Masalah Hudud Di Malaysia Pengenalan
Hudud dari segi Bahasa yang mudah bererti menahan atau mencegàh. Dari segi istilah hudud ditakrifkan sebagai siksaan ataupun hukuman yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh diubah mahupun ditambah ataupun dikurangkan.
نن وممللاظظ لا ممهم كنئللنوأمفن هللظلا دنودمحم دظعنتنين ننمنون اهنودمتنعنتن لنفن هللظلا دمودمحم كنلنتل )
229 )
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” Surah al-Baqarah
Antara tujuan utama hukum ini diadakan adalah bertujuan:
Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad.
Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak.
Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.
Tujuan-tujuan yang dinyatakan tersebut adalah supaya manusia sebagai pesuruh Allah S.W.T tidak terus leka dan hanyut dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Malah ianya turut dapat meperbaiki diri kepada arah kebaikan.
1) Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman: Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
(Al-Quran, al-Isra: 32)
2) Qazaf (menuduh zina)
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman: sebat 80 kali
3) Minum arak
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman: sebat 40 kali Firman Allah yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar iaitu arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan atau kejayaan.
(Al-Quran, al-Maidah: 90)
4) Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman: potong tangan
Firman Allah yang bermaksud:
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah.
5) Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman: a) sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
b) sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
c) sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara.
6) Riddah (murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman: Bunuh (setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari atau 3 kali)
Semua jenayah hudud yang telah dinyatakan kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan dan pindahan kepada hukuman yang lain seperti penjara atau wang. kesemua sumber perundangan yang utama dari Al-Quran dan Al-Sunnah mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai siksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, mana-mana pihak persendirian tidak mempunyai hak seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau mengubah hukumannya.
Menurut sumber yang diperolehi, hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat Malaysia bersatu menerima hukum tersebut. Seperti yang diketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.
Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya akan ada dua jenis hukuman yang berbeza. Orang Islam yang melakukan zina bagi yang dah berkahwin akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pula mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda. Masalah ini akan menjadi lebih rumit apabila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pula bukan beragama Islam. Pasangan yg bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat, manakala pasangannya yang beragama Islam akan direjam sampai mati jika pesalah sudahpun berkahwin. Di sini masalahnya akan timbul apabila tiada asas hukuman yang sama. Bagaimana pula dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan didapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.
Cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita seharusnya meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, dari pandangan itu, akan mewujudkan persamaan dari segi hukuman. Dari segi masalah yang lain, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam parti politik yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? bukan semua penyokong-penyokong serta pemimpin akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud disebab kita mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.
Kesimpulannya, hukum yang membabitkan agama seharusnya dipertimbangkan oleh pihak atasan untuk dilaksanakan ataupun sebaliknya. Manakala kita sebagai rakyat seharusnya memikirkan tentang keselamatan diri dan keluarga disamping mengharungi liku-liku hidup dalam keadaan yang penuh keharmonian dan kesejahteraan yang mementingkan disiplin yang tinggi. Disiplin yang tinggi akan lebih mudah diperbentuk dari hukuman yang setimpal menjadi santapan dikala melakukan sesuatu kesalahan.
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Pemilihan yang dilakukan menerusi pilihan raya yang berpaksi kepada parti politik. Tiada kriteria khusus sebagaimana kehendak islam mengenai calon-calon yang dipilih sebagai calon pilihan raya dan seterusnya menjadi perwakilan di Dewan Perundangan. Namun, budaya memerlukan keperibadian yang tinggi seseorang adalah penting.
Perbezaan antara islam dan demokrasi ialah mengenai sumber hukum dan falsafah. Walaupun demokrasi yang kita ada ini bukan bersumber atau berfalsafah agama, namun kita masih boleh mencorakkannya supaya bertepatan dengan kehendak berdasarkan sistem perundangan negara. Sebuah negara yang mengamalkan demokrasi masih berpeluang untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syariah tanpa perlu membubarkan demokrasi dan tanpa perlu mengisytiharkan negara sebagai negara islam.
Dalam konteks demokrasi dan undang-undang jenayah, seharusnya difahami bahawa antara tujuannya ilah untuk mewujudkan peraturan dalam sistem sosial masyarakat bagi menjaga keharmonian sesebuah masyarakat. Sebaliknya, didalam sistem demokrasi, segala jenis kesalahan yang dianggap boleh menjejaskan atau menggugat keadaan sosial masyarakat boleh dijadikan sebagai kesalahan jenayah.
Di Malaysia, falsafah negara kita yang meletakkan kedudukan agama pada tempat yang selesa yang mana kita perpegang kepercayaan kepada tuhan, lebih mementingkan kesetiaan kepada raja dan negara, meletakkan perlembagaan sebagai sumber undang-undang, kita lebih mendaulatkan udang-undang dan kita juga menjaga moral diri sendiri. Adalah penting untuk kita penuhi kehendak falsafah negara kerana kita tidak mahu undang-undang itu ditolak oleh masyarakat.
Mengenai proses penggubalan, suatu undang-undang akan sah beroperasi sekiranya ia melalui proses perundangan yang diiktiraf dalam demokrasi. Oleh itu, sekiranya undang-undang Syariah ini melalui proses perundangan yang diistiharkan oleh perlembagaan dan diluluskan berdasarkan kepada sistem perundangan dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini maka ia akan menjadi undang-undang yang sah. Kesimpulannya, kesemua prosedur demokrasi tersebut dan undang-undang jenayah syariah ini boleh dilaksanakan tanpa perlu menukar identiti neagara dan demokrasi yang sedia ada tidak perlu untuk dibubarkan.
Dalam pelaksanaan hukum hudud, kita memerlukan undang-undang prosedur dan dalam perbicaraan kes hudud, kita memerlukan undang keterangan. Kedua-dua jenis undang-undang ini boleh diluluskan oleh badan perundang-undangan berkaitan. Penguatkuasaan hudud perlu dilakukan oleh agensi penguatkuasa yang layak dan mampu. Sekiranya di peringkat Persekutuan,maka penyiasatan dilakukan oleh pasukanPolis,dan Pejabat Peguam Negara melaksanakan tanggungjawab berkaitan pendakwaan dan seterusnya perbicaraan di Mahkamah Sivil. Bagi proses penyiasatandan pendakwaan ini, sekatan atau halangan perundangan tidak begitu ketara. Sebagaimana diperuntukkan bawah seksyen 3 dan 20 Akta Polis, tugas penguatkuasaan undang-undang yang sah beroperasi adalah tanggungjawab Polis dan begitu juga tanggungjawab Pejabat Peguam Negara sebagaimana kehendakPerkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Hudud sebagai Undang-Undang Jenayah Umum
Sekiranya hudud dilabelkan sebagai undang-undang jenayah umum, dan membebaskan hudud daripada sekatan undang-undang yang bersumberkan agama Islam, maka hudud boleh digubal oleh Parlimen. Dari perspektif Perlembagaan, tiada halangan untuk Parlimen menggubal undang-undang hudud di bawah tiket undang-undang jenayah. Asalkan sahaja ia adalah berkaitan dengan mana-mana perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan. Tiada sekatan yang diletakkan ke atas Kuasa Parlimen bagi tujuan Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan.
Senarai Persekutuan begitu luas untuk merangkum kesalahan-kesalahan hudud seperti Hirabah, mencuri, al-baghy, zina, qazf,riddah dan minum arak atas sebab falsafah undang-undang jenayah berkaitan ketenteraman atau keselamatan awam.Lebih daripada itu kita perlu selaraskan falsafah undang-undang jenayah yang sedang kita amalkan di Mahkamah Sivil bagi mengembalikannya kepada falsafah jenayah sebagaimana kehendak hukum Allah S.W.T terutamanya berkaitan maqasid Syariah yang mempertahan kedudukan agama, akal, keturunan, harta dan kehormatan. Ini juga bagi memudahkan kita untuk menyelaraskan tuntutan Syariah dengan peruntukan Perlembagaan, terutamanya dalam menggariskan hukuman bagi kesalahan riddah, dan minum arak yang sentiasa sahaja dihujah dan dikaitkan dengan kebebasan beragama atau kebebasan individu.
Penutup
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa perlembagaan tidak meletakkan halangan yang muktamad bagi perlaksanaan hudud, sama ada dari segi penggubalan undang-undang atau dari segi perlaksanaan. Dengan kata lain, perlembagaan persekutuan tidak mempunya peruntukan khusus yang menafikan ruang penggubalan dan perlaksanaan hudud di negara ini.
Menurusi peruntukan perlembagaan adalah difahami bahawa kemungkinan untuk penggubalan hudud boleh berlaku di peringkat perundangan negeri dan juga persekutuan. Namun begitu, walau kedua-dua peringkat badan perundangan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang hudud. Badan perundang-undangan di peringkat persekutuan iaitu parlimen didapati lebih berkesan kerana kuasa parlimen berkaitan pengwujudan kesalahan dan hukuman begitu jelas sekali. Namun, kita mempunyai masalah dalam memahami dan mengubah falsafah undang-undang jenayah dalam sivil dan kesukaran mengubah semasa untuk kita masukkan falsafah jenayah syariah.
Sekiranya hudud hendak dilaksanakan di peringkat negeri, kita mungkin menghadapi pelbagai komplikasi undang-undang, terumanya dari segi kuasa Dewan Perundangan Negeri dan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah. Walaupun Perlembagaan secara umumnya tidak menyekat Badan Perundangan Negeri daripada menggubal kesalahan berkaitan perintah agama Islam dan hudud ini merupakan sebahagian daripada perintah agama Islam, perkara-perkara berkaitan juga hendaklah diambil berat kerana ia akan mendatangkan reputasi negatif terhadap hukuman jenayah Syariah khususnya dan seterusnya memberi kesan buruk kepada kedudukan agama Islam umumnya.
Pandangan mahasiswa dan mahasiswi di Unikl MIMET, Lumut, Perak tentang hudud.
“Hudud adalah satu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang”. khuzairin yaacob, BME batch 2016.
“Hukum islam yang telah dibahaskan dalam Al-Quran sejak Al-Quran telah diturunkan. Hukum ini merupakan hukuman yang paling fleksibal, adil dan setimpal dengan kesalahan pelaku” Mohd Shahridzuan, BMO batch 2016.
“Satu hukuman yang dijalankan berlandaskan agama islam mengikut kesalahan-keslahan yang dilakukan, serta hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan.” FakhrulHazziq, BMO batch 2016.
“Cara menghukum manusia dengan menggunakan cara islam berpandukan Al-Quran dan hadith.” Megat Adam, BMO batch 2016.
“Hukum yang telah ditentukan oleh syarak berpandukan Al-Quran dan Hadith. Tidak boleh sewenang-wenangnya dijatuhkan kepada pesalahan, ianya perlukan saksi”. Putra Khairul Hazim, BMO batch 2016.
“Hudud di Malaysia mempertikaikan oleh kerana keadilan yang tidak setara antara kaum islam dan bukan islam atas hukuman yang dijatuhkan”. Aliff Masron, BMO batch 2016.
“Ianya dapat menjamin keselamatan sejagat. Contohnya dapat mengurangkan kes-kes kecurian. Tambahan dapat menaikkan identity negara islam, kiranya bangsa atau negara lain akan menyanjung kerana kita melaksanakan hukum Allah S.W.T dan buat mereka gerun akan umat islam” Nazeem Nasrulhaq, BMO batch 2016.
“Hudud bagus dilaksankan kerana negara yang melaksankan hudud seperti Arab Saudi kurang berlakunya kes-kes kecurian ataupun berzina” Nashrul Rizal, BMO batch 2016.
“Hukum hudud adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh diubah atau ditukar ganti dan diubah suai dengan mana-mana perundangan dan sistem yang lain sehingga hari kiamat”. Jua, BMO batch 2016.
“Hudud adalah hukum yang dituntut oleh Allah S.W.T untuk dilaksanakan kepada umat islam yang melakukan keslahan dan setiap kesalahan harus dihukum”. Shahlin Johar, BMO batch 2016.
“Sesiapa yang melanggar hukum hudud mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim”. Anis Khairani, BMO batch 2016.
“Hudud itu hukumn Allah S.W.T yang ditentukan atas dunia bagi manusia yang melakukan kesalahan. Demi Allah S.W.T, hudud ini sebenarnya untuk meringankan beban pesalah waktu akhirat kelak. Namun tanggapan bukan islam menganggap hudud kejam walhal mereka tidak percaya langsung tentang akhirat”. Shaf Aziz, BMO batch 2016.
Sumber Rujukan:
1) http://arkibislam.blogspot.my/2010/04/apa-itu-hukum-hudud.html 2) http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.php
3) http://www.mykmu.net/2015/03/hudud
4) http://kentong-suhaizan.blogspot.my/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud 5) http://www.jais.gov.my/article/hukum-jenayah-islam