• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019. RISALAH DATA KESELAMATAN Pesguard FG161

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tarikh semakan: 3/04/2019 Semakan : 4 Tarikh penggantian : 2/04/2019. RISALAH DATA KESELAMATAN Pesguard FG161"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 / 12

BAHAGIAN 1 : Pengenalan : Pengenalpastian produk dan identiti kimia

Pengenalan produk

Nama produk Pesguard FG161

Kegunaan berkaitan bahan atau campuran yang dikenal pasti dan penggunaan yang tidak disyorkan

Kegunaan yang dikenal pasti Racun serangga Penggunaan yang tidak

disyorkan

Tiada penggunaan yang tidak disyorkan secara khusus yang dikenal pasti

Butiran tentang pembekal risalah data keselamatan

Pembekal Sumitomo Chemical Asia Pte Ltd

3 Fraser Street #07-28, DUO Tower Singapura 189352 +65 62919636

Individu untuk dihubungi Dr. Gordon Reidy

Nombor telefon kecemasan

Nombor telefon kecemasan +60 66793711 atau +65 6291 9636 (CARECHEM24, Singapura)

BAHAGIAN 2 : PENGENALPASTIAN BAHAYA

Pengelasan bahan atau campuran

Bahaya fizikal Cecair mudah terbakar 4 –H227

Bahaya kesihatan Hakisan kulit 1C – H314 Kerosakan mata 1 –H318 Ketoksikan

pernafasan – H304

Bahaya persekitaran Akuatik akut 1 – H400 Akuatik kronik 1 – H410

Unsur label Piktogram

Perkataan isyarat BAHAYA

(2)

2 / 12

H410 Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan

H304 Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan

Pernyataan langkah berjaga-jaga P210 Jauhkan daripada haba/percikan api/nyalaan

terbuka/permukaan panas. – Dilarang merokok.

P260 Jangan sedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan. P264 Basuh kulit sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan.

P273 Elakkan pelepasan bahan ke persekitaran.

P280 Pakai sarung tangan pelindung/ pakaian pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka.

P301+P310 JIKA TERTELAN Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan.

P301+P330+P331 JIKA TERTELAN: Berkumur. JANGAN paksa muntah.

P303+P361+P353 JIKA TERKENA KULIT (atau rambut):

Segera tanggalkan/buka semua pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan air/pancuran air.

P304+P340 JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa.

P305+P351+P338 JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati

dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas. P321 Rawatan khas (lihat nasihat rawatan pada label ini). P363 Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya semula.

P370+P378 Jika berlaku kebakaran: Gunakan kabus, karbon dioksida, serbuk kimia kering atau kabus air memadamkan kebakaran.

P391 Kumpul tumpahan

P403+P235 Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Simpan di tempat sejuk.

P405 Simpan di tempat berkunci.

P501 Lupuskan kandungan/bekas mengikut peraturan negara

Kandungan Kerosin (petroleum)

BAHAGIAN 3 : KOMPOSISI DAN MAKLUMAT RAMUAN Campuran

(3)

3 / 12

Kerosin (petroleum) 60-100 % No. CAS : 8008-20-6 Sifenotrin 12.0 % No. CAS : 39515-40-7 Lain-lain 10-30 % No. CAS : - Tetramethrin 4.0 % No. CAS : 7696-12-0

BAHAGIAN 4 : LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Butiran tentang langkah pertolongan cemas

Maklumat am Dapatkan rawatan perubatan jika berlaku apa-apa

ketidakselesaan yang berterusan. Tunjukkan Risalah Data Keselamatan ini kepada kakitangan perubatan.

Tersedut Alihkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa

berehat dalam kedudukan yang selesa untuk bernafas. Kekalkan pengudaraan terbuka. Longgarkan pakaian yang ketat seperti kolar baju, tali leher dan tali pinggang. Orang yang terlatih boleh memberikan bantuan oksigen jika mangsa sukar bernafas. Dapatkan rawatan perubatan. Biarkan mangsa yang tidak sedarkan diri mengiring pada kedudukan pemulihan dan pastikan mangsa dapat bernafas.

Tertelan Kumur sebersih-bersihnya dengan menggunakan air. Berikan

beberapa gelas kecil air atau susu untuk diminum. Berhenti jika mangsa berasa loya kerana mungkin berbahaya jika mangsa muntah. Jangan suapkan apa-apa kepada mangsa yang tidak sedarkan diri. Biarkan mangsa yang tidak sedarkan diri mengiring pada kedudukan pemulihan dan pastikan mangsa dapat bernafas. Pastikan mangsa sentiasa diawasi. Dapatkan rawatan perubatan. Jika mangsa muntah, tundukkan kepala mangsa supaya isi perut tidak memasuki paru-paru. Pengawasan perubatan disyorkan.

Terkena kulit Bilas menggunakan air yang banyak. Segera buka/tanggalkan

(4)

4 / 12

Terkena mata Tanggalkan apa-apa kanta lekap dan buka kelopak mata

seluas-luasnya. Bilas dengan air. Jika kerengsaan berterusan: Dapatkan rawatan perubatan.

Perlindungan untuk pemberi pertolongan cemas

Pemberi pertolongan cemas hendaklah memakai kelengkapan pelindung yang sesuai semasa memberikan bantuan.

Simptom dan kesan akut dan tertunda paling ketara

Maklumat am Keterukan simptom yang diterangkan adalah berbeza,

bergantung pada kepekatan dan tempoh pendedahan

Tersedut Tiada simptom khusus yang diketahui pada suhu ambien normal

Tertelan Pendedahan tunggal boleh menyebabkan kesan buruk seperti :

Mabuk, loya, muntah. Boleh menyebabkan mengantuk dan pening. Tekanan pada sistem saraf utama. Boleh menyebabkan beberapa kecederaan dalaman. Bahaya jika tertelan. Pneumonitis kimia mungkin berlaku disebabkan termakan atau muntah memasuki paru-paru.

Terkena kulit Menyebakan luka terbakar pada kulit dan kerosakan mata

Terkena mata Menyebabkan kerosakan mata yang serius

Arahan untuk apa-apa bantuan perubatan segera dan rawatan khas yang diperlukan

Catatan untuk doktor Rawat mengikut simptom.

BAHAGIAN 5 : LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Bahan pemadam api

Bahan pemadam api yang sesuai Produk mudah terbakar. Padam dengan menggunakan busa

kalis alkohol, karbon dioksida, serbuk kering atau kabus air. Gunakan bahan pemadam api yang sesuai dengan kebakaran sekeliling.

Bahan pemadam api yang tidak sesuai

: Jangan gunakan semburan air sebagai pemadam api kerana ia akan menyebabkan api merebak

(5)

5 / 12

dipanaskan akibat peningkatan tekanan yang berlebihan.

Produk pembakaran yang berbahaya

Produk penguraian terma atau pembakaran mungkin merangkumi bahan yang berikut: Gas atau wap berbahaya.

Nasihat untuk pemadam kebakaran Langkah perlindungan

semasa memadam kebakaran

Elakkan tersedut gas atau wap kebakaran. Kosongkan kawasan. Sediakan pengalihudaraan yang mencukupi untuk mengelakkan tersedut gas, wasap, wap dan asap. Kosongkan kawasan sebelum memasukinya. Sejukkan bekas yang terdedah kepada haba dengan semburan air dan pindahkannya dari kawasan kebakaran jika boleh dilakukan tanpa risiko. Sejukkan bekas yang terdedah kepada nyalaan dengan air selepas api benar-benar dipadamkan. Jika kebocoran atau tumpahan belum bernyala, gunakan semburan air untuk menyebarkan wap dan lindungi orang yang menghentikan kebocoran tersebut. Elakkan pelepasan ke persekitaran akuatik. Kawal lelehan air dengan membendung dan mencegahnya daripada memasuki pembetung dan saluran air. Jika terdapat risiko pencemaran air, maklumkan pada pihak berkuasa yang sewajarnya.

Kelengkapan pelindung khas untuk pemadam kebakaran

Pakai alat pernafasan serba lengkap bertekanan positif dan pakaian pelindung yang sesuai. Pakaian pemadam kebakaran yang mematuhi standard Australia/New Zealand AS/NZS 4967 (untuk pakaian) AS/NZS 1801 (untuk topi keselamatan), AS/NZS 4821 (untuk but pelindung), AS/NZS 1801 (untuk sarung tangan pelindung) yang memberikan perlindungan asas bagi kebakaran yang melibatkan bahan kimia.

BAHAGIAN 6: LANGKAH MENANGANI PELEPASAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN Langkah perlindungan diri, kelengkapan pelindung dan prosedur kecemasan

Langkah perlindungan diri Pakai pakaian pelindung seperti yang diterangkan dalam

Bahagian 8 risalah data keselamatan ini. Jangan mengambil tindakan tanpa latihan yang bersesuaian atau tindakan yang melibatkan apa-apa risiko kepada diri. Elakkan sentuh atau berjalan pada tumpahan. Elakkan terhidu wap dan semburan/kabus. Gunakan perlindung pernafasan yang sesuai jika pengudaraan tidak mencukupi.

Langkah perlindungan persekitaran

Langkah perlindungan persekitaran Elakkan pelepasan ke dalam longkang, saluran air atau tanah.

(6)

6 / 12

Kaedah dan bahan untuk pembendungan dan pembersihan

Kaedah pembersihan Pakai pakaian pelindung seperti yang diterangkan dalam

Bahagian 8 risalah data keselamatan ini. Bersihkan tumpahan dengan segera dan lupuskan sisa dengan selamat. Tumpahan yang sedikit : Kumpulkan tumpahan. Tumpahan yang banyak : Serap tumpahan dengan bahan penyerapan yang tidak mudah terbakar. Bahan penyerap yang tercemar boleh memberikan bahaya yang sama seperti bahan tumpahan. Kumpul dan letakkan tumpahan didalam bekas sisa buangan dan pastikan ditutup rapi. Labelkan bekas yang mengandungi sisa dan bahan yang tercemar dan alihkan daripada kawasan tumpahan dengan segera. Basuh kawasan yang tercemar dengan air yang banyak. Cuci sebersihnya selepas mengedalikan tumpahan. Bahaya kepada persekitaran. Jangan buang ke dalam longkang. Untuk sisa pelupusan, sila lihat Bahagian 13.

Rujukan kepada bahagian lain

Rujukan kepada bahagian lain Untuk perlindungan diri, lihat Bahagian 8. Lihat Bahagian 11

untuk maklumat lanjut tentang bahaya kesihatan. Lihat Bahagian 12 untuk maklumat lanjut tentang bahaya ekologi. Untuk pelupusan sisa, lihat Bahagian 13.

BAHAGIAN 7 : PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN Langkah berjaga-jaga untuk pengendalian selamat Langkah berjaga-jaga semasa

penggunaan

Pakai pakaian pelindung seperti yang diterangkan dalam Bahagian 8 risalah data keselamatan ini. Jauhkan daripada makanan, minuman dan makanan haiwan peliharaan. Kendalikan semua bungkusan dan bekas dengan berhati-hati untuk mengurangkan tumpahan. Pastikan bekas ditutup rapat apabila tidak digunakan. Elakkan pembentukan kabut. Elakkan pelepasan ke persekitaran akuatik. Jangan kendalikan sehingga semua langkah keselamatan telah dibaca dan difahami. Jangan kendalikan bungkusan yang rosak tanpa kelengkapan pelindung. Jangan gunakan semula bekas kosong.

Nasihat tentang kebersihan pekerjaan am

Basuh dengan segera jika terkena kulit. Tanggalkan pakaian yang tercemar. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula.

(7)

7 / 12

penyimpanan Kunci bilik stor. Simpan di dalam bekas asal sahaja. Pastikan

bekas ditutup rapat di tempat yang sejuk dan dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas disimpan secara menegak. Lindungi bekas daripada kerosakan.

Kelas penyimpanan Penyimpanan pelbagai bahan bahaya

Kegunaan akhir khusus

Kegunaan akhir khusus Kegunaan yang dikenal pasti bagi produk ini diterangkan

dalam Bahagian 1.

BAHAGIAN 8. KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN DIRI Kawalan pendedahan

Kelengkapan pelindung

Kawalan kejuruteraan yang sesuai

Sediakan ekzos pengudaraan setempat dan umum yang mencukupi. Pastikan sistem pengudaraan sentiasa diuji dan diselenggara. Pengudaraan yang baik hendaklah mencukupi untuk melindungi pekerja dari terdedah kepada pencemaran udara. Teliti had pendedahan pekerjaan bagi produk atau bahan-bahannya.

Perlindungan mata dan muka Cermin mata keselamatan yang tidak longgar

Perlindungan tangan Pakai sarung tangan pelindung

Perlindungan kulit dan badan Pakai pakaian perlindungan yang sesuai untuk mengelakkan

dari terkena kulit berterusan atau berulang.

Langkah kebersihan khusus Basuh selepas menggendalikan produk, sebelum makan,

merokok dan menggunakan tandas. Jangan makan, minum dan merokok semasa menggunakan produk.

Perlindungan pernafasan Perlindungan pernafasan diperlukan jika pencemaran udara

yang berlebihan berlaku.

Kawalan pendedahan terhadap persekitaran

Pastikan bekas ditutup rapat apabila tidak menggunakannya. Perlepasan dari pengudaraan atau peralatan proses kerja

(8)

8 / 12

perlindungan alam sekitar. Dalam beberapa kes, alat penyingkiran asap, penapis atau pengubahsuaian kejuruteraan kepada alatan pemprosesan diperlukan untuk mengurangkan perlepasan ke tahap yang boleh diterima.

BAHAGIAN 9 : CIRI FIZIK DAN KIMIA Maklumat ciri asas fizik dan kimia

Keadaan fizik Cecair jernih

Warna Kuning pucat

Bau Petroleum

Takat kilat 72.5 °C Cawan tertutup Tag

Ketumpatan relatif 0.917 @ 20°C

Kelikatan 70 cP @ °C

BAHAGIAN 10 : KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kereaktifan Sila lihat bahagian lain seksyen ini untuk keterangan lanjut.

Kestabilan Stabil pada suhu ambien normal dan apabila digunakan

seperti yang disyorkan. Stabil di bawah keadaan penyimpanan yang ditetapkan.

Kemungkinan berlakunya tindak balas bahaya

Kemungkinan berlakunya tindak balas berbahaya tidak diketahui.

Keadaan yang perlu dielakkan Keadaan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya

tidak diketahui.

Bahan yang tidak serasi Tiada bahan atau kumpulan bahan khusus yang mungkin

bertindak balas dengan produk untuk menyebabkan situasi berbahaya.

Produk penguraian yang berbahaya

Tidak terurai apabila digunakan dan disimpan seperti yang disyorkan. Produk penguraian terma atau pembakaran mungkin merangkumi bahan yang berikut: Gas dan wap berbahaya.

(9)

9 / 12

BAHAGIAN 11 : MAKLUMAT TOKSIKOLOGI Maklumat tentang kesan toksikologi

Ketoksikan Akut - Oral

Catatan (oral LD50) 2350 mg/kg, Tikus

Ketoksikan Akut – Dermis

Catatan (dermis LD50) >2000 mg/kg, Tikus

Ketoksikan Akut - Tersedut

Catatan (tersedut LC50) 5050 mg/m3, Tikus

Kakisan dan kerengsaan kulit: Menghakis kulit

Data haiwan Indeks kerengsaan kulit : 5.71 (Arnab)

Kerosakan dan kerengsaan mata yang serius

Kerosakan dan kerengsaan mata yang serius:

Boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius

Pemeka pernafasan

Pemeka pernafasan Tiada data disediakan

Pemeka kulit

Pemeka kulit Tidak memekakan

Kemutagenan sel germa

Genoktoksisiti – in vitro Tiada data disediakan

Kekarsinogenan

Kekarsinogenan Tiada data disediakan

Ketoksikan reproduktif

Ketoksikan reproduktif - kesuburan

Tiada data disediakan Ketoksikan reproduktif –

perkembangan

Tiada data disediakan

Bahaya pernafasan

Bahaya pernafasan Ketoksikan Pernafasan 1 – H304 Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan. Pneumonia mungkin

(10)

10 / 12

paru-paru.

Maklumat am Keterukan simptom yang diterangkan adalah berbeza,

bergantung pada kepekatan dan tempoh pendedahan.

Tersedut Tiada kesan bahaya pada suhu ambien normal.

Tertelan Pendedahan tunggal boleh menyebabkan kesan buruk seperti :

Mabuk, loya, muntah. Boleh menyebabkan mengantuk dan pening. Tekanan pada sistem saraf utama. Boleh menyebabkan beberapa kecederaan dalaman. Bahaya jika tertelan. Berbahaya jika masuk ke paru-paru atau muntah kerana boleh menyebabkan pneumonitis kimia (keradangan tisu paru-paru).

Terkena kulit Menyebabkan kecederaan kulit yang teruk dan kerosakan mata.

Terkena mata Menyebabkan kerosakan mata yang serius.

Laluan pendedahan Tertelan, Tersedut, Terkena kulit atau/dan mata.

Organ sasaran Tiada organ sasaran diketahui.

BAHGAIAN 12 : MAKLUMAT EKOLOGI

Ketoksikan Akut akuatik 1 –H400 Sangat toksik kepada hidupan akuatik.

Akuatik Kronik 1 – H410 - Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan.

Ketoksikan akut akuatik

Ketoksikan akut - ikan LC50, 96 jam : 10 µ/L, Oncorhynchus mykiss (Trout pelangi)

LC50, 96 jam : 0.34 µ/L, Oncorhynchus mykiss (Trout pelangi)

Keterusan dan keterdegradasikan

Keterusan dan keterdegradasikan Keterdegradasikan produk tidak diketahui

Bioakumulasi yang mungkin

Bioakumulasi yang mungkin Tiada data disediakan tentang bioakumulasi

Mobiliti dalam tanah

Mobiliti Tiada data disediakan

Kesan buruk lain

(11)

11 / 12

BAHAGIAN 13 : MAKLUMAT PELUPUSAN Kaedah rawatan sisa

Maklumat am Penghasilan sisa hendaklah dikurangkan atau dielakkan jika

mungkin. Guna semula atau kitar semula produk jika boleh. Bahan ini dan bekasnya hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat. Semasa mengendalikan sisa, langkah keselamatan yang terpakai untuk pengendalian produk hendaklah dipertimbangkan. Berhati-hati semasa mengendalikan bekas kosong yang belum dibersihkan atau dibasuh sepenuhnya. Bekas kosong atau pelapik mungkin mengandungi sedikit sisa produk dan boleh mendatangkan bahaya.

Kaedah pelupusan Jangan buang ke longkang. Lebihan produk dan produk yang tidak

boleh dikitar semula hendaklah dilupuskan melalui kontraktor pelupusan sisa yang berlesen. Sisa, residu, bekas kosong, pakaian kerja yang dibuang dan bahan pembersihan yang tercemar hendaklah dikumpulkan didalam bekas yang ditetapkan dan dilabelkan. Pembakaran atau pelupuskan ditapak pelupusan sampah hanya boleh dipertimbangkan apabila proses mengitar semula tidak dapat dijalankan.

BAHAGIAN 14 : MAKLUMAT PENGANGKUTAN No. UN

3082

Nama penghantaran UN yang sah

Bahan berbahaya kepada persekitaran, N.O.S., (mengandungi tetramethrin, sifenotrin)

Kelas bahaya pengangkutan

9

Kumpulan bungkusan

III

Bahaya kepada persekitaran

Bahan berbahaya kepada persekitaran/pencemar laut

Ya

(12)

12 / 12

Australia – AICS

Tiada bahan-bahan yang tersenarai atau dikecualikan.

BAHAGIAN 16 : MAKLUMAT LAIN

Nasihat latihan Dikendalikan oleh pekerja yang terlatih sahaja

Tarikh semakan 3/04/2019

Semakan 4

Tarikh penggantian 2/04/2019

No. SDS 4852

Pernyataan bahaya penuh H227 Cecair mudah terbakar

H304 Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan

H314 Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk H318 Menyebabkan kerosakan mata yang serius

H400 Sangat toksik kepada hidupan akuatik

H410 Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan

Maklumat ini hanya berkaitan dengan bahan khusus yang ditetapkan dan mungkin tidak sah untuk bahan tersebut yang digunakan secara gabungan dengan apa-apa bahan lain atau dalam apa-apa proses. Sepanjang pengetahuan dan kepercayaan syarikat, maklumat tersebut adalah tepat dan boleh dipercayai pada tarikh yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, tiada waranti, jaminan atau representasi dibuat terhadap ketepatan, kebolehpercayaan atau kesempurnaan maklumat itu. Pengguna bertanggungjawab menentukan sendiri kesesuaian maklumat tersebut untuk kegunaannya yang tertentu.

Referensi

Dokumen terkait

karena aktor dan aktris Korea yang memiliki paras cantik dan tampan, juga mereka sangat energik pada saat melakukan tarian di atas panggung. Dari kegemaran masyarakat

1.1 Unit kompetensi ini berlaku untuk melaksanakan pemeliharaan peralatan pengeboran sesuai dengan petunjuk dalam prosedur operasi standar pada kegiatan

Manik dan Juniati (2015), dalam penelitiannya menjelaskan bahwa guru dominan dalam menggunakan tindak tutur direktif dengan mematuhi maksim kebijaksanaan untuk

Tetapi sesungguhnya pengertian ini adalah kurang tepat, sebab ajaran-ajaran dari para ahli pemikir tentang negara dan hukum dimasukkan dalam golongan kaum monarkomaken sama

Fokus kongres kali ini adalah peningkatan kontribusi profesi yang tergabung dalam perkumpulan seminat dalam upaya penanganan masalah perinatal, dengan mengusung tema

Berdasarkan pada kesimpulan di atas maka peneliti memberikan saran terhadap OPAC di UPT Perpustakaan ISI Yogyakarta berdasarkan tingkat efektivitas dengan tinjauan precision yaitu

Manfaat pelaksanaan kegiatan pengabdian ini sejalan dengan permasalahan mitra yang dijelaskan pada bagian sebelumnya bahwa kegiatan ini bertujuan untuk memberikan

Sesuai dengan pendapat Davies ( 2002 ), bahwa jika wanita Jepang memilih karir mereka, akan memilih untuk menjadi single, karena jika ia menikah dan memiliki anak maka saat itu