• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERTANDINGAN SENI KULINARI PJB JUARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERTANDINGAN SENI KULINARI PJB JUARA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PERTANDINGAN SENI KULINARI 2011 - PJB JUARA

ISU 5 / 2011

Disediakan oleh: Nur Fadillah bt Mat Ariffin

lagi gambar di mukasurat 4

i

i

P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N

P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N

D

ua orang pelajar daripada Politeknik Johor Bahru (PJB) telah berjaya mempamerkan kehebatan dan membuktikan kehandalan apabila berjaya merangkul kejuaraan dalam Akademi Seni Kulinari 2011 yang berlangsung di Furniture Industry Technology Centre (FITEC) pada 3 hingga 18 Oktober 2011. Berkat kesungguhan, kesabaran dan semangat juang yang tinggi, Mohamad Sharul Hamisan dan Ahmad Fadzir

Izam Zamri pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering berjaya mengalahkan 100 peserta daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Johan pertandingan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5000 beserta piala dan sijil. Kejayaan ini seterusnya meletakkan nama Politeknik Johor Bahru (PJB) di puncak kegemilangan dan membuktikan bahawa pelajar keluaran politeknik mempunyai daya saing dan mampu bertanding dengan mana-mana pencabar dari Institusi Pengajian Tinggi lain yang sama-sama menguasai bidang kulinari ini.

Para peserta telah menjalani latihan di bawah bimbingan En. Mohd Amin Zakaria bersama tenaga pengajar Cik Siti Norizan dan Cik Nurul Badariah. Tahniah dan syabas diucapkan. Pencapaian yang cemerlang ini menutup tirai kejayaan JPH bagi tahun 2011 dan merupakan hadiah kepada Ketua Jabatan JPH, Hajah Rosnah binti Rahmat, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Sahul Hamed Abdul Wahab dan mantan pengarah PJB Encik Shabudin bin Man.

SAKSIKAN KEMUNCULAN MEREKA DI KACA TV ANDA DALAM RANCANGAN

AKADEMI SENI KULINARI BERSAMA CHEF

LIZA ZAINOL BERMULA AWAL TAHUN 2012 YANG AKAN DITAYANGKAN DI RTM 2

KANDUNGAN:

Johan Akademi Seni Kulinari 2011

Para peserta bergambar kenangan dengan mantan pengarah PJB, En. Shabudin bin Man

ISSN 2232-0008

Pertukaran Pengarah PJB 2 Perutusan Pengarah 2 I.C.E Carnival PJB 2011 3

Program 3D2N 4

Lawatan Sambil Belajar SMT Sabah ke JRKV 5 Perbincangan Lanjutan Program Baru di JKE bersama UTM

5 VISCOM Show ke -13 6 Kursus Problem Solving Skills Using Six Sigma

Methodology 6

Kursus Pembungkusan Kreatif & Inovatif 7 Majlis Pragraduan Pelajar Semester Akhir & Majlis 7

(2)

TN. HJ. AZIZI BIN LIN PENGARAH POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya jawatankuasa yang telah berjaya menerbitkan buletin sepanjang tahun ini.

Warga Politeknik Johor Bahru (PJB) bertuah kerana selepas dianugerahkan status politeknik premier, PJB sekali lagi akan melalui proses penjenamaan semula apabila DYMM Sultan Johor berkenan untuk memasyhurkan nama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) pada tanggal 15 Disember 2011.

Penjenamaan semula ini akan dimanfaatkan dengan menilai pencapaian PJB selepas kewujudan selama 10 tahun dalam arus pendidikan politeknik di Malaysia.

Dengan harapan yang tinggi di sebalik status di Raja, dan tuntutan pencapaian dari pelbagai stakeholders, PJB akan merencana proses penambahbaikan secara bersungguh-sungguh, merangkumi semua aspek, iaitu imej korporat, prestasi akademik, pengukuhan niche-area, pengembangan jalinan kolaborasi, pemantapan budaya penyelidikan dan strategi mengembangkan bakat pelajar. Di samping itu adalah menjadi harapan saya, dengan ikon poly boutique, PJB akan mampu meneroka beberapa bidang strategik dalam bidang keusahawanan berjalan lancar dan memberi manfaat sewajarnya.

PJB juga wajar menilai semula kemudahan fizikal yang sedia ada ke arah penambahbaikan menyeluruh untuk jangka masa panjang supaya dapat memberi impak kewujudan PIS yang diberi nafas baru.

Penjenamaan semula PJB ini akan dirangka dengan kerjasama dan komitmen semua pihak. Saya memohon agar semua warga PJB mengambil bahagian secara efektif dalam agenda penjenamaan semula PJB ini.

M

antan Pengarah Politeknik Johor Bahru iaitu En Shabudin bin Man telah bertukar ke Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Kini beliau telah mula bertugas di JPP sebagai Pengarah, Bahagian Pembangunan Dasar. Kami bagi pihak warga Politeknik Johor Bahru (PJB) ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih di atas khidmat dan jasa beliau semasa bertugas di sini. Selamat bertugas di tempat baru kepada En. Shabudin bin Man.

Kami juga mengalu-alukan kedatangan pengarah politeknik yang baru, iaitu Tn. Hj. Azizi bin Lin. Selamat datang ke Politeknik Johor Bahru.

PERUTUSAN PENGARAH

Penjenamaan semula Politeknik Johor Bahru

(PJB) kepada Politeknik Ibrahim Sultan

(PIS) pada 15 Disember 2011

PERTUKARAN PENGARAH POLITEKNIK JOHOR BAHRU

(3)

ISU 5 / 2011

P

ada 1 dan 2 November 2011, telah berlangsung dengan jayanya Hari Kecemerlangan Pelajar melalui program I . C . E . ( I n n o v a t i o n , C a r e e r a n d Entrepreneurship) Carnival, bertempat di Politeknik Johor Bahru (PJB). Program ini dilaksanakan dengan matlamat untuk mengenengahkan hasil usaha kreatif dan inovasi para pelajar dari pelbagai bidang, untuk mempamerkan produk inovasi mereka kepada warga politeknik, komuniti tempatan, agensi kerajaan, industri dan syarikat persendirian yang berkaitan dan juga untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran pelajar selepas program ini berlangsung.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar daripada s e k ola h -s ek ol ah m e nen gah y ang berhampiran antaranya ialah Sek. Men. Kota Masai dan Sek. Men. Pasir Gudang 1. Seramai tiga orang wakil daripada pihak IRDA, Pengurus Sarang Buaya dan juga komuniti Pasir Gudang yang lain juga m e m b e r i k a n s o k o n g a n d e n g a n menghadirkan diri bagi menyokong program ini. Kami juga amat berbesar hati dengan kesudian YBhg.Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Politeknik untuk merasmikan program.

I.C.E. (Innovation, Career and Entrepreneurship) Carnival diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberi banyak manfaat kepada pelajar, komuniti tempatan, pelajar-pelajar sekolah dan industri. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah: pameran produk inovasi pelajar, pertandingan hasil rekacipta dan inovasi pelajar, sesi temuduga secara walk-in interview daripada pihak industri bersama pelajar-pelajar semester akhir di setiap jabatan, gerai aktiviti keusahawanan pelajar dan pertunjukan fesyen, rekaan daripada pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) PJB.

Beberapa pihak industri turut terlibat dengan walk in interview bersama pelajar semester akhir dan sesi walk in interview ini juga telah mendapat maklumbalas positif daripada pelajar-pelajar semester akhir. Pelajar secara keseluruhan telah mengambil peluang keemasan untuk menempah tempat di sektor pekerjaan.

Program ini secara amnya telah berjaya meningkatkan keupayaan dan pengetahuan inovasi di kalangan para pelajar PJB. Melalui program ini juga, PJB lebih dikenali di kalangan komuniti setempat

dan pelajar sekolah. I.C.E Carnival mewujudkan peluang untuk menjalinkan kerjasama di antara pihak akademik dan pihak industri.

I.C.E Carnival memberikan banyak peluang kepada pelajar PJB secara khasnya u n t u k m e m p a m e r k a n k e u p a y a a n merekacipta produk dan inovasi bagi membolehkan mereka bersaing di pasaran pekerjaan. Dengan adanya program ini juga, ia telah memberikan satu impak yang positif kepada keupayaan dan kebolehpasaran pelajar di samping mengukuhkan nama politeknik di kalangan masyarakat dan industri. Ybhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar berharap program seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

I.C.E CARNIVAL POLITEKNIK JOHOR BAHRU 2011

Disediakan oleh: Suraya Hanim binti Ali

Ybhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar melawat tapak pameran projek para pelajar

Ybhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Politeknik

(4)

PROGRAM 3D2N

Disediakan oleh: Hj. Abd. Aziz bin Talib

P

oliteknik Johor Bahru (PJB) telah dilantik menjadi tuan rumah bagi menjayakan program Kem Motivasi Pelajar 3D2N peringkat zon selatan. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 14 hingga 16 Oktober 2011. Kem Motivasi Pelajar merupakan anjuran daripada Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan lima dari sekolah-sekolah menengah sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Program Kem Motivasi pelajar ini merupakan satu langkah pendekatan bagi pelajar sekolah menengah sebelum menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah supaya para pelajar dapat membuka minda untuk mengenali politeknik-politeknik yang ada di Malaysia. Pelajar-pelajar turut didedahkan tentang peluang-peluang pendidikan yang terdapat di politeknik seluruh Malaysia.

Sebanyak 13 buah sekolah menengah kebangsaan menghantar wakil ke PJB. Antara sekolah yang menghantar

Sepanjang program ini dijalankan, banyak manfaat yang diterima oleh setiap pelajar. Pada hari pertama, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA), Ust. Hamdan bin Abdul Ghani iaitu Anak Soleh Anak Cemerlang. Seterusnya taklimat dari En. Md Yusri bin Jani, bertajuk Tautan Kasih Janjiku. Pada keesokan harinya, pelajar mempelajari tentang teknik menjawab soalan bagi subjek Matematik yang disampaikan oleh Pn Azura binti Jahiman. Beliau merupakan guru dari SMK Taman Air Molek. Aktiviti seterusnya iaitu bengkel Sains Teras telah disampaikan oleh seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Pn Siti Wati binti Mohd Saat

Para pelajar turut gembira ketika menyertai aktiviti Explorace Intelek yang diadakan pada sesi petang. Mereka turut menyertai kuliah maghrib bersama dengan Ustaz Senusi bin Lebai Ismail yang bertajuk Permulaan dan Pengakhiran Insan. Majlis Perasmian dan Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Haji Mohlis bin Jaafar yang Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK

Pasir Gudang 3, SMK Megah Ria, SMK Bandar Seri Alam dan SMK Penggawa Timor. Bilangan peserta program ini adalah seramai 139 pelajar yang terdiri daripada 69 orang pelajar perempuan dan 70 orang pelajar lelaki.

Saringan untuk memilih 30 peserta terbaik PJB diumumkan JOHAN A.S.K 2011

Bersama pengetua A.S.K, Chef Liza Zainol Temubual media TV2

CORAT CORET PERTANDINGAN AKADEMI SENI KULINARI 2011

12 finalis pertandingan akhir

(5)

ISU 5 / 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMT SABAH KE JRKV

Disediakan oleh: Ismalyza binti Mt. Arif

T

anggal 24 Oktober 2011 merupakan tarikh keramat bagi delegasi kecil yang terdiri daripada para pelajar Pendidikan Khas SMT Keningau mengadakan lawatan sambil belajar ke PJB. Seramai 12 orang pelajar pendidikan khas Sistem Pentauliahan Tingkatan 5 turut serta dan diiringi oleh 6 orang guru yang diketuai oleh Cik Nancy Anthony. Kedatangan rombongan ini ke Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual (JRKV), disambut dengan meriah oleh para pensyarah dan pelajar-pelajar Sijil Kemahiran Khas. Taklimat ringkas mengenai program yang ditawarkan bagi pelajar berkeperluan khas di Jabatan Rekabentuk, Komunikasi dan Visual (JRKV) iaitu Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik dan Sijil Kemahiran

Para pelajar dibawa melihat sendiri suasana pembelajaran di bilik kuliah pelajar Sijil Kemahiran

Khas, Rekabentuk Grafik, Semester 1 Rekabentuk Fesyen dan Pakaian diberikan

oleh En Mohd. Redzuan Husaini. Para pelajar juga dibawa melawat ke bilik-bilik kuliah dan bengkel-bengkel bagi mereka melihat sendiri bagaimana proses P&P dijalankan. Perasaan teruja dan kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka apabila melihat mereka berkomunikasi sesama mereka. Ada di kalangan mereka sudah bercita-cita untuk mengikuti program di JRKV setelah tamat tingkatan 5 kelak. Menurut Cik Nancy Anthony, pendedahan sebegini sedikit sebanyak membantu mereka meningkatkan semangat dan motivasi untuk belajar, dan dapat membuka minda para pelajar apabila mereka membuat lawatan seperti ini.

PERBINCANGAN LANJUTAN PROGRAM BARU DI JKE BERSAMA UTM

Disediakan oleh:

Pn. Hjh Normala binti Abdullah@Dollah

T

anggal 25 Oktober 2011 yang lalu pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah mengadakan perbincangan lanjutan dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tentang peluang melanjutkan pelajaran bagi pensyarah dan graduan JKE, Politeknik Johor Bahru (PJB).

Antara yang hadir dalam perbincangan ini ialah: Pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (UTM): En. Zulkifli bin Md Yusof, En. Muhammad Arif Abdul Rahim, Dr Shahdan Sudin, Dr Ahmad Shafawi Mokhtar, En. Rosnizam bin Maarof dan En. Khairiel Idzham bin Nordin, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik

(PJB): Pn. Hjh Normala bt Abdullah@Dollah - Ketua Jabatan, En. Mazlan bin Karim @ Hussein – Ketua Program Elektrik dan Elektronik, En. Nordin bin Zakariah, En. Hamzah bin Zakaria, En. Muhammad Hafizzullah bin Zakaria dan En. Mohd Khairul Anuwar bin Mohd Khairi dan Ketua Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (PJB): Pn. Norah binti Mohd Zan.

Perbincangan ini adalah bertujuan membuka peluang kepada pensyarah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana secara sambilan (Program Pesisir). Di samping itu juga, wakil dari UTM yang terdiri daripada para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah memperkenalkan program SPACE (School of Professional and Continuing Education) kepada wakil PJB. Pihak PJB masih di peringkat perbincangan mengenai kerjasama Twinning Program di bawah program SPACE UTM bagi memberi peluang pelajar lepasan politeknik melanjutkan pelajaran di dalam program Ijazah Sarjana Muda yang berpusat di politeknik.

Barisan pensyarah kanan daripada Fakulti Barisan pensyarah dan Ketua Program Elektrik

dan Elektronik dari JKE, PJB

(6)

V

ISCOM Show merupakan satu pameran yang diadakan pada setiap akhir semester bagi menilai sepenuhnya kemampuan, kredibiliti dan kekreatifan pelajar–pelajar diploma semester akhir dari Program Rekabentuk Grafik, Program Rekabentuk Industri dan Program Rekabentuk Fesyen dan Pakaian terhadap hasil kerja akhir mereka sepanjang bergelar seorang siswazah di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Johor Bahru (PJB). Penilaian dan pemarkahan hasil kerja pelajar pada pameran tersebut akan dinilai oleh panel luar/panel jemputan dan juga para pensyarah.

VISCOM Show ke 3 telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2011 bertempat di JRKV, PJB. Pameran ini merupakan

pameran kali ketiga setelah PJB dinobatkan sebagai Politeknik Premier selaras dengan pemilihan rekabentuk sebagai „niche area‟ bagi PJB. VISCOM Show ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Suzanah binti Hashim selaku Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PJB.

Pada pameran tersebut telah diadakan majlis penyampaian Anugerah Ketua Jabatan dan juga Anugerah Pelajar bagi pelajar semester akhir yang telah terlibat secara langsung dalam pameran tersebut. Seramai 86 orang pelajar dari semester satu sehingga semester enam telah merangkul Anugerah Ketua Jabatan yang disampaikan oleh En. Rosli bin Zainuddin selaku Ketua Jabatan JRKV. Disediakan oleh: Siti Nur Sa‟adah binti Masri

KURSUS PROBLEM SOLVING SKILLS USING SIX SIGMA METHODOLOGY DI

BAWAH PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN (FINISHING SCHOOL) 2011

Disediakan oleh: Azura@Nurul Shuhada binti Daud

P

rogram kebolehpasaran graduan “finishing school” telah diikuti oleh 25 orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan tujuh (7) orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Program ini diadakan pada 3 hingga 11 Oktober 2011 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Bilik Seminar, JKE. Pelajar-pelajar tersebut merupakan Pelajar-pelajar semester akhir pengajian diploma. Objektif program ini adalah untuk

daya saing bagi membolehkan mereka mendapat peluang kerjaya profesional.

Pembekal kursus ini ialah Syarikat Platinum Rozaq Training & Consultancy dan penceramahnya ialah En. Muhammad bin Mohd. Karim @ Shahrin. Kandungan program meliputi kebolehan mengenalpasti masalah, kebolehan mengukur masalah yang telah dikenalpasti, kebolehan menganalisis potensi, kebolehan melahirkan idea dan kebolehan mengekalkan pelaksanaan

VISCOM SHOW KE - 13

Perasmian VISCOM Show ke 13 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Sokongan

Akademik), Pn. Hjh Suzanah binti Hashim

Ketua Jabatan JRKV, En. Rosli bin Zainuddin menyampaikan anugerah kepada pelajar

En. Yusoff bin Mohd Dali menyampaikan anugerah kepada pelajar

Pn. Khalida binti Khairudin menyampaikan anugerah kepada pelajar

(7)

Ceramah atau bengkel ini telah disampaikan oleh tiga (3) orang penceramah jemputan merangkap pensyarah pakar dalam bidang rekabentuk Grafik dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Johor Bahru (PJB). Penceramah terdiri daripada Encik Abdul Razak bin Salim, Pensyarah Kanan DH 44, Puan Mazlisa binti Mohd Isa dan Puan Rohaida binti Razi, pensyarah DH 41. Tajuk-tajuk ceramah dan bahan-bahan untuk menjalankan bengkel telah disediakan oleh pihak Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), manakala bahan pembentangan disediakan oleh ketiga-tiga penceramah dari PJB.

KURSUS PEMBUNGKUSAN KREATIF & INOVATIF (INDUSTRI MAKANAN) ANJURAN

KEJORA DENGAN KERJASAMA IPPJ

ISU 5 / 2011

M

ajlis pragraduan pelajar semester akhir dan majlis kecemerlangan pelajar telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Oktober 2011 (Selasa) di Hotel Selesa Pasir Gudang pada jam 8.00–11.00 malam. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) yang diterajui oleh Pn.Nor Haniza binti Jonet.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Di samping itu, anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar agar terus berusaha dengan penuh semangat dan berkeyakinan pada

masa akan datang. Selain dari itu, anugerah ini juga bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian di Politeknik Johor Bahru (PJB) . Anugerah ini dapat memberi semangat kepada pelajar untuk bekerja bersungguh-sungguh setelah menamatkan pengajian nanti. Majlis ini juga mengeratkan silaturahim antara semua pelajar semester akhir dengan pensyarah sebelum menamatkan pengajian di PJB.

Diharapkan program ini dapat lagi menggalakkan lagi para pelajar semua agar sentiasa berusaha, bersemangat waja dan jatidiri bagi menjadi pelajar yang terbaik.

Disediakan oleh: Rohana binti Hasan Disediakan oleh: Mazlisa binti Mohd Isa

MAJLIS PRAGRADUAN PELAJAR SEMESTER AKHIR & MAJLIS

KECEMERLANGAN PELAJAR (ANUGERAH KETUA JABATAN) JKE JUN 2011

K

ursus Pembungkusan Kreatif dan Inovatif (Industri Makanan) telah diadakan pada 4 hingga 6 Oktober 2011 di Hotel Nazatalia, Johor Bahru. Kursus dianjurkan oleh pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan k erjas am a Institut Pem bangunan Pengurusan Johor (IPPJ) ini, mensasarkan sebilangan pengusaha-pengusaha makanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar Bandar Penawar khususnya dan pengusaha -pengusaha baru di sekitar Kota Tinggi dan Pasir Gudang amnya. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari itu, dihadiri oleh 30 orang peserta keseluruhannya. Berlatar belakangkan perniagaan dan perusahaan yang pelbagai, peserta-peserta kursus diberi ceramah dan bengkel yang berkaitan dengan pembungkus an khususnya bagi mereka yang menguruskan industri makanan.

Ucapan kata-kata aluan daripada Ketua Jabatan JKE

(8)

P

ada 2 November 2011 Jabatan Pengajian Am (JPA) telah diberi mandat untuk menganjurkan Perhimpunan Bulanan Staf Politeknik Johor Bahru. Perhimpunan ini menjadi detik bersejarah warga Politeknik Johor Bahru (PJB) dengan kehadiran Ybhg. Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dalam usaha menjayakan rentetan Program Jayawara Transformasi Siri Ke-2 ke seluruh politeknik Malaysia. Beliau turut diiringi oleh En. Mat Nor Shabudin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum JPP dan Puan Siti Jariah Ibrahim, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Instraksional, JPP.

Kalimah istimewa Jerayawara yang julung kali digunakan membawa maksud tersirat yang tinggi melangkaui bukan sekadar satu road-show yang dilakukan secara spesifik, malah memberi intensif penerangan dan peringatan pemerkasaan fokus misi transformasi politeknik. Langkah ini sebenarnya membuktikan kesungguhan JPP

dalam memperkasa semangat dan usaha ke arah kejayaan keseluruhan transformasi politeknik. Program Jayawara Transformasi ini dilihat sebagai satu suntikan semangat dan pengukuhan fokus hala tuju terhadap seluruh warga kerja politeknik.

Intipati ucapan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PJB, Yg Berusaha Pn. Hjh Suzanah binti Hashim, dalam pembentangan „Pencapaian Politeknik Johor Bahru‟ membuktikan bahawa PJB sentiasa dalam usaha menempa dan mencipta kejayaan dalam pelbagai sudut bagi menterjemahkan misi transformasi.

Perhimpunan ini juga turut memberi ruang kepada Ybhg. Datuk Hj Mohlis untuk meraikan kejayaan PJB sebagai johan pertandingan “AKADEMI SENI KULINARI” di bawah bimbingan En. Amin Zakaria dan Cik Siti Norizan Hassan. Peserta membawa pulang wang tunai RM5000, sijil penyertaan dan piala. Disediakan oleh: Yeow Chee Kheong

JERAYAWARA TRANSFORMASI SIRI KE 2 - PERHIMPUNAN BULANAN

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

Tn Hj Azizi bin Lin

Timbalan Pengerusi

Tn Hj Sahul Hamed bin Abdul Wahab Pn Hjh Suzanah binti Hashim

Ketua Editor

En Mohd Ali bin Jasmi

Penolong Ketua Editor

Pn Umi Kalthom binti Ramin

Editor

Pn Norihan binti Mahmood

Pn Sy Hannan binti Sy Abd Rahman

Rekabentuk

Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin

Wakil Jabatan/Unit

Cik Norashikin binti Awang Kechik (PRO) Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV)

Cik Nur Fadillah bt Mat Ariffin (JPH) En. Yeow Chee Keong (JPA)

En. Rozainudin bin Mohd Lazim (JHHP) Pn Dina bt Abd Khalik (Pruf)

P

ameran Projek Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) bagi sesi Jun 2011 telah diadakan pada 27 Oktober 2011. Pameran ini melibatkan pelajar-pelajar semester akhir iaitu semester enam dan empat bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) (DJK) dan Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (SKE). Sebanyak 30 buah projek akhir yang terbaik telah terpilih bagi menyertai pameran projek kali ini. Ia terdiri daripada 23 projek pelajar diploma dan tujuh (7) projek pelajar sijil.

Pameran projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar semester akhir mempamerkan hasil projek mereka dan menghargai projek yang dihasilkan oleh pelajar program Diploma dan Sijil agar mereka menghasilkan projek-projek yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memenangi pameran projek JKE bagi sesi Jun 2011. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih bagi semua pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam menjayakan pameran projek kali ini. Berikut adalah senarai pemenang pameran projek JKE bagi kategori diploma dan sijil:

Diploma Kejuruteraan Elektronik

Johan

Tajuk: Spycar Inspection Control (Ahmad Fazree Bin Mohd Fadezir & Mohamad Ferdaus bin Bagowi)

Naib Johan

Tajuk: Systematic Terminal Bus System (Mohd Rafiq bin Nordin & Rajandran A/ L Nedun Seliyan)

Tempat Ketiga

Tajuk: Ash-Wan Milk Machine (Mohamad Rozuan bin Mohd Jalil &

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Johan

Tajuk: The Autonomous Ball Picker (Qusbix bin Sydina Abidin & Muhamad Nasrul bin Mohd Jais)

Naib Johan

Tajuk: RFID Car Security System (Mohd Saiful Adham bin Mohd Nazip & Silahuddin bin Mustafa)

Tempat Ketiga

Tajuk: RFID Motor Starter

Sijil Kejuruteraan Elektronik

Johan

Tajuk: Smart Iron

(Muhamad Kharullizat bin Abu Bakar & Rosli bin Sharfuddin)

Naib Johan

Tajuk: Safety Box

(Mohamad Yasin bin Adnan & Mohamad Faizal bin Mohd Khairuddin)

Tempat Ketiga

Tajuk: Temperature Controller System (Mohamad Afiq bin Abdul Ghani &

PAMERAN PROJEK JKE SESI 2011

Referensi

Dokumen terkait

Ada beberapa faktor yang menyebabkan adanya pengaruh pemberian perlakuan terhadap hasil belajar siswa, salah satunya adalah media pembelajaran dan pendekatan

Struktur konstruksi desain bangunan penunjang selain kuat juga harus memperhitungkan aspek estetika pada desain fasad dan juga kemudahan dalam penggunaan material teknologi

Secara khusus, menjalin hubungan jangka panjang dengan pemasok utama di lingkungan bisnis yang kompetitif membantu perusahaan mencapai kinerja yang superior dengan

menjadi peta digital dengan mempergunakan meja digitasi atau software. Cara kerjanya adalah dengan mengkonversi fitur-fitur spasial yang ada pada peta menjadi kumpulan koordinat

Observasi digunakan untuk melengkapi data dari wawancara dan pengumpulan dokumentasi, terutama dalam lingkup masalah penelitian, antara lain mengamati impelementasi kebijakan yang

Dimana pada tahap ini pada fase persiapan, kaki yang tidak digunakan untuk menolak diangkat kebelakang setinggi lutut dan posisi tubuh sedikit condong kedepan

tahun 2015 pegawai kantor Dinas Kesehatan Provinsi Sulawesi Tengah dituntut untuk mencapai target kerja yang lebih besar dibanding tahun sebelumnya sehingga para

Dengan demikian hipotesis yang dikemukakan dalam penelitian ini yaitu dengan menerapkan model pembelajaran talking Stick dapat meningkatkan hasil belajar siswa