• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 1"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI1. Siti Intan Dahlia Mohammad Harun Jabatan Tahfiz Wal Qiraat Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). ABSTRAK Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu Al-Quran yang amat penting selain dari bidang penafsiran dan penterjemahan Al-Quran.Melalui disiplin ilmu Qiraat, para sarjana dalam bidang ini telah membahaskan isu-isu utama seperti pembahagian jenis Qiraat, tokoh-tokoh utama dalam ilmu ini dan pelbagai kaedah sebutan dan bacaan Al-Quran.Berdasarkan kepada kepentingan mempelajari bidang ini, ilmu Qiraat telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat Islam dari seluruh dunia, tidak terkecuali di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.Penubuhan pusat dan institusi pengajian Tahfiz dan Qiraat serta permintaan yang berterusan oleh masyarakat di negara ini untuk mempelajarinya merupakan salah satu usaha yang perlu dihargai.Walaubagaimanpun, dari satu sudut yang lain, ilmu ini masih lagi dianggap satu bidang yang ekslusif dan ditawarkan kepada mereka yang mempunyai kecenderungan untuk mempelajari bidang Qiraat.. Kertas kerja ini akan memberikan. gambaran umum mengenai perkembangan pengajian Qiraat di Malaysia dengan menghubungkan beberapa institusi pendidikan Qiraat dari pelbagai peringkat bagi mengenalpasti realiti, keperluan dan cabaran pengajian Qiraat di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah keperluan menawarkan subjek Qiraat Al-Quran kepada semua pelajar pengajian Islam tanpa mengira. bidang. pengkhususan.Ilmu Qiraat kadangkala dapat membantu penyelidik dalam permasalahan fiqh dan hukum.Bidang Qiraat juga perlu digabungjalinkan dengan bidang bahasa dan linguistik kerana terdapat banyak faedah yang boleh dimanfaatkan. Bagi mempersadakan ilmu Qiraat pada skop yang lebih luas lagi sekumpulan penyelidik dari bidang Qiraat, Bahasa Arab, Sejarah dan Reka Bentuk di institusi pengajian tinggi perlu bekerjasama bagi menghasilkan ensiklopedia atau mushaf Qiraat dalam Bahasa Melayu khususnya. 1. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011, “Al-Quran, Qiraat dan Masyarakat: Pendedahan, Pemahaman dan Penyelesaian” pada 19-20 November 2011 di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombakyang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).. 1.

(2) KATA KUNCI: Perkembangan Ilmu Qiraat, Keperluan, Institusi Pengajian Tinggi. PENGENALAN Ilmu Qiraat merupakan salah satu cabang ilmu Al-Quran yang sangat penting kepada masyarakat Islam. Di Malaysia, ilmu ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat yang cenderung untuk mendalami Qiraat. Pusat-pusat dan ma’ahad-ma’ahad Tahfiz yang diasaskan samada secara persendirian atau di bawah bantuan kerajaan seperti Darul Quran telah lama melahirkan para graduan Tahfiz dan Qiraat yang mahir dan berketrampilan dalam bidang ini. Kertas kerja ini ditulis dalam usaha untuk mempersadakan jurusan Qiraat ke arah peringkat yang lebih tinggi dan berupaya menarik minat pelajar pengajian Islam yang lain di institusi pengajian tinggi di Malaysia dan masyarakat Islam khususnya untuk mempelajari asas ilmu Qiraat sebagai nilai tambah kepada bidang yang diceburi masing-masing. Secara umum Qiraat boleh didefinisikan sebagai: “Mazhab atau kaedah menyebut lafaz Al-Quran yang digunakan oleh beberapa imam atau guru Al-Quran yang berbeza antara satu dengan yang lain” (Manna’ Khalil Al-Qattan: Mabahith Fi ‘Ulum Al-Quran ,Cetakan 53, 1998). Kepelbagaian menyebut lafaz-lafaz Al-Quran ini merangkumi pengetahuan terhadap sifat huruf dan cara sebutan seperti takhfif (menipiskan sebutan), tathqil (menebalkan sebutan) dan sebagainya (Al-Zarkasyi: Al-Burhan Fi ‘Ulum Al-Quran, Cetakan 1, 2001). Pada pandangan penyelidik, bidang Qiraat perlu dilihat sebagai bidang yang inklusif kepada pelajar pengajian Islam yang lain selain dari pelajar pengkhususan Tahfiz dan Qiraat. Walaubagaimanapun, bidang Qiraat masih lagi dianggap masyarakat sebagai bidang yang hanya tertumpu kepada bakal-bakal Qari atau Huffaz yang akan menjadi pakar rujukan tarannum dan tajwid pada masa akan datang. Justeru, kertas kerja ini ditulis untuk memberi sedikit maklumat ringkas tentang perkembangan. pengajaran. Ilmu. Qiraat. di. 2. Malaysia.. Beberapa. institusi. penting.

(3) akandiketengahkan dalam kertas kerja ini. Pada bahagian seterusnya, realiti dan keperluan Ilmu Qiraat sebagai matapelajaran yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau negeri akandidedahkan dan dibincangkan. Dalam bahagian ini juga, contoh-contoh Qiraat yang berbeza dari segi bahasa, fiqh dan tafsir akan dibincangkan secara ringkas dan padat. Bahagian terakhir dalam kertas kerja ini akan menyarankan beberapa cadangan membina untuk memperluaskan lagi bidang Qiraat pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Diharap kertas kerja yang diusahakan ini berupaya merealisasikansalah satu objektif utama Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dan beberapa badan yang lain di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), iaitu: “Memperkenalkan kepentingan ilmu Qiraat yang masih belum diketahui masyarakat”.. 1. PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA2. Ilmu Qiraat di awal kemunculannya di Malaysia kelihatan agak asing kerana Masyarakat di Malaysia ketika itu hanya menganggap bacaan al-quran hanyalah terdiri dari satu bacaan yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi di satu sudut yang lain, ilmu qiraat pada hakikatnya telah lama diperkenalkan di Malaysia seiring dengan dakwah yang disampaikan ketika Islam mula bertapak di tanah nusantara sekian lama dahulu. Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan beliau sewaktu perasmian Masjid Negara dimana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Tilawah Al2. Untuk maklumat perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia dengan lebih lanjut lihat dalam: Ismail bin Muhammad, PERANAN JAKIM DALAM PEMBANGUNAN INSTITUSI QIRAAT DI MALAYSIA, Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ Universiti Sultan Zainal Abidin (softcopy), 29-30 Oktober 2010: 36-42.. 3.

(4) Quran peringkat Antarabangsa yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut. Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac 1966 dimana pengetuanya ialah Syeikh Mohd Noor dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perintis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Pada tahun 1972 ianya diberi nama baru iaitu “Maahad Tahfiz AlQuran Wal-Qiraat”. Bermula pada awal tahun 1979 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz AlQuran Wal-Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.Sehinggalah pada tahun 1984, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri dengan mempunyai organisasinya yang tersendiri. Pada Tahun 1992, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat kemudiannya dipindahkan ke satu bangunan yang disewa di Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki manakala pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Sekali lagi pada tahun 1994, pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkis Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997,. 4.

(5) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran.. Akhirnya setelah beberapa kali berpindah tempat dan dengan persetujuan kerajaan negeri Selangor pada masa tersebut maka pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kampus tetap ini mampu untuk menempatkan pelajar seramai 1000 orang pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan serta infrastruktur yang lebih baik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan.. Pengiktirafan Diploma. Pada tahun 1983, Sijil Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Diploma, mata pelajaran telah bertambah dengan Matapelajaran Qiraat ditambah masa pengajiannya kepada 2 jam seminggu dan ditambah lagi dengan subjek yang berkaitan dengan hafazan Al-Quran dan Qiraat seperti Hifzul Mutun, Fawasil, Rasm, dan lain-lain. Bermula tahun 1983 juga, BAHEIS terus meningkat peranannya sebagai pelopor kepada perkembangan Qiraat di Malaysia, dengan pengambilan pelajar tahfiz diambil setiap tahun di mana sebelum itu pengambilan pelajar diambil setiap 3 tahun sekali. Perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia menggapai kecemerlangan apabila pada tahun 1999 Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat menukar sistem pengajiannya daripada sistem penggal kepada sistem semester bagi mengikuti arus perkembangan pengajian yang diamalkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Penyemakan semula kurikulum dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Qiraat dipertingkatkan dengan penyusunan baru Subjek Qiraat Ilmi dan Amali ditambah menjadi 4 jam seminggu, begitu juga bagi Subjek Pengajian Tahfiz Al-. 5.

(6) Quran yang berkaitan ditambah mengikut pengajian yang ditawarkan di Maahad Qiraat Syoubra. Antara Subjek yang ditambah dalam Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat ialah Subjek Tarikh Qurra’, Tarikh Mashaf dan Dhobt Quran dengan matapelajarn sedia ada dikekalkan.. Perkembangan semasa Ilmu Qiraat Ilmu Qiraat semakin berkembang apabila pada tahun 1983 Sijil Tahfiz diiktiraf menjadi Diploma dan pengambilan pelajar diambil setiap tahun bermula tahun yang tersebut (1983).Perkembangan Ilmu Qiraat semakin meningkat dan mula tersebar di negeri-negeri apabila banyak kerajaan negeri menubuhkan Maa’had Tahfiz Al-Quran dan menggunapakai kurikulum daripada JAKIM bermula tahun 1986 dengan M.T.Q.N Negeri Johor menjadi negeri pertama mengikutinya. Perkembangan Tahfiz Al-Quran dan Ilmu Qiraat menjadi semakin menarik apabila Darul Quran mula mengambil pelajar perempuan bermula pada tahun 1990.Pada tahun 1996 kesemua negeri di Malaysia kecuali Sarawak menyertai program bersama Darul Quran di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Dengan itu, Ilmu Qiraat dapat dikembangkan secara lebih khusus oleh negeri-negeri di Malaysia. Perkembangan Ilmu Qiraat ini semakin tahun semakin meningkat apabila Darul Quran sentiasa meningkatkan pengambilan pelajar dari 20 orang pada tahun 1980-an kepada 40 orang lebih awal tahun 1990-an sehinggalah Kompleks tetap Darul Quran di Kuala kubu Bharu, Selangor siap digunakan di awal tahun 1999, bilangan pengambilan pelajar ditambah ke angka seratus lebih. Apabila siap Fasa kedua pada tahun 2003, pelajar-pelajar diambil secara purata 200 hingga 230 orang setahun sehingga ke hari ini.Kerajaan telah membelanjakan lebih 50 juta ringgit bagi menyiapkan Kompleks Darul Quran. Tiada sebarang yuran pengajian dan yuran. 6.

(7) lain dikenakan. Setiap pelajar diberi elaun bulanan sebanyak RM 365.00 merangkumi elaun makan dan sara hidup.. Perkembangan Terkini Program Diploma Darul Quran Pada masa ini terdapat 5 Syukbah lagi yang dijalankan di Darul Quran iaitu :. i. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Dakwah.. ii. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Hadis.. iii. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Syariah. iv. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Muamalat.. v. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Qiraat.. Kesemua Syukbah ini dimestikan mempelajari Asas Ilmu Qiraat secara teori pada semester dan secara praktikal pada semester 2.. Pengajaran Ilmu Qiraat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Di Johor Bahru, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)menawarkan Program Diploma Tahfiz Wal Qiraat. Melalui program ini, pelajar boleh memilih samada ingin meneruskan pengajian di bawah Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) atau di bawah Darul Quran JAKIM. Berikut disebutkan maklumat ringkas mengenai falsafah, objektif, kemudahan yang disediakan, kelayakan minimum, subjek-subjek kursus dan yuran pengajian bagi kursus Tahfiz Wal Qiraat di MARSAH (http:www.marsah.edu.my/ver/tahfiz/html, diakses pada 29/10/2011).. 7.

(8) Kursus Tahfiz Wal Qiraat di MARSAH bertujuan melahirkan generasi Islam yang benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan Al Quran.Ianya juga memenuhi tuntutan semasa masyarakat yang memerlukan para Huffaz, Quraa’ dan Du’at yang berkebolehan dan berketrampilan. Visi Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan negara dan ummah Misi Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang tahfiz Al Quran dan Al Qiraat Falsafah Membentuk generasi Al Quran yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah. Moto Al Quran dan Al Sunnah Pegangan Kami. Objektif 1. Mengeluarkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara. 2. Menghidupkan kembali ilmu Al Quran serta menambahkan bilangan penghafaz Al Quran. 3. Menyerapkan tenaga penghafaz yang berkebolehan di Intitusi Pengajian Tinggi dan Imam Masjid di seluruh negeri.. 8.

(9) Tempoh pengajian Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 5 tahun (10 semester). Yuran Pengajian Bayaran pendaftaran (sekali sahaja): 1) PENDAFTARAN. RM 100.00. 2) WANG KEBAJIKAN. RM 50.00. 3) PERPUSTAKAAN. RM 115.00. 4) MAKMAL KOMPUTER. RM 100.00. 5) KAD PELAJAR. RM 10.00. 6) INSURANS TAKAFUL (3 tahun). RM 60.00. 7) MINGGU SILATURRAHIM. RM 100.00. JUMLAH. RM 535.00. Setiap tahun:. Ditaja oleh MAIJ. 1) PENGAJIAN. Ditaja oleh MAIJ. 2) ASRAMA. RM 500.00. 3) PEPERIKSAAN. RM 100.00. 4) KHIDMAT KEBERSIHAN ASRAMA (SISWI)RM 10.00 JUMLAH (SISWA). RM600.00. (SISWI). RM610.00. 9.

(10) Kemudahan yang disediakan 1. Perlindungan Insuran, Skim Perubatan Pelajar, Gelanggang Sukan dan Asrama. 2. Perpustakaan, Makmal Komputer, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah dan Tutorial yang berhawa dingin. 3. Pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi yang layak sahaja. Antara Matapelajaran yang wajib dipelajari: -. Hifzul Quran. -. Pengenalan Asas Komputer. -. Bahasa Arab. -. Ilmu Tajwid. -. Ilmu Qiraat. -. Fiqh. -. Bahasa Kebangsaan. -. Bahasa Inggeris. -. Aqidah. -. Taranum. -. Pengajian Malaysia. -. Teknologi Maklumat. Kelayakan minimum Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, AlQuran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah. 10.

(11) ATAU Memiliki sijil-sijil lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 2. REALITI DAN KEPERLUAN SUBJEK QIRAAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Tidak dinafikan subjek-subjek berkaitan Ilmu Qiraat seperti Usul Al-Qiraat, Tarikh Al-Qurra’ (Sejarah Tokoh dan Imam Qiraat), Tarikh Al-Rasm (Sejarah Renulisan), Qiraat Amali, Al-Qiraat Al-Syazah, Asas Tarannum, Taujih Al-Qiraat, Dabt Al-Quran dan sebagainya diajar secara khusus kepada pelajar-pelajar jurusan Tahfiz dan Qiraat. Walaubagaimanapun, subjek-subjek tersebut masih lagi dianggap ekslusif kepada pelajar yang bakal menjadi graduan Tahfiz dan Qiraat di institusi-institusi pengajian tiinggi awam dan swasta.Berdasarkan kepada penelitian penyelidik secara umum, bidang tahfiz merupakan satu bidang yang bersifat fleksibel dan mempengaruhi disiplin ilmu yang lain seperti Ilmu Tafsir, Ilmu Fiqh dan tidak terkecuali Ilmu Bahasa Arab.Bahasa Arab ialah satu bidang yang sangat jelas kaitannya dengan Ilmu Qiraat. Memandang Ilmu Qiraat memberi kesan yang langsung atau tidak langsung kepada jurusan atau bidang yang lain, biasanya seminar mengenai Qiraat terutama pada peringkat antarabangsa khususnya boleh menarik ramai penyumbang kertas kerja dari pelbagai bidang kerana seminar Qiraat bertaraf antarabangsa menawarkan sub tema dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, pada 29-30 Oktober 2010 satu seminar antarbangsa mengenai Qiraat dan Qurra’ telah diadakan di Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Kuala Terengganu bagi membahaskan isu dan cabaran utama dalam bidang Qiraat.Seminar antarabangsa ini juga menjemput seorang pakar dan tokoh Ilmu Qiraat dari Universiti AlAzhar, Mesir iaitu Sheikh Ahmad ‘Isa Al-Ma’sarawi bagi menyampaikan satu ucap tama. 11.

(12) penting dan gagasan utama bagi mempersadakan llmu Qiraat pada peringkat yang lebih global dan menyeluruh. Sebanyak 62 kertas kerja telah dibentangkan pada sesi selari berdasarkan kepada tema-tema yang dibahagikan (Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ 2010 (dalam bentuk softcopy), Universiti Sultan Zainal Abidin: 1-7). Antara tema yang mempunyai hubungan silang yang kukuh Ilmu Qiraat dengan bidang yang lain yang menjadi tumpuan utama dalam seminar ini boleh disebutkan seperti di bawah: -. Sejarah Pengajian Ilmu Quran dan Qiraat. -. Pengaruh Ilmu Qiraat kepada Bahasa Arab. -. Sumbangan institusi Qiraat dan tokoh-tokoh Qiraat. -. Qiraat dan penafsiran Al-Quran. -. Qiraat dan Perundangan Islam (Fiqh). -. Perancangan sukatan dan kurikulum Al-Quran dan Qiraat. Setiap sub tema yang disebutkan ini menunjukkan hubungan Ilmu Qiraat yang sangat kukuh dengan disiplin ilmu yang lain. Oleh itu, sesetengah institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan subjek yang mempunyai kaitan dengan Ilmu Qiraat kepada pelajar jurusan Bahasa Arab khususnya.Berdasarkan pengetahuan penyelidik, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai contoh, pelajar peringkat kedoktoran (Ph.D) ditawarkan subjek bertajuk: “Al-Dirasat Al-Nahwiyyah Li Al-Qiraat Al-Quraniyyah”(Analisis Sintaksis dalam Qiraat Al-Quran). Manakala bagi pelajar bahasa Arab peringkat sarjana (Master) bagi pengkhususan pengajian linguistik, satu subjek bertajuk: “Al-Qiraat AlQuraniyyah Wa Al-Lughawiyyat Al-Hadithah” (Qiraat Al-Quran dan Linguistik Moden) ditawarkan. bagi. memenuhi. syarat. untuk. melengkapkan. pengajian. peringkat. ini.(http://www.iium.edu.my/irkhs/programmes/postgraduate/doctoral/phd-arabic-linguisticstudies, diakses pada 25/7/2010).Pelajar Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam. 12.

(13) (Pengajian Quran dan Sunnah) di UIAM juga diberi pilihan untuk mengambil subjek Qiraat Al-Quran. Hal ini mengukuhkan lagi hubungan antara bidang Qiraat, pengajian AlQuran/Tafsir dan Bahasa Arab Di Kolej Islam Darul Ridzuan, pelajar dalam jurusan Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab perlu mengambil 27 subjek dalam struktur program pengajian dalam bidang ini. Apa yang agak menarik ialah salah satu subjek yang ditawarkan merupakan himpunan antara ilmu Qiraat dan bahasa Arab yang jarang didedahkan kepada pelajar pengajian Islam. Subjek tersebut bertajuk: “Al-Lahajat Wa Al-Qiraat” (Dialek dan Qiraat AlQuran) (http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2011). Begitu juga dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), aspek bahasa dan Qiraat tidak dapat dipisahkan.Di kolej ini, pelajar untuk program Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Qiraat juga akan mengambil subjek bertajuk: “Al-Lahajat Wa Al-Qiraat” (TQT3013). Antara subjek lain yang perlu diambil oleh pelajar Sarjana Al-Quran dan Al-Qiraat di KUIN ialah subjek: “Ilm Al-Aswat” (LLF 4010) dan “Ilm Al-Lughah Wa Al-Ma’ajim” (LLK 4012) (Rohaizan Baru, Keperluan Penawaran Program Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Bidang Qiraat: Perancangan UniSZA, Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ UniSZA, 2010: 58).. Kedua-dua subjek ini. merupakan subjek yang menggabungjalinkan dua bidang yang berbeza. Hal ini menunjukkan kepentingan dan keperluan subjek Qiraat ini digabungjalinkan dengan subjek selain dari bahasa Arab seperti subjek Tafsir dan Fiqh bagi memperluaskan lagi ilmu Qiraat kepada pelajar di menara gading seterusnya ilmu ini dapat disebarkan kepada masyarakat umum. Perkara ini dapat membantu objektif seminar peringkat kebangsaan yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia anjuran Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Persatuan Pemuda Al-Quran (Quranic Youth Club) dan KUTTAQ pada 19-20 November 2011 (hari ini). Objektif tersebut ialah: “Memperkenalkan kepentingan ilmu Qiraat masih belum diketahui masyarakat”.. 13.

(14) Sementara di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), terdapat satu subjek yang perlu diambil oleh pelajar iaitu: “Qiraat dalam Perundangan Islam”. Subjek ini mendedahkan kepada pelajar kepelbagaian qiraat dan kesannya kepada kaedah ulama dalam mengistinbat hukum syara’ dan sebab perselisihan mereka dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum yang banyak terdapat di dalam Al-Quran(http://www.kuis.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2010). Antara beberapa contoh pengaruh perbezaan Qiraat terhadap istinbat hukum di kalangan para ulama dan ahli fiqh ialah: 1) Puasa Kifarah Sumpah. 2)Isu bersentuhan kulit membatalkan wuduk. 3) Basuhan kaki ketika berwuduk (Nizaita Omar, Qiraat: Kesannya terhadap perbezaan pengistinbatan hukum syarie, Satu Analisa,Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ UniSZA, 2011:643-651). Melalui subjek Qiraat dalam Perundangan Islam, para pelajar didedahkan dengan contoh-contoh perselisihan Qiraat yang mempengaruhi hukum fiqh dalam kitab-kitab tafsir yang terkenal dengan perbahasan seperti kitab Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran karangan Al-Qurthubi, Ahkam Al-Quran karangan AlJassas, Ruh Al-Ma’ani karya Al-Alusi. Karya-karya ulama Islam ini membuktikan bahawa Ilmu berkaitan Qiraat ialah salah satu ilmu yang sangat penting bagi tujuan penafsiran AlQuran selain dari penguasaan ilmu bahasa, balaghah (retorik) dan ijtihad ahli tafsir dalam menyesuaikan pengeluaran hukum selaras dengan konteks semasa dalam sesebuah masyarakat. Berbalik kepada subjek yang mempunyai gabungan antara Dialek dan Qiraat iaitu “Al-Lahajat Wa Al-Qiraat” di beberapa IPTA dan IPTS di MAlaysia, subjek ini sebenarnya mendedahkan kepada pelajar aspek-aspek sejarah dan asal-usul sebutan serta mempunyai kaitan dengan geografi kerana ia melibatkan maklumattentang pengaruh kawasan-kawasan tertentu terhadap ciri-ciri sebutan dialek samada ia cenderung kepada tahqiq atau tashil. Ia juga melibatkan cara sebutan huruf yang berlainan antara suku kaum Arab dengan suku yang lain. Sebagai satu contoh ringkas, menurut seorang pakar dan profesor linguistik Bahasa Arab. 14.

(15) di Universiti Alexandaria dan Beirut, Dr. ‘Abduh Al-Rajihi, beliau menyatakan bahawa penduduk Arab Badwi yang hidup di bahagian tengah dan timur Semenanjung Arab seperti kabilah Tamim, Qais dan Bani Asad lebih cenderung untuk menekankan (tahqiq) hurufhurufbahasa Arab dengan lebih jelas berbanding dengan penduduk yang berada di kawasan Hijaz. Mereka yang tinggal di Hijaz atau Mekah lebih cenderung untuk memudahkan sedikit sebutan beberapa huruf dalam Bahasa Arab. Ini berlaku dalam Tahqiq Al-Hamz atau Tashil Al-Hamz. (Menetapkan. sebutan hamzah. atau. memudahkannya). seperti. perkataan. (/)dan (‫ ن‬/‫‘( ) ن‬Abduh Al-Rajihi: Al-Lahajat Al-’Arabiyyah Fi Al-Qiraat AlQuraniyyah, 1996: 104-106). Fenomena perbezaan bahasa dan dialek bukan berlaku di dalam sesebuah masyarakat sahaja, malah perbezaan membaca lafaz Al-Quran juga dirakamkan di dalam Al-Quran.Di negara kita terdapat perbezaan dialek yang boleh kita bezakan sebutan dan penggunaannya seperti di negeri Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Di negara arab seperti Arab Saudi, Iraq, Sudan dan Mesir, fenomena yang sama berlaku. Setiap kabilah yang menetap di bahagian pedalaman padang pasir dan yang menetap di kawasan yang lebih maju sudah semestinya mempunyai cara sebutan dan penuturan yang berlainan. Jelas kepada kita gabungan antara aspek Qiraat dan Dialek di dalam subjek di institusi pengajian tinggi khususnyamerupakan usaha menyepadukan segenap ilmu pengetahuan yang perlu dikuasai oleh masyarakat Islam.Ia melibatkan perspektif bahasa, hukum-hakam syarie, kemasyarakatan, sejarah dan geografi.Namun, kesan Qiraat kepada aspek bahasa menampakkan satu hubungan yang lebih jelas.Di dalam Al-Quran terdapat banyak contoh perbezaan Qiraat samada yang mutawatir ataupun yang Syaz (janggal) yang boleh dikemukakan bagi membuktikan perkara ini. Dalam kertas kerja ini, kita akan melihat beberapa contoh perbahasan Qiraat yang digandingkan dengan perspektif linguistik dan bahasa Arab. Dengan mengetahui beberapa contoh ini, kaitan yang kukuh antara Qiraat. 15.

(16) dengan disiplin ilmu yang lain dapat menyokong keperluan menggalakkan penawaran subjek Qiraat kepada semua pelajar pengajian Islam tanpa mengira bidang pengkhususan.. QIRAAT DAN LINGUISTIK: Di dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 6, terdapat satu jenis bacaan untuk ayat fa tabayyanu (‫ ) َ َ َ  ُا‬iaitu Fa Tathabbatu (‫) َ َ َ  ُا‬.Ayat yang pertama tadi dibaca oleh jumhur ulama Qiraat.Manakala bacaan kedua tadi dibaca oleh Imam Hamzah, Ali dan Khalaf (Jamaluddin, Mushaf Al-Sahabah Fi Qiraat Al-‘Asyr Al-Mutawatirah, 2006: 93, 516). Berdasarkan kepada dua jenis bacaan ini, ia menunjukkan perbezaan Qiraat dari segi lafaz tanpa melibatkan perubahan maksud. Kedua-dua bacaaan tadi dibincangkan oleh para sarjana Bahasa Arab dalam bab Al-Taraduf/Al-Mutaradifat (perkataan yang mempunyai maksud yang seakan-akan sama tetapi berlainan bentuk dan lafaz. Perbahasan ulama mengenai AlTaraduf di dalam Al-Quran menjadi tajuk yang hangat diperbincangkan oleh sarjana Qiraat dan Al-Quran, khususnya mereka yang cenderung unutk memahami balaghah (retorik) dan I’jaz Al-Quran (Kemukjizatan Al-Quran) dengan lebih mendalam.Setiap perkataan yang yang digunakan di dalam Al-Quran mengandungi maksud yang tertentu dan mengundang pelbagai tafsiran yang boleh dimanfaatkan. Di dalam Surah Yunus ayat 30 iaitu: َْ َ  ْ ‫! َﺕ ُْ ُآ  َﻥْ َ َأ‬ َ #َِ ‫ ُه‬,Imam Hamzah, AlKisa’ie dan Khalaf membaca perkataan ُْ ‫ َﺕ‬dengan perkataan ُْ ‫ َﺕ‬, manakala majoriti ulama Qiraat membaca dengan perkataan yang pertama tadi (Al-Ma’sarawi, Al-Kamil Al-Mufassal Fi Al-Qiraat Al-‘Arba’ata ‘Asyr, 2009: 212).Kedua-dua perkataan ini dapat menguatkan dan membantu penafsiran ayat 30 Surah Yunus dan ayat 6 Surah Al-Hujurat. Dalam perbahasan Al-Taraduf, penggunaan kalimah yang berbeza dari sudut lafaz dan seakan-akan sama dari segi maksud membantu menjelaskan menguatkan konteks ayat. Ia juga salah satu unsur unutk. 16.

(17) mendekatkan maksud ayat Al-Quran dan menghilangkan kesamaran (Nuruddin, Al-Taraduf Fi Al-Quran Al-Karim, 2011: 120). Selain dari itu, Qiraat yang mengandungi perkataan berstatus Syaz (janggal) dianggap satu khazanah bahasa yang sangat bernilai bagi para pengkaji ilmu-ilmu Al-Quran.Qiraat Syaz yang sahih sanadnya boleh dijadikan hujah yang kukuh dalam bidang bahasa Arab.Majoriti ulama membolehkan mempelajari dan mengajarkan Qiraat Syaz dan menjadikannya sebagai hujah (Al-Bili, Al-Ikhtilaf Baina Al-Qiraat, 1984: 112). Qiraat Syaz juga ialah sumber pertama dalam pengajian bahasa di samping sumber-sumber yang lain seperti puisi Arab dan memberikan kepada kita gambaran mengenai sejarah perkembangan Bahasa Arab (Muhammad Al-Sayyid,Mauqif Al-Lughawiyyin min Al-Qiraat Al-Syazah, 2001: 36). Antara contoh bagi Qiraat Syaz boleh diperhatikan kepada ayat 213 dalam Surah Al-Baqarah: (( َ ِ‫ َو ُ ْ ِ&ر‬ َ ِ(* ) َ ُ  َ )ِ #‫ ا‬+ ُ ‫ ا‬, َ -َ َ َ ‫ ًة‬0َ 1 ِ ‫ وَا‬2ً  ‫س ُأ‬ ُ  #‫ن ا‬ َ َ‫))آ‬. Perkataan ‫س‬ ُ  #‫ا‬juga disebut dalam Qiraat Syaz disebut sebagai (*#‫ ا‬berdasarkan Qiraat Ubay bin Ka’ab. Perkataan ‫س‬ ُ  #‫ا‬ dan (*#‫ ا‬ialah dua perkataan yang berbeza dari segi dasar kata tetapa tidak berbeza tetapi maksudnya tetap satu, namun ia tidak boleh dibaca dalam solat (Al-Bili, 1984: 130). Contoh yang terakhir hubungan Qiraat dengan aspek bahasa ialah Perbezaan dialek bukan sahaja boleh diperhatikan dari realiti yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat, tetapi kita boleh mendapatinya dari Qiraat Syaz juga seterusnya kita boleh mengaitkannya dengan fenomena yang berlaku pada hari ini. Terdapat suku kaum Arab yang menyebut permulaan hrurf kata kerja Mudhari’ (sedang berlaku) dengan kasrah (baris bawah) seperti yang disebut oleh kabilah Bahra’.Mereka menukar sebutan‫ن‬- 4َ‫ﺕ‬/‫ن‬-َ‫ﺕ‬dengan sebutan ‫ن‬- 4ِ‫ﺕ‬/‫ن‬-ِ‫ﺕ‬. Seorang perawi bernama Yahya bin Withab menyebut sebutan kata kerja Mudhari’ dengan membariskan bawah di awal huruf kata kerja tersebut dengan bacaan ini dalam Surah Hud ayat 113:. 17.

(18) ((‫ُا‬5َ6 َ  َ ِ&# ‫ ا‬7َ#‫ ِﺕ(ْ َآ ُا ِإ‬9َ ‫( )) َو‬Al-Rajihi, 1996 :115). Fenomena yang sama berlaku pada hari ini di sesetengah negara Arab seperti masyarakat Arab di Saudi Arabia yang membariskan bawah bagi huruf pertama kata kerja Mudhari’dalam pertuturan harian mereka seperti ayat: “Apa yang awak nak minum? (‫ )إ< ﺕِ*(ب؟‬dan ayat ini: “Apa yang awak nak? (‫؟‬7=ِ‫)إ< ﺕ‬. Sebutan yang dipraktikkan seperti ini sangat menarik jika dijadikan contoh secara meluas kepada para pelajar agar pengetahuan mereka dikayakan dengan dialek-dialek Bahasa Arab yang lain disamping pengetahuan mereka terhadap Bahasa Arab Fusha (Baku). Dengan pendedahan yang luas tentang contoh-contoh Qiraat yang disebutkan ini, secara tidak langsung ia menyepadukan antara bidang Qiraat dan Linguistik serta berupaya memperkembangkan lagi teori dan perbahasan dalam bidang Linguistik Terapan (Applied Linguistics) yang menjadi perhatian sarjana bahasa dari Barat pada hari ini (Muhammad Hakim dan Mohammad Saih, Kesan dan Faedah Perselisihan Qiraat dalam Pengajaran Bahasa Arab, Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ UniSZA, 2010: 262).. 3. SARANAN DAN CADANGAN A. Memperkenalkan kursus Qiraat kepada masyarakat awam yang berminat dan penyusunan buku-buku pembelajaran Bahasa Arab dengan contoh-contoh Qiraat.. Ilmu Qiraat ialah ilmu yang mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu, termasuklah ilmu Tafsir, Fiqh dan Perbahasan Bahasa/Linguistik. Justeru itu, dengan mengetahui kepentingannya, ilmu qiraat ini perlu diperluaskan penawarannya dalam kursus-kursus pengajian Al-Quran.Umum mengetahui kelas-kelas tajwid dan fardhu ain tetap menjadi kursus atau ilmu yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, maka kelas atau kursus Ilmu Qiraat wajar diusahakan sebaik mungkin.. 18.

(19) Dalam kursus Qiraat, ilmu ini boleh diketengahkan dengan menampilkan contohcontoh perbezaan yang terdapat di dalam ilmu qiraat itu dengan meletakkan di dalam kandungan sukatan pelajaran mereka ayat-ayat al-quran yang terdiri daripada contoh-contoh khilaf bacaan dan mempunyai perbezaan dari wajah nahu dan saraf. Usaha ini boleh dilakukan dengan usaha dari penulis dan penyusun buku-buku Bahasa Arab dan diterapkan ke dalam tajuk-tajuk nahu yang tertentu untuk diajarkan di dalam kursus-kursus Qiraat kepada masyarakat awam yang berminat.Sebagai contoh di sini, di dalam ilmu qiraat itu sendiri terdiri dari ilmu taujih qiraat, di mana para ilmuwan qiraat telah menghasilkan penulisan-penulisan berkaitan ini.Ulama fiqh mengistinbat hukum dari ayatayat al-quran dengan mengambil kira perbezaan qiraat itu sendiri. Promosi melalui iklan bagi menarik masyarakat awam mempelajari Ilmu Qiraat perlu dipergiatkan lagi.Buku-buku kecil dan ringkas mengenai Ilmu Qiraat perlu disusun dengan lebih meluas dan lebih kreatif.. B. Keperluan Penawaran Subjek Qiraat Kepada Semua Pelajar Jurusan Pengajian Islam (Fiqh, Bahasa Arab, Al-Quran&Al-Sunnah, Usuluddin dan Syariah).. Telah dibincangkan tadi bahawa ilmu-ilmu Islam sangat berkait rapat antara satu dengan yanglain, antaranya ialah ilmu qiraat dan ilmu fiqh serta bidang-bidang lain yang dibincangkan tadi. Dari sudut fiqh, di dalam kitab-kitab tafsir yang menjurus kepada perbahasan fiqh sebagai contoh kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh Imam Qurthubi, Ahkam al-Quran oleh Ibnu al-Arabi, kita akan dapati para imam akan mendatangkan perbezaan qiraat yang pelbagai ke atas ayat-ayat yang ingin diterangkan hukum-hukumnya. Oleh itu, khilaf dalam bacaan qiraat memberi kesan yang besar terhadap ilmu fiqh. Imam anNuwauri dalam kitabnya Syarh Toyyibah al-Nasyr ada menyatakan bahwa seorang seorang. 19.

(20) faqih berhajat kepada Qari untuk mentaujihkan bacaan qiraatnya, begitu juga seorang Qari berhajat kepada seorang Faqih untuk mentaujihkan bacaan qiraatnya dan menerangkan hukum yang dapat diambil hasil dari khilaf qiraat tersebut. Sebagai contoh di sini, pada kalimah (‫ آ‬، ‫ آ‬، ‫ ) ه‬di dalam ayat 191 Surah al-Baqarah terdapat dua bacaan qiraat yang mana hukumnya adalah sama tetapi wajah dilalah nya berlainan. Wajah dilalah yang pertama menunjukkan secara jelas akan nas ayat, manakala wajah dilalah yang kedua menunjukkan kepada isyarat atau peringatan. 1) Bacaan pertama yang diriwayatkan oleh Imam Hamzah, al-Kisaie, dan Khalaf al-Asyir, dengan menghazaf huruf alif pada kalimah (‫ آ‬، ‫ آ‬، ‫ ) ه‬membawa maksud larangan membunuh. 2) Bacaan kedua pula diriwayatkan oleh Imam Nafi’, Ibnu Kathir, Abu Amr, Ibnu Amir’Asim, Abu Jaafar dan Ya’qub al-Hadrami : dengan mengithbatkan huruf alif pada kalimah (‫ ه‬, ‫ آ‬, ‫ ) آ‬membawa maksud isyarat atau peringatan agar menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada pembunuhan atas wazan al-mufa’alah yang mengandungi Uslub Mubalaghah. Kesimpulan: kedua-dia bacaan qiraat ini tetap membawa kepada hukum haram membunuh tanpa hak melainkan wajah kedua hanya menunjukkan Uslub Mubalaghah di mana jika unsur-unsur yang boleh membawa kepada membunuh (muqaddimah al-qatl) hukumnya haram, apatah lagi hukum membunuh itu sendiri. Oleh itu, keperluan menawarkan subjek Qiraat kepada semua pelajar Pengajian Islam samada sebagai matapelajaran elektif atau wajib adalah sangat tinggi jika dilihat kepada hubungan yang rapat antara setiap bidang pengajian Islam dengan Ilmu Qiraat.. 20.

(21) C. Kerjasama beberapa pakar akademik untuk menyusun dan menghasilkan Mushaf Qiraat atau Ensiklopedia dalam Bahasa Melayu. Seterusnya, bagi mempersadakan ilmu qiraat pada skop yang lebih luas, sekumpulan pakar qiraat, pakar bahasa arab dan pakar reka bentuk grafik perlu bekerjasama bagi menghasil Ensiklopedia atau Mushaf Qiraat untuk digunakan di Malaysia. Banyak mushafmushaf Al-Quran dengan pelbagai versi dihasilkan seperti mushaf yang menekankan asbabun nuzul, riwayat secara ma’thur, hukum tajwid dan kisah-kisah dalam Al-Quran seperti Mushaf Syamail Al-Quran: The Miracle 15 in 1, terbitan syarikat Pt. Sygma Examedia Arkanleema, Bandung yang dikeluarkan sekitar tahun 1407H/2009M. Akan tetapi mushaf yang menjurus. kepada pendedahan terhadap Qiraat dan perbezaannya dalam Bahasa Melayu kurang dihasilkan atau tidak diberi perhatian secara khusus.Ini kerana Bahasa Melayu boleh dianggap sebagai “bahasa perkasa” yang digunakan sekitar 300 juta penutur. Justeru, sekumpulan pakar dari jurusan Qiraat, Sejarah, Bahasa Arab, Syariah dan Reka Bentuk perlu bekerjasama bagi menghasil satu ensiklopedia yang mesra pengguna. Ini kerana Ilmu Qiraat perlu didedahkan kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih menarik. Mushaf atau Ensiklopedia yang mempunyai maklumat tentang sejarah imam-imam Qiraat, jenis-jenis Qiraat, kawasan-kawasan yang mempunyai Qiraat tertentu, peta, jadual dan carta yang dilengkapi dengan warna-warna yang menarik diharap dapat menarik minat masyarakat awam secara tidak langsung. Mushaf Qiraat dalam Bahasa Melayu juga akan dapat memberi anjakan paradigma kepada masyarakat Islam melayu khususnya kerana masyarakat kita masih didominasi oleh perbahasan mengenai hukum-hakam tajwid dan tarannum. Dengan adanya cadangan seperti ini, diharap pihak yang berwajib dapat mengambil perhatian kepada perkara ini.Penulis berharap setiap pihak yang berkecimpung dalam bidang Al-Quran dan Qiraat dapat merealisasikan hasrat ini.. 21.

(22) PENUTUP: Tidak dinafikan kepentingan dan keperluan Ilmu Qiraat kepada masyarakat Islam. Sabda Nabi Muhammad: “Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah ia dengan bacaan yang mudah bagi kamu” (Riwayat Al-Bukhari: Kitab Kelebihan Al-Quran). Memilih untuk membaca Al-Quran dengan bacaan yang mudah tidak bererti memalingkan perhatian dari perbezaan Qiraat yang lain, malah kita sebenarnya dituntut untuk terus mengkaji dan mempelajari keseluruhan kandungan Al-Quran termasuk Qiraat kerana ia merupakan sebuah kitab yang mempunyai rahsia dan kemukjizatan yang agung kepada umat Islam. Adalah satu keperluan untuk menambah nilai ilmu dalam bidang Qiraat.Selama ini kita dihidangkan dengan perselisihan mazhab-mazhab fiqh dan jurusan perbandingan agama. Mempelajari dan membuat perbandingan antara bentuk-bentuk Qiraat akan menjadi medan yang baru kepada umat Islam agar kita menjadi umat yang dapat melakukan transformasi dalam menyuburkan budaya ilmu dan nilai kepada semua lapisan masyarakat. Bagi merealisasikan hasrat ini, jawatakuasa khas yang terdiri dari kalangan ahli akademik dan pakar dalam pelbagai bidang pengajian Islam terutama di peringkat universiti dan kolej-kolej negeri perlu merangka dengan segera setiap aktiviti dan kursus pengajaran dan pembelajaran Ilmu Qiraat dengan kaedah yang lebih efektif.. 22.

(23) RUJUKAN: RUJUKAN BAHASA MELAYU: Himpunan Kertas Kerja dalam Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, (International Seminar on Qiraat and Qurra SQ2010) (softcopy), 29-30 Oktober 2010. RUJUKAN BAHASA ARAB:. ، !‫ دار اﻝ‬:‫ )ﺏوت‬،‫@@@@@@(اءات‬A#‫ف ﺏ@@@@@@ ا‬D@@@@@@E9‫ ا‬.‫م‬1984/‫م‬1404 . ‫ أ‬،‫اﻝ‬ .(‫ط‬.‫د‬ ,-./‫ﻡ‬:‫ )ﺏوت‬.‫ن‬F(@@@@@A#‫@@@@@م ا‬H I@@@@@ ,@@@@@1 .‫م‬1998/‫هـ‬1418 .‫ ﻡ'ع‬،‫اﻝ *ن‬ .(35 ‫ ط‬،,‫ﻝ‬.‫اﻝ‬ :67‫ و‬8 9 .‫م‬2001/‫هـ‬1422 .0‫ ا‬1 2‫ ﺏ‬3‫ ﻡ‬2 ‫ ﺏ ر اﻝ‬،4‫رآ‬5‫اﻝ‬ =>?‫ دار اﻝ‬:‫ )ﺏوت‬.‫ن‬F(@@@@A#‫@@@@م ا‬H I@@@@ ‫(ه@@@@ن‬#‫ ا‬،*1 ‫ اﻝ در‬1 :;*<‫ﻡ‬ .(1‫ ط‬،,7‫اﻝ‬ ‫@@@@@(اءات‬A#‫=@@@@@ @@@@@ ا‬#‫ ا‬J@@@@@K .‫م‬2001/‫هـ‬1422 . -‫ اﻝ‬3‫ ﻡ‬،‫ّور‬5 1 ‫أ‬ .(1‫ ط‬،=>?‫ﻝ اﻝ‬1 :‫ )ﺏوت‬،‫*ذة‬#‫ ا‬2‫ﻥ‬F(A#‫ا‬ ‫@@@@(اءات‬A#‫ ا‬I@@@@ 2‫ﺏ‬M@@@@4#‫ دار ا‬JM@@@@4.‫م‬2006/‫هـ‬1426 .2 ‫ ﺝل اﻝ‬،‫ ﺵف‬3‫ﻡ‬ ،‫ ﻝ>اث‬,‫ﺏ‬3<‫ دار اﻝ‬:*'E) .‫رة‬0@@@@#‫ وا‬2O@@@@*#‫ ا‬P@@@@(O @@@@ ‫@@@@اﺕ(ة‬5#‫*@@@@( ا‬-#‫ا‬ .(2‫ط‬ ‫@@@@@@(اءات‬A#‫ ا‬I@@@@@@ @@@@@@45#‫@@@@@@ ا‬Q#‫ ا‬.‫م‬2009/‫هـ‬1430 .:-1 ‫ أ‬،‫<اوي‬7‫اﻝ‬ ‫ دار‬:‫ )اﻝ هة‬،I‫@@@@ﻥ‬#‫ ا‬R(#@@@@‫ ﺏ‬I@@@@5-#‫@@@@(اءات ا‬A#‫ ا‬JM@@@@4 <@@@@S‫*@@@@( ﺏ‬H 2@@@@-‫رﺏ‬T‫ا‬ .(1‫ ط‬،E4‫ﻡم اﻝ‬O‫ا‬ @@@@@‫ ﺏ‬U(@@@@@Q#‫ن ا‬F(@@@@@A#‫ ا‬I@@@@@ ‫@@@@@(ادف‬#‫ ا‬.‫م‬2001/‫هـ‬1422 . 3‫ ﻡ‬، !'‫ اﻝ‬2 ‫ﻥر اﻝ‬ .(‫ط‬.‫ د‬،?;‫ دار اﻝ‬:‫ )ﺏوت‬.PV#‫ وا‬2(W #‫ا‬ ‫ دار‬:, ‫?' ر‬.‫ )إ‬،2@@@@‫ﻥ‬F(A#‫@@@@(اءات ا‬A#‫ ا‬I@@@@ 2@@@@‫(ﺏ‬-#‫@@@@ت ا‬XS#‫ ا‬.‫م‬1996 .Q 1 ،3‫اﻝاﺝ‬ .(‫ط‬.‫ د‬،,7‫ اﻝ!ﻡ‬,T7‫اﻝ‬ RUJUKAN INTERNET: http:www.marsah.edu.my/ver/tahfiz/html, diakses pada 29/10/2011). http://www.iium.edu.my/irkhs/programmes/postgraduate/doctoral/phd-arabic-linguisticstudies, diakses pada 25/7/2010. http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2011. http://www.kuis.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2010.. 23.

(24)

Referensi

Dokumen terkait