidak memperuntukkan masa yang sewajarnya untuk menyelesaikan kerja rumah mereka.

Masalah murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru ini juga menjadi isu yang membelenggu guru-guru SK Bukit Lanjan dewasa ini. Sebilangan murid tetap tidak menyiapkan kerja sekolah walaupun kerja yang diberi tidak sukar dan banyak yang mana selalunya hanya satu muka surat sahaja diberikan kepada mereka. Guru matapelajaran kerap bersungut kerana banyak masa terpaksa diambil bagi memastikan murid menyiapkan kerja rumah pada waktu pembelajaran di sekolah sekali gus mengurangkan masa untuk guru mengajar perkara dan kemahiran baru kepada mereka.

(3)

Oleh yang demikian, penyelidik beranggapan bahawa kajian ini amatlah penting bagi mengenalpasti dan memahami punca-punca mengapa murid Orang Asli SK Bukit Lanjan sebilangannya sukar menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru, secara adil dan objektif tanpa perlu menuding jari menyalahkan mereka, ibu bapa mereka atau pihak guru semata-mata. Begitu juga kajian ini bertujuan untuk menyarankan langkah-langkah yang relevan yang boleh diambil oleh pentadbir dan guru SK Bukit Lanjan bagi mengatasi masalah tersebut sekaligus meningkatkan prestasi murid Orang Asli dalam bidang pelajaran seperti yang diunjurkan dalam Program Transformasi Pendidikan Orang Asli.

OBJEKTIF KAJIAN

1.

Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala tidak

menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan

2.

Mencadangkan langkah-langkah dan pendekatan yang boleh diambil bagi

menangani masalah tidak menyiapkan kerja rumah tersebut

.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala tidak menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan?

2. Apakah langkah-langkah dan pendekatan yang boleh diambil bagi menangani masalah tersebut?

KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan daripada kajian ini akan dapat memberi gambaran kepada pihak pengurus sekolah akan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala tidak menyiapkan kerja rumah di kalangan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan. Selain itu kajian ini juga memberi saranan tindakan yang proaktif yang boleh diambil oleh pihak kepimpinan sekolah dalam usaha membendung isu murid kerap tidak menyiapkan kerja rumah.

SOROTAN LITERATUR

(4)

Kajian tindakan yang dibuat oleh Anurekha dan Maruthai (2010) adalah berkaitan mengatasi masalah tidak menyiapkan kerja rumah melalui kaedah berstruktur ke atas 5 orang pelajar SJK (T) Ladang Ampar Tenang, Dengkil, Selangor. Murid dipilih berdasarkan kekerapan mereka tidak menghantar kerja rumah yang diberikan guru. Kaedah temu bual dan soal-selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Dalam kajian tersebut, dapatan menunjukkan antara faktor murid menghantar kerja rumah adalah tiada bantuan di rumah, pengaruh rakan sebaya, sosio ekonomi keluarga, media massa dan sikap malas murid itu sendiri. Kaedah berstruktur digunakan bagi mengatasi masalah tersebut di mana guru memastikan setiap prosedur yang ditetapkan diikuti oleh guru semasa memberikan kerja rumah kepada murid. Hasilnya masalah tidak menyiapkan kerja rumah murid dapat dikurangkan.

Fadzilah (2010) pula telah menemukan faktor murid tidak meminati sesuatu subjek dan sikap mereka menjadi punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah. Data diperolehi melalui borang soal-selidik, borang penghantaran kerja rumah dan melalui penggunaan sticker board. Beliau menggunakan kaedah sticker bagi mengurangkan jumlah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Seterusnya beliau mendapati kaedah ini boleh berjaya mengurangkan jumah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah tetapi ianya memerlukan sedikit masa untuk mencapai impaknya.

Butler (1987) telah mencadangkan perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi memastikan kerja rumah mendatangkan impak seperti yang diharapkan. Saranan beliau adalah pelajar mencatatkan kerja rumah yang diberikan, memastikan faham akan tugasan yang diberikan, peruntukan jadual masa untuk membuat kerja rumah dan mencari tempat yang sunyi, aman dan mempunyai pencahayaan yang baik untuk membuat kerja rumah. Beliau juga mencadangkan beberapa tindakan yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran yang boleh membantu murid menyiapkan kerja rumah mereka. Antaranya adalah memeriksa buku latihan murid dengan segera, memberi arahan yang mudah dan jelas kepada murid, pelbagaikan jenis latihan, jangan beri latihan yang terlulu banyak dan memastikan murid tahu akan kepentingan latihan yang diberikan dalam pembelajaran keseluruhan mereka.

(5)

Kajian Nazri dan Johari (2006) terhadap 90 orang murid Orang Asli suku Temuan di sekitar Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan telah menemukan lokasi dan persekitaran tempat tinggal, sosio ekonomi keluarga, budaya dan sikap serta faktor sekolah menyumbang kepada murid Orang Asli gagal di sekolah. Kajian ini mendapati bahawa keadaan tempat tinggal yang tidak selesa, bersih dan tiada kemudahan asas menyebabkan murid Orang Asli tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah ketika di rumah.

Kajian yang dilakukan oleh Mohammad Johdi et al. (2009) telah merumuskan 5 faktor utama yang membawa kepada kegagalan anak-anak Orang Asli dalam pencapaian akademik. Lima faktor tersebut adalah sifat dan personaliti murid Orang Asli, faktor keluarga, faktor masyarakat, faktor geografi dan faktor pemakanan. Kajian ini juga menyenaraikan antara ciri murid Orang Asli adalah hiperaktif, mudah jemu dan bosan, pemalu dan mudah terasa. Kajian ini berpendapat tahap kesedaran ibu bapa Orang Asli yang masih rendah dan tahap kesedaran murid Orang Asli itu sendiri terhadap pendidikan menjadi punca utama anak-anak Orang Asli gagal dalam pencapaian akademik.

Siti Hayati (2009) dalam kajiannya menyatakan budaya pemikiran Orang Asli boleh dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan behavioural. Selain itu beliau menekankan faktor utama yang memberi kesan kepada budaya pemikiran Orang Asli adalah Hukum Sayeit iaitu ibu bapa perlu mengikut karenah anak-anak jikalau tidak akan mendapat ‘celau’ atau kecelakaan, berada dalam zon selesa kerana jarang membayar kos kehidupan seharian, sikap sensitif dan mudah tersinggung, terpengaruh dengan cara kehidupan yang mudah, kebebasan hidup tanpa peraturan dan sukar bertindak sendirian kerana sudah terbiasa dengan budaya sharing society.

Aslian (2012) pula mendapati faktor sikap murid Orang Asli, sikap ibu bapa serta pengaruh budaya Orang Asli dan pengaruh rakan sebaya adalah antara faktor yang menyebabkan ketidakhadiran murid Orang Asli dalam kegiatan kokurikulum. Seterusnya beliau mencadangkan agar pihak pemimpin sekolah mengambil tindakan yang proaktif bagi menarik minat murid Orang Asli ke sekolah dengan mengambil kira aspek pemikiran, budaya, persekitaran dan minat sebenar murid Orang Asli.

KAEDAH

Kajian dijalankan dalam bentuk gabungan 2 kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi bentuk kualitatif, instrumen yang digunakan adalah temu bual dan kajian dokumen manakala soal selidik digunakan bagi kaedah kuantitatif.

(6)

orang murid Orang Asli Tahun 5 dan 6 yang dikenalpasti melalui guru-guru mata pelajaran sebagai mereka yang kerap tidak menyiap dan menghantar kerja sekolah.

Kajian dokumen pula dilakukan dengan meneliti pencapaian murid yang dikaji yang boleh diperoleh daripada keputusan Ujian 1 2013 yang melibatkan mata pelajaran teras sahaja. Apa yang akan dikaitkan dengan pemerhatian ini adalah sejauh mana kualiti pencapaian akademik murid yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah mereka.

Satu set soalan soal selidik telah diberikan kepada 38 orang responden yang terdiri daripada kesemua murid Orang Asli Tahun 4, 5 dan 6. Item soal selidik adalah untuk mendapat maklumat asas mengenai pandangan dan sikap mereka terhadap kerja rumah yang diberikan, sikap ibu bapa terhadap kerja rumah mereka dan tahap keselesaan rumah untuk mereka belajar dan membuat kerja rumah. Dapatan daripada soal selidik ini menyokong dapatan maklumat yang diperoleh daripada kaedah kualitatif tadi terutamanya temu bual yang dijalankan sebelumnya.

Jadual 1

Profil Responden Kajian

No. Kelas Jantina Kaum

Responden

1 5 Jenang Perempuan Asli Temuan

2 5 Jenang Perempuan Asli Temuan

3 6 Batin Lelaki Asli Temuan

4 6 Batin Perempuan Asli Temuan

5 6 Batin Perempuan Asli Temuan

KEPUTUSAN

Dapatan Temu bual

(7)

Maklum balas bagi soalan berikutnya sama ada mereka selesa membuat kerja rumah ketika berada di rumah, cuma Responden 4 sahaja yang mengatakan selesa sedangkan lain-lain responden menyatakan tidak selesa atas alasan terlalu ramai orang di rumah, buat kerja sambil baring di atas lantai kerana tiada kerusi dan meja belajar serta gangguan daripada adik kecil. Kesemua responden bersetuju dengan kepentingan membuat kerja rumah sebagai maklum balas kepada soalan yang keempat.

Bagi maklum balas soalan seterusnya iaitu berkenaan ahli keluarga yang sering bertanya tentang kerja rumah mereka, Responden 1 dan 5 menjawab tiada yang bertanya manakala Responden 2 mengatakan ibunya kadang-kadang ada bertanya. Responden 3 menyatakan ibu selalu menanyakan dan responden 4 menyatakan ayah beliau yang selalu menanyakan tentang kerja rumahnya.

Maklum balas yang diterima berkenaan soalan adakah ibu bapa memaksa pergi ke sekolah setiap hari dan tindakan mereka jika mereka enggan adalah empat responden mengatakan ibu bapa mereka akan memaksa pergi sekolah dan jikalau enggan, mereka akan memarahi tetapi tidak pernah memukul. Cuma seorang responden yang mengatakan ayahnya akan marah dan pukul jika dia enggan pergi ke sekolah.

Soalan terakhir iaitu adakah mereka merasakan tindakan tidak hadir ke sekolah jika tidak menyiapkan kerja rumah itu betul, Responden 1 bersetuju dan memberitahu dengan alasan jikalau beliau hadir tentu akan dimarahi oleh guru yang berkenaan. Responden lain menyatakan tindakan tidak hadir itu adalah tindakan yang salah.

Dapatan Kajian Dokumen

Kajian dokumen dilakukan ke atas keputusan Ujian 1 Bulan Mac 2013 bagi setiap mata pelajaran teras bagi Tahun 4, 5 dan 6. Turut diperhatikan juga peratusan pencapaian, gred yang diperoleh dan kedudukan murid dalam kelas. Analisis pencapaian murid yang dikaji adalah seperti berikut

:-Jadual 2

Pencapaian Responden Kajian Dalam Ujian 1 Mac 2013

No. BM (Pem) BM (Pen) BI Mate Sains Peratusan Gred Kedudukan

Responden Dalam Kelas

1 43C 30D 34D 35D 18E 32.0% D 13 /19

2 63B 33D 49C 56C 38D 47.8% C 7/19

3 33D 32D 35D 21D 38D 31.8% D 9/10

(8)

5 35D 25D 35D 29D 54C 35.6% D 7/10

Dapatan Soal Selidik

Dapatan kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 38 orang murid Orang Asli Tahun 4, 5 dan 6 menghasilkan keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

1 Saya suka membuat kerja rumah. 7.9% 34.2% 39.5% 18.4%

2 Saya sering merasa malas buat kerja rumah dan selalu mengutamakan perkara-perkara lain.

21.1% 36.8% 34.2% 7.9%

2 Saya faham bahawa kerja rumah itu penting. 2.6% 13.2% 44.7% 39.5%

4 Kerja rumah yang diberi guru terlalu banyak

dan membebankan saya. 18.4% 47.4% 28.9% 5.3%

5 Saya dapati kerja rumah terlalu sukar untuk saya selesaikan.

7.9% 52.6% 31.6% 7.9%

6 Saya akan pastikan saya menyiapkan kerja rumah saya setiap hari.

7.9% 28.9% 39.5% 23.7%

7 Ibu bapa / penjaga saya selalu menanyakan tentang kerja rumah saya.

10.5% 23.7% 42.1% 23.7%

8 Ibu bapa / penjaga saya selalu memeriksa buku

latihan saya. 10.5% 34.2% 31.6% 23.7%

9 Keluarga saya sering membantu saya jika

saya ada masalah dalam kerja rumah. 2.6% 23.7% 42.1% 31.6% 10 Saya mempunyai tempat yang sesuai dan selesa

di rumah untuk membuat kerja rumah saya.

10.5% 18.4% 31.6% 39.5%

11 Saya mempunyai meja dan kerusi untuk

belajar di rumah. 23.7% 31.6% 26.3% 18.4%

12 Ada banyak gangguan di rumah semasa saya

membuat kerja rumah. 18.4% 26.3% 39.5% 15.8%

13 Saya tetap akan ke sekolah walaupun tidak menyiapkan kerja rumah saya.

7.9% 10.5% 47.4% 34.2%

14 Ibu bapa saya akan memaksa saya ke sekolah setiap hari dan akan memarahi saya jika saya tidak mahu ke sekolah.

7.9% 13.1% 39.5% 39.5%

(9)

Dapatan daripada temu bual dan soal selidik telah menemukan beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada gejala murid Orang Asli dalam kajian ini tidak menyiapkan kerja rumah mereka. Faktor-faktor yang telah dikenal pasti

adalah:-Sikap Murid

Dapatan daripada soal selidik mendapati sebanyak 42.1% responden tidak suka membuat kerja rumah dan jumlah yang sama sering malas untuk membuat kerja rumah. Dapatan daripada temu bual pula menemukan 3 daripada 5 responden memberikan alasan malas dan seorang responden memberi alasan asyik bermain menyebabkan beliau sering tidak menyiapkan kerja rumah. Ini adalah bertentangan dengan dapatan hasil soal selidik sebanyak 84.2% responden faham akan kepentingan menyiapkan kerja rumah. Ini bermaksud mereka tahu akan kepentingan menyiapkan kerja rumah namun atas sikap malas dan tidak ambil peduli mereka tidak berusaha menyiapkannya.

Kajian terhadap keputusan Ujian 1 2013 kesemua responden juga menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai potensi untuk maju dengan lebih jauh lagi dengan syarat mereka mestilah rajin berusaha membuat kerja rumah dan membuang jauh-jauh sikap malas dalam diri mereka. Faktor sikap murid ini adalah selari dengan kajian tindakan yang dibuat oleh Anurekha dan Maruthai (2010) yang menyenaraikan faktor malas antara faktor murid tidak menyiapkan kerja rumah. Selain itu kajian yang dibuat oleh Mohamad Johdi et. al. (2009) juga menyenaraikan sikap murid Orang Asli seperti hiperaktif, cepat merasa bosan dan jemu, pemalu, mudah terasa dan sensitif menjdi punca mereka lemah dalam pelajaran.

Sikap Ibu Bapa

Faktor seterusnya adalah sikap segelintir ibu bapa murid Orang Asli yang tidak mengambil tahu tentang kerja rumah anak-anak mereka juga menyumbang kepada kegagalan murid Orang Asli SK Bukit Lanjan menyiapkan kerja rumah mereka. Dapatan temu bual mendapati ibu bapa 2 daripada 5 responden yang terbabit tidak pernah menanyakan tentang kerja rumah manakala seorang lagi mengatakan jarang-jarang ibu beliau menanyakan tentang kerja rumah yang diberi oleh guru. Dapatan soal selidik pula mendapati 34.2% ibu bapa tidak pernah menanyakan tentang kerja rumah anak mereka dan 44.7% tidak pernah memeriksa buku latihan anak mereka. Sesungguhnya dapatan ini ada kaitan dengan dapatan kajian Md. Nasir et al. (2010) yang menyenaraikan faktor ibu bapa Orang Asli yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka dan lebih menggalakkan anak-anak mereka membantu pekerjaan seharian.

(10)

masalah ketidakhadiran murid Orang Asli ke kegiatan kokurikulum juga menemukan sikap ibu bapa Orang Asli yang tidak bersungguh-sungguh memaksa anak mereka hadir kegiatan kokurikulum juga menjadi faktor penyebab mereka tidak hadir kegiatan kokurikulum sekolah.

Budaya dan Pemikiran Orang Asli

Budaya dan pemikiran Orang Asli juga didapati sebagai antara faktor yang menyebabkan murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah mereka. Ini dapat dilihat di dalam dapatan temu bual yang mendapati seorang responden menyatakan ibu bapa beliau jarang-jarang memaksa pergi ke sekolah dan hanya dimarahi jika enggan ke sekolah. Tiga orang responden pula menyatakan ibu bapa mereka akan marah jika mereka enggan ke sekolah tetapi tidak pernah memukul mereka. Selain itu dapatan soal selidik mendapati sebanyak 21% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka tidak memaksa mereka ke sekolah dan tidak memarahi mereka jika mereka enggan ke sekolah.

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa sikap ibu bapa yang berpegang kepada budaya Orang Asli yang terlalu menurut kata dan kehendak anak serta tidak akan memaksa anak mereka, mempengaruhi sikap tidak menyiapkan kerja rumah. Dapatan ini diperteguhkan dengan hasil kajian Siti Hayati (2009) yang mengaitkan pengaruh Hukum Sayeit iaitu percaya akan mendapat kecelakaan jika tidak menurut kehendak anak menjejaskan pencapaian murid Orang Asli dalam pelajaran. Begitu juga dapatan kajian Johari dan Nazri (2006) dan Mohamad Johdi et al. (2010) yang mengaitkan ada budaya dan pemikiran Orang Asli yang negatif menjadi punca kegagalan anak-anak Orang Asli di sekolah.

Sosio Ekonomi

Faktor seterusnya yang dikesan adalah berkaitan sosio ekonomi ibu bapa Orang Asli Bukit Lanjan di mana faktor pendapatan ibu bapa yang rendah, jumlah isi rumah yang ramai, keadaan tempat tinggal yang tidak selesa dan banyak gangguan dilihat menyumbang juga kepada gejala murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah. Hasil dapatan temu bual pula mendapati 4 daripada 5 responden memaklumkan bahawa keadaan rumah mereka tidak selesa untuk membuat kerja rumah dengan memberikan alasan terlalu ramai orang, gangguan daripada adik dan ketiadaan perabot asas menyebabkan mereka terpaksa membuat kerja rumah di atas lantai.

(11)

Nasir et al. (2010) yang mendapati status sosio ekonomi murid-murid Orang Asli yang rendah menyebabkan tahap pembelajaran mereka terganggu.

Pendekatan Guru

Faktor terakhir yang dikenal pasti menjadi antara punca murid Orang Asli SK Bukit Lanjan tidak menyiapkan kerja sekolah adalah berkaitan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam hal berkaitan pemberian kerja rumah kepada murid Orang Asli SK Bukit Lanjan. Walaupun penyelidik percaya akan kemampuan dan profesionalisme guru dalam pengurusan kerja sekolah ini, namun tiada salah rasanya membuat penambahbaikan terhadap amalan yang sedia ada dengan mengambil kira juga keperluan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid Orang Asli supaya masalah mereka tidak menyiapkan kerja sekolah dapat dibendung. Dapatan soal selidik menunjukkan 34% responden bersetuju dengan kenyataan bahawa kerja rumah yang diberi guru terlalu banyak dan membebankan manakala hampir 40% responden bersetuju dengan kenyataan bahawa latihan kerja sekolah yang diberikan guru sukar untuk mereka selesaikan. Walaupun peratus yang ditunjukkan bukanlah peratusan majoriti, namun ianya juga satu kadar yang agak besar dan perlu diambil perhatian kerana pada kadar inilah sebenarnya peratusan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah pada satu-satu masa.

Faktor yang mengaitkan kepentingan pendekatan guru ketika memberikan kerja rumah kepada murid menyokong saranan yang diberikan oleh Butler (1987) yang mengatakan antara pendekatan guru yang penting adalah memberi penjelasan kepada murid akan tanggungjawab mereka menyiapkan kerja rumah, memastikan murid benar-benar faham akan tujuan tugasan tersebut dan memastikan murid mencatat kerja rumah yang hendak dibuat. Selain itu kajian Md. Nasir et al. (2010) juga menyatakan faktor guru juga memainkan peranan dalam menentukan perkembangan pelajaran murid Orang Asli. Mereka ini berpendapat guru hendaklah memahami kehendak murid dan mengadakan satu sistem yang boleh membantu murid Orang Asli ini menempuh alam pembelajaran dengan acuan yang sesuai dan boleh diterima oleh mereka.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan daripada temubual, soal selidik dan perbincangan sebelumnya, maka penyelidik mencadangkan agar langkah dan pendekatan berikut dapat diambil oleh pemimpin sekolah dan juga guru SK Bukit Lanjan bagi membendung masalah murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja sekolah

(12)

kepada murid yang bermaksud murid telah pun faham dan mempunyai pengetahuan sedia ada tentang kerja atau latihan yang diberi.

ii). Pihak pengurus sekolah iaitu Guru Besar dan semua Penolong Kanan haruslah memantau pemberian kerja rumah oleh guru kepada murid agar ianya benar-benar mempunyai impak kepada kemajuan akademik murid dan bukannya sesuatu yang berbentuk ‘asal ada’ atau pun sejenis hukuman. Guru hendaklah memberikan kesedaran kepada murid Orang Asli bahawa dorongan dalam diri merekalah yang paling penting jika mereka ingin berjaya dalam pelajaran.

iii). Guru-guru disarankan menggunakan pendekatan soft landing dalam menangani masalah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah ini agar murid tahu akan kesilapan mereka dan pada waktu yang sama tetap hadir ke sekolah dan berusaha menyiapkan tugasan yang diberi. Ambil kira juga akan sikap segelintir ibu bapa Orang Asli yang masih berpegang kepada Hukum Sayeit yang mana telah menjadi pegangan mereka sejak sekian lama. Oleh yang demikian sebarang tindakan guru-guru menangani masalah murid Orang Asli tidak menyiapkan kerja rumah seharusnya kelihatan mesra budaya mereka tanpa mengorbankan prinsip profesionalisme perguruan bak kata pepatah ‘umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung tidak terburai’.

iv). Mengggalakkan murid menyiapkan kerja rumah di dalam kelas selepas waktu persekolahan terutama murid yang dikenal pasti tidak mempunyai tempat yang kondusif di rumah. Guru mestilah sentiasa memantau sesi ini bagi memastikan murid benar-benar menggunakan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja rumah mereka.

v). Pihak sekolah disarankan mewujudkan program ‘Jom Belajar’ dimana murid Orang Asli yang dikenal pasti tidak mempunyai kemudahan kerusi dan meja untuk belajar di rumah dipinjamkan peralatan kerusi dan meja sekolah yang tidak digunakan lagi tetapi masih elok kondisinya. Ibu bapa murid yang terlibat diminta menandatangani akuan untuk menjaga peralatan tersebut serta tidak menyalahgunakannya. Pada akhir tahun mereka mestilah memulangkan semula peralatan yang dipinjamkan kepada pihak sekolah.

(13)

vii) Dicadangkan juga guru kelas dan mata pelajaran melaporkan kemajuan pencapaian akademik murid kepada ibu bapa termasuklah dalam hal menyiapkan kerja rumah agar ibu bapa maklum akan sikap dan pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran. Platform Hari Terbuka Sekolah atau program perjumpaan dengan ibu bapa haruslah dimanafaatkan secara maksima oleh pihak guru bagi memastikan segala yang hendak disampaikan dapat disalurkan terus kepada ibu bapa.

(14)

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd. Izam Ghazali dan Mohd. Hasani Dali. (2011). Kanak-kanak minorti orang asli di malaysia: menggapai literasi bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Universiti Utara Malaysia.

Anurekha, S. dan Maruthai, S. (2010). Mengatasi masalah tidak menyiapkan kerja rumah melalui kaedah berstruktur. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Aslian Pios. (2012). Masalah ketidakhadiran murid orang asli dalam kegiatan kokurikulum di

sebuah sekolah orang asli di petaling jaya: faktor dan cadangan penyelesaian. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, 24 (2). Dis. 2012. Butler, J.A. (1987). Homework. School Improvement Research Series. Office of Educational Research and Improvement (OERI), U.S. Department of Education.

Fadzilah Ibrahim. (2010). Mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid tahun 5 usaha sekolah kebangsaan bukit mahkota melalui kaedah ‘sticker’.Kajian Tindakan Isu-Isu Dalam Pendidikan Sekolah Rendah. Hartini Ahmad Rabuan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar

orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah sekolah menengah dalam daerah kluang, johor. Tesis Sarjana Muda Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Johari Talib dan Nazri Muslim. (2006). Mengapa kanak-kanak orang asli gagal di sekolah? Jurnal Pengajian Umum Bil. 8. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazulina Saad. (2004). Persepsi pelajar terhadap amalan kerja rumah sebagai satu strategi pembelajaran di sekolah menengah.Tesis Sarjana Muda Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Md. Nasir Masran, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan, Abd. Aziz Shukor dan Roslinda Mustapha. (2010). Tahap kebolehbacaan dalam kalangan murid orang asli (program pemulihan) di sekolah kebangsaan brinchang (Pahang) dan sekolah

(15)

Mohamad Johdi Salleh, Norul Khairiah Idris, Nur Awanis Abd. Aziz, Nurul Huda Yusuf dan Siti Aisyah Hashim. (2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan terhadap masyarakat orang asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. Universiti Malaysia Sabah.

Oxforddictionaries.com. (2012). [Atas talian]. http://oxforddictionaries.com /definition/english/homework. [Mac 23, 2013].

Siti Hayati Yusoff. (2009). Budaya pemikiran pelajar orang asli membantut proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual di smk tapah: cadangan mengatasi. [Atas talian]

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/budaya-pemikiran-pelajar-orang-asli.html [Mac 25, 2013].

Referensi

Dokumen terkait

Misalkan saja pada saat pengerjaan sebuah film sinetron atau iklan suatu produk, seorang desainer grafis dibutuhkan untuk membuat rangkaian gambar dari sebuah cerita iklan yang

Bank sebagai Lembaga Keuangan dan Lembaga Intermediasi, berperan sebagai perantara keuangan masyarakat, yaitu berupa kegiatan menghimpun dan menyalurkan dana masyarakat

Obat tradisional adalah bahan atau ramuan bahan yang berupa bahan tumbuhan, bahan hewan, bahan mineral, sediaan sarian (galenik), atau campuran dari bahan tersebut

Tindakan operasi pada fossa posterior memberikan tantangan bagi ahli anestesiologi dikarenakan risiko tinggi terjadinya disfungsi batang otak, posisi pasien,

Terkait keberadaan mahasiswa yang sedang melaksanakan praktik di RS dan kaitannya dengan keamanan dan keselamatan pasien, maka sangat diperlukan peran pembimbing klinik

 Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama antara dua buah negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga mendatangkan risiko

Magyarországon, az AKI PÁIR adatai szerint a fizikai piacon azonban az egy évvel korábbinál 21 százalékkal magasabb termelői áron, tonnánként 45,3 ezer