• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Ergonomi Ketidak sepadanan U

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan Ergonomi Ketidak sepadanan U"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

Kepentingan Ergonomi : Ketidak-sepadanan Ukuran Kerusi dan Antropometri Murid Sekolah Rendah Tahap Satu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

(Wahyuni Masyidah Md. Isa1, .Noor Azlina Mohamed Khalid2, Muhammad Fauzi Zainuddin3) 1. Product Design Department, School of The Arts, University Science Malaysia;

2. Product Design Department, School of The Arts, University Science Malaysia; 3. Industrial Design Department, School of Art and Design, University Technology MARA)

Abstrak

Penyelidikan ini mengkajikan peratusan ketidak-sepadanan antropometri dan ukuran kerusi di

kalangan Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS) di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan

membincangkan kesannya terhadap postur duduk dan kesihatan tubuh.

Kaedah

Penyelidikan ini dijalan secara rawak keatas 108 orang responden Murid Sekolah Rendah Tahap

Satu dari 12 buah sekolah rendah Kebangsaan yang terletak di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Antropometer, Goniometer dan penimbang berat badan adalah antara alat yang digunakan bagi

mendapat data antropometri responden. Ukuran kerusi diambil dari setiap sekolah dengan

mengunakan tape ukuran. Penggunaan SPSS (Statistical Package for Social Science)

diaplikasikan bagi menganalisis ketidak-sepadanan antara data antropometri responden dengan

ukuran kerusi yang disediakan di sekolah. Manakala kamera video pula digunakan bagi merakam

bagi mengkaji postur duduk responden ketika menjalani sesi pembelajaran di dalam kelas, ini

bertujuan mengkaji postur duduk yang berlaku di kalangan Murid Sekolah Rendah Tahap Satu.

(2)

1. Pengenalan

Murid Sekolah Rendah Tahap Satu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 7 tahun, 8 tahun

dan 9 Tahun.. Dewasa ini, menunjukkan MSRTS meluangkan sekurang-kurangnya 6 jam di

dalam kelas dengan menggunakan kerusi yang disediakan oleh pihak sekolah pada setiap hari

persekolahan bagi menjalani proses pembelajaran di sekolah. Ini menjelaskan bahawa bahawa

kanak-kanak di sekolah rendah sekurang-kurangnya meluangkan masa satu per empat sehari

iaitu 6 jam sehari. Mereka meluangkan 60% sehingga 80% dari waktu sekolah di dalam kelas

serta melakukan aktiviti membaca, menulis, melukis serta pelbagai aktiviti lain yang

memerlukan mereka untuk duduk secara berterusan untuk jangkamasa yang panjang (Savanur et,

al. 20071). Lantaran itu, penyelidikan mengenai ketidak-sepadanan antara ukuran perabot dan

ukuran badan murid sepatutnya dijalankan secara meluas dan diambil berat, ini adalah kerana,

persekitaran sekolah merupakan “persekitaran kerja” bagi kanak-kanak di sekolah (Gouvali,

M.K. & Boudolos, K., 20062). Selain itu, Department Malaysia Standard turut menganggap

kerusi merupakan keperluan penting di sekolah dengan mengeluarkan ukuran kerusi dalam

Furniture Educational Institution Specification for Student Chairs, Table and Stools MS

1788:2005. Namun begitu, tiada penjelasan spesifikasi yang terliti terhadap ukuran kerusi yang

dikeluarkan.

Merekabentuk sesuatu barang, perabot serta alatan yang sejajar dengan antropometrik

dan kriteria-kriteria biomekanikal pengguna dapat meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan

serta kesihatan fizikal ( Tunay & Melemez 20038, Pheasent, 19984). Oleh yang demikian kerana

itu, Panagiotopolou et.al. 20035, menegaskan bahawa perabot memainkan peranan yang penting

bagi mengekalkan postur yang betul terutamanya dikalangan kanak-kanak sekolah rendah.

(3)

perlu dimulakan di peringkat usia yang muda kerana tabiat-tabiat duduk telah terbentuk dari

awal lagi. Postur duduk yang tidak betul di peringkat usia remaja dan dewasa amat sukar diubah.

Tambahan pula, kanak-kanak menggunakan kerusi secara intensif ketika proses pertumbuhan

kanak-kanak sedang berkembang. Oleh itu, kesesuaian ukuran perabot kerusi di sekolah dengan

data antropometrik kanak – kanak di sekolah adalah sangat penting bagi meningkat postural

duduk yang betul serta menyihatkan kesihatan. Ketidaksesuaian perabot dengan ukuran

antropometrik akan mengakibatkan postural duduk yang salah serta tidak menyihatkan. Ini akan

memberi kesan kecacatan biomekanikal dalam postural berdiri dan duduk pada kanak-kanak.

Tambahanan pula, postural duduk yang tidak betul akan mengakibatkan ketegangan pada sendi

serta melemahkan otot dan seterusnya akan mengakibat kerosakan badan yang kekal. (Gouvali,

M.K. & Boudolos, K., 20066, DS Lipardo et, al. 20067).

Lanjutan itu Murphy et, al. 2003, menyatakan antara faktor yang mempengaruhi postur

duduk kanak-kanak di sekolah rendah adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kelas,

antropometri kanak-kanak sekolah serta ukuran rekabentuk perabot yang digunakan di dalam

kelas. Oleh yang demikian kerana itu, Parcell et al., 19998 & Pheasant., S. 1988 9,menyatakan

bahawa dalam merekabentuk kerusi untuk sekolah rendah, ukuran antropometrik merupakan

faktor sangat penting yang perlu diambilkira.

Lantaran itu, Lueder and Rice, ( 2008 )10, menegaskan bahawa penggunaan secara

berterusan kerusi yang tidak sepadan dengan ukuran antropometrik di kalangan kanak-kanak

bukan sahaja mengakibat kesakitan tulang belakang yang akan menganggu daya tumpuan

semasa proses pembelajaran malah kesan ini membawa ke alam dewasa serta membantut

(4)

Walaupun begitu, implementasi ergonomi dalam rekabentuk masih lagi baru di

ketengahkan dan dipraktikkan di Malaysia ( Nurul Asyiqin et.al 200911).

2. Kaedah Penyelidikan

2.1 Pemerhatian lansung

Penyelidikan ini menglibatkan responden seramai 180 orang murid Sekolah Rendah Tahap Satu

iaitu yang berumur 7, 8 dan 9 tahun. Pemilihan responden adalah secara rawak. Penglibatan dan

kerjasama responden dalam penyelidikan ini adalah dengan mendapat kebenaran dan pemilihan

dari pihak sekolah serta ibubapa responden terlebih dahulu. Penyelidikan ini berjalan dengan

lancar di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dengan kerjasama yang baik dari pihak

Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah yang terlibat

2.2 Pengukuran Data Antropometri dan Ukuran Kerusi

:Dalam kaedah ini, ketepatan data antropometri secara statik dari setiap responden merupakan

kunci utama yang sangat berharga dalam penyelidikan. Oleh kerana itu, kaedah ini perlu

menggunakan alatan-alatan ergonomi tertentu yang sah.Antara alatan-alatan ergonomi adalah :

(a) Antropometer. (b) Goniometer.

(c) Satu unit penimbang berat badan bersama alat mengukur ketinggian responden

Gambar 1

(5)

Antara ukuran antropometri yang diambil sebagai parameter adalah 12:

Parameter Antropometri Definisi

(a) Popliteal Height (PH)

Ukuran data antropometri yang

diambil secara vertikal iaitu dari permukaan lantai sehingga ke belakang pangkal betis.

(b)Buttock- Popliteal Lenght (BPL) Ukuran data antropometri yang di ambil horizontal, dari permukaan paling belakang pinggul sehingga belakang kaki.

(c) Hip Breadth (HB) Ukuran data antropometri antara pinggul yang

diukur pada bahagian paling besar.

(d)Mid-shoulder Height (MSH) Ukuran data antropometri yang diambil secara

vertikal dari permukaan duduk kerusi dibahagian tengah bahu antara leher dan acromion.

Manakala parameter bagi ukuran kerusi adalah13 :

Parameter Ukuran Kerusi Definisi

(a)Seat Height (SH) Diukur dari jarak lantai sehingga permukaan

tempat duduk kerusi.

(b)Backrest Height (BH) Diukur dari permukaan tempat duduk sehingga

keatas penyadar kerusi.

(c) Seat Depth (SD) Diukur secara vertikal di permukaan tempat

duduk kerusi .

(d)Seat Width (SD) Diukur secara horizontal di permukaan tempat

duduk kerusi.

Jadual 1

Definisi Parameter Antropometri

Jadual 2

(6)

Kaedah aplikasi parameter data antropometri diadaptasi dari (Gouvali, M.K. & Boudolos, K14.,

2006 )iaitu proses kaedah penyelidikan ini dijalankan keatas responden dalam keadaan

berpakaian seragam sekolah tanpa memakai kasut sekolah. Ukuran antropometri secara statik

diambil dengan dua cara iaitu :

(a) Ukuran antropometri secara statik diambil secara duduk diatas kerusi sekolah iaitu

ukuran diambil dalam keadaan postural duduk secara tegak diatas permukaan

horizontal yang rata dan kaki dibengkok 90 darjah tanpa kasut.

(b) Ukuran antropometri secara statik diambil secara berdiri adalah untuk mendapat

ukuran ketinggian dan berat diukur dengan berdiri secara tegak tanpa kasut.

Manakala ukuran kerusi pula diukur menggunakan tape ukur.

2.2 Kaedah Menganalisis Ketidak-sepadanan Antara Ukuran Antropometri dan Ukuran Kerusi Sekolah

Bagi mengkaji tahap Ketidaksepadanan ukuran antropometri dan ukuran kerusi pula, analisis

menggunakan formula Persamaan Berkaitan Ukuran badan dengan ukuran perabot yang

diadaptasi dari Gouvali et. al (2006). Analisis juga menggunakan perisian komputer SPSS.

Antara-antara formula yang diadaptasi adalah seperti dibawah :

a) Seat Height = Popliteal Height : (PH+ 2) Cos 30º ≤ SH ≤ ( PH +2) Cos 5º

Definisi ini menjelaskan bahawa seat height seharusnya lebih rendah daripada popliteal

height. Ini jelas memaklumkan bahawa Seat Height sepatutnya lebih rendah daripada

Popliteal Height kerana atas dua perkara iaitu (a) kaki bahagian bawah membentuk

sudut hubungan menegak sebanyak 30 º darjah manakala (b) sudut hubungan tulang tibia

(7)

b) Seat Depth = Popliteal Buttock Length : 0.8PBL ≤ SD ≤0.99 PBL

Mendefinisikan sebagai tidak sepadan apabila Seat Depth ≤ 80% or ≥ 99% daripada

popliteal buttock length.

c) Seat Width = Hip Breadth : 1.1HB ≤ SW ≤1.30HB

Didefinisikan sebagai ukuran Seat Width dengan Hip Breadth seharusnya mampu

menampung kelebaran pinggul semasa duduk . Ini adalah kerana fungsi ukuran Seat

Width adalah untuk menampung ischial turberostis semasa duduk bagi memudahkan

pegerakkan lateral semasa duduk. Olhe itu, ukuran kelebaran pinggul perlu mengambil

ukuran yang paling besar. Dan dengan itu, kelebaran kerusi yang diambil untuk

menampung keluasan pinggul paling kurang adalah 10% daripada seat width dan paling

besar adalah 30% daripada seat width.

d) Back Rest Height = Mid-Shoulder Height : 0.6MSH ≤ BRH ≤0.8MSH

Back Rest Height perlu dianggap sesuai apabila ianya dibawah bahu belikat. Oleh yang

demikian kerana itu, dalam menilai parameter kesepadanan, ukuran Mid-Shoulder Height

perlu 60% lebih rendah daripada Back Rest Height atau maksimun tinggi Back Rest

(8)

2.3 Kaedah Rakaman Video

Pemerhatian yang dijalankan adalah dengan menggunakan rakaman kamera video untuk

mendapatkan hasil kajian (Danijela Domljan et.al. 201015 P. C. Dhara et, al 200916).

Antara signifikasi pemerhatian ini adalah:

(a) Memerhati postura duduk murid tahap satu sekolah rendah yang genting ketika

proses pembelajaran dijalankan.

(b) Untuk melihat fenomena implimentasi ergonomi dalam rekabentuk kerusi sekolah

(9)

3. Hasil Penyelidikan

3.1 Kerusi dan ukuran Kerusi Yang Disediakan di Sekolah Rendah

Gambar 2

Rekabentuk Kerusi Kayu yang Disediakan di Sekolah Rendah

Jadual 3

Ukuran Kerusi Kayu Yang disediakan di Sekolah Rendah

Gambar 3

Rekabentuk Kerusi Plastik yang Disediakan di Sekolah Rendah

Jadual 4

Ukuran Kerusi Plastik Yang disediakan di Sekolah Rendah

Kerusi

C 36 38 35.4 31.5 T1,T2,T3 SKDK

D 27 39 42 31.7 T1,T2,T3 SKKS

E 38 38 38.5 32 T1,T2,T3 SKSR

F 38 38 41 31 T1,T2,T3 SKSM

G 38 37.7 38.3 32.5 T1,T2,T3 SKJH

H 38 37.5 42.25 31.5 T1,T2,T3 SKPM

I 38.5 38.5 38 31.5 T1,T2,T3 SKBE

J 39 38.1 38.2 32 T1,T2,T3 SKAJ

K 39.1 38.1 38.6 30 T1,T2,T3 SKBBSL

(10)

Merujuk Gambar 3 dan 4 menjelaskan terdapat 2 jenis kerusi yang disediakan di Sekolah Rendah

kepada Murid Tahap Satu iaitu kerusi kayu dan kerusi plastik.

Merujuk Jadual 3 dan 4 ukuran kerusi kayu dan kerusi plastik. Ini menunjukkan bahawa kerusi

kerusi yang di sediakan di Sekolah Rendah mempunyai 12 jenis ukuran yang berbeza walaupun

secara visual rekabentuknya adalah sama. Manakala kerusi plastik pula hanya mempunyai 1 jenis

ukuran sahaja.

3.2 Statistik Deskriptif Data Antropometri

Ukuran Antopometri Responden berumur 7 ,8 dan 9 tahun

n Mean SD Minimum Median Maximun Mode

Weight (kg) 108 34.4921 16.70100 11.00 33.0000 94.35 33.00

Stature (cm) 108 128.0954 11.34339 102.50 127.5000 154.40 135.00

Popliteal Height (cm)

108 36.2185 4.06812 27.50 36.0000 45.20 38.00

Buttock-popliteal Lenght (cm)

108 34.1843 4.01197 25.00 33.5000 45.20 33.00

Hip Breadth (cm)

108 27.7806 6.30918 16.50 27.5000 45.50 21.00

Mid-Shoulder Height (cm)

108 39.0370 6.31399 25.50 39.2500 54.00 40.00

Jadual 5

(11)

Merujuk kepada Jadual 5, merupakan data set yang membentangkan secara keseluruh data

antopometri kesemua responden seramai 108 orang, ia merupakan hasil menganalisi data

antropometri pada peringkat awal. Namun begitu, ia agak sukar menentukan jurang perbezaan

mengikut setiap peringkat umur.

Jadual 7

Data set statistik deskriptif ukuran antropometri responden sekolah rendah tahap satu yang berumur 8 tahun

Jadual 6

Data set statistik deskriptif ukuran antropometri responden sekolah rendah tahap satu yang berumur 7 tahun

Jadual 8

Data set statistik deskriptif ukuran antropometri responden sekolah rendah tahap satu yang berumur 9 tahun

n Mean SD Minimum Median Maximun Mode

Weight (kg) 36 28.6194 12.72293 12 27.1500 70.00 15 Stature (cm) 36 122.1667 9.37821 102.5 122.7500 140.00 109ª Popliteal

Height (cm)

36 33.9806 3.29266 27.50 34.0000 42.00 33.00

Buttock-popliteal Lenght (cm)

36 32.4333 3.06929 26.50 32.2500 39.50 29.00ª

Hip Breadth (cm)

36 25.4611 4.72551 16.5 25.2500 38.50 21

Mid-Shoulder Height (cm)

36 37.3306 5.37336 25.5 37.5000 54.00 40

Ukuran

Weight (kg) 36 31.7806 13.99437 11 32.3000 70.20 19ª Stature (cm) 36 127.000 9.78629 111 125.500

0

146.00 119

Popliteal Height (cm)

36 36.4000 3.89292 28 36.0000 45.20 38

Buttock-popliteal Lenght (cm)

36 33.8778 4.43545 25 33.2500 45.20 30

Hip Breadth (cm) 36 26.9722 5.69569 18 26.2500 41.40 18.50ª

Mid-Shoulder Height (cm)

36 37.9389 6.31991 26 38.2500 48.00 42 Ukuran

Weight (kg) 36 43.0764 19.39490 13 44 94.35 33

Stature (cm) 36 135.1194 11.02330 116 136.000 154.4 135ª Popliteal Height

(cm)

36 38.2750 3.88104 29 38.0000 45.00 38

Buttock-popliteal Lenght (cm)

36 36.2417 3.53694 29.5 36.0000 43.00 33ª

Hip Breadth (cm) 36 30.9083 7.11704 19.4 32.0000 45.50 38 Mid- Shoulder

Height (cm)

(12)

Merujuk Jadual 5,6 dan 7 menunjukkan data statistik deskriptif bagi setiap peringkat umur iaitu 7

tahun, 8 tahun dan 9 tahun yang menjelaskan terdapat jurang perbezaan yang tidak sekata pada

sebahagian data antropometri ini mungkin disebabkan dipengaruhi oleh ukuran data weight dan

stature.

3.3 Hasil peratusan ketidak-sepadanan antara parameter ukuran antropometri dan parameter ukuran kerusi sekolah rendah

(a) Seat Height = Popliteal Height : (PH+ 2) Cos 30º ≤ SH ≤ ( PH +2) Cos 5º

dcbsjkbsabjkasfbjbjsjn

Sepadan antara seat height dan popliteal height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun4 11 13.915

8 Tahun9 9 16.718

9 Tahun6 15 1921

(13)

Berdasarkan Jadual 9dan 10, hasil analisis menunjukkan sebanyak 50% ukuran antropometri popliteal height responden sepadan dengan ukuran kerusi yang disediakan disekolah masing-masing. Manakala lagi 50% yang tidak sepadan dengan ukuran kerusi yang disediakan semasa proses pembelajaran dijalankan. Jurang peratusan ini menunjukkan bahawa wujud faktor risiko

ergonomi terhadap ukuran seat height yang sedia ada di sekolah. Ini bukan sahaja menguatkan

lagi kenyataan Asyiqin et al 2009 yang mengatakan bahawa implementasi ergonomi di Malaysia

masih tidak mendapat perhatian sepenuhnya tetapi turut membuktikan bahawa wujudnya

simptom ketidakselesaan semasa duduk. Malah hasil penyelidikan ini turut menunjukkan

kebarangkalian yang tinggi bahawa wujudnya postur duduk yang janggal semasa proses

pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Tidak sepadan antara seat height dan popliteal height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun8 13 19.421

8 Tahun5 13 16.718

9 Tahun5 10 13.915

Jumlah 18 36 50 54

Jadual 9

Peratusan Sepadan antara seat height dan popliteal height

Jadual 10

(14)

(b) Seat Depth = Popliteal Buttock Length : 0.8PBL ≤ SD ≤0.99 PBL

Sepadan antara seat depth dan buttock popliteal length

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun1 6 6.57

8 Tahun3 3 5.66

9 Tahun2 7 8.39

Jumlah 6 16 20.4 22

Jadual 11

(15)

Berdasarkan Jadual 11dan 12, menunjukkan hasil analisi terhadap ketidak-sepadanan di antara

seat depth dan popliteal buttock lenght dikalangan responden murid tahap satu sekolah rendah

adalah 20.4% sahaja yang sepadan iaitu bersamaan dengan 22 orang sahaja yang sepadan

dengan kerusi yang disediakan. Manakala yang tidak sepadan pula adalah 79.6% bersamaan

dengan 86 orang. Jurang perbezaan ini menunjukkan bahawa ukuran seat depth kerusi tidak

menepati ukuran popliteal buttock lenght responden. Ini berkemungkinan ukuran tersebut

terlalu besar atau kecil pada ukuran antropometri responden. Sekiranya ukuran seat depth terlalu

besar akan mengakibatkan belakang responden jauh daripada penyandar kerusi, ini akan

memberi kesan lenguh pada tulang belakang dan tulang belakang terpaksa berkerja keras untuk

memberi kestabilan pada tubuh semasa duduk. Sekiranya seat depth terlalu kecil pula akan

memghimpit bahagian bawah peha yang menyebabkan ketidaselesaan semasa duduk.

Tidak sepadan antara seat depth dan buttock popliteal length

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun11 18 26.829

8 Tahun10 20 27.830

9 Tahun 7 20 2527

Jumlah 28 58 79.6 86

Jadual 12

(16)

( c ) Seat Width = Hip Breadth : 1.1HB ≤ SW ≤1.30HB

Sepadan antara seat width dan hip breadth

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun1 5 5.6 6

8 Tahun3 9 11.112

9 Tahun3 5 7.4 8

Jumlah 7 19 24.1 26Tidak sepadan antara seat width dan hip breadth

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun12 18 27.830

8 Tahun10 14 22.224

9 Tahun 6 22 25.928

Jumlah 28 54 75.9 82

Jadual 13

(17)

Berdasarkan Jadual 13 dan 14 , hasil analisi menunjukkan 26% iaitu bersamaan dengan 26

orang sahaja yang sepadan dengan kerusi yang disediakan. Manakala yang tidak sepadan pula

adalah 75.9 % bersamaan dengan 82 orang. Jurang perbezaan ini menunjukkan bahawa ukuran

seat width kerusi yang disediakan tidak menepati ukuran hip breadth responden. Nilai tidak

sepadan paling tinggi terhadap responden yang berumur 7 tahun iaitu seramai 30 oarng diikuti

dengan responden yang berumur 9 tahun seramai 28 orang. Ini kemungkinan disebabkan ukuran

kelebaran kerusi yang disediakan adalah terlalu besar atau terlalu kecil dengan ukuran Hip

breadth responden. Ukuran seat width amat penting untuk sepadan dengan pengguna kerusi, ini

adalah kerana seat width berfungsi untuk menyokong Ischial tuberosities pengguna kerusi

semasa duduk dan ia amat penting untuk memudahkan pengerakan secara lateral semasa duduk

bagi mengelakkan postur duduk yang janggal. Kelebaran kerusi sepatutnya mampu menampung

kelebaran pinggul pengguna semasa duduk.

Jadual 14

(18)

(

d ) Back Rest Height = Mid-Shoulder Height : 0.6MSH ≤ BRH ≤0.8MSH

Sepadan antara Back rest height dan Mid-shoulder Height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun3 12 13.9 15

8 Tahun4 11 13.9 15

9 Tahun6 18 22.2 24

Jumlah 13 41 50 54

Tidak sepadan antara Back rest height dan Mid shoulder

height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun9 12 19.421

8 Tahun9 12 19.421

9 Tahun3 9 11.212

Jumlah 21 33 50 54

Jadual 15

(19)

Berdasarkan Jadual 15 dan 16, hasil analisis menunjukkan sebanyak 50% antropometri mid

shoulder height responden sepadan dengan ukuran back rest height yang disediakan disekolah

masing-masing. Manakala lagi 50% yang tidak sepadan dengan ukuran kerusi yang disediakan

semasa proses pembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan kebanyakan back rest yang disediakan

tidak dapat menyokong tulang belakang semasa respoden sedang duduk semasa proses

pembelajaran dijalankan. Penyandar berfungsi tulang belakang duduk semasa duduk bagi

membantu mengekalkan kestabilan tubuh pengguna semasa duduk.

Jadual 16

(20)

4.5.1 Hasil peratusan ketidak-sepadanan antara keseluruhan parameter ukuran antropometri dan parameter ukuran kerusi sekolah rendah

Sepadan keseluruhan parameter ukuran antopometri dan parameter ukuran kerusi

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun0 2 1.92

8 Tahun0 1 0.9 1

9 Tahun0 1 0.9 1

Jumlah 0 4 3.7 4

Jadual 17

(21)

Berdasarkan Jadual 17 dan 18, menunjukkan hasil total peratusan ketidak-sepadanan bagi kerusi

yang disediakan disekolah dengan ukuran antopometri secara menyeluruh. Ini bertujuan untuk

mendapat gambaran fenomena ketidak-sepadanan parameter kerusi dan para antropometri secara

jelas. Hasil menunjukkan hanya 3.7% iaitu 4 responden menpunyai ukuran antropometri yang

sepadan dengan kerusi yang disediakan disekolah manakala 96.3 % iaitu 104 orang responden

lagi tidak sepadan dengan kerusi yang disediakan. Ini merupakan jurang perbezaan besar yang

menunjukkan bahawa postur duduk janggal sememang wujud dikalangan murid-murid sekolah

rendah tahap satu disebabkan ukuran kerusi yang tidak sepadan dengan ukuran antropometri

responden. Ini menjelaskan bahawa kebarangkalian murid di sekolah rendah terdedah pada

faktor risiko ergonomi seperti sakit belakang, simptom musculoskeletal iaitu gejala-gejala yang

melibatkan rangka manusia dan otot manusia dan sebagainya adalah sangat tinggi. Tidak Sepadan keseluruhan parameter ukuran antopometri dan

parameter ukuran kerusi

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun13 2131.534

8 Tahun13 2232.435

9 Tahun9 2632.435

Jumlah 35 70 96.3104

Jadual 18

(22)
(23)

3.4 Video analysis

(a) Postur Duduk ( Kerusi Kayu)

Gambar 4 merupakan postura duduk responden semasa dalam kelas dengan melakukan aktiviti

menulis, postur ini menunjukkan kedudukan tulang belakang yang tidak sejajar. Postura duduk

yang melipat kaki menyebabkan penghimpitan peredaran darah, menurut Tiedeman, J. (2003)17,

Peredaran darah yang lemah menyebabkan kekembungan di bahagian kaki bawah serta kelesuan

dan risiko pembekuan darah dalam kaki. Selain itu, menurut Tiedeman, J. (2003) lagi, kedudukan

tulang belakang tidak sejajar boleh mengakibatkan kecederungan tulang bahagian atas iaitu

tulang cervik membengkak akibat daripada ketegangan otot belakang yang melibatkan bahu dan

leher.

Gambar 4

(24)

Gambar 5 menunjukkan responden sedang memberi perhatian semasa dalam kelas yang

melibatkan aktiviti membaca. Postura duduk responden adalah menegak ke hadapan tanpa

penyandar. Menurut Herman Miller Inc. 200218, postura ini dikenali sebagai Forward-inclined

Sitting, postura duduk ini melibatkan material membaca semasa duduk, Iaitu mendapat

kestabilan badan yang relaks secara maksimum manakal minda sedang menjalani tugas

membaca material bacaan. Kesan buruk postura duduk ini adalah kesakitan tulang belakang dan

kyphosis disease terutama sekali di bahagian lumbar region. Selain itu, ia turut menyebabkan

kesakitan di bahagian otot leher, otot di bahgian atas belakang badan serta menyebabkan

penekanan dibahagian ulnar nerve, kedua-kedua elbow atau forearm akibat perletakkan tangan

diatas permukaan meja yang keras.

Gambar 5

(25)

(b) Postur Duduk ( kerusi plastik)

Gambar 6 menunjukkan responden sedang memberi perhatian dalam kelas dalam postur

keadaan Forward-inclined Sitting. Responden mencapai kestabilan semasa duduk dengan

meletakkan tangan di atas meja dan meletakkan kaki di palang meja. Responden tidak bersandar

dan membongkok. Dan di bahagian belakang responden diletakkan beg sekolah. Ini

menunjukkan kejanggalan postura duduk akibat daripada ukuran kerusi yang tidak sepadan

dengan ukuran antropometri. Postura duduk ini merupakan postura janggal kerana kaki

responden tidak diletakkan dengan di atas lantai, tangan sepatutnya diletakkan di atas armrest

dan belakang disokong oleh penyandar kerusi yang ergonomi dan pinggul serta belakang perlu

dilampikkan dengan kerusi yang berkusyen bagi mengurangkan kesan menghimpit pada kulit

dan otot semasa duduk.

Gambar 6

(26)

Gambar 7 menunjukkan responden memberi perhatian pada pangajaran guru di dalam kelas pada

keadaan postura duduk Reclined Sitting yang tidak bersesuaian dengan kerusi yang disediakan.

Menurut Herman Miller Inc. 2002, postura ini mengurangkan tampungan di bahagian lumbar

region menurun sebanyak 20% dengan memindahkan bebanan badan bahagia atas kepada kerusi.

Tetapi kerusi yang digunakan oleh responden tidak ergonomi kerana kerusi yang digunakan tidak

mempunyai aremrest, tidak berkusyen, ukuran penyandar terlalu tinggi untuk mid-shoulder

height responden dan seat depth yang kecil untuk menampung pinggul responden jadi oleh itu

keselesaan semasa duduk tidak dapat dicapai dengan tepat. Kestabilan semasa duduk responden

boleh dicapai dengan selesa sekiranya tangan diletakkan di armrest. Perletakkan kakai di palang

kaki menyebabkan penggunaan otot yang mampu menjadi ketegangan otot kerana menampung

bebenan badan bahagian atas pada kaki di bahagian bawah.

Gambar 7

(27)

Kesimpulan

Penyelidikan ini dapat merumuskan bahawa, ukuran kerusi yang disediakan oleh pihak

sekolah adalah tidak sesuai dengan ukuran antropometri MSRTS. Berdasarkan statistik

deskriptif menjelaskan terdapat jurang perbezaan yang besar terhadap saiz antropometri

responden mengikut peringkat umur. Ini jelas menunjukkan satu ukuran statik masih tidak

mampu menyesuai ukuran antropometri responden dengan kerusi. Menurut

Panagiotopoulou,G., et al 2004, menjelaskan kerusi yang boleh adjustable iaitu yang

mempunyai pelbagai saiz adalah sesuatu yang paling sesuai untuk murid sekolah rendah

merupakan salah satu cara yang tepat bagi mengatasi masalah ini. Rentetan daripada itu,

ketidaksesuaian ukuran, maka ini jelas wujud postur-postur duduk yang janggal di kalangan

MSRTS semasa menjalani proses pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, berdasarkan

penyelidikan ini ia boleh merumuskan bahawa rekabentuk kerusi sekolah rendah perlu

mempunyai beberapa perkara penting iaitu (a) penyandar berkusyen mempunyai bentuk

kontour yang mempunyai kesesuaian dengan ukuran midshoulder height ,ia bertujuan untuk

mengekalkan postur neutral tulang belakang semasa duduk , (b) ketinggian tempat duduk

perlulah bersesuaian dengan ukuran popliteal height bagi memudahkan pemindahan bebanan

badan ke lantai badan semasa duduk,(c) permukaan tempat duduk perlu dilampik dengan

kusyen bagi memudahkan pengahihan bebanan badan semasa duduk, (d) kerusi perlulah

memudahkan pergerakan secara lateral, (d) menyediakan tempat armrest bagi mencapai

kestabilan semasa duduk dan menyokong bebanan bahagian duduk semasa duduk. dan (e)

perlu menerap nilai estetik dari segi warna dan ruang meletak beg . Hasil analisis yang

diperolehi merumuskan bahawa, garisan panduan ukuran kerusi sekolah perlu mempunyai

pelbagai ukuran bagi menyesuaikan dengan pelbagai ukuran antropometri kanak-kanak di

(28)

kerusi yang mampu menangani masalah ketidaksepadanan antara ukuran kerusi dan ukuran

(29)
(30)

1 Savanur,C. S., Altekar, C. R., & De, A. (2007). Lack of conformity between Indian classroom furniture and student dimensions: proposed future seat/table dimensions, Ergonomics, 50: 10, 1612-1625.

2 Gouvali, M.K., & Boudolos, K. (2006). Match between school furniture dimension and

children’s anthropometry. Applied Ergonomics,37, 765-773.

3 Tunay, M., & Melemez, K.(2008). An analysis of biomechanical and anthropometric

parameters on classroom furniture design. African Journal of Biotechnology,Vol 7 (8).

4 Pheasant,S. (1998). Body space, anthropometry, ergonomic and the design of work, second edition. Taylor & Francis. Ms 4 -10.

5 Panagiotopoulou,G., Christoulas, K., Papanckolaou, A., & Mandroukas, K. (2004). Classroom

furniture dimension and anthropometric measures in primary School. Applied Ergonomic, 35, 121-128.

6 Gouvali, M.K., & Boudolos, K. (2006). Match between school furniture dimension and

children’s anthropometry. Applied Ergonomics,37, 765-773.

7 Lipardo DS, PTRP, MSPT; Espaldon, MJH; Javier, ALV; Lopez, PNL; Ng Tsai AC & Yruma,

MEM. (2006). Anthropometric measurements of public elementary school students in district IV of Manila Philippine. Journal of Allied Health Sciences.Vol1.

8 Parcells. C., Stommel. M., & Hubbard. R. P. (1999). Mismatch of classroom furniture and

student body dimensions: Empirical findings and Health implications, J. Adolescent Health,24: 265-273.

9 Pheasant,S. (1988). Body space, antropometry, ergonomic and design.Taylor & Francis. Ms 4-10.

10 Lueder, R., & Rice, V.J. B., (2008). Ergonomics for Children: Designing products and places for

toddlers to teens. Taylor & Francis Group. Ms 39-60, 187 – 224. 722-749

11

Nurul Asyiqin, M.A., Shamsul., B.M.T., Velu, P., Mohd Sharizal, D., Mohd Rafee, B.B, & Mohammad Azhar, M.N. (2009). Development ergonomics furniture for primary school in Malaysia : industrial design process. National Symposium on Advancement in Ergonomics and Safety, 82-86.

12 Panero, J., & Zelnik, M. (1979). Human dimension & interior space: a source book of design

reference standard. Watson-Guptill. Ms 1-82.

13 Panero, J., & Zelnik, M. (1979). Human dimension & interior space: a source book of design

reference standard. Watson-Guptill. Ms 1-82.

14 Gouvali, M.K., & Boudolos, K. (2006). Match between school furniture dimension and

(31)

15 Domljan, D., Grbac, I., & Hadina, J., (2008). Classroom Furniture Design- Correlation of Pupiland Chair Dimension.Original Scientific Paper, Coll. Antropol. 32(2008) 1 : 257-265.

16 P. C. Dhara, G.C.Khaspuri &S.K Sau (2009).Complaints Arising From a Mismatch Between School Furniture and Anthropometric Measurement of rural Secondary School Children During Classwork. Springer. Environ Health Prev Med (2009) 14:36–45 DOI 10.1007/s12199-008-0055

17 Tiedeman, J. ( 2003), New Concept in Seating. Data diperolehi pada 24 Oktober 2009 dari:

http://www.statefundca.com

18 Miller, H.(2002). Body support in the office: sitting,seating, and low back pain. Data

diperolehi pada 24 Jun 2009 dari: http://www.hermanmiller.com

Correspondent :

(32)

Email : wakiki2004@yahoo.com

Noor Azlina Mohamed Khalid , Master in Design, MDes (Industrial Design) from Swinburne University of Technology, Australia, is a lecturer in Design Department (Product Design), School of The Arts, USM.

Email : azlinakhalid@gmail.com / n_azlina@usm.my

Muhammad Fauzi Zainuddin, Master in Industrial Design (Engineering), (MMU, Manchester)and Mphil in Ergonomics (Loughboro U, UK), is a Programme Coordinator of Industrial Design

Department in UiTM,

Gambar

Gambar 1 Aplikasi Antropometer
Gambar 2Rekabentuk Kerusi Kayu yang Disediakan di Sekolah Rendah
Gambar 4Postur duduk melipat kaki semasa duduk
Gambar 5Postur duduk  akibat seat depth terlalu besar
+3

Referensi

Dokumen terkait

Kepuasan kerja bisa diperoleh da- lam lingkungan kerja yaitu: rasa bangga, puas dan keberhasilan melaksanakan pe- kerjaannya sampai tuntas sehingga se- orang menejer dalam hal

Strategi komunikasi pemasaran yang dilakukan The Goods Dept dengan berbagai bentuk yaitu advertising dengan melalui Instagram, publicity dengan melakukan kerja sama

Dalam mendidik siswa, anda melakukan dengan sepenuh hati dan penuh tanggung jawab lklim sekolah anda dapat memotivasi anda dalam mendidik siswa Keberadaan rekanan ke~a di

Tujuan lain dari tunjangan yang diberikan pemerintah ini adalah tidak lain untuk memberikan dukungan kepada wanita –wanita muda agar melahirkan bayi-bayi sehat

Menu ini selain menjalankan proses mengosongkan data sebelumnya, juga ditampilkan form input data peserta baru untuk memulai sesi undian baru atau bisa klik tombol

Pesawat sinar-X portabel dan mobile dengan arus tabung sangat kecil (10 mA, 20 mA, dan 30 mA) tidak hanya untuk prosedur gawat darurat atau pasien yang tidak dapat

Analisa terhadap sistem merupakan tahap yang sangat penting untuk mengetahui proses yang terjadi di dalam aplikasi yang akan dirancang, dalam hal ini peneliti

Pewarna sintetik adalah bahan kimia yang sengaja ditambahkan pada makanan untuk memberikan warna yang diinginkan karena warna semula hilang selama proses pengolahan